pencucian dan penjagaan kereta - pengenalanespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/pencucian dan penjagaan...

21

Upload: lamcong

Post on 05-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah
Page 2: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.

Page 3: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

Muka surat

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1

PROFIL PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA 2

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3

PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5

PENGURUSAN TENAGA KERJA 8

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 9

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 13

PENGURUSAN RISIKO 16

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 16

Page 4: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 1

1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

PENCUCIAN KERETA

MENGENALI PERNIAGAAN PENCUCIAN KERETA

Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta merangkumi perkhidmatan:

� Mencuci bahagian luar kenderaan.

� Mencuci bahagian dalam kenderaan.

� Mencuci bahagian enjin kenderaan.

� Menggilap kenderaan.

� Membasuh kerusi dan permaidani kenderaan.

� Perkhidmatan undercoat.

Tiga (3) bentuk perkhidmatan perniagaan pencucian dan penjagaan kereta boleh

disediakan kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut adalah:

� Layan Diri (Self-Service)

� Perkhidmatan Disediakan Sepenuhnya Oleh Pengusaha (Full Service)

� Automatik

Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:

� Kos Permulaan Yang Rendah

� Tidak Memerlukan Tenaga Pekerja Yang Ramai Dan Berkemahiran

� Tahap Pengurusan Yang Rendah

� Mudah Mendapatkan Bekalan Dan Peralatan

� Tiada Peraturan Khusus Dari Pihak Berkuasa Tempatan

� Perniagaan Tunai

� Risiko Perniagaan Rendah

� Potensi Untuk Berkembang Pesat

Page 5: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2

2 PROFIL PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN

PENJAGAAN KERETA

PERKHIDMATAN ASAS

Perkhidmatan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

� Mencuci Bahagian Luar Kenderaan

� Mencuci Bahagian Dalam Kenderaa

� Mencuci Bahagian Enjin

� Menggilap (Polish)

� Membasuh Tempat Duduk Dan Karpet Kenderaan

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

� Membaik pulih kereta.

� Menjual aksesori kereta.

� Kereta sewa.

� Menjual kereta terpakai.

PERNIAGAAN LAIN

Perniagaan ini mempunyai potensi dikembangkan dengan perniagaan lain seperti:

� Cafe/restoran.

� Kedai serba guna.

PROSES DAN ALIRAN KERJA PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN

PENJAGAAN KERETA

Bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan berkesan, setiap kenderaan

yang masuk dan keluar perlu direkodkan. Sistem rekod berkomputer adalah

digalakkan. Arah aliran kerja adalah seperti berikut:

� Pendaftaran kereta masuk.

� Rekodkan jenis perkhidmatan yang diperlukan.

� Keluarkan, basuh dan keringkan pelapik lantai.

� Basahkan keseluruhan bahagian kenderaan..

� Syampu bahagian Enjin kenderaan.

� Basuh/bersih, keringkan dan semburan bahan kimia.

Page 6: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 3

� Hidupkan enjin untuk diuji.

� Syampu/sabun bahagian tayar dan rim.

� Syampu bahagian luar kenderaan.

� Basuh, bilas dan keringkan bahagian luar kenderaan.

� Kemasan bahagian cermin dengan menggunakan glass cleaner.

� Vakum bahagian dalam.

� Wax/kilatkan PVC, Kulit bahagian dalam/luar kenderaan.

� Wax/kilatkan tayar dan rim.

� Kilatkan tempat lapik kaki (rubber mat).

� Menggilap.

3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

PENUBUHAN PERNIAGAAN

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan bakal pengusaha perlu mendaftarkan

perniagaan yang hendak dijalankan. Pendaftaran ini boleh dibuat di mana-mana

pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Pos Malaysia yang dilantik

oleh SSM. Perniagaan boleh didaftarkan atas nama perseorangan, perkongsian,

syarikat koperasi, sendirian berhad atau awam berhad.

PENUBUHAN SYARIKAT

Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum

menubuhkan syarikat.

� Pemilihan Nama Syarikat

� Jenis Perniagaan

� Prosedur Pendaftaran Perniagaan

� Memilih Bentuk Perniagaan

PEMILIHAN LOKASI DAN PREMIS PERNIAGAAN

� Memilih Lokasi

� Cara Memperoleh Tapak Perniagaan

i) Menyewa

ii) Tapak Milik Sendiri

Page 7: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4

MENDAPATKAN LESEN

Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen

perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan lesen boleh dibuat

di PBT di mana lokasi perniagaan itu hendak dijalankan.

Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis

Daerah dan Dewan Bandaraya. Setiap PBT mempunyai undang-undang dan peraturan

masing-masing. Borang untuk pendaftaran lesen perniagaan ini boleh diperoleh

dengan kadar bayaran satu ringgit (RM1.00) di pejabat PBT tersebut. Di samping itu

kadar bayaran yang berbeza dikenakan mengikut jenis perniagaan. Oleh itu adalah

menjadi tanggungjawab peniaga untuk mengetahui keperluan dan peraturan undang-

undang dalam perniagaan masing-masing.

Lesen perniagaan akan diberikan secara tahunan dan pengusaha harus memenuhi

syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang pengusaha menjalankan perniagaan.

Pegawai-pegawai PBT daerah akan melawat kedai/lokasi pengusaha dari semasa ke

semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Yang Perlu

Pada kebiasaannya, pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan

seperti memenuhi piawaian keselamatan minimum premis perniagaan, kesan alam

sekitar (sisa buangan), kebersihan, tidak mengganggu ketenteraman awam dan

sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

Permohonan

Semua permohonan lesen perniagaan hendaklah dibuat dengan mengisi borang-borang

yang berkaitan.

Cara mendapatkan lesen perniagaan:

� Isikan borang permohonan lesen perniagaan.

� Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Perkara-perkara

yang perlu disertakan adalah:

� Sijil pendaftaran syarikat

� Surat kebenaran/perjanjian sewa daripada pemilik lokasi

� Surat hak milik sekiranya tapak itu milik sendiri

Page 8: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 5

� Lakaran pelan lokasi

� Contoh papan tanda (Iklan)

� Sebelum lesen dikeluarkan pihak berkuasa akan memeriksa bangunan/tapak

lokasi untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan

dipatuhi.

� Kemudian pengusaha akan dipanggil untuk membuat bayaran. Jika terdapat

papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan.

� Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.

Bayaran Lesen

Kadar bayaran lesen ditetapkan oleh PBT masing-masing. Berdasarkan kajian, bayaran

lesen dikenakan adalah dalam lingkungan RM160.00 hingga RM180.00 setahun.

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu

perniagaan.Rancangan perniagaan ini bertujuan:

� Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara

objektif,kritikal dan praktikal.

� Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

� Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya

maju atau sebaliknya.

� Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan

sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

� Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

4 PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SISTEM DAN KAEDAH

Sebelum memulakan perniagaan bakal pengusaha perlu membuat keputusan apakah

sistem/kaedah pengeluaran yang akan digunakan. Kaedah ini akan menentukan apakah

peralatan dan bahan yang akan diperlukan. Berdasarkan kajian hampir semua

responden yang dilawati, menggunakan pendekatan operasi berasaskan intensif buruh,

Page 9: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 6

di mana setiap peringkat pengeluarannya banyak menggunakan tenaga pekerja. Walau

bagaimanapun, bakal pengusaha seharusnya mengetahui peralatan/teknologi terkini

yang terdapat di pasaran, baik di dalam atau di luar negara. Maklumat ini akan

membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

pengeluaran. Maklumat ini boleh diperoleh di laman web www.detailplus.com.

PERALATAN

Kos lima (5) peralatan asas yang biasa digunakan adalah seperti di Jadual di bawah:

PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI PERNIAGAAN

PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA

Peralatan/Bahan

Kos Terendah

(RM)

Kos Purata

(RM)

Water pump

Snow wash Machine

Air Pressure

Wet & Dry Vacuum Cleaner

Polish Machine

1,200

2,000

600

300

400

1,500

3,000

1,200

800

1,000

Bagi mereka yang sanggup membuat pelaburan yang lebih tinggi, terdapat beberapa

peralatan yang lebih tinggi keupayaan dan kecekapan di antaranya adalah:

� Chemtrol pelbagai guna yang mempunyai fungsi untuk syampu, wax,

polishing dan glass cleaning.

� Automatic met washer and dryer - untuk membersihkan dan mengering

rubber Mat.

� Carpet dry system – membersihkan permaidani secara automatik.

� Soil extractors – Membersihkan bahagian dalam kenderaan.

� Interior repair – Membersihkan/repair leather seat.

� Car wash system – Membersihkan bahagian luar kenderaan.

Page 10: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 7

Peralatan ini tiada di pasaran tempatan dan sekiranya perlu boleh di import. Maklumat

berhubung dengan peralatan ini boleh diperoleh melalui laman web

www.detailplus.com.

BAHAN-BAHAN

Di antara bahan dan kos bahan yang biasanya digunakan oleh pengusaha berdasarkan

kajian adalah seperti Jadual di bawah:

BAHAN-BAHAN PENCUCIAN KERETA

Bahan Anggaran Harga

Syampu Biasa

Syampu Enjin

Wax (getah)

Snow wash powder

Car Polish

RM50.00/5 liter

RM45.00/5 liter

RM130.00/5 liter

RM60.00/beg

RM45.00

Bahan-bahan di atas boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan. Selain

daripada bahan-bahan tersebut, terdapat syampu/wax/pencuci yang dibuat khusus

untuk digunakan kepada sesuatu peralatan kenderaan bagi memastikan produk akhir

yang dikeluarkan berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan kepada peralatan, di

antaranya adalah:

� Carpet & upholstery syampu dan fabric plus anti stain protectant – dibuat

khusus untuk mencuci permaidani dan peralatan berasaskan fibers.

� Deodorizer – spray pewangi yang tidak memberi kesan kepada peralatan

kenderaan.

� Mink plus leather conditioner – khusus untuk bahagian berasaskan kulit.

� Odor rid – Untuk mencegah pembiakan/ mengeluarkan kulat pada kereta.

BAHAN/PERALATAN LAIN

Selain daripada peralatan dan bahan yang dinyatakan di atas, komputer juga penting

untuk digunakan khususnya bagi kawalan pengurusan dan kewangan. Keperluan-

Page 11: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8

keperluan lain seperti kain, span dan sebagainya adalah dalam jumlah yang kecil dari

segi nilai dan ianya dapat diperoleh dengan mudah.

5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

JENIS PEKERJA

Untuk permulaan, sekurang-kurangnya seorang pekerja mahir diperlukan bagi

mengetuai kumpulan pekerja lain. Bagi memastikan perniagaan ini stabil beberapa

pekerja tetap diperlukan. Bagi meminimumkan kos operasi, pekerja boleh dilantik

secara sambilan pada kadar 1:1, iaitu satu pekerja sambilan bagi satu pekerja tetap.

Keperluan sebenar pekerja bergantung kepada saiz operasi perniagaan semasa. Kerja-

kerja pengurusan dan pentadbiran di peringkat awal penubuhan sebaiknya diurus

sendiri oleh pengusaha.

KATEGORI PEKERJA

Antara kategori pekerja yang diperlukan bagi perniagaan ini adalah seperti berikut:

� Pengurusan

� Penyelia

� Pekerja Am/Buruh

GAJI DAN IMBUHAN

Sebagai panduan, Jadual di bawah menyenaraikan anggaran gaji yang boleh digunakan

untuk pembayaran gaji atau upah kepada pekerja.

GAJI DAN IMBUHAN (BULANAN)

Jenis Pekerja Gaji (RM)

Pengurus 2,500.00- 3,000.00

Penyelia 1,000.00- 1,500.00

Pekerja Am 500.00- 750.00

Page 12: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 9

TAHAP KEMAHIRAN

Keperluan tenaga pekerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

� Mahir

� Kurang Mahir/Buruh Am

KURSUS DAN LATIHAN

Bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan bakal pengusaha perlu

mendapatkan latihan, bimbingan keusahawanan, kursus asas perniagaan dan kursus

kepimpinan. Ia juga perlu memberi latihan kepada pekerja khususnya dalam bidang

teknik cucian dan penjagaan kenderaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

Pengusaha boleh memberi latihan kepada pekerja secara on the job training. Latihan-

latihan asas perniagaan dan keusahawanan ini ada disediakan oleh pelbagai agensi

seperti dinyatakan sebelum ini.

6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Di dalam memulakan sesuatu perniagaan, adalah penting bagi seseorang individu

mengenal pasti terlebih dahulu strategi dan cara pemasaran dalam memasarkan produk

atau perkhidmatan mereka. Perancangan yang teliti dalam pemasaran bukan sahaja

akan menghasilkan keuntungan, malah perniagaan itu juga akan dapat merangka

perjalanan syarikatnya pada masa akan datang.

Pemasaran adalah satu mekanisme untuk memberi pengetahuan tentang produk dan

perkhidmatan perniagaan kepada orang ramai. Namun pada masa yang sama, ia juga

bertujuan untuk menarik orang ramai untuk menggunakan produk/perkhidmatan yang

ditawarkan. Ia merupakan proses perhubungan organisasi dengan pelanggan dan orang

ramai. Proses ke arah menjayakan strategi pemasaran perlu mengambil kira beberapa

perkara, iaitu:

� Pasaran

� Keperluan pelanggan

� Pakej perkhidmatan

Page 13: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10

PASARAN

Bakal pengusaha perlu membuat kajian pasaran bagi membantu mereka membuat

keputusan berhubung strategi pemasaran. Antara aspek pasaran yang perlu dikaji ialah

segmen pasaran.

Segmen Pasaran

Segmen pasaran bagi perkhidmatan mencuci kenderaan boleh di bahagikan kepada

tiga:

� Individu

� Syarikat Swasta

� Kerajaan

Jaringan

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara,

para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan baik dengan syarikat-syarikat

perniagaan pencucian dan penjagaan kenderaan dari luar negara. Banyak maklumat

berhubung dengan pengusaha, pengeluar pengilang produk pencucian dan penjagaan

kenderaan boleh diperoleh menerusi internet. Laman web yang popular di antaranya

adalah: www.industrycarwash.com, www.detailplus.com, www.ehow.com,

www.thecarwashtime.com dan www.carwashinvesting.com.

Melalui jaringan, banyak pengetahuan baru berhubung dengan produk di dalam

pasaran, teknologi terkini dalam industri serta panduan-panduan perniagaan bagi

mengembangkan perniagaan.

KEPERLUAN PELANGGAN

Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini

mungkin disebabkan oleh norma-norma hidup seperti tahap pendidikan, pegangan

agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat yang berbeza. Bagi memenuhi

kehendak pelanggan yang berbeza, seseorang pengusaha perlu mengetahui dan

mendapatkan maklumat mengenai pelanggan seperti berikut:

i. Jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di lokasi tersebut.

ii. Tahap kepuasan yang diharapkan oleh pengguna seperti:

Page 14: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 11

� Kualiti perkhidmatan

� Keselesaan pengguna semasa menunggu

� Jangka masa menunggu

� Harga bagi setiap perkhidmatan

iii. Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan bagi mendapatkan

perkhidmatan.

iv. Masalah pelanggan yang berkaitan.

PAKEJ PERKHIDMATAN

Pakej Perkhidmatan Yang Boleh Ditawarkan

Beberapa bentuk pakej boleh dirancang, di antaranya seperti:

� Harga pakej yang lebih murah bagi pelanggan yang mendapatkan beberapa

jenis perkhidmatan.

� Harga pakej yang lebih murah kepada pelanggan yang mendapatkan

perkhidmatan berikutnya.

� Pakej untuk pelanggan tetap.

� Sistem kupon.

Perkhidmatan Lepas Jualan

Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi seseorang pengusaha untuk memastikan

perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan. Pemantauan dari

semasa ke semasa dan juga khidmat nasihat mengenai teknik penjagaan kenderaan

boleh diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti dan hubungan yang

baik dengan pelanggan dapat menarik pelanggan untuk mendapatkan semula

perkhidmatan yang diberikan. Secara tidak langsung pelanggan akan memperkenalkan

perniagaan ini kepada rakan-rakan mereka.

PENENTUAN HARGA

Strategi Penetapan Harga

Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan harga ialah:

Page 15: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12

� Nilai Harga Pasaran

Bagi menghasilkan harga pasaran yang adil dan saksama, bakal pengusaha

perlu membuat analisis pasaran dengan melakukan tinjauan di dalam

industri dan lokasi yang sama. Harga yang murah belum tentu dapat

menarik minat pengguna. Malah harga yang tinggi juga menyukarkan

pengusaha untuk memperoleh pelanggan. Maka pengusaha perlu

mengetahui harga yang benar-benar sesuai dengan perkhidmatan yang akan

ditawarkan.

� Kos Operasi

Harga juga ditentukan berdasarkan kos operasi untuk penghasilan

perkhidmatan. Semakin tinggi kecekapan akan memberi keselesaan dalam

menentukan harga sesuatu perkhidmatan. Untuk itu amat penting bagi

pengusaha mengetahui cara mengurus pekerja, menentukan jumlah pekerja

yang optimum dan menggunakan peralatan dan bahan dengan cekap.

TEMPAT/TAPAK PERNIAGAAN

Tempat perniagaan juga merupakan elemen penting di dalam merangka strategi

pemasaran yang berkesan. Ini kerana tempat perniagaan yang sesuai banyak membantu

untuk mendapatkan pelanggan misalnya di kompleks perniagaan, kawasan perumahan,

kawasan komersial dan premis-premis perniagaan yang dibenarkan.

PROMOSI

Promosi merupakan suatu tindakan untuk mendekatkan orang ramai kepada

perniagaan atau dengan kata lain menjadikan orang ramai, agensi swasta dan kerajaan

sebagai pelanggan perniagaan.

Pengiklanan

Pengiklanan dapat dilakukan melalui pelbagai cara iaitu melalui media cetak seperti

surat khabar dan risalah, media elektronik seperti radio dan televisyen serta laman

web.

Page 16: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 13

Perhubungan Awam

Mempromosikan perniagaan dengan mengadakan lawatan dan pertemuan dengan

bakal pelanggan baik pelanggan perseorangan, syarikat dan juga kerajaan. Pendekatan

promosi ini dijangka lebih berkesan, khususnya jika pengusaha dapat menyediakan

pakej perkhidmatan jangka panjang yang menarik seperti pemberian kupon dan

diskaun untuk pelanggan tetap.

7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

MODAL PERMULAAN

Modal merupakan satu daripada elemen terpenting untuk memulakan dan memajukan

perniagaan. Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat adalah

perlu untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Sumber-sumber

rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat boleh diperoleh melalui sumber

rujukan seperti berikut:

� Rekod perniagaan pencucian dan penjagaan kereta yang sedia ada.

� Mendapatkan maklumat daripada pembekal peralatan dan bahan.

� Mendapatkan maklumat daripada dokumen cetak/elektronik seperti risalah

dan laman web yang berkaitan dengan industri ini.

Untuk panduan kepada bakal pengusaha digariskan perbelanjaan modal dalam tiga

kategori iaitu:

� Modal Permulaan Kecil

Peralatan yang disediakan berupaya untuk memberi perkhidmatan asas

pencucian dan penjagaan kenderaan. Peralatan yang dibeli juga hanya

sesuai digunakan bagi perkhidmatan light duty.

� Modal Permulaan Sederhana

Pada tahap ini syarikat berupaya memberi perkhidmatan sepenuhnya bagi

industri pencucian dan penjagaan kenderaan kecil dan sederhana.

� Modal Permulaan Besar

Kos utama perbelanjaan adalah menyiapkan ruang niaga yang dilengkapi

dengan bilik menunggu, mini restoran serta penggunaan peralatan

Page 17: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14

tambahan yang berkeupayaan tinggi bagi membolehkan perkhidmatan

ditawarkan kepada kenderaan besar seperti kenderaan perdagangan.

Pecahan perbelanjaan bagi kategori di atas adalah seperti berikut:

ANGGARAN MODAL PERMULAAN PERNIAGAAN

PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA

Bil Peralatan / Bahan /

Perbelanjaan Lain

Rendah

RM

Sederhana

RM

Tinggi

RM

1

2

3

4

5

6

7

8

Penubuhan syarikat

Sewa tapak (termasuk

deposit)

Binaan

Deposit Elektrik/air/telefon

Peralatan Pejabat/ komputer

Peralatan Pencucian

Bahan-bahan

Kos-kos lain

100.00

1,500.00

500.00

500.00

-

4,500.00

500.00

400.00

2,500.00

3,000.00

30,000.00

1,000.00

3,000.00

15,000.00

2,000.00

1,500.00

3,500.00

12,000.00

50,000.00

1,500.00

30,000.00

60,000.00

5,000.00

2,000.00

Jumlah 8,000.00 58,000.00 164,000.00

*Anggaran perbelanjaan modal di atas masih belum mengambil kira modal pusingan

Modal yang ditunjukkan dalam Jadual di atas hanyalah anggaran sahaja, ia boleh

berubah jika peniaga melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan

automatik, peralatan yang telah diguna pakai dan sebagainya.

MODAL PUSINGAN

Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan

RM7,000. Sekiranya syarikat ingin mendapat kontrak daripada agensi kerajaan atau

pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana bayaran bagi

perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga dua (2) bulan.

KOS OPERASI

Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi

perniagaan syarikat. Contohnya bayaran bahan pengangkutan (minyak kenderaan,

cukai jalan, tol dan sebagainya), bayaran gaji dan upah, elaun dan lain-lain

perbelanjaan yang bersangkutan.

Page 18: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 15

SUMBER-SUMBER KEWANGAN

Pembiayaan untuk memulakan perniagaan boleh didapati daripada beberapa sumber

seperti:

� Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.

� Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan

kemudahan pinjaman dan overdraf.

� Perjanjian sewa beli peralatan dengan pembekal peralatan. Kebiasaannya

selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus hingga 25

peratus.

� Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-

pengusaha baru contohnya seperti Pembiayaan Yayasan TEKUN.

HASIL PENDAPATAN

Kajian mendapati hampir 80 peratus pengusaha menyatakan memperoleh pendapatan

kurang daripada RM10,000 sebulan. Selain itu lebih kurang 15 peratus pengusaha

memperoleh pendapatan sebulan antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan.

ANALISIS KEWANGAN

Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-

bakal pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam

menilai kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah

syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan

asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

Titik Pulang Modal

Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk

mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan

sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang

modal dalam mengatur strategi perniagaan.

Page 19: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16

8 PENGURUSAN RISIKO

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko

dan membuat strategi pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami

kerugian di masa akan datang. Usahawan perlu merancang dan bersedia agar sebarang

perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi.

Antara risiko yang mungkin dihadapi dan strategi menanganinya adalah seperti di

bawah:

� Risiko Pengeluaran

� Risiko Pemasaran

� Risiko Undang-Undang

� Risiko Sumber Manusia

� Risiko Kewangan

9 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang

kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan.

Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang

berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan

itu sendiri.

CIRI USAHAWAN

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa

mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan

adalah seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN

Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada

dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah

perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan,

premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

Page 20: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

_______________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 17

FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN

Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu

memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya

tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran

dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam

dua sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.

Perniagaan

Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:

� Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan

� Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan.

� Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup

kepada pekerja

� Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan

dengan pesaing yang lain.

� Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.

Usahawan

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah

mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:

� Personaliti Yang Baik

� Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja

� Keupayaan Membuat Keputusan

� Kesihatan

� Tahap Kepakaran

Page 21: Pencucian dan Penjagaan Kereta - PENGENALANespeklivestock.com/xyzldgsyyyse01/Pencucian dan Penjagaan Kereta.… · membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI (MECD)

Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya Malaysia.

Tel : 603 - 8880 5000

Fax : 603 - 8880 5106

Http://www.mecd.gov.my