pendekatan kemahiran membaca binaan, cerakinan, komunikatif

17
PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF DAN PENGALAMAN BAHASA

Upload: dayang-rafidah

Post on 01-Jul-2015

1.304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN,

CERAKINAN, KOMUNIKATIF DAN PENGALAMAN BAHASA

Page 2: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

PENDEKATAN BINAAN

Dikenali sebagai pendekatan sintesis.

Pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar.

Page 3: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur-unsur yang lebih besar.

Murid-murid diperkenalkan dengan huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan.

Perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Page 4: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

PENDEKATAN CERAKINAN Adalah pendekatan pengajaran yang

mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.

Ayat dicerakinkan kepada perkataan. Manakala perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf

Page 5: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Dengan ini, murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita/ayat yang bermakna.

Page 6: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

PENDEKATAN KOMUNIKATIF Menekankan penggunaan bahasa

dalam komunikasi.

Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu.

Page 7: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja.

Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang posititf.

Page 8: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Antara aktiviti ialah:

a. Bercerita

b. Teater pembaca

c. Laporan/ulasan buku

d. Choral speaking

Page 9: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Prinsip pendekatan komunikatif

a) Murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya

b) Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana

c) Pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar

d) Mempelbagaikan aktiviti komunikasi

Page 10: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)

Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.

Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.

Page 11: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

3 peringkat dalam proses membaca iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna.

Murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka mengusai peringkat-peringkat tersebut.

Page 12: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.

Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis

Page 13: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

Sebagai contoh:

jika murid-murid mempunyai pengalaman atau

pengetahuan tentang pelancongan, ini akan

memudahkan mereka memahami teks yang

membincangkan tentang pelancongan.

Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan

Page 14: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:

a. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

b. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Page 15: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

c. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti

gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya

untuk membantu murid-murid mengusai

konsep.

d. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat

dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum

aktiviti membaca.

Page 16: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

e. Guru perlu mempelbagaikan bentuk/ laras

bacaan dalam pengajaran pembelajaran

membaca.

Page 17: PENDEKATAN KEMAHIRAN MEMBACA BINAAN, CERAKINAN, KOMUNIKATIF

Sekian…Ahli kumpulan: Dayang RafidahNadia DianaNor AinNur HanisNurul Syazwani