pendekatan pengajaran menulis

20
Saya berse Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan khusus pelajar lemah. Beberapa kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai yang mungkin boleh digunakan dalam pengajaran penulisan karangan. Antara kaedah pengajaran menulis ialah kaedah pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan juga kaedah retorika. Kaedah Pengucapan Terkawal Pincas menegaskan bahawa oleh sebab penulisan karangan bebas bergantung kepada penciptaan dan kreativiti, ia secara langsung bertentangan dengan kaedah pengajaran berbentuk saintifik yang cuba m engelakkan sebarang kesilapan. Pincas, telah menggariskan satu panduan yang mencerminkan prinsip - prinsip perkaedahan yang difikirkannya sesuai. Beliau mencadangkan agar penekanan harus dilakukan secara progresif daripada penggantian perkataan dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat - ayat dalam perenggan yang berbagai - bagai jenis. Penggantian yang dimaksudkan ialah lambang atau alat penulisan dalam esei atau cerita. P ada peringkat awal, pelajar akan diberitahu apa dan di mana penggantian tersebut perlu dilakukan. Kemudian mereka digalakkan

Upload: ruziah-mustajab

Post on 01-Jan-2016

614 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendekatan pengajaran menulis

Saya berse

 Antara   kaedah  dan  teknik  pengajaran  bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran,  kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan khusus pelajar lemah.

Beberapa kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai yang mungkin boleh digunakan dalam pengajaran penulisan karangan. Antara kaedah pengajaran menulis ialah kaedah pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan juga kaedah retorika.

Kaedah Pengucapan Terkawal

Pincas menegaskan bahawa oleh sebab penulisan karangan bebas bergantung kepada penciptaan dan kreativiti, ia secara langsung bertentangan dengan kaedah pengajaran berbentuk saintifik yang cuba mengelakkan sebarang kesilapan. Pincas, telah menggariskan satu panduan yang mencerminkan prinsip-prinsip perkaedahan yang difikirkannya sesuai. Beliau mencadangkan agar penekananharus dilakukan secara progresif daripada penggantian perkataan dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat-ayat dalam perenggan yang berbagai-bagai jenis. Penggantian yang dimaksudkan ialah lambang atau alat penulisan dalam esei atau cerita. Pada peringkat awal, pelajar akan diberitahu apa dan di mana penggantian tersebut perlu dilakukan. Kemudian mereka digalakkan untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri.Sesungguhnya program yang dicadangkan adalah lebih kompleks daripada yang dijelaskan di atas tadi. Skema pengajaran, pelbagai latihan penggantian jenis ini, mengandungi hanya satu peringkat skema, latihan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:1.Latihan penggunaan pelbagai perbendaharaan kata dan pembentukan ayat dalam penulisan dan lisan.2.

