wasatiyyah dalam al-quran dan al-sunnah oleh dr. … · • dalam bahasa inggeris, istilah yang...

29
1 WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. Mohd Sukki Othman د. محمد شوقي عثمانUniversiti Putra Malaysia www.ustazshauqi.com 019-3241364

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

36 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

1

WASATIYYAH DALAM

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Oleh

Dr. Mohd Sukki Othman محمد شوقي عثمان . د

Universiti Putra Malaysia www.ustazshauqi.com

019-3241364

Page 2: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Pendahuluan

Renungkanlah …

Dengan Ilmu Hidup

Menjadi Mudah,

Dengan Seni Hidup

Menjadi Indah,

Dengan Iman Hidup

Menjadi Terarah

Page 3: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Apakah

Maksud

Wasatiyyah??

Page 4: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

DEFINISI WASATIYYAH • Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah” adalah masdar atau “kata

terbitan” dari perkataan “al-wasat”. Dari perkataan “al-wasat” terbit pula perkataan “al-Awsat” ism tafdil yang bermaksud sangat adil dan tidak melampau.

• Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah “I’tidal” bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai (longgar).

• Wasatiyyah (kesederhanaan) sering kali dikaitkan dengan kalimah “wasatan ” dan kalimah “muqtasid ” atau “muqtasidah” Kalimah “wasatan ” sebenarnya berasal dari dari tiga huruf, iaitu و س ط dan disebut di dalam al-Quran sebanyak enam kali. Selain itu, ia berasal dari perkataan “al-Wasat ” yang bermaksud di tengah ( وسط الطريق) atau sederhana (وسط الشيء)

Page 5: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

DEFINISI WASATIYYAH • “Wasat ” bermakna “tengah” iaitu tidak lebih, tidak kurang, biasa, atau

sedang dalam perkara atau tindak tanduk. Namun, kata terbitan wasat juga memberi maksud “yang adil ”, “yang terbaik”, “ yang terpilih ” (pada mutu), “yang terhalus ” (pada seni) dan “yang terhormat ”.

• Ia juga bermaksud tidak banyak selok beloknya, tidak rumit dan tidak sulit.

• Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium , modest , not extreme atau excessive

• Dalam bahasa Arab pula, kesederhanaan disebut sebagai al-Iqtisad dan al- Tawassut

Page 6: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

DEFINISI WASATIYYAH

• Menurut Imam al-Ghazali, wasatiyyah adalah satu keadaan pertengahan yang dinamakan sebagai sifat keutamaan ( الفضيلة) dan ia terletak di antara dua sifat ekstrem yang tercela ( الرذيلة). Kecondongan dari sifat pertengahan kepada satu sifat ekstrem akan menimbulkan kecacatan. Sifat pertengahan ini dapat ditentukan melalui prinsip umum yang ditetapkan oleh akal dan syariat Islam. Sifat pertengahan biasanya relatif, ia berbeza antara seseorang individu dengan orang lain dan dalam situasi berlainan mengikut kemampuan masing-masing dengan cara yang “terbaik” dan “teradil ”

DEFINISI WASATIYYAH

Page 7: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

WASATIYYAH DALAM AL-QURAN

ة وسطا لتكونوا شهداء على الناس وكذلك جعلناكم أم

سول عليكم شهيدا وما جعلنا القبلة التي كنت ويكون الر

ن ينقلب على عقبيه وإن سول مم بع الر عليها إال لنعلم من يت

ليضيع وما كان للاه كانت لكبيرة إال على الذين هدى للاه

حيم بالناس لرؤوف ر إيمانكم إن للاه

Surah al-Baqarah 143

Page 8: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

WASATIYYAH DALAM AL-QURAN Terjemahan

• Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Page 9: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

UMMATAN WASATA

• Umat adil dan terpilih (sebagai perbandingan dengan umat terdahulu)

• Pertengahan, tidak melampau dari sudut kepercayaan dan amalan

• Sheikh Sya’rawi – Sistem yang Terbaik

Page 10: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

UMMATAN WASATA

• Akidah yg adil, tidak menafikan kewujudan Tuhan dan menafikan berbilang tuhan

• Sederhana dan seimbang tidak kebendaan macam yahudi dan tidak kepaderian macam nasara

• Dunia dan akhirat

Page 11: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

UMMATAN WASATA

• Muhammad Abduh dan Rashid Rida menjelaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, umat manusia terdiri daripada dua golongan: golongan pertama, mereka mementingkan kebendaan semata, tumpuan mereka kepada kepentingan fizikal sahaja. Mereka terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Musyrikin. Manakala golongan kedua sangat mementingkan kerohanian dengan meninggalkan keduniaan seperti golongan Nasara dan penganut-penganut agama Hindu di India.

Page 12: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

UMMATAN WASATA

• Oleh itu Islam memberi tumpuan kepada dua hak iaitu hak roh dan hak jasad atau dengan ungkapan yang lain, bolehlah ditegaskan di sini bahawa Islam telah memberi kepada umatnya semua hak-hak yang perlu kepada manusia kerana manusia itu ada jasmani dan rohani; ada sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat malaikat.

Page 13: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

PERTENGAHAN DAN SEIMBANG

• لك قواما والذين إذا أنفقوا لم يسرفوا ولم يقتروا وكان بين ذ

• Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. AL-FURQAN 67

Page 14: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

PERTENGAHAN DAN SEIMBANG

• 77القصص ...... وابتغ فيما آتاك للا الدار اآلخرة

• 201البقرة .......... ربنا آتنا في الدنيا حسنة

• 10الجمعة ... فإذا قضيت الصالة فانتشروا في األرض

Page 15: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

WASATIYYAH DALAM SUNNAH

خير األمور أوسطها•

Page 16: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Wasatiyyah dalam Sunnah

• Penolakan cara hidup kepaderian

• Al-Tabrani meriwayatkan daripada Uthman bin Maz’un bahawa ia telah berkata: “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk melakukan pengasian (ikhtisa’) supaya keinginan seks akan hapus”. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya “Wahai Uthman, sesungguhnya Allah telah menukarkan kehidupan kepadrian kepada agama Hanif yang mudah”.

Page 17: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

• Begitu juga al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda “Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku berbangga dengan kamu di depan umat-umat yang lain di hari Qiamat dan janganlah kamu mengamalkan cara hidup kepadrian orang-orang kristian.” .

Page 18: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Dibolehkan berhibur, ketawa dan berjenaka

terutama pada majlis perkahwinan dan seumpamanya

• Rasulullah (s.a.w) menolak amalan rigid dan terlalu serius di tempat-tempat yang memerlukan kerehatan, berhibur, ketawa dan gurauan

Page 19: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

• Begitu juga Rasulullah (s.a.w) memberi keizinan untuk menyanyi dan menari pada majlis-majlis seperti kahwin, hari raya . Pernah Rasulullah (s.a.w) membenarkan orang-orang Habsyi bermain pedang dan menari di Masjid Nabawi sempena kedatangan hari raya, lalu baginda bersabda: “Supaya orang Yahudi tahu bahawa agama kita adalah mudah. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama Hanif yang mudah (hanif dalam akidah dan mudah dalam hukum hakam)” (Hadis riwayat Ahmad).

Page 20: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

• Dihalalkan dan dibolehkan kepada orang Islam memakai pakaian yang cantik dan juga memakai bauan yang harum, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya Allah itu elok dan Ia suka kepada keelokan”. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi).

Page 21: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Rasulullah menyatakan kepada Abdullah bin Amr ketika beliau terlalu melampau dalam beribadat, lalu baginda

bersabda kepadanya: “Sesungguhnya bagi badan kamu ada hak keatas kamu;bagi mata kamu ada hak

keatas kamu; bagi keluarga kamu ada hak ke atas kamu;dan bagi pelawat rumahmu ada hak keatas kamu”. Dan dalam riwayat Tirmizi: “Oleh itu maka tunaikanlah hak kepada orang yang mempunyai

haknya.”

Page 22: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

WASATIYYAH

“Bekerjalah kamu untuk urusan duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya Dan bekerjalah

kamu untuk urusan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati besok hari ”.

Page 23: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

KESIMPULAN

Islam datang untuk memperkenalkan manhaj pertengahan dalam semua perkara bagi

menjamin kebaikan dan kemaslahatan umat manusia.Syariat Islam memperkenalkan

kesederhanaan dan pertengahan dan keseimbangan tanpa adanya

unsur-unsur ekstrem.

Page 24: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Muhasabah diri

Saidina Umar ada menyatakan: 'Hitunglah diri kamu sebelum kamu

dihitungkan oleh Allah, dan timbanglah amalan kamu sebelum

amalan kamu ditimbang oleh Allah'.

Page 25: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Kata-Kata Hikmah

“ Berikan aku 1000 orang yang bodoh, aku akan usahakan supaya mereka menjadi pandai, tetapi jika engkau berikan aku

seorang yang MALAS, aku khuatir, aku tidak boleh berbuat apa-apa”

(PEPATAH CINA)

Page 26: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium
Page 27: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

Rumusan

ربنا آتنا في الدنيا حسنة

وفي اآلخرة حسنة

وقنا عذاب النار

Page 28: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

WASSALAM

Page 29: WASATIYYAH DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Oleh Dr. … · • Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk menunjukkan maksud kesederhanaan adalah moderate, middling , medium

29

...إلى اللقاء