pendekatan wasatiyyah dalam menangani …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/finalised bm...

74
PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI KEGANASAN Pengalaman Malaysia Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad Zin Institut Wasatiyyah Malaysia :

Upload: vuongminh

Post on 08-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

PENDEKATANWASATIYYAH

DALAM MENANGANIKEGANASANPengalaman Malaysia

Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad Zin

Institut Wasatiyyah Malaysia

:

Page 2: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIAJabatan Perdana Menteri, Aras 4, Blok B1,Kompleks Jabatan Perdana Menteri,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502, Putrajaya, Malaysia.Telefon : +603-8872 3522 Fax : +603-8888 3810Laman web : www.iwm.jpm.my

Cetakan Pertama ... 2015© Institut Wasatiyyah Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pengarang.

Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menangani Keganasan:Pengalaman Malaysia.Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad ZinISBN 978-967-0581-14-9

Konsep & reka bentuk:Darul Tenggara (M) Sdn Bhd

Institut Wasatiyyah Malaysia

Page 3: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

iii

Kandungan

Kata Aluan v Penghargaan vii

1 Pengenalan 1

2 Pendekatan Wasatiyyah Malaysia 9

3 Pengertian Keganasan (al-Irhab) 17

4 Pergerakan dan Kumpulan Pengganas 23

5 Pendekatan Menangani Pengganas di Malaysia 47

6 Penutup dan Resolusi 55

Rujukan 61

Page 4: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

iv

Page 5: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

v

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang memberikan keizinanNya kepada Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) untuk menerbitkan buku yang bertajuk “Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan: Pengalaman Malaysia” yang ditulis sendiri oleh YBhg Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad Zin Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia. IWM terus mengorak langkah menerbitkan buku-buku kecil seperti ini yang dilihat mampu memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan peranan dan kemampuan wasatiyyah sebagai satu pendekatan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang membelenggu ummah dan negara. Isu keganasan atau terrorism telah menjadi satu polemik yang begitu hangat dibicarakan bukan sahaja di dalam negara

Kata Aluan

Page 6: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

vi

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

bahkan di seantero dunia. Lebih membimbangkan apabila masyarakat barat menjadikan terrorism ini sinonim dengan Islam.

Usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keindahan wasatiyyah Islam merupakan satu usaha yang panjang dan berterusan. Pendekatan Wasatiyyah yang merupakan tonggak utama dalam dakwah Rasulullah inilah yang ingin diterapkan dan diimplementasikan secara menyeluruh dalam kalangan ummah di Malaysia. Saya amat yakin dan percaya jika pendekatan tasamuh dan toleransi seperti yang terkandung dalam prinsip wasatiyyah Rasulullah SAW dapat dilaksanakan dengan betul akan membuahkan hasil yang amat positif kepada perpaduan dan keharmonian rakyat khususnya di Negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada pencetus kesedaran untuk membina generasi penyumbang kepada keharmonian negara tercinta.

HAJI MOHD YUSOF BIN DINPengarah Institut Wasatiyyah MalaysiaJabatan Perdana Menteri

Page 7: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

vii

Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menangani Pergerakan dan Pertubuhan Pengganas - Pengalaman Malaysia

Penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala Puji dan Syukur dirafa’kan kepada Allah Azza Wa Jalla Pencipta dan Pemilik sekalian alam. Selawat dan Salam ditujukan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarga Baginda, para Sahabat serta mereka yang mengikutinya sehingga hari kemudian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran hanya kepada Allah SWT yang telah mengurniakan segala nikmat dan rahmat kepada saya untuk membariskan sepatah dua kata dalam buku penerbitan Institut Wasatiyyah Malaysia ini. Setinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan atas kejayaan menerbitkan buku ini dalam usaha IWM untuk menyebarluaskan Pendekatan Wasatiyyah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Page 8: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

viii

Saya mengharapkan agar hasil penulisan ini dapat membantu masyarakat Malaysia untuk memahami dan menghayati Pendekatan Wasatiyyah sebagai elemen yang amat penting dalam menangani faham terrorism atau keganasan. Sejarah membuktikan bahawa semenjak merdeka lagi Pendekatan Wasatiyyah telah terbukti berupaya untuk menangani sikap ekstrem dan melampau. Lihat sahaja kepada beberapa kejadian keganasan yang berlaku dalam negara yang merupakan titik hitam kepada lakaran sejarah negara. Jika tidak dengan kebijaksanaan kepimpinan negara menangani krisis tersebut melalui pendekatan kesederhanaan sudah pasti keamanan yang dikecapi sukar untuk dilestarikan. Sejarah hitam yang telah berlaku mungkin boleh berulang jika setiap individu rakyat tidak memahami dan menghayati fahaman wasatiyyah dengan betul. Justeru, kefahaman yang sebenar dan penghayatan yang jitu tentang wasatiyyah perlu diterapkan dengan sempurna supaya apa sahaja bentuk situasi berbahaya yang mengancam keharmonian dan perpaduan dapat dihindari.

Harapan saya agar buku ini akan dapat menarik minat setiap lapisan masyarakat untuk memahami dan menghayati dengan lebih mendalam tentang

Page 9: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

ix

Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menangani Pergerakan dan Pertubuhan Pengganas - Pengalaman Malaysia

manhaj wasatiyyah yang menjadi paksi utama kepada keharmonian negara semenjak mencapai kemerdekaan dan menjadi salah satu usaha dakwah saya dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

TAN SRI DR. ABDULLAH MUHAMMAD ZINPenasihat Agama Kepada YAB Perdana Menterimerangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia

Page 10: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

x

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Page 11: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

1

PENGENALAN

Malaysia terletak di Asia Tenggara dan merupakan sebahagian daripada Gugusan Kepulauan Melayu. Islam mula menapak di sini sejak kurun ke-9 Masehi melalui pedagang-pedagang Islam Arab dan sebagainya yang kerap berulang-alik antara tanah Arab dan China1. Pada masa sama, Tanah Melayu berkembang pesat hasil daripada aktiviti perdagangan dan perniagaan sehinggalah terbentuknya Empayar Islam yang berpusat di Melaka, dengan kedudukan geografi di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu. Zaman kegemilangan

1 Lihat: Islam in Malaysia by Prof. Dr. Muhammad Naquib Al-Attas: Malaysia Panurama Special Issue, muka surat. 13

1

Page 12: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

2

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Melaka ialah di era pemerintahan Sultan Mansur Shah pada tahun 1458 – 14772.

Pada awal kurun ke-16, Tanah Melayu mula dikuasai penjajah barat selepas Empayar Islam Melaka jatuh ke tangan Portugis di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada Jun 1511, armada perang tentera Portugis dilengkapi dengan 19 buah kapal muncul di perairan Melaka. Armada berkenaan diketuai D’Albuquarque yang memimpin 1400 bala tentera.

Portugis melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Melaka dan pertempuran berdarah berlangsung selama 10 hari berturut-turut. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan musuh dan Sultan Mahmud Shah - Sultan terakhir Melaka - terpaksa berundur ke Johor. Kemudian baginda berpindah ke Riau sebelum bermastautin di Kampar, Sumatera. Di situlah baginda mangkat pada tahun 1528 selepas berusaha beberapa kali mengembalikan empayar dan kekuasaannya. Melaka kekal di bawah penjajahan Portugis selama 130 tahun sebelum ditewaskan oleh Belanda pada tahun 1641. Selepas itu, bermulalah pula era penjajahan Belanda di tanah Melayu. Bagaimanapun, ia berakhir selepas Belanda menyerahkan Tanah Melayu kepada Inggeris pada tahun 1825. Sebagai

2 Lihat: Malaya and It’s History by Sir Richard Winstadt, muka surat. 37

Page 13: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

3

Pengenalan

gantinya, Inggeris menyerahkan kepada Belanda daerah Bangkulis yang terletak di sebelah barat pantai Sumatera3.

Semasa Perang Dunia Ke-2, Inggeris tewas kepada Jepun yang melancarkan serangan besar-besaran di Asia Tenggara. Jepun menakluki Tanah Melayu pada tahun 1942. Bagaimanapun, selepas itu Jepun mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1945. Ia membolehkan Inggeris kembali berkuasa di Semenanjung Tanah Melayu buat kali ke-2.

Pada kurun ke-19, penduduk Tanah Melayu telah berubah kepada sebuah masyarakat majmuk dengan kepelbagaian kaum dan agama, selepas pihak Inggeris membawa masuk kaum Cina dan kaum India ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah.

Ketika Negara ini mencapai kemerdekaan, bilangan penduduk bukan Islam dianggarkan berjumlah 45% daripada keseluruhan penduduk yang berjumlah 6,278,800. Manakala kaum Melayu Islam pula membentuk 55% daripada jumlah berkenaan.

Pada masa tersebut, keadaan ekonomi, sosial dan kemajuan masyarakat Islam amat mundur dan ketinggalan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai

3 Lihat: al-Da'wah Islamiyyah fi Maliziya, Dr. Wan Azmi Wan Hussein Azmi, Matba'ah watan, 1985.

Page 14: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

4

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

petani di kebun-kebun getah dan sawah-sawah padi. Itulah punca pendapatan mereka bagi menampung segala keperluan dan kehidupan. Bagaimanapun, mereka mempunyai semangat, azam dan daya juang yang tinggi, terutamanya selepas mendapat suntikan semangat perubahan keagamaan yang dipimpin oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Mekah Al-Mukarramah dan Al-Azhar Al-Sharif.

Kaum Melayu merupakan golongan pertama yang mengangkat panji-panji perjuangan dan kebangkitan bagi memerdekakan Malaysia daripada cengkaman penjajah Inggeris. Manakala penyertaan kaum Cina dan India dalam gerakan kemerdekaan negara agak terlewat. Ia hanya berlaku selepas mereka menyertai sebuah perikatan anjuran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada Inggeris melalui rundingan secara aman. Pada 16 September 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia selepas perundingan intensif dengan kerajaan Inggeris, dan hasilnya Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Namun, Singapura selepas itu berpisah daripada Malaysia pada Ogos 1965 dan menjadi sebuah negara merdeka.

Ketika pengumuman penubuhan Persekutuan Malaysia, Islam diumumkan sebagai agama persekutuan.

Page 15: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

5

Perlembagaan Malaysia dalam perenggan pertama, perkara 3 (1) Agama Persekutuan menetapkan4:

“Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Oleh itu, semua rakyat Negara ini dengan pelbagai latar agama mengamalkan syiar agama masing-masing dengan penuh toleransi, kasih sayang dan saling hormat menghormati.

Perkara (11) Kebebasan Beragama1. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan

mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya.

2. Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

3. Tiap-tiap kumpulan agama berhak: a. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b. Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-

institusi bagi maksud agama atau khairat c. Memperoleh dan mempunyai harta dan

memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4 Lihat: Perlembagaan Persekutuan 2011, Bahagian I (1), (2), (3). Begitu juga perkara II (1), (2), (3) dan (4)

Pengenalan

Page 16: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

6

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Justeru, realiti menunjukkan bahawa peruntukan perlembagaan ini merupakan suatu peristiwa yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam di Malaysia. Sejurus kemerdekaan, Islam mula mengorak dengan langkah baru ke arah kemajuan dan perkembangan yang lebih baik. Malah menjadi matlamat dan komitmen Kerajaan dan rakyat Negara ini untuk terus berusaha demi memartabatkan syiar Islam di kedudukan yang lebih tinggi.

Dari segi politik, Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk menyatupadukan rakyat Negara baru ini di bawah satu kerjasama politik dengan menubuhkan Parti Perikatan. Beliau menyedari hakikat bahawa adalah sukar untuk memperolehi kemerdekaan dan memelihara sebuah negara merdeka serta menjaga kestabilannya tanpa kerjasama kaum-kaum lain. Oleh itu, beliau mencadangkan inisiatif perkongsian kuasa melalui penggabungan semua parti dan fahaman politik yang mewakili kaum Melayu, Cina

Page 17: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

7

dan India sebagai sebuah parti, iaitu Parti Perikatan.Konsep perkongsian kuasa ini tanpa monolopi mana-

mana kaum merupakan salah satu faktor terpenting kejayaan Malaysia. Kaum Cina dan India memaklumi dan mengakui bahawa kaum Melayu merupakan kaum utama dalam perkongsian politik. Malah, mereka bersetuju dan menerima bahawa pemimpin dalam kerjasama perikatan ini ialah pemimpin Umno. Konsep ini juga menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke dalam kancah perpecahan politik serta pergaduhan kaum, sekaligus menjadi faktor utama yang boleh menjejaskan kemajuan, kestabilan dan kemakmuran sesebuah masyarakat dan negara.

Pengenalan

Page 18: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

8

Page 19: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

9

PENDEKATAN WASATIYYAH MALAYSIA

Perkataan wasatiyyah ( ) dari segi bahasa ialah kata nama yang berasal daripada perkataan al-wasat ( ). Daripada perkataan al-wasat terbitnya perkataan al-awsat( ) yang bererti yang paling sederhana. Perkataan lain yang menyamai maknanya di dalam Bahasa Arab ialah al-iktidal ( ), yang bererti tidak melampau dan ekstrim, tidak rigid (ketat) dan tidak longgar (cuai)5.

Perkataan al-wasat telah dirakamkan di dalam al-Quran melalui beberapa ayat termasuk surat al-Baqarah, ayat 143:

5 Lihat: Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan, Dr. Abdullah Md Zin, muka surat 18

2

Page 20: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

10

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Maksudnya: “Dan demikianlah kami jadikan kamu (wahai umat Islam) “ummatan wasata” supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatanmu”.

Terdapat juga ayat-ayat yang menceritakan tentang keseimbangan, kesederhanaan dan tidak melampau. Antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebihan dan tidak pula kedekut, sebaliknya bersederhana di antara kedua-duanya.”

(Surah al-Furqan ayat 67)

Page 21: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

11

Pendekatan Wasatiyyah Malaysia

Maksudnya: “Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan pula engkau terlalu menghulurkannya (sangat pemurah), nanti kamu akan menjadi tercela dan menyesal”.

(Surah al-Isra’ ayat 29)

Maksudnya: “... dan janganlah engkau nyaringkan bacaan dalam sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, sebaliknya lakukanlah jalan tengah antara keduanya”.

(Surah al-Isra’ ayat 110)

Maksudnya: “Dan carilah pahala akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,

Page 22: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

12

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

tetapi janganlah kami lupakan bahagian kamu di dunia ini. Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. Jangan kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan.”

(Surah al-Qasas ayat 77)

Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang berkata: Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka”.

(Surah al-Baqarah ayat 201)

Pada hakikatnya, pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah di Gugusan Kepulauan Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Di Malaysia contohnya, masyarakat Islam mengamalkan ajaran Islam secara sederhana. Hakikat ini amat jelas sejak negara mencapai kemerdekaan. Buktinya, pendekatan Wasatiyyah sendiri dapat dilihat dalam Perlembagaan Negara yang menyebut Perkara (3) bahawa Islam merupakan agama rasmi persekutuan. Ia seiring dengan sejarah dan uruf Negara ini. Pada masa sama, perlembagaan turut menekankan bahawa

Page 23: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

13

penganut agama-agama lain boleh mengamalkan ajaran masing-masing di mana-mana sahaja di negara ini.

Oleh itu, Perlembagaan Malaysia menetapkan dengan jelas kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama menghormati agama-agama lain. Begitu juga, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tanpa meminggirkan peranan dan kedudukan bahasa-bahasa lain. Perlembagaan juga turut memaktubkan hak keistimewaan kaum Melayu dan penduduk asal di Sabah dan Sarawak, tanpa meminggirkan hak dan kepentingan kaum-kaum lain. Ia merupakan bukti jelas betapa konsep wasatiyyah sudah dilaksanakan di Negara ini sejak bermulanya penulisan perlembagaan yang turut bersifat sederhana dan seimbang.

Malaysia merupakan negara yang berlatar-belakangkan pelbagai kaum dan agama. Peratusan masyarakat Islam mencecah 60%. Manakala 40% lagi menganuti pelbagai agama dan anutan seperti Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Di samping itu, Malaysia juga menyaksikan kepelbagaian bahasa, budaya, taraf hidup dan ekonomi dalam kalangan masyarakatnya.

Meskipun terdapat beberapa perkara dan isu yang agak sukar di Negara ini, kedudukan agama Islam tetap kukuh dan utuh kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Pendekatan Wasatiyyah Malaysia

Page 24: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

14

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Kedudukan agama Islam diperkukuhkan lagi dengan penubuhan institusi-istitusi penting yang berfungsi memberikan khidmat dan memelihara kebajikan serta hal ehwal berkaitan umat Islam berlandaskan syariah dan ajaran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Turut ditubuhkan ialah institusi-institusi ekonomi dan sosial demi kepentingan umat Islam seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di peringkat persekutuan, Pusat Pungutan Zakat yang ditubuhkan di semua 14 negeri seluruh Malaysia.

Untuk itu, kita boleh simpulkan bahawa kedudukan Islam di Malaysia bukan sekadar ritual, ibadat atau simbol semata-mata, malah Islam itu sendiri adalah sistem dan perlembagaan hidup yang menyeluruh. Di samping kedudukan Islam dari aspek perlembagaan dan pentadbiran, Islam sentiasa dihormati oleh semua kaum lain lantaran mereka dapat merasakan bahawa Islam tidak pernah bersikap menekan terhadap mereka. Malah Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang membolehkan mereka mengamalkan ajaran dan fahaman masing-masing secara bebas dan aman.

Manakala dari sudut kehidupan saling bertoleransi antara kaum dan agama yang pelbagai, sejak kemerdeka-an kerajaan telah mempraktikkan konsep integrasi, yang sama sekali berbeza dengan konsep asimilasi (percantuman dan penyatuan) semata-mata. Kedua-dua

Page 25: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

15

konsep ini mempunyai perbezaan yang jelas lagi ketara. Integrasi bererti saling menghormati kepelbagaian kaum dan elemen ini tersemat kukuh dan terus terpelihara. Konsep ini sebenarnya seiring dengan ajaran dan prinsip Islam yang melarang paksaan terhadap mana-mana individu supaya memeluk Islam. Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya : “Tiada paksaan dalam menganut agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan”...

(Surah al-Baqarah ayat 256)

Bahkan Islam menganggap integrasi sebagai landasan dan peluang untuk rakyat saling mengenali antara satu sama lain, kerjasama, saling melengkapi dan berperikemanusiaan.

Ia sama sekali bercanggah dengan konsep asimilasi yang bermatlamat menghimpun dan mencantumkan kepelbagaian yang ada dan mencorakkannya menjadi satu kelompok dengan identiti sama. Oleh itu, kerajaan menolak konsep berkenaan dalam usaha membina tanah air kerana ia amat tidak bersesuaian dengan realiti Negara ini.

