Menteri
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.
Muka surat
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1
PROFIL PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA 2
PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3
PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5
PENGURUSAN TENAGA KERJA 8
PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 9
PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 13
PENGURUSAN RISIKO 16
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 16
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 1
1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
PENCUCIAN KERETA
MENGENALI PERNIAGAAN PENCUCIAN KERETA
Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta merangkumi perkhidmatan:
� Mencuci bahagian luar kenderaan.
� Mencuci bahagian dalam kenderaan.
� Mencuci bahagian enjin kenderaan.
� Menggilap kenderaan.
� Membasuh kerusi dan permaidani kenderaan.
� Perkhidmatan undercoat.
Tiga (3) bentuk perkhidmatan perniagaan pencucian dan penjagaan kereta boleh
disediakan kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut adalah:
� Layan Diri (Self-Service)
� Perkhidmatan Disediakan Sepenuhnya Oleh Pengusaha (Full Service)
� Automatik
Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:
� Kos Permulaan Yang Rendah
� Tidak Memerlukan Tenaga Pekerja Yang Ramai Dan Berkemahiran
� Tahap Pengurusan Yang Rendah
� Mudah Mendapatkan Bekalan Dan Peralatan
� Tiada Peraturan Khusus Dari Pihak Berkuasa Tempatan
� Perniagaan Tunai
� Risiko Perniagaan Rendah
� Potensi Untuk Berkembang Pesat
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2
2 PROFIL PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN
PENJAGAAN KERETA
PERKHIDMATAN ASAS
Perkhidmatan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut:
� Mencuci Bahagian Luar Kenderaan
� Mencuci Bahagian Dalam Kenderaa
� Mencuci Bahagian Enjin
� Menggilap (Polish)
� Membasuh Tempat Duduk Dan Karpet Kenderaan
PERKHIDMATAN SAMPINGAN
Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
� Membaik pulih kereta.
� Menjual aksesori kereta.
� Kereta sewa.
� Menjual kereta terpakai.
PERNIAGAAN LAIN
Perniagaan ini mempunyai potensi dikembangkan dengan perniagaan lain seperti:
� Cafe/restoran.
� Kedai serba guna.
PROSES DAN ALIRAN KERJA PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN
PENJAGAAN KERETA
Bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan berkesan, setiap kenderaan
yang masuk dan keluar perlu direkodkan. Sistem rekod berkomputer adalah
digalakkan. Arah aliran kerja adalah seperti berikut:
� Pendaftaran kereta masuk.
� Rekodkan jenis perkhidmatan yang diperlukan.
� Keluarkan, basuh dan keringkan pelapik lantai.
� Basahkan keseluruhan bahagian kenderaan..
� Syampu bahagian Enjin kenderaan.
� Basuh/bersih, keringkan dan semburan bahan kimia.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 3
� Hidupkan enjin untuk diuji.
� Syampu/sabun bahagian tayar dan rim.
� Syampu bahagian luar kenderaan.
� Basuh, bilas dan keringkan bahagian luar kenderaan.
� Kemasan bahagian cermin dengan menggunakan glass cleaner.
� Vakum bahagian dalam.
� Wax/kilatkan PVC, Kulit bahagian dalam/luar kenderaan.
� Wax/kilatkan tayar dan rim.
� Kilatkan tempat lapik kaki (rubber mat).
� Menggilap.
3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN
PENUBUHAN PERNIAGAAN
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan bakal pengusaha perlu mendaftarkan
perniagaan yang hendak dijalankan. Pendaftaran ini boleh dibuat di mana-mana
pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Pos Malaysia yang dilantik
oleh SSM. Perniagaan boleh didaftarkan atas nama perseorangan, perkongsian,
syarikat koperasi, sendirian berhad atau awam berhad.
PENUBUHAN SYARIKAT
Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum
menubuhkan syarikat.
� Pemilihan Nama Syarikat
� Jenis Perniagaan
� Prosedur Pendaftaran Perniagaan
� Memilih Bentuk Perniagaan
PEMILIHAN LOKASI DAN PREMIS PERNIAGAAN
� Memilih Lokasi
� Cara Memperoleh Tapak Perniagaan
i) Menyewa
ii) Tapak Milik Sendiri
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4
MENDAPATKAN LESEN
Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen
perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan lesen boleh dibuat
di PBT di mana lokasi perniagaan itu hendak dijalankan.
Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis
Daerah dan Dewan Bandaraya. Setiap PBT mempunyai undang-undang dan peraturan
masing-masing. Borang untuk pendaftaran lesen perniagaan ini boleh diperoleh
dengan kadar bayaran satu ringgit (RM1.00) di pejabat PBT tersebut. Di samping itu
kadar bayaran yang berbeza dikenakan mengikut jenis perniagaan. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab peniaga untuk mengetahui keperluan dan peraturan undang-
undang dalam perniagaan masing-masing.
Lesen perniagaan akan diberikan secara tahunan dan pengusaha harus memenuhi
syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang pengusaha menjalankan perniagaan.
Pegawai-pegawai PBT daerah akan melawat kedai/lokasi pengusaha dari semasa ke
semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.
Syarat-Syarat Yang Perlu
Pada kebiasaannya, pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan
seperti memenuhi piawaian keselamatan minimum premis perniagaan, kesan alam
sekitar (sisa buangan), kebersihan, tidak mengganggu ketenteraman awam dan
sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.
Permohonan
Semua permohonan lesen perniagaan hendaklah dibuat dengan mengisi borang-borang
yang berkaitan.
Cara mendapatkan lesen perniagaan:
� Isikan borang permohonan lesen perniagaan.
� Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Perkara-perkara
yang perlu disertakan adalah:
� Sijil pendaftaran syarikat
� Surat kebenaran/perjanjian sewa daripada pemilik lokasi
� Surat hak milik sekiranya tapak itu milik sendiri
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 5
� Lakaran pelan lokasi
� Contoh papan tanda (Iklan)
� Sebelum lesen dikeluarkan pihak berkuasa akan memeriksa bangunan/tapak
lokasi untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan
dipatuhi.
� Kemudian pengusaha akan dipanggil untuk membuat bayaran. Jika terdapat
papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan.
� Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.
Bayaran Lesen
Kadar bayaran lesen ditetapkan oleh PBT masing-masing. Berdasarkan kajian, bayaran
lesen dikenakan adalah dalam lingkungan RM160.00 hingga RM180.00 setahun.
PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu
perniagaan.Rancangan perniagaan ini bertujuan:
� Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara
objektif,kritikal dan praktikal.
� Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
� Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya
maju atau sebaliknya.
� Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan
sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
� Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
4 PENGURUSAN PERKHIDMATAN
SISTEM DAN KAEDAH
Sebelum memulakan perniagaan bakal pengusaha perlu membuat keputusan apakah
sistem/kaedah pengeluaran yang akan digunakan. Kaedah ini akan menentukan apakah
peralatan dan bahan yang akan diperlukan. Berdasarkan kajian hampir semua
responden yang dilawati, menggunakan pendekatan operasi berasaskan intensif buruh,
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 6
di mana setiap peringkat pengeluarannya banyak menggunakan tenaga pekerja. Walau
bagaimanapun, bakal pengusaha seharusnya mengetahui peralatan/teknologi terkini
yang terdapat di pasaran, baik di dalam atau di luar negara. Maklumat ini akan
membantu bakal pengusaha membuat keputusan dalam menentukan sistem/kaedah
pengeluaran. Maklumat ini boleh diperoleh di laman web www.detailplus.com.
PERALATAN
Kos lima (5) peralatan asas yang biasa digunakan adalah seperti di Jadual di bawah:
PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI PERNIAGAAN
PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA
Peralatan/Bahan
Kos Terendah
(RM)
Kos Purata
(RM)
Water pump
Snow wash Machine
Air Pressure
Wet & Dry Vacuum Cleaner
Polish Machine
1,200
2,000
600
300
400
1,500
3,000
1,200
800
1,000
Bagi mereka yang sanggup membuat pelaburan yang lebih tinggi, terdapat beberapa
peralatan yang lebih tinggi keupayaan dan kecekapan di antaranya adalah:
� Chemtrol pelbagai guna yang mempunyai fungsi untuk syampu, wax,
polishing dan glass cleaning.
� Automatic met washer and dryer - untuk membersihkan dan mengering
rubber Mat.
� Carpet dry system – membersihkan permaidani secara automatik.
� Soil extractors – Membersihkan bahagian dalam kenderaan.
� Interior repair – Membersihkan/repair leather seat.
� Car wash system – Membersihkan bahagian luar kenderaan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 7
Peralatan ini tiada di pasaran tempatan dan sekiranya perlu boleh di import. Maklumat
berhubung dengan peralatan ini boleh diperoleh melalui laman web
www.detailplus.com.
BAHAN-BAHAN
Di antara bahan dan kos bahan yang biasanya digunakan oleh pengusaha berdasarkan
kajian adalah seperti Jadual di bawah:
BAHAN-BAHAN PENCUCIAN KERETA
Bahan Anggaran Harga
Syampu Biasa
Syampu Enjin
Wax (getah)
Snow wash powder
Car Polish
RM50.00/5 liter
RM45.00/5 liter
RM130.00/5 liter
RM60.00/beg
RM45.00
Bahan-bahan di atas boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan. Selain
daripada bahan-bahan tersebut, terdapat syampu/wax/pencuci yang dibuat khusus
untuk digunakan kepada sesuatu peralatan kenderaan bagi memastikan produk akhir
yang dikeluarkan berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan kepada peralatan, di
antaranya adalah:
� Carpet & upholstery syampu dan fabric plus anti stain protectant – dibuat
khusus untuk mencuci permaidani dan peralatan berasaskan fibers.
� Deodorizer – spray pewangi yang tidak memberi kesan kepada peralatan
kenderaan.
� Mink plus leather conditioner – khusus untuk bahagian berasaskan kulit.
� Odor rid – Untuk mencegah pembiakan/ mengeluarkan kulat pada kereta.
BAHAN/PERALATAN LAIN
Selain daripada peralatan dan bahan yang dinyatakan di atas, komputer juga penting
untuk digunakan khususnya bagi kawalan pengurusan dan kewangan. Keperluan-
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8
keperluan lain seperti kain, span dan sebagainya adalah dalam jumlah yang kecil dari
segi nilai dan ianya dapat diperoleh dengan mudah.
5 PENGURUSAN TENAGA KERJA
JENIS PEKERJA
Untuk permulaan, sekurang-kurangnya seorang pekerja mahir diperlukan bagi
mengetuai kumpulan pekerja lain. Bagi memastikan perniagaan ini stabil beberapa
pekerja tetap diperlukan. Bagi meminimumkan kos operasi, pekerja boleh dilantik
secara sambilan pada kadar 1:1, iaitu satu pekerja sambilan bagi satu pekerja tetap.
Keperluan sebenar pekerja bergantung kepada saiz operasi perniagaan semasa. Kerja-
kerja pengurusan dan pentadbiran di peringkat awal penubuhan sebaiknya diurus
sendiri oleh pengusaha.
KATEGORI PEKERJA
Antara kategori pekerja yang diperlukan bagi perniagaan ini adalah seperti berikut:
� Pengurusan
� Penyelia
� Pekerja Am/Buruh
GAJI DAN IMBUHAN
Sebagai panduan, Jadual di bawah menyenaraikan anggaran gaji yang boleh digunakan
untuk pembayaran gaji atau upah kepada pekerja.
GAJI DAN IMBUHAN (BULANAN)
Jenis Pekerja Gaji (RM)
Pengurus 2,500.00- 3,000.00
Penyelia 1,000.00- 1,500.00
Pekerja Am 500.00- 750.00
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 9
TAHAP KEMAHIRAN
Keperluan tenaga pekerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
� Mahir
� Kurang Mahir/Buruh Am
KURSUS DAN LATIHAN
Bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan bakal pengusaha perlu
mendapatkan latihan, bimbingan keusahawanan, kursus asas perniagaan dan kursus
kepimpinan. Ia juga perlu memberi latihan kepada pekerja khususnya dalam bidang
teknik cucian dan penjagaan kenderaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Pengusaha boleh memberi latihan kepada pekerja secara on the job training. Latihan-
latihan asas perniagaan dan keusahawanan ini ada disediakan oleh pelbagai agensi
seperti dinyatakan sebelum ini.
6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
Di dalam memulakan sesuatu perniagaan, adalah penting bagi seseorang individu
mengenal pasti terlebih dahulu strategi dan cara pemasaran dalam memasarkan produk
atau perkhidmatan mereka. Perancangan yang teliti dalam pemasaran bukan sahaja
akan menghasilkan keuntungan, malah perniagaan itu juga akan dapat merangka
perjalanan syarikatnya pada masa akan datang.
Pemasaran adalah satu mekanisme untuk memberi pengetahuan tentang produk dan
perkhidmatan perniagaan kepada orang ramai. Namun pada masa yang sama, ia juga
bertujuan untuk menarik orang ramai untuk menggunakan produk/perkhidmatan yang
ditawarkan. Ia merupakan proses perhubungan organisasi dengan pelanggan dan orang
ramai. Proses ke arah menjayakan strategi pemasaran perlu mengambil kira beberapa
perkara, iaitu:
� Pasaran
� Keperluan pelanggan
� Pakej perkhidmatan
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10
PASARAN
Bakal pengusaha perlu membuat kajian pasaran bagi membantu mereka membuat
keputusan berhubung strategi pemasaran. Antara aspek pasaran yang perlu dikaji ialah
segmen pasaran.
Segmen Pasaran
Segmen pasaran bagi perkhidmatan mencuci kenderaan boleh di bahagikan kepada
tiga:
� Individu
� Syarikat Swasta
� Kerajaan
Jaringan
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara,
para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan baik dengan syarikat-syarikat
perniagaan pencucian dan penjagaan kenderaan dari luar negara. Banyak maklumat
berhubung dengan pengusaha, pengeluar pengilang produk pencucian dan penjagaan
kenderaan boleh diperoleh menerusi internet. Laman web yang popular di antaranya
adalah: www.industrycarwash.com, www.detailplus.com, www.ehow.com,
www.thecarwashtime.com dan www.carwashinvesting.com.
Melalui jaringan, banyak pengetahuan baru berhubung dengan produk di dalam
pasaran, teknologi terkini dalam industri serta panduan-panduan perniagaan bagi
mengembangkan perniagaan.
KEPERLUAN PELANGGAN
Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini
mungkin disebabkan oleh norma-norma hidup seperti tahap pendidikan, pegangan
agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat yang berbeza. Bagi memenuhi
kehendak pelanggan yang berbeza, seseorang pengusaha perlu mengetahui dan
mendapatkan maklumat mengenai pelanggan seperti berikut:
i. Jenis perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna di lokasi tersebut.
ii. Tahap kepuasan yang diharapkan oleh pengguna seperti:
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 11
� Kualiti perkhidmatan
� Keselesaan pengguna semasa menunggu
� Jangka masa menunggu
� Harga bagi setiap perkhidmatan
iii. Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan bagi mendapatkan
perkhidmatan.
iv. Masalah pelanggan yang berkaitan.
PAKEJ PERKHIDMATAN
Pakej Perkhidmatan Yang Boleh Ditawarkan
Beberapa bentuk pakej boleh dirancang, di antaranya seperti:
� Harga pakej yang lebih murah bagi pelanggan yang mendapatkan beberapa
jenis perkhidmatan.
� Harga pakej yang lebih murah kepada pelanggan yang mendapatkan
perkhidmatan berikutnya.
� Pakej untuk pelanggan tetap.
� Sistem kupon.
Perkhidmatan Lepas Jualan
Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi seseorang pengusaha untuk memastikan
perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan. Pemantauan dari
semasa ke semasa dan juga khidmat nasihat mengenai teknik penjagaan kenderaan
boleh diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti dan hubungan yang
baik dengan pelanggan dapat menarik pelanggan untuk mendapatkan semula
perkhidmatan yang diberikan. Secara tidak langsung pelanggan akan memperkenalkan
perniagaan ini kepada rakan-rakan mereka.
PENENTUAN HARGA
Strategi Penetapan Harga
Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan harga ialah:
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12
� Nilai Harga Pasaran
Bagi menghasilkan harga pasaran yang adil dan saksama, bakal pengusaha
perlu membuat analisis pasaran dengan melakukan tinjauan di dalam
industri dan lokasi yang sama. Harga yang murah belum tentu dapat
menarik minat pengguna. Malah harga yang tinggi juga menyukarkan
pengusaha untuk memperoleh pelanggan. Maka pengusaha perlu
mengetahui harga yang benar-benar sesuai dengan perkhidmatan yang akan
ditawarkan.
� Kos Operasi
Harga juga ditentukan berdasarkan kos operasi untuk penghasilan
perkhidmatan. Semakin tinggi kecekapan akan memberi keselesaan dalam
menentukan harga sesuatu perkhidmatan. Untuk itu amat penting bagi
pengusaha mengetahui cara mengurus pekerja, menentukan jumlah pekerja
yang optimum dan menggunakan peralatan dan bahan dengan cekap.
TEMPAT/TAPAK PERNIAGAAN
Tempat perniagaan juga merupakan elemen penting di dalam merangka strategi
pemasaran yang berkesan. Ini kerana tempat perniagaan yang sesuai banyak membantu
untuk mendapatkan pelanggan misalnya di kompleks perniagaan, kawasan perumahan,
kawasan komersial dan premis-premis perniagaan yang dibenarkan.
PROMOSI
Promosi merupakan suatu tindakan untuk mendekatkan orang ramai kepada
perniagaan atau dengan kata lain menjadikan orang ramai, agensi swasta dan kerajaan
sebagai pelanggan perniagaan.
Pengiklanan
Pengiklanan dapat dilakukan melalui pelbagai cara iaitu melalui media cetak seperti
surat khabar dan risalah, media elektronik seperti radio dan televisyen serta laman
web.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 13
Perhubungan Awam
Mempromosikan perniagaan dengan mengadakan lawatan dan pertemuan dengan
bakal pelanggan baik pelanggan perseorangan, syarikat dan juga kerajaan. Pendekatan
promosi ini dijangka lebih berkesan, khususnya jika pengusaha dapat menyediakan
pakej perkhidmatan jangka panjang yang menarik seperti pemberian kupon dan
diskaun untuk pelanggan tetap.
7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN
MODAL PERMULAAN
Modal merupakan satu daripada elemen terpenting untuk memulakan dan memajukan
perniagaan. Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat adalah
perlu untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin diceburi. Sumber-sumber
rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat boleh diperoleh melalui sumber
rujukan seperti berikut:
� Rekod perniagaan pencucian dan penjagaan kereta yang sedia ada.
� Mendapatkan maklumat daripada pembekal peralatan dan bahan.
� Mendapatkan maklumat daripada dokumen cetak/elektronik seperti risalah
dan laman web yang berkaitan dengan industri ini.
Untuk panduan kepada bakal pengusaha digariskan perbelanjaan modal dalam tiga
kategori iaitu:
� Modal Permulaan Kecil
Peralatan yang disediakan berupaya untuk memberi perkhidmatan asas
pencucian dan penjagaan kenderaan. Peralatan yang dibeli juga hanya
sesuai digunakan bagi perkhidmatan light duty.
� Modal Permulaan Sederhana
Pada tahap ini syarikat berupaya memberi perkhidmatan sepenuhnya bagi
industri pencucian dan penjagaan kenderaan kecil dan sederhana.
� Modal Permulaan Besar
Kos utama perbelanjaan adalah menyiapkan ruang niaga yang dilengkapi
dengan bilik menunggu, mini restoran serta penggunaan peralatan
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14
tambahan yang berkeupayaan tinggi bagi membolehkan perkhidmatan
ditawarkan kepada kenderaan besar seperti kenderaan perdagangan.
Pecahan perbelanjaan bagi kategori di atas adalah seperti berikut:
ANGGARAN MODAL PERMULAAN PERNIAGAAN
PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA
Bil Peralatan / Bahan /
Perbelanjaan Lain
Rendah
RM
Sederhana
RM
Tinggi
RM
1
2
3
4
5
6
7
8
Penubuhan syarikat
Sewa tapak (termasuk
deposit)
Binaan
Deposit Elektrik/air/telefon
Peralatan Pejabat/ komputer
Peralatan Pencucian
Bahan-bahan
Kos-kos lain
100.00
1,500.00
500.00
500.00
-
4,500.00
500.00
400.00
2,500.00
3,000.00
30,000.00
1,000.00
3,000.00
15,000.00
2,000.00
1,500.00
3,500.00
12,000.00
50,000.00
1,500.00
30,000.00
60,000.00
5,000.00
2,000.00
Jumlah 8,000.00 58,000.00 164,000.00
*Anggaran perbelanjaan modal di atas masih belum mengambil kira modal pusingan
Modal yang ditunjukkan dalam Jadual di atas hanyalah anggaran sahaja, ia boleh
berubah jika peniaga melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan
automatik, peralatan yang telah diguna pakai dan sebagainya.
MODAL PUSINGAN
Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan
RM7,000. Sekiranya syarikat ingin mendapat kontrak daripada agensi kerajaan atau
pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana bayaran bagi
perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga dua (2) bulan.
KOS OPERASI
Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi
perniagaan syarikat. Contohnya bayaran bahan pengangkutan (minyak kenderaan,
cukai jalan, tol dan sebagainya), bayaran gaji dan upah, elaun dan lain-lain
perbelanjaan yang bersangkutan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 15
SUMBER-SUMBER KEWANGAN
Pembiayaan untuk memulakan perniagaan boleh didapati daripada beberapa sumber
seperti:
� Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.
� Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan
kemudahan pinjaman dan overdraf.
� Perjanjian sewa beli peralatan dengan pembekal peralatan. Kebiasaannya
selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus hingga 25
peratus.
� Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-
pengusaha baru contohnya seperti Pembiayaan Yayasan TEKUN.
HASIL PENDAPATAN
Kajian mendapati hampir 80 peratus pengusaha menyatakan memperoleh pendapatan
kurang daripada RM10,000 sebulan. Selain itu lebih kurang 15 peratus pengusaha
memperoleh pendapatan sebulan antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan.
ANALISIS KEWANGAN
Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-
bakal pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam
menilai kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah
syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan
asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan.
Titik Pulang Modal
Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk
mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan
sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang
modal dalam mengatur strategi perniagaan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16
8 PENGURUSAN RISIKO
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko
dan membuat strategi pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami
kerugian di masa akan datang. Usahawan perlu merancang dan bersedia agar sebarang
perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi.
Antara risiko yang mungkin dihadapi dan strategi menanganinya adalah seperti di
bawah:
� Risiko Pengeluaran
� Risiko Pemasaran
� Risiko Undang-Undang
� Risiko Sumber Manusia
� Risiko Kewangan
9 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang
kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan.
Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang
berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan
itu sendiri.
CIRI USAHAWAN
Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa
mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan
adalah seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada
dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah
perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan,
premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA
_______________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 17
FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN
Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu
memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya
tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran
dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam
dua sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.
Perniagaan
Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:
� Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan
� Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan.
� Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup
kepada pekerja
� Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan
dengan pesaing yang lain.
� Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.
Usahawan
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah
mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:
� Personaliti Yang Baik
� Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja
� Keupayaan Membuat Keputusan
� Kesihatan
� Tahap Kepakaran
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI (MECD)
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my