pencemafun akidah rema ja: suatu analisis permasalahan dan

24
PENCEMAFUN AKIDAH REMAJA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SUNNAH Shukri Alztnad Muhnrnad Noor Habibi Hj. Long PENGENALAN Akidah berasal daripada perkataan "al- 'uqd' dalam bahasa Arab, yang bermaksud simpulan atau ikatan ke atas sesuatu. Penggunaannya termasuk dalam aspek fizikal seperti simpulan tali dan juga aspek abstrak seperti akad nikah. Perkataan akidah kebiasaannya digunakan untuk sesuatu yang tersemat dalam hati dan juga pegangan agama. Akidah yang dimaksudkan dalam perbincangan ialah akidah Islam iaitu keyakinan yang tersemat dalam hati seorang Islam mengenai kepercayaan kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada dan qadar. Ia juga meliputi kepatuhan kepada sistem hidup yang digariskan oleh Allah Taala dan beribadat selaras dengan syariat serta berjihad untuk menegakkannya. Akidah ini boleh diimani dan diyakini sama ada tanpa rnencari dalil tcrlebih dahulu ataupun diimani melalui dalil dan kajian terhadapnya. Menurut pandangan Al-Ghazali, akidah boleh dikuatkan melalui membaca Al-Quran dan memahami tafsirnya, mengkaji Hadis dan melaksanakan kewajipan ibadahnya serta mendekati para ulama dan golongan salihin (al-Mahdali, 199 1: 16).

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN MENURUT PERSPEKTIF

AL-QURAN DAN SUNNAH

Shukri Alztnad Muhnrnad Noor Habibi Hj. Long

PENGENALAN

Akidah berasal daripada perkataan "al- 'uqd' dalam bahasa Arab, yang bermaksud simpulan atau ikatan ke atas sesuatu. Penggunaannya termasuk dalam aspek fizikal seperti simpulan tali dan juga aspek abstrak seperti akad nikah. Perkataan akidah kebiasaannya digunakan untuk sesuatu yang tersemat dalam hati dan juga pegangan agama. Akidah yang dimaksudkan dalam perbincangan ialah akidah Islam iaitu keyakinan yang tersemat dalam hati seorang Islam mengenai kepercayaan kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada dan qadar. Ia juga meliputi kepatuhan kepada sistem hidup yang digariskan oleh Allah Taala dan beribadat selaras dengan syariat serta berjihad untuk menegakkannya. Akidah ini boleh diimani dan diyakini sama ada tanpa rnencari dalil tcrlebih dahulu ataupun diimani melalui dalil dan kajian terhadapnya.

Menurut pandangan Al-Ghazali, akidah boleh dikuatkan melalui membaca Al-Quran dan memahami tafsirnya, mengkaji Hadis dan melaksanakan kewajipan ibadahnya serta mendekati para ulama dan golongan salihin (al-Mahdali, 199 1: 16).

Page 2: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN
Page 3: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

JENIS-JENIS PENCEMARAN AKIDAH

Pencemaran akidah itu boleh dikategonkan kepada tiga bahagian iaitu pencemaran melalui kepercayaan, pertuturan dan tindakan (al- Baynuni 1990:ll).

Pencemaran melalui Kepercayaan

Pencemaran melalui kepercayaan iaitu menerima kepercayaan luar yang bercanggah dengan akidah Islam. Contohnya mempercayai ketuhanan Maryam sebagai isteri Tuhan. la juga berlaku melalui keingkaran terhadap rnana-rnana prinsip akidah seperti mengingkari kewujudan Allah sebagai pencipta atau mengingkari salah satu daripada sifat kesempurnaan Allah ataupun mengaitkan sesuatu sifat yang tidak layak bagi Allah S.W.T. seperti Allah tidak adil dalam menentukan hukum-hakamnya.

Mengingkari para Rasul dan perutusannya juga termasuk dalam kategori ini. Begitu juga mengingkari para malaikat, kitab yang diturunkan, hari kiamat, perbicaraan, syurga dan neraka. Pencemaran juga berlaku dengan keingkaran terhadap salah satu daripada kefarduan Islam yang lima dan juga mengingkari pengharaman terhadap sesuatu seperti riba, zma, pembunuhan atau perjudian. Begitu juga jika mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.

Pencemaran melalui Pertuturan

Penyelewengan melalui perkataan yang menjejaskan akidah seperti ucapan yang mengiktiraf akidah yang sesat atau menolak salah satu daripada asas akidah Islam. Begitu juga dengan ucapan yang rnempermain-mainkan agama atau mana-rnana hukumnya. Ucapan yang diambil kira termasuk dalam pencemaran ini ialah ucapan daripada seorang mukallaf dan berakal serta dilakukan dengan pilihannya sendiri. Ucapan yang dilakukan dalam keadaan terpaksa, lupa dan tersilap tidak termasuk dalam kategon in1 sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:

Page 4: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

"dikecualikan orang yang dipaksa sedangkan hatinya tetap teguh dalam keimanan."

(Surah Al-Nahl 16: 106)

Pengecualian ini walau bagaimanapun tidak termasuk paksaan melakukan zina dan membunuh.

Pencemaran melalui Tindakan

Setiap tindakan yang melambangkan pembawaan kepercayaan kufur termasuk dalam kategori ini. Contohnya, mengoyak al-Quran yang menunjukkan hubungannya dengan penghinaan. Begitu juga perbuatan meniru amalan khusus dalam agama lain dengan perasaan mengagungkann'ya atau mencintainya. Contohnya menggantung salib di dada atau melakarkannya di tubuh badan.

Isu Remaja yang Membawa kepada Pencemaran Akidah

Meslupun pencemaran akidah turut melibatkan golongan lain, namun pencemaran akidah di kalangan remaja berlaku dengan agak membimbangkan. Malah, isu pencemaran akidah remaja berlaku bersama-sama pelbagai gejala sosial yang melibatkan golongan ini. Memetik kenyataan lran Herman dalam kertas kerjanya rnengenai fenomena salah laku remaja ternyata rernaja ialah fokus kepada soal pencemaran akidah:

"Pada awal tahun 90-an kita telah dipaparkan dengan perbuatan salah laku pelajar, gejala lepak dan beberapa rentetan peristiwa lain seperti, gengsterism, vandalisme, buang bayi, bohsia dan bohjan, dadah, HIV dan AIDS serta lain-lain lagi. Pada awal alaf baru 2001 ini, kita dipaparkan dengan berita berkait fenomena remaja dan Black Metal.''

(Iran Herman, 200 1 : 1 )

Antara isu yang mernbabitkan remaja dalam soal pencemaran akidah adalah seperti berikut:

Page 5: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

1. Isu Black Metal Gejala Black Metal telah lama wujud dalam arena muzik tanah air iaitu sekitar tahun 80-an tetapi ia tidak menonjol (Syarifah Sofiah 'Atiqah 2001: 1). la menjadi isu hangat setelah beberapa pendedahan dibuat oleh beberapa pihak baru-baru ini. Dari segi ideologi Black Metal bermula pada tahun 60-an - 70-an dengan idea memperjuangkan kebebasan dan keamanan melalui peniruan dan perasaan memberontak. Kemudian ia berkembang ke arah pemujaan syaitan dalam lirik lagunya, antiagama, kekejaman dan pembunuhan, seks bebas, kebosanan hidup, antimoral dan sebagainya. Kitab rujukan Black Metal ialah Injil Lukas (Iran Herman, 2001:4). Aktiviti Black Metal terrnasuk pemujaan syaltan Bethometh dengan menggunakan mentera Yahudi (Syarifah Sofiah 'Atiqah, 2001:4). Di Malaysia kita dikejutkan dengan penemuan Majlis Agama Islam Kedah bahawa antara kegiatan kumpulan ini ~a l ah membakar al-Quran, memakai salib yang diterbalikkan dan ahli kumpulan diarah berpegang dengan rukun ba r - yang menganggap menyembah Allah adalah karut, memijak al-Qur 'an, melupakan sembahyang dan membakar atau memijak kain sembahyang. Mereka juga menganjurkan "gig" atau pesta liar bertujuan membuang pegangan agama para pengikutnya. Meminum arak, penggunaan dadah dan ganja untuk mendapat lebih keseronokan. Walau bagaimanapun sehingga hari ini fenomena Black Metal masih terkawal (A. Rahim, 2001:2). Namun, kajian menunjukkan bahawa tiada penglibatan pelajar sekolah agama daiam isu Black Metal (Ismi Anuar 2001:4). Selain Black Metal, terdapat beberapa kumpulan lain lagi yang berada dalam pemantauan pihak berkuasa seperti kumpulan Hip-Hop, Punk dull Skin Head. (A. Rahim, 20012)

2. Isu Murtad Murtad bermaksud keluar daripada agama Islam. Kedudukannya adalah sama dengan kufur bahkan dari segi hukuman menurut perundangan Islam adalah lebih berat. Murtad membatalkan semua amalan kebajikan yang dilakukan sebelumnya (al- Baynuni, 1990:94). Isu murtad merupakan isu yang agak lama

Page 6: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

dan terpinggir dengan berbagai-bagai isu yang baru muncfll. Isu murtad juga membabitkan remaja sekolah. Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kes Aisyah Bukhari dan kes Hartina Kamarudin. Antara punca yang dikenal pasti dalam kedua-dua kes ini ialah hubungan cinta. Aisyah dan pasangannya bekerja di salah sebuah cawangan City Bank di ibu negara dan menjalin hubungan perci ntaan. Berikutan dengan halangan agama dan keluarga maka mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri daripada keluarga dan meninggalkan agama. Sementara kes Hartina kurang mendapat liputan media sehinggalah berlaku insiden pergaduhan antara kedua belah pihak dan kes mereka dibawa ke mahkamah. Dua kes di atas dikemukakan sebagai contoh sahaja. Belum ada suatu kajian menyelu'ruh tentang isu yang agak sensitif ini. Namun kes ini sudah memadai untuk membuktikan wujudnya fenomena murtad yang boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk pencemaran akidah.

3. Bohsia dan Pergaulan Bebas Suatu lagi isu yang tidak kurang hangat diperbincangkan berkaitan remaja ialah fenomena bohsia. Meskipun isu ini tidak membabitkan pencemaran akidah secara langsung, namun tidak kurang remaja yang terbabit sanggup meninggalkan ajaran agama kerana pengaruh kawan bohsia yang lain.

Bohsia sebenarnya berasal daripada istilah Mandarin yang bermaksud kehidupan yang tersembunyi atau gelap (Berita Harian, 12 Oktober 1996). Golongan ini mempunyai komuniti yang tersendiri dan dalam komunikasi mereka menggunakan istilah dan isyarat tertentu. Contohnya "balak" merujuk kepada komuniti lelaki. Fenomena bohsia tidak terasing daripada isu salah laku remaja yang lain. Ia mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa kegiatan bohsia mempunyai kaitan dengan pergaulan bebas, membaca bahan lucah, menonton filem porno, menggunakan pi1 khayal, minum arak, penggunaan dadah, berjudi dan kongsi gelap. Mengunjungi

Page 7: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

pusat hiburan dan melepak juga mempunyai tendensi dengan fenomena bohsia (Mohd. Afandy, 200 1 :4).

Daripada perspektif Islam, isu ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan persoalan akidah iaitu kelompangan dalam diri manusia menyebabkan mereka mencari sesuatu untuk memberikan pengisian jiwa. Al-Chazali ketika membicarakan tentang rahsia kebahagiaan hidup menjelaskan bahawa kebahagiaan itu berpunca daripada dalaman jiwa manusia dan ia memerlukan sesuatu pengisian yang tepat (al-Ghazali, t.t.: 12). Harus diingat bahawa punca terbesar ialah peranan iblis untuk menyesatkan remaja Islam daripada acuan agama mereka. Iblis dan syaitan yang merupakan musuh Islam sentiasa berperanan untuk merosakkan akidah semua orang Islam.

Peranan Iblis dalam Menyemarakkan Pencemaran Akidah Remaja

Telah dijelaskan bahawa pencemaran akidah remaja mutakhir ini ialah melibatkan pemujaan syaitan menerusi muzik Black Metal, murtad dan bohsia. Memang, naluri berhibur, keseronokan melampau, seks dan kekejian berkait rapat dengan hiburan. Meskipun tidak bennakna semua seni hiburan'itu menjurus kepada kejahatan, namun realitinya banyak bentuk hiburan yang membuka jalan kepada syaitan beroperasi menyesatkan manusia. Paling ketara ialah hiburan muzik Black Metal. Jika diteliti, iblis atau syaitan memang merupakan musuh manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Cara hiburan ialah cara paling popular dan digemari iblis. Dengan godaan, iblis mengharap manusia akhirnya akan men-iadi kufur dan tersesat daripada jalan agama yang benar. Siapakah iblis dan syaitan ini ?

KONSEP IBLIS DAN SYAITAN DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN

Syaitan dan iblis ialah dua nama yang disenaraikan Allah sebagai makhluk jahat dan keji. Kewujudan kedua-dua jenis makhluk ini

Page 8: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

bukan suatu khayalan. Ianya adalah benar dan beriman dengan kewujudan keduanya termasuk dalam mengakui akidah Islam. Banjiak ayat al-Quran yang menyebut tentang kewujudan iblis dan syaitan ini. Bagaimanapun, keseluruhan ayat tersebut menggambarkan kedua- duanya sebagai musuh manusia yang akan terus menyesatkan mereka sampai kiamat.

Iblis dan syaitan ialah dua nama yang kadang-kadang al-Quran memaksudkannya sebagai serupa. Misalnya, al-Quran menamakan dengan panggilan iblis ketika Allah memerintahkannya sujud kepada Adam. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika mana kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu semua kepada Adam lalu mereka sujud kecuali iblis, dia berkata apakah aku akan sujud kepada orang yang Kamu ciptakan daripada tanah?"

(Surah al-Isra, 17: 61)

Bagaimanapun, pada ketika yang lain Allah menamakan iblis tersebut dengan nama syaitan, iaitu ketika dia berjaya menggelincirkan Nabi Adam dan Hawa dari syurga. Kenyataan ini dapat diperhatikan dalam surah al-Baqarah. Firman Allah:

"Lalu keduanya (Adam dan Hawa) digelincirkan oleh syaitan dari syurga, dan keduanya dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan kami berfirman, turunlah kamu, sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi serta mendapat kesenangan ke suatu masa (mati)."

(Surah al-Baqarah, 2: 36)

Kenyataan al-Quran ini rnenjelaskan bahawa sifat kekejian, kejahatan dan suka menghalang manusia untuk mentaati Allah ialah sifat iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan ialah lambang rnakhluk yang terus menerus memusuhi kebaikan, kebajikan dan ajaran agama Islam.

Page 9: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Ada juga yang memberi perbezaan antara iblis dan syaitan. Iblis dikira merupakan suatu nama bagi makhluk yang berjaya mempengaruhi Nabi Adam sehingga Allah mengeluarkan Adam dan isterinya dari syurga. Iblis ini rnerupakan makhluk yang asalnya bernama 'Azazil. Pada awalnya dia merupakan makhluk yang baik dan kuat beribadat. Bagaimanapun dia kemudian menjadi kafir kerana enggan tunduk kepada arahan Allah untuk sujud kepada nabi Adam. Manakala syaitan adalah terdiri daripada makhluk jin dan manusia yang berperangai iblis. Mereka merupakan tentera iblis yang berperangai jahat dan sentiasa menghalang manusia agar menyimpang daripada agama Allah. Kenyataan ini bertepatan juga dengan firman Allah yang bermaksudnya:

"dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, syaitan-syaitan daripada jenis manusia dan jenis jin ..."

(Surah al-An'am 6: 1 12)

Dalam surah yang lain juga Allah menjelaskan ha1 serupa. Firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) aku berlindung dengan (Allah), Tuhan yang memelihara sekalian manusia, Yang menguasai sekalian manusia, Tuhan sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang rnelemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, yang terdiri daripada jin dan manusia.

(Surah an-Nas 14: 1-5)

Dapat disimpulkan bahawa iblis merupakan nama khas bagi makhluk yang bertanggungjawab menipu daya Nabi Adam dan Hawa sehingga mengeluarkan mereka berdua dari syurga. Manakala syaitan ialah nama umum bagi makhluk Allah yang derhaka, berperangai keji dan sering mengajak manusia melakukan kemungkaran. Makhluk ini termasuklah iblis sendiri, jin dan manusia.

Page 10: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Al-Quran melarang manusia mengikuti jejak langkah syaitan, juiteru dia ialah musuh. Allah menegaskan ha1 ini misalnya dalam surah (al- Baqarah: 168; Yusuf :5; Fatir: 6). Syaitan tidak pernah berputus asa berusaha menyesatkan manusia serta membawa mereka ke neraka, mengeluarkan mereka daripada cahaya petunjuk menuju kehancuran dan kegelapan. Syaitan juga tidak pernah jemu mengganggu dan menakut-nakutkan anak-anak Adam. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang cuba menakut-nakutkan kamu dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, bahkan takutlah kepada-Ku, j ika kamu benar-benar .orang

1

beriman." (Surah ali-'Imran 3: 175)

KONSEP SYAITAN MENURUT PERSPEKTIF HADIS

Banyak hadis nabi yang menyebut mengenai syaitan dan sifat kekejian yang dilakukan untuk menghasut manusia. Tulisan al-'Adawi (1993), misalnya, mengungkap hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w mengenai cara-cara mengawas diri daripada hasutan syaitan. Sementara penulisan Mohd. Rifa'I (1980), turut mengutarakan hadis mengenai tabiat dan cara menghalang hasutan dan godaan syaitan. Imam Bukhari meletakkan suatu bab khusus mengenai hadis nabi menyentuh cara berlindung daripada syaitan (Bukhari 1990: Jil. 111). Ini tidak termasuk sebutan syaitan daripada hadis nabi dalam pelbagai aspek yang dimuatkan dalam h tab sahih beliau. Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa nabi banyak membincangkan tentang diri dan sifat syaitan serta iblis.

Konsep iblis turut dinyatakan oleh Nabi Muhammad s. a. w. dalam bentuk yang pelbagai. Iblis disebutkan oleh baginda sebagai makhluk yang berjalan dalam pembuluh darah tubuh manusia untuk menggoda manusia. Manakala pelbagai sebutan nabi yang menyebutkan Iblis

Page 11: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

sebagai penggoda dengan menggunakan saluran seperti arak. judi, wanita, hiburan dan harta benda. Ada kalanya nabi menyebut rupa iblis yang dijelmakan dengan rupa wanita seperti hadis mengenai peristiwa Israk dan Mikraj. Dalarn kisah ini Iblis disebutkan menyerupai seorang wanita yang memanggil nabi Muhammad s.a.w.

Keterangan nabi ini menunjukkan bahawa terdapat suatu makhluk bernama iblis dan syaitan yang sentiasa bersama manusia untuk menyesatkan mereka siang dan malam. Maklumat ini juga penting supaya umat Tslam mengetahui siapakah syaitan dan iblis anak cucunya, tabiat dan cara menangkis hasutannya. Misalnya, nabi menyebut cara menangkis was-was dan keraguan mengenai iman yang dibawa oleh syaitan. Abu Hurairah menyebut bahawa Nabi Muhammad, bersabda yang bermaksud:

Syaitan datang kepada seseorang kamu dan berkata: Siapakah yang membuat ini (macam ini)? Siapakah yang buat ini? Sehingga dia berkata, siapakah yang buat tuhan kamu? Maka apabila sampai di situ hendaklah kamu minta perlindungan dengan Allah dan berhenti.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cara Penipuan Syaitan

Iblis dan syaitan ialah musuh agama dan sentiasa berusaha untuk memperdayakan umat manusia. Oleh kerana itu, iblis dan syaitan ini berusaha memperdayakan manusia dari segenap penjuru, sama ada dari hadapan, belakang, kanan dan kiri mereka sehingga umat manusia menjadi golongan yang tidak bersyukur. Hal ini diceritakan oleh Allah dalam surah al-'Araf (16-17) usaha iblis untuk menyesatkan manusia. Firman Allah yang bermaksud:

"Kerana Engkau telah rnenghukum aku sebagai makhluk tersesat, maka aku akan menghalang-halangi mereka (anak Adam) dari jalan lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka (manusia) dari hadapan mereka, dari belakang

Page 12: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

rnereka, dari kanan dan kiri rnereka, sehingga Engkau tiada - akan mendapati kebanyakan rnereka tahu bersyukur"

(Surah al-'A'raf 7: 16- 17)

Ketika rnentafsirkan ayat yang berrnaksud "Jalan-Mu yang lurus" ahli tafsir berselisih pendapat. Ibn 'Abbas rnisalnya berkata: yang dirnaksudkan dengan ayat di atas ialah "Agarna Allah yang jelas". Ibn Mas'ud mentafsirkanya sebagai "Kitab Allah". Manakala Jabir memberi pengertiannya sebagai Agarna Islam dan Mujahid berpendapat bahawa rnaksudnya ialah kebenaran.

Apabila dikurnpulkan semua pendapat di atas tadi, dapatlah disirnpulkan bahawa yang dikehendaki daripada ayat di atas ialah jalan yang menuju kepada Allah. Dengan kata lain, iblis akan berusaha rnenyesatkan rnanusia daripada jalan yang rnenuju Allah dengan segala cara. Hal ini bersesuaian dengan sepotong hadis nabi yang diriwayatkan oleh Sabrah Ibn Fakah yang berrnaksud:

"Sesungguhnya syaitan sentiasa rnenduduki jalan-jalan kebaikan bagi anak Adam keseluruhannaya."

(Riwayat Ahrnad, an-Nasa'i dan Ibn Hibban)

Kini jelas bahawa tiada jalan kebaikan bagi anak Adam rnelainkan syaitan akan cuba menutup dan rnenghalang jalan tersebut.

Sernentara ayat yang berrnaksud "kernudian aku (syaitan) akan mendatangi rnereka (manusia) dari hadapan rnereka" ialah rnengenai urusan dunia dan akhirat. Dalam riwayat Athiyah, yang dirnaksudkan dengan ayat di atas ialah segala yang berhubungan dengan urusan keduniaan. Manakala dalarn riwayat Ali beliau mengatakan rnaksudnya sebagai, iblis menimpakan keraguan dalarn hati manusia dalarn urusan akhirat. Al-Hasan pula rnengatakan ia rnengenai utusan akhirat yang berkaitan dengan usaha iblis supaya manusia rnendustakan hari kebangkitan, syurga dan neraka. Manakala Mujahid rnengertikannya dengan segala urusan yang dapat rnereka sangsikan (Ibn Qudarnah, 1990:8).

Page 13: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Manakala ayat yang bermaksud "dari belakang mereka" berkata ibn 'Abbas: Aku akan membuat mereka sangat mencintai dunia. Al-Hasan menyebutkan maksudnya sebagai: Aku akan memperindahkan dunia mereka sehingga mereka keliru dengannya. Ibn 'Abbas juga mempunyai tafsiran yang lain iaitu syaitan akan menanam kekeliruan dalam urusan akhirat: Aku akan menjadikan mereka ragu-ragu dengan urusan akhirat dan akan menjauhkan mereka dari se la lu memikirkannya. Manakala Mujahid mengertikannya sama dengan ayat sebelumnya, iaitu dengan segala urusan dapat mereka sangsikan (Ibn Qudamah, 1990: 10).

Kemudian ayat yang bermaksud dari kanan dan kiri mereka pula ialah syaitan akan mengelirukan manusia dalam urusan agama. Ibn ' Abbas berpendapat, maksud dari kanan dan kiri mereka ialah syaitan akan meragukan manusia dalam semua kebaikan mereka. Al-Hasan berpendapat, syaitan akan membuatkan mereka sibuk, sehingga tidak dapat melakukan pelbagai kebaikan. Manakala maksud "dari belakang mereka" pula ialah syaitan akan menghasut manusia melakukan kejahatan dan keburukan dan dia akan cuba menjadikan keburukan itu sebagai perkara yang bagus dalam pandangan manusia itu sendiri.

Ibn 'Abbas seterusnya mengatakan:,dalam ayat ini Iblis tidak mengatakan "dari atas mereka" sebab dia mengetahui bahawa Allah akan melindungi manusia dari atas mereka. Al-Syaibi ,menambah sebabnya Allah menurunkan rahmat ke atas manusia. Ibn Qatadah pula mengatakan: Wahai anak Adam ! Syaitan akan mendatangi mu dari segala penjuru, tetapi dia tidak mampu mendatangimu dari atas kamu. Dia tidak mampu menghalang kamu daripada rahmat Allah (Ibn Qudamah, 1990: 10)

Kesimpulannya, iblis dan syaitan akan mendatangi manusia supaya mereka menjadi sesat melalui empat penjuru iaitu dari hadapan, belakang, kanan dan kiri. Namun, syaitan tidak akan mampu mendatangi manusia melalui jalan atas. Dengan kata lain, syaitan akan menghalang manusia melalui jalan kebaikan sehingga manusia

Page 14: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

ragu-ragu dengan agama mereka sendiri. merasai berat dan malas melakukan segala kebaikan agama . Kemudian iblis akan memperindah kernaksiatan dan keburukan sehingga manusia menjadi cergas, ringan dan terdorong melakukan kejahatan dan kemaksiatan tersebut. Iblis akan mendatangi kanan manusia, ketika malaikat pencatat kebaikan rnenyeru manusia melakukan kebaikan, maka iblis menggoda mereka supaya malas melakukan kebaikan. Sedangkan ketika mereka mendatangi manusia di sebelah kiri, mereka terus mendorong manusia melakukan bermacam-macam keburukan. Tegasnya, syaitan akan berterusan mendorong manusia untuk mencintai dunia dan berusaha agar manusia mendustakan akhirat, bahkan melupakannya sama sekali. Syaitan akan membisikkan bahawa syurga, neraka, kebangkitan semula daripada kubur tidak wujud sama sqkali. Lebih daripada itu, iblis akan mendorong manusia melakukan segala macam kesesatan.

Punca Manusia Selalu di bawah Pengaruh Syaitan

Iblis dan syaitan rnenggunakan pelbagai cara untuk menggoda sehingga akhirnya mengheret manusia ke jurang kekufuran. Makhluk ini akan mencari kegemaran nafsu untuk dihasut lalu menggoda mereka supaya melupakan ajaran agama. Antarajalan yang digunakan iblis dan syaitan ke arah menyesatkan orang Islam ialah mengajak mereka mengabaikan sembahyang, tidak membaca al-Quran, menjauhkan diri daripada belajar ilmu agama dan mensia-siakan masa. Sebaliknya pula, iblis akan menghasut umat Islam supaya gemar berhibur, rnendekati unsur seks, minum arak dan kemabukan serta melanggar pelbagai larangan agama. Apabila orang Islam telah sanggup rneninggalkan segala perkara kebaikan dan sanggup pula melakukan segala perkara kejahatan di atas, syaitan dengan mudah rnenggoda mereka ke peringkat paling bahaya iaitu kufur dengan Allah.

Menghasut Manusia Meninggalkan Sembahyang

Sembahyang ialah tiang agama bagi orang Islam. Apabila mereka meninggalkan sembahyang seolah-olah mereka telah meruntuhkan tiang agama rnereka. Mudah bagi Iblis dan syaitan untuk meruntuhkan

Page 15: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

pula asas agama yang paling penting iaitu akidah Islam. Sepotong hadis nabi riwayat Abu Hurairah menyebutkan hubungan tingkah laku syaitan terhadap orang yang bersembahyang khususnya sembahyang subuh. Nabi bersabda:

"Syaitan menyimpul di atas belakang tengkuk seseorang daripada kamu, ketika dia sedang tidur sebanyak tiga simpulan, dikenakan dari setiap simpulan itu tempatnya: Kamu menempuh malam yang panjang, maka tidurlah, sekiranya seseorang itu bangkit dari tidur, dia menyebut nama Allah nescaya terhurai satu ikatan, sekiranya dia berwuduk terhurai lagi satu ikatan, sekiranya d ia sembahyang nescaya terhurai kesemua ikatan, maka jadilah ia seorang yang cergas lagi suka hati, sekiranya tidak (melakukan perkara di atas) maka jadilah ia seorang yang busuk hati serta malas."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas membuktikan bahawa sembahyang ialah cara penting membanteras godaan syaitan. Syaitan juga akan menggunakan pelbagai cara menghasut manusia melengah-lengahkan umat Islam untuk menunaikan sembahyang. Apabila mereka berjaya dipisahkan dengan sembahyang, maka mudah bagi iblis meniupkan segala bisikan kemungkaran dan kekejian kepada manusia. Allah memberi jaminan bahawa orang yang bersembahyang akan dapat mengelakkan diri daripada rnelakukan kernungkaran dan kejahatan. ~ i i m a n Allah yang bermaksud:

"Bacalah serta ikutilah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada sl-Quran dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya) dan kesannya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".

(Surah al-'Ankabut, 29 : 45)

Page 16: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Hams diingat bahawa iblis akan menggunakan segala tipu muslihatnya untuk menjauhkan orang Islam daripada sembahyang. Suatu kis2h yang wajar disebutkan di sini untuk menunjukan cara iblis dan syaitan menggoda kita meninggalkan sembahyang. Terdapat sebuah asrama penuntut di suatu daerah. Para pelajarnya datang menuntut ilmu, penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mereka rajin sembahyang berjamaah, rajin ke masjid mendengar kuliah agama. Demikian berjalan waktu dan masa tidak kurang suatu apa pun. Setiap daripada mereka saling ingat memperingati. Siapa yang lemah dikuatkan dan siapa yang kuat dibantu lagi. Pada suatu hari Jumaat, seperti biasa, mereka bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat. Satu tujuan dan satu matlamat iaitu untuk beribadat kepada Allah.

Pada hari itu, tibi-tiba datang beberapa orang wanita. Mereka datang sekitar pukul 11.00 pagi. Lalu para wanita diterima dengan hati terbuka. Seperti biasa, kehadiran itu hanyalah sekadar berbual dan berkenal-kenalan. Mereka pun asyik berbual, berbincang dan ketawa riang. Waktu berjalan cepat, jam menunjukkan waktu sembahyang sudah hampir iaitu pukul 1.00 tengah hari. Tetamu dipohon beristirahat, kerena mereka ingin ke masjid. Namun, tetamu rasa kurang senang, lalu memohon untuk pulang.

Hari berjalan seperti biasa. Kedatangan tetamu di asrama pemuda yang taat beribadat itu tidak membawa sebarang pengaruh. Namun, tidak demikian keadaan selanjutnya. Hari Jumaat berikutnya, wanita- wanita itu datang lagi. Hari Jumaat yang lalu dengan Jumaat kini berbeza. Tetamu wanita yang sudah dilupai pada penuntut datang semula. Berbeza dengan waktu yang lalu. Kini mereka datang jam 12.00. Tetamu dijemput tanpa syak wasangka, dengan tangan terbuka. Tepat jam 12.30, tetamu dipohon beristirahat kerana mereka ingin ke masjid. Tetamu wanita terus memohon diri untuk pulang sahaja.

Masa berjalan seperti biasa. Jumaat berikut tetamu datang lagi. Namun kali ini jam sudah hampir 12.30 lebih. Namun mereka masih sempat berbual-bual dan berbincang dengan gembira. Jam menunjukkan ke

Page 17: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

pukul 1.00 lebih tengah hari. Pemuda memohon menunaikan sembahyang Jumaat. Masing-masing terburu-bum berpakaian dan berlari ke masjid. Khatib sudah membaca khutbah kedua. Namun, mereka masih sempat sembahyang.

Masa terus berlalu. Jumaat menyusul berikutnya. Tetamu wanita datang lagi. Tapi kali ini betul-betul pada pukul 1.00 namun tetamu masih dipersilakan masuk. Mereka pun asyik berbual, pemuda dan pemudi berbual dan berbicara. Semua yang dibualkan menjadi indah, semua yang lain tidak teringat lagi. Kini pemuda-pemuda yang kuat ibadat benar-benar terkena perangkap, rayuan syaitan yang menyesatkan. Mereka lupa waktu berjalan begitu cepat. Dalam keasyikan itu, mereka teringat tugas agama. Mereka teringat nasihat orang tua untuk menuntut ilmu dan tidak mengabaikan solat. Mereka segera memohon ke masjid. Meskipun mereka berlari, namun sampai sahaja di masjid, semua orang sudah keluar. Betapa malu tidak terlura. Tetamu dikutuk kerana menjadi punca segala kelewatan ini. Namun malu hanya sementara. Orang tua jauh di kampung halaman. Tetamu datang lagi. Kini benar-benar di waktu solat dilangsungkan. Hati yang marah sudah hilang. Iblis dan syaitan pun mula ketawa riang.

Kisah di atas ialah kisah biasa yang berlaku. Syaitan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan terhakis ibadat sembahyang. Apabila sembahyang sudah dilupakan, mudah segala gangguah lain ditiup dalam jiwa manusia.

Meninggalkan al-Quran dan Pengajian Agama

Al-Quran ialah sumber hukum, sumber kekuatan jiwa, punca membangunkan ketakwaan, petunjuk kebenaran dan penghalang bisikan dan godaan iblis. Dengan membaca al-Quran maka seseorang itu akan menambah kekebalan diri daripada godaan dan hasutan syaitan. Bagaimanapun, al-Quran harus dibaca penuh pengertian. Membaca al-Quran tanpa memahami dan mendalami maksudnya serta tidak berusaha mengambil pengajaran daripadanya tentulah tidak mencukupi untuk mengelak daripada godaan syaitan. Sebaliknya dengan memahami kandungan al-Quran, seseorang itu akan tahu

Page 18: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

ajaran Islam. Malah, akan timbul rasa ketakutan kepada Allah. Kebencian kepada syaitan dan iblis yang menjadi musuh Allah dan musuh dirinya sendiri secara tidak langsung akan wujud dalam sanubarinya. Panduan-panduan sebagai seorang muslim sejati akan tercapai kerana al-Quran mengandungi semua panduan itu. Iblis dan syaitan akan gaga1 menggoda kerana al-Quran ialah panduan daripada Allah. Ia mengandungi segala rahmat dan nikmat agama yang memandu ke arah kebaikan. Orang yang berilmu dengan al-Quran juga merupakan orang berilmu agama. Dengan ilmu itu, dia tidak mudah disesatkan. Pemuda berilmu adalah pemuda yang kuat. Dia lebih kebal daripada orang yang badannya kebal.

Berhati-Hati dengan Larangan Agama

Larangan dan tegahan agama adalah supaya manusia terhindar daripada syaitan dan terhindar daripada dosa. Meskipun kadang- kadang pada perinkkat awal manusia tidak melakukan perkara haram seperti berzina, namun manusia tidak sangat mengelak daripada melakukan perkara hampir kepada penzinaan misalnya pergaulan bebas. ~ m u ' r n n ~ a pergaulan bebas bukan bermakna mereka melakukan zina. Namun pergaulan ini mudah menjerumuskan seseorang itu ke lembah penzinaan. Pergaulan timbul apabila wujud keseronokan dan kegilaan muzik. Apabila terdapat segala anasir keseronokan, wajah asal yang tidak mengundang bahaya akidah dan tegahan agama semakin mudah menjadi realiti. Akhirnya, perintah agama ditinggalkan, tegahan agama dilakukan.

Cara Remaja untuk Menangkis Godaan Syaitan

Remaja merupakan masa hidup yang istimewa dengan mengalami pelbagai pancaroba. Dalam masa remaja, tumbuh bibit-bibit yang kelak menjadi pohon di waktu tua. Remaja dalam bahasa Inggeris disebut "adolescence ". Perkataan ini berasal daripada perkataan latin "adolescere " yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" (Rogers, 198 1). Dalam bahasa Arab ia disebut "Murahiq " iaitu seorang remaja yang masih mendekati zaman baligh (al-Razi, 1989). Kadangkala remaja disebut juga dengan "shabab". Ahli

Page 19: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

psikologi mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, suatu konsep yang abstrak, suatu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup (Daniels, 1983:201). Ini bermakna zaman remaja ialah zaman akil baligh dan berakhir apabila memasul alam dewasa. Bagaimanakah cara mengukuhkan ketahanan diri remaja daripada godaan Syaitan?

1. Pengukuhan Melalui Kesempurnaan-Kendiri mengikut Ajaran Agama Alam remaja yang merupakan kelangsungan alam kanak-kanak mula mengubah konsep kendiri remaja mengikut gaya yang mereka inginkan. Persepsi terhadap kendiri ternyata akan menentukan apa yang seseorang itu alarni dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendiri juga membenarkan seseorang individu rnenghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang akan menggugat keutuhan peribadi. Remaja yang mempunyai konsep kendiri yang tidak betul akan mudah membahayakan diri mereka dan orang lain. Mereka mudah menjadi devian, tidak keyakinan, tersisih dan terpengaruh dengan syaitan. Seorang remaja yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan membawa kebencian kepada diri sendiri kemudian membawa kepada tingkah laku yang memencilkan diri atau agresif. Malah, rnereka mudah akur dengan tekanan-tekanan sosial di samping mudah membuat penilaian yang salah.

Alam remaja ialah penampilan pertama seseorang itu mempersepsi diri secara fizikal. Ekoran daripada itu, ia menjadi permulaan penting bagi syaitan dan jin untuk menampilkan simbol-simbol yang salah kepada fikiran mereka. Jika remaja itu mempunyai konsep kendiri yang rendah serta tidak berteraskan panduan agama, maka remaja itu menjadi intipan syaitan untuk digoda dan kuasai. Sementara remaja yang telah terbentuk kesempurnaan kendiri melalui ajaran dan kefahaman agama oleh keluarga dan masyarakat akan dapat bergerak mencapai kesempurnaan-kendiri mengikut agama.

Page 20: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Kesempurnaan-kendiri dapat dijelaskan jika remaja tersebut sudah boleh berwatak dewasa. Hadis nabi telah menyebutkan:

"Remaja yang paling baik ialah remaja yang wataknya - menyerupai orang tua" .

(Riwayat Tabarani)

Menjadi sesuatu yang penting bagi remaja membimbing kesempurnaan diri dengan mengambil contoh orang dewasa yang kendirinya sempurna. Misalnya, sifat orang tua yang mampu mengendalikan hawa nafsu, tidak mudah terpengaruh dengan kebudayaan berhala, tidak mudah dipengaruhi oleh keseronokan.

2. Pengukuhan melalui Identifikasi Identifikasi bermaksud kemunculan nilai dan tujuan hidup- kendiri. Remaja wajar tidak membuat identifikasi dengan orang yang tidak bermoral, lemah agama dan tidak identiti-kendiri. Sebab, lazimnya remaja sering membuat identifikasi kendiri dengan pelakon kesayangan atau penyanyi pujaan mereka yang sebenarnya mereka tidak mengenali. Malah, paling bahaya apabila identifikasi diri itu dilakukan kerana kelainan yang ada kepada pelakon atau seseorang penyanyi itu. Akibatnya, salah laku identifikasi diri menyebabkan remaja mudah digoda sehingga mencemarkan akidah mereka tanpa sedar.

Remaja wajar mencari identifikasi diri dengan orang yang berilmu, beriman dan bertakwa. Identifikasi ini menyebabkan remaja itu akan berjaya dalam hidup, terpimpin dan akhirnya membawa kejayaan dunia dan akhirat kepada remaja itu sendiri.

3. Pengukuhan melalui Kecemerlangan dan Pencapaian Salah satu aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan diri remaja ialah kecemerlangan dan pencapaian. Remaja yang sering bersaing sesama sendiri dalam kecemerlangan ilmu akan menentukan arah kendiri yang cemerlang pada masa hadapan. Agama menganjurkan agar para penuntut bersifat "dengki-

Page 21: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

mendengki" dalam menambah ilmu lebih sesuai kepada rernaja. Sebab, masa remaja ialah masa paling penting mencari ilrnu. Kesibukan mencari ilmu untuk mencapai kesempurnaan kendiri lebih banyak terjadi dan bermula pada rnasa remaja. Sifat dengki-mendengki itu bermaksud saling bersaing untuk mencapai kelebihan dan kecemerlangan ilmu sehingga dapat mengatasi yang lain. Sikap ini akhirnya akan dapat membuatkan remaja lebih bebas rnembuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran sernasa dan lebih rnernpunyai keupayaan untuk bertindak mengikut cara yang betul.

4. Pengukuhan melalui Identiti Identiti diri merujuk kepada perasaan seseorang yang berbeza dengan orang lain. Seseorang yang rnempunyai cara hidup tersendiri maka dia telah berusaha membentuk identiti sendiri. Jika seseorang rernaja berjaya membuat keputusan rnengenai dirinya, kerjaya dan boleh rnembentuk suatu set agarna rnengikut Islam rnaka dia telah berjaya rnembentuk identiti din yang luhur. Jika seorang remaja telah mempunyai identiti maka dia telah menjadi individu yang jujur dan unggul bukan di bawah bayang- bayang orang lain. Ia akan menjadi individu yang yakin dan bebas.

t

KESIMPULAN

Akidah, merupakan suatu elemen yang penting. Ia boleh dikuatkan melalui membaca Al-Quran dan tafsirnya, rnengkaji hadis dan rnelaksanakan kewajipan ibadahnya serta mendekati para ulama dan golongan salihin. Tanpa kemantapan akidah rnaka seseorang itu akan rnudah dipimpin syaitan. Syaitan sebaliknya rnenjadikan manusia sebagai pembantunya untuk rnenghasut orang lain. Golongan rernaja merupakan sasaran awal syaitan. Ini kerana remaja rnerupakan individu yang baru rnernbentuk kesempurnaan diri. Pencemaran akidah yang terjadi kini ialah hasil daripada kelernahan rernaja mengenal tingkah laku syaitan dan cara syaitan rnenjerat rnereka.

Page 22: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Syaitan akan menggunakan pelbagai cara daripada pelbagai sudut untuk mencemarkan akidah remaja Islam. Mereka akan menggunakan jalan depan, kanan dan kiri serta jalan belakang agar remaja menjadi terpengaruh membentuk diri mengikut suruhan syaitan. ~ e l a i h k a n jalan atas, syaitan tidak mampu menjerat manusia. Ini bermakna, remaja yang mendekati agama, al-Quran dan sembahyang akan berjaya mengelak daripada godaan syaitan. Remaja yang mampu menghadapi godaan iblis dan syaitan ialah remaja yang mampu rnengukuhkan diri melalui kesempurnaan diri, membentuk identifikasi melalui nilai agama, melalui kecemerlangan ilmu dan mengukuhkan diri melalui identiti berlandaskan agama.

Page 23: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

RUJUKAN

A.Rahim, Jaafar. (2001). Fenomena -Black Metal dari perspektif keselamatan. Seminar Sehari Bersama Remaja dan Black Metal, 5 Sept.

al-'Adawi, Abu ' Abd Allah ibn Mustafa (1993). Jaga din dun Syaitan. al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Al-Baynuni, Ahrnad Izzuddin. (1990). al-Kufr Wa al-Mukafirat. Dar al-Salam. Kaherah.

Al-Bukhari, Abu 'Abd 'Allah Muhammad ibn Ismail. Shahih Bukhan (terjemahan). Klang Book Centre. Selangor.

Al-Dasuki, Farouq Ahmad. Manusia dun setan. Kuala Lumpur. Penerbit Darul Fikir.

Al-Ghazali, Abu Harnid . Kimia al-Sa'adah. Maktabah al-Halabi. Kaherah.

Ali Abd. Halim Mahmud, Ali . Ma'a al-Akidah Wa al-Harakah Wa al-Manhaj: Dar al-Wafa'. Kaherah.

Al-Mahdali, Sayyid Mumamrnad Aqil. (199 1). Syarh Qawa 'id al- Aqa'id Li al-Ghazali. Kaherah. Dar al-Hadis.

Al-Razi, Muhammad Abi Bakr Ibn Abd al-Qadir. (1989). Mukhtar al-Sahhah: Beirut. Maktabah Lubnan.

Berita Harian (1996). Menjejaki golongan bohsia. Okt, 12.

Daniels, W.A. (1983) Pubertal changes in adolescence. In J. Brooks- Gunn & A. C Petersen (Eds.), Girls at puberty: Plenum. New York.

Page 24: PENCEMAFUN AKIDAH REMA JA: SUATU ANALISIS PERMASALAHAN DAN

Hawkins, J. M. (1981). Kamus dwibahasa Oxford. Kuala Lumpu.. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tbn Qudamah (1990). Dharnm al-Muwaswisin Wa TahdhirMin al- Waswasah, (Te rjemahan) was-was -Bila Syaitan Membelit : Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura.

Iran, Herman. (2001).Fenomena Black Metal di kalangan remaja: Isu, kesan dan strategi menangani. Kertas Kerja Seminar Sehari Bersama Remaja dun Black Metal, 5 Sept.

Ismi Anuar, Hj Abd. Halim. (2001). Fenomena Black Metal dari perspektif agama. Kertas Kerja Seminar Sehari Bersama Remaja dun Black M ~ t a l , 5 Sept.

Moh. Rifa'i & Sulomo. (1980). Rnyuan iblis. al-Haramain Pte. Ltd. Singapore.

Mohd. Afandy, Sallek (2001). Satu kajian empirikal tentang fenomena Black Metal. Seminar Sehari Bersama Remaja dun Black Metal, 5 Sept.

Syarifah Sofiah 'Atiqah, Syed Ibrahim. (2001). Kajian fenomena remaja devian Black Metal: Permasalahan dan cadangan penyelesaian. Kertas Kerja Seminar Sehari Bersama Remaja dun Black Metal, 5 Sept.

00029FO(;f; Pel pustakaan Sultanah Bah~yah

Jnlversrti Utara Malavsia