Page 2: pendekatan pengajaran menulis

Latihan yang melibatkan penghasilan perbandingan peningkatan lisan dan tulisan. Penghasilan oleh pelajar hanya apabila mereka telah bersedia dan tahu menghargai atau menggunakan pelbagai ciri penulisan.3.Latihan dengan menggunakan gaya penulisan yang berbeza bagi tujuan yang berlainan.4.Penulisan karangan yang melibatkan penggantian pelbagai. Program ini mencerminkan teori pembelajaran saling penggantian (menggunakan sesuatu menggantikan yang lain). Satu andaiannya ialah penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada corak yang tetap yang dipelajari melalui peniruan imitasi dan apabila ia telah dipelajari barulah keaslian terhasildi dalam manipulasi atau variasi. Bahasa bukanlah perlakuan struktural. Latihan corak penulisan yang melibatkan elemen-elemen struktur luaran tidak boleh diandaikan sebagai kesan kecekapan bahasa oleh para pelajar.Pada asasnya, gaya penulisan secara individu dan berkumpulan hendaklah dikembangkan. Ketiadaan elemen-elemen para linguistik seperti penyuaraan dinamik dan gerak badan bagi memberi maklum balas terhadap penulisan juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru yang mengajar penulisan pada amnya bergantung kepada kesan kasual beberapa perbezaan antara. ciri-ciri gramatikal daripada pelbagai pengucapan dan penulisan.Cadangan-cadangan Pincas secara terperinci lebih susah daripada yang sebenarnya. Bagaimanapun, terdapat ciri-ciri program yang dicadangkan, boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah.Kaedah Pengucapan BebasBeberapa ciri yang dikaitkan dengan kaedah ini digariskan oleh Erazmus (1960) dalam deskripsinya beberapa tahun lalu yang melibatkan program kefasihan yang kemudiannya digunakan di Universiti Michigan. Satu ciri daripada program tersebut ialah pelajar digalakkan untuk menghasilkan pengucapan secara ekstensif tanpa mengambil kira bilangan dan jenis kesalahan atau gaya bertutur atau menulis yang menarik. Pelajar diarahkan menulis secara cepat dengan sedikit ulang kaji. Sistem ini menekankan latihan sepanjang penulisan pelajar. Eramus menegaskan bahawa kuantiti penulisan pelajar adalah lebih baik daripada hasil penulisan yang sempurna.

Page 3: pendekatan pengajaran menulis

Beliau juga mempertahankan bahawa kaedah ini memperkukuhkan pengalaman bahasa pelajar dengan setiap penggunaan perkataan yang baru dan kepelbagaian dalam sekuen sintaktik. Dengan cara ini, pelajar dapat mempelajari daripada kesilapan mereka secara lebih berhati-hati. Erazmus menyokong pandangannya ini dengan pernyataan yang boleh dibahaskan, iaitu "... bahasa adalah sistem yang berkembang secara sendiri (self-expanding) dan boleh dibetulkan sendiri (self-correcting) dan lebih banyak digunakan, lebih banyaklah kemudahannya".Kaedah yang sama seperti di atas juga telah dibincangkan secara meluas oleh beberapa orang pengulas. Chastain (1976), menegaskan percubaan oleh grieve beberapa tahun yang lalu di UCCA menunjukkan kejayaan program kefasihan yang menekankan kuantiti daripada kualiti. Melalui program tersebut ditunjukkan bahawa pelajar menghasilkan banyak bahan dengan kesalahan yang minimumDalam percubaan ini, Brieve menerangkan ciri-ciri yang berikut, iaitu dalam kumpulan percubaan, pelajar menulis secara bebas selama enam minit. Hanya dua kesalahan dapat dikesan oleh pengajar. Karangan mingguan antara 300 hingga 500 patah perkataan telah diberikan kepada pelajar dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah perkataan diperlukan. Karangan diperiksa secara teliti dan pelajar yang menerima di bawah gred 'A' disuruh menulis semula karangan mereka.Ujian akhir menunjukkan terdapat pengurangan kadar kesalahan dan peningkatan pada kuantiti (output) semas

Page 4: pendekatan pengajaran menulis

a program dijalankan. Daripada intepretasi keputusan, Brieve menjelaskan bahaya penekanan ke atas kuantiti akan menghasilkan lebih kefasihandan kesan yang seiring dengan mengurangkan kadar kesilapan. Beliau menjelaskan penekanan terhadap kuantiti dan kefasihan akan menghasilkan keputusan yang jauh lebih baik daripada penekanan ke atas kualiti. Beliau juga merumuskan bahawa penerimaan sementara terhadap hipotesis yang memberi penekanan pada permulaannya harus diletakkan pada kuantiti penulisan bukannya kualiti penulisan (Brieve, 1966). Melihat kepada bentuk percubaan yang dijalankan, kesimpulan pada pandangan saja adalah tidak benar. Pengkaji menggunakan dua kaedah pengajaran ke atas satu kumpulan pelajar bukan dua kumpulan seperti yang disebut oleh Chastain). Satu kaedah menekankan kefasihan dan kuantiti dan yang satu lagi menekankan identifikasi, pembetulan dan ulang kaji kesalahan. Nampaknya tiada kesimpulan daripada bukti yang diperoleh daripada kedua-dua kaedah yang menghasilkan keputusan akhir.Bagaimanapun tiada bukti jelas yang memerlukan pelajar menulis secara bebas, yang hasil kerja mereka tidak diperiksa dapat merendahkan kadar kesalahan. Namun begitu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan keputusan yang di sebaliknya.Walau bagaimana pun latihan penulisan pantas (speed-writing), yang meminta pelajar menulis sebanyak mungkin tentang satu topik atau subjek dalam jangka masa tertentu, mungkin dapat membantu menggalakkan mereka menyusun isi-isi hasil kerja mereka dengan lebih mudah, khasnya bagi tujuan penyediaan peperiksaan.Kaedah RetorikaProsedur ini merujuk teori retorika dan latihan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti ciptaan, susunan dan staildalam penulisan. Salah satu ciri tradisi retorika yang popular ialah pengiktirafan bentuk-bentuk prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif.

Page 5: pendekatan pengajaran menulis

Kebanyakan teks yang berdasarkan teori retorika juga mengarahkan pelajar menggunakan skema berdasarkan bahan yang boleh disusun. Penekanan diberi kepada bentuk organisasi yang berlainan berdasarkan perenggan-perenggan yang berkemungkinan melalui proses analisis, kontras, analogi dan lain-lain. Ini bermakna aplikasi atau imitasi sebarang bentuk prosedur pengembangan perenggan tidak akan membantu pelajar untuk menulis secara spontan. Begitu juga pendedahan sedemikian tidak akan mendidik pelajar untuk berfikir dengan lebih jelas sebagaimana yang disarankan.Guru seharusnya sedar akan bentuk tentatif konklusi pembelajaran yang dikatakan berada dalam kod retorika sebagai bentuk pemikiran. Penutur dan pembaca diharap menjadi sebahagian penting komunikasi mereka. Kaplan, sebagai contoh, mencadangkan dua bentuk pengembangan perenggan yang mewakili proses induktif dan deduktif, yang memerlukan seseorang pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal. Beliau seterusnya mencadangkan supaya pengembangan perenggan yang dilakukan berdasarkan bukti eksperimen yang teliti. Untuk sekuen-sekuen dominan dalam pengembangan (Kaplan, 1966), Bander mentafsirkan cadangan Kaplan seperti yang berikut:Dalam mengikuti pengembangan terus, satu perenggan Inggeris adalah berlainan daripada perenggan ofiental yang cenderunguntuk mengikuti perkembangan sekular Ia juga berlainan daripada perenggan Semitic yang cenderung mengikuti pengembangan selari.Sesuatu perenggan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Roman, lebih berlainan, jalan pemikirannya kerana kadang kala diganggu oleh digressi yang agak kompleks. Begitu juga perenggan dalam bahasa Rusia selalu mengalami digressi (Bander 1971).Komen-komen ini tidak seharusnya menggambarkan bahawa dalam sesuatu ursus untuk pelajar-pelajar universiti, perbincangan tentang organisasi kertas-kertas ajian tidak penting, atau memperkenalkan pelajar kepada penulisan yang menggunakan bentuk organisasi atau struktur yang berlainan. Apa yang dibincangkan ialah nilai latihan dalam retorik dan analisis logik seperti pendapaKitzhaber (1963) yang menyebut bahawa kebanyakan buku yang mempersembahkan doktrin retorika kemungkinan lebih banyak menyekat daripadamendorong kepada penulisan yang baik.

Page 6: pendekatan pengajaran menulis

Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan ketepatan murid-murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.

-     Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat seterusnya.

-      Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur ayat sendiri.

-      Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu. -      Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:

1.      Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.

2.      Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Murid-murid mengarang berpandukan bahan ini.

       ii.   Pendekatan Bebas

Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan. 

iii.   Pendekatan Komunikatif

Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan

Page 7: pendekatan pengajaran menulis

pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. 

Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. 

      iv.   Pendekatan Pola-Perenggan

      Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. 

Salam 1 Malaysia.

                Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai  bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata -mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak. la dapat membantu meningkatkan  pencapaian murid dalam

Page 8: pendekatan pengajaran menulis

pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidup mereka. Guru  hendaklah memilih kaedah dan pendekatan  yang bersesuaian  dengan kemampuan  murid . Terdapat beberapa  pendekatan yang sesuai dalam pengajaran penulisan  untuk merangsang minat dan kebolehan murid.

 Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

     

Menurut Keh (1990), penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran  penulisan karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an.Schwartz (1990) menerangkan bahawa pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.

                   Dalam proses p&p kemahiran menulis karangan di Tahun5 , guru biasanya mengamalkan pendekatan tradisional iaitu guru menetapkan tajuk karangan untuk dihasilkan oleh murid-murid. Ini diikuti dengan aktiviti membincangkan isi-isi penting dan seterusnya murid diminta menulis  karangan. Contohnya, semasa  guru  menjalankan p&p  untuk sesi pengajaran karangan naratif, guru memberi penerangan dan mengemukakan tajuk karangan.Kemudian, guru memberi bimbingan dan murid berinteraksi dengan rakan  untuk  membincangkan isi- isi yang sesuai. Setelah berbincang  dan mendapai idea murid bersesuaian dengan kehendak soalan , murid  diminta menulis karangan.

         Melalui pendekatan ini, dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka masa panjang. Murid -murid lama-kelamaan akan memahami proses-proses yang berlaku dalam mengarang iaitu daripada  proses merancang, membuat deraf, menyemak, menulis semula dan  menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses ini melibatkan masa yang lebih panjang untuk murid -murid membiasakan diri mereka dalam menulis karangan. Jika murid -murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik. Pendekatan

Page 9: pendekatan pengajaran menulis

proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada murid-murid.

Terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola – perenggan dan pendekatan komunikatif.

3.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan RaimesKaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. 

Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan. Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran. Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. 

Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. Sebagai contoh, murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk melengkapkan sebuah karangan.

Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal. 

Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada

Page 10: pendekatan pengajaran menulis

abstrak. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 

Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru. Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan banyak kesalahan.  

Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar  mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong.  

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif, berfikiran terbuka dan mampu mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jadi, pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif. 

Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas. Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan

Page 11: pendekatan pengajaran menulis

masalah yang dikemukakan. Ini akan mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan mereka. 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah berbeza. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang saran. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu dibincangkan. Kemudian, murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara tersebut. Selepas itu, wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Aktiviti sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 

Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. Jadi, guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid yang lemah. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk mengajar murid-murid yang lemah, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak berkesan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-murid yang pandai, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan. 

4. Model Pengajaran Penulisan4.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan CartaPenggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. 

Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan, ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambarslaid yang telah ditonton. 

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu: 

Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;

Page 12: pendekatan pengajaran menulis

Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya; 

         Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat;

         Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.

         Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

         Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

         Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau

menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta. 

Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda ‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses membuat produk makanan.   4.2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Oleh itu, saya menggunakan satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. Berikut ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan.

Tajuk: Penternak AyamBahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran) 

Langkah-langkah Pengajaran 

Langkah 1Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid supaya meneliti aktiviti, peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan berdasarkan gambar yang diberi. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya, guru ingin

Page 13: pendekatan pengajaran menulis

murid –murid menyenaraikan dua aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Selain itu, guru juga boleh memberi kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada setiap gambar tersebut. 

Langkah 2Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting, aktiviti atau peristiwa berdasarkan gambar yang diberi. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dijalankan secara individu, guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif. Sebagai contoh, guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, guru hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin. 

Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan, guru hendaklah mengarahkan para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Guru hendaklah mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid perlu diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Setiap pelajar diwajibkan mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. Guru juga boleh menerapkan nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya, nilai bekerjasama dan bertolak ansur.  

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi masalah. Seelok-eloknya, setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk sesi pembentangan hasil kerja. Untuk peringatan, guru juga perlu menyatakan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka. 

Langkah 3Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa sesi pembentangan, seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Murid-murid atau ahlikumpulan yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh kumpulan lain. 

Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka, kumpulan lain diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Idea atau isi penting yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Selepas itu, murid-murid diminta membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan. Guru juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan menggunakan idea yang telah diperoleh. Kemudian, guru mengadakan perbincangan dengan para pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. Di samping

Page 14: pendekatan pengajaran menulis

itu, guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Contohnya, penggunaan penanda wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain.  

Langkah 4Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan, seorang ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat yang gramatis. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar semasa menulis.

Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. 

Langkah 5Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masing-masing. Semasa wakil kumpulan membaca karangan, murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut, contohnya kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Guru juga hendaklah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Setiap kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum menghantar karangan mereka kepada guru. 

Langkah 6Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. Selepas itu, karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan murid-murid. 

5. PenutupTugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. 

Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di

Page 15: pendekatan pengajaran menulis

dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar. 

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.  Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.  Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. 

Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. 

Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.

Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. 

Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

 

Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. 

 

Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

INDUKTIF

Page 16: pendekatan pengajaran menulis

DEDUKTIF

EKLEKTIK

KOMUNIKATIF

INDUKTIF

Teknik penggunaan pelbagai elemen multimedia beserta persembahan animasi dapat menggerakkan saluran verbal dan visual di dalam memori yang merupakan strategi berkesan bagi memperoleh, menyimpan dan mengingat maklumat di dalam proses pembelajaran (Mayer, 2001; Paivio, 1986). Animasi juga boleh menjitukan lagi tugas kognitif ini dengan memberi gambaran pergerakan sesuatu isi pelajaran secara jelas dan langsung kepada pelajar di mana hal ini mengurangkan keperluan pemprosesan maklumat di dalam memori kerja (Reiber & Kini, 1991).

M e n u r u t M o o r e ( 1 9 8 7 ) , d a l a m k a e d a h p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n s e c a r a b e r s e m u k a , i n t e r a k s i b o l e h d i b a h a g i k a n k e p a d a d u a p e r i n g k a t i a i t u ; P e r i n g k a t p r a - a k t i f i a l a h k e t i k a g u r u b e r s e n d i r i a n m e m i l i h o b j e k t i f d a n m e r a n c a n g s t r a t e g i p e n g a j a r a n P e r i n g k a t i n t e r a k t i f i a l a h k e t i k a g u r u m e n y a m p a i k a n i s i k a n d u n g a n s e c a r a v e r b a l d a l a m b i l i k d a r j a h D i d a l a m b i l i k d a r j a h , s e l a i n m e n g a j a r , g u r u j u g a m e m a i n k a n p e r a n a n n y a s e b a g a i p e n g u r u s . T u g a s g u r u s e b a g a i p e n g u r u s i a l a h m e n g u r u s r u t i n b i l i k d a r j a h , m e n g u r u s m u r i d - m u r i d s u p a y a m e n j a l a n k a n t u g a s m e r e k a m e n g i k u t j a d u a l b e r t u g a s , m e n g u r u s k e a d a a n f i z i k a l b i l i k d a r j a h s u p a y a m e n j a d i l e b i h k o n d u s i f , m e n g u r u s b a h a n - b a h a n p e n g a j a r a n d a n s e b a g a i n y a . K e c e k a p a n g u r u d a l a m m e n j a l a n k a n t u g a s s e b a g a i p e n g u r u s a k a n m e w u j u d k a n s o s i o e m o s i y a n g s e l e s a , d i s i p l i n k e l a s y a n a g b a i k d a n k e a d a a n b i l i k d a r j a h y a n g k o n d u s i f d a n s e s u a i b a g i m e n i n g k a t k a n k e b e r k e s a n a n p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n . S e m a s a g u r u m e n y e d i a k a n r a n c a n g a n p e n g a j a r a n d a l a m b u k u r e k o d p e n g a j a r a n h a r i a n ( R P H ) p e r i n g k a t p r a - a k t i f i n i b e r l a k u . G u r u m e r a n c a n g d a n m e n e t a p k a n o b j e k t i f p e n g a j a r a n d i s a m p i n g m e n y e d i a k a n a k t i v i t i ( l a n g k a h ) p e n g a j a r a n . S e l a i n i t u , g u r u j u g a t e l a h m e n y e d i a k a n b a h a n ( m e d i a ) d a n k a e d a h p e n i l a i a n s e b e l u m m a s u k m e n g a j a r . K e t i k a m e n y a m p a i k a n i s i k a n d u n g a n p e l a j a r a n , p e r i n g k a t i n t e r a k t i f b e r l a k u d i m a n a g u r u m e n y e d i a k a n p e l u a n g d a n r u a n g k e p a d a m u r i d u n t u k b e r i n t e r a k s i . B a h a n b a n t u m e n g a j a r m e r u p a k a n a l a t a t a u p u n m e d i a y a n g d i g u n a k a n d a l a m p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n s e s e o r a n g g u r u b e r t u j u a n u n t u k m e n i n g k a t k a n k e b e r k e s a n a n p e n y a m p a i a n i s i p e l a j a r a n y a k n i d a l a m s e s i p e m b e l a j a r a n . M e d i a p e n g a j a r a n y a n g b i a s a d i g u n a k a n d a l a m p e n g a j a r a n , p e m b e l a j a r a n d a n l a t i h a n t e r b a h a g i k e p a d a l a p a n i a i t u : a . M e d i a t a y a n g k a k u ( t r a n s p a r e n s i , s l a i d , m i k r o f i l e m ) b . M e d i a t a y a n g g e r a k ( v i d e o , f i l e m , c a k e r a ) c . G r a f i k ( l u k i s a n , p o s t e r , k a r t u n ) d . G a m b a r k a k u ( g a m b a r f o t o , k a d i m b a s a n , p o s k a d ) e . M e d i a p a m e r a n ( m o d e l , b o n e k a , d i o r a m a ) f . M e d i a p a p a r a n ( p a p a n k a p u r , p a p a n f l a n e l , p a p a n b e r i t a ) g . M e d i a a u d i o ( t u t u r , p i t a a u d i o , c a k e r a p a d a t ) h . M e d i a c e t a k ( m o d u l p e n g a j a r a n , b u k u t e k s , a k h b a r , m a j a l a h ) P r i n s i p p e m b i n a a n b a h a n p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n y a n g k e b a n y a k a n n y a m e l i b a t k a n k e m a h i r a n l i s a n : m e n d e n g a r d a n b e r t u t u r t i d a k k i r a d a l a m p e l a j a r a n B a h a s a M e l a y u , S e j a r a h , S a i n s , M a t e m a t i k , P e n d i d i k a n I s l a m d a n l a i n - l a i n . D a l a m p e m b e l a j a r a n B a h a s a M e l a y u k h u s u s n y a , k e m a h i r a n i n i s e b e n a r n y a b e r k a i t a n d e n g a n k r i t e r i a p e m i l i h a n b a h a n b e r k e n a a n h e n d a k l a h s e s u a i d e n g a n o b j e k t i f d a n m a t l a m a t p e n g a j a r a n b a h a s a M e l a y u ( s e c a r a k h u s u s k e m a h i r a n l i s a n ) , p e n d e k a t a n , k a e d a h d a n t e k n i k p e n g a j a r a n ; k e a d a a n d a n k e s e l a m a t a n m u r i d -