photo talk gb120013

6
Tugasan Individu : Photo Talk Tajuk : Keindahan Pantai Yang Ternoda Disediakan oleh :Nur Fazreen Binti Sallehuddin (GB120013) Disediakan untuk :En. Ghazally Spahat KEINDAHAN PANTAI MILIK BERSAMA…

Upload: reen-khai

Post on 14-Jul-2015

97 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Photo Talk GB120013

Tugasan Individu : Photo TalkTajuk : Keindahan Pantai Yang Ternoda

Disediakan oleh :Nur Fazreen Binti Sallehuddin (GB120013)Disediakan untuk :En. Ghazally Spahat

KEINDAHAN PANTAI MILIK BERSAMA…

Page 2: Photo Talk GB120013

KEINDAHAN PANTAI YANG SEMAKIN TERANCAM…

Industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara. Sejak tiga dekad

yang lalu, industri pelancongan telah berkembang dengan pesatnya. Zon pinggir pantai

merupakan destinasi yang menarik dan cantik untuk dikunjungi di samping menjadi daya

tarikan utama sebagai tempat rekreasi, peranginan serta dalam industri pelancongan negara.

Oleh kerana tarikan yang dimiliki oleh zon pinggir pantai ini, ia menjadi faktor untuk tempat

menjana sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, proses pembangunan pelancongan ini samada dirancang ataupun tidak,

ia mampu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal di zon pinggir pantai apabila daya

tamping sesuatu destinasi itu dilampaui (Md.Jahi, 2009). Secara mudahnya, proses

pelancongan ini menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya

disebabkan aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini.

Page 3: Photo Talk GB120013

Pembangunan pelancongan adalah berbeza dari segi intensiti dan bilangan orang di

sesuatu tempat. Jumlah orang di sesuatu unit kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan

kawasan adalah lebih ramai berbanding dengan kawasan bukan pelancongan yang sama luas

dan oleh itu impaknya adalah lebih besar. Menurut Southwick (1996) yang dipetik dari kajian

oleh Md.Jahi (2009), impak manusia terhadap alam sekitar fizikal adalah hasil interaksi

sekurang-kurangnya tiga faktor asas iaitu jumlah atau bilangan peserta yang terlibat, jumlah

aktiviti yang dijalankan di kawasan terlibat dan jangka masa aktiviti yang dijalankan. Dalam

apa-apa konteks sekalipun, aktiviti yang dilakukan di sesuatu tapak mempunyai hadnya yang

tersendiri dam mampu bertahan untuk sejumlah pengguna untuk suatu jangka masa tertentu

sahaja. Keadaan tersebut akan membenarkan penggunaan yang optimum tanpa menyebabkan

masalah terhadap tapak di mana aktiviti berkenaan berjalan. Apabila keadaan tersebut

dilampaui, maka alam sekitar akan mula mengalami kemerosotan, dan sekiranya tidak

terdapat langkah-langkah positif yang diambil untuk menangani keadaan kemungkinan tapak

tersebut akan musnah dan tidak boleh digunakan lagi.

Pembangunan aktiviti rekreasi dan peranginan para pelancong khususnya di zon pinggir

pantai sebenarnya banyak mendatangkan impak positif dan negatif. Antara impak negatif

adalah impak terhadap persekitaran fizikal seperti seperti masalah pencemaran, kehilangan

habitat, hakisan dan pemendapan. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan, ia diambil

di salah satu pantai peranginan di Melaka iaitu Pantai Pengkalan Balak pada 22 November

2013 dengan menggunakan kamera telefon bimbit 8MP (Megapixel) jenama Ninetology

Insight. Aplikasi yang digunakan adalah Camera 360 dan shooting mode yang digunakan

ialah Effects HDR dan Enhance .

Gambar-gambar ini memaparkan suasana pantai yang indah dan suasana pantai dengan

struktur kawalan hakisan atau tembok penahan ombak yang dibina telah rosak akibat faktor

alam semulajadi iaitu pukulan ombak yang kuat. Mengikut pemerhatian penulis yang juga

berasal dari Pengkalan Balak, struktur kawalan hakisan ini baru sahaja dibina dalam 3 bulan

lepas tetapi sudah mengalami kerosakan yang kritikal. Selain faktor alam semulajadi yang

menyumbang kepada masalah ini, faktor perancangan, pembangunan dan pengurusan yang

berkesan mungkin boleh mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Page 4: Photo Talk GB120013

Kajian oleh Aiyub (1997), yang bertajuk Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir

Pantai Negeri Sembilan mendapati taburan saiz bahan pantai yang tidak seragam secara

semulajadi menunjukkan gangguan dari aktiviti manusia termasuk pembinaan struktur-

struktur konkrit di atas permukaan pantai. Pembinaan tembok-tembok penahan ombak di

pantai telah menyebabkan ombak pantulan. Ombak yang menghempas tembok batuan ini

menghakis bahagian bawah pantai dengan tenaga yang kuat dan menyebabkan hakisan pantai

menjadi lebih kritikal.

Sehubungan dengan itu, Aiyub (1997), mencadangkan bentuk pengurusan dan

perancangan masih boleh dimantapkan dengan pelbagai usaha yang bersepadu dari pihak

terutamanya kerajaan pusat, kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai. Di samping itu

juga satu garis panduan pengurusan pembangunan pinggir pantai sedang diusahakan di

peringkat Persekutuan. Hasil dapatan kajian oleh Seow & Ariffin (2010) pula, antara faktor-

faktor yang diambilkira dalam menentukan jenis yang sesuai digunakan untuk membina

struktur hakisan ialah kestabilan, ketahanan, fungsi, faktor geoteknik, bahan-bahan binaan,

penyelenggaraan keselamatan, kos, nilai estetika, guna tanah dan faktor persekitaran.

Jadi pihak yang berkaitan seharusnya merancang dengan teliti sebelum melaksanakan

sesuatu pembangunan di zon pinggir pantai dan seterusnya melaksanakan proses pengurusan

yang sistematik supaya pembangunan yang dilaksanakan dapat diselenggara dengan baik dari

masa ke semasa. Kesimpulannya, semua pihak berkaitan serta masyarakat harus bekerjasama

dan mempunyai kesedaran akan kepentingan mewujudkan sistem pengurusan zon pinggir

pantai yang bersepadu untuk mengekalkan keindahan pantai milik bersama serta menjamin

pembangunan industri pelancongan yang berterusan.

Page 5: Photo Talk GB120013

RUJUKAN

Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal

Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23

Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap

Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management

10(2) (2009): 71-88

Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan

Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Page 6: Photo Talk GB120013

RUJUKAN

Aiyub, K. (1997). Penggunaan dan Pengurusan Zon Pinggir Pantai Negeri Sembilan. Jurnal

Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Akademika 50 (Januari) 1997 : 3-23

Md.Jahi, J. (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap

Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management

10(2) (2009): 71-88

Seow, T. W. & Ariffin, R. (2010). Kajian Terhadap Struktur Bagi Mengawal Hakisan Dan

Banjir Di Tepi Sungai Kelantan. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.