pembuktian hhhc9801 kemahiran kreatif dan inovatif

Click here to load reader

Post on 04-Aug-2015

159 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. PEMBUKTIAN HHHC9801 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF / SET 6 SEMESTER 2 2013/2014 Nama: Nur Aleya Binti Mohd Lokman No Matriks: A146171 2. Pengenalan Projek NAMA PROJEK : DELEGASI PATRIOTIK (DETIK) 2014 TARIKH : 26 & 27 APRIL 2014 TEMPAT :BANGUNAN BARU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UKM BANGI Program ini berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan kesedaran tentang kepentingan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan kakitangan. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan seterusnya menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunakan konsep intelektual dan lebih ilmiah daripada badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi, maka mahasiswa juga diberi peluang untuk menyahut cabaran sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara ini kelak. Selain dari itu, Program ini mewujudkan peluang kepada bakal pewaris negara untuk belajar dan mengahadapi cabaran akan datang dengan berkonsepkan pameran dan ceramah. Kebolehan dalam pengendalian medan perniagaan di antara mahasiswa dan peniaga-peniaga luar merupakan satu nilai yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa dan generasi Malaysia pada masa hadapan. Program ini merupakan salah satu sahutan daripada cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang sepenuhnya bermoral dan beretika, liberal dan toleran yang matang serta bebas dari segi psikologi, selamat dan maju. 3. Surat Kelulusan JPPEL 4. Jawatan yang disandang: Ahli Jawatankuasa ( AJK ) Protokol Tugas : Berurusan dengan perasmi dan jemputan VIP yang akan hadir semasa program perasmian serta sambutan yang akan dilakukan. Merancang gimik perasmian dan pengisian yang akan dilakukan dalam majlis perasmian Menguruskan protokol semasa program. Bekerjasama dengan post Program, Teknikal, Cenderamata dan Jamuan bagi memastikan kelancaran majlis sehingga akhir. 5. Ringkasan Tugasan Saya sebagai salah seorang AJK Protokol ditugaskan untuk membuat pamphlets untuk program ini dan diedarkan kepada para tetamu VIP. Di sini saya telah mengaplikasikan KEMAHIRAN KREATIF & INOVATIF yang bersesuaian dengan kursus ini. Kandungan pamphlets tersebut terdapat Pengenalan program ini, Pengenalan, Tema Organisasi dan Tentatif Program. Saya juga ditugaskan untuk menyiapkan slideshow dengan menggunakan applikasi Microsoft Powerpoint untuk dipertontonkan kepada para tetamu pada hari penutupan program tersebut. Di sini saya telah mengapplikasikan KEMAHIRAN KREATIF & INOVATIF saya dalam Powerpoint tersebut. Di bawah ini, saya telah lampirkan beberapa gambar semasa program ini dijalankan.

View more