#19 bm 247papg...

7
1 “DIHIBURKAN ALLAH” PANDUAN DOA MINGGUAN Doa tanpa henti. “Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.” – 2 Korintus 1:3-4 AVB Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield. P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat) R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini) A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya) Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya) Sewaktu memantau perkembangan pandemik Covid-19 dan mempersiapkan diri untuk kemungkinan gelombang kedua berlaku, kerisauan kian bertambah dengan berita buruk lain seperti kadar pengangguran yang meningkat dan penutupan perniagaan. Ramai orang mengalami kemurungan kerana keadaan ekonomi yang semakin mencabar, di mana terdapat segolongan yang mungkin kehilangan kerja mereka. Program moratorium pinjaman juga akan berakhir pada bulan September ini, dan ramai orang masih tidak mampu membuat bayaran bulanan menjelang September ini. Penduduk di Kajang dan Sepang mengalami kerosakan harta yang teruk oleh kerana musim tengkujuh ini, apabila banjir kilat melandai kawasan tersebut. Kes-kes Covid-19 juga semakin meningkat, dan sekolah-sekolah di Kuching, Padawan dan Samarahan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pembukaan. Golongan ibubapa juga bimbang terhadap tahap keselamatan anak-anak mereka apabila seorang pelajar yang berumur 15 tahun pitam dan meninggal minggu lalu. Pelarian dan pendatang juga diusir oleh tuan rumah kerana mereka takut akan pihak penguasa yang giat mengambil tindakan keras terhadap pendatang haram. Keadaan ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan terdesak, ketakutan serta tidak mempunyai tempat berteduh. Pada masa yang gelap ini, Gereja Kristus harus bangkit. Ia sangat merangsangkan apabila melihat umat Kristian menunjukkan pandangan yang lebih luas lagi, tanpa menjaga kepentingan diri sendiri tetapi mencari cara untuk menghiburkan mereka yang terjejas. Kami bersukacita apabila umat Kristian mencari pelbagai cara untuk menolong pelarian dari segi perumahan dan pemakanan. Kami bersukacita kerana umat Kristian tidak lelah menolong mereka yang terjejas walaupun keadaan peribadi semakin terdesak. Memang pada waktu beginilah kami diseru menjadi terang dan garam; serta membawa terang kepada tempat yang gelap gelita. Walaupun pandemik ini amat seram, kami berdoa kepada Allah yang menghiburkan dan berbelas kasihan, Dia yang menghiburkan kami sepanjang musim PKP dan akan terus menghiburkan kami melalui semua cabaran, bahawa Dia akan menguatkan kami untuk menghiburkan yang lain. Tuhan, pakailah kami sebagai tangan dan kaki Engkau. Utuslah kami untuk membawa penghiburan Engkau kepada golongan yang memerlukannya. AHAD, 26 JULAI 2020 NASKAH KE-19 JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    “DIHIBURKAN ALLAH”

    PANDUAN DOA MINGGUAN

    Doa tanpa henti.

    “Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.” – 2 Korintus 1:3-4 AVB

    Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield.

    P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat)

    R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)

    A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya)

    Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya)

    Sewaktu memantau perkembangan pandemik Covid-19 dan mempersiapkan diri untuk kemungkinan gelombang kedua berlaku, kerisauan kian bertambah dengan berita buruk lain seperti kadar pengangguran yang meningkat dan penutupan perniagaan. Ramai orang mengalami kemurungan kerana keadaan ekonomi yang semakin mencabar, di mana terdapat segolongan yang mungkin kehilangan kerja mereka. Program moratorium pinjaman juga akan berakhir pada bulan September ini, dan ramai orang masih tidak mampu membuat bayaran bulanan menjelang September ini.

    Penduduk di Kajang dan Sepang mengalami kerosakan harta yang teruk oleh kerana musim tengkujuh ini, apabila banjir kilat melandai kawasan tersebut. Kes-kes Covid-19 juga semakin meningkat, dan sekolah-sekolah di Kuching, Padawan dan Samarahan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pembukaan. Golongan ibubapa juga bimbang terhadap tahap keselamatan anak-anak mereka apabila seorang pelajar yang berumur 15 tahun pitam dan meninggal minggu lalu. Pelarian dan pendatang juga diusir oleh tuan rumah kerana mereka takut akan pihak penguasa yang giat mengambil tindakan keras terhadap pendatang haram. Keadaan ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan terdesak, ketakutan serta tidak mempunyai tempat berteduh.

    Pada masa yang gelap ini, Gereja Kristus harus bangkit. Ia sangat merangsangkan apabila melihat umat Kristian menunjukkan pandangan yang lebih luas lagi, tanpa menjaga kepentingan diri sendiri tetapi mencari cara untuk menghiburkan mereka yang terjejas. Kami bersukacita apabila umat Kristian mencari pelbagai cara untuk menolong pelarian dari segi perumahan dan pemakanan. Kami bersukacita kerana umat Kristian tidak lelah menolong mereka yang terjejas walaupun keadaan peribadi semakin terdesak.

    Memang pada waktu beginilah kami diseru menjadi terang dan garam; serta membawa terang kepada tempat yang gelap gelita. Walaupun pandemik ini amat seram, kami berdoa kepada Allah yang menghiburkan dan berbelas kasihan, Dia yang menghiburkan kami sepanjang musim PKP dan akan terus menghiburkan kami melalui semua cabaran, bahawa Dia akan menguatkan kami untuk menghiburkan yang lain. Tuhan, pakailah kami sebagai tangan dan kaki Engkau. Utuslah kami untuk membawa penghiburan Engkau kepada golongan yang memerlukannya.

    AHAD, 26 JULAI 2020 NASKAH KE-19

    JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN

    For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

  • 2

    PAUSE  BERDIAM,  Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus.   BACA Mazmur 46 AVB dan renungkan

    Mazmur 46:10 “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.” BERTAUBAT Kami mengakui bahawa umat Kristian juga mengalami perasaan kemurungan, ketakutan, dan kemudaratan. Ya, orang Kristian boleh berasa takut juga. Sewaktu kami membaca kitab Mazmur, kandungannya penuh dengan kemarahan, kesengsaraan, dan ratapan. Namun begitu, di tengah-tengah ketakutan, gergasi iman dari dahulu meniarapkan diri di hadapan takhta Allah dan menyalurkan semua ketakutan mereka sebagai doa dan air mata kepada-Nya, membawa situasi mereka terhadap-Nya dan tidak berasa bimbang. Ini kerana kebimbangan menjauhi kami daripada-Nya, dan juga memberi peluang kepada ketakutan melandai kami. Apabila kami berhadapan dengan Allah minggu ini, marilah kami jujur berhadapan dengan-Nya. Semoga kami bertaubat daripada perasaan bimbang agar tidak berfikir yang bukan-bukan.

    DOA: Abba Bapa, kami mengakui bahawa kami senang dilanda kebimbangan. Kami bertaubat, ya Tuhan, daripada kebimbangan kami serta kekurangan iman bahawa kekuatan Engkau mencukupi. Engkau telah berkata bahawa tanpa iman, mustahil kami menerima keredaan-Mu. Di tengah-tengah badai ini, Tuhan, tukarlah perasaan bimbang kami kepada penyembahan. Kami menyerahkan segala perasaan takut kepada-Mu dan berdoa agar ketakutan tersebut akan menyebabkan kami mendampingi-Mu dengan lebih erat lagi. Kami menyerahkan air mata dan ratapan kami kepada-Mu, dan percaya bahawa Engkau adalah menara yang kukuh kami, Penyelamat kami. Kami serahkan semua beban kami kepada-Mu kerana kami tahu bahawa hanya Engkau yang mampu menopang kami, dan tidak akan membenarkan sebarang kesulitan daripada berlaku. Tolonglah kami berdiam. Berdiam serta “…sandarkanlah harapan kepada Tuhan dari sekarang untuk selama-lamanya” (Mazmur 131:2). Tenangkan hati kami hari ini juga untuk mencari hadirat-Mu. Kami mengakui bahawa Engkau Allah kami, dan Engkau dimuliakan serta ditinggikan dalam penyembahan. Kami berdoa ini dalam nama Yesus, AMIN.

    REJOICE / PENYEMBAHAN

    DOAKAN MAZMUR 27 secara kuat

    PUJILAH TUHAN Mazmur 27:1 AVB “Tuhan cahayaku dan penyelamatanku – siapa perlu kutakuti? Tuhan kekuatan hidupku – siapa harus aku gentar?”

    NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah beberapa cadangan: 

    DIA MENGERTI 1.

    Terkadang kita merasa, tak ada jalan terbuka Tak ada lagi waktu terlambat sudah Tuhan tak pernah berdusta, Dia s'lalu pegang janjiNya Bagi orang percaya, mujizat nyata Dia mengerti, Dia peduli Persoalan yang sedang terjadi Dia mengerti, Dia peduli Persoalan yang kita alami Namun satu yang Dia minta Agar kita percaya, sampai mujizat menjadi nyata https://www.youtube.com/watch?v=aQXfmKkWPEU

    BALANG KERISAUAN-KE-PENYEMBAHAN (Pilihan Meluahkan Kesyukuran Secara Kreatif) Sediakan “Balang Kerisauan” dan hiaskannya dengan pelbagai warna dengan memakai ayat Yeremia 29:11, “Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,' demikianlah firman Tuhan, 'iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan.” Setelah anda melakukan demikian, tulislah perkara yang menyebabkan anda berasa takut, risau, sedih, dan kemurungan. Setelah siap menulis, doakan semua hal-hal tersebut. Setelah berdoa, koyakkan kertas tersebut dan letakkan semua cebisan kertas ke dalam balang itu. Setelah cebisan-cebisan diletakkan dalam balang, ia tidak akan dikeluarkan lagi. Tutup balang tersebut dan biarkan semua ketakutan, kerisauan, kesedihan, dan kemurungan di dalam!

  • 3

    Nyanyikan lagu penyembahan ataupun kesyukuran setelah menutup balang itu sambil mengakui bahawa semua ketakutan dan kesedihan tersebut sekarang sudah diserahkan kepada Allah. Lakukan ini setiap kali anda berasa takut, risau, atau sedih. Semoga anda mengalami sukacita dan ketenangan hati apabila menyerahkan semua ketakutan kepada Tuhan tanpa memikulnya sekali lagi.

    ASK /BERMINTA Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa sambil berhenti sejenak apabila merenungkan cadangan doa berikut sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri dalam kehidupan doa peribadi anda

    1. Doa Peribadi Yeremia 29:11 AVB “Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,' demikianlah firman Tuhan, 'iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan.”

    DOA: Tuhan Allah, Engkau Bapa yang baik. Engkau tahu apa yang aku perlukan sebelum aku menyatakannya. Aku tahu bahawa Engkau mempunyai rancangan untuk hidup aku, dan kerinduan aku adalah memuliakan-Mu dan setia kepada-Mu sepanjang hidup aku. Jamahlah aku senantiasa, dan jangan biarkan aku sesat. Pada masa seperti ini, aku tidak akan berasa takut tetapi akan berlindung dengan-Mu, kerana Engkau tahu masa depanku. Dalam nama Yesus aku berdoa, AMIN.

    2. Doa untuk Keluarga Yesaya 41:10 AVB “Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.”

    DOA: Bapa Syurgawi, saya berterima kasih atas kasih karunia-Mu ke atas setiap ahli keluarga aku: (doakan setiap peribadi dalam keluargamu). Aku bersyukur kerana Engkau telah berjanji bahawa Engkau menyertai kami senantiasa dan Engkau Allah kami. Pada waktu yang tidak tertentu ini, saya berterima kasih kerana melindungi keluarga kami. Aku memuji-Mu dengan penuh keyakinan bahawa Engkau akan menyudahkan pekerjaan yang baik dalam setiap peribadi mereka. Aku berterima kasih kerana Engkau bekerja dalam kehidupan mereka, meneliti mereka bertumbuh secara iman dalam-Mu. Semoga aku menjadi contoh yang baik supaya mereka mencontohi aku sebagaimana aku mencontohi Tuhan Yesus Kristus. Sila lindungi mereka daripada pencobaan dan jauhi mereka daripada yang jahat. Aku berdoa agar keluarga aku akan menjadi satu teladan yang baik sebagai pekerja Injil, di mana kami bersinar dengan terang di kalangan jiran-jiran, komuniti, dan gereja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

    3. Doa untuk Komuniti a. Perniagaan dan Penggajian

    Matius 6:33 AVB “Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.”

    DOA: Tuhan Allah, dalam detik yang susah ini, kami bersandung kepada belas kasihan dan kasih-Mu. Banyak perniagaan yang terjejas walaupun perlonggaran PKP berlaku. Engkau ingin kami utamakan kerajaan-Mu dan perbenaran-Mu, jadi Tuhan, kami minta bahawa Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia-Mu kepada kami. Semoga mata kami tertuju kepada-Mu senantiasa. Kuatkanlah kami agar kami boleh bantu membina semula dan memulihkan keluarga serta perniagaan yang terjejas. Kami percaya bahawa Engkau akan memberkati kami dengan karunia baru supaya kami boleh memberkati yang lain. Kami berdoa agar Engkau curahkan karunia usahawan supaya idea dan perniagaan baru boleh bermula demi kemuliaan-Mu. Pakailah kami menjadi saluran berkat kepada pihak majikan, para pekerja, rakan kerja, pelanggan, dan kerajaan, bahawa melalui kami, bandar-bandar akan makmur sekali lagi. Semoga kami akan bersikap murah hati untuk menolong orang ramai, membawa kemakmuran kepada mereka dan menolong dalam pelbagai cara mereka yang terjejas kerana kehilangan kerja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

    b. Perlindungan untuk Pekerja Kesihatan dan Pekerja Baris Hadapan Mazmur 46:1 AVB “Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan kepada kita, sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan.”

    DOA: Tuhan Allah, kami berdoa agar engkau melindungi dan memberi kebijaksanaan kepada pekerja kesihatan dan pekerja baris hadapan daripada kemungkinan bahawa gelombang kedua menjadi nyata. Semoga pihak berkuasa akan sentiasa peka terhadap perkembangan jangkitan baru. Kami berdoa agar struktur penyelidikan yang dibangunkan boleh menyediakan surveilan sentinel agar pihak berkuasa boleh mengidentifikasi jangkitan kluster baru dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Kami juga berdoa, ya Tuhan, agar Engkau memberi kebijaksanaan kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus menghasilkan vaksin dengan secepat mungkin, di mana vaksin ini dapat menyerang virus ini serta mutasi yang selanjutnya. Kami berdoa bahawa cubaan vaksin yang dijalankan ke atas manusia akan berhasil, di mana Engkau memelihara sukarelawan ini.

  • 4

    Semoga orang awam akan sentiasa berjaga-jaga dan bersatu dalam usaha mengelakkan gelombang jangkitan yang kedua. Semua ini kami berdoa dalam nama Yesus, AMIN.

    c. Perlindungan atas Para Guru dan Pelajar Matius 18:10 AVB “Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada murid-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku di syurga.”

    DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau melindungi para guru, pensyarah, dan pelajar di tengah-tengah gelombang baru pandemik coronavirus. Kami berdoa supaya kementerian pendidikan akan membuka sekolah dengan prihatin dan penuh kebijaksanaan. Semoga para pendidik sentiasa berjaga-jaga dan peka apabila budak-budak dan anak muda kembali ke sekolah, kolej dan universiti masing-masing. Kami doakan hal ini dalam nama Yesus, AMIN.

    d. Doa untuk Mereka yang Sakit Yakobus 5:15-16 AVB “Doa yang dilafazkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya, dan dosanya akan diampunkan. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat.”

    DOA: Tuhan Allah, kami terus mendukung dalam doa mereka yang sakit dari segi jasmani, emosi ataupun mental, agar Engkau akan menyembuhkan mereka secara total. Kami mengangkat [nama orang yang perlu penyembuhan] kepada-Mu. Aku berdoa agar Engkau menyembuhkan [nama penyakit/keadaan mental]. Sama seperti rakan-rakan orang yang lumpuh itu membawanya kepada Yesus, dan tidak berputus asa daripada mempersembahkan dia kepada Penyembuh kami, kami berdoa atas pihak yang sakit dan meminta Engkau mengampuni dosa mereka, serta mengakui dosa kami sesama sendiri. Ampuni kami, ya Tuhan, atas segala dosa kami kepada-Mu. Kami menyeru kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, yang hanya perlu berfirman sahaja untuk menyembuhkan, bahawa dalam nama Yesus yang berkuasa, [nama pesakit] akan dibebaskan daripada belenggu [nama penyakit]. Dalam nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, AMIN.

    Abba Bapa, aku berterima kasih kerana [nama pesakit] kepunyaan Engkau dan Engkau berkuasa atas segalanya dari permulaan hingga ke nafas terakhir. Tolonglah kuatkan [nama pesakit] dan semoga dia mendampingi Engkau untuk mengalami hadirat-Mu yang luarbiasa sekarang juga.

    4. Doa untuk Mereka yang Sesat (Berdoa untuk 5 Orang Lain) 1 Timotius 2:4 AVB “…yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.”

    DOA: Tuhan Yesus, terima kasih atas pengorbanan-Mu. Tolong kami terus tekun bekerja di ladang-Mu untuk menyelamatkan domba yang sesat. Apabila kami berdoa ‘Datanglah Kerajaan-Mu’– kami serahkan ‘lima’ orang ini kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, (sebutkan nama mereka sewaktu anda berdoa) agar mereka akan mengenali Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka. Ya Tuhan, sila tolong _______ tahu bahawa Engkau adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Kami berdoa agar Engkau memberkati kami dengan sukacita melihat kawan-kawan, keluarga kami serta rakan sekerja kami bertemu dengan Yesus Kristus dan memulakan perjalanan iman mereka yang baru. Terus bekerja melalui kami, agar kami berani untuk membawa Berita Baik Engkau ke mana-mana sahaja. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

    5. Doa untuk Gereja a. Kekudusan dan Kesetiaan

    Matius 5:13 AVB “Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.”

    DOA: Abba Bapa, kami berdoa agar gereja-Mu menjadi terang dan garam dalam masyarakat, supaya kami menjadi duta Engkau untuk memberitakan Berita Baik serta melakukan perbuatan baik pada masa ini. Kami berdoa untuk keberanian dan kekuatan dalam menyampaikan kasih sayang, hiburan, dan galakan kepada dunia yang sedang menderita di bawah belenggu kebencian dan kesengsaraan. Kami berdoa agar kami menjadi saksi-Mu yang setia kepada dunia yang memerlukan utusan harapan dan keamanan Engkau. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

    b. Kesatuan Gereja 1 Yohanes 4:19-21 AVB “Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita. Jika sesiapa berkata, "Aku mengasihi Allah," tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya? Kristus telah memberi kita perintah ini: Sesiapa yang mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga.”

    DOA: TUHAN ALLAH, kami menghadapi Engkau dengan penuh rendah hati bahawa gereja Malaysia akan menjadi contoh kesetiaan dan kasih di antara sesama sendiri. Kami berdoa agar api kebangkitan rohani Roh Kudus akan menyala dengan kuat di seluruh negara, di mana alam maut tidak mampu menentangnya.

  • 5

    Kami doakan agar kasih sayang yang ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri menjadi tanda kehidupan kami, agar barangsiapa yang memerhati kami akan tahu bahawa kami adalah murid-Mu. Ya Allah, Bapa Tuhan kami Yesus Kristus, Engkau sahaja Juruselamat dan Putera Damai; Berilah anugerah-Mu kepada kami supaya kami memperhatikan segala bahaya yang datang daripada perbalahan di antara kami. Jauhkanlah daripada kami semua kebencian dan dengki, dan sebarang yang menahankan kami daripada mencapai kesatuan dan satu tujuan dalam hal agama: supaya seperti adanya satu Tubuh sahaja, serta satu Roh sahaja, dan satu harapan sahaja yang datang daripada jemputan kami itu, dan Tuhan yang satu sahaja, serta satu iman, satu baptisan, maka pun satu Allah iaitu Bapa kami sekalian; di mana dari sekarang juga kami sekalian menjadi satu hati dan satu jiwa berhubung dengan satu tambatan yang kudus, terdiri daripada kebenaran dan perdamaian, dalam iman dan kasih; supaya dengan satu hati dan satu suara kami memuliakan Engkau, melalui Yesus Kristus Tuhan kami. AMIN. [Sumber: Kitab Sembahyang Dalam Gereja, Anglikan]

    c. Pendoa Syafaat Yeremia 51:12 AVB “Angkatlah panji-panji terhadap tembok-tembok Babel, perkuatkanlah penjagaan. Tempatkanlah penjaga, siapkanlah penyerang hendap, kerana Tuhan telah merancangkan dan melaksanakan apa yang difirmankan-Nya mengenai penduduk Babel.”

    DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau akan membangunkan lebih ramai pengawal yang setia, di mana mereka bersiap sedia dalam hal-ehwal peperangan rohani. Kuatkan hati kami, Tuhan. Jamahlah kami dan penuhi kami dengan kebijaksanaan, hati yang peka, dan nubuatan. Semoga kami menjadi pengawal yang sentiasa peka dan setia atas bangsa-bangsa lain terutamanya pada waktu yang susah ini. Jangan biarkan kami terlena. Berikan kami kekuatan supaya tidak senang putus asa setiap kali kami berdoa. Kami berdoa agar Engkau melindungi kami serta keluarga kami setiap kali kami berdoa. Jauhilah kami dari kompromi, keangkuhan dan nafsu duniawi. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

    d. Gereja yang Dianiayai 2 Korintus 1:9-11 AVB “Kami berasa bagaikan telah dijatuhi hukum mati. Namun demikian, itu telah berlaku supaya kami tidak lagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yang menghidupkan semula orang mati. Dialah yang telah melepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat, dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruh harapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami. Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehingga ramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yang diberikan kepada kami kerana doa ramai orang.”

    DOA: Bapa, kami memperingati jutaan umat-Mu di seluruh dunia yang sedang dianiayai oleh kerana iman mereka dalam Kristus. Oleh kerana mereka juga merupakan tubuh Kristus, kami turut menderita bersama mereka. Kami berdoa agar Engkau menguatkan mereka pada masa yang susah ini, supaya mereka akan tetap setia sampai ke detik terakhir. Kami ingin mencontohi mereka dalam hal iman dan ketabahan, dan berdoa agar kami juga boleh bertabah apabila menghadapi penganiayaan. Tolonglah kami menolong mereka secara praktikal dan memberi sokongan pada waktu yang susah ini. Kami berdoa dalam nama Yesus. AMIN.

    6. Doa untuk Negara a. Doa Berterusan untuk Persidangan Parlimen (13 Julai – 27 Ogos 2020)

    Mazmur 46:10 AVB “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.”

    DOA: Tuhan Allah, Engkau berkuasa atas semua bangsa. Engkau adalah Raja segala Raja, Tuhan segala Tuhan. Kami berterima kasih kerana Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia atas Malaysia. Kami menjunjung Engkau, ya Allah, dan menunggu pemerintahan-Mu yang penuh dengan perbenaran. Dilandai badai dari pelbagai arah oleh kerana pakatan politik yang tidak stabil serta ekonomi yang lemah, kami menjunjung Engkau sebagai Allah atas semua bangsa, bahawa hanya Engkau yang menentukan waktu dan musim, kerana hanya Engkau yang melucut dan melantik pemerintah.

    Kami serahkan persidangan Parlimen yang sedang berlaku kepada-Mu, agar kebenaran, perbenaran dan keadilan akan membanjiri setiap pelusuk Parlimen. Kami berdoa agar persidangan kali ini akan berjalan dengan penuh ketertiban dan kesusilaan. Kami serahkan kemungkinan berlakunya pilihan raya tergempar kepada-Mu, di mana ramai antara ahli politik mempunyai udang di sebalik batu masing-masing. Kalau pilihan raya tergempar berlaku, ia akan memakan perbelanjaan yang banyak dari simpanan kewangan negara ini – wang yang boleh dipakaiguna untuk menolong rakyat Malaysia mengharungi suasana ekonomi sedunia yang tenat. Tuhan, sinarkan terang-Mu ke dalam kegelapan, dan usirkan kegelapan hati manusia serta alam maut dengan Nama-Mu. AMIN.

    b. Doa untuk Keamanan Negara dan Pemulihan Ekonomi Mazmur 139:12 AVB “…sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu; dan malam terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu.”

  • 6

    DOA: Kami tujukan kepada-Mu, Allah Maha Perkasa, yang ketahui isi hati setiap orang, untuk membongkarkan setiap rancangan serta pakatan yang berniat jahat, golongan yang tidak mengutamakan kebajikan rakyat serta berkhidmat dengan amanah terhadap tanahair tercinta ini. Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau memimpin dan memberkati tujuan serta semua kekayaan negara ini. Kami berdoa agar perbalahan politik dan ketidakstabilan ekonomi akan berakhir dengan kerohanian yang cemerlang. Kami menghancurkan semua aktiviti ilmu sihir, rancangan rahsia yang jahat, dan pekerjaan roh jahat dalam nama Yesus. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama-Mu. Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran, keadilan dan perbenaran. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada sekatan agama dan mencapai kemerdekaan ekonomi dan politik. Dalam nama Yesus, AMIN.

    c. Doa untuk Perdana Menteri dan Kabinet 1 Timotius 2:1-4 AVB “Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.”

    DOA: Kami serahkan kesihatan Perdana Menteri kami, Muhyiddin Yassin, ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Kami berdoa agar kuasa Roh Kudus ke atas mereka yang berada di Kabinet akan terus bekerja untuk menyucikan hati serta motif, dan memperkasakan mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh amanah dan kecekapan. Semoga para menteri takut akan Allah sewaktu mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang berkuasa kami berdoa, Amin.

    7. Doa untuk Keadilan a. Penyembuhan daripada Rasisme dan untuk Kesamaan

    Ayub 11:14 AVB “...jauhkanlah kejahatan di tanganmu jika memang ada, dan jangan biarkan kezaliman ada di khemahmu.”

    DOA: Bapa Syurgawi, jangan biarkan kami berhati keras dan bertindak secara tidak adil kepada sesiapapun. Bangkitkan dalam kami semangat belas kasihan terhadap mereka yang tiada tempat berteduh dan sedang mencari harapan, kesaksamaan, dan kebebasan. Jauhilah kejahatan, rasisme, perasaan prejudis, dan kebencian dari hati kami. Sucikan seluruh pelusuk peribadi aku, ya Tuhan, agar Engkau boleh memulakan kerja yang baik dalam hidup aku. Penuhi aku dengan Rok Kudus-Mu, agar aku boleh bertekad berjalan demi kemuliaan-Mu, menjadi alat-Mu dalam membawa kebenaran, keadilan dan perbenaran kepada golongan yang tertindas dan dianiayai. Tolong aku memberi pertolongan secara praktikal disertai doa walaupun aku kurang selesa dengan perbuatan tersebut, tanpa menyekatkan kerja Roh Kudus. Dalam nama Yesus, AMIN.

    b. Kebebasan Beragama Ulangan 32:4 AVB “…Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.”

    DOA: Bapa, Engkau adalah Allah keadilan, dan semua berasa ria kerana perbuatan-Mu. Kami serahkan kepada-Mu keluarga Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu. Kami juga serahkan Indira Gandhi yang tidak keruan kerana rindu akan anak perempuannya, Prasana Diksa, kerana ketidakadilan berlaku kepadanya. Dengan penuh rendah hati, kami berdoa agar Engkau bekerja dalam situasi mereka, dan tidak menangguhkan lagi keadilan yang ditunggu-tunggukan oleh semua keluarga tersebut atas kehilangan peribadi yang dinamakan. Kami berdoa agar Engkau melindungi mereka daripada agen-agen yang berkuasa serta “penguatkuasa agama”. Kami terus berdoa agar Engkau berlaku adil dan menyelesaikan kes-kes tersebut. Semua ini kami doakan dalam nama Yesus yang berkuasa, AMIN.

    8. Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan hal-hal lain yang muncul dalam hati anda. Ia mungkin melibatkan keperluan peribadi, rakan-rakan, keluarga, gereja anda, negara kami, dan doa khusus yang anda ingin membawa ke hadirat Tuhan.

    YIELD / MENYERAH DIRI Sepertimana tertera dalam doa of Santo Agustinus ~

    “Sudah terlalu lambat aku menyayangi Engkau, Peribadi Kesayangan dari dahulu, Peribadi Kesayangan yang terbaru. Terlalu lambat aku menyayangi Engkau! Engkau berdiam dalamku, tetapi aku tidak perasan, dan di situlah aku mencari-Mu! Di dalam kelemahanku, aku mengejar ciptaan-Mu. Engkau menyertaiku, tetapi aku tidak mendampingi-Mu.

  • 7

    Ciptaan-Mu menjadi batu sandunganku – perkara yang tidak wujud jikalau tidak dijadikan oleh-Mu! Engkau telah memanggil, Engkau telah menangis, dan Engkau telah menusuk kepekakanku. Engkau bersinar dengan terang sekali, dan membuka mata butaku. Engkau mengutuskan keharuman-Mu, dan aku telah menarik setiap nafas sebanyak mana aku merindui-Mu. Aku haus akan Engkau. Engkau telah menjamah aku, dan aku dengan ikhlas ingin ketenangan-Mu. AMIN.”

    NYATAKAN Yudas 24-25 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI Dia berkuasa memeliharamu supaya kamu tidak tersandung, dan membawamu ke hadirat-Nya yang mulia tanpa cacat cela dan dengan penuh sukacita. Dialah Allah yang esa, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. Amin.

    TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13 AVB   Bapa kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk selama-lamanya. AMIN. 

    BERDIAM DIRI    Bernafas secara mendalam, berterima kasih kepada Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah doakan kepada-Nya. 

    AKTIVITI DOA HARIAN Anda digalakkan mengikuti aktiviti doa harian ini dengan orang lain yang percaya dalam melakukan yang berikut: 

    1. Doakan Doa Bapa Kami pada pukul 12 tengah hari setiap hari;  2. Doa dua kali sehari – pada 7:14am dan pada 7:14pm – berlandaskan 2 Tawarikh 7:14 [UNITE7/14

    Call] agar seluruh bumi akan pulih daripada wabak coronavirus dan kebangkitan rohani bangsa-bangsa. https://www.unite714.com ]

    3. Datanglah Kerajaan-Mu – Inisiatif Terangkan Dunia. Nyalakan Kawasan perumahan, bandar, kota ataupun daerah anda dengan berdaftar di laman web Thy Kingdom Come mengikuti pautan berikut (https://www.thykingdomcome.global/lightuptheworld) selama anda terus berdoa untuk 5 orang lain yang masih belum mengenali Yesus, serta berdoa untuk kebangkitan rohani dan perubahan kebangsaan.

    4. Berdoa untuk 5 – kawan-kawan, keluarga, atau rakan sekerja setiap hari agar mereka menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka.