pencemaran udara - photo talk gb120191

5
PENCEMARAN UDARA Udara, apa yang dimaksudkan dengan udara? Udara yang setiap manusia perlukan untuk bernafas. Bukan setakat manusia malah semua makhluk Allah swt seperti haiwan dan tumbuh- tumbuhan memerlukan udara untuk hidup. Definisi Sains menyatakan bahawa udara adalah campuran gas yang terdapat pada lapisan yang mengelilingi bumi di mana udara ini mengandungi gas oksigen (O 2 ) dan juga gas nitrogen (N 2 ). Namun kini, udara yang dahulunya bersih sedikit demi sedikit telah dicemari dengan dengan pembangunan industri-industri yang berasaskan kilang yang dikenali sebagai pencemaran udara. Udara yang dahulunya cuma mengandungi dua bentuk gas iaitu oksigen dan nitrogen tapi kini gas tersebut telah bertambah disebabkan oleh kerakusan manusia yang hanya mengejar keuntungan tanpa menghiraukan kesan dan akibat daripada tindakan tersebut.

Upload: fare-ams

Post on 11-Jul-2015

783 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran udara - Photo Talk GB120191

PENCEMARAN UDARA

Udara, apa yang dimaksudkan dengan udara? Udara yang setiap manusia perlukan untuk

bernafas. Bukan setakat manusia malah semua makhluk Allah swt seperti haiwan dan tumbuh-

tumbuhan memerlukan udara untuk hidup. Definisi Sains menyatakan bahawa udara adalah

campuran gas yang terdapat pada lapisan yang mengelilingi bumi di mana udara ini

mengandungi gas oksigen (O2) dan juga gas nitrogen (N2). Namun kini, udara yang dahulunya

bersih sedikit demi sedikit telah dicemari dengan dengan pembangunan industri-industri yang

berasaskan kilang yang dikenali sebagai pencemaran udara. Udara yang dahulunya cuma

mengandungi dua bentuk gas iaitu oksigen dan nitrogen tapi kini gas tersebut telah bertambah

disebabkan oleh kerakusan manusia yang hanya mengejar keuntungan tanpa menghiraukan kesan

dan akibat daripada tindakan tersebut.

Page 2: Pencemaran udara - Photo Talk GB120191

Pencemaran memberi maksud sebagai ganguan terhadap kita dan juga sekeliling (Ali,

2012). Pencemaran udara adalah gangguan yang berlaku terhadap udara sehingga menyebabkan

kadar indeks kebersihan udara berada pada tahap yang membimbangkan. Pencemaran udara

berlaku disebabkan oleh dua sumber iaitu sumber tempatan dan juga sumber luaran (Ahmad &

Hashim, 2006). Sumber tempatan adalah berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri dan

sumber tempatan ini merupakan punca yang paling ketara sekali penyebab kepada pencemaran

udara (JAS, 1989). Contoh-contoh sumber tempatan adalah seperti kenderaan bermotor, tapak

pelupusan sampah, kilang industri, dan juga tapak pertanian (JAS, 1989). Manakala sumber

luaran adalah pergerakan sumber tercemar yang merentas sempadan Negara dan membentuk

episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan kawasan

tanah rendah (Ahmad & Hisham, 2006). Masalah seperti ini senantiasa berlaku di Negara kita

Malaysia seperti yang telah berlaku pada tahun ini negara kita telah dilanda jerebu yang sangat

teruk sehingga mencapai kadar indeks pencemaran udara (IPU) yang sangat bahaya. Kejadian

seperti ini berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang suka melalukan pembakaran terbuka

yang mengakibatkan kadar pelepasan asap yang tebal serta tiupan angin yang kuat menyebabkan

kawasan lain ditimpa jerebu yang teruk.

Apa yang kita perhati pada masa kini, pembangunan kilang-kilang yang semakin pesat

seperti cendawan menyebabkan pelepasan asap daripada kilang turut meningkat. Namun

kewujudan kilang-kilang ini tidak begitu dihiraukan kerana kilang merupakan sumber ekonomi

Negara yang paling besar sekali sehingga menjadikan sektor perindustrian adalah sektor

pembangunan ekonomi Negara. Sama ada sedar atau tidak, dalam mengejar keuntungan kita lupa

akan kesan pencemaran udara ini, kita tidak memikirkan akibatnya di masa akan datang.

Sekiranya generasi masa kini sudah tidak menghiraukan akan pencemaran udara yang berlaku

disekeliling, bagaimana pula lagi ragam generasi masa akan datang. Pencemaran udara

sememang memberi kesan yang buruk terhadap diri kita terutamanya terhadap kesihatan. Antara

kesan-kesan pencemaran udara terhadap kesihatan adalah seperti radang mata, gangguan kepada

hidung (Hingus), ganguan terhadap sistem pernafasan (Lendir yang menyumbat sistem), dan

partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut ada tisu paru-paru (JAS,

2007).

Kesan pencemaran ini bukan sahaja berlaku terhadap kesihatan malahan memberi kesan

terhadap sistem otak manusia. Menurut Baker (2010), beliau mendapati bahawa udara yang

Page 3: Pencemaran udara - Photo Talk GB120191

teruk boleh memusnahkan kekuatan otak manusia. Apabila disebut berkenaan dengan otak maka

ia merujuk kepada tahap kognitif individu tersebut. Sebagai seorang pelajar tahap kognitif adalah

sangat penting dalam bidang akademik. Ini kerana penggunaan otak yang banyak dalam

menyelesaikan sesuatu masalah menjadikan sistem otak manusia adalah tunjang kepada

tingkahlaku individu. Tahap kognitif individu sangat berkait dengan pengudaraan, udara yang

bersih akan membantu individu itu berfikir secara rasional dan tidak tertekan sekiranya

pengudaraan yang kurang baik maka akan menyebabkan tahap kognitif menjadi kurang atau

lemah (Baker, 2012). Jennifer Ailshire merupakan seorang penyelidik di National Institute on

Aging di dalam artikel Baker (2012) menyatakan bahawa pencemaran udara boleh memberi

kesan terhadap kesihatan otak manusia. Ailshire juga menyimpulkan bahawa ketika kita menarik

nafas, udara akan masuk ke dalam peparu dan berkemungkinan ke otak menyebabkan risiko

faktor persekitaran mampu mengurangkan keupayaan berfikir dan mengingat (Baker, 2012).

Individu yang bergelar pelajar perlu lebih menitikberatkan perkara-perkara seperti ini.

pendedahan terhadap asap kilang adalah sangat berbahaya kepada minda kita walaupun tidak

memberi impak yang ketara berbanding kesan terhadap kesihatan yang boleh dikenalpasti

kesannya namun pelajar jangan menganggap perkara ini perkara yang ringankerana kesannya

bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakat yang tinggal berhampiran dengan

kawasan pencemaran udara.

Baker (2011) menyatakan bahawa pencemaran udara juga boleh menyebabkan

perubahan fizikal yang berbahaya dalam otak. Di dalam artikel beliau, Universiti Ohio telah

mengkaji bahawa jangka masa panjang pendedahan terhadap pencemaran udara boleh mengubah

minda manusia dan perubahan ini tidak memberi apa-apa kebaikan terhadap setiap individu

kerana perubahan minda disebabkan oleh pencemaran udara memberi masalah terhadap ingat

atau memori pembelajaran dan mengalami depresi (Baker, 2011). Lihatlah betapa kesan

pencemaran udara ini memberi risiko yang sangat besar terhadap minda kita. Ini dapat

dibuktikan melalui kajian Laura Fonken di dalam artikel Baker (2011) ini menyatakan bahawa

hasil keputusan mendapati pencearan udara memberi kesan negatif terhadap otak di mana

menjurus kepada masalah kesihatan yang pelbagai. Selain daripada itu, pencemaran udaran juga

boleh menyebabkan tahap IQ kanak-kanak berada pada taha[ yang rendah (Evans, 2009).

Kejadian ini berlaku akibat daripada golongan ibu mengandung yang terhidu lebih banyak

pencemaran udara akan lebih berisiko mendapat anak yang mempunyai tahap IQ yang rendah

Page 4: Pencemaran udara - Photo Talk GB120191

(Evans, 2009). Hasil dapatan ini dikaji terhadap 200 orang kanak-kanak dan 49 orang daripada

mereka telah belajar dan perbezaan IQ diantara kumpulan yang tinggal di kawasan pencemaran

tinggi dengan kumpulan tinggal di kawasan rendah pencemaran adalah empat ke lima markah.

Ini menunjukkan bahawa pencemaran turut memberi kesan terhadap perkembangan otak

manusia.

Secara kesimpulannya bahawa pencemaran udara ini perlu diambil berat kerana ia bukan

sahaja memberi kesan kepada kesihatan malahan memberi kesihatan kepada minda setiap

individu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Negara kita sedang berada dalam era

pembangunan menuju sebuah Negara yang maju namun, perlu difikirkan kesan dan akibat yang

akan berlaku di masa akan datang. Walaupun pada masa sekarang kesannya masih belum begitu

nampak kesannya tetapi perlulah ditangani dengan lebih awal lagi agar dapat membendung

masalah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Kehidupan semakin mencabar, cabaran

bukan sahaja diterima daripada dalam Negara malah daripada luar Negara juga turut menjadi

cabaran utama dalam membentuk sebuah Negara yang maju. Sekiranya masalah seperti ini tidak

dibendung daripada awal bagaimana pula dengan tahap IQ generasi akan datang? Fikir-

fikirkanlah, mana baik datang daripada Allah swt dan yang buruk datang daripada kita sendiri.

Dihasilkan oleh,

Nurul Fariha Binti Mokdin

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 5: Pencemaran udara - Photo Talk GB120191

RUJUKAN

AhmadS., Hashim N.M. (2006). Kebakaran Hutan dan Isu Pencemaran Udara Di Malaysia : Kes

Jerebu Pada Ogos 2005. Jurnal Elektronik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jilid 1,

Bilangan 1.

Ali A. (2012). Pencemaran – Makna, definisi, maksud. Dicapai pada 12 November 2012.

http://alamsekitar.my/pencemaran-makna-definisi-maksud/.

Baker L.S. (2011). Air Pollution Causes Harmful Physical Change in the Brain. Dicapai pada 11

November 2013. http://www.naturalnews.com/032983_air_pollution_brain.html.

Baker S. (2012). Bad Air could Destrying Your Brainpower. Dicapai pada 11 November 2013.

http://www.naturalnews.com/038094_brain_function_air_pollution_contamination.html.

Evans K. (2009). Air Pollution Linked to Low IQ in Children. Dicapai pada 11 November 2013.

http://www.naturalnews.com/026683_pollution_air_IQ.html.

Jabatan Alam Sekitar (2007). Jerebu Fenomena Pencemaran Udara. Bahagian Komunikasi

Strategik dan Bahagian Udara : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. (1989) . Laporan Kualiti Alam Sekeliling Tahun 1988. Kuala Lumpur :

Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar.