pemulihan matematik sekolah rendah

18
KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Pemulihan Matematik: Kes India dan Amerika Syarikat 3.0 Prinsip dan Tujuan Pelaksanaannya 4.0 Pendekatan Pemulihan Matematik 4.1 Persediaan Penyediaan Kelas Pemulihan Matematik 4.1.1 Pendekatan Berpusatkan Murid 4.1.3 Pendekatan Pemusatan Bahan 4.2 Membuat Perancangan dan Menjalankan P & P Pemulihan Matematik 5.0 Program Pemulihan Matematik Murid Terpilih 5.1 Latar Belakang Pelajar Pemulihan P1 dan P2 5.3 Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik 6.0 Penutup BIBLIOGRAFI Lampiran 1

Upload: mohaspa-mohd-hassan

Post on 21-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pemulihan matematik sekolah rendah menggunakan beberapa pendekatan seperti Pendekatan Berpusatkan Murid, Pembelajaran secara berkumpulan dan Pendekatan Pemusatan Bahan

TRANSCRIPT

Page 1: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Pemulihan Matematik: Kes India dan Amerika Syarikat

3.0 Prinsip dan Tujuan Pelaksanaannya

4.0 Pendekatan Pemulihan Matematik

4.1 Persediaan Penyediaan Kelas Pemulihan Matematik

4.1.1 Pendekatan Berpusatkan Murid

4.1.3 Pendekatan Pemusatan Bahan

4.2 Membuat Perancangan dan Menjalankan P & P Pemulihan Matematik

5.0 Program Pemulihan Matematik Murid Terpilih

5.1 Latar Belakang Pelajar Pemulihan P1 dan P2

5.3 Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik

6.0 Penutup

BIBLIOGRAFI

Lampiran

1

Page 2: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

Pengenalan

Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan

pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar

bagi semua murid. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara berkesan

dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan

pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.

Dalam usaha menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di sekolah mudah dan

dapat dipelajari oleh pelajar2, berbagai langkah, pendekatan dan kemudahan telah disediakan

oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah. Namun masih terdapat pelajar yang gagal menguasai

pelajaran matematik sehingga tahap yang paling asas sekalipun. Justeru itu program pemulihan

intensif dan eksklusif terhadap pelajar-pelajar ini telah dijalankan oleh guru-guru yang terlatih

dalam bidang masing-masing. Dalam hal ini pemulihan secara umumnya bertujuan untuk

menyediakan pelajar-pelajar agar boleh bersaing dengan pelajar lain dengan lebih sama rata.

Dalam penulisan ini pengkaji akan cuba menerangkan satu contoh prosese pemulihan matematik

terhadap dua orang pelajar yang telah dikenal pasti sebagai amat lemah dan memerlukan

pemulihan secara khusus dan eksklusif. Diharap melalui kajian ini satu pendekatan yang boleh

diterima pakai di sekolah-sekolah yang menghadapi masalah yang sama.

1.0 Pemulihan Matematik: Kes India dan Amerika Syarikat

Sebelum pengkaji meneruskan perbincangan topik pemulihan matematik di peringkat sekolah di

Malaysia, di sini dibincangkan secara ringkas dua langkah pemulihan matematik yang diambil

oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat. Dalam usaha mengatasi masalah penguasaan

matematik dan mata pelajaran lainnya kerajaan India melalui sebuah institusi bernama National

Institute for the Mentally Handicapped telah menerbitkan buku sumber bertajuk Educating

Children with Learning Problems in Primary School. Di dalam buku sumber ini dinyatakan

dengan begitu terperinci langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru dalam proses

2

Page 3: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

pengenalpastian, pengujian, temuduga, penilaian, pengkelasan, pemulihan dan penilaian semula.

Melalui buku sumber ini tidak terdapat satu pendekatan atau teknik yang khusus dalam program

pemulihan matematik, kerana teknik dan pendekatannya bergantung kepada tahap kelemahan

seseorang atau kumpulan pelajar tersebut. Di dalam buku sumber tersebut di sediakan modul dan

contoh-contoh aktiviti mengikut tahap-tahap penguasaan pelajar.

Di Amerika Syarikat pula satu kajian telah dijalankan oleh Profesor Feng S. Din dari William

Patterson University. New Jersey, tentang penggunaan pendekatan Direct Instruction dalam

prosesm pemulihan matematik bagi perlajar-pelajar yang sangat lemah. Pendekatan Direct

instruction didefinisikan sebagai ‘as an instructional sequence that includes demonstration,

controlled practice with prompts and feedback, and independent practice with feedback’.

Melalui pendekatatan arahan terus ini pelajar-pelajar, disaring dan dikelaskan mengikut tahap

masing-masing dan ajenis kelemahan masing-masing. Melalui pendekatan ini pelajar akan diajar

secara bersemuka denga guru secara seorang dengan seorang (one to one). Arahan secara terus

diberikan kepada pelajar, langkah demi langkah yang hahur dibuat , pengulangan dan membuat

latihan secara berhadapan dengan guru. Dalam proses ini penggunaan alat bantuan mengajar dan

teknologi seperti komputer juga digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa selepas tiga minggu

kajian dijalankan terdapat kemajuan yang memberangsangkan.

2.0 Prinsip dan Tujuan Pelaksanaannya

Istilah pemulihan seringnya merujuk kepada proses penyembuhan disebabkan sesuatu masalah

kesihatan, ketagihan dan sebagainya. Proses pemulihan bermakna sesuatu masalah itu ada jalan

mengatasinya. Juteru itu dalam konteks pemulihan matematik ke atas pelajar-pelajar bermasalah

bermaksud bahawa pelajar-pelajar itu masih punya potensi untuk dipulihkan sekirannya

pendekatan dan teknik pemulihannya tepat.

3

Page 4: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

i) Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan

kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran

alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka.

ii) Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran

mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu

dengan yang lain.

iii) Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungki

iv) Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolah biasa.

v) Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif

terhadap pelajaran.

vi) Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang

boleh menjejaskan pelajaran.

vii) Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-murid yang

datang daripada keluarga yang bermasalah.

viii) Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan

merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

(Buzz, 2011)

4.0 Pendekatan Pemulihan Matematik

Pengajaran dan pembelajaran matematik mempunyai tahap kesukaran yang lebih berbanding

dengan mata pelajaran lain. Ini terbukti berdasarkan ramai pelajar yang menghadapi kesukaran

dalam menguasai mata pelajaran matematik. Hal ini disebabkan di samping kemahiran yang

melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, murid juga memerlukan kefahaman

sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Oleh itu guru matematik sesebuah kelas harus tahu

menilai tahap penguasaan pelajarnya,. Kelemahan, kekuatan dan potensi pelajar untuk

menguasai mata pelajaran matematik sebelum menjalankan kelas pembelajaran khas matematik,

guru-guru harus mengambil kira perkara-perkara berikut kerana pengajaran matematik yang

berkesan akan melibatkan beberapa perkara, antaranya :

4

Page 5: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

i) Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah

ii) Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat menghasilkan

pengajaran pemulihan yang berkesan

iii) Membuat analisis masalah pembelajaran

iv) Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

v) Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

Bagi pelajar-pelajar yang berada pada tahap sangat lemah P&P di dalam kelad seperti jadual

biasa tidak akan membantu pelajar tersebut meningkatkan pengetahuannya dalam mata pelajaran

matematik. Justeru itu pendekatan lain melalui kelas pemulihan intensif dan berfokus perlu

diberikan untuk sekurang-kurangnya pelajar menguasai konsep sesuatu topik itu.

4.1 Persediaan Penyediaan Kelas Pemulihan Matematik

Berdasarkan pengalaman India dan kajian Profesor Feng S. Din, peringkat pertama ke arah

penyediaan kelas pemulihan ialah memberi latihan khusus kepada guru-guru yang terpilih. Guru-

guru akan diberi latihan untuk mengenal pasti kelemahan pelajar, dilatih menggunakan pelbagai

teknik dan pendekatan termasuk penguasan dalam ICT. Setelah terpulanglah kepada kreativiti

guru untuk mengguna pakai pendekatan yang sesuai bersesuaian dengan tahap pencapaian murid.

Mok Soon Sang (1995) menyatakan antara teknik dan kaedah pengajaran matematik yang perlu

difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi

dan deduksi. Walaupun begitu terdapat beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru

dalam menjalankan pengajaran pemilihan matematik di dalam kelas.

Secara umumnya terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik

iaitu pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan

guru. Tetapi untuk pembelajaran pemulihan di sini kita hanya akan membincangkan dua

pendekatan sahaja iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Ini

5

Page 6: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

adalah kerana dalam pemulihan matematik, guru biasanya akan menjalankan pengajaran lebih

kepada berpusatkan murid dan juga penggunaan bahan.

(Kementerian Pendidikan Malaysia,

6

Page 7: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

4.1.1 Pendekatan Berpusatkan Murid

Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam

setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil

dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawal.

Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara

kritis dan kreatif di samping memberi galakkan kepada murid untuk menyuarakan

pendapat. Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan

pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang

mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (D’Agustine, 1973),

permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk

minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat mengurangkan

rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.

Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara

lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan.

Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui

serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara

lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh

murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan atau pembelajaran yang

diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding pembelajaran secara

formal. Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang

murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan

mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk

mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong untuk

mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Dalam masa

yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh merangsang mereka

bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan.

4.1.2 Pembelajaran secara berkumpulan.

7

Page 8: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama

lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan

dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan

pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut

kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

4.1.3 Pendekatan Pemusatan Bahan

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan

penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke

arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru

boleh menggunakan ‘flash card’ sebagai bahan bantu yang ringkas. Yahya Othman dan

Roselan Baki (2007) menyatakan sudah sampai masanya pihak-pihak yang terlibat

dalam prosedion perguruan mengguna pakai aplikasi ICT sejajar dengan perkembangan

semasa dan akan datang. Sekain memudahkan ia juga lebih menarik minat, interaktif

dan pelbagai. Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan

pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam

pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh

memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid

untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan laman web untuk

mengakses permainan-permainan matematik secara atas talian. Situasi pembelajaran

pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam

jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain

Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud seperti

kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga

digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau

tanah liat. Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk

overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian

Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

8

Page 9: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu

mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam

pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih lagi.

4.2 Membuat Perancangan dan Menjalankan P & P Pemulihan Matematik

Untuk mencapai objektif pemulihan, iaitu dalam meningkatkan prestasi murid-murid dalam

pembelajaran matematik, guru matematik boleh menggunakan soalan-soalan seperti dibawah

ketika membuat perancangan dan sebelum menjalankan pengajaran pemulihan matematik :

i) Siapakah sasaran yang terlibat dalam sesi pengajaran ?

ii) Apakah kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas yang akan diajar ?

iii) Apakah perancangan yang dibuat sesuai dengan tahap dan kebolehan murid ?

iv) Adakah teknik pengajaran anda betul ?

v) Adakah bahan dan alatan dapat menarik perhatian murid dan mereka seronok ketika sesi

pengajaran pembelajaran matematik ?

vi) Adakah permainan matematik yang dirancang dalam pengajaran sesuai dimainkan oleh

murid ketika sesi pembelajaran ?

vii)Apakah permainan matematik tersebut hanya sesuai untuk sebahagian murid sahaja ?

Menurut Ainon & Abdullah (1995) prosedur penilaian hendaklah terdiri daripada prosedur yang

mendorong murid belajar secara koperatif dan berkumpulan. Penilaian cara kompetitif seperti

yang digunakan sekarang dikatakan membunuh kemahiran belajar secara bersama dan

berkumpulan dan tidak menggalakkan keupayaan kreatif. Belajar secara berkumpulan, terutama

dalam kelas pembelajaran pemulihan dapat membangkitkan motivasi dalam murid untuk

mempraktikkan kemahiran berfikir yang sedang mereka pelajari.

5.0 Program Pemulihan Matematik Murid Terpilih

Untuk memenuhi keperluan kursus ini pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap kelas

pemulihan matematik yang telah dijalankan oleh seorang dua orang guru matematik bagi dua

9

Page 10: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

orang pelajar (lihat lampiran) yang terpilih berdasarkan keputusan peperiksan yang telalu rendah

dan penyertaan dalam kelas yang begitu ketinggalan. Kedua-dua pelajar ini bersekolah di

Sekolah Kebangsaan Tinusa Jaya, Sandakan, Sabah. Sekolah ini merupakan sekolah yang baharu

sahaja dibuka oleh itu pengisian pelajar-pelajar awal sekolah ini diperolehi dari sekolah-sekolah

berhampiran. Justeru itu sekolah ini dijadikan ‘sekolah buangan’ pelajar-pelajar lembab dan

bermasalah. Usaha telah dibuat untuk membantu pelajar-pelajar yang terlalu lemah ini khususnya

dalam menguasai 3M, termasuklah mengadakan kelas pemulihan matematik secara satu sama

satu.

5.1 Latar Belakang Pelajar Pemulihan P1 dan P2

Kedua-dua pelajar ini tinggal di kawasan yang sama iaitu kawasan perumahan tepi pantai (atas

air) yang kebanyakannya terdiri daripada golongan kurang berpendapatan dan berpelajaran

tinggi. Hidup dalam keluarga yang agak besar dengan pendapatan yang terbatas. Dari segi

kehadiran didapati P1 dan P2 sering ponteng sekolah dan sering tidak membuat latihan-latihan

yang diberikan oleh guru. Dari segi disiplin, kedua-dua pelajar tidak mempunyai masalah

disiplin namun P2 didapati kurrang aktif di dalam kelas dan agak terasing dari pelajar-pelajar

lain. Di rumah pula kedua-dua pelajar tidak mempunyai saudara yang boleh atau mahu

membimbing pelajar tersebut sama ada dalam membuat latihan ataupun mengulangkaji

pelajaran. Masalah kedua-dua pelajar ini meliputi kesemua mata pelajaran dan dari segi mata

pelajaran matematik pula kedua-dua pelajar ini hanya mengenal nombor asas dua digit, tetapi

lemah dalam operasi asas iaitu campur, tolak, darab dan bahagi.

5.2 Guru pemulihan khas matematik telah menjalankan sesi pemulihan dengan menggunakan

kaedah interaktif bersemuka dengan pelajar. Guru menggunakan aplikasi video yang

diperolehi dari Youtube, gula-gula yang digunakana sebagai alat bantu mengajar dan juga

ganjaran atas peningkatan. Guru juga menggunakan flash card dan tayangan Power Point

tentang topik yang diajar pada masa itu. Durasi P&P mengambil masa selama 35 satu

sesi. Di hujung setiap sesi guru akan membuat ujian mudah ke atas pelajar-pelajar

tersebut.

10

Page 11: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

5.3 Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik

Matapelajaran : Matematik

Tarikh : 11 Oktober 2012

Kelas : 2B

Bilangan : 2 orang

Masa : 9.00 – 9.30 (35 minit)

Tajuk : Nombor bulat (21 hingga 50)

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengenali nombor 1 hingga 20

murid

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid akan

dapat:

i) Menyebut nombor 21 hingga 50 secara lisan

tanpa kesilapan apabila ditunjukkan gambar

oleh guru.

ii) Murid dapat memadankan nombor-nombor

yang sesuai dengan bilangan benda dalam

lembaran kerja, sekurang-kurangnya dapat

menjawab dengan betul 8 daripada 10

soalan.

iii) Menyusun kad-kad nombor 21 hingga 50

dengan betul secara menaik.

Alatan dan bahan : kad-kad gambar, kad-kad nombor, gula-gula, lembaran

kerja, persembahan Power Point

Langkah Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan dan 11

Page 12: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

(Masa) bahan

Set induksi

(5 minit)

1. Guru menayangkan video

angka-angka dalam

nyanyian lagu kanak-

kanak.

2. Guru menerangkan

bahawa pada hari tersebut

mereka akan mengenal

angka-angka dengan lebih

mendalam.

Pelajar menyanyi

bersama-sama.

Langkah 1 (5

minit)

1. Guru memberi sejumlah

gula-gula kepada setiap

kumpulan.

2. Guru meminta pelajar

mengumpulkan gula-gula

mengikut jumlah seperti

dalam kad yang

ditunjukkan oleh guru.

Contoh :

14, 8, 25, 20, 37

3. Aktiviti dijalankan secara

bergilir-gilir bagi setiap

murid.

Murid-murid

menjalankan aktiviti

seperti yang diarahkan

oleh guru.

Gula-gula

Langkah 2 (5

minit)

1. Guru menayangkan

persembahan Power Point

berkaitan nombor 21

Murid-murid diminta

menyebut nombor dan

mengeja perkataan

bagi nombor-nombor

Persembahan

power point

12

Page 13: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

hingga 50.

2. Guru menunjukkan dalam

bentuk nombor dan dalam

bentuk perkataan.

yang diperlihatkan

dalam persembahan

power point.

Langkah 3

(5 minit)

1. Guru memberikan kad

nombor kepada murid.

Guru meminta murid

menyusun kad nombor

secara menaik.

Murid menyusun kad

nombor secara menaik

di meja mereka.

Kad nombor

Langkah 4

(10 minit)

Guru membimbing murid

menyelesaikan masalah

secara individu.

Murid menjawab

soalan-soalan dalam

lembaran kerja latihan

pemulihan

Lembaran

kerja

pemulihan

Penutup

(5 minit)

1. Guru membuat

penilaian terhadap

hasil kerja murid.

Hasil pemerhatian pengkaji dan juga hasil penilaian yang dibuat terdapat peningkatan yang

ketara dalam pengetahuan dan penguasaan P1 dan P2. Walaupun masih tidak mencapai tahap

pelajar-pelajar yang lain namun hal ini menggambarkan bahawa P1 & P2 berpotensi untuk

dipulihkan. Pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru telah mendorong pelajar bertindak

balas dan dapat menguasai topik yang dibincangkan. Salah datu faktor penting dalam

pelaksanaan program pemulihan seperti ini ialah bagai mana guru dapat meruntuhkan tembok

pemisah antara pelajar dengan guru. Sekiranya pelajar berasa selesa maka mudahlah untuk

13

Page 14: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

mewujudkan interaksi dua hala yang akan memungkinkan aktiviti yang dilakukan mencapai

matlamatnya.

6.0 Penutup

Program pemulihan yang dijalankan di sekolah-sekolah merupakan usaha murni yang untuk

memberi peluang sama rata kepada semua pelajar dalam menimba ilmu. Keberkesanan sesebuah

program pemulihan terletak kepada bagai mana dua pihak iaitu guru dan pelajar berinteraksi dan

berkomunikasi di dalam kelas. Seterusnya pemilihan pendekatan yang sesuai akan dapat

membantu mempercepatkan proses pemulihan itu sendiri. Penggunaan pendekatan secara

eklektik dengan menggunakan medium P&P yang pelbagai akan dapat membantu menjayakan

program pemulihan tersebut.

Pemulihan matematik mungkin mempunyai cabaran yang lebih berbanding dengan mata

pelajaran lain kerana matematik itu sendiri merupakan mata pelajaran yang dilihat sebagai sukar

dan membingungkan. Oleh itu kepakaran dan kecekapan guru pemulihan dalam mengupaya diri

membantu pelajar-pelajar bermasalah sangat penting. Dalam hal ini guru-guru pemulihan

perlulah juga mahir dalam menggunaka teknologi terkini seperti ICT yang meliputu komputer,

telefon bimbit, iPad dan sebagainya.

14

Page 15: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

BIBLIOGRAFI

Ainon & Abdullah (1995). Mengajar kanak-kanak berfikir : panduan guru, bahan latihan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203 Kaedah pembelajaran khas matematik. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Din, F.S.(2000). Direct Instruction in Remedial Math Instructions dalam National Forum of Special Education Journal Vol. 9E 2000. Diperolehi pada 2 November 2012 dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCMQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.nationalforum.com%2FElectronic%2520Journal%2520Volumes%2FDin%2C%2520Feng%2520S.%2520%2520Direct%2520Instruction%2520in%2520Remedial%2520Math%2520Instructions.pdf&ei=xIWnUPIeh-2tB4OIgfgM&usg=AFQjCNEYTHai_R8Sb5FKj_n4xEZWAOyfbA&sig2=tIjZhqO_jNjJ-EhppVD-VQ

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Diperolehi pada 2 November 2012 dari http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Ministry of Social Justice and Empowerment. (2003). Educating Children with Learning Problems in Primary School: Resource Book for Teachers. Andhra Pradesh: National Institute for the Mentally Handicapped. Diperolehi pada 2 November 2012 dari http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCMQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.nimhindia.org%2FEducating%2520Children%2520With%2520Learning%2520Problems.PDF&ei=ZIWnUNn-Nc3rrQfGp4BY&usg=AFQjCNGLkQeXA-nwyuA-3Vky-fShFCy90Q&sig2=LunN-RV7ic6kbLzpVkhyJA

Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong.(1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik : untuk peringkat sekolah rendah. Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2007). Aplikasi Komputer dakam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Diperolehi pada 1 Novenber 2012 dari http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

15

Page 16: Pemulihan Matematik Sekolah Rendah

16