hentam ja la

102
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan Latihan industri (LI) adalah merupakan sebahagian daripada syara yang perlu di penuhi oleh seorang pelajar politeknik bagi mendapatkan penganugerahan sijil atau diploma daripada sesebuah politeknik. Menja latihan industri juga merupakan satu pendedahan atau pendekatan yan amat penting kepada para pelajar terutamanya kepada pelajar politekni Secara umumnya, program latihan industri ini adalah merupakan salah s hasrat daripada Kementerian Tinggi Malaysia bagi merealisasikan impia mereka untuk melahirkan golongan pelajar yang mahu dan mampu untuk bekerja seperti golongan proessional serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang yang mereka pelajari untuk memenuhi keperluan tenaga kerja samaada tenaga mahir ataupun kurang mahir tanpa bergantung kepada tenaga buruh asing. Selain itu juga, kursus ini yang dita!arkan oleh Kementerian "engajian Malaysia ini adalah bertujuan bagi menghasilkan dan meningkatkan kemahiran para pelajar serta menimba ilmu pengetahuan terutamanya pengalaman mereka dalam bidang yang mereka pelajari. #i samping itu, latihan industri ini memberi banyak pendedahan kepada pa 1

Upload: syahrul

Post on 01-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

buka ja la tengok

TRANSCRIPT

BAB 1PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1PendahuluanLatihan industri (LI) adalah merupakan sebahagian daripada syarat yang perlu di penuhi oleh seorang pelajar politeknik bagi mendapatkan satu penganugerahan sijil atau diploma daripada sesebuah politeknik. Menjalani latihan industri juga merupakan satu pendedahan atau pendekatan yan amat penting kepada para pelajar terutamanya kepada pelajar politeknik. Secara umumnya, program latihan industri ini adalah merupakan salah satu hasrat daripada Kementerian Tinggi Malaysia bagi merealisasikan impian mereka untuk melahirkan golongan pelajar yang mahu dan mampu untuk bekerja seperti golongan professional serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang yang mereka pelajari untuk memenuhi keperluan tenaga kerja samaada tenaga mahir ataupun kurang mahir tanpa bergantung kepada tenaga buruh asing.Selain itu juga, kursus ini yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Malaysia ini adalah bertujuan bagi menghasilkan dan meningkatkan kemahiran para pelajar serta menimba ilmu pengetahuan terutamanya pengalaman mereka dalam bidang yang mereka pelajari. Di samping itu, latihan industri ini memberi banyak pendedahan kepada para pelajar tentang keadaan sebenar sesuatu alam pekerjaan yang sebenarnya sebelum pelajar tersebut melangkah kaki mereka ke alam pekerjaan.Latihan industri ini juga banyak membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar untuk menambah dan memperluas lagi ilmu pengetahuan mereka terutama ilmu teknikal supaya mereka dapat mempraktikkan apa sahaja yang mereka pelajari di politeknik dan dapat menambah ilmu pengetahuan di mana para pelajar menguasai lebih dari apa yang di pelajari. Latihan industri ini juga boleh membantu para pelajar terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka bahkan juga dapat meningkatkan minat para pelajar terhadap pengajian mereka di politeknik.Melalui latihan industri ini, ia juga membolehkan para pelajar mengaitkan teori kepada praktikal atau sebaliknya. Di mana ia dapat melaksanakan tanggungjawab mereka terdap majikan mereka dan ppihak politeknik sendiri dengan sempurna. Di samping itu juga, ia dapat membantu para pelajar mengamalkan segala peraturan-peraturan yang terdapat dalam firma atau badan berkanun sama ada peraturan keselamatan atau peraturan am syarikat atau firma tersebut (badan berkanun).Dalam menjalani latihan industri ini juga, ia membantu para pelajar dalam menanam sikap amanah diri mereka dan bertanggungjawab terhadap majikan mereka serta dapat menyelesaikan apa jua tugasan atau kerja-kerja yang diberi kepada mereka. Sifat keyakinan dalam diri pelajar juga dapat dibina dan dipulihkan dengan adanya latihan industri ini. Para pelajar juga dapat mengetahui setakat manakah kemampuan mereka dalam melakukan sesuatu atau tugasan terutamanya dalam bidang yang akan mereka ceburi.Pelajar akan ditempatkan di jabatan atau firma swasta selama satu semesta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenarnya serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum ditempuhi. Tujuan utama buku panduan latihan industri ini disediakan supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Adalah diharapkan dengan membaca buku panduan ini, pelajar akan dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya dapat menjalani latihan industri ini dengan berjaya dan berkesan.Akhir kata, dengan adanya latihan industri ini ia memberi banyak pengalaman dan ilmu baru selain mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diperolehi. Disamping itu, latihan industri ini juga dapat membentuk keyakinan diri untuk menghadapi alaf baru dimana pada masa hadapan kita akan menghadapi banyak cabaran dan halangan.

1.2Objektif Latihan Industri Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementeriaan Pengajian Tinggi . Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya .Objektif latihan industri adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu ia membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal atau amali atau syarikat untuk menjalankan Latihan Industri. Selain daripada itu, ia dapat menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pekerja dengan majikan ataupun pekerja senior yang lain.Latihan industri ini juga bertujuan untuk menahan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan atau apa yang telah diamanahkan. Selain daripada itu juga, ia dapat mendedahkan pelajar tentang pentingnya mengamalkan peraturan keselamatan semasa menjalani latihan industri dan mengutamakan keselamatan ketika menjalankan kerja.Oleh demikian, tidak dinafikan objektif laporan latihan industri ini sebenarnya adalah untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar yang sekaligus merupakan satu bentuk persediaan untuk menghadapi realiti sebenar ketika di alam pekerjaan kelak. Selain itu, pelajar dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik. Ini dapat mengetahui sejauh mana sesorang pelajar itu menggunakan masa selama satu semesta untuk menimba ilmu dan kepakaran sepanjang menjalani latihan industri ini.1.3Objektif Laporan Akhir Latihan IndustriApabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak. Laporan ini juga bertujuan untuk mencatat kerja atau aktiviti-aktiviti harian pelajar. Segala kerja yang dilakukan hendaklah dicatatkan dengan terperinci supaya ia mudah dan dapat membantu pelajar untuk menyiapkan atau menaip buku laporan latihan industri. Buku laporan latihan industri pula merupakan buku yang menerangkan dengan jelas kerja-kerja amali dan teori yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri. Selain daripada itu, ia dapat mendedahkan kapada pelajar cara menyediakan laporan yang rasmi mengikut format yang telah ditetapkan. Ini dapat membantu pelajar ketika ,melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya.Selain daripada itu, ia dapat memberi penerangan yang lebih terperinci tentang sesuatu kerja atau amali yang dijalankan sepanjang latihan industri. Ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar apabila menyiapkan laporan rasmi ini kerana banyak bahan rujukan yang digunakan. Dengan cara ini ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang luas tentang bidang diceburi oleh pelajar. Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukankepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut.Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran mekanikal khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.1.4Kepentingan Latihan Industri Latihan industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan diploma. Maka setiap pelajar hendaklah bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan industri ini. Selain itu, ia mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga dapat mempraktikkan segala teori yang diajar oleh pensyarah ketika didalam kelas. Ini dapat memberi pengetahuan yang lebih meluas lagi kepada pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat mengenali secara lebih dekat lagi segala peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita danimpian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihanindustri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalm bentuk teori dan amali ketika pembelajaran.Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.Kepentingan latihan industri juga penting kerana ia akan mendedahkan pelajar ciri-ciri keselamatan ketika berada di tapak pembinaan. Ini merupakan salah satu perkara penting yang perlu diamalkan oleh pekerja supaya tidak berlakunya sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini. Selain daripada itu, pelajar dapat menimba pelbagai ilmu daripada pekerja-pekerja mahir yang bekerja di situ. Segala ilmu yang diperturunkan dapat membantu menghubungkaitkan antara teori dan praktikal sewaktu latihan industri ini. Segala kerja-kerja di tapak dapat membantu pelajar mempelajari secara lebih dekat cara-cara pembinaan dalam membuat bangunan secara lebih mendalam dan terperinci. Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihansebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

BAB 2LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

2.1 Latar belakangLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah: Sayur-sayuran Buah-Buahan Bijiran dan Herba Ternakan dan AkuakulturFungsi -Fungsi Utama FAMA ialah: Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan. Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia. Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan. Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian. Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.2.2 Projek-projek utama2.2.1 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat: Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus. Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah. Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan. Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus. Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.2.2.2 Ladang kontrakDi bawah RMKe-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;-Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman seperti yang dikehandaki.I. Lembaga Pemasaran Pertanian PersekutuanII. Jabatan PertanianIII. Lembaga Pertubuhan PeladangIV. Lembaga Perindustrian Nanas MalaysiaV. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian MalaysiaVI. AgrobankVII. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan SabahVIII. Kementerian Pemodenan Pertanian SarawakIX. Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;X. Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;XI. Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);XII. Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;2.2.3 Pusat pengumpulan (CC) dan pusat pengedaran (DC)FAMA telah mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang (CC) dan Kompleks Pengumpulan Ladang (KPL) di peringkat pengeluaran hasil pertanian. Projek tersebut bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melaui amalan pengendalian lepas tuai, peningkatan mutu penggredan, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 91 buah Pusat Pengumpulan yang melibatkan seramai 2,232 orang peserta.FAMA juga mewujudkan pusat-pusat pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kompleks pasar borong sedia ada. Pusat Pengedaran (DC) berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarklan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasaraya dan institusi. Pusat pengedaran mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanana, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran.Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 14 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di seluruh negara. 2.2.4 'Malaysia's Best'Malaysia's Best adalah merupakan sebuah lambang pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil pertanian Malaysia yang memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang mempunyai mohor tersebut telah melepasi tahap kawalan kualiti di peringkat ladang dan lepas tuai yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani setaraf dengan standard antarabangsa seperti Europgap.Program Malaysia's Best telah dirangka dengan tujuan untuk mewujudkan satu jenama payung (umbrella brand) yang berkesan bagi tujuan promosi di dalam atau pun di luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menanamkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan hasil tempatan dan seterusnya membina satu imej yang baik untuk barangan pertanian Malaysia.2.2.5 Sistem pemadanan maklumat bekalan dan permintaanSDVI merupakan satu sistem bersepadu yang dibangunkan oleh FAMA bagi memantau keseimbangan keadaaan pasaran dengan mengenalpasti permintaan hasil-hasil pertanian dan seterusnya pengeluaran.Antara matlamat utama SDVI ialah untuk membantu pertumbuhan sektor pertanian menerusi teknologi maklumat (ICT) dengan memperkenalkan sistem dan penawaran serta mengintegrasikan maklumat keperluan pemasaran dengan keadaaan bekalan. Ia mengenalpasti anggaran permintaan dan bekalan dalam menangani lebihan atau kekurangan bekalan pada sesuatu masa.Dengan maklumat permintaan, pengeluaran dan harga pasaran komoditi berasaskan pertanian di seluruh negara, maka harga pasaran serta kuantiti pengeluaran dapat ditetapkan supaya bekalan dan permintaan boleh diwujudkan secara seimbang. SDVI boleh dilayari melalui laman web http://sdvi.fama.net.my atau http://www.fama.gov.my2.2.6 Pasar tani mega dan gerai buah-buahan segar Pasar Tani Mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalkan daya saing pasar tani.Ia merupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang menjadi peserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan. Pasar Tani Mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kemas, teratur dan 'hygenic' serta ruang membeli belah yang lebih luas. Sehingga akhir tahun 2006, sebanyak 35 buah Pasar Tani Mega telah diwujudkan.Selain itu, FAMA juga mewujudkan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA.Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sedia ada di seluruh negara yang telah dipilih untuk ditambahbaik dengan imej yang seragam dan susunatur yang kemas serta menarik.GBBS menjadi saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai ruang kepada usahawan untuk meningkatkan urusniaga buah-buahan. Program ini merupakan satu usaha bagi menarik orang ramai mendapatkan bekalan secara langsung dan seterusnya meningkatkan penggunaan perkapita buah-buahan tempatan.Sehingga kini FAMA telah berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.2.2.7 Olemas dan agromasOLEMAS merupakan satu jenama nasional barangan makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah melepasi satu tahap kualiti yang mampu bersaing dengan produk lain di pasaran.Program penjenamaan produk keluaran PKS ini dibangunkan bersama antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Hasil kerjasama ini telah menempatkan enam jenis produk di pasaran sejak tahun 2004 iaitu Sri Kaya Madu, Kuah Rojak Madu, Sos Cili Padi, Sos Pedas Berkicap, Sos Nenas Bercili dan Kuah Percik.AGROMAS pula merupakan jenama produk yang diedarkan oleh FAMA. Produk-produk yang dijenamakan di bawah AGROMAS adalah merupakan produk-produk yang terpilih dan berpotensi untuk berkembang. Ia terdiri daripada produk keluaran kilang FAMA sendiri dan juga keluaran dari kalangan pengusaha PKS tempatan yang berdaya saing dan maju.2.2.8 Pembangunan sistem dan kawalan pasaran serta e-PERMITDalam era globalisasi dan liberalisasi persaingan dalam pasaran hasil-hasil pertanian menjadi amat sengit. Faktor kualiti seperti penerapan 'standard' dan 'traceability', pembungkusan yang baik dan menarik akan menjadi kelebihan kepada sesuatu keluaran.FAMA akan melaksanakan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang menetapkan beberapa perkara.FAMA juga telah mengaplikasikan e-Permit bagi membolehkan permit import (menerima dan memproses permohonan permit) dikeluarkan secara elektronik. Semua informasi permit import yang diluluskan dihantar secara elektronik ke Jabatan Kastam Malaysia. Sistem ini dibangunkan secara "web-based". Perlaksanaan e-Permit telah dibangunkan pada awal tahun 2004 dan FAMA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama melaksanakan sistem ini. Standard gred keluaran pertanian Standard pembungkusan keluaran pertanian Standard pelabelan kepada pembungkusan Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan dieksport. 2.2.9 Pembangunan urusniagaPada tahun 2008, FAMA akan terus memperkukuhkan urusniaga dengan menetapkan unjuran 10% daripada nilai saiz pasaran hasil-hasil pertanian dan akanan proses negara menjelang tahun 2010. Program pembangunan urusniaga dilaksanakan denga tujuan untuk menjamin pasaran serta mendapatkan laluan bagi pasaran dan produk baru. Program ini dilaksanakan melalui penglibatan FAMA secara terus dalam aktiviti pembelian dan jualan hasil-hasil pertanian oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Kontrak Pemasaran, Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) dan ladang nukleus. Program ini juga dapat mengatasi masalah lambakan buah-buhan segar dalam negara yang sering berlaku pada waktu pengeluaran buah-buahan bermusim.FAMA telah menetapkan sasaran urusniaga sebanyak RM 1002 juta meliputi jualan secara langsung sebanyak RM 100 juta ( produk segar dan proses RM 80 juta serta eskport RM 20 juta) dan jualan secara tidak langsung sebanyak RM 902 juta ( melalui pasar tani RM 350 juta, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) RM 350 juta dan pengaturan pasaran produk proses RM 302 juta). Bagi memperkukuhkan perkhidmatan ini, FAMA telah mewujudkan lima pejabat wilayah yang akan menguruskan 34 buah pusat-pusat operasi yang akan terlibat dalam aktiviti pembelian dan jualan jasil-hasil pertanian di seluruh Negara.2.2.10 Modal insanInsan merupakan salah satu modal terpenting yang dibangunkan bagi mewujudkan pengurusan keupayaan yang strategik dalam menyokong FAMA sebagai Organisasi Berasaskan Pengetahuan (Knowledge-Based Organization). Program latihan yang dibangunkan adalah untuk meningkatkan kompetensi di kalangan kakitangan serta usahawan.2.3 Hala tuju organisasi2.3.1 StrategiStrategi-strategi FAMA adalah seperti berikut:-1. Memperbaiki Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Rantaian Bekalan.2. Kecemerlangan Perisikan Pasaran.3. Pengiktirafan Jenama Pasaran Domestik dan Antarabangsa.4. Pembangunan Keupayaan.2.3.2 Visi, Misi dan ObjektifVisi Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian.

Misi Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.Objektif Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan. Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan. Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara. Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.

2.4 Carta organisasi

PENOLONG JURUTERA PENOLONG JURUTERA PENOLONG JURUTERAMOHD FARID BIN M.NADZIR HARIEZAL BIN MAHYEDDIN MOHD HELMI MOHD NOOR

BAB 3RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

PENGENALAN3.1 PengenalanLatihan industri yang dilalui selama 21 minggu di Lembaga Pemasaran dan Pertanian (FAMAA) yang bertempat di Selayang, Selangor telah banyak memberi pengalaman serta pengetahuan yang banyak berfaedah dan bermakna dalam proses pembelajaran saya.Di sini, pengendalian projek yang baik dan teratur dititik beratkan supaya projek berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang masalah serta projek dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Latihan industri ini telah mamberi peluang kepada saya untuk mempraktikan apa yang saya pelajari semasa di semester lepas, gerak kerja yang agak sama, ia tidak membosankan saya malah memberi semangat kepada saya untuk mempelajari dengan lebih banyak apa yang tidak di ketahui. Malah dengan adanya latihan industri ini ia memberi gambaran awal tentang alam pekerjaan yang sebenar serta menambahkan ilmu pengetahuan.3.2 Ringkasan aktiviti latihan industiLaporan mingguanMinggu pertama (1/12/2014 5/12/2014) Melapor diri di Lembaga Pemasaran dan Pertanian (FAMA) bangunan SAP di bilik latihan industri serta menyerahkan borang pengesahan melapor diri Mendengar taklimat daripada Puan Azrin tentang projek yang dijalankan oleh syarikat. Mendengar penerangan tentang tujuan praktikal, penerangan serba sedikit organisasi syarikat dan urusan kewangan syarikat. Saya dibawa ke bangunan Fama Point untuk ke pejabat unit penyelenggaran bangunan (UPB) serta berkenalan dengan kakitangan syarikat yang bekerja di dalam pejabat. Mengikuti penyelia mengadakan taklimat sebutharga yang bertajuk Membekal dan memasang carpet tile di tingkat 2,3 dan 6 di bangunan Fama Point,Bandar Baru Selayang dan mengetahui plan bangunan Fama Point.

Minggu kedua (8/12/2014 12/12/2014) Mempelajari fungsi-fungsi penyaman udara serta komponen dalam kitar penyejukan asas dan proses kitarannya yang diterangkan oleh En.Ab Majid b. Tosiran. Membuat senarai semak keperluan peralatan kebersihan serta peralatan pejabat dari tingkat enam hingga satu. Contoh item di tandas: Lever W.C Bowl Bottle Trap Tissue holder Hand driverContoh item di pejabat: Door stopper Door closer Ceiling frame Door frame Wall Minggu ketiga (15/12/2014 19/12/2014) Membuat analisa sebutharga pelbagai tajuk iaitu : Perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata api(UNARMED GUARD) bagi komplek RTC Perak. Perkhidmatan mencuci, membersih bangunan di medan niaga satok,Kuching, Sarawak. Perkhidmatan membersih kawalan dan lanskap di ibu pejabat Fama,Bandar Baru Selayang, Selangor. Memeriksa permasalahan tombol pintu di tingkat 5. Menukar tombol pintu yang baru.

Minggu keempat (22/12/2014 26/12/2014) Membuat analisa sebutharga yang bertajuk : Perkhidmatan pembersihan pejabat dan kawasan serta mengangkat sampah dipejabat Fama Daerah Puchong, Selangor. Kerja menaiktaraf serta lain-lain kerja yang berkaitan dipejabat Fama Daerah Kuala Ketil, Kedah. Melihat cara pemasangan roofbeam untuk membuat dinding. Kotak acuan diisi konkrit bagi membina tiang untuk mengukuhkan dan mendirikan tiang.

Minggu kelima (29/12/2014 2/1/2015) Mengikuti penyelia ke bilik cawangan untuk mrngambil dokumen sebutharga serta membuat analisa sebut harga yang bertajuk : Perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata (UNARMED GUARD) bagi pejabat Fama Negeri Perlis. Perkhidmatan membersih kawasan dan lanskap di ibu pejabat Fama, Bandar Baru Selayang, Selangor. Kerja-kerja membina bumbung parking yang terletak dibelakang bangunan COE. Menggunakan cangkul dan penebuk tanah untuk membuat fooing bagi pemasangan tiang parking.

Minggu keenam (5/1/2015 9/1/2015) Melakukan kerja penukaran lampu ditingkat 5 akibat terbakar. Memasang paip baru jenis G.I (galvanise iron) BS1387 150mm kelas C dari storage tank ke tandas tingkat 5 bagi menggantikan paip sediaada beserta kelengkapan penyambungan pada stopcock sediaada. Memecah slab lantai ,dinding bata dan kerja-kerja mengemas semula untukl melaksanakan kerja tersebut sehingga siap sempurna. Melakukan kerja pembinaan parking iaitu meletakkan besi footing, membancuh simen dan kerja-kerja menkonkrit lubang yang diletakkan besi footing.

Minggu ketujuh (12/1/2015 16/12015) Mengatur cara sistem PABX pada pc console operator.Jenis Sv8100 jenis configure untuk membuat call pick-up group di Fama Point.(code untuk acces system data 16-02 sx...). Mengikuti En. Mohd Nor ke Fama Dengkil bagi memeriksa lokasi wayar lampu bawah tanah yang dilaporkan rosak, berkemungkinan wayar telah luka kerana wayar berada dibawah tanah yang diterkim baru. Langkah penyelesaiannya adalah memasang kabel baru dar punca ke bilik msb. Pemasangan tiang bagi mendirikan tempat parking. Memecahkan atau membuka tile yang lama bagi memasang tile yang baharu. Melakukan kerja konkrit imprint dan langkahnya perlu mengikut turutan iaitu ardenal>release>cop>cuci minyak.

Minggu kelapan (19/1/2015 23/1/2015) Mengikuti penyelia Pn. Nur Haiza ke Institut Latihan Fama (ILF) bagi memeriksa bangunan ILF yang telah di cat dan dilaporkan mempunyai rekahan atau defects pada bahagian tangga serta tebing dan langkah penyelasaiannya adalah mengecat dan membaikpulih pada rekahan tersebut. Menukar lampu tandas di bangunan COE yang dilaporkan telah terbakar. Melakukan pemasangan dan membaikpulih talang air (gutter) di bangunan COE yang telah reput,pudar serta berlubang dan langkah penyelesaiannya adalah menukar talang air yang baru dan mengecat. Melihat pemasangan bumbung parking dan langkah-langkah kerja adalah mengukur keluasan bumbung yang diperlukan, menanda serta memasang bumbung dan alatan yang digunakan ialah resistent tape,grender dan screwdriver.

Minggu kesembilan (26/1/2015 30/1/2015) Memeriksa bangunan COE yang dilaporkan bahawa ada trip, permasalahan adalah suis lampu mengalami kerosakan serta wayar neutral tercabut dan puncanya ialah pemasangan penghawa dingin secara serentak. Langkah penyelesaiannya ialah menukar soket lampu yang baru. Mengikuti kontraktor pengendali lif bagi memeriksa minyak dan brek lif, menukar butang nombor yang rosak pada lif dan mendengar penerangan serba sedikit tentang lif, mngetahui pemberat lif, setiap bulan harus diperiksa bagi keselamatan pengguna dan minyak lif harus diisi jika mendapati minyak lif tersebut mengandungi sedikit. Mengecat bangunan pembinaan setor. Warna yang diperlukan ialah kelabu serta putih dan alatan yang digunakan adalah berus dan tangga bagi bahagian yang tinggi .

Minggu kesepuluh (2/2/2015 - 6/2/2015) Mengecat bangunan TNB serta tangki air. Membuat atau memasang sistem pendawaian di pembinaan setor, menggunakan PVC Auto Cable yang bersaiz 1.5mm dan 2.5mm, voltan ialah 450/750v dan menggunakan paip besi GI yang bersaiz . Membuat trip pada hujung besi paip GI bagi penyambungan paip. Membaiki bebola tandas yang dipasang terbalik.

Minggu kesebelas (9/2/2015 13/2/2015) Melakukan sistem pendawaian iaitu memasang 2 unit soket dan suis pada 2 bahagian atau ruang setor yang memerlukan 2 unit kipas dan 1 unit lampu, proses kerjanya perlulah mengukur, menanda dan menebuk lubang bagi pemasangan soket dan suis. Mengikuti Pn. Rahimah dan En. Farid membuat pemeriksaan permasalahan di Fama Jelebu, Simpang Durian dan Senawang. Permasalahan di Fama Jelebu ialah : Kerosakan pagar chank link yang telah lama dan lusuh. Tandas yang telah lusuh dan lama serta septik tank yang penuh dengan akar pokok. Keadaan cat bangun pejabat FAMA Daerah Jelebu yang telah lusuh.Cadangan pembaikan : Menggantikan semula pagar Chank Link hijau sahaja. Membina sebuah tandas bersaiz 10-0 x 10-0 dan septik tank yang baru. Mengecat semula bangunan pejabat yang telah lusuh.Permasalahan di Fama Simpang Durian : Kerosakan pagar jejari berangkai keluli yang telah lama dan lusuh. Keadaan cat bangunan pejabat telah lusuh. Cadangan pembaikan : Penggantian pagar dawai besi kepada pagar Chank Link bersalut PVC. Mengecat bangunan yang lusuh.Permasalahan di Fama Senawang : Kerosakan besi penutup longkang. Tandas yang telah rosak . Keadaan cat bangunan telah lama dan lusuh.Cadangan pembaikan : Menukar besi longkang dengan slap konkrit. Membaikpulih semula tandas. Mengecat seluruh bangunan pejabat.

Minggu Kedua belas (16/2/2015 - 20/2/2015) Memasang dan penyambungan paip air jenis ABS (Acrylonitrile Butadiene Stryene) MS1419 atau setaraf bersaiz 40mm dan 25mm diemeter serta menyambung kepada paip 50mm sediaada di tingkat 2,3,4 dan 5.Pemasangan Flash Valve dan Angle Valve sediaada. Bahan yang digunakan ialah gergaji,grill,gam jenis ABS SOLVENT CEMENT dan pengukur. Proses kerja ialah mengukur berapa panjang paip yang diperlukan, menanda pada paip, memotong paip yang telah ditanda dan memasang serta menyambung paip.

Minggu Ketiga belas (23/2/2015 27/2/2015) Membaikpulih besi penutup longkang yang telah rosak kerana lokasi adalah laluan utama lori.Permasalahan : Besi penutup longkang telah rosak dan patah. Berkarat.Penyelesaian: Menukar besi penutup longkang yang baru. Mengecat semula . Memasang besi penutup longkang di keliling bangunan Fama Point. Memasang dan penyambungan paip air jenis ABS (Acrylonitrile Butadiene Stryene) MS1419 atau setaraf bersaiz 40mm dan 25mm diemeter serta menyambung kepada paip 50mm sediaada di tingkat 5 dan 6.Pemasangan Flash Valve dan Angle Valve sediaada.. Alatan yang digunakan ialah gergaji,grill,gam jenis ABS SOLVENT CEMENT dan pita pengukur. Proses kerja adalah mengukyur berapa panjang paip yang diperlukan,menanda pada paip, memotong paip yang telah ditanda dan memasnag serta menyambung paip. Melakukan kerja pemasangan kepala paip yang tiada di tingkat 2 dan alatan yang digunakan ialah spanar hidup dan tape.

Minggu Keempat belas (2/3/2015 6/3/2015) Membuat kerja pemasangan tile di tingkat 4. Membuat kerja waterproofing yang bertempat di bangunan Fama point di luar tingkat 6 . Proses kerja tersebut ialah membersih kawasan > primer > koreflex > protective . Peralatan yang digunakan ialah mesin sending, sending paper, berus serta scapper. 3 orang pekerja diperlukan untuk membuat kerja tersebut. Pemasangan workstation di pejabat Upb.

Minggu Kelima belas (9/3/2015 13/3/2015) Membuat pemeriksaan kerja waterproofing yang telah siap. Membaikpulih paip tandas atau saluran flush yang tersumbat. Permasalah :i. Air flush perlahan dan tidak berhenti.ii. Saluran flush tersumbat. Penyelesaian :i. Mencuci saluran utama flush. Membaikpulih longkang sepanjang 53 kaki .

Minggu Keenam belas (16/3/2015 20/3/2015) Mengikuti En. Harezal untuk kerja-kerja penyaman udara iaitu :i. menambah gas. Dilaporkan bahawa penyaman udara di tingkat 2 kurang sejuk.Oleh kerana itu didapati permasalahannya adalah kekurangan gas di compressor dan penyelesaiannya adalah menambah gas menggunakan Refrigeren 22. ii. Mengetatkan belting aircond. Membuat kerja-kerja pemasangan siling di pejabat Upb. Pemasangan lampu di pejabat Upb:i. Jenis lampu ialah 2+2 bar mirror.ii. 28 unit lampu diperlukan.

Minggu Ketujuh belas (23/3/2015 27/3/2015) Membaikpulih paip tandas atau saluran flush yang tersumbat. Permasalah :i. Air flush perlahan dan tidak berhenti.ii. Saluran flush tersumbat. Penyelesaian :i. Mencuci saluran utama flush. Mengikuti En. Harezal membuat kerja penyaman udara iaitu watertreatment. Menggunakan cecair jenis :i. Americhem 463.ii. Americhem 214.

Minggu Lapan belas (30/3/2015 3/4/2015) Membuat kerja-kerja elektrik iaitu membuang panel sistem yang lama bagi menukar panel sistem yang baru serta membuat beam bagi menghalang kenderaan berhampiran panel sistem tersebut. Memasang soket alur keluar, lampu dan kipas di pondok isti rehat. Membuat kerja perpaipan : Permasalahan :i. Tandas di tingkat 5 dan 6 tersumbat di mangkuk tandas serta floor trap. Penyelesaian :ii. Mencuci tandas yang tersumbat dengan membuka saluran paip dari bawah.*Didapati punca permasalahan ini berpunca dari pembuangan tisu di lubang tandas. Penerangan daripada Penolong Jurutera iaitu En. Abdullah bin Shapi tentang mesin angkat atau lif di Fama Point. Mengikuti En. Harezal bagi kerja penyaman udara iaitu cooling tower flushing. Perlu menutup segala injap serta control panel sebelum membuat kerja ini. Mencuci memakai chlorine dan sistem pam air ialah rotate pump.

Minggu Sembilan belas (6/4/2015 10/4/2015) Mengikuti En. Harezal membuat kerja penyaman udara iaitu watertreatment. Cooling Tower berkeadaan baik. Menggunakan cecair jenis :i. Americhem 463.ii. Americhem 214. Membaikpulih paip tandas atau saluran flush yang tersumbat. Permasalah :i. Air flush perlahan dan tidak berhenti.ii. Saluran flush tersumbat. Penyelesaian :i. Mencuci saluran utama flush. Mengikuti En. Harezal ke tingkat 3 bangunan Fama Point bagi kerja penyaman udara iaitu mengetatkan belting yang dilaporkan angin penyaman udara di tingkat 3 kurang. Menukar lampu di tingkat 5 akibat mentol terbakar.

Minggu ke Dua puluh (13/4/2015 17/4/2015) Mengikuti En. Harezal untuk kerja-kerja penyaman udara iaitu :i.Menambah gas. Dilaporkan bahawa penyaman udara di tingkat 2 kurang sejuk.Oleh kerana itu didapati permasalahannya adalah kekurangan gas di compressor dan penyelesaiannya adalah menambah gas menggunakan Refrigeren 22. ii.Mengetatkan belting aircond. Membaikpulih paip tandas atau saluran flush yang tersumbat. Permasalah : Air flush perlahan dan tidak berhenti Saluran flush tersumbatPenyelesaian : Mencuci saluran utama flush.

BAB 4LAPORAN TEKNIKAL

4.1PengenalanPemeriksaan dijalankan untuk mendapatkan keadaan sebenar kerosakan bangunan di Pejabat Fama Daerah Jelebu, Pejabat Fama Daerah Simpang Durian, Pusat Operasi Fama Senawang Negeri Sembilan serta memeriksa kerosakan rekahan pada cat bangunan Institut Latihan Fama (ILF) dan pengurusan kontrak.

LAPORAN KEROSAKAN BANGUNANKepada : PB (Kej) : PPK (UPB)Daripada : Pen. Jurutera (UPB)Tarikh : 1 Julai 2014Perkara : LAPORAN KEROSAKAN BANGUNAN PEJABAT FAMA DAERAH JELEBU,PEJABAT FAMA DAERAH SIMPANG DURIAN DAN PUSAT OPERASI FAMA SENAWANG NEGERI SEMBILAN.

1. Tarikh Pemeriksaan10 Februari 20152. Pegawai Yang Terlibat

i) En.Mohd Farid bin Mohd Nadzir : Penolong Jurutera UPB HQ (K)ii) En.Kamalrozaman bin Abd Ghano : Penolong Juruteknikiii) Puan Rahimah bt. Burok : Penolong Jurutera UPB HQiv) En. Muhamad Syafiq b.Mohd Kamal : Pelajar Praktikal PoliteknikTUJUANPemeriksaan dijalankan untuk mendapatkan keadaan sebenar kerosakan yang berlaku di pejabat tersebut, menyediakan spesifikasi pembaikan serta membuat anggaran kos pembaikan.

4.2 PEJABAT FAMA DAERAH JELEBU NEGERI SEMBILANDapatan Dan Masalahi. Pagar chank link dan cat pintu pagar utama Kerosakan pagar chank link yang telah lama dan lusuh serta permohonan mengecat pintu pagar utama yang telah berkarat.ii. Tanda dan septik tank Keadaan tandas yang lusuh dan lama serta septik tank yang penuh dengan akar pokok. Keadaan ini menyukarkan pihak Indah Water untuk menyelenggara.iii. Bumbuang pejabat Keadaan bumbung pejabat telah buruk dan using akibat usia bangunan terlalu lama akibat dari itu pejabat sering bocor akibat hujan.Keadaan kerangka kayu yang telah reput akibat dari anai-anai dan kebocoran air akibat hujan.Dimana Pejabat FAMA Daerah Jelebu menjadi Pusat Mesyuarat Ladang Kontrak di antara Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pertanian,Agro Bank,Tekun,Mardi,Lembaga Nenas dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Dengan keadaan Pejabat FAMA yang terlalu lusuh dan using akan menjejaskan imej FAMA.iv. Cat bangunan pejabat luar dan dalam Keadaan cat bangunan Pejabat FAMA Daeah Jelebu yang telah lusuh menyebabkan keadaan pejabat tidak ceria dan akan menjejaskan imej FAMA.v. Tiang kayu reput Keadaan tiang bangunan Pejabat FAMA Daerah Jelebu yang telah reput di makan oleh anai-anai.Cadangan Pembaikan Menggantikan semula pagar chank link hijau sahaja kerana tiang pagar masih kukuh dan elok digunakan. Membina sebuah tandas bersaiz 10-0 10-0 dan septik tank yang baru. Membina semula bumbung Pejabat Bangunan yang baru dengan menggantikan kerangka besi bagi mengelakkan dimakan oleh anai-anai. Mengecat semula bangunan pejabat yang telah lusuh. Penggantian tiang kayu yang reput kepada tiang konkrit untuk mengelakkan dimakan anai-anai lagi.ANGGARAN KOS KERJA CIVIL = RM 122,400.00Lampiran bergambar

KERJA-KERJA ELEKTRIKALDapatan Dan Masalahi. Main Switch Board MSB utama berkadaran 63A-(Pejabat utama+lampu kawasan+Sdb63a) Sub DB tambahan berkadaran 63A-(Bilik mensyuarat+bilik sejuk 30A+Db 1fasa) Penyambungan kepada subDB tidak menggunakan MCCB63 3 fasa. Kerap berlaku tripping pada subDB Kadaran MSB dan subDB sama. Beban maksima melebihi bekalan utama. Pendawaian MSB asal tidak kemas dan tidak diseimbangkan.ii. Pendawaian pepasangan Kerap berlaku litar pintas di bahagian bilik mesyuarat. Pendawaian di bilik mesyuarat adalah pendawaian tambahan termasuk subDB 63A. Keadaan bumbung yang bocor menjadi salah satu punca. Beban pada fasa tidak diseimbangkan. Pendawaian bagi pejabat utama serta kawasan operasi melebihi 15tahun serta dalam keadaan tidak memuaskan. 3 unit lampu jalan tidak berfungsi. Pendawaian di tandas tidak kemas. Kebanyakan unit penyaman udara kerap mengalami kerosakan.Cadangan Pembaikan Pihak civil mencadangkan penggantian bumbung dan siling baru bagi pejabat. Cadangan menaiktaraf bekalan utama dari 63A kepada 100A termasuk pendawaian semula bagi keseluruhan pejabat,tandas dan pusat operasi. Kera pembaikan lampu jalan. Penggantian alat penyaman udara.ANGGARAN KOS ELEKTRIK = RM 80,000.00

Lampiran bergambar

4.3 PEJABAT FAMA DAERAH SIMPANG DURIANDapatan Dan Masalahi. Menaiktaraf bangunan setor kepada bilik mesyuarat Menaiktaraf setor lama untuk dijadikan bilik mesyuarat.Ini kerana pejabat ini sering dijadikan tempat tumpuan untuk mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Pertanian,Pertubuhan Peladang,Mardi, Lembaga Nenas dan Tekun.Termasuklah juga pembaikan tandas sedia ada.ii. Pagar chank link dan cat pintu pagar utama Kerosakan pagar jejari berangkai keluli yang telah lama dan lusuh serta permohonan mengecat pintu pagar utama yang telah berkarat.iii. Cat bangunan pejabat dan bilik mesyuarat Keadaan cat bangunan pejabat ini dan bilik mesyuarat baru yamg telah lusuh menyebabkan keadaan pejabat tidak ceria dan akan menjejaskan imej FAMA.Cadangan Pembaikan Kerja-kerja menaiktaraf bangunan dengan memasang tile,menggantikan bumbung asbestos yang telah lusuh bocor. Penggantian pagar dawai besi kepada pagar chank link bersalut PVC.ANGGARAN KOS = RM 65,000.00Lampiran bergambar

KERJA-KERJA ELEKTRIKALDapatan Dan Masalahi. Main Switch Board MSB utama berkadaran 63A (Pejabat utama+lampu kawasan+40A stor) Kerap berlaku tripping pada subDB. Kerja menaiktaraf pepasangan pada tahun 2009. Cadangan untuk menaiktaraf stor kepada bilik mesyuarat.

ii. Pendawaian pepasangan Pendawaian dalam keadaan tidak kemas. Kerap berlaku tripping .Fasa biru disambung pada fasa kuning. Beban pada fasa tidak diseimbangkan.Pembahagian beban secara seimbang pada setiap fasa perlu dilakukan. 3unit lampu jalan tidak berfungsi.

Cadangan Pembaikan Menaiktaraf pendawaian stor termasuk menaiktaraf DB,pendawaian lampu dan soket tambahan serta pemasangan penyaman udara. Menjalankan pengujian pendawaian termasuk kerja menyeimbangkan semula beban MSB dan penukaran 1 unit MCCB 63 A 3 fasa.ANGGARAN KOS KERJA ELEKTRIK = RM 10,000.00

Lampiran bergambar

4.4 PUSAT OPERASI PEJABAT FAMA SENAWANGDapatan dan Masalah Serta Cadangan Pembaikani. Bilik pengarah FAMA Wilayah Permohonan membina tandas bersaiz 5-06-0 serta menambaik ruang bilik pejabat serta ruang lobi utama di pejabat FAMA Senawang.ii. Talang air hujan(Gutter) Permohonan menukar seula semua talang air hujan PVC kepada talang air hujan GI yang bersaiz besar kerana talang air lama tidak mampu menampung air hujan dan menyebabkan banyak talang air hujan yang telah patah dan rosak.iii. Kerosakan besi penutup longkang (Gratting) Menukar besi penutup longkang dengan slap konkrit untul memudahkan kenderaan memasuki kawasan setor simpan barangan Agromas dan prodak IKS.iv. Pembaikan tandas dan tempat wuduk wanita Membaikpulih semula yang telah rosak dan tersumbat serta penggantian dinding jubin seramik tempat wuduk wanita yang telah pecah.v. Mengecat seluruh bangunan pejabat Keadaan cat bangunan pusat operasi pejabat ini yang telah lusuh menyebabkan keadaan pejabat tidak ceria dan akan menjejaskan imej FAMA.

ANGGARAN KOS = RM 80,000.00

LAMPIRAN BERGAMBAR KERJA-KERJA ELEKTRIKALDapatan dan Masalahi. Main switch board MSB utama berkadaran 250A. Tarikh recalibration pada 12/3/2015. Sub DB tambahan berkadaran 40A 1fasa sehingga 100 A 3fasa. Pendawaian MSB asal tidak kemas dan tidak diseimbangkan.ii. Pendawaian pepasangan Kerap berlaku litar pintas di bangunan tandas/surau. Pendawaian di bangunan tandas/surau adalah pendawaian tambahan termasuk subDB 63A. Pendawaian mengalami litar pintas.Punca kemungkinan kabel luka dan pepasangan dimasuki air hujan. Beban pada fasa tidak diseimbangkan. Terdapat kerja penambahan pepasangan terdahulu untuk bahagian florikultur. Pepasangan tambahan tidak kemas.Telah dibuka. Sistem pembumian telah rosak. Pendawaian panel kawalan pam air tidak berfungsi dengan baik.Kemungkinan kerosakan geganti atau flout switch.CADANGAN PEMBAIKAN Cadangan pendawaian semula bagi pepasangan di bangunan tandas dan surau seperti menukar pekakas yang rosak serta penukaran lampu koridor jenis kalis cuaca. Sistem pembumian perlu dinaiktaraf. SubDB 63A terlibat perlu pengujian serta menyeimbangkan beban. Kerja troublehooting dan pembaikan panel kawalan pam air. Cadangan menaiktaraf bilik PFW melibatkan pendawaian baru seperti lampu downlite,soket kuasa,kipas ekzos. Cadangan penambahan penyaman udara di ruang pejabat sebanyak 2 unit jenis ceiling cassette 3 HP. Mengemaskini pendawaian asal yang bermasalah serta tidak kemas. Cadangan menaiktaraf ruang menunggu pejabat melibatkan menaiktaraf pepasangan. Cadangan system siaraya(PA system untuk bilik mesyuarat).ANGGARAN KOS KERJA ELEKTRIK = RM 80,000.00

Lampiran bergambar

Implikasi Kewangan :Jumlah anggaran kos bagi pembaikan ke tiga-tiga lokasi pejabat :1) PEJABAT FAMA DAERAH JELEBU = RM 202,400.002) PEJABAT FAMA DAERAH SIMPANG DURIAN = RM 75,000.003) PUSAT OPERASI PEJABAT FAMA SENAWANG = RM 160,000.00Jumlah = RM 437,400.00

4.5 INSTITUT LATIHAN FAMA (FAMA)Dapatan dan Masalah Keadaan cat bangunan telah merekah dan rosak. Keadaan dinding yang kotor.Penyelesaian Mengecat semula bangunan atau sudut yang kotor dan lusuh sahaja ANGGARAN KOS = RM 5,000.00

Lampiran Bergambar

4.6Pengenalan pengurusan kontrakKontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Secara ringkasnya, ia menerangkan mengenai perjanjian bertulis yang mengikat kedua-dua belah pihak yang terlibat iaitu majikan dan kontraktor. Bagi pihak kontraktor, mereka akan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang diarahkan sehingga sempurna serta mencapai tahap minimum mutu kerja yang dikehendaki. Manakala pihak majikan dipertanggungjawabkan untuk menunaikan bayaran kepada kontraktor apabila sesuatu tugas kerja yang diarahkan kepadanya dijalankan dengan baik dan sempurna.Untuk memasuki tawaran, kerajaan menyediakan dokumen tawaran yang segala butiran dan syarat yang terkandung, kontraktor akan mengisi dokumen tawaran tersebut berdasarkan profit yang ditetapkan oleh kontraktor. Kontraktor hendaklah mengkaji dengan teliti segala butiran dan syarat yang terkandung dalam dokumen tawaran untuk mengelakkan berlakunya ralat semasa proses perjanjian kontrak nanti. Kemudian, kerajaan akan bersetuju untuk menerima tawaran kontraktor tersebut yang dikenali sebagai satu ikatan kontrak. Setelah itu, dokumen kontrak akan disediakan dan kandungannya mestilah sama dengan dokumen kontrak. Dokumen kontrak ini akan menjadi dokumen tetap.4.6.1Tujuan Kontrak

Pada asalnya, tujuan kontrak untuk menjalin perhubungan antara majikan dan kontraktor agar lebih jelas dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan had-hadnya. Sebarang bentuk kerja pembinaan yang dibuat pihak kontraktor hendaklah menurut perintah dan rekabentuk yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak kontraktor perlulah memastikan bahawa :-i. Dapat menyediakan setiap kerja dengan sempurna tanpa menjejaskan mutu kerja serta rekabentuk sepertimana yang dikehendaki oleh majikan.ii. Dapat menyelesaikan segala jenis kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.

4.7Takrif TenderTender adalah satu kenyataaan yang dikeluarkan bagi mempelawa sesuatu pihak untuk melaksanakan sesuatu kerja samaada kerja pembinaan atau pembekalan disamping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan. Tender dikeluarkan oleh pemaju manakala penerima tender adalah kontraktor atau pemborong.Proses ini merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh pihak majikan khasnya Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan kontraktor yang layak melakukan kerja yan dikehendaki. Pemilihan dilakukan dengan cara perebutan yang melibatkan harga dan waktu kerja yang dilakukan. Selain keputusan berdasarkan organisasi dan pengalaman kontraktor itu sendiri.4.7.1Takrif Sebut HargaSebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan membuat dan menyiapkan kerja-kerja yang bernilai sehinngga RM 50 000. Sebut harga diamalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undid an kerja inden. Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan kepada kontraktor bumiputra sahaja.4.7.2Kerja-Kerja SegeraKerja yang perlu dibuat dengan seger, biasanya kontraktor yang dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan kemampuan membuat kerja. Contoh kerja yang terlibat seperti membaiki kerosakan perabut jalan dan sebagainya.4.7.3Kerja-Kerja UndiKerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja-kerja terlibat adalah kerja-kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya atau badan-badan kerajaan yang lain. Melalui cara ini kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya.4.7.4Kerja-Kerja IndenKerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor setelah mereka mengemukakan sebut harga masing-masing. Hanya kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.4.7.5Jenis-Jenis TenderBagi kerjakerja yang melebihi nilai RM 50 000.00, pemanggilan dan pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya ada beberapa jenis tender yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis jenis tawaran tersebut adalah :-

i. Tender terbukaii. Tender terhadiii. Tender terpilihiv. Tender pra kelayakanv. Tender perundingan

4.7.5.1Tender TerbukaTender terbuka merupakan tawaran yang biasa diamalkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkanun.Tender jenis dibuka kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang ditetapkan.Bilangan penender adalah tidak terhad. Tender ini digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. Lebih ramai kontraktor yang memasuki tawaran maka lebih banyak rangkaian harga yang diperolehi oleh majikan. Ini membolehkan majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan harga yang sesuai dan munasabah.Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran melalui akhbar akhbar tempatan atau mempamerkan di papan kenyataan di pejabat majikan.

4.7.5.2Tender TerhadTender ini hanya terhad kepada kontraktor kontraktor yang tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontaktor bumiputra sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syarat syarat yang ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad. Ini merupakan langkah kerajaan dalam (DEB) untuk memeberi sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan kepada bumiputra. Biasanya diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.4.7.5.3Tender TerpilihMerupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tender ini dilaksanakan berdasarkan keperluan keperluan yang berikut :-

i. Projek projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu.ii. Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan mempelawa mereka memasuki tawaran. Pemilihan kontraktor berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman serta jumlah projek yang sedang dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut. Didalam surat tawaran itu dinyatakan perihal yang berkaitan projek dan tawaran.

4.7.5.4Tender Pra KelayakanTender dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Majikan akan mengiklankan notis Tender pra kelayakan di akhbar tempatan bagi mengetahui kelayakan kontraktor yang ingin menyertai tawaran tersebut. Kontraktor yang ingin menyertai tawaran ini perlu mengisi borang khas yang mengandungi maklumat-maklumat tentang kewangan, pengurusan serta pengalaman kontraktor dan dikembalikan kepada pemaju.Majikan akan mengkaji maklumat-maklumat yang diberikan dan akan membuat pemilihan kontraktor yang layak menyertai tawaran. Kehendak asas dalam pem ilihan agak ketat di mana pengalaman, kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan yang besar dan penggunaan teknik-teknit moden adalah antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.4.7.5.5Tender PerundinganTender ini dijalankan atas sebab-sebab tertentu selalunya atas arahan pihak-pihak tertentu. Tender jenis ini tidak diiklankan. Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah aspek-aspek rekabentuk,anggaran kos, jadual kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan senarai bahan.Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut :-i. Projek yang memerlukan penyiapan segeraii. Projek yang memerlukan kepakaran kerjaiii. Projek yang berterusan dan berfasa-fasaiv. Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktorv. Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama

4.7.6 Dokumen TenderDi antara kandungan yang terdapat di dalam sesebuah Dokumen Tender adalah :-

i. Arahan kepada penenderii. Spesifikasiiii. Borang-borang tenderiv. Surat setuju terimav. Syarat-syarat tendervi. Terma-terma kontrakvii. Kiraan tender bills of quantitiesviii. Jadual/kadar hargaix. Lukisan teknikal serta pelanx. Cadangan-cadangan pemindahan teknologixi. Prestasi track recordxii. Profail/kedudukan kewangan penenderxiii. Perkara-perkara lain yang berkaitan4.7.7Perkara Utama Yang Perlu Ada Di Dalam Dokumen TenderAgensi-agensi dimestikan menggunakan borang JKR Siri 203A (Semakan 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203A hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203A ini tidak dipersetujui.

Bagi projek seperti yang tidak menggunakan borang JKR Siri 203A, perkara-perkara yang berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan :-i. Tempoh sahlaku tenderii. Larangan publisitiiii. Jadual perlaksanaan kerjaiv. Tempoh siap kerjav. Kelewatan dan lanjutan masavi. Gantirugi yang ditentukan dan ditetapkanvii. Penamatan kontrakviii. Insurans kerjaix. Arahan perubahanx. Terma pembayaranxi. Tempoh tanggungan kecacatan / waranti dan timbangtara4.7.8Kadar Bayaran Bagi Dokumen TenderDokumen tender kerja tempatan, bayaran bagi satu set Dokument Tender berdasarkan bilangan mukasurat adalah seperti berikut:-

i. Harga semuka dokumen :a. Saiz kertas A4 RM0.35b. Saiz kertas A3 RM0.70ii. Harga semuka lukisan/pelan :a. Saiz kertas A3 RM0.70b. Saiz kertas A2 RM3.50c. Saiz kertas A1 RM6.50d. Saiz kertas A RM8.00

iii. Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender adalah RM50.00Bagi dokumen tender kerja antarabangsa, bayaran bagi satu set tender kerja antarabangsa berdasarkan bilangan mukasurat adalah seperti berikut:

i. Harga semuka dokumen :a. Saiz kertas A4 RM0.75b. Saiz kertas A3 RM1.00ii. Harga semuka lukisan/pelan :a. Saiz kertas A3 RM1.40b. Saiz kertas A2 RM7.00c. Saiz kertas A1 RM13.00d. Saiz kertas A RM16.00iii. Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender adalah RM100.00

Dokumen Tender yang mengandungi maklmat-maklumat yang sudah dikelasifikasikan security document and security drawing adalah tertakluk kepada arahan keselamatan dan perlu dilindungi untuk kepentingan keselamatan negara.

Beberapa syarat perlu dipatuhi pretender, antaranya ialah pretender hendaklah menandatangani satu surat perakuan untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan. Peruntukan diadakan dalam dokumen tender yang mensyaratkan pretender mengembalikan semua dokumen yang telah dikelasifikasikan. Pretender juga dikehendaki membayar deposit yang perlu dikembalikan apabila pretender mengembalikan dokumen tender dalam keadaan baik.

Perunding dilantik untuk melaksanakan tender kerja tempatan atau antarabangsa, perlu mengenekan bayaran dokumen tender mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti di atas. Bayaran bagi dokumen tender dan deposit yang tersebut di atas hendaklah dibuat menggunakan draf daripada bank tempatan atau bank asing yang beropersi di Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat melalui kiriman.

4.7.9Peringkat Kontraktor Dan Kontrak4.7.9.1 Pemilihan KontraktorLembaga tender seharusnya tidak menerima tender yang terlalu rendah dari nilaian anggaran kos kerja yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Keputusan seperti ini menguatkan prestasi kontraktor dan menjejaskan perlaksanaan projek tersebut kerana kontraktor yang dipilih tidak mempunyai kelayakan untuk melaksanakan projek tersebut.4.7.9.2 Kelulusan PeruntukanSebelum tender dipanggil atau Surat Penerimaan Tender boleh dikeluarkan, Sijil Peruntukan diperlukan dari Agensi Pelanggan yang mengawal peruntukan. Bagi projek-projek bangunan di mana harga tender melebihi anggaran asal berasaskan Cabutan Butiran-butiran Awalan (PDA) preliminary detailed abstract, persetujuan dan kelulusan Agensi juga diperlukan dan kelulusan ini akan mengambil masa.

KelasNilai Projek

ALebih RM 10,000,001.00

BRM 5,000,01.00 RM 10,000,000.00

CRM 2,000,001.00 RM 5,000,000.00

DRM 500,001.00 RM 2,000,000.00

ERM 200,001.00 RM 500,000.00

FSehingga RM 200,000.00

Rajah 4.2.9.2.1 Kelas projek.

4.7.9.3 Kelulusan TenderLazimnya apabila sesuatu tender itu ditutup, penilaian yang dibuat akan dirujuk kepada Lembaga Tender iaitu untuk dibuat keputusan. Terdapat dua Lembaga Tender iaitu diperingkat Persekutuan dan Negeri mengambil masa untuk bersidang dan membuat keputusan. Ini menyebabkan kelancaran projek yang telah dirancang tidak dapat dijalankan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.Terdapat projek, setelah ditenderkan dan keputusan Lembaga Tender Jabatan Kerja Raya (JKR) diperolehi, apabila ia dirujuk kepada perbendaharaan, maka tender itu telh dibatalkan. Pihak Perbendaharaan kemudiannya telah melantik sati firma kontraktor lain untuk menjalankan perundingan kos kerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi dilaksanakan mengikut jadual dan menggunakan peruntukan yang telah disediakan.4.7.9.4 Pengurusan TenderJabatan-jabatan dikehendaki mengikut beberapa garis panduan untuk mengelakkan kelewatan pengurusan tender. Sebelum satu-satu tender itu dijemput, satu carta / jadual hendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran masa untuk setiap peringkat dari tarikh tender hendaklah ditutup hingga keputusan dibuat. Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak meleati masa yang ditetapkan dalam carta.Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh dua minggu selepas penilaian tender selesai. Keputusan sesuatu tender itu hendaklah disampaikan kepada penender yang berjaya dan perlu dirujuk kepada perbendaharaan untuk keputusan. Rujukan tersebut hendaklah sampai kepada perbendaharaan dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan lembaga tender.Agensi-agensi perlulah memastikan semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada keapkaran, atau sukar dilaksanakan secara usahasama, tender antarabangsa boleh dipelawa. Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secar usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peratuan institusi tersebut.4.7.10Syarat-Syarat TenderSetiap pretender yang ingin memasuki tender hendaklah menyampul tawaran tersebut dengan menghantar kepada alamat yang ada pada notis tawaran. Pretender hendaklah mengisi semua tempat kosong yang ada dalam borang tawaran beserta tempoh penyiapan kerja tawaran tersebut.Selain itu, pretender juga perlu menghargakan senarai bahan dengan nilai tawarannya. Dokumen tender yang sampai selepas masa tutup tender tidak akan dilayan melainkan atas sebab tertentu. Dokumen tender hendaklah dihantar dengan tangan, jika melalui pos, ia hendaklah sampai sebelum habis masa tutup tender.Perbelanjaan yang dibuat oleh pretender dalam perjanjian tender tidak akan ditanggung oleh pihak majikan. Kesemua bahan yang digunakan mestilah dari jenis yang diluluskan oleh pihak (JKR) dan sebagainya.Kerja-kerja hendaklah dimulakan dalam masa 14 hari dari tarikh surat memulakan kerja dikeluarkan. Jika terdapat kontraktor yang memulakan kerja selepas surat dikeluarkan, perjanjian boleh dianggap batal dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor tersebut.PERTAMA :AmaranKEDUA :2 tahun ditahan daripada mengambi kontrakKETIGA :5 tahun ditahan daripada mengambil kontrakKEEMPAT :Digantung terus untuk selama-lamanya.

4.7.11Iklan TenderMerupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk mempelawa kontraktor-kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang dicadangkan. Iklan tender disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang berminat tentang butir-butir penting sesuatu tawaran.4.7.12Ciri-Ciri TenderIklan tender hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan menyertai tawaran tersebut. Iklan tender hendaklah diiklan didalam akhbar tempatan ataupun ditampal di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.4.7.12.1 Maklumat Maklumat Dan Syarat-Syarat Di Dalam Iklan Tenderi. Logo dan nama majikanii. Tajuk kerjaiii. Jenis tenderiv. Kelas kontraktor yang dipelawav. Kepala dan sub kepalavi. Bayaran dokumen tendervii. Tempat mengambil Dokumen tenderviii. Tempat dan masa dokumen tender dikembalikanix. Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaannyax. Pejabat dimana TTD boleh diperiksaxi. Masa dan tarikh memeriksa TTDxii. Tarikh tutup tender4.7.12.2 Jangka Masa Proses Pengiklanan TenderBiasanya tempoh iklan tender disiarkan diakhbar akhbar tempatan atau melalui notis yang ditampalkan di papan kenyataan tawaran majikan adalah dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak. Kenyataan tender hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang kurangya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.4.7.12.3 Proses Penutupan TenderPenutupan tender bermaksud tarikh tutup tender seperti yang dinyatakan didalan iklan tender. Apabila tarikh tender ditutup, dokumen tender yang telah lengkap diisi akan dimasukkan kedalam peti tender yang telah disediakan. Peti tender tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik jurutera.Jawatankuasa Pembukaan Tender kemudian akan bersidang untuk membuka peti tawaran itu.4.7.12.4 Kegunaan Peti TenderPeti tender digunakan untuk memasukkan dokumen tender yang telah dihantar oleh pihak kontraktor.Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yang ditandakan dengan no. projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran dibuka serta tarikh penyerahan terakhir. Setelah tarikh tutup tender peti tender akan dikunci dan disimpan didalam bilik jurutera.Peti tender akan dibuka setetelah ahli jawatankuasa pembukaan tender bersidang.4.7.13Proses Pembukaan Tender Dan Tugas Jawatan Kuasa Pembukaan Tender Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tender akan dilakukan oleh ahli jawatankuasa pembukaan tender. Ahli jawatankuasa ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh pihak majikan. Setiap dokumen tender yang dihantar akan direkodkan nombor siri berdasarkan kepada jumlah dokumen tender tersebut. Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang penender yang menyertai tender. No siri ini akan disenaraikan dalam borang khas bersama sama dengan harga tender yang telah ikemukakan. Borang ini dikenali sebagai borang jadual tender.Borang jadual tender akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain untuk membuat penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti terdiri tidak kurang dari dua orang samada jurukur bahan atau pegawai teknikal dalam bidang kerja yang berkaitan.

4.7.13.1 Analisis TenderPenilaian ke atas tender tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaitu penilaian peringkat pertama dan penilaian peringkat kedua.4.7.13.1.1 Penilaian Peringkat PertamaPenilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk memenuhi pra syarat yang berikut :-i. Kesempurnaan TenderTendertender mesti legkap dan bebas dari segala kecacatan dari segi undangundang dan kontrak yang munasabah untuk menentukan kelayakan mengikut amalan biasa.ii. Kedudukan Kewangan Yang MemuaskanPetender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas hati bahawa pretender mempunyai kedudukan kewangan yang memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

ii. Prestasi Kerja Semasa Yang MemuaskanPetender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan sebagai sakit atau yang mendapat laporan buruk daripada pegawai penyelia projek atau mengahadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak memuaskan prestasi kerjanya.Tender yang tidak memenuhi mana mana pra syarat di atas adalah gagal Penilaian Awal dan tidaka layak diberi pertimbangan seterusnya.4.7.13.1.2 Penilaian Peringkat KeduaPenilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang lulus penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah mengikut turutan harga tender menaik. Kriteria-kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang paling menguntungkan untuk dipertimbangkan :-

i. Harga TenderHarga tender yang dikemukakan oleh pentender pentender akan dibandingkan dengan Anggaran jabatan. Anggaran jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan kemunasabahannya.ii. PengalamanPenilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke atas pentender yang harga tendernya sangat rendah. Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah atau rendah dipertimbangkan, pentender mestilah sekurang kurangnya dua projek yang serupa dengan projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh lima tahun yang lepas.iii. Prestasi Kerja SemasaKerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa pentender akan dikategorikan seperti berikut :-a. Cemerlang - Peratus kemajuan sebenar melebihi jadualb. Memuaskan-Peratus kemajuan sebenar sama atau terkebelakang dari jadual kurang dari 30 Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan laporan daripada pegawai penguasa atau jurutera yang menyelia projek tersebut.iv. Kakitangan TeknikalFaktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan teknikal pentender berbanding dengan bilangan anggaran keperluan minimum (AKM) kakitangan teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan memuaskan.v. Loji, Kuari Dan KilangSekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang ditetapkan oleh (AKM) tetapi penender didapati mempunyai kuari, kilang dan sebagainya atau terdapat faktor faktor lain yang boleh menyokong harga tendernya maka faktor faktor tersebut bolehlah diambil kira. Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk dikemukakan kepada lembaga tender untuk dibuat pertimbangan. Kemudian lembaga tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan projek tersebut.4.7.14Laporan TenderLaporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara perkara berikut bagi memudahkan pihak lembaga tawaran membuat pemilihan kontraktor yang layak :-Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek, penentuan dan sebagainya.i) Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan menerangkan bila tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempoh laku tender tersebut tamat.ii) Menyenaraikan petender petender termasuk harga tender serta masa penyiapan kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu.iii) Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta menyenaraikan kesilapan petender. Di dalam senarai tersebut harga tawaran terkini hendaklah dicatatkan termasuk kesilapan yang berlaku sekiranya ada.iv) Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaran setiap petender.v) Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat, kelas kontraktor serta senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan.vi) Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujui terima kontraktor yang layak setelah perkara-perkara diatas dianalisis dan dikaji.

4.7.15Penganugerahan TenderPenganugerahan tender bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat penerimaan terhadap tawaran kontraktor.Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang dipilih, maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh disaman sekiranya menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor menerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikan dan kontraktor. Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat :-

i. Surat Niat Letter of IntentIaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor. Surat ini tidak mengikat kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.

ii. Surat Setuju Terima Letter of AcceptanceIaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah yang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.4.7.16Penolakan TenderAntara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah :-i) Harga tawaran yang terlalu tinggi.ii) Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan.iii) Kerja kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran.iv) Rekod kerja terdahulu tidak memuaskan.v) Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran.vi) Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul.vii) Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

4.7.17Tender SemulaTawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku :-i) Harga yang ditawarkan adalah terlalu rendah atau terlalu tinggi.ii) Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi pengiraan ataupun dalam butiran lukisan.iii) Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

4.7.18Aliran Menyediakan Dokumen Tender Memanggil TenderTERIMA DRAF DAN PELANSEBUTHARGADOKUMEN MEJA TENDERTAIP DAN JILID JADIKAN SURAT TAWARAN MEJA (STM)TANDATANGAN JURUTERA DAERAHPAMERKAN DIMEJA TAWARANDMT/STM HANTAR KE JOHOR BHARU UNTUK DISEMAKKELUARKAN BORANG SEBUT HARGATENTUKAN JENIS PEMBORONG DAN TARIKH TUTUP TAWARANSEDIAKAN JADUAL SEBUTHARGAIKLAN/KELUARKAN PEMBERITAHU TAWARANSALINAN STM/DTM PRE D/A DAN ANGGARAN HANTAR KE JBTUTUP TAWARAN

Rajah 4.2.18.1 Aliran menyediakan dokumen tender dan memanggil tender.

BAB 5KESIMPULAN

Sepanjang menjalani Latihan indusrti ini selama 20 minggu di FAMA, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi. Selama menjalani latihan industri di sini, saya dapati Fama ini mempunyai pekerja-pekerja yang rajin, peramah dan dedikasi. Sistem protokol yang terdapat di Fama ini juga tidak menjejaskan aliran interaksi di antara mereka walaupun mereka terdiri daripada berlainan pangkat. Perbezaan pangkat tidak mempengaruhi cara pergaulan mereka sebagai satu keluarga. Saya sangat berbesar hati kerana dapat menjalani Latihan Industri di sini.Latihan industri ini benar-benar telah mencapai tujuan utamanya iaitu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman yang berguna untuk bekalan pada masa akan datang. Selain itu, latihan industri memberi peluang kepada pelajar supaya dapat memperbaiki pertuturan semasa berinteraksi. Dengan ini pelajar dapat bersedia dari segi mental dan fizikal setelah menamatkan pengajian mereka kelak. Di Fama ini saya dilatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berani menghadapi cabaran dalam menyelesaikan tugas tanpa mengharapkan bantuan yang berterusan dari para tenaga pengajar.Antara pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ialah cara untuk menyelenggarakan kerja yang dijalankan oleh Fama, cara mengawal kualiti kerja sentiasa terjamin dan semangat kerja yang tinggi, tolong menolong di antara satu sama lain. Sikap tolong-menolong adalah dititikberatkan dalam menjalankan tugas kerana setiap perkara yang ditangani bersama dapat disempurnakan dengan jayanya dan setiap pihak akan mendapat faedah darinya.Selain itu, kerjasama antara pekerja begitu diberi perhatian tidak kira antara pelatih mahupun pekerja tetap.Sikap bantu-membantu untuk menyokong para pekerja lain menyiapkan tugas sekiranya ada kelapangan akan mempercepatkan lagi perancangan dicapai dan objektif jabatan dapat disempurnakan dengan jayanya. Walaubagaimanapun, adalah paling bagus setiap perkara yang dilakukan adalah secara berjemaah iaitu secara berkumpulan.Akhir kata, kesimpulan yang saya perolehi semasa menjalani latihan industri selama 20 minggu di Fama Selayang telah berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa mengalami sebarang masalah. Dengan latihan yang diberikan saya rasa telah bersedia menempuhi alam pekerjaan sebenar dan tidak rugi menghabiskan tenaga dan usaha kepada Fama ini semasa menjalani latihan industry.BAB 6CADANGAN DAN SARANAN6.1PengenalanLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memiliki sistem pengurusan yang tersendiri mampu berkembang dengan lebih maju lagi. Namun begitu, perkembangan dari segi jenis perniagaan perlu dipelbagaikan setaraf dengan kedudukan kewangan dan status perlesenan.Kepelbagaian mesin dan alat berteknologi perlu di perbanyakkan untuk kemudahan bagi kerja-kerja ditapak projek. Walaupun ada sesetengah kesukaran yang timbul dalam setiap projek yang dihadapi oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tetapi sistem pengurusan berjalan dengan lancar kerana syarikat mempunyai pengurus-pengurus yang berkaliber setakat ini tidak ada lagi projek yang dikendali tergendala. Syarikat beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi pengurusan pejabat. Kerja-kerja di tapak projek bergantung kepada jenis projek yang dikendalikan.

6.2Komen Dan Cadangan Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu membuat pemantauan mengenai persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran dalam latihan industri yang dijalankan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu mewujudkan beberapa program latihan untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, berketerampilan luas dan mampu berdaya saing ketika berada dalam alam pekerjaan sebenar. Soal selidik mengenai kegiatan yang dilakukan semasa latihan industri perlu dijalankan bagi meninjau sejauh mana tahap pengetahuan pelajar bagi memastikan objektif latihan industri tercapai.6.3 Komen Dan Cadangan Kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Pihak politeknik perlu memberi pendedahan mengenai alam pekerjaan sebenar kepada para pelajar. Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (UPLI) perlu memastikan perhubungan dua hala di antara firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak politeknik sentiasa baik dan berterusan. Pihak politeknik perlu memberi bimbingan kepada pelajar yang menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh politeknik dan juga firma.6.4Komen Dan Cadangan Kepada Firma Pihak firma perlu mendedahkan pelajar dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan projek, di mana pengetahuan ini tidak diperolehi di politeknik hanya mendapatkannya secara teori. Pihak firma juga perlu mendedahkan para pelajar dengan kerja-kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan serta maksud kerja tersebut dilaksanakan. Pihak firma perlu mempunyai komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu projek supaya pelajar dapat melakukan kerja yang diarahkan dengan sempurna tanpa masalah.

6.5Komen Dan Cadangan Kepada Pelajar Setiap pelajar yang ingin menjalani latihan industri seharusnya sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Setiap pelajar perlu menggunakan peluang yang telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan kelak serta menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri. Setiap pelajar mesti memastikan diri mereka dilengkapi dengan serba sedikit maklumat mengenai bidang kejuruteraan awam agar mereka mudah memahami kerja-kerja di tapak bina.

94