pemilihan bidang kejuruteraan elektrik …...sekalung ucapan terima kasih kepada bahagian...

26
PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAERAH SEBERANG PERAI, PULAU PINANG NOOR ZALILAH BINTI MANSOR Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL , 2008

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK DAERAH SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

NOOR ZALILAH BINTI MANSOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL , 2008

Page 2: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : Nama Penulis : NOOR ZALILAH BINTI MANSOR Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 3: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

iii

DEDIKASI

Khas untuk....

Faridah binti Haji Hussain….Seorang Ibu Yang Amat Ku Sanjungi.

Allahyarham Mansor bin Hj Arshad….Seorang Ayah Yang Amat Ku Hormati.

Dan Yang Amat Aku Rindukan

Abang, kakak dan adik-adik ku.

Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya

Budi dan jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

Mertuaku

Terima kasih di atas nasihat dan doronganmu

Untuk aku terus berjaya

Buat Yang Teristimewa…..Mohd Fauzi bin Ramli@Lahman

Suami Tercinta

Kesabaran, kesetiaan, ketabahan dan keikhlasanmu.

Menjadikan ikatan dan kasih sayang kita semakin kukuh

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Untuk adik-adikku ... Noor Zahiyah & Mohd Shahril

Jadikan kejayaan ini

Sebagai inspirasi dan pendorong untuk kalian berjaya

Jadilah insan yang beriman dan bertaqwa

Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan……terima kasih.

Berjaya jua kita akhirnya……

Semoga Allah s.w.t meredhai kehidupan kita....

Amin

Page 4: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-

pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat

serta salam kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat dan para pejuang

Islam sepanjang zaman yang telah menunjukkan kita untuk sentiasa melalui jalan yang

lurus.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia, Tuan Haji Asnul Dahar Bin

Minghat kerana telah menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat.

Segala panduan dan bimbingan yang dicurahkan telah banyak membantu saya dalam

memahami projek ini dengan lebih baik.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,

Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari Sekolah Menengah Teknik di daerah Seberang

Perai, Pulau Pinang yang terlibat dan membantu secara langsung dalam penyelidikan

ini.

Sekalung penghargaan kepada keluarga tersayang, suami serta mertua di atas

sokongan moral dan doa kalian selama ini. Ribuan terima kasih di atas segala

pengorbanan, sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas. Penghargaan juga ditujukan

kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu menjayakan dan menyiapkan projek ilmiah ini. Sekian terima kasih.

Page 5: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar,

bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera.

Sampel kajian terdiri daripada 127 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah

Teknik di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Set soal selidik digunakan sebagai

instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah α =

0.711. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the

Social Sciences” (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min.

Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi pekerjaan dengan nilai min tertinggi

iaitu 3.92 paling mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya dalam bidang elektrik dan

elektronik, manakala tiga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam

bidang elektrik dan elektronik dengan nilai min bagi faktor minat ialah 3.48, faktor

pengaruh luar dengan nilai min 3.06 dan faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya

dengan nilai min 3.01 mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi

melaksanakan kajian lanjutan dilakukan.

Page 6: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

vi

ABSTRACT

This descriptive research is to identify factors that influence the choice of careers

in electric and electronic based on four major factors that are; interest, outside influence,

career counseling and working situation as an engineer. Research samples are 127 form

four students of Sekolah Menengah Teknik in Seberang Perai District, Pulau Pinang.

Questionnaire set is used as an instrument in this research. The reliability index of the

questionnaire items are α = 0.711. The result of this research is analyzed by using

“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Version 11.5 to get the frequency,

percentage and min. The result shows that factor of working situation has the highest

min which is 3.92. Another three factors that influence choice of careers has the min of

3.48 (interest), 3.48 (outside influence) and career counseling club (3.01). A few

suggestions have been given to proceed with the further research.

Page 7: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 8: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Rasional Kajian 12

1.9 Istilah dan Definisi 13

1.9.1 Faktor 13

1.9.2 Mempengaruhi 13

1.9.3 Kerjaya 13

1.9.4 Pembentukan Awal Kejaya 14

1.9.5 Pemilihan Kerjaya 14

1.9.6 Jurutera 14

1.9.7 Kejuruteraan 15

1.9.8 Minat 15

1.9.9 Pengaruh Luar 15

1.9.10 Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya 16

1.9.11 Situasi Pekerjaan 16

Page 9: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pengenalan Pemilihan Kerjaya 17

2.3 Faktor Minat 23

2.4 Faktor Pengaruh Luar 26

2.5 Faktor Bimbingan dan Kaunseling 29

Kerjaya Sekolah

2.6 Faktor Situasi Pekerjaan 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.5 Prosedur Kajian 38

3.6 Instrumen Kajian 38

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Kesahan Soal Selidik 43

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 44

3.10 Analisis Data 45

Page 10: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 48

4.2.1 Jantina 48

4.2.2 Nama Sekolah 49

4.2.3 Bangsa 50

4.2.4 Agama 51

4.2.5 Gred Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Semasa

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 51

4.2.6 Pekerjaan Bapa 52

4.2.7 Pekerjaan Ibu 53

4.3 Bahagian B (Persoalan Kajian)

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 55

Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam

proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik ?

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Ke dua 59

Apakah pengaruh luar mempengaruhi pelajar

dalam proses pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ke tiga 63

Apakah bimbingan dan kaunseling kerjaya

mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik?

Page 11: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Ke empat 67

Apakah situasi pekerjaan sebagai seorang

jurutera mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan kerjaya dalam bidang Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik ?

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 71

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan Bahagian A 74

5.3 Perbincangan Bahagian B 75

5.3.1 Faktor minat mempengaruhi pelajar dalam 75

proses pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

5.3.2 Faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar 78

dalam proses pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

5.3.3 Faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya 80

mempengaruhi pelajar dalam pemilihan

kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik.

5.3.4 Faktor situasi pekerjaan sebagai seorang 82

jurutera mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik.

Page 12: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

5.4 Rumusan 86

5.5 Cadangan 88

5.5.1 Ibu Bapa 88

5.5.2 Pelajar 89

5.5.3 Sekolah 89

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.7 Penutup 90

RUJUKAN 92- 99

LAMPIRAN A – F 100 - 113

Page 13: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hala Tuju Lepasan Tingkatan 5 MPV (Lanskap

Dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Perling, Johor 8

3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Mengikut Sekolah 37

3.2 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian

Item Dan Jumlah Item 41

3.3 Skor Skala Likert 5 Mata 42

3.4 Perubahan Skala Lima Mata Kepada 3 Mata 45

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Resonden Mengikut Sekolah 49

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 50

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 51

4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Semasa PMR 52

4.6 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa 52

4.7 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu 53

4.8 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian Item

Dan Jumlah Item 54

4.9 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam

Proses Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik 56

Page 14: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xiv

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.10 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 60

Dan Min Bagi Aspek Faktor Pengaruh Luar

Mempengaruhi Pelajar Dalam Proses Pemilihan

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan

Elektronik

4.11 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 64

Dan Min Bagi Aspek Faktor Bimbingan Dan

Kaunseling Kerjaya Mempengaruhi Pelajar Dalam

Pemilihan Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik

4.12 Taburan Respon Mengikut Frekuansi, Peratus 68

Dan Min Bagi Aspek Faktor Situasi Pekerjaan

Sebagai Seorang Jurutera Mempengaruhi Pelajar

Dalam Pemilihan Kerjaya Dalam Bidang

Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

4.13 Taburan Purata Min Dan Tahap Keseluruhan Bagi 71

Setiap Persoalan

Page 15: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil. : Bilangan

EPRD : Education Planning Research And Development

F : Frekuensi

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

MPV : Mata Pelajaran Vokasional

PMR : Penilaian Menengah Rendah

PRS : Pembimbing Rakan Sebaya

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

ILP : Institut Latihan Perindustrian

IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta

YPJ : Yayasan Pelajaran Johor

Page 16: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat A Borang Soal Selidik 100 B Surat Pengenalan Diri Fakulti Pendidikan 108 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 109 EPRD D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 111 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang E Pengesahan Item-item Soal Selidik 112 F Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. Yang 113 Menunjukkan Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi

Page 17: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan adalah landasan pendidikan di Malaysia. Objektif utama

pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Setiap pelajar yang menjadi warganegara Malaysia

perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar mempunyai wawasan dan

visi yang jauh dalam kehidupannya.

Menurut hieraki Maslow dalam Ee Ah Meng (1986), setiap individu itu

sewajarnya mempunyai matlamat keperluan yang sama. Keperluan asas yang ada

perlulah dipenuhi untuk kepuasan dan dorongan bagi mencapai keperluan-keperluan

yang lain. Seorang pekerja akan merasakan bahawa mendapatkan suatu pekerjaan yang

baik dan berprestij akan mendapatkan suatu keputusan yang cemerlang serta dapat

melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah suatu tahap kesempurnaan kendiri.

Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amatlah

diperlukan bagi mencapai tahap tersebut. Semua itu akan memudahkan bagi mereka

untuk membentuk dan merancang kerjaya masing-masing.

Page 18: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

2

Setiap individu berkehendakan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan

pada masa hadapan. Oleh itu, pembentukan perlu dirancang dengan sebaik mungkin

agar bersesuaian dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan.

Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan

dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang ada dipersekitarannya semasa

proses pemilihan kerjaya itu berlaku.

Bagi individu yang telah mengenal pasti kerja yang diinginkan, maka adalah

mudah untuk melaksanakan langkah seterusnya tetapi bagi mereka yang masih belum

melakukan pemilihan kerjaya akan menghadapi masalah dan dilema untuk membuat

pemilihan mengikut minat serta kriteria yang ada pada dirinya.

Menurut Hairunnaja (2005), pemilihan kerjaya yang tepat dan sempurna secara

tidak langsung menentukan kebahagiaan hidup seseorang. Memilih kerjaya yang sesuai

dengan diri boleh mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Sebaliknya, pemilihan

kerjaya yang tidak sesuai boleh mendatangkan kedukaan dan kesedihan.

Oleh itu, pemilihan kerjaya diperingkat awalan adalah penting kerana apabila

pelajar telah tamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang

dan mata pelajaran yang diminati. Terdapat enam mata pelajaran teras yang wajib

diambil oleh pelajar dan empat mata pelajaran elektif yang diberikan pilihan. Empat

mata pelajaran elektif ini kebiasaannya lebih kepada mata pelajaran yang berkaitan

dengan bidang kerjaya yang dipilih oleh seseorang pelajar itu.

Page 19: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

3

Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah organisasi

yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kemasukan pelajar ke sekolah-

sekolah teknik di Malaysia. Kemasukan pelajar bergantung kepada keputusan

peperiksaan PMR.

Semua sekolah-sekolah vokasional telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah

Teknik. Oleh itu, terdapat aliran teknik dan aliran vokasional dalam Sekolah Menengah

Teknik. Aliran teknik bertujuan menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan

teknologi lepasan menengah ke institusi pengajian tinggi. Aliran vokasional pula

menawarkan mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi sebagai mata pelajaran

pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Vokasional di akhir tingkatan lima.

Kurikulum aliran teknik adalah terdiri dari bebarapa bidang. Antara bidang

ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pertanian, Perdagangan, Pengurusan

Makanan dan Pengajian Pakaian. Objektif penubuhan Sekolah Menengah Teknik adalah

untuk :-

i) Menyediakan guna tenaga yang dilengkapi dengan kemahiran dan

pengetahuan asas untuk sektor perindustrian dan perdagangan.

ii) Mengadakan kurikulum yang boleh diubahsuai selaras dengan perubahan

masa dan zaman berdasarkan pada kepentingan mata pelajaran yang

berkaitan dengan industri sekarang dan juga akan datang.

iii) Mengadakan pendidikan asas sains, matematik dan bahasa untuk

membolehkan pelajar-pelajar menyesuaikan diri mereka dengan cara bekerja

Page 20: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

4

serta boleh berinteraksi dan berkomunikasi untuk mencapai kecekapan yang

lebih tinggi dalam bidang pekerjaan mereka kelak.

iv) Mengadakan pelajaran asas teknikal untuk membolehkan pelajar-pelajar

melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Menengah Teknik

merupakan sebuah sekolah yang berasaskan kepada bidang teknikal yang merangkumi

pekerjaan seperti kejuruteraan elektrik, awam, jentera, senibina, usahawan dan

sebagainya. Menurut Hairunnaja (2005), terdapat jurang yang besar dalam peluang

kerjaya antara bidang kemahiran, teknikal dan sains dengan bidang sastera, sains sosial

dan kemanusiaan. Bidang kemahiran, teknikal dan sains memberi peluang kerjaya yang

lebih kepada mereka yang mengikutinya. Bidang ini sedang pesat berkembang sesuai

dengan keperluan negara yang sedang berusaha menjadi sebuah negara maju sejajar

dengan wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Y.A.B Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam membentangkan Rancangan

Malaysia ke 9 telah menyarankan bagi meningkatkan daya saing jangka panjang negara,

kerajaan terus menggalakkan peralihan kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah

yang tinggi dalam tiga sektor utama ekonomi, iaitu pertama pembuatan, kedua

perkhidmatan dan yang ketiga ialah pertanian. Sumber pertumbuhan baru dalam sektor-

sektor tersebut telah dikenal pasti dan akan digalakkan bagi menjana pendapatan

tambahan dan mewujudkan kekayaan baru.

Page 21: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

5

Kerajaan telah mengkaji bahawa sektor pembuatan dijangka berkembang pada

kadar 6.7 peratus setahun dan akan terus beralih kepada aktiviti berteknologi tinggi dan

berintensif pengetahuan dengan nilai tambah yang tinggi merangkumi pelbagai industri

terutamanya elektrik dan elektronik.

( Sumber : Laporan Rancangan Malaysia ke 9 (2006))

Walau banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan namun remaja masih

bermasalah dalam membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya. Menurut kajian yang

dijalankan oleh Sharp dan Marra dalam Rodzimah (2000), menunjukkan bahawa

masalah tidak boleh membuat keputusan kerjaya di kalangan remaja disebabkan oleh

ketiadaan realisme semasa membuat pilihan. Mereka tidak dapat menilai dengan baik

mengenai minat, kebolehan, bakat atau sahsiah mereka. Ini menyebabkan pemilihan

yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadi. Menurut mereka juga masalah

utama yang sering dihadapi oleh remaja masa kini adalah untuk membuat pemilihan

kerjaya yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri. Ada

pemilihan yang terlalu tinggi dan tidak kurang pula yang terlalu rendah ( Aminuddin,

1982).

Menurut Ginzberg dalam Arthur P.Lloyd et. al (1994), pilihan pekerjaan ialah

satu proses yang memakan masa sekurang-kurangnya enam atau tujuh tahun dan

biasanya masa ini melebihi sepuluh tahun. Ini kerana setiap keputusan yang dibuat

dalam masa remaja adalah berkaitan dengan pengalaman seseorang itu sehingga tahap

itu dan ia mempengaruhi masa depan seseorang.

Page 22: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

6

Menurut Hishamuddin (1995) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam

membuat pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut :-

i. Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat

Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak

mempunyai minat dalam berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau

betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan yang ada

pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut membuat

pemilihan kerjayanya.

ii. Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan

Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan

ataupun bakat dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak

setimpal dengan sifat peribadi. Ada pemilihan yang dibuat terlalu tinggi

dan ada pula yang terlalu rendah berbanding dengan kemampuan dan

keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri seseorang

itu.

iii. Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan

Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan

remaja, dimana pada peringkat ini remaja tidak mendapat pendedahan

dan penerangan yang mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan dan

jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.

Menurut Rahim (1994), seseorang itu hendaklah mengetahui apa yang mereka

mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai kepadanya kerana peluang

biasanya tidak selalunya datang berulang. Menurutnya “seseorang yang berjaya itu

adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya”. Situasi ini memberi penekanan terhadap

kepentingan para pelajar untuk membuat pemilihan yang betul dalam penentuan bidang

kerjaya mereka berdasarkan faktor-faktor tertentu yang telah mereka kenal pasti.

Page 23: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

7

Menurut Crow (1967), menyatakan empat faktor yang mempengaruhi seseorang

menceburi alam pekerjaan. Faktor-faktor itu adalah :-

i. Keupayaan, minat dan sifat peribadi individu

ii. Mengenal pasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syarat yang

dikehendaki

iii. Mempunyai kebolehan dalam sesuatu pekerjaan

iv. Mempunyai darjah minat yang tinggi terhadap aktiviti pekerjaan

Menurut Hairunnaja (2005), sesuatu kerjaya yang akan di ceburi olah seseorang

individu sebenarnya memberi kesan yang besar kepada kehidupannya. Apabila individu

bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, dia akan menghabiskan separuh daripada

masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah

lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu itu dalam aktiviti-aktiviti lain

yang dilakukannya bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang

kerjaya dalah suatu perkara yang penting. Memilih kerjaya adalah suatu perkara yang

perlu dirancang terlebih dahulu.

Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan

personaliti diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang

individu. Tersalah pilih atau tersalah mengatur strategi dalam memilih pekerjaan boleh

menimbulkan rasa bosan dalam bekerja, menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain

risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup.

Page 24: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

8

Jadual 1.1 di bawah menunjukkan analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 MPV

(Lanskap dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor.

Jadual 1.1 : Hala Tuju Lepasan Tingkatan 5 MPV (Lanskap dan Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor.

Bilangan Pelajar Bil Perkara

L % P % Jumlah

1 Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 1 4 1

2 Melanjutkan pelajaran

a) Kolej komuniti

b) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

1

1

4

4

1

1

3 Mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan

MPV (ILP Pasir Gudang) 2 9 2

4 Bekerja sementara/ tetap dalam bidang yang tidak

berkaitan dengan MPV (Lanskap dan Nurseri) 18 79 18

Jumlah 23 100 - 23

(Sumber: Unit Pendidikan Teknik dan Vokasional SMK Seri Perling, Johor 2003)

Jadual 1.1 menunjukan analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 MPV (Lanskap dan

Nurseri) 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling, Johor. Berdasarkan

maklumat tersebut dapat disimpulkan bahawa ramai pelajar tidak bekerja sementara /

tetap berkaitan bidang yang diikuti semasa di sekolah. Seramai 18 orang yang sudah

menceburi bidang pekerjaan sementara/tetap yang tidak berkaitan dengan MPV

(Lanskap dan Nurseri). Terdapat 2 orang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran

iaitu di Kolej Komuniti dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Terdapat juga 2 orang di

antaranya mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan MPV iaitu di ILP Pasir

Gudang, Johor. Ada juga seorang pelajar melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.

Page 25: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

9

1.3 Pernyataan Masalah

Analisis hala tuju lepasan tingkatan 5 pelajar bagi MPV (Lanskap dan Nurseri) di

Sekolah Menengah Seri Perling pada tahun 2003 menunjukkan seramai 18 daripada 23

atau 79% pelajar telah bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan MPV yang

diambil. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik

dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik

Seberang Perai, Sekolah Menengah Teknik Butterworth dan Sekolah Menengah Teknik

Nibong Tebal di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Antara faktor yang dikaji ialah

minat, pengaruh luar, Bimbingan dan Kaunseling kerjaya sekolah dan situasi pekerjaan

itu sendiri.

1.4 Objektif Kajian

Diharapkan agar hasil kajian ini dapat memenuhi objektif berikut:-

i) Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan

kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

ii) Mengenalpasti faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam proses

pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

iii) Mengenalpasti faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya mempengaruhi pelajar

dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

iv) Mengenalpasti faktor situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera mempengaruhi

pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Page 26: PEMILIHAN BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK …...Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

10

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini telah dibahagikan kepada beberapa

aspek seperti berikut:-

i) Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

ii) Apakah pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

iii) Apakah bimbingan dan kaunseling kerjaya mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?

iv) Apakah situasi pekerjaan mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di

bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik?