مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب turun/model wasatiah dalam...

27
الر ن م ح الر ا م س ب م ي ح ال لع ا ب ر د م ح ل ا ة الص ، و ن ي م ا ف ر ش ى أ ل ع م الس و ال و ء ا ي نب ن ي ل س ر م ى ل ع و د م ح م نا د ي س أ ه ب ح ص و ه آل، ن ي ع م ج د ع ب و

Upload: phamhuong

Post on 30-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

حيم بسم اهلل الرحمن الر مين، والصالة الحمد هلل رب العال الم على أشرف ا مرسلين ألنبياء وال والس

د وعلى جمعين، آله وصحبه أ سيدنا محموب عد

Page 2: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

TEMA:

“WASATIAH ASAS KESEJAHTERAAN SEJAGAT”

TEMPAT:

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC)

BERAKAS,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

27 – 29 MUHARRAM 1437H

09 – 11 NOVEMBER 2015M

SEMINAR MAJLIS ILMU 2015

Page 3: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

“MODEL WASATIAH

DALAM FIQH AL-SHAFI’I”

Oleh:

DR HAJAH NOOR HIRA BINTI HAJI NOOR KASEH

Page 4: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Fokus Perbincangan;

i. Riwayat Hidup

ii. Ketokohan & Keilmuannya

iii. Pembentukan Model Wasatiah al-Shafi’i

Page 5: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

DEFINISI

“Model” bermaksud ragam, cara, fesyen, jenisdan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang

dikeluarkan. Ia juga bermaksud seseorang atausesuatu yang dapat dijadikan contoh (untuk

ditiru atau diteladani).

Maka perkataan model itu boleh diertikansebagai cara, bentuk, jenis atau contoh sesuatu

perkara atau barang dan sebagainya.

Page 6: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan

wasata, yasitu, wastan yang bermaksud menjadi di tengah.

Manakala perkataan al-wasatu pula bermaksud al-mu’tadil

(pertengahan)

Maksud wasatiyyah dari segi istilah pula diperolehi pemahamannya

daripada sumber al-Qur’an. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam

surah al-Baqarah, ayat 143;

لك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء سول عليكم علىوكذ داشهيالناس ويكون الر

Tafsirnya: Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat pertengahan

(sebagai umat yang adil dan pilihan) supaya kamu menjadi saksi atas

manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan rasulullah pula akan

menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.

sambungan;

Page 7: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Secara jelasnya, ayat ini menisbahkan kepada umat

Islam sebagai umat wasatan. Ulama tafsir telah

mentafsirkan wasatiah di dalam ruang lingkup tafsiran

utama iaitu terbaik, cemerlang, terpuji dan adil.

Berdasarkan penerangan di atas, maksud “model” dan

“wasatiyyah” yang menjadi topik perbincangan kertas

ini, jika dikaitkan dengan kehidupan manusia dan

segala tindakannya boleh disebutkan sebagai contoh

terbaik, berimbang dengan adil, terpuji dan cemerlang.

sambungan;

Page 8: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Nama beliau ialah Muhammad bin idris bin al-‘Abbas

bin ‘Uthman bin al-Shafi’i bin al-Saib bin ‘Ubaid bin

Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ‘Abd Manaf

bin Ma‘n bin Kilab …

Keturunan beliau bertemu dengan keturunan

Rasulullah sallallallahu ‘alaihi wasallam pada ‘Abd

Manaf. Ibunya bernama Fatima dan berasal dari

kabilah al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur. Ada

pula sebahagian yang mendakwa bahawa ibunya

berasal dari keturunan Ali bin Abi Thalib

RIWAYAT HIDUP AL-SHAFI’I

Page 9: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Beliau dilahirkan, menurut pendapat yang masyhurnya di

Ghazzah – Palestine pada tahun 150H. Sebelum ia

dilahirkan keluarganya telah berpindah ke Palestine

kerana beberapa keperluan atau kerana bapanya terlibat

di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk

mengawal perbatasan islam di sana.

Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir, dan

menetap sehingga akhir hayatnya pada tahun 204H

sambungan;

Page 10: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

1. Al-Shafi‘i Di Mekah (152 – 164H)

2. Al-Shafi‘i Di Al-Madinah (164 - 179H)

3. Al-Shafi‘i Di Yaman (179 - 184H)

4. Al-Shafi‘i Di Baghdad (184 - 186H)

5. Al-Shafi‘i Di Mekah (186 - 195H)

6. Al-Shafi‘i Di Baghdad (195 - 197H)

7. Al-Shafi‘i Di Mekah dan Mesir (197 - 204H)

AL-SHAFI‘I DAN PENGEMBARAANNYA;

Page 11: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

1. Ahli Usul

2. Ahli Faqih

KEILMUAN IMAM AL-SHAFI’I

Page 12: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Apakah Manhaj Wasati Fiqh Al-Shafi’i?

1. ‘ABD HAMID ABU SULAYMAN:

Mazhab-mazhab fiqh telah melalui pelbagai proses seperti

pembentukan, pemantapan, pengembangan, penyebaran dan

juga pembaharuan. Berkait dengan mazhab al-Shafi’i secara

umum, ia juga telah melalui proses-proses tersebut. Secara

asasnya, proses tajdid atau pembaharuan oleh mazhab al-Shafi’i

dapat dilihat dari aspek bagaimana ia diasaskan, iaitu antara

lainnya pemilihan metode (manhaj) wasati di antara aliran Hijaz

dan aliran lraq (mazhab Abu Hanifah dan mazhab lmam Malik)

(Kitab al-lmam al-Shafi’i wa Usus Tajdid Manahij al-Tashri’ al-Islami – dalam

Salsilah al-Dirasat al-Islamiyyah al-lmam al-Shafi’i: Faqihan wa Mujtahidan)

MODEL WASATIAH AL-SHAFI’I

Page 13: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

2. MUHAMMAD ISMAIL IBRAHIM;

Sebelum muncul mazhab al-Shafi’i, telah wujud dua mazhab yang

berbeza. Pertama diasaskan oleh seorang asli Arab, iaitu lmam

Malik. Kedua diasaskan oleh lmam Abu Hanifah. Kedua-dua mazhab

menggunakan manhaj yang berbeza dalam menjalankan amalan

pensyariatan. Dalam pada itu antara kedua manhaj yang diguna

oleh kedua-dua mazhab ini sentiasa bertembung dan bertentangan.

Maka ketika inilah muncul lmam al-Shafi’i mengasaskan mazhab

berlandaskan manhaj yang dicipta beliau berdasarkan percubaan,

pengalaman, pencarian ilmu dan pertemuannya dengan ulama-

ulama besar. Dengan itu dapat dikatakan mazhabnya adalah

mazhab wasati di antara mazhab yang wujud sebelumnya, khasnya

mazhab Maliki dan mazhab Abu Hanifah….

(kitab A’immat al-Mazahib al-Arba’ah)

sambungan:

Page 14: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

3. DR AHMAD NAHRAWI ABD AL-SALAM;

Dengan itu terkumpul dalam diri beliau maklumat-maklumat yang

jelas berkaitan dengan dua mazhab yang sering bergesel dalam

beberapa persoalan fiqh kerana pegangan masing-masing; iaitu

mazhab ahl al-hadis dan mazhab ahl al-ra’y, salah satunya kuat

berpegang dengan nash kitab dan sunnah tanpa melampauinya

kecuali pada ruang yang amat terbatas dan yang keduanya amat

bergantung dengan ra’y (qiyas) sehingga menggabaikan nash,

kesemuanya ini memberi ilham kepada beliau untuk membentuk

satu mazhab fiqhi yang wasati antara dua aliran yang sering

bertentangan ini.

(Kitab al-Imam al-Shafii fi Mazhabaihi al-Qadim wa al-Jadid)

sambungan

Page 15: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Dalam perkara istinbat iaitu mengambil dan menetapkan

hukum mengikut kaedah-kaedahnya, lmam al-Shafi’i

menggunakan al-Quran, dengan melihat lafaz-lafaznya. Jika

maknanya yang lahir secara lafzi tidak ada, maka dicari

maknanya yang bersifat majazi atau kiasan. Jika tidak ada

maka dicari hukumnya daripada hadis Rasulullah sallallallahu

‘alaihi wasallam. Jika tidak didapati hukumnya dalam hadis

maka dicari hukumnya daripada ijmak para sahabat. Jika tidak

ada hukumnya pada ijmak maka dicari hukumnya daripada

qiyas

SUMBER DAN METODOLOGI MENGISTINBATKAN

HUKUM DALAM MAZHAB AL-SHAFI’I;

Page 16: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

1. Al-Zanjani seorang ulama al-Shafi’i menegaskan dalam bukunya

Takhrij al-Furu‘ ‘ala al-Ushul, mengatakan:

Maksudnya: imam al-shafi’i berpendapat bahawa mengamalkan bentuk-bentuk

kemashlahatan yang berasaskan kepada dalil kulli meskipun tidak berasaskan pada

dalil-dalil khusus adalah dibolehkan. Contoh yang sedemikian itu ialah perkara

kesepakatan umat islam mengenai perkara yang tidak membatalkan sembahyang

apabila bergerak dengan gerakan sedikit dan bergerak dengan banyak dalam

sembahyang (boleh) membatalkan sembahyangnya. Imam al-shafi’i berpandangan

bahawa had gerakan banyak itu ialah gerakan seorang yang sembahyang, yang apabila

dilihat oleh orang lain, ia pasti mengatakan sifulan telah membatalkan sembahyangnya

seperti kalau ia menulis atau menjahit dan lain-lain. Manakala gerakan sedikit ialah

seorang yang sembahyang dan apabila dilihat oleh orang lain, maka ia tidak akan

mengatakan sifulan telah keluar dari sembahyangnya seperti seseorang memperbaiki

(mengusai-gusai) pakaiannya atau mengusap rambutnya dalam sembahyang. Perkara ini

tidak memiliki dalil (nash) yang menjadi rujukan tapi ia hanya berasaskan dalil kulli

bahawa berdasarkan ketentuan umum syara’ ialah bahawa sembahyang itu disyariatkan

untuk tujuan khusyuk.

WASATIAH DALAM PENGGUNAAN KEMASLAHATAN

Page 17: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Maksudnya: Ruju’ dari kesaksian itu ada dua perkara: Apabila dua

orang saksi atau lebih, bersaksi terhadap seseorang bahawa ia telah

melakukan kesalahan sehingga ia mesti diberi hadd atau qisas pada

tubuh badannya seperti dipotong tangannya, disebat, diqisas karena

telah membunuh atau mencederakan orang lain, dan hukuman itu

pun telah dilaksanakan pada dirinya, tetapi para saksi kemudian ruju’

dari persaksiannya dan mereka berkata kami telah sengaja memberi

kesaksian palsu, maka perbuatan saksi-saksi itu adalah disamakan

dengan (telah) melakukan kesalahan. Maka apabila hukuman yang

tadi diberikan kepada pesalah yang ia berikan kesaksiannya berupa

hukuman qisas, disuruh pilih antara dikenakan qisas atau hanya

bayar denda tapi kalau hukuman itu bukan berupa qisas maka ia

hanya mengambil denda dan saksi-saksi itu diberi takzir bukan hadd.

sambungan;

2. Imam al-Shafi’i menyebutkan tentang hukuman persaksian palsudalam Kitab Al-umm;

Page 18: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Maksudnya: Telah berkata lmam al-Nawawi bahawa lmam al-

Shafi’i berkata: Adalah sunat (mustahab) bagi mereka (yang

memiliki uzur syar’i seperti musafir dan sakit) untuk

melakukan sembahyang zuhur (ganti sembahyang Jumat)

secara tidak berjemaah. Hal itu bertujuan agar mereka tidak

dituduh dalam hal agama dan mereka dituduh telah

meninggalkan sembahyang Jumat dengan memandang ringan

tentangnya.

sambungan;

3. Imam al-Nawawi berkata:

Page 19: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Maksudnya: al-Rabi‘ berkata: Yang menjadi pegangan

lmam al-Shafi’i sebagaimana yang saya ketahui

bahawasanya para tukang itu tidak diwajibkan untuk

menanggung atau menjamin barang-barang yang

mereka terima kecuali kalau hal (kerusakan) itu terjadi

oleh mereka sendiri. Namun lmam al-Shafi’i tidak

mengisytiharkan hal itu karena takut atau khawatir

pemilik barang-barang itu kehilangan barang-barangnya

oleh para tukang itu.

sambungan;

4. Dalam Kitab Al-Umm menyebutkan;

Page 20: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Diceritakan bahawa suatu ketika lmam al-Shafi’i sembahyang

Subuh di masjid ulama-ulama mazhab Hanafi dan dia memilih untuk

tidak melakukan qunut. Selepas sembahyang para ulama yang

sembahyang bersama-sama beliau mempersoalkan perbuatannya

tadi. Beliau pun menjawab persoalan itu dengan mengatakan

bahawa beliau memilih untuk tidak melakukan qunut hanya kerana

beliau sedang menunaikan sembahyang di sebuah masjid yang

berdekatan dengan kubur imam Abu Hanifah. Ini kerana imam Abu

Hanifah berpendapat bahawa qunut itu bukan sunnah. Perkara

tersebut dilakukan oleh lmam al-Shafi’i sebagai penghormatan

terhadap seorang imam. Sikap ini dalam fiqh disebut “mura‘at al-

khilaf” yang bermaksud keadaan-keadaan tertentu seseorang ulama

mengamalkan hasil ijtihad ulama lain karena berada dalam

keadaan yang susah dan untuk mewujudkan kemaslahatan yang

lebih besar dibanding dengan mengamalkan pendapatnya atau

pendapat mazhabnya.

TOLERANSI (TASAMUH) IMAM AL-SHAFI’I DALAM BIDANG FIQH

Page 21: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Maksudnya: lmam al-Shafi’i dalam menetapkan hukum ialah

masalah batas waktu darah haid. Sebahagian orang yang berbeza

pendapat dengan lmam al-Shafi’i mengenai batas haid mengatakan

darah haid tidak boleh kurang dari tiga hari. Apabila seorang

perempuan melihat darah sehari (1), dua hari (2) atau dua setengah

hari (2 1/2) dan tidak sempurna menjadi tiga hari (3), maka itu

bukan darah haid. Dengan demikian ia dianggap bersih. Begitu pula

darah haid tidak boleh melebihi sepuluh (10) hari, dan apabila lebih

satu hari atau kurang dari satu hari atau lebih maka itu darah

istihadhah dan waktu bersih tidak boleh kurang dari 15 hari.

(Pendapat ini dibantah oleh lmam al-Shafi’i), beliau mengatakan

kepadanya (orang yang berpendapat demikian): bagaimana

pendapatmu sekiranya kamu berkata perkara itu tidak terjadi

sementara ilmu pengetahuan kita mensabitkan kebenaran perkara

itu? Bukankah pendapatmu itu salah dan membuatmu berdosa?Atau itu terjadi kerana kecuaianmu yang sangat jelas?

PANDANGAN IMAM AL-SHAFI’I DALAM PERKARA AL-URF

Page 22: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Kerana itu kamu tidak boleh berkata mengenai perkara ilmu yang

sudah nampak kebenarannya. (Orang yang berpendapat

demikian) berkata: Hanya pendapatkulah yang benar sama ada ia

mempunyai hujah atau tidak ada. Imam al-Shafi’i berkata: Telah

sabit bagiku bahawa saya telah menemukan seorang perempuan

yang hanya mengalami darah haid tidak lebih dari satu (1) hari.

Telah sabit bagiku ramai perempuan yang sentiasa darah haidnya

kurang dari tiga (3) hari, begitu juga telah sabit bagiku adanya

perempuan yang mengalami darah haid sampai pada batas lima

belas (15) hari, ramai pula perempuan yang saya tahu darah

haidnya pada kebiasaannya tiga belas (13) hari saja. Maka

bagaimana mungkin kamu mengatakan perkara itu tidak terjadi

padahal kita telah mengetahui bahawa perkara itu benar-benar

terjadi.

sambungan;

Page 23: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Al-Shafi’imengatakan;

Maksudnya: al-Shafi’i berkata: (Seorang suami) memiliki hak

khiyar apabila menemukan penyakit kusta sama ada sedikit

mahupun banyak. Maka apabila kulitnya nampak ada keputih-

putihan, lalu siisteri mengaku bukan kusta, tapi suami berkata itu

adalah kusta. Maka saya akan memperlihatkan (menanyakan

perkara itu) kepada pakar penyakit (ahlul ilmi). Apabila mereka

berpendapat itu adalah penyakit kusta, maka saya tetapkan

adanya khiyar, tapi kalau mereka katakan itu sekadar gatal dan

bukan kusta, maka tidak ada khiyar baginya.

sambungan;

Page 24: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Al-Shafi’i menjelaskan;

Maksudnya: Saya melihat dulu barang curian, apabila

ia berada di sebuah tempat di mana ia dicuri,

masyarakat mengatakan bahawa barang itu telah

disimpan pada tempatnya yang layak, maka saya

berpendapat ia mesti dipotong tangannya. Namun

apabila masyarakat mengatakan bahawa barang itu

tidak disimpan pada tempatnya yang layak, maka

saya berpendapat ia tidak boleh dipotong tangannya.

sambungan;

Page 25: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Kertas kerja ini telah menghuraikan dan menjelaskan tentang

keperibadian dan kehidupan Imam al-Shafi’i, seorang ulama besar

yang telah banyak memberi pengaruh terhadap kehidupan

beragama umat islam. Beliau dikenali sebagai ulama tulen yang

telah mewariskan khazanah pemikiran dalam semua aspek

keilmuan islam terutama dalam bidang metodologi fiqh islam.

Disamping itu, beliau adalah tokoh ilmuan yang mahir dalam

pelbagai bidang ilmu dan tepat untuk menjadi teladan bagi semua

yang mencari kebenaran tanpa mesti mengabaikan iltizam

terhadap nilai-nilai islam. Beliau telah menguasai pelbagai

pemikiran hukum yang berkembang di zamannya. Penguasaan

yang unik itulah kemudian menghantarkannya mampu

membangun fiqh yang kokoh, ideal dan seimbang. Imam al-shafi’i

adalah sosok ulama yang kehidupannya sentiasa relevan untuk

diteladani sepanjang zaman.

KESIMPULAN

Page 26: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

Imam al-Shafie adalah ulama dan tokoh fiqh islam

yang memiliki pemikiran fiqh yang wasati lagi unik.

Keunikan itu terpatri pada profesyen fiqhnya yang

menyatukan dua sumber pemikiran fiqh yakni nash

dan ijtihad. Produk-produk fiqh al-Shafi’i dapat

memperlihatkan dengan jelas betapa nash dan ijtihad

berjalan seiring dan seimbang. Beliau sangat mahir

mengelola instrument kemaslahatan sehingga tidak

keluar dari nash syar'i dan tidak mengabaikan

kepentingan manusia. Hal ini dapat dilihat pada

pengakuaannya terhadap maqasid al-syari’ah

(kulliyyat al-syar'i) dan al-urf sebagaimana yang telah

ditunjukkan dalam kertas kerja ini.

Sambungan;

Page 27: مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب Turun/MODEL WASATIAH DALAM FIQH AL... · Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan wasata,

وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته

SEKIAN