pencalonan anugerah malaysian government open source ...restsa.osdec.gov.my/uploads/enilai-mygoss...

22
PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011 AGENSI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) TAJUK INOVASI SISTEM PENILAIAN KURSUS & PENGAJARAN (eNilai)

Upload: hoangkhuong

Post on 07-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT

OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011

AGENSIUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

(USIM)

TAJUK INOVASISISTEM PENILAIAN KURSUS &

PENGAJARAN(eNilai)

Page 2: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE

(MYGOSS) 2011

1. Nama Organisasi:

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2. Nama Projek OSS Yang Dicalonkan:

Sistem Penilaian Kursus & Pengajaran (eNilai)

3. Tarikh (bulan & tahun) projek yang dicalonkan mula beroperasi:

September 2007

4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan:

Nama: EN IDRIS BIN TAKYAN

Jawatan: PENGARAH PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Agensi: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Alamat: BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI,

NEGERI SEMBILAN

Telefon: 06-7986007

Faks: 06-7986050

E-mel: [email protected]

5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Nama: PN NOORAINI A. MANAN

Jawatan: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KANAN

Page 3: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Telefon: 06-7986052/ 0133457551

Faks: 06-7986050

E-mel: [email protected]

Page 4: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Nama Projek:

SISTEM PENILAIAN KURSUS & PENGAJARAN (eNilai)

1. Profil Universiti Sains Islam Malaysia (maksimum 200 patah perkataan)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam

Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada permulaan

abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di

negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia

(sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di

antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta

membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan

penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan

penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris menjadi fokus

utama di samping bahasa kebangsaan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan

enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk

membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di

kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

• Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)

• Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)

• Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)

• Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)

• Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

• Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

• Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)

• Fakulti Pergigian (FPg)

LAPORAN PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE

(MYGOSS) 2011

Page 5: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian

peringkat siswazah. Dalam perancangan, 40 peratus daripada enrolmen

pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada

tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang

utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

MOTTO, FALSAFAH, WAWASAN & MISI

Moto

Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa.

Falsafah

Paduan antara Ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras

utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

Wawasan

Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan.

Misi

Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan

pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

OBJEKTIF KUALITI & DASAR Q

Objektif Kualiti

• Memberikan perkhidmatan berkualiti yang memuaskan dan lazimnya

melebihi kehendak dan harapan pelanggan USIM

• Mewujud dan mengekalkan satu persekitaran kerja berpasukan antara

kakitangan dan pelanggan secara profesional

• Berada di bawah sasaran peruntukan bajet yang ditetapkan dalam semua

komponen dengan menggunakannya secara optimum.

Page 6: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Dasar Q

USIM bertekad dan beriltizam untuk menjadi sebuah Institut Pengajian

Tinggi Awam bertaraf antarabangsa yang berteraskan pengajian Islam

dengan membudayakan Sistem Pengurusan Kualiti dan berusaha untuk

meningkatkan amalan ini secara berterusan dalam:

• Memberikan perkhidmatan yang bertepatan dengan kehendak pelanggan

dan stakeholders Universiti;

• Menyediakan pendidikan dan sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti

ke arah pemartabatan Pendidikan Islam yang relevan kepada kehendak

sejagat; dan

• Menggunakan Amalan Terbaik untuk melahirkan ilmuan Islam yang

berpendidikan sepadu dan modal insan yang menghayati moto :

“Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa”

2. Sinopsis Projek Sistem eNilai (maksimum 150 patah perkataan)Bagi projek:# Ringkasan / Keterangan# Faedah kepada orang awam / Kerajaan# Kelebihan / keistimewaan projek # Mengapa projek layak memenangi Anugerah MYGOSS

Sistem Penilaian Kursus & Pengajaran ini ataupun eNilai merupakan sistem

yang digunakan untuk tujuan penilaian kursus dan pengajaran yang dibuat

oleh pelajar terhadap kursus dan tenaga pengajar. Sistem ini menggantikan

proses penilaian kursus yang dibuat sebelum ini secara manual

menggunakan borang OMR AKAD C/07 untuk membuat penilaian kursus

Page 7: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

dan pengajaran terhadap setiap pensyarah yang mengajar mereka pada

semester tersebut. Borang-borang ini diserahkan oleh Bahagian Akademik

kepada fakulti-fakulti. Fakulti kemudian menyerahkan borang OMR ini

kepada pensyarah yang kemudiannya meminta pelajar mengisi borang

tersebut.

Borang-borang yang telah diisi seterusnya dipulangkan kembali ke pejabat

fakulti dan fakulti menyerahkan kembali ke Bahagian Akademik untuk

diimbas dan selepas itu statistik dikeluarkan. Terdapat beberapa masalah

dan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui proses secara manual ini

iaitu kos percetakan borang OMR yang semakin meningkat setiap tahun

mengikut nisbah pelajar dan kursus, kelewatan pengeluaran statistik dan

laporan berkaitan serta ketepatan data yang dikumpul.

Kini, melalui sistem eNilai proses penilaian tersebut dibuat secara online

oleh pelajar yang mendaftar kursus berkaitan. Pelajar boleh membuat

proses penilaian sepanjang tempoh penilaian pada bila-bila masa dan di

mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

Faedah kepada Kerajaan

Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) selari

dengan matlamat USIM ingin menjadi Universiti terkemuka dalam

pendidikan yang berteraskan pengajian Islam.

Memantapkan P&P dalam melahirkan modal insan (graduan) yang

mantap Kemahiran Insaniah (KI@USIM).

Memanfaatkan ICT untuk memudahkan capaian pelajar, sebagai

pelanggan utama memberi maklum balas secara cepat, tepat dan

selamat serta keberkesanan kos.

Memberikan peluang kepada pelajar untuk memberikan cadangan

kepada pihak pengurusan universiti sama ada pihak fakulti mahupun

Bahagian Akademik membuat penambahbaikan berdasarkan kepada

pengajaran dan pembelajaran dari kaca mata pelajar.

Memberikan ruang dan peluang yang maksimum, khususnya kepada

pensyarah untuk membuat penambahbaikan berterusan berdasarkan

kepada penilaian yang dibuat oleh pelajar berkaitan dengan mutu

Page 8: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.

Kelebihan / keistimewaan projek

Fokus kepada keperluan pelajar sebagai pengguna utama.

Capaian mesra pengguna secara atas talian di mana-mana

PC/peranti yang mempunyai capaian internet.

Cepat, selamat, informatif, efektif kos.

Integrasi dengan sistem maklumat universiti.

Maklumbalas segera kepada penyampai khidmat (pensyarah).

Pemantauan mutu perkhidmatan oleh pihak pengurusan (Dekan,

TNC, NC)

Sistem ini telah mula dibangunkan dalaman dalam tempoh enam 6 bulan

mulai 12/11/2007 sehingga 14/4/2008. Ia dibangunkan oleh staf teknikal

USIM dengan kerjasama yang baik dari pihak pengguna. Dengan

pelaksanaan sistem ini, universiti membuat penjimatan sebanyak RM

20,000 setahun berdasarkan kiraaan 25,000 cetakan bagi 3,000 pelajar

pada tahun 2007 dengan kos cetakan RM0.80 sekeping. Ia berkadaran

dengan nisbah jumlah pelajar dan kursus setiap tahun. Perolehan mesin

OMR yang baru juga dapat dielakkan di mana kos perolehan sebuah mesin

OMR adalah sekitar RM 50,000.

Pelaporan dan statistik dapat dibuat tepat pada masanya dan memudahkan

semua pihak dalam pelbagai urusan seperti urusan penyambungan staf

kontrak, penganugerahan dan lain-lain.

3. Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan)Penggunaan development tools,pangkalan data, language, teknologi, platform dan lain-lain.

Sistem ini dibangunkan secara atas talian dan ini dapat memudahkan proses

capaian data dan maklumat. Tools pembangunan yang digunakan adalah

menggunakan perisian Macromedia Dream Weaver sebagai development

tools. Pangkalan data adalah menggunakan pangkalan data Sybase 12.5.2

manakala bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah menggunakan

PHP.

Sistem ini menggunakan webserver Apache sebagai servis pelayan. Konsep

Page 9: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

capaian sistem aplikasi adalah menggunakan 2-tier konsep di mana

pangkalan data dan sistem aplikasi diletakkan pada server yang berbeza.

Sistem ini mempunyai integrasi sepenuhnya dengan sistem maklumat

universiti seperti maklumat data pelajar, pendaftaran kursus, data staf dan

lain-lain bagi memudahkan proses penilaian dan juga pelaporan.

DDMM@USIM2008 Taklimat e-Nilai 10

DatabaseeNilai

Database Sistem Maklumat Universiti (SMU)

SistemAl-A’aliyah

SistemTamhidi

SistemUlyaa

Sistem Munazzim

Sistem Portal

Nodaftar status, daftar kursus, kump, nostaf.,dll

Nodaftar status, daftar kursus, kump, Nostaf,dll

Nodaftar status, daftar kursus, kump, Nostaf,dll

Nama pensyarah, gambar, jabatan dll

Kata laluan, user id

Status SubmitPenilaian

**

**

**

**

4. Kelebihan / Keunikan (maksimum 350 patah perkataan)# Faedah kepada orang awam / Kerajaan# Kelebihan projek berbanding projek lain # Kelainan konsep dan idea bagi projek # Peningkatan keberkesanan (termasuk mengurangkan birokrasi)# Perkongsian maklumat# Lain-lain

Faedah Perlaksanaan Sistem:

a. Pelajar Penilaian kursus yang dibuat oleh pelajar ini adalah telus dan

pelajar tidak perlu ragu-ragu untuk membuat penilaian kerana

proses enkripsi data telah dibuat. Oleh itu, penilaian yang dibuat

adalah rahsia.

Memudahkan capaian kepada pelajar kerana penilaian kursus

dapat dibuat walaupun mereka tidak berada di dalam kampus. Ini

memberikan pelajar ruang masa yang secukupnya untuk membuat

Page 10: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

penilaian ke atas kursus yang diambil.

b. Pensyarah Pensyarah dapat meningkatkan dan memperbaiki mutu

pengajaran secara berterusan dan ini secara tidak langsung

meningkatkan kualiti graduan yang bakal dilahirkan oleh USIM.

Meningkatkan semangat untuk terus memperbaiki proses P&P

melalui perlbagai ranking yang disediakan.

Memantapkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam

melahirkan modal insan (graduan) yang mantap dalam Kemahiran

Insaniah (KI@USIM).

c. Pengurusan Menjimatkan kos pentadbiran dan penyelenggaraan kerana setiap

semester pihak Bahagian Akademik membelanjakan sejumlah RM

20,000 untuk tujuan penilaian kursus dan pengajaran.

Menjimatkan kos untuk pembayaran kerja lebih masa bagi tujuan

imbasan borang OMR sama ada kakitangan teknikal mahupun

pentadbiran.

Proses penilaian kursus dan pengajaran menjadi lebih mudah dan

berkesan. Skor penilaian markah hanya perlu dijana setelah

selesai proses penilaian dibuat keseluruhan dibuat.

Skor penilaian yang diperolehi ini juga menjadi salah satu kriteria

penyambungan kontrak bagi kes pensyarah berstatus sambilan

dan kontrak.

Memenuhi keperluan dan kehendak Standard of Procedure Kualiti

USIM MS ISO 9001:2000 untuk komponen pengajaran dan

pembelajaran.

Peratusan ketepatan data yang dikumpulkan adalah lebih baik

berbanding dengan pelaksanaan secara manual kerana kes

pelajar yang tidak memulangkan borang OMR dan kesilapan

shading penilaian tidak berlaku.

Kelebihan/Keistimewaan

Page 11: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Sistem ini mudah digunakan kerana penilaian kursus dibuat secara atas

talian dan skor markah adalah secara automatik berdasarkan kepada skala

dan pemberat domain yang telah ditetapkan. Ia berjaya memberi impak

kepada USIM dalam peningkatkan produktiviti dan kualiti kepada pengguna

khususnya kepada Bahagian Akademik dan fakutli bagi tujuan pemantauan

prestasi pengajaran kursus di bawah seliaan masing-masing.

Di peringkat pensyarah dan pemberi servis pula, meraka dapat membuat

penambahbaikan berdasarkan kepada komen dan juga penilaian telus yang

telah dibuat oleh pelajar menerusi pecahan domain yang diperkenalkan.

Soalan yang dirangka juga menjurus kepada domain tertentu dan bertujuan

untuk mengupas lebih terperinci keperluan setiap domain.

Konsep/Cetusan

Sistem ini adalah merupakan idea dan inovasi asli USIM di mana peratusan

dan pembahagian domain serta soalan dibuat oleh pasukan projek yang

diketuai oleh Ketua Projek iaitu Y.Bhg Dato NC dan juga kumpulan Timbalan

Dekan Akademik setiap fakulti.

Penilaian dibahagikan kepada lima (5) domain utama iaitu:

Kursus

Pengajaran

Application of Soft Skills

Pengurusan Kursus

Sikap dan Personaliti

Peningkatan Keberkesanan

Tempoh masa bagi penilaian kursus dan pengajaran dapat dikurangkan

100% dan dapat dikeluarkan mengikut takwim yang disediakan oleh urus

setia. Sebelum ini pergerakan borang-borang OMR dari Bahagian Akademik

ke fakulti-fakulti, seterusnya ke pensyarah dan pelajar, dan kemudian

kembali ke Bahagian Akademik mewujudkan ketidakefisyenan dari segi

pengurusan operasi. Kelewatan penyerahan berlaku di mana-mana

Page 12: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

bahagian yang terbabit dan akhirnya menjejaskan proses terakhir bagi iaitu

untuk imbasan borang.

Borang-borang yang dikumpulkan di Bahagian Akademik perlu diimbas

untuk mendapatkan data yang diperlukan. Proses imbasan untuk kesemua

jumlah yang melebihi 20,000 keping borang ini oleh seorang kakitangan

mengambil masa lebih dari seminggu untuk disiapkan. Ini tidak termasuk

masa yang diperlukan sekiranya terjadi masalah dalam mengimbas borang

tersebut, seperti reka bentuk borang yang berubah, pengimbas mesin rosak

dan sebagainya yang memerlukan kos tambahan.

Segelintir pelajar pula, tidak mengambil berat ke atas proses penilaian

pensyarah ini. Maka terjadi kes di mana pelajar salah mengisi (shading) kod

kursus atau kod kumpulan di dalam borang, atau mengisi borang tersebut

dengan menggunakan pen dan bukan dengan pensil 2B seperti yang

diarahkan. Terdapat juga kes di mana pelajar tidak memulangkan terus

borang OMR yang diberikan atau tidak memberikan apa-apa respon.

Kesemua ini menjejaskan statistik yang hendak dikeluarkan kerana borang-

borang tersebut kerana tidak dapat memberikan data yang sepatutnya yang

juga merupakan satu lagi pembaziran sumber.

Kualiti dan ketepatan data dapat dikawal dan mengurangkan kesilapan

semasa proses manual untuk imbasan borang OMR. Data skor markah

dapat dilihat secara terus oleh pengguna dengan cepat dan tepat.Hebahan

dan makluman kepada semua yang terlibat juga tidak perlu dibuat

memandangkan data dapat dicapai secara terus oleh semua yang terlibat.

Dianggarkan pada semester 2 sesi 2006/2007 sahaja, antara 20,000 –

21,000 borang telah digunakan untuk proses penilaian pensyarah ini. Jumlah

penggunaan borang ini dijangka terus bertambah pada setiap semester

dengan pertambahan pelajar. Dijangka pada semester 1 sesi 2007/2008,

lebih daripada 25,000 borang akan digunakan. Dengan kos cetakan sebayak

RM0.80 bagi setiap borang, maka kos keseluruhan adalah lebih daripada

RM 20,000 pada semester tersebut sahaja. Sekiranya terdapat pindaan

kepada soalan-soalan atau keperluan maklumat dalam borang penilaian,

Page 13: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

borang OMR yang baru perlu dicetak kembali dan borang yang lama tidak

boleh digunapakai dan terjadi pembaziran.

Pembaziran ini menjadi lebih tinggi apabila borang yang telah dicetak

didapati tidak boleh diterima oleh mesin imbasan kerana kealpaan pencetak

mengikuti reka bentuk borang OMR yang sedia ada. Oleh itu, dengan

pelaksanaan sistem eNilai ini, kos pengoperasian dapat dikurangkan hampir

90 peratus kerana tidak ada sebarang cetakan borang OMR yang dibuat .

5. Inovasi (maksimum 350 patah perkataan)# Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif # Keaslian atau penambahbaikan # Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan dan/atau pemasaran) # Ciri-ciri / fungsi yang ketara# Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif# Teknologi enabling# Menggunakan pelbagai teknologu untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan

Data skor markah penilaian, ranking kursus dan pensyarah dapat dicapai

mengikut keperluan pengguna dan tidak memerlukan penjanaan laporan

oleh pentadbir sistem. Maklumat ini juga menjadi sumber data bagi penilaian

prestasi tenaga akademik apabila ia menyumbang peratusan dalam

komponen penilaian tahunan mereka.

Selain itu, pihak fakulti dan Bahagian Akademik dapat memantau bilangan

pelajar yang belum selesai membuat penilaian. Ini dapat dilihat seperti Rajah

1.1 .

Rajah 1.1 : Skrin pemantauan urus setia bagi melihat pelajar

Page 14: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Keaslian Konsep

Pembangunan sistem ini menggunakan kaedah RAPID development. Reka

bentuk sistem ini menekankan kepada konsep parameter value bagi

keperluan asas untuk sistem ini beroperasi. Ini penting kerana keputusan

pengguna akan berubah mengikut keperluan semasa yang diputuskan oleh

SENAT. Selain itu, konsep ini dapat memudahkan pihak teknikal mengurus

sistem dengan meminimumkan perubahan skrin dan pengaturcaraan.

Contoh konsep parameter value ini adalah seperti di Rajah 1.2.

Rajah 1.2 : Perlaksanaan Konsep parameter value

6. Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan)# Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan # Metodologi projek # Keberkesanan kos # Peningkatan produktiviti dan keberkesanan # Kepakaran kakitangan # Keberkesanan projek # Tahap bantuan dan sokongan projek # Kejayaan pelaksanaan # Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna# Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek # Pengiktirafan komuniti atau media # Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan # Pencapaian pengiktirafan antarabangsa # Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran # Perkongsian pasaran # Beridentitikan Malaysia

Sistem ini menyokong dan memenuhi keperluan dan kehendak Standard of

Procedure Kualiti USIM MS ISO 9001:2000 untuk komponen pengajaran

Page 15: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

dan pembelajaran. Perkhidmatan (pengajaran dan pembelajaran) yang

diberikan kepada pelanggan (pelajar) perlu dinilai bagi mengetahui kualiti

servis yang diberikan.

Hasil daripada data skor penilaian didapati bahawa terdapat juga tenaga

akademik yang mendapat markah yang rendah dan hasil analisis didapati

mereka mempunyai bebanan yang tinggi dalam pengajaran di samping

tugas pentadbiran yang diberikan. Sehubungan dengan respons tersebut,

pihak fakulti membuat perancangan untuk pelantikan tenaga pengajar yang

baru (sambilan/tetap/kontrak) bagi mengurangkan bebanan tersebut. Ini

secara tidak langsung membantu dalam urusan perancangan perjawatan

tenaga akademik di peringkat fakulti khususya dan Universiti amnya. Contoh

maklumat yang boleh dicapai adalah seperti di Rajah 1.3.

Rajah 1.3 : Skrin maklumat yang disediakan

Pihak Universiti memberikan pengiktirafan kepada sistem dan proses yang

diperkenalkan melalui sistem ini kerana satu peraturan baru diperkenalkan.

Peraturan tersebut ialah cetakan slip masuk ke dewan peperiksaan yang

dicetak oleh pelajar secara atas talian dan hanya boleh dibuat sekiranya

proses penilaian kursus melalui sistem eNilai ini telah selesai bagi kesemua

kursus yang didaftarkan kepadanya.

Selain itu, sistem eNilai ini telah diberikan Anugerah Inovasi & Rekacipta

USIM 2008 kerana impak yang besar setelah sistem ini diperkenalkan

terutamanya dari aspek pengurangan kos pengoperasian dan memudahkan

capaian data skor penilaian.

Page 16: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Semasa sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh seorang Pegawai

Teknologi Maklumat (F41) dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai

Teknologi Kanan (F32) dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

(F29) sedia ada. Justeru, tiada implikasi kos yang terlibat di dalam

membangunkan sistem ini.

Hasil yang boleh diukur

Pemprosesan data skor markah dibuat berdasarkan formula tertentu

mengikut kategori pelajar. Set soalan juga adalah berdasarkan kepada

kategori pelajar yang membuat penilaian. Oleh itu, tempoh masa adalah

kurang daripada dua jam untuk pemprosesan bergantung kepada servis

rangkaian dan pangkalan data semasa.

Tiada lagi proses edaran borang secara manual di mana pelajar hanya perlu

peka takwim untuk membuat penilaian dan proses penilaian boleh dibuat.

Oleh itu, proses pentadbiran di fakutli bagi urusan ini dapat dikurangkan

100%.

Penjimatan kos cetakan borang OMR sebanyak 100% di mana penjimatan

sebanyak RM 424,200 sekiranya kaedah manual masih dilaksanakan.

Tahun Bilangan Pelajar

*Purata 7 kursus

setiap sem.

Kos Cetakan ’1s Jumlah

(RM)

Jumlah (RM)

* 2 sem.

2007 4000 RM 0.80 22,400 44,8002008 5000 RM 0.95 33,250 66,5002009 6000 RM 0.95 39,900 79,8002010 7000 RM 0.95 46,550 93,1002011 10 000 RM 1.00 70,000 140,000

JUMLAH 424, 200

7. Potensi (maksimum 350 patah perkataan)

Page 17: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

# Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi # Pelaksanaan yang lebih luas# Faedah kepada industri lain pada masa hadapan # Strategi pembangunan dan menerajui persaingan # Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan / penambahbaikan

Di Malaysia kini, telah banyak pelbagai institusi pendidikan yang disediakan

sama ada IPTA/IPTS/Kolej Kerajaan/ Kolej Swasta yang perlu melaksanakan

proses penilaian kursus dan pengajaran .

Sehubungan dengan itu, bagi membantu pihak pentadbiran universiti/kolej

mengenalpasti proses pembelajaran yang terbaik, penilaian kursus dan

pengajaran yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti silibus

kursus yang disediakan dapat dilaksanakan dengan baik oleh tenaga

pengajar.

Selain itu, fasilti dan prasarana yang disediakan juga perlulah mencukupi

dan sesuai. Info kesesuaian ini dapat diperoleh melalui respons (proses

penilaian) yang dibuat oleh pelajar.

Sistem eNilai ini berpotensi untuk dipasarkan memandangkan kos

pelaksanaannya yang rendah kerana menggunakan platform open souce

dalam kod pengaturcaraan. Penggunaan pangkalan data yang pelbagai juga

boleh digunakan.

Selain itu, sistem ini direka dengan pemboleh ubah yang pelbagai dari aspek

peratusan, soalan dan juga pengiraan. Ini bagi membolehkan sistem masih

tetap dapat dilaksanakan walaupun perubahan berlaku di peringkat

pentadbiran.

8. Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan) # Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia atau# Dibangunkan sebahagian di Malaysia (nyatakan peratusan pembangunan di Malaysia)# Sekiranya pembangunan sebahagian di Malaysia, nyatakan modul yang dibangunkan di Malaysia# Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia# Tambah nilai di Malaysia

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya di Malaysia di mana penglibatan dan

komitmen pasukan projek adalah amat baik. Pengurusan projek yang

Page 18: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

mengikut tempoh masa dapat mempercepatkan lagi proses implementasi

sistem ini.

Page 19: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

LAMPIRAN

CAPAIAN SISTEM eNilai

Page 20: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

CAPAIAN PELAJAR

Pelajar Log In.

Senarai kursus dan kumpulan yang perlu dinilai oleh pelajar.

Page 21: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Pelajar melakukan penilaian

Pelajar selesai melakukan penilaian ke atas semua kursus dan kumpulan

Page 22: PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE ...restsa.osdec.gov.my/uploads/eNilai-MyGOSS Borang-Laporan 11 V1.…open source software (mygoss) 2011 agensi universiti sains

Sistem eNilai – Capaian Pensyarah/Tutor/Guru

CAPAIAN TENAGA AKADEMIK

1 Login ke Menu Utama

URL ke system eNilai http://enilai.usim.edu.my

Login menggunakan Id dan Katalaluan portal eWadi.

2 Menu Utama Pensyarah

Skrin Main Menu Pensyarah.

Pilih Change Session untuk ubah semester terkini.

Klik pada menu-menu pada bahagian Reports yang dikehendaki.

3 Monitoring Student Submission

Pada skrin ini, pensyarah dapat melihat bilangan pelajar yang telah Submit dan Unsubmit penilaian mereka pada kursus dan kumpulan tersebut.

4 Evaluation Score

Pada skrin ini Pensyarah dapat melihat markah penilaian yang telah diproses.

Pensyarah boleh melihat laporan mengikut : Domain

CAPAIAN PENGURUSAN/ URUSETIASenarai Laporan berdasarkan Fakulti/Pusat

Senarai nama pensyarah

Senarai laporan-laporan keseluruhan universiti.

Statistik penilaian