Pendekatan Wasatiyyah Malaysia

Page 26: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

16

Page 27: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

17

PENGERTIAN KEGANASAN(Al-IRHAB)

Al-Quran menggunakan perkataan al-irhab dengan matlamat untuk menghalang dan menentang pihak yang melakukan kezaliman dan mengembalikan manusia ke jalan yang lurus serta menghalang mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi. Allah SWT berfirman:

3

Page 28: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

18

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan termasuk pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain yang kamu tidak tahu sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

(Surah al-Anfal ayat 60)

Jelas di sini bahawa al-irhab diperuntukkan bagi berhadapan musuh Allah dan musuh orang Islam serta golongan munafik yang menentang Allah SWT. Matlamatnya adalah untuk menghalang dan mencegah permusuhan daripada berlaku.

Namun begitu, media barat menyalahgunakan perkataan ini sehingga disamakan pengertiannya dengan permusuhan, kezaliman serta pembunuhan orang awam dan mereka yang tidak berdosa. Islam pada hakikatnya jauh daripada elemen-elemen berkenaan.

Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar Al-Syarif mentakrifkan keganasan seperti berikut:

“Menakut-nakutkan mereka yang hidup dalam keadaan aman, merosakkan kepentingan dan elemen kehidupan mereka, merosakkan harta

Page 29: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

19

Pengertian Keganasan ( Al - Irhab)

benda, maruah, kebebasan dan kemuliaan dengan matlamat untuk melakukan kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi”.

Sebuah negara yang berdepan dengan masalah keganasan berhak menjejaki pelaku-pelakunya dan dibawa ke muka pengadilan untuk dijatuhkan hukuman6.

Sementara itu Akademi Fiqh Islam Antarabangsa memberikan definisi keganasan seperti berikut:

“Permusuhan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan atau negara dengan matlamat untuk melakukan kerosakan ke atas manusia, agama, darah, akal, harta dan maruahnya. Perbuatan berkenaan termasuklah cubaan menakut-nakutkan, menyebabkan kesakitan, mengancam, membunuh tanpa hak dan segala yang berkaitan dengan rompakan, menakut-nakutkan dan menyamun di tengah jalan. Ia adalah segala perbuatan yang berbentuk keganasan atau ancaman dilakukan oleh individu atau kumpulan yang bermatlamat mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat, menakut-nakutkan bahawa mereka akan disakiti atau mendedahkan kehidupan mereka, kebebasan, keselamatan dan

6 Lihat: Bayan Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah fi al-Azhar al-Sharif bi Sha'ni zahira al-Irhab,1422H

Page 30: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

20

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

keadaan kepada risiko dan bahaya. Ia termasuklah juga tindakan yang menjejaskan alam sekitar, kemudahan awam, harta awam atau peribadi, atau mendedahkan sumber-sumber negara atau sumber semula jadi kepada risiko”.

Ini semua merupakan bentuk-bentuk kerosakan di atas muka bumi yang dilarang oleh Allah SWT7.

Dalam realiti hari ini kita dikejutkan dengan sikap “double standard” atau tanggapan berbeza terhadap tindakan keganasan. Di suatu sudut, perjuangan menentang penjajahan adalah disyariatkan di dalam Islam, malah diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dan semua perlembagaan dunia. Bagaimanapun, jika perbuatan berkenaan dilakukan oleh orang Islam, pihak barat melabelkannya sebagai keganasan dan wajib diperangi. Di satu segi lagi, jika keganasan dan kezaliman itu dilakukan oleh pihak barat ke atas negara dan masyarakat Islam, sudah tentu tiada siapa pun yang berani melabelkannya sebagai perlakuan ganas. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan bahawa tindakan berkenaan bertujuan untuk mempertahankan diri, membebaskan sesuatu atau melindungi kepentingan tertentu”.8

7 Lihat: Qararat Majma' al-Fiqh al-Islamiyyah al- Duwali muka surat 255-266

8 Lihat: al-Irhab Ta'rifuhu wa Musabbabatuhu muka surat 6-7, lihat juga: Min Qadaya al-Tatarruf: Nazrah Siyasiyyah wa Iqtisadiyyah muka surat 18

Page 31: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

21

Sesuatu yang amat dikesali apabila kita menyaksikan keganasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu di peringkat dunia, ia akan dikaitkan dengan Islam jika pelaku-pelakunya adalah orang Islam. Sekaligus, ia akan dilihat sebagai keganasan Islam. Bagaimanapun, jika pelaku-pelakunya adalah penganut agama lain atau kepercayaan lain, agama mereka tidak akan dikaitkan dengan keganasan dan tidak dituduh bersifat ganas. Hanya Islam sahaja yang dikaitkan dengan keganasan dan hanya Islam sahaja yang melahirkan pengganas. Pengganas-pengganas di Ireland Utara, Sri Lanka, Jepun, Jerman dan lain-lain tidak langsung dikaitkan dengan agama. Mereka tidak dilabel sebagai pengganas Kristian, pengganas Buddha, pengganas Yahudi, pengganas Komunis atau sebagainya. Sebagai contoh, dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam di Bosnia Herzegovina yang dilakukan oleh pihak Serbia Kristian Ortodok yang fanatik, peperangan Rusia yang berfahaman Komunis di Afghanistan, serangan Amerika Syarikat di Iraq, serangan Israel terhadap penduduk Palestin dan sebagainya yang berlaku secara terang-terangan. Jika dihitung, jumlah mangsa korban dalam setiap insiden yang berlaku adalah berkali-kali ganda lebih ramai berbanding dengan jumlah mangsa korban dalam peristiwa serangan 11 September.

Di samping itu, kebanyakan orang Islam yang dikaitkan dengan keganasan mempunyai justifikasi

Pengertian Keganasan ( Al - Irhab)

Page 32: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

22

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

bahawa mereka dan negara mereka merupakan mangsa kezaliman, kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah yang cuba menguasai bumi dan kekayaan negara seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Somalia, Libya, Syria dan Chechen. Oleh itu, keganasan dicetuskan mereka merupakan tindak balas terhadap keganasan dan kekejaman yang berlaku terhadap golongan berkenaan.

Masyarakat Islam tertentu yang mencetuskan keganasan adalah berpunca daripada negara mereka yang lemah yang tidak mampu melancarkan perang atau membiayai peperangan menentang musuh mereka. Oleh itu, mereka menggunakan pendekatan keganasan. Jika negara mereka memiliki kekuatan setanding dengan negara musuh, pasti mereka akan bertindak balas terhadap negara musuh menggunakan peluru roket, senjata pemusnah dan sebagainya, tanpa perlu melihat akibat dan kesan daripada tindakan yang dilakukan9.

9 Islam, Terrorism and Malaysia Response, Mahathir Mohamad, 2002

Page 33: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

23

PERGERAKAN DAN KUMPULAN PENGGANAS

Pergerakan dan kumpulan pengganas ini terdapat di mana-mana sahaja, membabitkan orang Islam dan bukan Islam termasuklah Katolik, Ortodok, Buddha dan Hindu. Perlu diingatkan bahawa Islam tidak menggalakkan keganasan, sebaliknya ia merupakan agama yang menyeru ke arah perdamaian dan keamanan. Namun, jika masyarakat Islam merasakan mereka dizalimi dan ditindas, sudah tentu mereka akan bangkit menentang dan berjuang bagi membebaskan diri dan mempertahankan kehormatan sebagaimana yang dilakukan oleh mana-mana masyarakat dunia ini. Berikut merupakan pengenalan ringkas beberapa pergerakan pengganas yang pernah muncul di Malaysia:

4

Page 34: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

24

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

PeRTAMA: GeRAKAN KOMUNISGerakan Komunis merupakan gerakan paling berbahaya terhadap masyarakat Muslim Malaysia khususnya, dan perkauman Melayu umumnya. Komunis yang bertapak di Negara ini berusaha dengan pelbagai cara untuk menubuhkan Negara Komunis. Gerakan ini digerakkan oleh kaum Cina dan ia sekaligus mengundang bahaya terhadap kaum Melayu yang beragama Islam kerana majoriti kaum Cina tidak beragama Islam.

Gerakan Komunis mula memasuki dan bertapak di Malaysia pada tahun 1928 selepas dibawa oleh kuncu-kuncu Komunis Cina. Mereka menubuhkan Parti Komunis Nanyang, iaitu Parti Komunis Lautan Selatan. Selepas 2 tahun, nama berkenaan diubah kepada Parti Komunis Malaya10. Ia merupakan sebuah parti bebas yang bermatlamat untuk menubuhkan negara Komunis di Tanah Melayu. Sejak itu, Parti Komunis Malaya mula berusaha melebarkan pengaruh dan mencari sokongan serta membuat percaturan untuk berdepan dengan perubahan situasi politik di Negara ini daripada sebuah negara terjajah kepada sebuah negara merdeka11.

10 Malaya: ialah Semenanjung Tanah Melayu, ia istilah yang digunakan pihak Inggeris

11 Lihat: Malaysia Official Year Book 1963, Kuala Lumpur, muka surat 442

Page 35: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

25

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Selepas Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, golongan Komunis bergerak aktif sehingga berjaya meraih sokongan ramai golongan pemuda kaum berkenaan. Sokongan itu turut dibantu sentimen kebencian yang tercetus antara pihak Jepun dan China selepas Jepun melancarkan serangan ke atas China pada tahun 193212.

Puak Komunis di Tanah Melayu mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Komunis di China, yang memimpin perang kemerdekaan menentang penjajahan Jepun di bawah pimpinan Mou Zee Tong. Hakikat ini disedari pihak Jepun sejak mereka menakluki Malaysia. Oleh itu, pihak Jepun sentiasa menjejaki mereka dan mereka yang ditangkap akan diseksa dan dibunuh. Puak Komunis akhirnya terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Gerakan ini turut disertai oleh penduduk Melayu radikal selepas mereka menyaksikan layanan kejam tidak berperikemanusiaan tentera Jepun terhadap rakyat Negara ini.

Apabila Jepun menyerah kalah kepada pakatan pada 14 Ogos 1945, pemimpin Inggeris mengumumkan projek pembentukan kerajan demokrasi di Malaya (Semenanjung Tanah Melayu) melalui Stesen Radio

12 Asia al-Mu'asirah, Prof Romein, diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab oleh Sami Hasan Sirri, Percetakan al-I’lanat al-Sharqiyyah, Kaherah, Mesir, 1964, muka surat 33.

Page 36: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

26

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Tentera Pakatan di India. Mereka meminta MPAJA untuk bekerjasama bagi memelihara keamanan dan sistem pentadbiran sehinggalah tibanya tentera Inggeris ke Tanah Melayu. Kesempatan ini digunakan oleh militan Komunis untuk memudahkan mereka mendapatkan kuasa. Mereka keluar ke bandar-bandar atas nama tentera pakatan untuk memelihara keselamatan dan keamanan sementara menunggu ketibaan tentera Inggeris. Mereka mempengaruhi orang ramai supaya bekerjasama dengan mereka dan niat tersembunyi mereka adalah untuk mencapai puncak kuasa sebelum ketibaan Inggeris dan menubuhkan negara Komunis. Dalam tempoh tersebut, Tanah Melayu berada dalam situasi tanpa kerajaan dan tentera yang melindunginya. Pada masa tersebut juga, majoriti kaum Cina yang merupakan hampir separuh penduduk Tanah Melayu, mula menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Komunis dan menaikkan bendera Komunis berwarna merah dan berbintang tiga di kediaman dan premis masing-masing. Tanah Melayu ketika itu tidak ubah seperti negara Komunis. Malah, kepimpinan Komunis di Tanah Melayu mula menjalankan urus tadbir termasuk menubuhkan mahkamah di seluruh wilayah di Semenanjung Tanah Melayu bagi membicarakan mereka yang pernah menjadi pembantu pihak berkuasa Jepun. Ramai penduduk kaum Cina dan Melayu ditangkap dan dijatuhi hukuman mati.

Page 37: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

27

Penguasaan Komunis di kebanyakan negeri Semenanjung Tanah Melayu bermula sejak 15 Ogos 1945. Fokus utama mereka adalah untuk membicarakan mereka yang pernah bekerjasama dengan Jepun, terutamanya golongan Melayu Islam. Perbicaraan berkenaan dilihat sebagai sandiwara semata-mata kerana ia pasti berakhir dengan hukuman tembak sampai mati. Matlamat mereka adalah untuk melemahkan dan menakut-nakutkan masyarakat Islam sehingga tiada sesiapa pun yang berani bangkit menentang mereka. Sebagaimana diketahui umum, itulah pendekatan yang digunakan oleh Komunis terhadap masyarakat Islam yang turut dilaksanakan di Rusia, China dan negara-negara Komunis lain.

Layanan kejam dan zalim tanpa pembelaan itu berlangsung selama kira-kira 14 hari. Mereka menguasai Tanah Melayu mengikut telunjuk mereka. Puak Komunis menyangka mereka berkemampuan menguruskan segala-galanya dan rakyat sudah tunduk kepada mereka. Tiba-tiba seruan jihad mula berkumandang dari Batu Pahat, Johor. Ia dipimpin seorang tokoh bernama Panglima Saleh yang merupakan pengikut Tarekat Al-Qadiriyyah13. Seruan berkenaan mendapat respon hebat para pengikut dan penyokongnya. Di situlah

13 Lihat: Syed Naquib Al-Attas: Some Aspects of Sufism as Understood and Practiced Among The Malays. Singapore, Malaysian Sociological Research Institute Ltd. (1963) muka surat 47

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 38: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

28

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

bermulanya gerakan jihad yang akhirnya bersemarak ke seluruh Tanah Melayu14.

Seruan jihad yang berterusan mencetuskan rasa gusar dan takut golongan Komunis kerana senapang moden mereka pada masa itu ternyata tidak mampu menewaskan parang panjang. Ramai dalam kalangan mereka yang terbunuh. Mujahidin pada masa itu berhasrat menghalau keluar komunis daripada Tanah Melayu. Bagaimanapun, selepas ketibaan tentera Inggeris di Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945, pemimpin Inggeris segera campur tangan selepas diminta berbuat demikian oleh pemimpin Cina. Inggeris meminta Panglima Saleh dan pengikutnya menghentikan seruan jihad kerana pihak berkuasa Inggeris sudah pun membubarkan MPAJA. Kerajaan Inggeris juga berjanji untuk menubuhkan kerajaan demokrasi dalam tempoh terdekat. Permintaan berkenaan dipersetujui oleh Panglima Saleh yang akhirnya menamatkan seruan jihad. Sepanjang jihad menentang musuh, terbukti bahawa senjata utama dalam perang yang mampu menewaskan Komunis ialah “keimananan dengan Allah” dan kekuatan akidah.

14 Popular dengan nama Panglima Saleh. Perkataan panglima bermakna pahlawan handal. Senapang Komunis tidak lagi bernilai jika mereka berdepan dengan parang panjang Panglima Saleh dan pengikutnya. Lihat rujukan lepas.

Page 39: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

29

Selepas kekalahan Parti Komunis Malaya di tangan kepimpinan Inggeris, bibit-bibit pemberontakan parti komunis mula kelihatan. Mereka melancarkan gerakan bersenjata bagi memperluaskan pengaruh dan melemahkan serta menjatuhkan pihak Inggeris. Untuk itu, mereka melancarkan beberapa siri serangan:1. Serangan ke atas ladang-ladang dan lombong-

lombong yang dimiliki syarikat Eropah pada 16 Jun 1948. Serangan mengakibatkan 3 warga Eropah yang merupakan pengurus-pengurus hartanah terbunuh.

2. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

3. Pembunuhan Sir Day, pengurus Ladang Glenshiled di Kajang pada 15 Ogos 1950. Insiden itu menyebabkan 2 anggota polis dan seorang kerani syarikat terkorban. Juga insiden Timbalan Pegawai Penempatan Semula, Wong Kim Poh ditembak mati dalam satu serangan ganas terancang di Balakong pada 28 Mac 1951.

4. Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Henry Gurney dibunuh pada 7 Oktober 1951.

5. Serangan pengganas Komunis yang meragut nyawa 6 pegawai polis di Kajang dan Semenyih (Broga) pada 1 Julai 1951. Juga peristiwa pembunuhan seorang guru pada 28 Februari 1950 di Semenyih.

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 40: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

30

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Kemuncak keganasan gerakan Komunis tercetus apabila mereka menyerang balai-balai polis, syarikat hartanah, lombong bijih timah dan kawasan kampung dengan tujuan menakut-nakutkan penduduk kampung berkenaan supaya Parti Komunis Malaya dapat menguasai sepenuhnya kawasan terbabit. Dalam serangan ganas dilakukan, mereka tidak teragak-agak membakar bas, merosakkan landasan keretapi, membakar kilang dan siri-siri keganasan lain yang bertujuan mencetuskan huru-hara dan rusuhan.

Implikasi Keganasan Parti Komunis Malaya (PKM)Implikasi ekonomi:1. Kesan buruk yang menjejaskan ekonomi orang

Melayu akibat daripada kerosakan sistem perhubungan dan sumber ekonomi.

2. Kerajaan mengumumkan keadaan darurat dan krisis ekonomi kerana terpaksa membelanjakan peruntukan yang amat besar dianggarkan $250,000 ke $300,000 sehari untuk tempoh 12 tahun.

3. Kerajaan Britian membelanjakan 721.9 juta dolar bagi membeli kelengkapan ketenteraan untuk kegunaan polis dan pegawai keselamatan negara.

4. Tumpuan tidak dapat diberikan kepada pem-bangunan ekonomi kerana keutamaan terpaksa diberikan kepada soal keselamatan negara. Turut terjejas ialah program pembangunan kampung dan desa yang tidak dapat dilaksanakan.

Page 41: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

31

Implikasi Sosial:1. Jumlah mangsa dan korban yang kian meningkat

terutamanya dalam kalangan pegawai keselamatan dan juga rakyat.

2. Perintah berkurung dan keadaan darurat yang menjadi penghalang besar kepada kebebasan rakyat.

3. Serangan pengganas Parti Komunis Malaya mengakibatkan rakyat sentiasa diselubungi ketakutan.

4. Kesempitan hidup kerana rakyat sukar mendapatkan bahan makanan.

5. Hubungan antara kaum menjadi tegang dan bergolak. Kaum Cina menyatakan kesetiaan kepada Parti Komunis, manakala kaum Melayu menyokong kerajaan. Bagaimanapun, isu berkenaan berjaya diselesaikan kerajaan melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949 dan pelaksanaan dasar pendidikan negara yang antara lain menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar menerusi Penyata Razak pada tahun 195615.

Kesimpulannya, Tanah Melayu mencapai kemer-dekaan pada 31 Ogos 1957, meskipun keadaan darurat masih lagi berkuat kuasa di seluruh negara sehingga 31

15 http://www.slideboom.com. Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat.

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 42: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

32

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Julai 1960. Keadaan darurat berakhir selepas ancaman dan keganasan Parti Komunis Malaya beransur-ansur reda dan mereka berundur sehingga ke sempadan Tanah Melayu – Thailand. Dalam tempoh yang agak lama selepas itu, gencatan senjata dan perjanjian damai ditandatangani antara Parti Komunis Malaya, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989 di Hatyai, Thailand. Perjanjian ini bermakna berakhirnya gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya yang berterusan selama 41 tahun.

KeDUA: PeRISTIwA 31 MeI 1969 “KeGANASAN KAUM”Peristiwa hitam 13 Mei tercetus berikutan ketegangan kaum dan merupakan kemuncak masalah perpaduan. Masalah perpaduan kaum di Malaysia ini mengakibatkan pertumpahan darah yang sekaligus meragut nyawa dan merosakkan harta benda. Tragedi ini mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 dan menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah negara.

Isu Perkauman Dalam Pilihan Raya Umum 1969Dalam kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon bertanding dan ahli-ahli politik parti pembangkang membangkitkan beberapa isu sensitif menyentuh perkara-perkara berikut:

Page 43: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

33

• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan• Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai

Bumiputra• HakkerakyatanbagikaumbukanMelayu

Ahli-ahli politik parti pembangkang memper-gunakan isu-isu ini bagi mencetuskan rusuhan, seterusnya meraih sokongan bagi memenangi Pilihan Raya Umum 1969.

Pada pilihan raya ini Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Pun begitu, mereka masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Senario ini dilihat pembangkang sebagai satu kemenangan besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi parti pemerintah telah merosot daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada pilihan raya kali ini. Sementara itu parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 kerusi di Dewan Rakyat, manakala Parti Islam Se - Malaysia (PAS) mendapat 9 kerusi16.

16 Musa Sabri, Syuyui’yyah Fi Kulli Makan, jilid 2, Percetakan Al-Akhbar, Kaherah, 1970. Lihat juga laman sesawang : http://awangdemananakpahang.blogspot.com

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 44: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

34

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Pembangkang Sambut KemenanganSambutan ini diadakan selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum dibuat, iaitu pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon yang mewakili Gerakan mencatat kemenangan besar di Parlimen Batu, Selangor. Bagi meraikan kemenangan partinya, beliau memohon permit daripada polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan perarakan secara aman. Perarakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang beberapa jalan di Kuala Lumpur, termasuk jalan-jalan yang menuju ke Jalan Campbell, Jalan Hale dan jalan menuju ke Kg. Baru yang dianggap sebagai kubu kuat Umno yang merupakan parti pemerintah. Kg. Baru didiami kira-kira 30,000 penduduk Melayu. Senario itu mencetuskan rasa tidak senang penduduk setempat yang merasakan perarakan berkenaan sengaja bertujuan untuk mencetus kemarahan dan mencabar kemenangan orang Melayu.

Perarakan PembangkangPembangkang menganjurkan satu lagi perarakan pada 11 Mei 1969, dengan tujuan yang sama iaitu, meraikan kemenangan dalam pilihan raya. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotifkan isu perkauman. Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut yang mengeluarkan slogan-slogan sensitif menyentuh isu

Page 45: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

35

perkauman semasa berada di jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur. Oleh itu, tujuan asal perarakan telah terpesong. Malah, bukan setakat itu sahaja, perarakan juga melencong dari laluan asal yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu di Kampung Baru yang merupakan kubu kuat ahli-ahli Umno. Sambil berarak mereka membawa penyapu dan mengikatnya di kenderaan dan motosikal sebagai simbol kemenangan dan mereka akan menyapu bersih semua kerusi di Dewan Rakyat. Mereka turut bersorak dan melaung-laungkan slogan kemenangan. Dalam masa sama, ada juga yang mendakwa bahawa penyapu berkenaan merupakan simbol untuk menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur. Penyapu itu sendiri dalam masyarakat Melayu melambangkan sesuatu yang buruk dan nasib malang.

Perarakan JenazahDi samping itu juga, terdapat perarakan jenazah seorang penduduk berketurunan Cina yang meninggal dunia akibat sakit tua. Ia mendapat permit daripada pihak berkuasa dan diadakan di Jalan Sajang, Kepong. Bagaimanapun, perarakan jenazah berkenaan telah bertukar kepada perarakan menyambut kemenangan parti dalam pilihan raya umum dan insiden menghina kaum Melayu. Meskipun selepas itu, Presiden Gerakan pada masa itu, Yeoh Tech Chye membuat permohonan

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 46: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

36

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

maaf secara rasmi pada 13 Mei 1969 di atas tindakan bodoh dan biadap segelintir peserta perarakan, permohonan maaf itu sudah terlambat.

Pengisytiharan DaruratPihak berkuasa mengisytiharkan darurat pada 13 Mei 1969. Serentak dengan itu perintah berkurung dikenakan di Kuala Lumpur bermula jam 7 petang. Pihak polis pula memainkan peranannya melakukan rondaan bagi menjaga keselamatan di sekitar ibu negara. Kemudian pada 16 Mei 1969, kerajaan mengumumkan pengisytiharan darurat dan perintah berkurung di seluruh negara. Dengan pengisytiharan berkenaan, Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut undang-undang tentera17.

KeTIGA: KUMPULAN AL-MAUNAHAl-Maunah merupakan pertubuhan pengganas bersenjata di Malaysia. Mereka melakukan pencerobohan nekad ke atas Kem Rejimen Askar Wataniah pada waktu subuh 2 Julai 2000. Mereka melarikan sejumlah besar senjata api dari stor senjata. Selepas itu, kumpulan militan itu menubuhkan pangkalan rahsia operasinya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk,

17 Ibid: muka surat 90. Lihat juga Dr. Wan Hussein Azmi, al-Da'wah al- Islamiyyah fi Maliziya,: Percetakan Watan, 1985.

Page 47: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

37

Perak. Mereka seterusnya terbabit dalam pertempuran dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Kumpulan militan tersebut turut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah. Al-Maunah merupakan singkatan nama kumpulan berkenaan. Ia adalah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan ilmu perubatan tradisional Islam. Al-Maunah pada fahaman mereka bermaksud sesuatu yang amat luar biasa akan berlaku kepada golongan biasa orang Islam. Pertubuhan berkenaan mempunyai keahlian seramai 1000 ahli yang merangkumi beberapa negara termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi. Kumpulan militan berkenaan dipimpin oleh Mohamed Amin bin Mohamed Razali dengan dibantu oleh 29 lagi ahli kumpulan. Misi Al-Maunah adalah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan melakukan rampasan kuasa.

Rundingan dan Serah DiriDua jam sebelum serangan terhadap kumpulan Al-Maunah, DCP Abdul Razak bin Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 anggota pasukan elitnya (VAT 69/UTK). Mereka mendaki bukit ke arah lokasi Al-Maunah sedang

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 48: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

38

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

berkhemah. Setelah memastikan tempat perlindungan yang sesuai dan strategik untuk pasukannya, Abdul Razak dengan berani bergerak bersendirian menyelinap masuk ke dalam kubu dan bertemu sendiri dengan Ketua Al-Maunah, Mohamed Amin. Maka berlakulah perbincangan dan perdebatan secara ilmiah antara kedua-duanya yang berlangsung selama 2 jam. Akhirnya, Ketua Al-Maunah bersetuju untuk menyerah diri. Selepas itu, barulah DCP Abdul Razak memanggil Leftenan Jeneral Zaini, Panglima Tentera Darat Malaysia untuk proses peletakan senjata. Insiden itu berakhir dengan Ketua Al-Maunah dan pengikut-pengikutnya diserahkan kepada pihak tentera.

Perbicaraan MahkamahDi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semua tertuduh didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertua Agong. Mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Berdasarkan kepada bukti-bukti kukuh dalam pendakwaan terhadap Mohamed Amin, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dirinya. Hukuman berkenaan dilaksanakan pada pagi Jumaat, jam 10 pagi, 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati ialah Zahid

Page 49: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

39

Muslim dan Jamaluddin Darus kerana terbukti terlibat dalam insiden di Sauk. Sementara itu, 14 lagi individu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam insiden sama. 6 lagi tertuduh dipenjara selama 10 tahun.

Daripada insiden ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa sikap fanatik dan melampau terhadap pertubuhan atau kumpulan tertentu, malah individu tertentu boleh menjejaskan keseimbangan berfikir, pemikiran secara logik dan kematangan ilmiah dalam membuat keputusan dan penyelidikan. Contohnya dalam kes ini, kita dapati Ketua Al-Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali mengalami ketidakseimbangan dalam berfikir lantaran terlalu fanatik dengan kuasa dan ilmu batin serta fahaman menyeleweng tasawuf yang diperolehi dalam ilmu persilatan. Faktor-faktor ini mempengaruhi pemikirannya untuk bertindak menubuhkan kerajaan Islam dengan cara pemberontakan bersenjata yang dinamakan “jihad”. Pada masa sama, dia mempengaruhi para pengikutnya sehingga mereka mempercayai kata-katanya dan sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan. Pemikiran fanatik sedemikian meresapi ke dalam diri para pengikutnya tanpa mengenal latar belakang mereka. Bahkan, ada di antara mereka merupakan golongan terpelajar dalam kalangan pegawai tentera, pegawai polis dan juga golongan professional.

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 50: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

40

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Mereka sebenarnya telah terpedaya dengan penampilan ketuanya yang kelihatan warak, zuhud dan terpelajar. Mereka percaya secara membuta tuli, dan ia mendahului pemikiran dan logik akal mereka, tanpa rasa ingin menyelidik, mencari kepastian atau membantah.

KeeMPAT: PeNceROBOHAN LAHAD DATUInsiden pencerobohan dan serangan di Lahad Datu berlaku selepas 235 individu berwarganegara Filipina yang sebahagiannya bersenjata memasuki Kg Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada pagi 11 Februari 2013. Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara. Mereka dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menegaskan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian utara Sabah. Sumber juga memaklumkan mereka berada di Lahad Datu bagi menuntut hak ke atas Sabah. Pencerobohan ini diketuai oleh Agbimuddin Kiram. Pasukan keselamatan negara mengambil langkah mengepung kawasan berkenaan dan memaksa pengganas meletakkan senjata dan menyerah diri.

Page 51: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

41

Penceroboh Mengamalkan Khurafat dan SihirSebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal dan pelindung sihir. Dipercayai amalan berkenaan bertujuan untuk memberikan kekebalan dan perlindungan daripada sebarang kecelakaan ketika bertempur dengan tentera Malaysia. Tangkal dan pendinding itu ditulis dengan ayat-ayat khurafat yang tidak difahami. Malah, turut dilukis dengan gambar-gambar tertentu. Si pemakainya percaya ia mampu memberi kekebalan dan membantu pemakainya ketika bertempur. Turut ditemui beberapa gambar karut yang digandingkan dengan ayat-ayat doa khurafat lagi menyeleweng dan disertakan dengan wangian yang diperasapkan. Ia diamalkan sendiri oleh Ketua Penceroboh, Jamalul Kiram III yang mempercayai ia membantu mencapai kemenangan. Tidak syak lagi, amalan sedemikian amat bercanggah dengan ciri-ciri insan muslim sebenar yang berpegang dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Mereka juga mendakwa bahawa pengunaan tangkal dan amalan karut bertujuan untuk memberikan kekuatan dan melindungi mereka daripada sebarang serangan. Ia juga kononnya bagi membolehkan mereka itu bergerak secara tersembunyi tanpa dapat dikesan oleh anggota keselamatan Malaysia.

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 52: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

42

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Pendekatan Berjaga-jagaPada peringkat awal, kerajaan mengambil pendekatan cuba mendekati penceroboh dengan penuh waspada bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan. Ia turut menggunakan pendekatan berunding dengan penceroboh supaya keluar daripada kawasan yang diceroboh. Usaha tersebut dilakukan secara intensif dan gigih demi menyelesaikan masalah tanpa mencetuskan pertumpahan darah dan perang.

RundinganKerajaan menjalankan beberapa siri rundingan dengan pengganas demi mengelakkan sebarang pertumpahan darah di antara kedua-dua pihak. Pengganas didesak meninggalkan Sabah secara aman. Bagaimanapun, rundingan berkenaan menemui jalan buntu.

Rundingan yang diadakan berlansung selama 3 minggu bermula pada 14 Februari 2013 dan berakhir dengan kegagalan. Serentak dengan itu, perang tercetus selepas puak pengganas memulakannya pada awal Mac 2013.

Pengganas dan Taktik KotorSekumpulan pengganas bersenjata yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah menggunakan taktik kotor ketika berdepan dengan tentera Malaysia. Mereka berpura-pura mengangkat bendera putih

Page 53: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

43

kononnya untuk menyerah diri dan meletak senjata. Bagaimanapun, selepas tentera menghampiri mereka, pengganas melepaskan tembakan bertalu-talu.

Pada pagi 1 Mac 2013, satu pertempuran telah berlaku di antara anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengikut Agbimuddin Kiram. Insiden itu mengakibatkan 2 anggota polis Komando VAT 69 terkorban. Mereka ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud. Pada masa sama, 3 lagi anggota polis cedera, iaitu Koperal Azman bin Ampong, Koperal Mohd Tarmizi bin Hashim (cedera di tangan dan kaki) dan Konstabel Mohamad Qaiyum’aiqal bin Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki). Sementara itu, di pihak musuh, 12 anggota penceroboh terbunuh.

Arahan Memerangi Pengganas Melalui Operasi Daulat (Ops Daulat)Kerajaan mengarahkan tentera melancarkan serangan ke atas pengganas melalui operasi yang dinamakan Ops Daulat. Keputusan itu dibuat berikutan situasi di kawasan-kawasan yang dicerobohi pengganas semakin kritikal selepas mereka mula melepaskan tembakan dan melancarkan perang terhadap anggota PDRM di 3 kawasan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu. Ops Daulat dilancarkan untuk mencari dan menjejaki pengganas di kawasan-kawasan sasaran. Sumber me-

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 54: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

44

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

maklumkan seorang pengganas terbunuh. Di samping itu, pihak berkuasa turut menemui 9 mayat pengganas di sebuah ladang berhampiran Kampung Tanduo.

Tindakan Undang-undangBerikutan insiden pencerobohan itu, pihak berkuasa memberkas 104 warga Filipina yang disyaki pengganas di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Selepas siasatan dan soal jawab dijalankan terhadap tahanan, Peguam Negara menjalankan pendakwaan terhadap 22 suspek dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan terbabit dalam kegiatan pengganas. Turut didakwa 5 lagi suspek dengan tuduhan melakukan keganasan. Jika sabit kesalahan mereka akan dijatuhi hukuman mati. Antara yang didakwa ialah seorang wanita yang dituduh cuba memberikan perlindungan kepada pengganas, manakala dua lagi suspek dikena pertuduhan yang sama.

Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (eSScOM)Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merupakan kawasan pemantauan keselamatan meliputi 1400 km kawasan pantai timur Sabah, bermula di Kudat sehingga Tawau dan termasuk Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. ESSCOM dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac

Page 55: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

45

2013 bagi memperkukuh keselamatan maritim di sebelah Timur Sabah berikutan pencerobohan musuh di negara ini. Ia juga bertujuan mengekang kegiatan pengganas yang berkemungkinan berlaku di kawasan pantai Sabah. Selain itu, penubuhan ESSCOM juga bermatlamat memelihara negara daripada aktiviti penyeludupan, menjamin dan melindungi keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang pencerobohan musuh.

KesimpulanRundingan kerajaan dengan kumpulan pengganas menemui jalan buntu selepas pertemuan yang diadakan gagal memujuk mereka keluar dari Lahad Datu secara aman. Malah rundingan itu menyebabkan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban selepas terpaksa bertempur dengan pengganas yang menamakan diri mereka Tentera Kesultanan Sulu. Sejak pencerobohan pengganas Sulu pada 12 Februari 2013 di Lahad Datu, kerajaan telah mengambil pendekatan menyelesaikan konflik dengan mengelakkan pertumpahan darah. Pihak berkuasa polis mengadakan pertemuan dengan musuh dan menjalankan rundingan secara aman, dengan harapan pendekatan ini mampu memujuk pengganas Sulu berundur dan keluar daripada negara ini tanpa tindakan undang-undang.

Semakin lama pencerobohan berlanjutan, jelas

Pergerakan dan Kumpulan Pengganas

Page 56: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

46

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

kepada pihak berkuasa polis bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari Sabah. Malah sebaliknya, mereka bertindak ganas melancarkan serangan dan melepaskan tembakan terhadap anggota polis yang bertugas di kawasan berkenaan. Insiden itu menyebabkan dua anggota polis terkorban. Pada hari berikutnya, enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh dalam satu serangan nekad di Semporna. Keadaan menjadi makin kritikal selepas 2 lagi anggota keselamatan negara terkorban.

Sebagai sebuah negara Islam yang cintakan keamanan dan kedamaian, serta sentiasa berusaha menyelesaikan pelbagai isu secara aman melalui rundingan dan perbincangan, usaha kita untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu telah menemui kegagalan. Sebaliknya, anggota keselamatan negara terpaksa berdepan dengan serangan nekad sehingga mereka sendiri terkorban. Insiden ini juga mencetuskan kebimbangan dan kekhuatiran dalam kalangan rakyat Sabah mengenai tahap keselamatan mereka. Untuk itu, kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk menghentikan pencerobohan dan memelihara kedaulatan dan maruh negara demi kepentingan rakyat. Serangan dilakukan terhadap pengganas Sulu bagi memaksa mereka menyerah diri dan meletakkan senjata. Pihak berkuasa juga menahan suspek, menjalankan siasatan dan melakukan pendakwaan berdasarkan bukti mengikut undang-undang negara.

Page 57: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

47

PENDEKATAN MENANGANI PENGGANAS DI MALAYSIA

Kerajaan telah menangani kumpulan-kumpulan pengganas Sulu dengan amat berhati-hati dan penuh waspada. Usaha kerajaan mendapat sokongan meluas rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama. Kerajaan juga tidak menggunakan pendekatan meminta bantuan asing atau campur tangan luar kerana ia mampu menyelesaikan sendiri isu berkenaan. PAS yang merupakan pembangkang turut menunjukkan rasa tanggung jawab dan memahami pendekatan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Mereka juga amat mengecam tindakan pengganas-pengganas ini, meskipun segolongan pengganas mendakwa tindakan mereka itu adalah untuk kepentingan Islam.

5

Page 58: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

48

Kita boleh simpulkan bahawa kerajaan mempunyai kemampuan untuk menangani kumpulan pengganas, sama ada mereka muslim atau pun tidak. Kejayaan ini merupakan pencapaian terbesar dan kerajaan percaya ia mempunyai kebolehan dan kemampuan sama untuk menangani isu ini pada masa depan Insya' Allah.

Kerajaan juga percaya bahawa Pendekatan Wasatiyyah yang diguna pakai dalam menangani pelbagai krisis telah berjaya dan amat berkesan berbanding penyelesaian keras dan ketenteraan yang dilaksanakan oleh kerajaan tertentu. Kita juga fahami bahawa kumpulan yang dilabel pengganas ini mungkin dianggap sebagai mujahidin oleh pihak-pihak tertentu. Malah, ada yang dilabel pengganas hari ini, mereka disanjung sebagai mujahidin dan pemimpin kebebasan pada pandangan rakyat dan negara mereka.

Apa pun natijahnya, tanpa melihat kepada matlamat golongan yang berperang dan berjuang untuk isu tertentu, sama ada bersifat adil atau tidak, ada beberapa ciri yang menunjukkan sesuatu perbuatan itu adalah tindakan jenayah dan perbuatan ganas.

Contohnya: Meletupkan bom dan seumpamanya di tempat-tempat awam atau membunuh mereka yang tidak berdosa. Tidak terkecuali, tindakan menculik orang awam untuk mendapatkan wang tebusan atau pun sebagai tebusan politik. Antara lain ialah meracun

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Page 59: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

49

Pendekatan Menangani Pengganas di Malaysia

makanan, air atau ubat yang disediakan untuk kegunaan individu atau umum. Semua tindakan ini merupakan perbuatan haram dan jenayah pada pandangan syariat dan undang-undang. Sesiapa pun pelakunya, dia adalah pengganas tanpa melihat kepada latar belakang agama, kaum dan negaranya. Masyarakat, sama ada individu atau pun institusi, perlu bekerjasama untuk menjejaki pelaku-pelaku keganasan ini sehingga dihadapkan ke muka pengadilan supaya dijatuhi hukuman setimpal.

Dalam masa sama, pendekatan Malaysia dalam menangani keganasan, bukan sekadar menumpaskan kegiatan dan pelakunya semata-mata. Lebih daripada itu, negara telah meletakkan kerangka dan pelan bagi memperbetul kefahaman dan pemikiran golongan yang cenderung ke arah keganasan. Ia bertujuan memperjelaskan segala kesamaran, kekeliruan dan pengaruh asing dengan mengambil kira prinsip "mencegah lebih baik daripada merawat". Usaha berkenaan antara lain membabitkan kempen kesedaran mengenai keganasan dan bagaimana seseorang individu boleh berubah menjadi ekstrim sehingga terbabit dengan keganasan. Ia amat penting supaya setiap individu masyarakat mampu mengenali dan seterusnya memerangi pemikiran ganas. Memerangi keganasan bukan semata-mata bererti menentang pengganas secara langsung, bahkan ia juga melibatkan

Page 60: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

50

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

usaha memujuk dan mempengaruhi minda mereka dengan berhujah secara ilmiah. Perkara ini sekurang-kurangnya mampu mempengaruhi keyakinan, kekaguman dan kefanatikan mereka terhadap elemen keganasan itu sendiri, terutamanya bagi golongan yang tidak mempunyai alternatif lain bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka18.

Dari sudut lain, Kerajaan Malaysia telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam kehidupan politik pada tahap yang lebih baik berbanding sebahagian negara Arab di Timur Tengah. Inisiatif ini memainkan peranan yang amat penting bagi melemahkan kecenderungan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam tertentu untuk menubuhkan kumpulan atau pergerakan pengganas dengan tujuan menentang kerajaan. Ia melibatkan pelbagai bentuk dan peringkat termasuk kebenaran menubuhkan parti politik Islam, gerakan atau pertubuhan sosial serta agama dan sebagainya yang membolehkan mereka menjalankan aktiviti mengikut kerangka undang-undang dan politik negara.

Proses Penerapan Nilai-nilai Islam dalam kerangka politik di Malaysia mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang

18 Lihat: Mahathir Mohamad, Islam, Terrorism and Malaysia Response, muka surat 13-14

Page 61: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

51

Pendekatan Menangani Pengganas di Malaysia

memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1981. Pada tahun sama, kerajaan digesa membincangkan cara terbaik untuk memanfaatkan ajaran dan nilai-nilai Islam untuk diterapkan ke dalam proses pembangunan dan polisi dalam dan luar negara. Keprihatinan dan minat kerajaan dalam penerapan nilai Islam lebih terserlah selepas Dr. Mahathir mengumumkan dasar “mengislamkan” jentera kerajaan pada tahun 1984. Beliau menggunakan dasar islamisasi ini untuk menjelaskan 2 perkara penting:

PeRTAMA: Penerapan Nilai-nilai Islam dalam PentadbiranApa yang pasti pelaksanaan undang-undang Islam hanya akan melibatkan rakyat beragama Islam dan isu-isu kekeluargaan.

KeDUA:Mengatasi Percanggahan Antara Undang-undang Negara dan Prinsip-prinsip IslamDr. Mahathir telah memainkan peranan penting untuk menggariskan beberapa dasar yang menggambarkan identiti Islam dalam pemerintahan. Ia termasuk mengkaji semula sistem undang-undang sedia ada supaya selaras dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam, menambah pengisian program keagamaan dalam

Page 62: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

52

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

penyiaran atau media tempatan, dan mengumumkan beberapa dasar seperti keperluan mengambil kira pandangan Islam dalam pendidikan, politik dan ekonomi. Antara yang ketara dalam dasar berkenaan ialah mengkaji semula model ekonomi Malaysia supaya selaras dengan kaedah dan prinsip Islam. Ia menjelaskan betapa pembangunan ekonomi perlu menyeluruh dan tidak boleh meminggirkan pembangunan rohani. Pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan akhirnya membawa kepada penubuhan institusi ekonomi Islam seperti Bank Islam, Yayasan Ekonomi Islam, sistem pembiayaan Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri secara langsung. Selain daripada itu, kerajaan menubuhkan universiti-universiti Islam dan meningkatkan lagi kandungan silibus pendidikan agama di sekolah dan universiti.

Dalam masa sama, kerajaan turut terlibat dengan aktiviti dakwah Islam melalui inisiatif meningkatkan jumlah program agama dalam bidang penyiaran. Bahkan, kerajaan tidak teragak-agak untuk menjelaskan bahawa Islam perlu diberikan hak sewajarnya dalam bidang penyiaran kerana Islam merupakan agama rasmi negara dan rakyat perlu memahami nilai-nilai Islam, sama ada mereka beragama Islam atau pun tidak. Pada tahun 1987, semua penyampai berita beragama Islam di

Page 63: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

53

Pendekatan Menangani Pengganas di Malaysia

stesen TV kerajaan, RTM diwajibkan memulakan berita dengan ucapan salam.

Penerapan Nilai-nilai Islam ini berterusan sepanjang tahun 80an. Pada tahun 1988, kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik termasuk mengumumkan bahawa Parti Umno merupakan parti Islam terbesar di Malaysia. Dengan kata lain, Islam pada era Dr. Mahathir Mohamad menjadi sebahagian daripada rangka jentera birokrasi negara. Polisi ini dilihat sebagai satu proses birokrasi Islam. Hakikatnya, Penerapan Nilai-nilai Islam bukan hanya dilaksanakan terhadap polisi dalam negara sahaja, malah ia diperluas sehingga merangkumi polisi luar negara. Justeru, Islam mencorakkan kerangka penting dalam sesuatu polisi pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad. Dasar luar Malaysia telah menyaksikan perubahan besar sejak awal 80an apabila lebih menumpukan kepada negara-negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berbanding hubungan dengan negara-negara Barat.

Page 64: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

54

Page 65: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

55

PENUTUP DAN RESOLUSI

Kejayaan Malaysia dalam menangani keganasan dan fahaman ekstrim adalah hasil daripada kesungguhannya dalam melaksanakan prinsip wasatiyyah. Perlembagaan negara menyebut dengan jelas bahawa Islam merupakan agama bagi persekutuan dan pada masa sama penganut agama-agama lain dibenarkan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan bebas di Malaysia. Kerajaan juga komited melaksanakan Penerapan Nilai-nilai Islam serta ajaran Islam dalam pentadbiran negara, dasar dalam dan luar negara, pelan pembangunan serta meminda undang-undang negara selaras dengan kehendak Islam. Perubahan ini berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan dan hasilnya sekarang kita lihat bahawa Malaysia hampir menjadi sebahagian daripada negara-negara maju.

6

Page 66: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

56

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Ketika negara bergerak mencapai kemajuan, terdapat beberapa halangan apabila monopoli kaum Cina dan India dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan politik dilihat semakin melebar sehingga menjejaskan hak kaum Melayu, sebagai Bumiputera. Oleh itu, Umno berusaha gigih untuk memelihara dan mengukuhkan hak-hak orang Melayu serta mempertahankannya bagi berdepan dengan kaum bukan Bumiputera terutamanya kaum Cina yang berjaya menubuhkan universiti-universiti swasta dan sekolah-sekolah persendirian yang menggunakan Bahasa Cina. Krisis menjadi lebih tegang dan sukar dibendung ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 selepas parti kaum Cina mendapat sokongan besar dalam pilihan raya. Pertumpahan darah dan pergaduhan kaum tercetus dengan orang-orang Melayu di ibu negara, Kuala Lumpur sehingga pihak berkuasa terpaksa mengisytiharkan darurat.

Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970) dan Tun Abdul Razak (1970 – 1976) telah mengambil beberapa inisiatif dan pendekatan bagi menghadapi masalah berkenaan. Antaranya ialah pengumuman pada Julai 1979 untuk melaksanakan dasar mengajar subjek Bahasa Malaysia di semua peringkat pembelajaran. Kerajaan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara pada Januari 1970 bagi memantau dan menjayakan

Page 67: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

57

Penutup dan Resolusi

agenda perpaduan negara dan kaum. Di samping itu, kerajaan juga melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memerangi kemiskinan yang dilancarkan seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-2 pada tahun 1970. Ia mempunyai 2 matlamat utama, Pertama: Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kedua: Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Masyarakat Islam Negara ini boleh dibahagikan mengikut 3 parti utama iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Manakala kaum lain melibatkan Cina dan India boleh dibahagikan kepada Malaysia Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sistem demokrasi Malaysia menyaksikan 2 kumpulan politik besar iaitu Pertama: Barisan Nasional yang bersifat konservatif bukan radikal yang dianggotai UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti kecil dari Sabah dan Sarawak. Titik pertemuan di antara parti-parti ini dan UMNO ialah permuafakatan dan persetujuan untuk memelihara keadaan yang ada

Page 68: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

58

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

sekarang. Kedua: Pakatan Rakyat yang bersifat reformasi dan radikal. Ia dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Meskipun masyarakat Melayu mempunyai identiti dan agama yang sama, mereka berdepan perpecahan politik. Masalah ini menyebabkan parti-parti politik berkaitan Melayu terpaksa bergabung dengan parti-parti kaum Cina dan India untuk bersaing dalam politik. Ia mempunyai pengaruh tersendiri dari aspek mengukuhkan pendekatan kesederhanaan Islam di Malaysia dan dalam masa sama melemahkan parti-parti dan pergerakan Islam yang bersifat ekstrim.

Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan dalam isu berkaitan Komunis:

“Di Malaysia kita telah pun memerangi pemberontak Komunis yang menggalakkan keganasan dan memaksa masyarakat supaya menerima ideologi yang ekstrim dan sesat. Kerajaan berjaya menumpaskan Komunis bukan sekadar dengan penggunaan tentera sahaja, malah yang lebih memberikan kesan ialah memberikan kesedaran terhadap mereka yang menyokongnya dan memperbetulkan pemikiran songsang meskipun golongan berkenaan adalah kaum Cina. Justeru, ia bukanlah masalah besar

Page 69: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

59

Penutup dan Resolusi

memandangkan kita sudah maklum mengenai penyakitnya dan penyelesaiannya. Ia merupakan kejayaan kerajaan dan keganasan di Malaysia berjaya ditangani sepenuhnya”

Beliau seterusnya menambah:“Ketika kita mengecam, mengutuk dan membantah keganasan, kita perlu mengetahui sebab-sebab yang mencetuskan keganasan, punca yang menjadikan mereka pemberontak dan penentang kerajaan. Jadi kita perlu memahami perkara berkenaan jika kita bersungguh-sungguh mahu menangani krisis itu. Pengganas bukanlah orang miskin dan buta huruf, malah ada dalam kalangan mereka orang yang berpendidikan dan cerdik pandai yang komited untuk dengar dan patuh terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang jahat. Justeru, ketika kita memerangi golongan berkenaan, kita mesti mengetahui faktor dan punca yang menyebabkan mereka bertindak demikian.”

Antara perkara yang perlu disebutkan di sini, faktor utama yang mencetuskan keganasan kaum pada tahun 1969 yang kita bincangkan tadi ialah faktor ekonomi dan bukannya perselisihan kaum semata-

Page 70: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

60

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

mata. Buktinya, selepas keadaan ekonomi semua pihak bertambah baik dan keadilan sosial tercapai, keamanan serta keselamatan dapat dikecapi di bumi Malaysia ini, Alhamdulillah. Kewujudan majoriti masyarakat Islam tidak menimbulkan sikap cemburu dan dengki atau menjejaskan masyarakat bukan Islam.

Meskipun begitu, suasana masih lagi terganggu dengan beberapa masalah yang disebabkan oleh kumpulan kecil kaum Melayu Islam. Ia bertujuan untuk mencetuskan keganasan dan khabar angin yang bertujuan mempengaruhi masyarakat dan menggulingkan kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya, mereka seperti tidak mempercayai proses demokrasi sebagai jalan dan cara membentuk kerajaan. Majoriti mereka adalah golongan muda yang merupakan ahli-ahli PAS. Sebahagian mereka mendapat pendidikan di Pakistan dan sebagainya yang terpengaruh dengan ideologi pergerakan Taliban dan Al-Qaeda. Pemikiran berkenaan dibawa masuk ke Malaysia untuk dilaksanakan. Mereka melakukan aktiviti ganas termasuk membunuh anggota Exco yang merupakan seorang Kristian, percubaan merompak senjata dari balai polis, merompak bank dan meletupkan bom di tempat awam. Namun, tindakan berkenaan langsung tidak memberikan manfaat kepada mereka, bahkan mereka dijejaki polis sehingga berjaya ditumpaskan, ditangkap dan dibicarakan.

Page 71: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

61

RUJUKAN

Al-QuranSunnah NabiDr. Abdul Karim Zaidan, Usul al-Da’wah, Dar Umar al-

Khattab Iskandariah, 1976.Dr. Muhammad bin Ahmad bin Soleh al-Soleh,

Wasatiyyah al-Islam fi Samahah al-Din wa Tasamuhih, Dar Alam al-Kitab, Riyadh, 2007.

Nawwal Abdul Muni’m Bayyuni, al-Tajribah al-Maliziyyah Wifq Mabadi’ al-Tamwil wa al-Iqtisad al-Islami, Maktabah al-Shuruq al-Dauliyyah, Mesir, 2011.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fiqh al-Wasatiyyah al-Islamiyyah wa al-Tajdid – Maalim Wa Manarat, Dar al-Shuruq, al-Kaherah, 2010.

Page 72: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

62

Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan : Pengalaman Malaysia

Dr. Wan Hussien Azmi, al-Da'wah al-Islamiyyah fi Maliziya Percetakan Watan, 1985.

Dr. Qaisar Adeeb Makhol, al-Islam fi al-Sharq al-Aqsa; Wusuluhu wa Intisharuhu, diterjemah Dr. Nabil Sobhi, Dar al-Arabiyah lil al-Tibaah wa al-Nasyr, Lubnan, 1966.

Dr. Abdullah Muhammad Zin, Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan, Institut Wasatiyyah Malaysia, Putrajaya, Malaysia, 2013.

Najib Tun Haji Abdul Razak, Pendekatan Wasatiyyah dan Pelaksanaannya di Malaysia, Institut Wasatiyyah Malaysia, Putrajaya, Malaysia, 2013.

Musa Sabri, Syuyui’yyah fi Kulli Makan, Matabi’ al-Akhbar, al-Kaherah, 1970.

Mauqif Rabitah al-A’lam al-Islami min al-Irhab (bi dun tarikh) Makkah al-Mukarramah: Rabitah al-alam al-Islami.

Dr. Jaafar Syeikh Idris: al-Irhab Takrifuh wa Musabbibatuh; 2002, Jeddah, Rabitah al-alam al-Islami.

Majmua’h Bahitsin; al-Islam al-Hadhari: al-Namuzaj al-Maliziy. 2011/Dubai. Markaz al-Misbar Lil Dirasat Wal Buhuth.

Dr. Abdullah Muhammad Zin dan Hj. Khairil Annas Jusoh, 2011. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1 Malaysia. Kuala Lumpur: MPH Group

Page 73: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

63

Rujukan

Printing (M) Sdn. Bhd.Najib Razak, 2011. Global Movement of The Moderates,

Putrajaya: Razak School of Government.Federal Constitution, 2006. Petaling Jaya: International

Law Book Services.Sir Richard Winstedt, (without date). Malaya and its

History. Essex, Great Britain: The Anchor Press Ltd, Tiptree.

Mahathir Mohamad, 2002. Islam, Terrorism and Malaysia Response.

Mahathir Mohamad, 1996. Islam Misunderstood Religion. Afro-Arab-center sdn.bhd., Malaysia.

Syed Naquib al-Attas, 1963. Some Aspects of Sufism as Understood and Practiced Among the Malays, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute Ltd.

http://www.slideboom.com/presentations/170287/Bab-3-%3A-Ancaman-Parti-Komunis-Malaya-dan-Darurat

http://awangdemananakpahang.blogspot.com/2010/08/tragedi-berdarah-13-mei-1969.html

http://www.melayuonline.com/eng/history/dig/71/malacca-sultanate

www.statistics.gov.my/.../2009/Bab_21Perangkaan_Penduduk.pdf

Page 74: PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM MENANGANI …iwm.jpm.gov.my/iwm/sites/default/files/FINALISED BM wasatiyyah.pdf · Hak cipta terpelihara. ... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

64