diversiti konsep wasatiyyah: aplikasi menerusi inovasi ... · perlakuan adil adalah lebih dekat...

26
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 183 DIVERSITI KONSEP WASATIYYAH: APLIKASI MENERUSI INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, PhD Siti Arni Basir, PhD Ilhaamie Abd. Ghani Azmi, PhD Syarifah Nurolazan Shaikh Ahmad Idris Nayan Universiti Malaya Wasatiyyah is a criteria for human value specified by Allah SWT in the Qur’an. The uniqueness of these criteria often discussed by Muslim and tafsir scholars in the frame of religious faith, practice and morality. However, up to this writing we found that there is no discussion corelate it with application especially in services and innovation. Thus, the uniqueness of this article is to present the diversification of wasatiyyah in these applications. The basic question is how wasatiyyah can be the driven value for excellence related to innovation in public service. By using the method of content analysis on the concept of wasatiyyah and deductive analysis method to verify wasatiyyah application in service. giving wasatiyyah not only render on epistemology but also ontology as an application tool towards more effective service. Three wasatiyyah values that were given emphasis are fair and justice, balanced and moderation as well as best service practice or excellent. For the purpose of its application, this writing suggestedthat the concept must be continously explained with emphasis on its relationship with work performance in order to enhance individual positive psychology through understanding and to be implemented in three main work policies namely as service requirement policy (DKK1), preferencial service policy (DKK2) and quality service policy (DK3). In the Malaysian context, the combination of epistomology and ontology has shown good relationship through innovation in public service.

Upload: lamdan

Post on 02-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 183

Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi DalaM

perKhiDMatan aWaM

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, PhDSiti Arni Basir, PhD

Ilhaamie Abd. Ghani Azmi, PhDSyarifah Nurolazan Shaikh Ahmad

Idris Nayan Universiti Malaya

Wasatiyyah is a criteria for human value specified by Allah SWT in the Qur’an. The uniqueness of these criteria often discussed by Muslim and tafsir scholars in the frame of religious faith, practice and morality. However, up to this writing we found that there is no discussion corelate it with application especially in services and innovation. Thus, the uniqueness of this article is to present the diversification of wasatiyyah in these applications. The basic question is how wasatiyyah can be the driven value for excellence related to innovation in public service. By using the method of content analysis on the concept of wasatiyyah and deduc tive analysis method to verify wasatiyyah application in service. giving wasatiyyah not only render on epistemology but also ontology as an application tool towards more effective service. Three wasatiyyah values that were given emphasis are fair and justice, balanced and moderation as well as best service practice or excellent. For the purpose of its application, this writing suggestedthat the concept must be continously explained with emphasis on its relationship with work performance in order to enhance individual positive psychology through understanding and to be implemented in three main work policies namely as service requirement policy (DKK1), preferencial service policy (DKK2) and quality service policy (DK3). In the Malaysian context, the combination of epistomology and ontology has shown good relationship through innovation in public service.

Page 2: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 184

pengenalan

Wasatiyyah merupakan satu konsep baharu yang diketengahkan dalam negara pada tahun 2010. Pendekatan konsep dan nilai ini secara amnya sering merujuk kepada aspek akidah dan ibadah iaitu akidah yang benar, amalan yang adil lagi yang bersifat sederhana serta tidak keterlaluan. Namun, kefahaman dan pemakaiannya dalam konteks lain termasuk perkhidmatan masih kurang diperbincangkan. Sedangkan bagi pentadbiran negara dengan perkembangan dan pembaharuan pesat dalam perkhidmatan yang dipamerkan oleh negara-negara membangun dan maju ekoran ledakan teknologi dan cabaran perkhidmatan meliputi penggunaan media sosial yang meluas, permintaan pelanggan yang tinggi, nilai terhadap kualiti yang tuntas lagi menyeluruh sifatnya amat diperlukan. Ditambah pula dengan cabaran dari sudut perspektif masyarakat yang segelintirnya masih memandang negatif terhadap perkhidmatan kerajaan yang dikaitkan dengan kerenah birokrasi (Temubual dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Utusan Malaysia, 30/6/2013).

Perkataan wasatiyyah boleh dirujuk dari asal kalimah `wasata` dalam Surah al-Baqarah: 143 dan Surah al-Nisa’: Ayat 134. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)”.

Page 3: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 185

Definisi Wasatiyyah

Wasatiyyah adalah kata terbitan daripada perkataan bahasa Arab ̀ wasat` atau `wasut’ yang bermakna `berada di tengah-tengah’. Manakala `al-awsat’ pula bermaksud pertengahan. Kalimah ini disebut dalam 5 ayat al-Quran dengan konteks yang berbeza. Selain itu, istilah al-wasatiyyah juga disebutkan dalam beberapa ayat yang lain, seperti al-Wusţá (al-Baqarah, 2: 238), Awsat (al-Ma’idah, 5:89), awsatuhum (al-Qalam, 68: 28), dan fawasatna (al-’Adiyat, 100: 5).

Menurut pandangan Ibn Manzur kalimah dalam Surah al-Baqarah: Ayat 143 merujuk kepada umat yang adil, terbaik dan terpilih. Begitu juga menurut Al-Tabari (2000) yang menyatakan bahawa wasat bermaksud khiyar dan afdhal (yang terpilih dan terbaik). Menurut al-Qaradhawi (1977) pula bahawa wasat berkait dengan maksud kesederhanaan dengan bersifat berimbang antara dua keadaan atau tidak melampau. Penjelasan yang sama dipetik dari pandangan Al-Zuhaili (1991) yang menekankan empat nilai utama iaitu terpilih, terbaik, berimbang dan adil.

Adil pula menurut Ibn Manzur adalah bererti tidak berat sebelah, tidak memihak atau berimbang. Ia juga boleh bermaksud berpegang kepada kebenaran (Ibn Manzur, t.th). Al-Maraghi dalam tafsirnya berpendapat bahawa ia adalah menyampaikan hak kepada mereka yang berhak dengan cara yang terbaik. Para fuqaha berpendapat bahawa umat yang adil adalah yang mencegah diri daripada melakukan dosa besar serta menjauhkan diri dari sebarang tindakan yang merosakkan maruah (Abdul Karim Zaidan, 1998). Semua penjelasan ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Qalam: ayat 28 bermaksud, “Orang yang bersikap adil antara mereka berkata,”Bukankah aku telah mengatakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang fakir miskin daripada mendapat habuan mereka), alangkah baik sekiranya kamu bertasbih (mengingati Allah dan membatalkan rancangan jahat itu?)”.

Sifat adil yang terkandung dalam perkataan wasatiyyah mengandungi maksud sifat dan tindakan yang terbaik kepada individu yang paling

Page 4: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 186

layak atau paling sesuai untuk disampaikan dan bukannya yang buruk atau zalim. Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah” (Surah al-Ma’idah: Ayat 8)

Adil adalah nilai berasaskan kepada kesederhanaan dan adalah satu elemen penting dan menjadi kompetensi yang perlu dalam meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam.

Sabda Rasulullah: خيیرااألموررأأووسطهھا

إإيیاكم وواالغلو في االديین فإنهھ أأهھھھلك من كانن قبلكم االغلو في االديین

Maksudnya,“Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan” (Riwayat al-Baihaqi, Al-Fawaid Al-Majmuah Li As-Syaukani, 588) iaitu dalam bahasa Arabnya al-awsat. Tetapi ini bukan bermaksud yang berada antara dua keadaan iaitu tidak cemerlang dan tidak lemah. Ia bermaksud sifat atau sesuatu yang tidak membawa kepada keburukan ekoran berlebih-lebihan.

Terdapat tiga takrifan ringkas mengenai wasatiyyah. Pertama ialah adil dan saksama, kedua ialah berimbang atau kesederhanaan dengan maksud tidak berlebih-lebihan, melampaui batasan dan memudaratkan. Sabda Rasulullah:

خيیرااألموررأأووسطهھا

إإيیاكم وواالغلو في االديین فإنهھ أأهھھھلك من كانن قبلكم االغلو في االديین

Maksudnya : “Jauhilah melampau (al-ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama” (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 3028). Dan ketiga, amalan terbaik dan cemerlang. Elemen nilai ini dirumuskan sebagaimana Rajah 1 dibawah;

Page 5: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 187

aDil &saKsaMa

eleMennilai DalaMWasatiyyah

aMalanterbaiK &

ceMerlang

beriMbangseDerhana

& tiDaKKeterlaluan

Rajah 1elemen nilai Dalam Wasatiyyah

pendekatan Wasatiyyah Memenuhi Konsep Maslahah

Dalam ajaran Islam, wasatiyyah tidak sewajarnya dipisahkan dengan apa jua bentuk tindakan termasuk perkhidmatan. Ini disebabkan perkhidmatan merupakan sebahagian daripada tuntutan syarak yang berperanan menegakkan maslahah umat Islam berteraskan nilai akhlak. Secara ringkasnya, maslahah bererti sesuatu yang baik dan membawa kebaikan atau bermanfaat untuk urusan di dunia dan akhirat. Konsep ini tidak terhasil semata-mata oleh kemahuan dan logikal manusiawi, sebaliknya berasaskan kepada piawaian syara’ dari aspek kebenaran, nilai, adab dan kehalalannya. Ia juga dijadikan asas pertimbangan dalam menolak kemudaratan (al-Ghazzali, 1990). Hujah ini adalah

Page 6: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 188

yang dominan dalam penentuan sesuatu pelaksanaan menurut sesetengah ulamak. Antaranya yang dibangkitkan oleh Najm al-Din al-Tufi (1276M-1316M). Menurut al-Shatibi (t.t), maslahah boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kepentingan dan keutamaannya. Iaitu maslahah dharuriat, hajiyat dan tahsiniyat. Dharuriat adalah kepentingan keperluan yang bersifat asas dalam kehidupan. Kepentingan dharuriat terbahagi kepada lima perkara; iaitu (1) agama (2) akal, (3) jiwa, (4) keturunan dan (5) harta. Oleh itu, apa juga yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kelima-lima kepentingan asas ini adalah ditegah (al-Shatibi, (t.t). Bagi menjaga dan mencapai kelima-lima keperluan dan matlamat dharuri inilah, maka nilai wasatiyyah amat ditekankan untuk menjaga peradaban insan. Penekanan ini terkandung dalam keseluruhan falsafah adab dan akhlak.

Tuntutan secara umum tentang keperluan memelihara maslahah juga dinamakan masalih al-mursalah dan istislah. Iaitu kemaslahatan yang tidak dinyatakan secara jelas dalam dalil syara’ dan juga tidak ditolak, sebaliknya berasaskan kepada logik akal tetapi tidak bertentangan dengan keseluruhan prinsip dan maqasid syariah. Oleh itu, apa juga perkara yang bertujuan menjaga kepentingan umum walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas atau khusus dalam al-Quran atau al-Sunnah (al-Syatibi, 1975). Firman Allah s.w.t bermaksud:

‘Buatlah (dengan sebaik-baik) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.’ (Surah al-Baqarah :195).

Walaubagaimanapun, maslahah atau kepentingan umum yang diambilkira dalam apa juga urusan perlu menepati tiga syarat iaitu; (al-Syatibi, 1975)

1. Ianya hendaklah suatu kepentingan yang melibatkan semua anggota masyarakat dan bukan untuk kepentingan sesetengah kumpulan tertentu sahaja;

2. Ianya hendaklah merupakan suatu kepentingan yang tidak diragui oleh pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan dalam menilainya;

Page 7: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 189

3. Ianya hendaklah tidak bercanggah dengan nas al-Quran atau al-Sunnah.

Kaedah umum dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Darulqutni boleh dijadikan asas membina nilai wasatiyyah. Iaitu sabda baginda ال ضررر ووال ضراارر (Sunan Ibn Majah, 2334 & Sunan Darulqutni, 2714) Maksudnya: “Tiada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan”. Kaedah umum dan ringkas ini bukan sekadar menjadi pegangan prinsip dalam mengeluarkan hukum syara’, tetapi ia juga dijadikan panduan dan pedoman dalam semua urusan. Menurut penjelasan Imam al-Nawawi, hadis ini bermaksud ajaran Islam tidak menghendaki apa jua bentuk kemudaratan termasuklah; Pertama, kepada diri dan orang lain; Kedua, melakukan kemudaratan kepada orang lain untuk membalas keburukannya, tetapi sebaliknya, hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkuasa; Ketiga, berfaedah untuk diri sendiri tetapi mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan keempat, memudaratkan orang lain sedangkan yang melakukannya tidak mendapat sebarang faedah (al-Syatibi,(t.t).

Justeru, dengan berpegang kepada prinsip maslahah yang menjadi elemen utama maqasid, nilai wasatiyyah melalui perkhidmatan itu menjadi dharuri untuk diperteguhkan melalui pelbagai usaha, dasar dan program pembangunan modal insan. Ini kerana kedua-duanya, maqasid dan nilai wasatiyyah amat berkait rapat dan saling melengkapi iaitu maqasid tidak tercapai tanpa modal insan dan amalan kerja yang mendokong nilai wasatiyyah.

aplikasi nilai Wasatiyyah Dalam perkhidmatan awam

Menurut Al-Buraey (1985) model pentadbiran Islam adalah berorientasikan nilai, iaitu memaksimakan nilai-nilai Islam. Model pentadbiran Islam mementingkan keseimbangan antara kebendaan dan kesejahteraan sosial. Antara cara untuk memaksimakan nilai Islam berkenaan mencari titik keseimbangan antara kesejahteraan kebendaan dengan kepuasan spiritualiti ialah dengan pembinaan masjid di tempat kerja, program untuk keselamatan sosial dan keselamatan spiritual. Pendapat al-Buraey (1985) ini membawa petunjuk bahawa

Page 8: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 190

perlaksanaan sistem pengurusan berteraskan Islam hendaklah disertai dengan mekanisme, program atau teknik yang bersesuaian, agar perlaksanaannya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam konteks inilah, konsep wasatiyyah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu dilaksanakan dengan menggunakan mekanisme atau teknik yang konkrit agar konsep tersebut dapat dilaksanakan dengan tuntas dan efektif. Isunya ialah, setakat ini belum ada mekanisme dan teknik yang jelas tentang bagaimana konsep wasatiyyah seharusnya dilaksanakan di sektor perkhidmatan di Malaysia. Oleh itu, menjadi keperluan untuk membangunkan mekanisme berkenaan dengan perlaksanaan konsep wasatiyyah di Malaysia. Dalam konteks inilah, aplikasi berasaskan wasatiyyah di sektor perkhidmatan melalui penjawat awam yang lestari perlu dibangunkan.

Kelestarian insan (human sustainability) bagi penjawat awam bermaksud amalan yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan warga kerja. Ia juga bermaksud amalan mana-mana organisasi yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan masyarakat secara amnya (Perrot, 2014). Definisi ini membawa makna bahawa terdapat amalan atau program tertentu yang boleh digunakan untuk membangunkan insan atau warga kerja yang lestari. Manakala warga kerja yang lestari pula akan membawa kesan positif kepada masyarakat. Impak positif kepada masyarakat inilah yang jika dipupuk secara berterusan akhirnya akan membangunkan sebuah peradaban yang unggul dan jitu. Dalam konteks kajian ini, indeks kelestarian insan yang dibangunkan dengan menggunakan nilai-nilai wasatiyyah akan membantu dalam melahirkan warga kerja yang mempunyai peribadi unggul dan berprestasi tinggi, yang mana individu seperti penting untuk menjadi agen ke arah pembentukan umat Islam yang mempunyai peradaban yang tinggi.

Sarjana Islam mengkritik bahawa konsep dan indeks pembangunan manusia yang dipelopori barat tidak menepati kehendak Islam yang sebenar. Menurut prinsip Islam, pembangunan didefinisikan sebagai suatu proses di mana perubahan individu dan sosial adalah berdasarkan pemikiran Islam sejati, yang secara asasnya bermatlamatkan untuk

Page 9: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 191

mencapai keperluan material dan spiritual dalam kehidupan manusia. Justeru itu, pembangunan manusia menurut perspektif Islam ialah “suatu proses meningkatkan keupayaan manusia melalui keseimbangan material dan rohani dalam usaha untuk mengatasi konflik dalaman dan luaran yang didasarkan kepada ajaran Islam yang bersifat menyeluruh”. Tujuan proses ini ialah untuk membangunkan keimanan dan amalan saleh dalam usaha untuk mencapai keseimbangan dan kehidupan yang baik iaitu Hayat-e-Tayyebeh (Zangoueinezhad & Moshabaki, 2011). Berasaskan pendapat inilah, Zangoueinezhad dan Moshabaki (2011) menjelaskan menurut prinsip pembangunan manusia dalam Islam, indeks yang digunakan oleh badan antarabangsa untuk mengukur pembangunan manusia tidak sesuai digunakan kerana ianya berasaskan pendekatan yang biasa iaitu hanya memberi lebih ruang kepada manusia untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Sedangkan menurut pendekatan Islam, pembangunan manusia hanya berlaku apabila kapasiti manusia itu meningkat, yang membolehkan seseorang itu mampu menguruskan konflik dalaman dan luaran; yang menuju kepada langkah seterusnya ke arah lorong keimanan dan amal saleh untuk mencapai keredhaan Allah swt. Maka kajian mengenai aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan nilai-nilai wasatiyyah ini akan memberi jawapan kepada kritikan sarjana Islam terhadap kekurangan atau kelompangan yang terdapat dalam konsep pembangunan manusia mengikut perspektif barat.

Oleh kerana wasatiyyah bermaksud Al-‘Adl atau keadilan dan ini adalah lawan kepada kezaliman, keadaan tidak seimbang, tidak adil, berat sebelah, diskriminasi, penindasan dan juga pilih kasih (Ibn Manzur, 1956: 11/430-31; al-Jauhari, 1956: 5/ 1760-61). Ia juga berlawanan dengan sifat fanatik, taksub, rigid, radikal dan melampau (Abdul Monir, 2014) atau cuai (Abdullah, 2014). Justeru, pengaplikasian menyeluruh keadilan dan ihsan di dalam sektor ekonomi dan politik dalam pentadbiran awam di Malaysia akan membawa kepada pengagihan kekayaan yang adil di dalam masyarakat, penjagaan kebajikan dan pembelaan ke atas warga yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan (Maslee & Khairuddin, 2011). Ini kerana mereka akan bertindak adil dan mengagihkan kekayaan dengan sama rata tanpa mengamalkan kronism ataupun nepotism.

Page 10: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 192

Apabila pegawai awam di Malaysia diterapkan dengan nilai wasatiyyah ini, mereka akan lebih berkemungkinan untuk menggunakan bahasa yang lembut, murah dengan senyuman, bergurau dengan tidak keterlaluan, tawaduk dalam berkomunikasi serta setia mendengar. Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati dalam setiap ucapan dan tindakan. Malah mereka lebih bersedia memaafkan dan bertolak ansur, tidak kira kepada pelanggan ataupun rakan sekerja mereka (Mohd. Zamri, Mohd. Norhisam & Abd. Naser, 2011). Mereka juga tidak akan menokok tambah dan mengada-adakan cerita, bersikap negatif atau memandang rendah terhadap orang lain, menyusahkan perkara senang dan merumitkan perkara yang jelas, melakukan pencampuran perkara haram dan halal, menghalalkan perkara yang haram (Mahmood Zuhdi, 2013), tidak mengambil peduli dengan keadaan yang berlaku di sekitar mereka, mempermudahkan tindakan walaupun melanggar larangan Allah (Mohd Yusof, 2013a), tidak menerima pendapat orang lain yang berbeza dengannya kerana beranggapan pendapatnya sahaja yang betul (Mohd. Yusof, 2013b).Sebagaimana firman Allah SWT “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata)….” (Surah 31: ayat19). Rasulullah SAW juga menggalakkan sifat berlemah lembut. Sabdanya من ال يیرحم ال يیرحم

اانن االديین يیسر

yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak memiliki sifat lembut (dalam berurusan) maka ia tidak akan mendapat kebaikan.” (Sahih Bukhari, 5565). Mereka juga akan sentiasa mempermudahkan urusan orang ramai dan bukannya membebankan. Ini sesuai dengan agama Islam yang sentiasa menganjurkan kemudahan untuk penganutnya.

Firman Allah SWT: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah al-Baqarah 2: ayat185). Rasulullah juga bersabda:

من ال يیرحم ال يیرحم

اانن االديین يیسر Maksudnya: “Sesungguhnya agama ini mudah.” (Riwayat al-Bukhari, Sahih Bukhari, 38). Kajian telah membuktikan bahawa nilai-nilai yang mendokong wasatiyyah iaitu adil dan berimbang adalah pendekatan penting dalam perkhidmatan (Mohd. Ribuan, Che Omar, 2004; Wan Ahmad Tirmizi Wan, 2006). Justeru, aplikasi nilai-nilai ini sudahpun diterap dan ditetapkan menjadi nilai teras dalam perkhidmatan awam. Sebagaimana terkandung dalam Etos Perkhidmatan Awam 2012,

Page 11: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 193

Panduan Pekeliling Perkhidmatan Awam dan menjadi teras serta objektif Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi-agensi kerajaan sendiri. Malah, perkhidmatan berasaskan nilai ini juga telah menjadi dasar bagi Latihan Sumber Manusia Sektor Awam di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Ia digubal untuk memenuhi objektif-objektif iaitu:

i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;

ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti/bermutu tinggi; iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti; iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif; v. Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah

(value-added) di dalam sektor awam; dan vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Perkhidmatan yang berteraskan nilai wasatiyyah membawa maksud ‘perkhidmatan yang adil, saksama, berimbang dan cemerlang’. Ia bermaksud perkhidmatan yang berjaya mencapai sasaran objektif atau matlamat dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan kerugian atau kemudaratan. Sebaliknya menjamin keberhasilan kerja terbaik serta memberikan impak tinggi samada kepada pekerja, majikan, institusi, pelanggan, masyarakat mahupun negara dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Justeru, aplikasinya dalam proses pelaksanaan dicadangkan untuk berpandu kepada tiga dasar kerja utama yang dinamakan sebagai dasar 3K iaitu Dasar Keperluan Kerja=DKK1, Dasar Keutamaan Kerja=DKK2 dan Dasar Kualiti Kerja=DKK3. Ketiga-tiga dasar ini akan memandu kerja berteraskan nilai wasatiyyah sebagaimana penjelasanan berikut;

Dasar Keperluan Kerja (DKK1)-Ia boleh ditentukan melalui matlamat dan kepentingan jangka pendek dan jangka panjang organisasi yang ingin dicapai dan keperluan yang bertujuan untuk mengelakkan kemudaratan. Kerajinan tanpa pandu arah matlamat yang jelas akan mengakibatkan ia tidak menghasilkan pencapaian dan menjadikan kerja ibarat sia-sia kepada organisasi. Islam amat menekankan aspek keperluan supaya kerajinan yang ada, diurus dan diletakkan pada

Page 12: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 194

tempatnya yang sesuai dan membuahkan kejayaan. Antaranya mengikut pandangan Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fiqh al-Awlawiyyat dan Imam Ibn Abd. Al-Salam dalam Qawaid al-Ahkam.

DKK2-Dasar Keutamaan Kerja pula, amat ditekankan dalam Islam supaya umat Islam memahami apa yang perlu didahulu atau dikemudiankan dalam beramal. Dari aspek keutamaan ini, pertimbangan boleh dibuat dengan melihat kepada tempoh masa yang diperuntukkan, tahap kepayahan, sulit atau mudahnya tugasan, kemaslahatan pelanggan dan organisasi dan kepada aspek keuntungan atau kerugian. Sebagai umat Islam, aspek keutamaan ini telah kita pelajari melalui pelaksanaan kewajipan yang ditetapkan hukumnya samada wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori hukum yang ditetapkan ini menunjukkan keperluan, kepentingan, keutamaan dan kualiti pada setiap suruhan, amalan dan larangan Allah SWT. Penekanan kepada aspek keutamaan juga boleh difahami melalui pertanyaan para sahabat seperti Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan soalan kepada Rasulullah untuk mengetahui apakah amalan dan siapakah insan yang paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda,

wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori hukum yang ditetapkan ini menunjukkan keperluan, kepentingan, keutamaan dan kualiti pada setiap suruhan, amalan dan larangan Allah SWT. Penekanan kepada aspek keutamaan juga boleh difahami melalui pertanyaan para sahabat seperti Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan soalan kepada Rasulullah untuk mengetahui apakah amalan dan siapakah insan yang paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda, صالة المااةالت ضل ال yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdal صالة اللالب بسالبع وةنالرين ر التdaripada solat secara sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 kali gandaan” (Hadis Muttafa’ Alaih, Sahih Bukhari, 612 & Sahih Muslim, 1044). DKK3- Dasar Kualiti Kerja. Iaitu dasar kerja berasaskan nilai wasatiyyah perlu mempamerkan kualiti selaras standard kualiti yang telah ditetapkan organisasi. Iaitu supaya ia tidak sekadar melaksanakan tugasan dengan cepat tetapi dengan secara cuai. Dengan kata lain, hasil kerjanya tidak sempurna, memuaskan dan menepati standard yang ditetapkan. Sedangkan amalan Islam amat menitikberatkan kualiti sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah ان هللا يحالال إذا ةاالال أحالالدكم ةاالالة أن يتقنالالهmencintai orang yang apabila dia melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Sya’bu Al-Iman Lil-Baihaqi, 4912) dan إذا أمالرضكم بالرمر فالرضوا مناله مالا اسالتط تم yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses, Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual 1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai, aplikasi dan strategi.

wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori hukum yang ditetapkan ini menunjukkan keperluan, kepentingan, keutamaan dan kualiti pada setiap suruhan, amalan dan larangan Allah SWT. Penekanan kepada aspek keutamaan juga boleh difahami melalui pertanyaan para sahabat seperti Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan soalan kepada Rasulullah untuk mengetahui apakah amalan dan siapakah insan yang paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda, صالة المااةالت ضل ال yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdal صالة اللالب بسالبع وةنالرين ر التdaripada solat secara sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 kali gandaan” (Hadis Muttafa’ Alaih, Sahih Bukhari, 612 & Sahih Muslim, 1044). DKK3- Dasar Kualiti Kerja. Iaitu dasar kerja berasaskan nilai wasatiyyah perlu mempamerkan kualiti selaras standard kualiti yang telah ditetapkan organisasi. Iaitu supaya ia tidak sekadar melaksanakan tugasan dengan cepat tetapi dengan secara cuai. Dengan kata lain, hasil kerjanya tidak sempurna, memuaskan dan menepati standard yang ditetapkan. Sedangkan amalan Islam amat menitikberatkan kualiti sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah ان هللا يحالال إذا ةاالال أحالالدكم ةاالالة أن يتقنالالهmencintai orang yang apabila dia melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Sya’bu Al-Iman Lil-Baihaqi, 4912) dan إذا أمالرضكم بالرمر فالرضوا مناله مالا اسالتط تم yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses, Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual 1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai, aplikasi dan strategi.

yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdal daripada solat secara sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 kali gandaan” (Hadis Muttafa’ Alaih, Sahih Bukhari, 612 & Sahih Muslim, 1044).

DKK3-Dasar Kualiti Kerja. Iaitu dasar kerja berasaskan nilai wasatiyyah perlu mempamerkan kualiti selaras standard kualiti yang telah ditetapkan organisasi. Iaitu supaya ia tidak sekadar melaksanakan tugasan dengan cepat tetapi dengan secara cuai. Dengan kata lain, hasil kerjanya tidak sempurna, memuaskan dan menepati standard yang ditetapkan. Sedangkan amalan Islam amat menitikberatkan kualiti sebagaimana sabda Rasulullah

wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori hukum yang ditetapkan ini menunjukkan keperluan, kepentingan, keutamaan dan kualiti pada setiap suruhan, amalan dan larangan Allah SWT. Penekanan kepada aspek keutamaan juga boleh difahami melalui pertanyaan para sahabat seperti Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan soalan kepada Rasulullah untuk mengetahui apakah amalan dan siapakah insan yang paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda, صالة المااةالت ضل ال yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdal صالة اللالب بسالبع وةنالرين ر التdaripada solat secara sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 kali gandaan” (Hadis Muttafa’ Alaih, Sahih Bukhari, 612 & Sahih Muslim, 1044). DKK3- Dasar Kualiti Kerja. Iaitu dasar kerja berasaskan nilai wasatiyyah perlu mempamerkan kualiti selaras standard kualiti yang telah ditetapkan organisasi. Iaitu supaya ia tidak sekadar melaksanakan tugasan dengan cepat tetapi dengan secara cuai. Dengan kata lain, hasil kerjanya tidak sempurna, memuaskan dan menepati standard yang ditetapkan. Sedangkan amalan Islam amat menitikberatkan kualiti sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah ان هللا يحالال إذا ةاالال أحالالدكم ةاالالة أن يتقنالالهmencintai orang yang apabila dia melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Sya’bu Al-Iman Lil-Baihaqi, 4912) dan إذا أمالرضكم بالرمر فالرضوا مناله مالا اسالتط تم yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses, Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual 1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai, aplikasi dan strategi.

yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah mencintai orang yang apabila dia melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya” (Riwayat Imam al-Baihaqi,

Sya’bu Al-Iman Lil-Baihaqi, 4912) dan

wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori hukum yang ditetapkan ini menunjukkan keperluan, kepentingan, keutamaan dan kualiti pada setiap suruhan, amalan dan larangan Allah SWT. Penekanan kepada aspek keutamaan juga boleh difahami melalui pertanyaan para sahabat seperti Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan soalan kepada Rasulullah untuk mengetahui apakah amalan dan siapakah insan yang paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda, صالة المااةالت ضل ال yang bermaksud ”Solat berjamaah itu lebih afdal صالة اللالب بسالبع وةنالرين ر التdaripada solat secara sendirian, dengan kelebihan sebanyak 27 kali gandaan” (Hadis Muttafa’ Alaih, Sahih Bukhari, 612 & Sahih Muslim, 1044). DKK3- Dasar Kualiti Kerja. Iaitu dasar kerja berasaskan nilai wasatiyyah perlu mempamerkan kualiti selaras standard kualiti yang telah ditetapkan organisasi. Iaitu supaya ia tidak sekadar melaksanakan tugasan dengan cepat tetapi dengan secara cuai. Dengan kata lain, hasil kerjanya tidak sempurna, memuaskan dan menepati standard yang ditetapkan. Sedangkan amalan Islam amat menitikberatkan kualiti sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah ان هللا يحالال إذا ةاالال أحالالدكم ةاالالة أن يتقنالالهmencintai orang yang apabila dia melakukan sesuatu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Sya’bu Al-Iman Lil-Baihaqi, 4912) dan إذا أمالرضكم بالرمر فالرضوا مناله مالا اسالتط تم yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses, Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual 1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai, aplikasi dan strategi.

Page 13: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 195

yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses, Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual 1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai, aplikasi dan strategi.

Input ElemenWasatiyyah

•Adil&saksama

•Sederhana& berimbang

•Amalanterbaik& cemerlang

3 Dasar Kerja Utama Aplikasi Wasatiyyah

•DKK1-Dasar keperluan kerja

•DKK2-Dasar keutamaan kerja

•DKK3-Dasar kualiti kerja

Output Impak Wasatiyyah Dalam Perkhidmatan

•Integriti

•Kualiti

•Kepuasanpelanggan

•Inovasi

•Ketekalanperkhidmatan

Rajah 2proses, input dan output aplikasi Wasatiyyah Dalam perkhidmatan

Page 14: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 196

Jadual 1nilai, aplikasi dan strategi Wasatiyyah Dalam perkhidmatan awam

bil. nilai Wasatiyyah

aplikasi perkhidmatan

strategi

1. Adil dan saksama - Memastikan ia menjadi salah satu dari nilai teras perkhidmatan.

- Mengelakkan amalan pilih kasih, nepotisme dan kronisme dalam agihan projek, perlantikan, kenaikan pangkat

- Membenteras salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah

Pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 1998-Garis panduan pemberian dan pener imaan had iah d i dalam perkhidmatan awam Pegawai awam dilarang daripada menerima atau memberi hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awamnya dan/atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi. Peraturan yang melarang pegawai awam memberi dan menerima hadiah adalah di bawah subperaturan 8.(1)(a) dan (b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Ta ta t e r t i b ) 1993 , [P.U.(A)395/1993]Dasar Lat ihan Sumber ManusiaNKRA, Peraturan, Akta Undang-undang

Page 15: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 197

bil. nilai Wasatiyyah

aplikasi perkhidmatan

strategi

2. Sederhana dan berimbang

- Memastikan ia menjadi salah satu dari nilai teras perkhidmatanseperti Tonggak 12

- Memberikan bebanan kerja dalam tempoh masa yang munasabah

- Memberikan kesedaran kebaikan bersederhana.

- Menggalakkan aktiviti sosial & keagamaan.

- M e n j a l a n k a n k a j i a n keberkesanan pelaksanaan p r o g r a m l a t i h a n & motivasi

- Mendapatkan maklum balas berkaitan sasaran kerja tahunan samada ia terlau sukar untuk dicapai sehingga membebankan a t a u m e m u d a r a t k a n kes iha t an dan masa berkualiti untuk peribadi.

- M e n j a l a n k a n k a j i a n kesejahteraan pekerja.

- Menja lankan akt iv i t i rekreasi dan interaksi pekerja.

3. Amalan terbaik dan cemerlang

- Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

- Menggalakkan hasil kreatif dan inovasi

- M e n y e d i a k a n d a n a p e n y e l i d i k a n d a n p e m b a n g u n a n y a n g secukupnya.

- Memberikan penghargaan dan anugerah berprestij

- M e n a m b a h b a i k keberkesanan aktivit i latihan, motivasi

- Bimbingan kerjaya.

Wasatiyah Melalui program inovasi Dalam perkhidmatan awam

Perlaksanaan wasatiyah dalam pentadbiran awam Malaysia boleh dilihat berdasarkan program inovasi yang dilaksanakan. Global Innovation Index 2013 telah mengiktiraf peranan utama inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran sesebuah negara telah menunjukkan peningkatan skor Malaysia daripada 45.90

Page 16: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 198

pada tahun 2012 kepada 46.92 pada tahun 2013, di mana Malaysia berada di tangga 32 daripada 142 buah negara. Laporan Global Competitiveness Report 2013-2014 yang dikeluarkan baru-baru ini pula telah meletakkan Malaysia di tangga ke-25 dalam indikator “Inovasi” dan pada keseluruhan negara ke-24 paling berdaya saing di kalangan 148 negara; naik satu kedudukan dari tahun sebelumnya ( www.pmo.gov.my-muat turun pada 19/10/2013).

Inovasi merupakan agenda transformasi negara demi untuk meningkatkan kecekapan dan pengawalan kos bagi mencapai matlamat ekonomi pendapatan tinggi. Justeru, setiap perkhidmatan awam di Malaysia perlu merealisasikan matlamat ini menerusi pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan inovasi dan kreativiti. Sehubungan itu, hari kualiti pada 31hb Oktober setiap tahun telah digantikan dengan hari inovasi bagi meraikan hasil kejayaan penerapan inovasi dalam perkhidmatan awam (Surat Arahan KP: 29/01/2010). Dalam konteks Perkhidmatan Awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan sebagai idea baru atau diubahsuai untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi (MAMPU, 2012).

Inovasi bermaksud perlaksanaan idea yang kreatif. Inovasi adalah satu keadaan menterjemahkan idea kepada amalan atau perlaksanaan. Dalam keadaan ini, inovasi membawa nilai tambah kepada idea kerana tanpa perlaksanaan, idea akan tinggal sebagai idea semata-mata (Yayasan Inovasi Malaysia, 2012). Menurut Sharifah Hayaati, Asmak dan Mohd. Izani (2009), inovasi merupakan salah satu daripada nilai profesionalisme penjawat awam di Malaysia. Ini menunjukkan nilai inovasi amat penting bagi meningkatkan kerbekesanan menerusi ketekalan dan penjajaran hala tuju. Ng, Singh dan Jayasingam (2012) mengatakan bahawa pelaksanaan inovasi seperti pembangunan produk baru, penstrukturan semula, penambahbaikan komunikasi/prosedur/amalan, proses baru, teknologi baru, mendatangkan banyak faedah

Page 17: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 199

kepada sesebuah organisasi seperti penjimatan kos dan masa serta peningkatan produktiviti. Manakala menurut MAMPU pula, pelbagai pendekatan inovasi boleh diguna pakai termasuklah pendekatan struktur organisasi, penurunan kuasa, integrasi perkhidmatan, pemantapan proses kerja, kawal selia, pengukuran prestasi, perkongsian, penyampaian perkhidmatan alternatif, penjenamaan semula imej dan penyelesaian masalah-masalah kompleks dalam tempoh masa singkat (MAMPU, 2012).

inovasi Kontekstual

Ortt dan Duin (2008) mengemukakan inovasi kontekstual (inovasi mengikut konteks/ situasi sebagai pendekatan untuk melakukan inovasi. Pendekatan ini menetapkan 3 syarat iaitu:

i. Inovasi hendaklah melibatkan pelbagai peringkat dan membolehkan keputusan strategik dan operasi dilakukan.

ii. Inovasi hendaklah mengamalkan pendekatan sistematik, iaitu pelbagai faktor mempunyai hubungkait bagi membolehkan inovasi menyeluruh dapat dilaksanakan.

iii. Inovasi hendaklah membenarkan proses yang lebih fleksibel, misalnya pendekatan “percubaan dan kesilapan” (“trial and error”), dan menyedari bahawa inovasi linear adalah inovasi yang terlalu mudah.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada perlunya inovasi, antaranya ialah kepentingan modal insan yang menggantikan sumber fizikal dan teknologi dalam pembangunan ekonomi, kemunculan organisasi berintensifkan pengetahuan dan pantasnya perubahan teknologi (Drejer, 2002). Perkhidmatan awam perlu melaksanakan inovasi untuk mempastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti tinggi untuk memenuhi malah menjangkaui harapan pengguna dan masyarakat secara keseluruhannya. Inovasi yang dilaksanakan dalam pentadbiran awam Malaysia sebenarnya selari dengan pendapat oleh al-Qaradhawi (2009) yang menyatakan bahawa salah satu prinsip wasatiyah adalah menyeru kepada melakukan pembaharuan dalam konteks fiqh ma’alat yang menekankan kepada hasil atau kesan sesuatu program.

Page 18: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 200

Perlaksanaan wasatiyah dalam pentadbiran awam Malaysia boleh dilihat berdasarkan program inovasi yang dilaksanakan.

Skop perlaksanaan inovasi bagi transformasi Perkhidmatan Awam adalah luas dan merangkumi proses yang menyeluruh termasuk inovasi tadbir urus, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan, inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan. Dari perspektif pengurusan, inovasi boleh dilaksanakan dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi, sumber manusia, kewangan dan aset, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan projek pembangunan dan sebagainya. Ianya boleh melibatkan perubahan ketara dari segi sistem dan prosedur, borang, lesen dan permit serta undang-undang dan peraturan. Bahagian ini membincangkan program inovasi yang dilaksanakan dalam pentadbiran awam Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai jenis inovasi yang dilaksanakan, program inovasi yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah inovasi dalam bidang kerajaan eletronik (e-Government). Berikut adalah program-program inovasi kerajaan eletronik (e-Government) yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam Malaysia:

inisiatif inovasi di Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JaKiM)e-KaFa islam griD

Projek ini yang dilancarkan pada Disember 2011 merupakan modul yang memberi kemudahan dan menarik minat orang ramai dan kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran dan Fardhu Ain melalui portal IslamGRID. Pembelajaran KAFA yang disediakan adalah mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kandungan tempatan Islamik untuk mengimbangi kandungan yang bercanggah dengan nilai dan asas Islam yang melanda masyarakat Islam melalui media baru. Projek ini sebagai usaha untuk menyediakan rujukan yang tulen, manhaj Islamiah yang berasaskan pegangan akidah dan syariah ahli sunnah wal jamaah (MAMPU, 2012).Antara elemen kreativiti dalam eKAFA

Page 19: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 201

ialah dengan menggunakan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi, sistem pendidikan di kelas diterjemahkan dalam bentuk yang lebih menarik dan santai.Proses pembelajaran dilihat amat penting dalam pendidikan kanak-kanak Islam. Disebabkan ketinggalan mengikuti kelas KAFA, terdapat kanak-kanak yang tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu mengerjakan solat. Melihat kepada permasalahan yang berlaku serta kerana tuntutan semasa, maka projek e-KAFA dalam bentuk multimedia membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengikuti kelas KAFA secara komprehensif.

inisiatif inovasi di Jabatan perkhidmatan awam (Jpa)-sistem penawaran automasi perubatan eletronik-Eletronic Medical Automation Supply System (e-MASS)

Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), JPA bertanggungjawab memastikan semua urusan persaraan atau tamat perkhidmatan serta kemudahan rawatan perubatan bagi semua yang berkelayakan dari segi dasar, kelulusan, bayaran dan perakaunan berjalan dengan cekap dan berkesan. e-MASS yang dilancarkan pada Mac 2012 merupakan satu medium perantara di antara pesara serta tanggungannya dengan BP untuk mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan tanpa perlu menggunakan wang sendiri dalam masa yang yang singkat. Idea inovasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di negara Asia Tenggara bagi menguruskan faedah persaraan bagi penjawat awam mereka. Pesara serta tanggungannya boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan tanpa sempadan masa dan tempat sebagaimana tagline BP “Memperkasa golongan emas”. Proses tuntutan secara manual mengambil masa di antara tiga (3) hingga empat (4) minggu dengan mengambil kira faktor logistik dan persekitaran. E-MASS ini berupaya mengatasi masalah tersebut dengan kerjasama pihak ketiga. Perlaksanaan e-MASS dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam memproses tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan. e-MASS direkabentuk lebih mesra pengguna dan mudah diakses dengan keperluan minima tahap celik teknologi maklumat. Selain itu,Indeks Prestasi Utama (IPU) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota perkhidmatan awam. IPU dalam e-MASS diukur melalui wujudnya

Page 20: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 202

Piagam Pelanggan iaitu membayar tuntutan rawatan perubatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang tuntutan dan dokumen sokongan diterima. E-MASS berpotensi untuk diperluaskan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan urusan pembayaran tuntutan balik perubatan bagi ahli mereka.

sistem bank Data Kemiskinan nasional (eKasih)

Sistem eKasih merupakan satu inovasi oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaksanakan ke seluruh negara pada Jun 2008. eKasih dibangunkan secara dalaman dengan kos yang minimum. Ia berfungsi sebagai pengkalan data yang menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan dan agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantuan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Objektif utama sistem eKasih adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas perancangan program kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengelakkan pertindihan program/bantuan kemiskinan yang dilaksana oleh agensi-agensi pemberi bantuan. Selain untuk mewujudkan satu asas pengetahuan mengenai program/projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan dan untuk membantu analisis maklumat & pemetaan kemiskinan dalam bentuk jadual dan carta.Inovasi eKasih menggunakan platform Microsoft sebagai tulang belakang pembangunan sistemnya. Ia boleh diadaptasi dengan sistem-sistem lain dengan melalui sedikit perubahan konfigurasi. Aktiviti adaptasi ini teah dijalankan dengan beberapa sistem dari agensi Kerajaan yang lain iaitu:

a) Sistem maklumat murid-Kementerian Pelajaran Malaysia b) eDamak-Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia c) eBantuan-Jabatan Kemajuan Masyarakat

Melalui eKasih, Kementerian dan Agensi dapat menjalankan tugas mengemas kini maklumat kemiskinan dengan mudah dan cepat selain lebih dilihat menitikberatkan aspek mesra pelanggan. Program eKasih

Page 21: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 203

telah menjadi pemenang bagi anugerah MSC Malaysia Asia ICT Alliance (APICTA) 2010 di bawah kategori e-Inclusion and e-Government (Buletin MAMPU, 2012). Program eKasih juga memenangi tempat pertama Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2012.

penerapan Konsep Wasatiyyah dalam kalangan penjawat awam melalui pendekatan psikologi

Konsep wasatiyyah mengandungi nilai-nilai murni iaitu tiga nilai utama (adil dan saksama; sederhana dan berimbang; amalan terbaik dan inovasi) yang sekaligus menjadi faktor penentu kepada kecemerlangan prestasi penjawat awam. Beberapa kaedah perlaksanaan sedia ada seperti latihan, motivasi dan bimbingan selain sistem kerja dan agihan yang teratur amat berkesan dalam membangunkan kesedaran berterusan tentang bekerja berasaskan nilai wasatiyyah. Selain daripada itu, adalah dicadangkan agar maksud wasatiyyah dalam bekerja diperjelaskan kepada para pekerja. Penjelasan seperti berinovasi adalah amalan berteraskan wasatiyyah, pembaziran sumber dan bekerja sehingga memudaratkan kesihatan dan masa berkualiti untuk diri, keluarga dan masyarakat, kesilapan dalam kerja kerana kecuaian adalah antara contoh pekerja yang tidak memiliki nilai wasatiyyah. Penjelasan juga perlu menekankan bahawa nilai kerja tersebut adalah nilai yang digariskan sebagaimana dalam al-Quran dan pengamalannya merupakan suatu ibadat. Pengulangan terhadap penjelasan ini mampu menumbuhkan psikologi positif ke arah semangat kerja beramanah kerana asas kepada psikologi individu adalah pengetahuan dan kefahaman.

Kesimpulan

Wasatiyah bermaksud adil, berimbang serta cemerlang. Ia adalah konsep dalam al-Quran yang perlu diberikan penekanan melalui psikologi positif berpandukan penjelasan ke arah amalan kerja berteraskan kefahaman yang jelas dan mendalam. Pengenalan konsep ini kepada aplikasi dalam perkhidmatan awam merupakan titik-tolak kepada pembangunan Malaysia yang pesat di masa hadapan.

Page 22: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 204

Perkhidmatan yang memacu nilai wasatiyyah merangkumi; Pertama, tindakan kerja berasaskan matlamat dan keperluan kebajikan umum (maslahah ammah) berbanding kebajikan personal; Kedua, perkhidmatan mematuhi peraturan, prosedur serta polisi yang ada; Ketiga, perkhidmatan memastikan aspek keseimbangan (equilibrium) seperti keutamaan antara manfaat masyarakat dan persekitaran, antara kerja dan keluarga, antara pencapaian objektif organisasi dan kesihatan serta keselamatan pekerja, antara kemajuan dan keimanan untuk jangkamasa panjang; Keempat, perkhidmatan berasaskan pertimbangan yang teliti, bertanggungjawab dan adil terhadap impak keputusan; Kelima, mengambilkira kemampuan komitmen dan sumber yang ada. Ia adalah selaras dengan cadangan tiga dasar kerja utama iaitu Dasar Keperluan Kerja (DKK1), Dasar Keutamaan Kerja (DKK2) dan Dasar Kualiti Kerja (DKK3). Kecemerlangan berteraskan wasatiyyah boleh diukur dalam perkhidmatan awam melalui perkhidmatan berinovasi. Ini selari dengan pandangan al-Qaradhawi (2009) yang menekankan bahawa wasatiyyah sepatutnya menyediakan ruang-ruang fleksibiliti dalam tujuan dan kaedah perlaksanaannya. Program inovasi dalam perkhidmatan seperti e-Kafa, e-MASS dan e-Kasih. Kejayaan program inovasi telah dibuktikan dengan pengiktirafan yang diterima Perkhidmatan Awam Malaysia bagi kategori Memajukan Pengurusan Maklumat Dalam Kerajaan Bagi rantau Asia Pasifik.

Page 23: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 205

rujukan

Abdul Ghafar Don. (2005). Integrasi politik dan dakwah dalam Zulkiple Abd. Ghani dan Mohd. Syukri Yeoh Abdullah. (Eds), Dakwah dan etika politik di malaysia. Kuala lumpur: Utusan publications and distributors.

Abdul Monir Yaacob. (2014). Manhaj wasatiyyah dalam pelaksanaan hukum di Malaysia. Seminar antarabangsa penghayatan wasatiyyah dalam kerangka maqasid syariah. 9-10 April 2014, Wisma Felda, Kuala Lumpur.

Abdul Wahab Khallaf. (t.t). Siyasah syar`ieyah aw nizam al-daulah islamiyah fu syuun al-dusturiyah wa al-kharijiyah wa al-maliyah. Kaherah: Dar al-ansar.

Abdullah Md Zin. (2014). Penghayatan wasatiyyah dalam pentadbiran Malaysia. Seminar antarabangsa penghayatan wasatiyyah dalam kerangka maqasid syariah, 9-10 April 2014, Wisma Felda, Kuala Lumpur.

Al-Maraghi. Tafsir online. http://read.kitabklasik.net/.

Al-Qaradhawi. (2009). Fiqh jihad. Jakarta: Wahba Bookshop.

Al-Qurtubi, Muhammad ibn. Ahmad. (t.t). al-Jami’ li al-Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabi.

Anis, Ibrahim & Muntasar, ‘Abd. al-Halim. (1972). al-Mu’jam al-Wasit. Jilid 2. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabiy.

Arpaci, I. (2010). E-government and technological innovation in Turkey case studies on governmental organizations. Transforming Government: People, Process and Policy, 4, 1, 37-53.

Bernama. (2012). eKasih menang anugerah perkhidmatan awam PBB 2012, diakses dari internet: http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/listgeneral.php?pg=5, 30.6.2012.

Drejer,A. (2002). Situations for innovation management. European Journal of Innovation Management, 5, 1, 4-17.

Ismail Ibrahim. 2011. Konsep wasatiyyah: Perspektif Islam. Konvensyen Wasatiyyah, USIM.

Page 24: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 206

Khalek, A. (2011). Makna kesederhanaan untuk komuniti global. Utusan Online. diakses dari internet: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm, 30.6.2012.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2013). Pendekatan wasatiyyah dan cabaran eksterisme di Malaysia dalam Wastiyyah Pemacu Peradaban Negara. Murshaddad Hasbullah dan Mohd Asri Abdullah (Eds.), Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia, 5-15.

MAMPU. (2012). Hub inovasi sektor awam. Diakses dari internet: http://s3p.mampu.gov.my/bisa/, 15.6.2012.

Maslee, M. dan Khairuddin, A. R. (2011). Wasatiyyah dalam politik. Konvensyen fiqh ummah, JAKIM.

Mohd. Nasran Mohamad (2005). Teori politik al-mawardi mengenai khalifah dalam Zulkiple Abd. Ghani dan Mohd. Syukri Yeoh Abdullah. Dakwah dan etika politik di Malaysia. Kuala lumpur: Utusan publications and distributors.

Mohd. Ribuan Che Omar (2004). Amalan etika kerja dalam perkhidmatan awam malaysia: Satu kajian di kementerian pembangunan usahawan dan koperasi malaysia (masters thesis). Universiti utara malaysia.

Muhammad Al-Buraey (1985). Administration development: An Islamic perspective. England: Kegan paul international limited.

Muhammad Yusuf Musa (1961). Al-madkhal li-dirasah al-fiqh al-islami. Dar al-fikr al-’arabi.

Ng, Y. S., Singh, S. K. & Jayasingam, S. (2012). Organizational culture and innovation among malaysian employees. The Journal of Human Resource and Adult Learning, 8, 2, 147-157.

Ortt, J. R. & Duin, P. A. (2008). The evolution of innovation management towards contextual innovation. European Journal of Innovation Management, 11, 4, 522-538.

Perrott, B. (2014). The sustainable organisation: Blueprint for an integrated model. Journal of Business Strategy, 35, 3, 26-37.

Ramli Awang (2012). Islam pemikiran kenegaraan dan pemerintahan Islam. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Page 25: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 207

Sharifah Hayaati, S. I., Asmak, A. R. & Mohd. Izani, M. Z. (2009). Pengukuhan nilai dan profesionalism di kalangan penjawat awam ke arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah, 17, 3, 559-592.

Surat Arahan Pelaksanaan Hari Inovasi dan Usaha-usaha Meningkatkan Budaya Inovasi dalam Perkhidmatan Awam (29/10/2010).

Taimiyah, Ibn. (1969). Majmu’ fatawa. Riyadh: tauzi’ al-riasah al-‘amah li idarah al-buhuth al-‘ilmiah wa al-ifta’ wa al-dakwah wa al-irsyad.

Utusan Online, (19-1-2012). Konsep wasatiyyah terbaik untuk keharmonian negara. Tahniah PM!.

Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman (2006). Penerapan nilai dan etika: Satu penilaian berdasarkan kes-kes tatatertib di suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia (masters thesis). Universiti Teknologi Mara.

Yayasan Inovasi Malaysia (2012). Apakah kreativiti dan inovasi? diakses dari internet: http://www.yim.my/index.cfm?&menuid=3&lang=EN, 17. 6.2012.

Zangoueinezhad, A. & Moshabaki, A. (2011). Human resource management based on the index of Islamic human development. International Journal of Social Economics, 38, 12, 962-972.

Zulkifli, M.B. dan Mohd Aizam, M. (2012). Wasatiyyah dalam akidah, Konvensyen fiqh ummah, JAKIM.

Page 26: Diversiti Konsep Wasatiyyah: apliKasi Menerusi inovasi ... · Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa terhadap Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu