oleh rita lasimbang seminar peristilahan peringkat...

19
1 PERISTILAHAN DALAM BAHASA SUKUAN SABAH oleh Rita Lasimbang Kadazandusun Language Foundation (KLF) [Yayasan Bahasa Kadazandusun] Peti Surat 420, 89507 Penampang, Sabah dibentangkan dalam Seminar Peristilahan Peringkat Kebangsaan 2019 Tema: “Peristilahan Abad ke-21: Cabaran dan Harapan” 2 & 3 Oktober 2019 di Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi Abstrak Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, mempunyai lima puluh (50) bahasa sukuan yang tergolong dalam empat (4) kumpulan keluarga besar bahasa iaitu North Borneo, Sama- Bajau, Malayic dan bahasa Austronesian yang lain. Keluarga besar bahasa North Borneo pula terdiri daripada keluarga bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic. Kertas kerja ini membincangkan Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah dengan merujuk khusus kepada kearifan lokal dalam peristilahan tersebut. Maka, dalam kertas kerja ini dibincangkan kekayaan istilah dalam bahasa sukuan yang telah diwarisi daripada nenek-moyang. Kekayaan istilah ini dihuraikan melalui seni penghasilan motif-motif serta penamaan motif-motif tersebut dalam pelbagai jenis seni, di antaranya seni tenunan, seni sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau linangkit. Kertas kerja ini juga membincangkan pembangunan terminologi yang berasaskan istilah bahasa sukuan bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah di Sabah. Juga turut disertakan ialah sumbangan istilah bahasa sukuan dalam pengayaan Bahasa Melayu. Kata kunci: Bahasa Sukuan, Kearifan Lokal, Motif Sabah, Pembangunan Terminologi, Bahasa Kadazandusun, Motif seni tenunan, Motif seni sulaman, Motif seni anyaman, Motif seni manik, Linangkit

Upload: others

Post on 10-Aug-2021

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

1

PERISTILAHAN DALAM BAHASA SUKUAN SABAH

oleh Rita Lasimbang

Kadazandusun Language Foundation (KLF) [Yayasan Bahasa Kadazandusun]

Peti Surat 420, 89507 Penampang, Sabah

dibentangkan dalam Seminar Peristilahan Peringkat Kebangsaan 2019

Tema: “Peristilahan Abad ke-21: Cabaran dan Harapan” 2 & 3 Oktober 2019

di

Balai Seminar, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur

anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi

Abstrak

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, mempunyai lima puluh (50) bahasa sukuan yang

tergolong dalam empat (4) kumpulan keluarga besar bahasa iaitu North Borneo, Sama-

Bajau, Malayic dan bahasa Austronesian yang lain. Keluarga besar bahasa North Borneo

pula terdiri daripada keluarga bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic.

Kertas kerja ini membincangkan Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah

dengan merujuk khusus kepada kearifan lokal dalam peristilahan tersebut.

Maka, dalam kertas kerja ini dibincangkan kekayaan istilah dalam bahasa sukuan

yang telah diwarisi daripada nenek-moyang. Kekayaan istilah ini dihuraikan melalui seni

penghasilan motif-motif serta penamaan motif-motif tersebut dalam pelbagai jenis seni, di

antaranya seni tenunan, seni sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle

tapestry weave atau linangkit.

Kertas kerja ini juga membincangkan pembangunan terminologi yang berasaskan

istilah bahasa sukuan bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di

sekolah-sekolah di Sabah. Juga turut disertakan ialah sumbangan istilah bahasa sukuan

dalam pengayaan Bahasa Melayu.

Kata kunci: Bahasa Sukuan, Kearifan Lokal, Motif Sabah, Pembangunan Terminologi,

Bahasa Kadazandusun, Motif seni tenunan, Motif seni sulaman, Motif seni anyaman,

Motif seni manik, Linangkit

Page 2: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

2

Gambar 1: Peta bahasa-bahasa di Sabah (Sumber: https://www.ethnologue.com/map/MY_sb)

1. PENGENALAN: BAHASA-BAHASA SUKUAN DI SABAH

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, mempunyai lima puluh (50) bahasa sukuan yang

tergolong dalam empat (4) kumpulan keluarga besar bahasa iaitu North Borneo, Sama-

Bajau, Malayic dan bahasa Austronesian yang lain. Keluarga besar bahasa North Borneo

pula terdiri daripada keluarga bahasa Dusunic, Murutic dan Paitanic.

Keluarga besar bahasa North Borneo: keluarga bahasa Dusunic terdiri daripada

lapas belas (18) bahasa sukuan, keluarga bahasa Murutic, sembilan (9) bahasa

sukuan dan keluarga bahasa Paitanic, enam (6) bahasa sukuan.

Keluarga besar bahasa Bajau-Sama terdiri daripada lima (5) bahasa sukuan.

Keluarga besar bahasa Malayic yang terdapat di Sabah terdiri daripada tiga (3)

bahasa sukuan.

Bahasa lain dari rumpun Austronesian yang terdapat di Sabah terdiri daripada

sembilan (9) bahasa sukuan.

Page 3: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

3

2. KEARIFAN LOKAL

Skop kertas kerja ini membincangkan Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah

dengan merujuk khusus kepada Kearifan Lokal (Local Wisdom) dalam peristilahan

tersebut.

Kearifan lokal masyarakat pelbagai etnik di Sabah digambarkan dalam pelbagai

imej corak yang dihasilkan melalui seni-seni yang terdapat di negeri ini. Setiap corak dan

motif tersebut memaparkan simbolisme yang menggambarkan pemikiran serta

pandangan hidup mereka.

Kepelbagaian etnik di Sabah menjadi satu kelebihan dari aspek kekayaan budaya

dan bahasa bagi Malaysia. Seperti apa yang dapat dilihat pada peta bahasa-bahasa di

Sabah (Gambar 1), ia dapat menggambarkan begitu banyak bahasa yang dituturkan oleh

masyarakat di Sabah, dan perkara ini telah menyumbangkan kepada kekayaan istilah

dalam bahasa sukuan yang telah diwarisi daripada nenek moyang.

Seterusnya, kertas kerja ini menghuraikan kekayaan istilah tersebut melalui seni

penghasilan motif-motif dan corak-corak serta penamaan motif-motif dan corak-corak

tersebut dalam pelbagai jenis seni, di antaranya seni tenunan dan corak-corak, seni

sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau linangkit.

3. MOTIF SABAH

3.1 SENI TENUNAN

Kek atau alat tenun backstrap (backstrap loom) yang menggunakan benang lungsin/

benang yang memanjang dan bersambung/tidak putus merupakan alat tenun yang paling

lazim digunakan oleh kumpulan etnik yang pelbagai di Sabah untuk menenun kain

tradisional. Alat tenun ini tidak besar dan boleh digulung, diangkat dan dibawa ke mana-

mana, senang dipasang dan tidak memerlukan tempat yang besar untuk pemasangan.

Page 4: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

4

Penenun duduk di lantai atau pada bangku kecil di hadapan alat tenun dengan backstrap

(Dapi dalam bahasa Iranun, diperbuat daripada seludang kelapa) alat tenun disandang

pada pinggang atau pinggul. Pengikat backstrap dipasang pada kayu alang bahagian

bawah alat tenun (Taruan dalam bahasa Iranun), manakala kayu alang benang lungsin

(Sulaia dalam bahasa Iranun) diikat pada tiang alang penyokong di hadapan. Penenun

akan duduk berjulur dan menyangga dengan tapak kaki (momintod dalam bahasa

Kadazan) pada penyokong tersebut dan menggunakan badannya untuk memastikan

benang lungsin setiasa tegang.

Selalunya kain yang ditenun dengan menggunakan alat tenun tradisional ini tidak

besar, saiznya bergantung kepada kelebaran dan panjangannya benang lungsin. Jika

perlu saiz yang lebih besar, dua atau lebih helai kain tenunan disambungkan.

Gambar 2: Profail kek/alat tenun jenis backstrap

Sulaia

Taruan

Dapi

Page 5: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

5

Gambar 3: Peralatan tenunan kain dastar

Page 6: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

6

3.1.1 KAIN DASTAR

Kain dastar yang bersaiz satu meter persegi merupakan tenunan tradisonal yang ditenun

oleh suku Bajau dan Iranun dari Kota Belud. Kain dastar dilipat dan dibentuk untuk

digunakan sebagai tanjak (siga dalam bahasa Kadazan) dan digunakan oleh hampir

kesemua orang asal di Sabah.

Berikut adalah antara tenunan dastar yang dihasilkan:

Gambar 4: Puan Rosina Sogondu dari Kg. Nampasan, Penampang sedang membuat tanjak daripada kain dastar.

Gambar 5: Contoh kain dastar 1

Motif jantung pisang

Puncak rebung

Motif pucuk rebung

Page 7: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

7

3.2 SENI SULAMAN

Sulaman merupakan satu seni persembahan rekabentuk kreatif menggunakan kerja

tangan, yang mana telah lama bertapak di dalam kehidupan masyarakat negeri Sabah.

Seni sulaman dapat dilihat pada pelbagai jenis pakaian tradisional etnik yang merupakan

warisan daripada nenek moyang terdahulu secara turun temurun sejak zaman berzaman

dan dapat mencerminkan identiti budaya sesebuah etnik.

Seni sulaman yang paling menonjol di negeri ini adalah seni sulaman yang terdapat

pada Kain Pis yang diusahakan oleh masyarakat etnik Binadan, Suluk dan Bajau dari

daerah Kudat. Kain Pis biasanya mengambil masa tiga (3) bulan untuk disiapkan

sepenuhnya.

Gambar 6: Contoh kain dastar 2

Motif bunga kapas

Kuda Motif kuda

Kaliguan Motif daun ubi

Tampuk manggis

Motif tampuk manggis

Page 8: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

8

3.2.1 KAIN PIS

Kain Pis merupakan dua (2) helai kain berlapis, bersaiz semeter persegi yang disulam

dengan pelbagai motif diolah dengan gaya dengan menggunakan benang beraneka

warna. Kain Pis yang siap ditenun boleh digunakan kedua-dua belah (reversible). Dua (2)

helai kain itu selalunya berwarna hitam, dan merah, atau hitam dan oren, atau oren dan

merah, atau oren dan kuning.

Ketelitian dan kebijaksanaan dalam menghasilkan motif-motif pada kain pis

menggambarkan kearifan lokal orang asal di Sabah. Secara tradisi, motif yang ingin

disulam pada mulanya dilakarkan pada kertas tekap. Kemudian, garisan luar (out-line)

lakaran tersebut ditebuk dengan menggunakan pisau tebuk untuk mendapatkan lubang-

lubang halus. Seterusnya, kertas tekap bermotif berkenaan ditekapkan pada kain yang

hendak ditenun dan ditaburkan dengan serbuk halus yang diperbuat daripada kulit

kerang yang telah dibakar dan dihancurkan. Kemudian, kertas tekap diketuk perlahan-

lahan sehingga serbuk halus jatuh melalui lubang pada kertas tekap tersebut.

Seterusnya, kertas tekap tersebut dialihkan.

Penekapan motif dan corak dimulakan dari penjuru dan tepi, kemudian bergerak ke

tengah kain, untuk memastikan lukisan motif seimbang di semua empat (4) penjuru kain

tersebut. Seterusnya, sulaman dimulakan mengikut tekapan motif dan corak tersebut.

Gambar 7: Kedudukan motif dan corak pada empat penjuru kain sulaman pada pemidang untuk proses penyulaman kain pis.

Page 9: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

9

Motif yang disulam pada Kain Pis seperti Kaliagah (bentuk motif seperti naga),

labah-labah, ikan dan burung yang di panggil Agira semuanya mempunyai lagenda. Motif

yang paling menonjol ialah Kaliagah.

Menurut etnik Suluk, Kaliagah ialah sejenis makhluk seakan naga, walaupun naga

menggambarkan kebengisan, ia menghilhamkan kecantikan. Mengikut lagenda tersebut,

pada suatu hari kaum wanita sedang menjalankan kerja seharian di sungai, mereka

terlihat suatu haiwan seolah-olah pari-pari air dengan badannya yang panjang sedang

bergoyang dengan ritma air. Mereka sungguh tertarik dengan pemandangan tersebut

dan hendak melihatnya dengan lebih dekat. Tetapi apabila mendekatinya, mereka

mendapati ia cuma imej yang terjadi hasil daripada pantulan cahaya matahari pada

permukaan air. Daripada pengalaman mereka, kaum wanita cuba untuk mengabdikan

kecantikan makhluk air itu - Kaliagah - ke dalam tenunan mereka, iaitu Kain Pis.

Motif Kaliagah

Gambar 8: Motif Kaliagah pada Kain Pis

Page 10: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

10

Motif labah-labah pula dikaitkan dengan Nabi Muhamad.

Mengikut cerita, pada satu hari, Nabi melarikan diri daripada

musuhnya yang sedang mengejar untuk membunuhnya dan

berlindung di dalam gua. Sejurus Nabi masuk ke dalam gua,

labah-labah dengan cepatnya membuat sarangnya pada

kawasan masuk gua. Musuh-musuh Nabi tadi, apabila melihat

sarang labah-labah yang tidak terganggu mereka pun berlalu

pergi. Tindakan bijak labah-labah tersebut menjadikannya

disayangi oleh Nabi, maka labah-labah dihormati.

Motif burung Agira, ialah burung mistik berkepala dua

yang mengawal empat penjuru Kain Pis. Ia dipercayai peramal

peristiwa baik atau buruk dan dianggap sebagai penjaga oleh

etnik Suluk. Dari atas bumbung atau kayu, burung Agira boleh

menyampaikan amaran sama ada kedatangan kawan atau

lawan.

Gambar 9: Motif labah-labah

pada Kain Pis

Gambar 10: Motif Agira pada

Kain Pis

Gambar 11: Tanjak diperbuat daripada Kain Pis yang dipakai oleh etnik Rungus.

Motif lain yang menjadikan latar belakang pada Kain Pis ialah motif kupu-kupu,

motif bunga seperti bunga Kembang Tuleh (Sesbania grandiflora), dan daun Kembang

Janggayan - semuanya berkaitan dengan Kaliagah.

Kain Pis yang siap disulam dilipat, diikat dan digunakan sebagai perhiasan kepala

atau tanjak yang dipakai lazimnya oleh kaum lelaki etnik Rungus, dan kadangkala oleh

kaum lelaki etnik Kadazan dan Dusun.

Page 11: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

11

3.3 SENI ANYAMAN

Etnik-etnik di Sabah sangat kaya dengan seni anyaman seperti tikar, bakul, terendak,

nyiru dan pengayak yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Antara bahan-bahan

semulajadi yang digunakan untuk menganyam adalah buluh, rotan, pandan dan rumput

kercut (bundusan). Kearifan lokal dalam seni anyaman merupakan salah satu seni yang

diperturunkan dari nenek moyang kepada generasi muda.

Beberapa dokumentasi dan kajian seni anyaman Sabah telah dijalankan dan

diterbitkan, antaranya "Glosari Budaya Malaysia: Corak dan Motif Seni Anyam" oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1995.

Bagi kertas kerja ini, dibincangkan anyaman terendak/siung etnik Kadazan dari

daerah Papar.

3.3.1 TERENDAK (SIUNG) KADAZAN PAPAR

Siung atau terendak berbentuk kon bagi etnik Kadazan di Papar dianyam daripada

bilahan kulit buluh yang halus dan mempunyai tiga zon berhias dengan motif stylised di

permukaan terendak atau lapisan bahagian atas. Bahagian atau lapisan bawah terendak

dianyam menggunakan bilahan empulur buluh yang lebih lebar daripada bilahan kulit

buluh yang dianyam untuk permukaan terendak. Antara motif pada permukaan terendak

ialah Nongkuyu' - motif ketam, Lukis do salapa' - motif tepak sirih, Kinaban - motif kotak

dan sebagainya.

Nongkuyu'

(Motif ketam)

Gambar 12: Terendak/Siung etnik Kadazan Papar

Lukis do salapa' (Motif tepak sirih)

Kinaban (Motif kotak)

Sinoronipon Corak anyaman

berbentuk gigi jerung

Page 12: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

12

3.4 SENI MANIK

Manik merupakan antara bahan dalam seni kraf awal yang dicipta seiring dengan

kemunculan tamadun manusia. Etnik Rungus dan Murut di Sabah amat terkenal dengan

penggunaan seni manik untuk menghiasi pakaian tradisi serta membuat aksesori pakaian

tradisi. Manik diperbuat daripada pelbagai bahan yang mengandungi berbagai-bagai

bentuk dan warna. Kearifan lokal etnik-etnik ini digambarkan dalam pelbagai imej corak

yang dihasilkan. Setiap corak dan motif manik memaparkan simbolisme yang

menggambarkan pemikiran serta pandangan hidup mereka. Misalnya bagi etnik Murut

imej motif diinspirasikan daripada alam sekitar, antaranya mato nu orou—motif matahari,

sinusulou—motif kerang gergasi, kalayam manuk—motif kaki ayam dan linimburu—motif

lintah hutan.

Bagi etnik Rungus, gubahan manik yang utama dan menyerlah ialah rantai manik

yang dipanggil pinakol.

3.4.1 PINAKOL RUNGUS

Pinakol ialah gubahan manik yang digunakan menyilang pada bahu, sebagai aksesori

untuk melengkapi pakaian tradisi etnik Rungus di Kudat. Seni gubahan manik pinakol

diwariskan secara turun-temurun dalam kalangan masyarakat Rungus dan merupakan

warisan pusaka yang diturunkan kepada anak-anak perempuan.

Motif yang paling menonjol pada Pinakol yang juga menjadi penanda identiti bagi

Gambar 14: Motif Lukis do salapa' (Motif tepak sirih)

Gambar 15: Motif Nongkuyu' (Motif ketam)

Gambar 13: Motif kinabaan (Motif kotak)

Page 13: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

13

etnik Rungus ialah motif tinulun-tulun iaitu motif bentuk manusia atau orang.

3.5 NEEDLE WEAVE atau TAPESTRY WEAVE atau LINANGKIT

Seni Linangkit merupakan satu lagi seni yang menggambarkan kearifan lokal orang asal

Sabah. Penghasilan suatu karya Linangkit memerlukan kesabaran dan pengalaman yang

lama dan mendalam, dan mengambil masa selama beberapa bulan.

Linangkit merujuk kepada karya yang terhasil daripada teknik jahitan tangan yang

istimewa (seakan tatting) dan ini diamalkan oleh kaum wanita dari kumpulan etnik dari

kawasan barat dan utara Sabah dan merupakan keunikan dalam tekstil mereka.

Linangkit dihasilkan menggunakan jarum: Benang yang halus digelung dan disambung

menjadi simpulan yang sama dan terhasil suatu tenunan yang sangat kukuh dan padat.

Linangkit digunakan untuk menyambungkan kedua hujung panel kain tenunan serta

menghiasi pakaian tersebut.

Bagi etnik Dusun Tindal, linangkit diguna pada lengan tangan pakaian tradisinya

iaitu dari bahu ke siku. Manakala, bagi etnik Rungus pula, linangkit diguna pada

bahagian belakang seluar tradisi (souval sarabulu') pakaian tradisi kaum lelaki. Bagi

pakaian tradisi etnik Kadazan Papar, linangkit digunakan pada pakaian tradisi kaum

Gambar 17: Motif Tinulun-tulun pada Pinakol Rungus.

Motif Tinulun-tulun (motif manusia/orang)

Gambar 16: Pinakol dipakai secara menyilang pada bahu.

Page 14: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

14

wanita untuk menghiasi skirt paras lutut mereka. Bagi etnik Bajau pula, secara tradisi

linangkit menghiasi bahagian depan skirt perkahwinan yang berwarna hitam.

Antara etnik di Sabah, etnik Lotud dari daerah Tuaran masih lagi mengamalkan seni

linangkit dan merupakan antara seni budaya utama yang menjadi kebanggaan, warisan

dan penanda identiti mereka.

3.5.1 LINANGKIT LOTUD

Linangkit merupakan ciri yang sangat menarik pada pakaian tradisi etnik Lotud. Kain

selendang yang dijahit secara bersambung (kuluwu), skirt paras lutut (gonob) dan

bahagian belakang di bawah pinggang seluar panjang kaum lelaki (binandus) dihiasi

dengan linangkit.

Corak linangkit terbentuk daripada susunan siri motif dalam pelbagai cara. Susunan

warna dalam motif geometri adalah mengikut cita rasa individu yang membuatnya, walau

bagaimanapun, pembuat linangkit masih menggunakan kombinasi warna yang

digunakan secara tradisi seperti oren dan dorminasi merah, dengan ungu, hijau, kuning,

hitam, dan putih untuk kawasan yang lebih kecil.

Tinobugi Panel melintang

Linangkit Panel menegak

Gakod Kaki linangkit

Lininsow do sadur

Motif seakan biji tembikai

Gambar 18: Istilah-istilah bahagian dan motif yang terdapat pada hiasan linangkit.

Page 15: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

15

Gambar 19: Motif Binatu-batu (Motif seakan batu)

Gambar 20: Motif Kinuyung-kuyung (Motif seakan kumbang)

Gambar 21: Corak nabur-abur (Corak berselerak)

Gambar 22: Corak piniutu (Corak bercantum)

Gambar 23: Corak linodi (Corak bergabung)

Gambar 24: Corak pinianting (Corak berulang)

Page 16: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

16

4. PEMBANGUNAN TERMINOLOGI BAHASA KADAZANDUSUN

Bahasa Kadazandusun iaitu nama bahasa standard yang diajar di sekolah-sekolah di

Sabah sejak 1998 setelah melalui pengajaran percubaan bermula di darjah empat di 15

buah sekolah terpilih pada tahun 1997.

Pembangunan terminologi adalah antara satu perkara penting yang perlu ditangani

terutama sekali bagi suatu bahasa yang baru melangkah ke bidang pengajaran dan

pembelajaran seperti Bahasa Kadazandusun.

Sementara penyelidikan yang luas telah dilakukan untuk pembangunan terminologi

untuk bahasa di peringkat kebangsaan, keadaan Bahasa Kadazandusun sangat berbeza.

Walaupun penutur bahasa Kadazandusun adalah majoriti di Sabah, namun mereka

minoriti di Malaysia. Maka, perancangan untuk bahasa Kadazandusun tidaklah seperti

perancangan bagi bahasa Melayu kerana ia cuma pada peringkat tempatan.

Dalam perancangan Bahasa Kadazandusun, pembangunan terminologi melibatkan

penciptaan terminologi baru bagi kategori-kategori dan artifak masa-kini, dan juga

pemilihan istilah yang sesuai daripada bahasa sukuan dari keluarga bahasa Dusunic.

Manakala tugasan pertama itu melibatkan aspek yang lebih teknikal seperti peminjaman

dan kata majmuk (word compounds), tugasan kedua iaitu pemilihan adalah mengikut

prinsip dan kriteria pemilihan tertentu: Mana satu istilah yang dipilih daripada pelbagai

bahasa sukuan dan apakah asas pemilihan?

Satu Jawatankuasa Pembangunan Istilah yang diterajui oleh Jabatan Pendidikan

Negeri Sabah (JPNS) telah dibentuk untuk menangani perihal ini. Jawatankuasa ini

dianggotai oleh pakar-pakar pelbagai bidang dari organisasi dan institusi berkenaan dan

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kriteria-kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Tidak membawa maksud negatif dari mana -mana dialek keluarga bahasa

Dusunic.

2. Dipinjam terus dari bahasa Malayu jika tidak ditemui dalam perbendaharaan kata

Page 17: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

17

keluarga bahasa Dusunic.

3. Menerima penggunaan perbendaharaan kata yang dicipta jika ia memang dapat

memberikan penjelasan yang tepat.

4. Perbendaharaan kata digunakan secara meluas dalam mana-mana keluarga

bahasa Dusunic.

5. Perbendaharaan kata yang dipilih dari mana-mana keluarga bahasa Dusunic

diterima sebagai standard.

Ilmu pengetahuan kebudayaan (cultural knowledge) dan nilai murni juga diambil kira

dalam pemilihan istilah. Peminjaman kurang digalakkan. Maka dengan itu, usaha

pembangunan istilah bukanlah perkara mudah, ia agak kompleks juga tetapi harus

ditangani supaya satu pangkalan data istilah boleh dibangunkan bagi Bahasa

Kadazandusun.

Berikut adalah satu contoh proses pembentukan istilah Bahasa Kadazandusun.

1. 'bola tangan'

Bahasa Kadazandusun: Bahasa Melayu:

buulongon bola tangan

buul + longon

(buu- + longon)

(bola + tangan)

2. 'anak angsa'

Bahasa Kadazandusun: Bahasa Melayu:

ansanak anak angsa

ansa' + tanak

(ansa- + -nak)

(angsa + anak)

Page 18: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

18

5. SUMBANGAN ISTILAH BAHASA SUKUAN DALAM PENGAYAAN BAHASA

MELAYU

Selain daripada pembangunan perisitilahan budaya tempatan, istilah dalam bahasa

sukuan Sabah juga telah menyumbangkan kepada projek pengayaan Bahasa Melayu

(Projek DBP). Sejak projek ini bermula, terdapat beberapa perkataan Bahasa Melayu

yang diangkat/dipinjam daripada bahasa sukuan Sabah (Rujuk Pangkalan Data DBP).

Pemilihan adalah berdasarkan kepada: "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa

Melayu".

Antara tujuan projek tersebut adalah mencari satu perkataan bagi dua perkataan

dalam Bahasa Melayu.

Berikut adalah contoh istilah (satu perkataan) daripada bahasa Kadazan yang boleh

diangkat/dipinjam dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu:

tahi mata - bilas

tahi hidung - dungot

tahi telinga - tontohingai

tahi gigi - nindud

tahi lalat - tonggihangau

tahi minyak (kelapa) - ginoizata'

6. PENUTUP

KIta telah melihat kearifan lokal etnik di Sabah dalam beberapa seni yang telah

dibincangkan dalam kertas kerja ini, termasuklah seni tenunan, seni sulaman, seni

anyaman, seni manik, dan seni linangkit. Juga telah dibincangkan, bagaimana bahasa

sukuan telah menyumbang kepada pembangunan terminologi bagi Bahasa

Kadazandusun dan Bahasa Melayu.

Skop kertas kerja ini umpama "hanya setitis air di lautan" kekayaan khazanah dan

Page 19: oleh Rita Lasimbang Seminar Peristilahan Peringkat ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=800CB9EF86EC7D...sulaman, seni anyaman, seni manik dan seni needle tapestry weave atau

19

warisan budaya suku etnik di Sabah.

Justeru itu, adalah diharapkan agar kearifan-kearifan lokal ini dapat diperturunkan

untuk faedah generasi akan datang dan juga untuk terus menyumbang kepada

Peristilahan dalam Bahasa Sukuan Sabah.

BIBLIOGRAFI

1. Lasimbang, Rita. 1997. An Introduction to the Traditional Costumes of Sabah. Kota

Kinabalu: Natural History Publications in association with the Department of Sabah

Museum.

2. Lasimbang, Rita & Kinajil, T. 2004. Building Terminology in the Kadazandusun

Language. In Current Issues in Language Planning Journal, Vol. 5: 2. Clevedon,

United Kingdom: Multilingual Matters Ltd.

3. Smith, Jim & Karla. 2005. Kamus Bergambar Iranun. Kota Kinabalu: Jabatan

Muzium Sabah.

4. Humin Jusilin & Salbiah Kindoyop. 2019. Busana Etnik Suang Lotud Sabah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.