soya sebagai pemakanan ternakan lembu

Download Soya sebagai Pemakanan Ternakan Lembu

If you can't read please download the document

Upload: catrina-pendrag

Post on 06-Aug-2015

192 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

Memanfaatkan sisa-sisa pertanian untuk dijadikan makanan bagi ternakan lembu

TRANSCRIPT

2011JABATAN RUMINAN, INSTITUT SKILL-TECH (IST) Nur Syamim Binti Mohd Salihin (Batch 12) 901223085864 Soya Sebagai Makanan Ternakan

[TUGASAN TAHAP II RUMINAN Y-012-2]Membentangkan tentang pemakanan ternakan dengan memanfaatkan sisa-sisa tanaman yang bermutu tinggi; tetapi berkos rendah sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan nilai pemakanan kepada ternakan.

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Haiwan ternakan sama seperti manusia, akan menjadi paling sihat apabila memakan makanan berkhasiat yang pelbagai Lembu mempunyai perut-perut yang dijadikan sesuai untuk menghadamkan serat seperti rumput. Khinzir boleh menghadamkan rumput, jagung, biji-bijian, soya dan pelbagai tumbuhan lain. Ayam pula boleh memakan tumbuh-tumbuhan dan juga ulat serta serangga yang terdapat di pasture. Apabila haiwan ternakan diberi makan dengan bahan makanan industry yang mengandungi produk daripada haiwan, antibiotic dan lain-lain bahan yang tidak wajar/asli seperti gula-gula getah dan tahi ayam; lantas membahayakan nyawa ternakan. Dan bila haiwan ternakan tidak sihat, maka dagingnya dan lain-lain produk daripadanya akan membuatkan kita jadi tidak sihat juga. Oleh sebab pengeluaran ladang penternakan mementingkan keuntungan, jadi kebanyakan operasi menggunakan bahan makanan murah yang mudah untuk didapati bagi menggemukkan ternakan tanpa menghiraukan kesihatan ternakan dan juga pengguna. Sesetengah produk yang dihasilkan untuk menjadi makanan ternakan adalah daging daripada haiwan yang sama atau berlainan spesis dengan ternakan tersebut, daging daripada haiwan berpenyakit, cebisan bulu, kulit, kuku, najis, darah haiwan ternakan, plastik, antibiotic dan sejumlah biji-bijian yang tidak menyihatkan ternakan. Jagung dan Kacang Soya Satu masalah yang besar dalam sistem pengeluaran ternakan masakini ialah kebergantungannya terhadap biji-bijian murah sebagai makanan ternakan disubsidikan oleh kerajaan kepada para penternak yang mengusahakan tanaman bijian seperti jagung dan kacang soya. Penternak gemar menggunakan jagung dan kacang soya sebagai asas makanan ternakan, kerana biji-bijian yang tinggi protin dapat menggemukkan haiwan ternakan serta ia merupakan makanan yang murah disebabkan oleh subsidi daripada kerajaan. Walaupun makanan ternakan dari biji-bijian yang agak murah bermakna harga daging dan produk tenusu menjadi murah untuk pengguna, daging dan produk tenusu yang dihasilkan daripada pemakanan biji-bijian bermakna mengandungi nilai pemakanan yang rendah. Umumnya, pemakanan ternakan dengan berasakan biji-bijian akan menghasilkan daging, telur dan produk tenusu yang rendah kadar asid lemak omega-3 (iaitu lemak yang baik) dan Conjugated linoleic acid, atau CLA (CLA membantu untuk melawan kanser dan penyakit berkaitan jantung), dengan paras lemak yang lebih tinggi berbanding dengan produk ternakan yang terhasil daripada pemakanan rumput. Biji-bijian yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan di ladang-ladang penternakan berskala besarJABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 2 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

kebiasaannya ditanam oleh penternak itu sendiri. Ini bermakna, tanaman biji-bijian mengandungi kadar racun perosak yang tinggi, malah, tanaman biji-bijian juga telah dipertingkatkan mutunya secara genetik dengan penggunaan teknologi terkini (genetically-engineered). Selain itu, jagung dan kacang soya adalah biji-bijian dijuruterakan secara genetik yang lazimnya untuk diusahakan oleh para penternak, dan tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka panjang yang akan diperoleh daripada memakan daging haiwan ternakan yang diberi makan dengan makanan dijuruterakan secara genetik (genetically-engineered food). Racun perosak diketahui untuk "bioaccumulate" (atau mengumpul) di dalam tisu lemak haiwan, dan apabila dagingnya dimakan, racun perosak yang terkumpul boleh disebarkan kepada pengguna. Pendedahan terhadap racun perosak telah meningkatkan risiko pengguna untuk menghidapi kanser, dan juga diketahui mempunyai kesan jangka panjang pada sistem pembiakan, saraf dan imun kita. Ternakan Lembu Tenusu dan Pedaging Lembu ialah haiwan ruminan, haiwan ruminan dijadikan Tuhan kebolehan untuk memakan sumber makanan yang terdiri daripada rumput sahaja; menghadamkannya, membina tubuh badan serta berkembang biak dengannya. Cara lembu menghadamkan rumput adalah dengan memakannya secara mentah-mentah dan kemudiannya, rumput yang separa hadam (cud) itu dimuntahkan kembali ke dalam mulut untuk dikunyah lagi. Sebagai haiwan ruminan, lembu mempunyai empat (4) bahagian perut dan dan ketika dalam proses penghadaman serat, makanan tesebut bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain dengan perlahan-lahan dan dibantu oleh bacteria dan protozoa (symbiosis). Menternak lembu di pasture bukan sahaja wajar untuk sistem penghadamannya, tetapi juga sesuatu yang baik bagi manusia, dengan menukarkan rumput yang bukan menjadi makanan kita kepada daging produk tenusu yang boleh dimanfaatkan oleh kehidupan manusia. Ternakan lembu yang diberi makan dengan rumput menghasilkan daging yang berotot, tidak berlemak dan kurang kalori; malah tinggi kadar omega-3, vitamin E serta 5 kali ganda kadar CLA jika dibandingkan dengan ternakan yang diberi makan biji-bijian. Bagi kebanyakan penternakan lembu berskala besar; makanan utama dalam diet lembu adalah jagung dan soya, yang mana lembu tidak boleh menghadamkan dengan baik. Bahkan, sistem penghadaman lembu tidak sesuai untuk penghadaman gandum; maka lembu boleh mengalami masalah kesihatan yang teruk, termasuk hati bernanah dan sindrom kematian mengejut.

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 3 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Konsep Umum dan Pengesyoran Dalam Penggunaan Makanan Alternative bagi Ternakan Bahan makanan mewakili perbelanjaan yang paling besar dalam sesebuah perusahaan manamana jenis penternakan terutamanya operasi ternakan lembu. Terdapat pelbagai bahan makanan yang bermacam-macam; dan boleh disediankan dalam catuan pemakanan untuk lembu, lantas tiada apa yang istimewa tentang bahan-bahan tertentu. Apa yang lebih penting ialah zat pemakanan yang boleh diperolehi oleh ternakan melalui pemakanan tersebut. Walaupun pengeluar daging lembu amat bergantung kepada forage seperti rumput sebagai asas program pemakanan ternakan, namun forage perlu ditambah dengan makanan yang tinggi tenaga atau protein untuk memenuhi keperluan pemakanan lembu. Banyak pilihan dan hasil sampingan daripada pertanian kini boleh didapati di pasaran, selalunya pada kos yang agak rendah, menyediakan nutrisi tambahan kepada ternakan lembu. Kebanyakan makanan alternative berbeza-beza dalam pelbagai segi seperti, kandungan pemakanan, membuat analisa dan ujian-ujian tertentu terhadap nilai pemakanan ternakan. Penternak harus mengambil tahu tentang tenaga, protin dan kebanyakan tahap mineral untuk menghasilkan makanan ternakan yang seimbang dan berkos rendah. Dengan menggunakan teknologi dan analisis kimia terkini, bahan makanan alternative boleh ditentukan nilai pemakanannya untuk manfaat ternakan. Tidak mengira apa jenis makanan yang diberikan kepada ternakan, nisbahnya hendaklah diseimbangkan bagi memenuhi keperluan ternakan dan matlamat penternakan dengan berasaskan perbelanjaan kos yang rendah. Penuaian dan Penggunaan Sisa Tanaman Memberikan sisa-sisa tanaman sebagai makanan ternakan selepas tuaian adalah cara yang paling mudah bagi penternak. Sisa-sisa tanaman yang dijadikan sebagai bahan ragutan ternakan, merupakan makanan bermutu tinggi jika dibandingkan dengan dengan rumput tuaian. Perkara ini perlu dipertimbangkan dalam menyediakan makanan ternakan berasaskan sisa-sisa tanaman. Berat ternakan lembu akan bertambah jika ternakan dapat memilih bahan ragutan yang terdiri daripada sisa-sisa tanaman. Apabila biji-bijian dan sisa tanaman bermutu dijadikan sebagai makanan ternakan, lembu-lembu yang lebih muda patut diasingkan daripada padang atau bahan makanan tambahan yang tinggi protin dan tenaga. Bergantung pada jumlah ternakan dan keluasan padang ragutan, ternakan boleh meragut sisa-sisa tanaman sehingga prestasinya menurun, atau kualiti dan kuantiti makanan berkurangan. Lumpur boleh mengurangkan pengambilan makanan berkualiti oleh ternakan. Bekalan air dan pemagaran mestilah disediakan lebih awal sebelum ternakan dibiarkan meragut sisa-sisa tanaman. Pagar elektrik boleh boleh dipasang dengan menggunakan belanja yang rendah, kaedah pemagaran kawasan yang luas buat sementara waktu setelah tanaman dituai.JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 4 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Pemakanan ternakan lembu feedlot boleh juga mendapatkan bahagian makanan daripada sisa tanaman pada kadar yang rendah (maksimum 20 peratus kepada 30 peratus daripada pemakanan harian, bergantung kepada tahap-tahap prestasi yang diingini) dan finishing ration (maksimum 6 peratus kepada 8 peratus daripada pemakanan).Finishing ration: pemberian makanan sebagai persediaan kepada ternakan yang akan disembelih; untuk penggemukan dan pembinaan daging

Khasiat untuk Pemakanan Ternakan Ternakan lembu memerlukan pelbagai zat pemakanan pada setiap hari. Namun begitu, tumpuan di sini hanya kepada tenaga dan protin. Nilai-nilai tenaga bagi bahan makanan boleh dinyatakan dalam pelbagai cara, salah satunya dengan menggunakan Jumlah Nutrien Boleh Hadam (Total Digestible Nutrients - TDN) dan juga menggunakan istilah Protin Kasar (Crude Protein - CP). Haiwan ternakan tidak boleh memanfaatkan nutrien dalam makanan jika tidak memakannya. Oleh sebab itu, jumlah makanan yang diambil oleh ternakan adalah sangat penting. Faktor-faktor yang menghalang tahap pengambilan makanan secara sukarela, atau Pengambilan Bahan Kering (Dry Matter Intake - DMI), adalah menjejaskan kepada pengeluaran. Penternak tidak boleh mengetahui seberapa banyak bahan makanan yang akan dimakan oleh ternakan, tetapi terdapat beberapa ciri dalam makanan tertentu yang boleh dikenalpasti dapat mengurangkan pengambilan makanan oleh ternakan. Haiwan ruminan seperti bebiri dan lembu, memerlukan serat untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi sistem pencernaan dalam jangka masa panjang. Pasture, hay, silage dan beberapa hasil sampingan pertanian mempunyai kandungan serat yang tinggi berbanding dengan kandungan serat yang terdapat di dalam biji-bijian. Kelazimannya, seseekor haiwan ternakan akan makan sehingga ia betul-betul kenyang; dan seratlah yang mengisi perut sehingga penuh dan terasa kenyang, lantas kadar serat mempunyai perkaitannya dengan DMI. Makanan tertentu mungkin mempunyai kekurangan mineral atau ketidakseimbangan, tetapi masalah ini mudah diatasi dengan makanan tambahan (supplements) yang betul. Oleh itu, memberikan tumpuan kepada tenaga (TDN), protin (CP), dan pengambilan sebagai faktor noneconomic patut dipertimbangkan.

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 5 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Bahan Makanan dan Nilai Pemakanannya Sebelum mengkaji apa-apa makanan pilihan, kita perlu melihat pada beberapa jenis dan asas pemakanan, jadi kita mempunyai asas perbandingan. Pertama, kita gunakan hay berkualiti baik sebagai asas untuk bahan serat. Berdaun lebat dan bewarna hijau, hay yang dihasilkan dengan baik boleh mengandungi TDN hampir 60 peratus dan CP sekitar 15 peratus. Hay sebegini sering dicampurkan dengan kekacang. Hay yang lebih matang, dengan batang lebih banyak dan lebih seedhead (biji benih matang), sekitar 50 peratus TDN dan 10 peratus CP. Haiwan ternakan kurang menggemari hay jenis ini, kerana ia mengandungi serat kandungan yang lebih tinggi dan lekas kenyang. Konsentrat jagung ialah asas yang digunakan untuk melakukan perbandingan terhadap sumber tenaga. Ia mengandungi 90 peratus TDN dan kebanyakan tenaga datang daripada kanji. Namun begitu, jagung tidak tinggi kandungan protin; CP bagi jagung Cuma sekitar 9 ke 10 peratus. Ia mudah sekali untuk didapati daripada pembekal makanan ternakan, mudah diberi makan kepada ternakan serta ia sumber makanan tenaga yang agak murah. Soybean meal, seperti jagung, juga tersedia untuk dimanfaatkan sebagai pemakanan ternakan. Bahan makanan ini merupakan hampas kacang soya; sisa-sisa yang tinggal setelah minyak diekstrak daripada kacang soya yang digunakan dalam makanan manusia atau lain-lain produk. Soybean meal mempunyai TDN sekitar 80 peratus, tetapi kadar CP kacang soya lebih tinggi daripada jagung; ia mengandungi dari 45 peratus kepada 50 peratus CP. Oleh itu, hanya sejumlah kecil protin tambahan yang diperlukan untuk mengatasi masalah kekurangan protin di dalam pemakanan ternakan. Malah, ia juga merupakan bahan makanan yang jarang ditolak oleh ternakan dan sedia untuk diberikan tanpa sebarang masalah. Bahan Makanan daripada Hasil Sampingan Kebanyakan makanan ternakan boleh didapati daripada hasil sampingan pertanian. Kerana itu, komposisi bagi hasil-sampingan bahan makanan tersebut adalah sedikit berbeza daripada bijirin penuh dari mana ia diperolehi. Malahan, setelah komponen biji-bijian tersebut digunakan, maka bahan yang berbaki, iaitu hasil sampingan tersebut adalah lebih pekat. Jadual di bawah menyatakan senarai contoh-contoh makanan daripada hasil sampingan bijirin penuh.

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 6 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Hasil sampingan drpd Pemprosesan Makanan dan Gentian sbg. Makanan Ternakan Produk mentah Kacang soyaGlycine max

Produk terhasil Tepung kacang soya

Komponen diasingkan Minyak kacang soya

Sekam soya

Tepung kacang soya (tanpa kulit)

GandumTriticum spp.

Middlings (gandum kisar)

Tepung (kanji)

Dedak

Kanji & Benih

BarleyHordium vulgare

Brewers' Grains

Kanji & Alkohol (bir)

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 7 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

JagungZea mays

Distillers' Grains

Kanji & Alkohol

Pellet gluten

Kanji & Pemanis

Hominy (rebus)

Tepung jagung (tanpa benih)

KapasGossypium spp.

Whole Cottonseed

Gentian kapas

Tepung Cottonseed

Sekam & minyak

Lobak putihBeta vulgaris

Palpa lobak

Gula & kanji

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 8 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Dalam kebanyakan kes, komponen kanji bagi bahan mentah telah diasingkan. Akibatnya lebihan concentrate daripada bahan mentah; kebanyakan yang datang daripada bahan mentah; hasil sampingan adalah lebih tinggi kandungan serat, lemak, protin. Walaupun kanji yang boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan lembu telah diekstrak daripada bahan tersebut, gentian di dalam bentuk selulosa kekal dan boleh dihadamkan oleh ternakan ruminan seperti kambing dan lembu. Lantas, kandungan tenaga (TDN) di dalam bahan makanan sampingan tidak jauh berbeza daripada TDN bagi bijirin penuh yang asal. Bahan makanan konvesional adalah lebih konsisten dari segi kandungan pemakanannya. Nilai zat pemakanan bagi Hasil Sampingan Bijirin Terpilih (% daripada bahan kering) Bahan Makanan Kandungan Bahan Kering TDN Kanji & Gula Protin Kasar Kacang soya penuh 90 85 22 38 (Whole Soybeans) Tepung kacang soya 90 75 32 54 (Soybean Meal) Sekam kacang soya 91 75 14 14 (Soy Hulls) Gandum lumat 89 86 70 14 (Ground Wheat) Gandum + dedak lumat 89 80 38 19 (Wheat Midds) Dedak gandum 89 70 0 17 (Wheat Bran) Barli lumat 88 80 60 12 (Ground Barley) Bijirin tapai 21 atau 92 66 14 26 (Brewers' Grains) Jagung retak 88 87 75 10 (Cracked Corn) Bijirin suling 25 atau 91 89 14 29 (Distillers' Grains) Pellet gluten jagung 30 atau 90 82 30 20 (Corn Gluten Feed) Jagung rebus 90 92 52 12 (Hominy) Benih kapas penuh 90 87 55 22 (Whole cottonseed) Tepung benih kapas 92 77 15 44 (Cottonsead meal) Palpa lobak putih 91 74 40 10 (Beet pulp)

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 9 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

Asas Bahan Makanan TambahanTenaga

TDN lazimnya menjadikan sesuatu bahagian besar dalam pemakanan ternakan lembu. Nilai makanan TDN, walau bagaimanapun, agak sukar untuk didapati kerana: (1) Nilai kandungan TDN bagi bahan makanan yang dibeli tidak dipaparkan, (2) Kandungan TDN yang diperolehi daripada forage atau analisa pemakanan berpandukan pada formula dan anggaran kasar (3) Nilai TDN untuk kebanyakan bahan makanan berubah setelah jumlah pengambilan makanan berubah, terutamanya apabila forage digantikan dengan concentrate dan kanji merupakan bahagian paling besar di dalam makanan concentrate. Pengusaha dalam bidang penternakan tidak boleh berbuat apa-apa mengenai 2 faktor-faktor yang telah dinyatakan tadi, tetapi faktor ketiga perlu dinilaikan dan komposisi pemakanan ternakan mestilah diuruskan dengan kajian dan perancangan untuk mengoptimakan pemanfaatan tenaga oleh ternakan.Protin

Nilai protin kasar untuk bahan makanan pilihan telah disenaraikan dalam jadual sebelumnya. Jadi, untuk meningkatkan pengambilan forage dan keberkesanan pencernaan, keperluan tenakan mestilah dipenuhi. Namun begitu, forage yang digunakan untuk hay dan pasture sudah pun mencukupi untuk memenuhi keperluan protin dalam diet ternakan lembu. Lembu dewasa jarang sekali memerlukan protin tambahan, kecuali oleh lembu-lembu yang mengeluarkan susu (lactating), tetapi yang lebih memerlukan protin ialah lembu-lembu sunti dan juga lembu-lembu yang sedang mengalami proses tumbesaran (steers & heifers).Mineral

Ternakan lembu pedaging perlulah diberikan kadar mineral yang mencukupi sepanjang tahun ia dipelihara. Apabila memberikan bahan makanan pilihan kepada ternakan, titikberatkan kepentingan kadar pemberian kalsium: phosphorus dalam nisbah tertentu dalam pemakanannya. Hampir kesemua bahan makanan alternative yang biasa dijadikan makanan ternakan, kecuali sekam kacang soya dan benih kapas, mempunyai kadar phosphorus yang agak tinggi. Bergantung kepada kadar pemberian makanan tambahan, beberapa bahan makanan mungkin memerlukan penambahan sumber kalsium bukannya dengan phosphorus. Kebanyakan bahanJABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 10 of 12

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

makanan ini juga merupakan sumber yang baik dengan potassium, magnesium, sulfur dan sedikit mineral surih. Maka, bahan tambahan mineral yang berkos rendah seringkali digunakan kerana telah pun terdapat mineral di dalam makanan tersebut.

Bahan Makanan Khusus dan Penggunaannya dalam Program PemakananKacang soya sebagai bahan makanan yang sering menjadi pilihan untuk pemakanan kepada ternakan ruminan berskala besar yang mudah didapati di pasaran tempatan dengan harga yang berpatutan. KACANG SOYA Kacang soya boleh membekalkan protin tambahan dengan sepenuhnya kepada ternakan lembu serta bebiri, tetapi ternakan yang sedang membesar dan bakal disembelih tidak perlu diberi makan soya dengan banyak, sekadar berpatutan untuk menyeimbangkan pemakanan ternakan. Kajian telah membuktikan dalam 2 cubaan, lembu pedaging jantan yang dimandulkan (steer) yang diberikan makanan tambahan 2 lbs. soybean meal akan menambah berat badannya dengan lebih cepat dan memakan lebih makanan berbanding dengan lembu-lembu muda lain yang diberi makanan tambahan berupa biji-bijian biasa. Memproses kacang dengan cara penggelekan atau menggiling kasar-kasar boleh meningkatkan prestasi ternakan lembu dalam pengambilan kacang soya tersebut. Kacang soya mentah yang telah diproses tidak harus disimpan lebih dari satu minggu sebelum diberi makan kerana soya boleh menjadi tengik, terutama ketika cuaca yang panas terik. Tahap lemak yang tinggi boleh mengurangkan pencernaan serat oleh sistem pencernaan ruminan, jadi kacang soya hendaklah diberikan secara terhad berdasarkan kandungan lemaknya yang tinggi. Memanaskan atau membakar kacang soya tidak perlu tetapi ia membantu dalam mengurangkan jumlah protin yang terurai di dalam rumen serta meningkatkan perlepasan protin yang tersedia untuk haiwan tersebut. Kacang soya yang mentah terurai dengan lebih pantas di dalam rumen, meningkatkan jumlah ammonia yang disingkirkan melalui air kencing. Pemanasan kacang juga membuatkan kacang soya lebih disukai oleh ternakan dan lebih tahan lama untuk penyimpanan. SEKAM KACANG SOYA Sekam kacang soya adalah agak kurang mengandungi protin tetapi sangat tinggi kandungan tenaganya. Analisis makmal telah menunjukkan bahawa sekam kacang soya adalah sangat tinggi kandungan serat, malah ia mengandungi tenaga (TDN) yang sama tinggi dengan jagung apabila diberikan kepada ternakan sebagai bahan makanan tambahan (energy supplement) sebanyak 25 peratus daripada pemakanan berasaskanPage 11 of 12

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

TUGASAN TAHAP II KURSUS RUMINAN Y-012-2PEMBANTU LADANG RUMINAN SOYA SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN AUTHOR: NUR SYAMIM BINTI MOHD SALIHIN

forage untuk ternakan lembu. Sebahagian besar tenaga yang diperolehi daripada sekam kacang soya ini datangnya dari serat (hemicelluloses) dan hanya sedikit tenaga dari kanji. Malahan, sekam kacang soya juga sangat digemari oleh ternakan. Ia juga dipasarkan secara meluas dalam bentuk pellet.SISA TANAMAN KACANG SOYA

Tunggul kacang soya boleh dimanfaatkan kepada haiwan ternakan meragut setelah selesai musim penuaian. Batang, dedaun dan kekacang berbeza-beza dari segi nilai pemakanan; dengan dedaun dan kekacangnya yang lebih berkhasiat. Nilai pemakanan yang paling tinggi dalam peragutan sisa tanaman kacang soya ialah pada kekacang yang berderai atau tertinggal semasa penuaian. Lembu-lembu yang tidak mengeluarkan susu pada awal fasa kebuntingan boleh bertahan dengan memakan tunggul kacang soya tetapi penternak perlulah sentiasa memantau keadaan kesihatan dan pemakanan bagi ternakan yang bunting dan menyediakan bahan makanan tambahan apabila mutu sisa-sisa tanaman semakin menurun. Begitulah juga keadaannya dengan lembu-lembu yang menghasilkan susu; tanpa pemakanan yang bermutu dan mencukupi, prestasi ternakan mengeluarkan susu pasti akan merosot. Selain itu, tanah yang berlumpur dan diliputi oleh najis serta air kencing ternakan akan mengehadkan ketersediaan forage yang terdapat di kawasan tersebut Sisa-sisa tanaman kacang soya yang telah kering boleh juga dikumpulkan dengan dijadikan bandela. Namun, ia rendah kandungan protin dan tenaga; maka, ia sesuai digunakan sebagai pemakanan untuk mengawal berat haiwan ternakan. Umumnya, kurangkan pemberian makanan (bahan kering) ini hingga ke 20 peratus atau lebih, dan sediakan lain-lain makanan yang menambah tenaga dan protin. Tambahan pula, sisa-sisa tanaman kacang soya yang telah kering sangat berguna untuk dijadikan sebagai alas tempat tidur haiwan ternakan supaya ternakan berasa selesa dan tidak begitu kotor semasa ditempatkan di dalam kandang yang bersesak-sesak.

JABATAN RUMINAN INSTITUT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL SKM TAHAP 2, BATCH 12 (2011)

Page 12 of 12