pence mar an air bunyi dan udara

Upload: liz-mah

Post on 08-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    1/22

    INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

    PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN AIR, BUNYI DAN UDARA

    DISEDIAKAN OLEH :

    SITI MUSLIHA BINTI MUHAMMAD 820226-07-5384

    JEMILAH BINTI AWANG KECHIK 660909-02-5634

    DI SEDIAKAN UNTUK :

    EN. HJ. ANWAR BIN HJ SULAIMANEN. ABD. RAHMAN BIN SULAIMAN

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    2/22

    ISI KANDUNGAN

    Bil. Perkara Muka Surat

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    Pencemaran Air, Udara dan Bunyi

    1.0 Pengenalan

    1.1 Definisi

    Pencemaran Air

    2.0 Pengenalan

    2.1 Definisi

    2.2 Punca

    2.3 Kesan

    Pencemaran Bunyi

    3.0 Pengenalan

    3.1 Definisi

    3.2 Punca

    3.3 Kesan

    3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

    Pencemaran Udara

    4.0 Pengenalan

    4.1 Definisi

    4.2 Jenis Pencemaran Udara

    4.3 Punca

    4.4 Kesan

    Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

    Rumusan

    2

    3

    4

    5

    5

    7

    8

    9

    9

    10

    12

    13

    13

    15

    15

    16

    17

    19

    2

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    3/22

    7. Bibliografi 20

    PENCEMARAN AIR, UDARA DAN BUNYI

    1.0 Pengenalan

    Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah

    mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian

    serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada

    rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik

    keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang

    boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.

    Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses

    pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan

    menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.

    Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi

    di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap

    seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah

    suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkanpelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia

    dan alam sekitar.

    Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat

    dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat

    yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan

    kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di

    terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpamelakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh

    mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita.

    Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara

    kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.

    3

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    4/22

    1.1 Definisi

    Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal

    yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi

    unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi

    keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada

    kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu

    perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan

    mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

    Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor.

    Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran

    apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-

    unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap

    manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya

    perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al

    Quran yang mulia:

    "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan

    di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,

    kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari

    balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan

    bertaubat)"

    (Surah Al-Rum : 41)

    Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut

    amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :

    4

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    5/22

    Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah

    memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak

    akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat

    Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

    (AI A'raaf: 56)

    PENCEMARAN AIR

    2.0 Pengenalan

    Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumber

    semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah

    planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada

    berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000

    liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan

    manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung.

    Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai

    kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.

    Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin dan

    janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan

    kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi

    mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yang

    terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akan

    terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluan

    samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggu

    kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar.

    Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku

    terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhankecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur

    menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan

    ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran

    bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat

    melihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah

    5

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    6/22

    atau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir

    mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan

    oleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.

    2.1 Definisi Pencemaran Air

    Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan

    warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran

    berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran

    air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara

    sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut

    Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan

    kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.

    Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-

    apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau

    radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan

    atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan

    suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan

    pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik

    serta tumbuh-tumbuhan air.

    2.2 Punca Pencemaran Air

    Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah

    membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau

    punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha

    menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam

    sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan

    pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba

    mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan

    keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius

    kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan

    industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang

    6

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Eutrofikasi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Eutrofikasi&action=edit&redlink=1
  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    7/22

    hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini

    berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

    Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak

    yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak

    memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa

    toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam

    pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang

    bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh

    petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan

    ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

    Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara

    kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali

    dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan

    menjaga alam sekitar.

    7

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    8/22

    Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah

    berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan

    mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu

    menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan

    sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan

    masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan

    mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir.

    Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor

    masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada

    keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab

    dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.

    2.3 Kesan Pencemaran Air

    Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia

    bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah

    terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat

    pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku

    yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air

    tersebut.

    Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di

    perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak

    berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan

    minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga

    turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput,

    udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa

    toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air

    akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan

    8

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    9/22

    petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang

    menemui maut.

    PENCEMARAN BUNYI

    3.0 Pengenalan

    Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran

    alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam,

    pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah

    sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu

    sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada

    persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.

    Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi

    ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti juga

    pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran

    kerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi ini

    biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara kerana

    mungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyap

    dalam suatu jangka masa yang singkat.

    Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah

    menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai

    contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk

    yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising

    serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh

    pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz

    (2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih

    lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang

    9

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    10/22

    dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang

    bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.

    Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding

    pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan

    suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan

    sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui

    udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-

    kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal.

    Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising

    dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.

    3.1 Definisi Pencemaran Bunyi

    Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi

    bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang

    bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau

    kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan

    sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang

    lain seperti kayu, besi dan sebagainya.

    Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari

    ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising

    telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau

    sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati

    pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau

    diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi

    mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak

    meninggalkan sisa kepada alam sekitar.

    3.2 Punca Bunyi Bising

    Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu

    kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.

    10

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    11/22

    Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga

    punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca

    utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya

    terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya

    adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori,

    kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

    Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan

    lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin

    dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi

    lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya

    terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada

    roda dan landasan keretapi.

    Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras

    tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai

    industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi

    pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa

    yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses

    pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana

    hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga

    dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang

    digunakan.

    Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan

    berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio,

    televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan

    ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

    3.3 Kesan Pencemaran Bunyi

    Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan

    kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.

    Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan

    11

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    12/22

    kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta

    kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga

    kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti.

    Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

    Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau

    melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio,

    televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang

    melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang

    nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam

    Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan

    kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang

    dan kerosakan buah pinggang.

    Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan

    tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam

    kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak

    diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar

    untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat

    dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada

    tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya

    kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang

    berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan

    terjadinya banyak kesilapan.

    Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda

    yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta

    benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini

    hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke ataspenurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.

    Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti

    berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam

    mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu

    12

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    13/22

    nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang

    lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

    3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

    Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan

    dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula

    mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut

    pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan

    diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh

    dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja

    sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi

    kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.

    Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara

    keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi

    motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang

    tiga mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan

    mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan

    tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga

    sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan

    saranan itu.

    Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi

    bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih

    mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk danmengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran

    dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih

    walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.

    13

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    14/22

    Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi

    bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran

    berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian

    Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu

    diingatkan tentang nilai sepasang telinga.

    PENCEMARAN UDARA

    4.0 Pengenalan

    Udara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya

    pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalami

    perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini

    berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara.

    Pencemaran Udara

    4.1 Definsi Pencemaran Udara

    Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang

    terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau

    14

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    15/22

    bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif

    kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan

    masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran

    oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti

    penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus,

    wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan

    pelbagai bentuk pencemaran udara.

    Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas

    atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang

    terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan

    pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen

    penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik dikawasan bandar dan industri.

    Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan

    pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang

    menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan

    penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi

    penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap

    air oleh ombak dan sebagainya.

    Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-

    bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,

    tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh

    diberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran

    udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam

    atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh

    berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau

    haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.

    Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahan

    kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon

    monoksida,sulfur dioksida,klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan

    15

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Atmosferahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Karbon_monoksida&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Karbon_monoksida&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sulfur_dioksidahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Klorofluorokarbon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nitrogen_dioksida&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Atmosferahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Karbon_monoksida&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Karbon_monoksida&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sulfur_dioksidahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Klorofluorokarbon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nitrogen_dioksida&action=edit&redlink=1
  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    16/22

    oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal

    dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut

    debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini

    adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau

    digalakkan dari manusia sendiri.

    4.2 Jenis Pencemaran Udara

    Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan

    pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur

    monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak

    lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan

    memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara

    primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur

    arang atau kayu.

    Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung

    dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida

    memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas

    yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan

    menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas

    terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).

    4.3 Punca Pencemaran Udara

    Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan

    bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaranterbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan

    menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu

    yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-

    sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat

    juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti

    16

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Industrihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Industri
  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    17/22

    membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak

    menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.

    4.4 Kesan Pencemaran Udara

    Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara

    kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat

    berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi

    pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya

    pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.

    Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya

    terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui

    penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat

    beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-

    kanak.

    17

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    18/22

    LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

    Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah

    wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlahtanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut

    merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani

    isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.

    Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

    adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin

    untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa

    pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca

    dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang

    disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

    Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan

    yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan

    bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas

    kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya

    teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan

    cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga

    merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan

    kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

    Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu

    usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya

    18

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    19/22

    teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang

    mencemarkan alam sekitar.

    Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab

    untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapipatut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab

    kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk

    kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab

    pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri

    terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan

    sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana

    mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan

    yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

    Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah

    melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan

    Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.

    Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar

    dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula

    disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan

    yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga

    agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

    Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa

    memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.

    Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,

    masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat

    ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran

    ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh

    TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.

    Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu

    kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat

    digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen

    19

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    20/22

    cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-

    kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.

    Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada

    masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya

    dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini

    boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam

    sekitar.

    KESIMPULAN

    Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam

    pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak

    menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.

    Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran

    udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan

    pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan

    mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan

    pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,

    kegiatan perladangan dan sebagainya.

    Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan

    berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan

    bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita

    dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua

    bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan

    manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat

    terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan

    alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untukmendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

    Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah

    wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah

    tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.

    20

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    21/22

    Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah

    pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,

    sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung

    mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan

    sains dan teknologi negara di masa akan datang.

    BIBLIOGRAFI

    Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.

    Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C.

    (ed) Air Pollution, p.3-22.

    Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.

    Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta.

    Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill.

    Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan

    Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

    Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex

    Sdn.bhd, Kuala Lumpur.

    Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas.

    Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti

    Teknologi Malaysia, Johor.

    21

  • 8/7/2019 Pence Mar An Air Bunyi Dan Udara

    22/22

    Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press.

    OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On

    Noise Abatement Policies. Paris.

    Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa

    dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New

    York : John Wiley and Sons.

    Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

    Lumpur.

    Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

    _________.2009. Sources Of Water Pollutionhttp://www.doe.gov.my/ms/content/punca-

    pencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009).

    _________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran .

    (dilayari 7 Januari 2009).

    http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungaihttp://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaranhttp://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungaihttp://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran