pence rita

14
Pencerita : Adik Nur Maisarah ( 4 Al Farabi) ”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI” ”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau. ”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil. Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya? Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti”. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana. Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok. ”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar dari tempat itu. Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan, tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu.

Upload: brendon-hensley

Post on 12-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jkhfkj

TRANSCRIPT

Pencerita : Adik Nur Maisarah ( 4 Al Farabi)

SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTIHa....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......, ketawa Sang Harimau.Wahai Sang Harimau,janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau rayu Sang Kancil.Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti.Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana.Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya nanti, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar dari tempat itu.Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan,tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu. Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita, jerit Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan menangis ketakutan.Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......, ketawa Sang Harimau.Wahai Sang Harimau,janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau rayu Sang Kancil.

Sang Kancil mencari akaluntuk melepaskan dirinya dandia teringat akan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.Wahai Sang Harimau,aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan hormat pada engkau, kata Sang Kancil.Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?! tanya Sang Harimau.Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi engkau mestilah melepaskan aku dahulu, kata Sang Kancil.Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau.Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi. Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau.Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha....., ketawa Sang Harimau.Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau itu tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat.Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. Tolong.... tolong.... tolong.... Sang Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah engkau, marah Sang Harimau.Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada dimakan oleh Sang Harimau.Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil...Yang Sangat cerdik lagi bijaksanaberjaya menumpas musuh yang ganasHidupan hutanAman dan gembira.

Hai kawan-kawan,Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi.

Sekian, terima kasih.

Pencerita : Hidayat ( 5 Al Ghazali )SI TANGGANG ANAK DERHAKAHei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini. Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!Para hadirin sekelian,Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah... Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.Apa???Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu. Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya.Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini. Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung..... Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke dewasa.

Terang bulan di malam sepi,Cahaya memancar ke pohon kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada kedua ibu dan bapa.

Pemidato : Nurul Sakinah ( 4 Al farabi )Kepentingan Kegiatan Kokurikulum.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian.Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamusBahasa Melayu Edisi Kedua,kepentinganbermaksudkeperluan,kegiatanpula bermaksudaktiviti,manakalakokurikulumpula sama maksudnya dengangerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna KepentinganKegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah.Para pendengar sekalian,Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah.Warga dewan sekalian,Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahajadapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.

Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.Sekian,terima kasih dan salam 1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.

Pemidato : Samsiatul (5 Al ghazali)

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualaikumsalam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya puteri Toh Sajakmerungkaikan maksud pidatosaya pada hari ini.Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain,mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakanSesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,

Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji.

Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.

Sidang penonton penuh santun,

Bahasa melambangkan bangsa.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi,Rosak sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi,Rosak budi runtuhlah bangsa.Sidang saksi yang dihormati,

Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulahmemainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi berbudibahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.

Apa tanda Melayu jatiAdat dan syariat dipegang matiApa tanda Melayu beradatBudi bahasa dipegang erat