pengintegrasian ilmu naqli dan aqli melalui...

33
4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017 106 PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI PENDEKATAN “LESSON STUDY” KAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ SAINS NEGERI SELANGOR 1 Zetty Nurzuliana Rashed, 1 Ahmad Shafiq Mat Razali, 1 Siti Rashidah Abd. Razak, 1 Norshilawani Shahidan, 1 Zanaton H Iksan, 2 Sri Andayani Mahdi Yusuf, [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli melalui pendekatan lesson study di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Tumpuan kajian ini adalah berdasarkan kepada empat elemen yang terdapat dalam pendekatan lesson study iaitu menentukan matlamat, merancang pengajaran, kelas terbuka dan refleksi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara deskriptif. Kaedah persampelan bertujuan dipilih bagi menemubual satu kumpulan komuniti yang terdiri daripada dua orang guru Pendidikan Islam dan tiga orang guru Biologi. Teknik temubual kumpulan komuniti dan pemerhatian dalam pengajaran serta analisis dokumen digunakan dalam proses pengumpulan data. Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang guru Syariah Islamiyah dan seorang guru Biologi tingkatan lima. Kajian ini menggunakan perisian Nvivo bagi menganalisis data. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat kesan positif melalui aplikasi kaedah lesson study dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan melalui temubual peserta kajian mendapati peserta-peserta kajian memberi respon positif mengenai penggunaan pendekatan lesson study ini. Melalui pemerhatian ketika open class dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa dengan menggunakan pendekatan lesson study dalam pengajaran, ia dapat memberi motivasi kepada guru untuk mengaplikasikan ilmu naqli (al-Quran) yang telah mereka pelajari dalam subjek lain dan mengintegrasi ilmu sains (aqli) yang dipelajari dengan ilmu naqli. Selain itu, ia merupakan satu penambahbaikan kerana integrasi ilmu tidak dapat dicapai dengan berkesan tanpa kaedah lesson study berikutan guru yang mengajar hanya mahir dalam bidang atau subjek mereka sahaja. Melalui pendekatan lesson study guru-guru dapat bersama-sama bertukar ilmu dan kepakaran bidang. Analisis dokumen juga mendapati bahawa silibus yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyebut secara jelas bagaimana proses integrasi perlu dilaksanakan dan pengkaji mendapati kaedah lesson study merupakan kaedah yang paling sesuai untuk memastikan proses integrasi berlaku dengan baik sepanjang sesi pengajaran. Kata kunci: integrasi, lesson study, ilmu aqli, ilmu naqli.

Upload: ngokhanh

Post on 01-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

106

PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI PENDEKATAN

“LESSON STUDY” KAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ SAINS NEGERI

SELANGOR

1Zetty Nurzuliana Rashed,

1Ahmad Shafiq Mat Razali,

1Siti Rashidah Abd. Razak,

1Norshilawani Shahidan,

1Zanaton H Iksan,

2Sri Andayani Mahdi Yusuf,

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected] 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS

2Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli melalui

pendekatan lesson study di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Tumpuan kajian ini adalah

berdasarkan kepada empat elemen yang terdapat dalam pendekatan lesson study iaitu

menentukan matlamat, merancang pengajaran, kelas terbuka dan refleksi. Kajian ini

menggunakan reka bentuk kualitatif secara deskriptif. Kaedah persampelan bertujuan dipilih

bagi menemubual satu kumpulan komuniti yang terdiri daripada dua orang guru Pendidikan

Islam dan tiga orang guru Biologi. Teknik temubual kumpulan komuniti dan pemerhatian

dalam pengajaran serta analisis dokumen digunakan dalam proses pengumpulan data.

Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang guru Syariah Islamiyah

dan seorang guru Biologi tingkatan lima. Kajian ini menggunakan perisian Nvivo bagi

menganalisis data. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat kesan positif melalui aplikasi kaedah

lesson study dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan melalui temubual peserta

kajian mendapati peserta-peserta kajian memberi respon positif mengenai penggunaan

pendekatan lesson study ini. Melalui pemerhatian ketika open class dilaksanakan, pengkaji

mendapati bahawa dengan menggunakan pendekatan lesson study dalam pengajaran, ia dapat

memberi motivasi kepada guru untuk mengaplikasikan ilmu naqli (al-Quran) yang telah

mereka pelajari dalam subjek lain dan mengintegrasi ilmu sains (aqli) yang dipelajari dengan

ilmu naqli. Selain itu, ia merupakan satu penambahbaikan kerana integrasi ilmu tidak dapat

dicapai dengan berkesan tanpa kaedah lesson study berikutan guru yang mengajar hanya

mahir dalam bidang atau subjek mereka sahaja. Melalui pendekatan lesson study guru-guru

dapat bersama-sama bertukar ilmu dan kepakaran bidang. Analisis dokumen juga mendapati

bahawa silibus yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak

menyebut secara jelas bagaimana proses integrasi perlu dilaksanakan dan pengkaji mendapati

kaedah lesson study merupakan kaedah yang paling sesuai untuk memastikan proses integrasi

berlaku dengan baik sepanjang sesi pengajaran.

Kata kunci: integrasi, lesson study, ilmu aqli, ilmu naqli.

Page 2: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

107

1.0 PENGENALAN

Kajian ini ingin meneroka amalan pengintegrasian yang berasaskan kepada

kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru-guru pendidikan Islam dan

guru-guru sains di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor. Amalan pengintegrasian ini

menggunakan pendekatan lesson study yang terdiri daripada empat langkah iaitu

pembentukan kumpulan komuniti, penyediaan rancangan pengajaran, pengajaran di

kelas terbuka dan rekfleksi pengajaran. Pembentukan kumpulan komuniti

menggabungkan kolaborasi antara guru pendidikan Islam dan guru sains dalam

mengintegrasikan ilmu wahyu dan sains. Peserta kajian terdiri daripada guru-guru

pendidikan Islam dan guru sains yang mengajar tingkatan lima. Kajian berbentuk

kualitatif ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mengumpul data. Kajian

ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru pendidikan Islam dan sains ke arah

memperkasakan lagi persediaan pengajaran mereka ke arah mengintegrasikan ilmu

naqli dan aqli. Kolaborasi antara guru-guru pendidikan Islam dan guru-guru sains

adalah perlu untuk menterjemahkan sesi pengajaran yang lebih bermakna mengikut

kepada konsep kesepaduan ilmu naqli dan aqli.

1.1 Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan yang menggabungkan sains sosial atau sains kemasyarakatan, sains

tabi’i atau sains natural serta sains ketuhanan adalah perlu diterapkan dalam

kurikulum bermula peringkat rendah lagi dalam usaha memantapkan lagi masyarakat

yang memartabatkan ilmu dan tamadun yang berteraskan Islam (Zetty Nurzuliana,

2016). Penghayatan agama dan sains amat diperlukan untuk mencari kebenaran

tentang segala sesuatu yang wujud iaitu manusia, alam dan tuhan (Azizan

Baharuddin, 2007).

Keperluan kepada sistem pendidikan yang berasaskan kepada kesepaduan ini

mempunyai impak yang signifikan dalam membentuk perwatakan dan sahsiah murid

ke arah memahami al-Quran seterusnya melahirkan generasi al-Quran (Zetty

Nurzuliana, 2016). Noor Hisham (2008) menyatakan pendidikan sepadu dan

Islamisasi ilmu pada dasarnya adalah perkara yang sama. Konsep pendidikan sepadu

ini bersifat lebih umum manakala Islamisasi ilmu pula lebih mengkhusus. Ini

Page 3: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

108

bermakna tidak semua konsep kesepaduan dikaitkan dengan Islamisasi ilmu tetapi

sebaliknya pula bagi gagasan Islamisasi ilmu. Walau bagaimanapun tujuan dan

matlamatnya adalah sama. Pendidikan sepadu bermatlamatkan untuk meletakkan

kembali sistem pendidikan pada landasan yang betul selepas tergelincir disebabkan

pengaruh sekularisme dan dualisme dalam pendidikan. Manakala gagasan Islamisasi

ilmu pula berfungsi secara lebih mengkhusus dari sudut untuk meletakkan kembali

ilmu sains moden ke dalam kerangka ilmu yang berteraskan prinsip tauhid (Zetty

Nurzuliana, 2016).

Nor Hayati (2005) menyatakan bahawa proses pengislaman ilmu ini amat

diperlukan kerana kebanyakan ilmu yang diterapkan kepada murid masa kini

merupakan ilmu yang terhasil daripada wadah pemikiran Barat yang bercanggah

dengan Islam. Oleh yang demikian, pengislaman ilmu ini bermaksud proses yang

menjadikan ilmu yang terhasil dari wadah pemikiran Barat sama ada dari segi

matlamat, pengkaedahan dan penggunaan ilmu dilihat dari perspektif Islam. Pada

hakikatnya, proses pengislaman ilmu ini merupakan proses yang belum sempurna

namun proses pengislaman pelajar amat perlu diteruskan (Zetty Nurzuliana, 2016).

Oleh demikian, dalam usaha memartabatkan kesepaduan ilmu sains dan ilmu

ketuhanan, satu kajian perlu dijalankan bagi meneroka perlaksanaan kesepaduan ilmu

melalui pendekatan lesson study. Pendekatan lesson study ini bermaksud kajian

pembelajaran yang bersifat kolaboratif iaitu keperluan kolaborasi di antara guru sains

dengan guru al-Quran. Amalan pembelajaran komuniti atau PLC (Profesional

Learning Community) bermaksud pendidik yang komited dan bekerja sama secara

kolaboratif (guru dengan guru). Terdapat empat langkah dalam pelaksanaan

pendekatan lesson study di sekolah, iaitu:

i. menentukan matlamat

ii. merancang pengajaran

iii. pengajaran terbuka atau kelas terbuka

iv. refleksi.

Bagi melaksanakan setiap langkah tersebut, guru perlu membentuk kumpulan

komuniti terlebih dahulu bagi memudahkan proses kolaborasi di antara guru dengan

guru. Semasa menentukan matlamat, guru perlu melihat kepada sukatan pelajaran

Page 4: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

109

harian yang hendak diajar di dalam kelas. Semasa merancang pengajaran kumpulan

komuniti yang terdiri dari pada guru-guru sains dan guru-guru yang mengajar subjek

Pendidikan Islam hadir bersama-sama untuk merancang bersama-sama bagi

menghasilkan pengajaran yang dapat disepadukan antara ilmu sains dan ilmu al-

Quran.

Semasa pengajaran atau kelas terbuka (open class), guru yang mengajar

hanyalah seorang sahaja dan guru-guru yang lain (ahli komuniti) hadir memerhati

bagaimana pelajar belajar. Bukan guru yang menjadi tumpuan dalam pendekatan

lesson study ini akan tetapi bagaimana pelajar memperoleh maklumat dan ilmu

pengetahuan yang terhasil dari perancangan pengajaran di antara guru-guru sains dan

guru-guru al-Quran.

Langkah yang terakhir dalam lesson study adalah refleksi. Selepas sahaja

pengajaran berlaku di dalam kelas, maka ahli komuniti akan terus melakukan refleksi

terhadap bagaimanakah proses penerimaan ilmu berlaku pada setiap pelajar.

Diharapkan dengan pendekatan lesson study ini, harapan untuk menghasilkan

kemenjadian murid yang menguasai ilmu naqli (al-Quran) dan aqli (sains) dapat

diwujudkan selain menimbulkan minat yang mendalam dalam kalangan murid untuk

mempelajari sains dan al-Quran. Penguasaan kedua-dua ilmu naqli dan aqli memberi

satu kepercayaan kukuh dalam diri pelajar tentang tanggungjawab belajar dan

kepatuhan kepada semua perintah Allah SWT melalui kekuasaan yang berjaya

mengaitkan ilmu wahyu dengan kehidupan.

1.2 Pernyataan Masalah

Masyarakat kini mula menyedari keistimewaan sekolah yang berasaskan pendidikan

bersepadu atau bersifat holistik (Zetty Nurzuliana, 2016). Menurut Adnan Rashid et.

al (2013), sekolah ini berbeza dengan sekolah agama tradisional kerana ia

menekankan kepada subjek-subjek yang disepadukan dengan ilmu naqli dan ilmu

aqli. Zetty Nurzuliana (2016) berpendapat nilai-nilai serta kandungan dari mata

pelajaran lain seperti sains perlu diserapkan supaya wujud kesepaduan di antara ilmu-

ilmu yang dipelajari oleh para murid. Sekiranya konsep kesepaduan yang dinyatakan

Page 5: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

110

ini menjadi amalan guru-guru Pendidikan Islam maka sudah pasti cita-cita dan hasrat

negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana yang

dikehendaki di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan dapat

direalisasikan.

Kemahiran pedagogi guru juga perlu dipertingkatkan lagi. Salah satu caranya

melalui pendekatan kolaborasi di antara guru pendidikan Islam dengan guru-guru

sains terhadap sesuatu tajuk yang akan diajarkan. Pedagogi pengajaran pendidikan

Islam juga dilihat begitu terasing dan terpisah daripada mata pelajaran yang lain. Mata

pelajaran pendidikan Islam dilihat dari perspektif yang begitu sempit serta tiada

kepentingannya untuk disepadukan dalam mata pelajaran yang lain. Hal ini

merupakan sebahagian daripada serpihan yang ditinggalkan oleh pemikiran sekular

yang beranggapan bahawa agama sebagai suatu urusan peribadi melebihi daripada

pandangan Islam sebagai ad-deen (Rosnani Hashim 2002).

Kajian Zakaria Din dan Ab. Halim Tamuri (2010) juga menunjukkan timbul

juga satu masalah dalam pendidikan Islam iaitu salah satu bidang Pendidikan Islam

iaitu bidang akidah yang kurang diminati berbanding dengan pelajaran lain. Bidang

akidah kurang dikaitkan dengan semua aspek kehidupan manusia. Walhal keimanan

dan keyakinan terhadap ajaran Islam merupakan paksi kepada pembinaan akhlak (Ab.

Halim Tamuri, 2007). Gambaran ketuhanan dilihat terlalu kaku dan kabur sehingga

sukar para murid menghayatinya. Ini mungkin disebabkan pendidikan Islam kurang

terdedah kepada mata pelajaran sains dan kemanusiaan yang menyebabkan ia kurang

menghubungkan tauhid dengan kegiatan saintifik dan teknologi (Zetty Nurzuliana,

2016). Oleh yang demikian melalui pendekatan lesson study dapat meningkatkan

peranan guru Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu dengan lebih jelas dan

teliti dengan mengaitkan fakta saintifik supaya dapat menarik lagi minat murid.

Nur Aida Muhamad (2016) menyatakan, beberapa kajian lepas yang

berfokus tentang kemahiran berfikir seperti kemahiran berfikir kritikal, kritis dan

kreatif serta penyelesaian masalah dalam kalangan murid di beberapa buah negeri di

Malaysia masih pada tahap sederhana dan rendah (Sarimah & Shaharom 2008;

Zanariah 2010; Nor Hasnida et al. 2011; Faridah et al. 2013). Agenda untuk

Page 6: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

111

melahirkan pelajar yang mampu menggunakan akal untuk berfikir masih tidak dapat

diwujudkan sepenuhnya. Temu bual ke atas guru-guru Pendidikan Islam dan guru-

guru sains pada 8 Ogos 2016 menyatakan bahawa sukatan pelajaran yang melibatkan

integrasi ilmu naqli dan aqli masih dalam peringkat penggubalan. Guru-guru

mempunyai pendekatan dan inisiatif sendiri untuk mencari bahan pengajaran yang

bersesuaian bagi mengintegrasikan ilmu yang diajar.

Oleh demikian, satu pendekatan yang dikenal pasti dapat memberikan satu

penyelesaian kepada masalah yang timbul adalah dengan melaksanakan pembelajaran

melalui pendekatan lesson study antara guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru

Sains. Pendekatan lesson study ini membantu guru menguasai dua bidang ilmu (al-

Quran dan Sains) sehingga dapat merangsang minat murid untuk berfikir dan

mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Selain memberikan satu

ilmu yang bermakna kepada murid dan mengetahui tujuan sebenar murid menghafal

al-Quran. Diharapkan melalui pendekatan ini dapat meningkatkan penghayatan,

kefahaman agama Islam dan moral secara bersepadu dan menyeluruh dalam kalangan

generasi muda khususnya murid-murid tahfiz sains.

1.3 Objektif Kajian

i. Meneliti sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan Biologi

tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli.

ii. Melihat sejauhmana kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru Biologi

dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli.

iii. Meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru

Syariah Islamiah dan guru Biologi menggunakan pendekatan lesson study.

1.4 Persoalan Kajian

i. Apakah kandungan sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan

Biologi tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli?

Page 7: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

112

ii. Bagaimanakah kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru Biologi

dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli.

iii. Bagaimanakah strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran

guru Syariah Islamiah dan guru Biologi menggunakan pendekatan lesson

study?

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif. Secara khususnya reka bentuk kajian ini

menggunakan kajian kualitatif secara deskriptif yang mana dapat membantu pengkaji

menyiasat isu yang dikenalpasti dengan mendalam dan terperinci dengan

mengekalkan keasliannya secara holistik (Patton, 1990). Pendekatan kualitatif ini

dipilih bagi membolehkan pengkaji melihat situasi sebenar iaitu aktiviti yang berlaku,

dilihat dan dialami dalam suasana yang sebenar dalam persekitaran kawasan kajian

(Yin, 1994). Pengkaji juga menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis

dokumen.

Dalam kajian ini, informan atau peserta kajian adalah merujuk kepada mereka

yang diminta memberi fokus kepada fakta-fakta berdasarkan soalan temu bual yang

memerlukan seseorang itu membina semula pengalaman secara aktif dalam konteks

mereka berada (Barbour, 2007; Merriam, 2015; Seidman, 1998). Peserta kajian terdiri

daripada seorang guru pendidikan Islam dan seorang guru Biologi. Guru bidang

pendidikan Islam adalah di bawah subjek syariah Islamiyah manakala guru sains ialah

di bawah subjek Biologi. Peserta dalam kalangan murid adalah murid dari dua kelas

guru yang terlibat iaitu bagi kelas Syariah Islamiyyah dan Biologi. Kajian ini

dijalankan di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Selangor mengikut sekolah

yang telah disarankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tempoh

kajian yang telah dijalankan ialah lapan bulan iaitu bermula dari 5 Jun 2016 sehingga

27 Februari 2017.

Dalam kajian kualitatif ini, kaedah pengumpulan data melibatkan temubual

kumpulan komuniti guru yang terdiri dari tiga orang guru Biologi dan dua orang guru

Pendidikan Islam. Peserta kajian ini ditemu bual untuk tiga tujuan iaitu pertama

Page 8: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

113

adalah untuk meneliti sukatan kurikulum syariah Islamiyah tingkatan lima dan

Biologi tingkatan lima yang disepadukan dengan ilmu naqli dan aqli. Tujuan kedua

adalah untuk melihat sejauhmana kolaborasi antara guru Syariah Islamiah dan guru

Biologi dalam melakukan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli. Tujuan ketiga pula

adalah untuk meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran

guru Syariah Islamiah dan guru Biologi.

Semasa temu bual dijalankan, pita rakaman digunakan untuk merekod

perbualan antara pengkaji dan peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik probing

(mencungkil) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara seperti

mengemukakan soalan yang bersifat khusus, meminta peserta menghuraikan sesuatu

perkara dengan lebih lanjut dan meminta peserta memberikan contoh-contoh (Taylor

& Bogdan, 1984). Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas kelas terbuka. Dua

sesi kelas terbuka telah diperhatikan iaitu pertama bagi subjek Syariah Islamiyyah dan

kedua bagi kelas terbuka bagi subjek Biologi. Sepanjang pemerhatian, penyelidik

telah merekodkan sesi kelas terbuka bagi memudahkan tujuan dokumentasi dan

menterjemah data.

Pengkaji juga menjalankan aktiviti menganalisis dokumen buku teks dan

rancangan mengajar bagi subjek Syariah Islamiyyah tingkatan lima khususnya tajuk

perkahwinan dan Biologi tingkatan lima khususnya tajuk koordinasi dan tindak balas.

Dokumen-dokumen ini dapat membantu mengenalpasti keberkesanan teknik

pengajaran yang digunakan oleh guru Syariah Islamiah dan guru Biologi dan

pemerhatian yang dijalankan dalam kelas terbuka.

Data-data yang dikumpulkan tidak akan memberi makna tanpa membuat

analisis. Pelbagai aktiviti perlu dibuat semasa menganalisis data seperti proses

menggabung, mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan apa yang dikatakan

oleh peserta kajian dan apa yang diperhati atau dibaca untuk memberi makna kepada

data (Bogdan dan Biklen, 1998; Merriam, 1998).

Dalam penyelidikan secara kualitatif, proses penganalisisan data dijalankan

sebaik sahaja aktiviti pengumpulan data bermula. Setelah menjalankan temu bual

pertama, pemerhatian pertama dan membaca dokumen kali pertama adalah titik

Page 9: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

114

permulaan analisis data kualitatif (Merriam, 1998). Proses ini dijalankan serentak dan

berterusan dengan aktiviti pengumpulan data. Analisis secara berterusan perlu

dilakukan untuk meneliti dan menilai data, bagi menentukan sama ada data yang

dikumpul memberi fokus kepada kajian yang dijalankan, tidak berulang, mencukupi

dan relevan untuk menjawab persoalan kajian. Dengan membuat analisis awal, ia

memberi panduan untuk proses pengumpulan data seterusnya. Sehubungan dengan

itu, kajian ini menggunakan perisian program Nvivo 11 untuk mengurus data yang

telah dikumpulkan dengan mengekod tema, mengkategori dan menganalisa setiap

data yang diperolehi.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Contoh-contoh sukatan kurikulum Biologi Tingkatan Lima yang

Disepadukan dengan Ilmu Naqli dan Aqli

Mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar di

Maahad Tahfiz ini. Ini kerana semua pelajar mengambil aliran sains di peringkat

menengah atas iaitu pada tingkatan empat dan lima. Konsep ransangan dan tindak

balas mempunyai kesinambungan dengan beberapa tajuk di peringkat menengah

bawah iaitu dalam mempelajari tajuk anatomi manusia. Bagi tajuk ini, pelajar

mempelajari sistem saraf dengan lebih mendalam. Justeru pengintegrasian dari segi

ilmu dan konteks diri manusia mudah dilakukan semasa proses pengajaran dan

pemudahcaraan.

Berdasarkan analisis dokumen terhadap spesifikasi kurikulum, didapati

pengintegrasian ilmu wahyu tidak dinyatakan secara eksplisit. Namun terdapat ruang

berkaitan elemen merentas kurikulum iaitu elemen nilai yang boleh diintegrasikan

secara implisit semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Antara perkara yang

boleh dikaitkan dengan pengintegrasian dalam konteks ilmu naqli ialah “Mensyukuri

nikmat yang dikurniakan Tuhan” (Spesifikasi Kurikulum Biologi Tingkatan 5, 2013).

Jadual 1 menunjukkan pengintegrasian ilmu Naqli dalam mata pelajaran Biologi

Tingkatan lima secara implisit dalam beberapa dokumen.

Page 10: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

115

Jadual 1: Pengintegrasian ilmu Naqli secara implisit dalam mata pelajaran Biologi

Dokumen Ilmu Naqli Eviden Penerangan

Spesifikasi

Kurikulum

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

Melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Nilai kepercayaan

kepada Tuhan perlu

diterapkan untuk

mencapai kesepaduan

ilmu secara holistik

Buku teks Objektif Mengaplikasikan pengetahuan

sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan

sikap saintifik dan nilai murni

dalam penyelesaian masalah, dan

membuat keputusan berkaitan isu

Biologi.

Mengamalkan sikap saintifik dan

nilai murni.

Menumpukan kepada

ilmu secara kognitif.

Namun, perlu

pengintegrasian nilai

bergantung kepada

kreativiti guru.

Sikap Saintifik

dan Nilai Murni

Mensyukuri nikmat yang

dikurniakan tuhan.

Buku teks - - Mengandungi ilmu

berkaitan isi

kandungan Biologi

Rancangan

Mengajar

Surah An-Nisa

(56)

Dituliskan dalam

rancangan mengajar

yang dibincangkan

secara kolaboratif

dalam kumpulan

komuniti lesson study.

Jadual 1 menunjukkan bahawa ilmu naqli dinyatakan secara implisit. Dalam hal ini,

konteks pengintegrasian perlu kreativiti guru untuk melaksankannya. Menurut Cikgu

Page 11: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

116

Taib, semua perkara berkaitan mata pelajaran Biologi adalah mengikut rangka

kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun, pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah menyediakan

dokumen yang melibatkan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli yang dinamakan Buku

Panduan Mengajar Guru (BPMG). Buku pengintegrasian ini telah dimulakan sejak

beberapa tahun, namun belum diedarkan dan digunakan kepada guru secara formal

sehingga ke hari ini. Penyediaan BPMG ini melibatkan guru mata pelajaran dan guru

al-Quran. Cikgu Taib sendiri terlibat secara langung dalam penyediaan bagi mata

pelajaran Biologi. Perkara ini dinyatakan oleh Cikgu Taib dalam sesi temu bual:

“Saya juga terlibat dalam pembinaan Buku Panduan Mengajar Guru

(BPMG).

(CT-TB3-130417:21-22)

“Buku ini belum diedarkan lagi...mungkin dalam proses...tak tahulah dalam

fasa berapa sekarang... mungkin ada beberapa fasa lagi ...JAIS belum edarlah

lagi kepada guru”

(CT-TB3-130417:254-255)

Buku ini hampir sama dengan Huraian Sukatan Pelajar yang mengandungi

Objektif, Cadangan Aktiviti Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran, tetapi terdapat

satu lajur tambahan yang menganduni ayat al-Quran, hadis atau pengajaran yang baik

sesuai dengan tajuk tertentu. Pengajaran yang baik merupakan kisah dari para sahabat,

tabi’in, tabi’ tabi’in, ulamak atau imam yang boleh dikaitkan semasa proses

pengajaran dan pemudahcaraan. Hakikatnya, pengintegrasian ini akan berjaya

dilakukan bergantung kepada kreativiti guru.

3.2 Kolaborasi antara Guru Syariah Islamiah dan Guru Biologi dalam

Melakukan Pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli

Amalan kolaborasi guru dilakukan dalam aktiviti formal dan tidak formal. Jadual 1

menunjukkan aktiviti kolaborasi yang dilakukan oleh cikgu Taib dalam proses

mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam mata pelajaran Biologi. Berdasarkan

Page 12: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

117

analisis data temu bual, pemerhatian dan dokumen didapati terdapat lima cara guru

melakukan kolaborasi bagi mencapai matlamat pengintegrasian imu naqli dan aqli.

i- Perbincangan Rancangan Mengajar

Kolaborasi diwujudkan melalui pembentukan kumpulan komuniti. Kumpulan

komuniti yang dibentuk adalah secara formal namun pembentukannya adalah tidak

rasmi iaitu dengan menjemput guru sains dan pengajian Islam yang boleh terlibat

dalam merancangan pengajaran. Oleh kerana kajian ini bertujuan untuk melihat

pengintegrasian ilmu naqli dan ilmu aqli oleh dua orang guru model dari mata

pelajaran sains dan mata pelajaran pendidikan Islam, maka secara tidak langsung ahli

dalam kumpulan kolaboratif juga terdiri daripada guru mata pelajaran ini juga.

Justeru, ahli kumpulan komuniti terdiri daripada dua hingga lima orang guru di

sekolah terlibat.

Kumpulan komuniti ini membincangkan bagaimana pengintegrasian ilmu

naqli dapat dilakukan dalam mata pelajaran Biologi bagi tajuk rangsangan dan tindak

balas. Hasil perbincangan didapati ilmu naqli yang dicadangkan untuk

pengintegrasian ialah daripada Surah an-Nisa, ayat 56. Dalam perbincangan ini juga,

Cikgu Taib mendapatkan penjelasan daripada guru al-Quran berkaitan maksud ayat

ini dengan lebih mendalam dan bagimana ia dapat diintegrasikan semasa proses

pengajaran dan pemudahcaraan agar dapat menarik perhatian pelajar dan menjadikan

pembelajaran lebih bermakna.

ii- LADAP

Aktiviti kolaborasi yang melibatkan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli juga

dilakukan dalam program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP). Program ini

merupakan program latihan dalaman yang melibatkan semua guru dan penceramah

terdiri daripada orang luar sekolah atau guru di sekolah tersebut. Perkara ini

dijelaskan oleh cikgu Taib semasa temu bual:

“kita berkolaborasi … mungkin secara langsung melalui LADAP... kadang

kita adakan dalam sebulan sekali ataupun 2 bulan sekali ceramah dimana

penceramah tu daripada guru-guru sini juga lah”

(CT-TB3-130417:64-67)

Page 13: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

118

Perkongsian ilmu ini merupakan penyaluran ilmu di mana terdapat ramai guru

al-Quran yang mempunyai ilmu al-Quran di sekolah berkenaan. Hasil dari pentafsiran

al-Quran ini dapat diambil oleh guru lain untuk memahami al-Quran di samping

mengintegrasikan mengikut kreativiti guru masing-masing dalam proses pengajaran

dan pemudahcaraan mengikut kesesuaiannya. Cikgu Taib menjelaskan bahawa beliau

akan mengaitkan ibrah yang diperolehi daripada penjelasan pentafsiran al-Quran

daripada penceramah untuk dikaitkan dalam topik yang bersesuaian dalam semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dijelaskan dalam sesi temu bual:

“… sebelum ni ada ceramah berkaitan dengan surah al-kahfi…jadi saya

dapat dari situ lah, saya dengar surah kahfi tu ada kaitan dengan bab yang

saya ajar… saya juga cuba fikirkan apa kaitan surah al-Kahfi ini… dalam

surah ni mesti ada pengajaran kan! dalam surah al-Kahfi tu Allah

menidurkan dalam gua, 7 orang pemuda dan seekor anjing kan! Bila dia

bangun balik dia dah kat zaman lain, dia guna duit tu tak pakai dah, jadi

rupanya dalam masa dia ditidurkan tu, Allah telah membolak balik badan

pemuda tu, anjing tu tak, anjing tu mati. Jadi rupanya kalau bolak balik tu,

otot tu digerakkan sendiri oleh Allah, jadinya darah tu akan berjalan, macam

kita tidor lah, kita tak sedar badan gerak, kita gerak kan, tapi sebenarnya nak

bagi darah tu jalan. Kalau kita tidur diam, bila kita bangun akan rasa kebas,

sebab darah tu tak jalan. Jadi pemuda tu Dia bolak balik kan, jadi dia masih

lagi hidup lah, jadi saya dapat kaitkan sendiri dengan topik yang saya nak

ajar”

(CT-TB3-130417:73-82)

Aktiviti kolaborasi secara LADAP secara tidak langsung telah menyediakan

ruang yang luas untuk guru mendalami al-Quran dan seterusnya mengamalkannya

dengan menyampaikan ilmu itu dalam proses pengintegrasian ilmu naqli dan aqli bagi

mata pelajaran tertentu bersesuaian dengan tajuk.

Page 14: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

119

iii- Merujuk Pakar

Berlaku juga keadaan di mana cikgu Taib berkolaborasi dengan guru pakar al-Quran

atas inisiatif diri sendiri dalam proses mencari ilmu dan memahami ayat al-Quran.

Dalam hal ini, ketika Cikgu Taib ingin mengintegrasikan pemahaman terhadap ayat

al-Quran tertentu dalam sesuatu pengajarannya, beliau merujuk guru al-Quran yang

mudah dijumpainya secara personal untuk meminta penjelasan tentang ayat al-Quran

tersebut. Perkara ini dijelaskan semasa sesi temu bual:

“… lepas tu saya rujuk balik lah, secara personal (dengan guru al-Quran”

(CT-TB3-130417:84)

Kelebihan di sekolah ini adalah Maahad tahfiz yang menyediakan ramai guru

al-Quran yang diistilahkan oleh Cikgu Taib sebagai “tafsir bergerak”. Perkara ini

dijelaskan oleh cikgu Taib:

“ dalam tafsir…saya pun tidak secara mendalam, mungkin boleh merujuk

kepada buku-buku atau guru al-Quran … tafsir bergerak inilah”.

(CT-TB3-130417: 219-221)

iv- Jejak Pembelajaran

Guru juga berkolaborasi dengan guru lain secara tidak formal dimana-mana sahaja.

Aktiviti kolaborasi ini juga dipanggil sebagai learning walk dalam strategi Komuniti

Pembelajaran Profesional yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia. Dalam hal ini, guru berkolaborasi dengan guru lain ketika makan di kantin.

Cikgu Taib telah bertanyakan kepada guru al-Quran berkaitan ayat al-Quran yang

boleh dikaitkan dengan pembelajaran Biologi seperti yang dinyatakan:

“..kadang-kadang borak-borak masa makan…hari ini nak ajar bab ni, agak-

agak apa ayat al-Quran yang boleh dikaitkan?”

(CT-TB3-130417:107-108)

Page 15: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

120

Sering juga berlaku di mana ketika Cikgu Taib menyediakan rancangan

pengajaran di bilik guru, beliau bertanya kepada guru al-Quran berkaitan ayat al-

Quran yang boleh diintegrasikan dalam pengajarannya. Perkara ini dijelaskan semasa

temu bual:

“Kadang-kadang bila dekat bilik guru, bila merancang tu saya ada jugak

tanya kat depan saya tu ada ramai guru al-Quran…kalau bab ni kita boleh

kaitkan apa ye?... nanti dia orang bagi lah”

(CT-TB3-130417:88-90)

Nampaknya, konsep tafsir bergerak ini telah memudahkan guru sains di

sekolah ini untuk berbincang tentang pengintegrasian ilmu naqli dan aqli pada bila-

bila masa dan di mana sahaja. Bagi Cikgu Taib merujuk kepada ahli al-Quran adalah

amat penting agar mudah untuk mengaitkan dengan pemahaman yang betul mengikut

tafsiran. Perkara ini dijelaskan oleh beliau dalam temu bual:

“Keperluan dia mungkin dari segi kaitan tu lah, saya nak pergi kepada

sumber-sumber yang boleh dirujuk, al-Quran ni bermain kat minda dia je

kan? … jadi saya akan berhubung dengan ustaz ni dulu macam mana nak

kaitkan dengan tajuk ni, sama-sama fikir lah, sama-sama fikir kemudian ada

satu idea yang mumtaz lah, ok kaitan bab ni dengan ayat ni”

(CT-TB3-130417:93-97)

Hasil dari perbincangan dari kedua pihak iaitu guru al-Quran dan guru sains

ini dapat membuahkan idea yang bagus dan perkara yang dikaitkan juga adalah

bertepatan. Oleh itu, perlunya rujukan kepada guru al-Quran dalam memahami ayat

al-Quran dan perkara ini menjadi mudah di sekolah ini kerana ramai “tafsir bergerak”

yang boleh dirujuk.

v- Ketika Kelas - Pelajar

Setelah Cikgu Taib berusaha merancang pengajaran dengan mengintegrasikan ilmu

naqli dengan cara merujuk pakara al-Quran, maka menjadi kepuasan untuk beliau

melaksanakan pengajarannnya. Namun berlaku keadaan di mana pengintegrasian ilmu

Page 16: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

121

naqli dalam proses pengajarannya berlaku dengan lebih berkembang. Keadaan ini

berlaku kerana pelajar beliau adalah pelajar tahfiz yang menghafal al-Quran, malah

sebahagian daripada mereka telah hafaz 30 juz al-Quran. Justeru, pelajar telah

memberikan banyak input melebihi apa yang telah dirancang tentang pengintegrasian

ayat al-Quran dalam topik yang diajar. Perkara ini dinyatakan oleh cikgu Taib semasa

sesi temu bual:

“Ada berlaku, macam yang lepas masa kelas saya dengan pelajar-pelajar,

saya dah ada satu ayat (surah an-Nisa, ayat 56), tapi pelajar ada bagi lagi

dua ayat lainkan!”

(CT-TB3-130417:139-140)

Berdasarkan petikan di atas, didapati Cikgu Taib dapat mengaitkan topik

rangsangan dan tindak balas dengan tiga ayat al-Quran. Surah an-Nisa, ayat 56 adalah

ayat yang dirancang hasil perbincangan secara kolaborasi dengan guru semasa

merancang pengajaran, namun beliau memperoleh dua lagi ayat lain yang dikaitkan

oleh pelajar sendiri semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Perkara ini juga

dapat dilihat semasa sesi pemerhatian dimana apabila Cikgu Taib meminta pelajar

ayat yang boleh dikaitkan dan dibincangkan dalam tajuk berkenaan. Didapati pelajar

dapat mengutarakan surah an-Nisa walaupun Cikgu Taib belum sempat

mengutarakannya. Selain itu, pelajar juga mengaitkan dengan surah al-Baqarah ayat

219 dan surah at-Tin ayat 4. Keadaan ini berlaku kerana pelajar mempunyai hafalan

ayat al-Quran dan memahaminya. Bagi mereka pengintegrasian ini menyediakan

ruang untuk mereka memahami lagi ayat al-Quran dan mentadabur iaitu

mengamalkan apa yang dihafal untuk diaplikasikan dalam ilmu yang dipelajari.

Perkembangan berkaitan ilmu al-Quran dalam konteks pengintegrasian ilmu

naqli semasa proses pengajaran ini merupakan satu pembelajaran bagi Cikgu Taib.

Maklumat yang diperoleh ini dijadikan satu catatan baru dan akan diaplikasikan dan

direkodkan untuk pengajaran yang akan datang. Perkara ini dibincangkan oleh cikgu

Taib dalam temu bual:

Page 17: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

122

“Kadang-kadang saya tanya pelajar jugak dalam kelas, maknanya benda tu

bukan hanya dalam perancangan saya… maknanya ayat-Quran yang

berkaitan saya peroleh semasa dalam kelas, terus saya dapat dan

catatkan…macam sebelum ni dalam kelas saya … ada pelajar kaitkan pasal

perkembangan manusia”

(CT-TB3-130417:108-111)

Dalam hal kolaborasi untuk pengintegrasian ilmu naqli dan aqli ini, guru

bukan sahaja berkolaborasi dengan guru dalam bidang, malah yang lebih penting ialah

kolaborasi dengan orang yang menguasai al-Quran. Dalam hal ini, pakar al-Quran

bukan sahaja terdiri dari guru al-Quran yang berada di sekeliling guru yang dianggap

sebagai “tafsir bergerak”, malah pelajar juga boleh dikatakan sebagai sumber untuk

cikgu memperoleh maklumat berkaitan ayat al-Quran.

Suasana kolaborasi perlu wujud dan seharusnya dicari oleh guru sendiri dalam

proses mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Ini kerana ilmu al-Quran tidak dapat

ditafsir dengan sendiri, sebaliknya guru perlu mencari sama ada melalui pembacaan,

menghadiri majlis ilmu berkaitan pentafsiran ayat al-Quran, perbincangan dan inisiatif

diri sendiri untuk memahami ayat Quran. Namun, perlunya pakar rujuk untuk

menjelaskan pemahaman ayat al-Quran dan pentafsirannya dalam mengintegrasikan

dalam topik yang diajar.

3.3 Strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran guru

Syariah Islamiah dan guru Biologi

Kajian ini juga meneroka strategi pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam mata

pelajaran Biologi yang bertajuk koordinasi dan gerak balas. Tajuk ini dibahagikan

kepada empat sub-tajuk iaitu i) laluan penghantaran maklumat dari reseptor ke

efektor, ii) sinaps dan penghantaran maklumat, iii) tindakan terkawal dan iv) tindakan

luar kawal. Hasil pembelajaran yang hendak dicapai ialah pelajar dapat melukiskan

dan menerangkan keempat-empat proses yang berlaku dalam sub-tajuk tersebut. Bagi

mencapai objektif pembelajaran tersebut, cikgu Shafiq telah membahagikan pelajar

kepada empat kumpulan iaitu dua kumpulan pelajar lelaki dan dua kumpulan pelajar

Page 18: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

123

perempuan. Setiap kumpulan telah diberikan salah satu sub-tajuk di atas untuk

dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan.

Berdasarkan analisis sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi

tajuk ini, didapati terdapat beberapa strategi pengintegrasian ilmu naqli dalam proses

pengajaran dan pemudahcaraan Biologi bagi tajuk koordinasi dan gerak balas.

Strategi yang dapat dikenalpasti ialah:

a) Bacaan Doa

Doa adalah satu aktiviti yang dilakukan sebelum kelas bermula. Menurut cikgu Taib,

“…kita mulakan kelas tu dengan kita memohon kepada Allah… Ya Allah ya

Tuhan kami, bukakanlah hati kami…kita minta pada Allah supaya kelas

sepanjang satu jam ataupun setengah jam dapat difahami oleh pelajar”

(CT-TB3-130417:286-288)

Telah menjadi kebiasaan kepada pelajar untuk membaca doa pada awal

pengajaran sejak sekolah rendah lagi. Kebiasaannya ini menunjukkan kesediaannya

secara mental dan fizikal untuk memulakan kelas. Oleh itu, pelajar akan

menghadirkan diri dan pemikirannya untuk memulakan pembelajaran. Kesediaan ini

perlu dalam proses pembelajaran agar hasil pembelajaran mudah dicapai.

Selain itu, pelajar meyakini bahawa semua ilmu ini adalah milik Allah SWT.

Oleh itu, perlunya meminta izin dengan berdoa agar ilmu mudah dipelajari dan

difahami. Perkara ini dinyatakan oleh cikgu Taib,

“Kena yakin bahawa ilmu ini ilmu Allah, jadi kalau kita nak sesuatu tu

daripada pemiliknya mesti kita kena mintak daripada Dia, jadi bila kita minta

pada Allah tu kita berdoa lah. Inshaallah, pelajar tupun juga yakin

(CT-TB3-130417:309-311)

Dapatan ini menunjukkan bahawa doa mempunyai peranan yang besar dalam

proses pengintegrasian ilmu. Segala ilmu sama ada ilmu naqli atau ilmu aqli adalah

milik Allah SWT bagi mengintegrasikan ilmu ini, perlunya bantuan Allah SWT agar

Page 19: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

124

proses pembelajaran dan pemahaman dapat diperoleh. Keyakinan terhadap kuasa doa

ini dapat meningkatkan keimanan pelajar kepada Allah sebagai empunya ilmu.

b) Perkaitan ayat Quran

Sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan, sebanyak tiga ayat quran telah

dikaitkan iaitu surah an-Nisa (ayat 56), Surah al-Baqarah (ayat 219) dan surah at-Tin

(ayat 4). Ketiga-tiga ayat ini dibacakan oleh pelajar.

i) Surah an-Nisa (Ayat 56)

Ayat ini merupakan ayat yang telah dirancang oleh cikgu Taib dan dituliskan dalam

rancangan pengajaran untuk di kaitkan dengan tajuk ini. Namun, Cikgu Taib tidak

terus mengaitkan dan membacakan ayat ini, sebaliknya Cikgu meminta pelajar

membacakan ayat al-Quran dan cikgu menjelaskan maksudnya. Petikan berikut

menjelaskan dialog guru dan pelajar berkaitan ayat ini.

G : …Antara ayat yang boleh dikaitkan adalah surah an-Nisa ayat 56. Cuba cari

surah an-Nisa ayat 56, apa dia?

P(I): Maksud apa?

G : Maksudnya apa…berkaitan dengan kulit.

P(R): Oooo

G: Ok, Fahri dapat!,… siapa dapat saya bagi stiker. Ada…

G: Ok ada, silakan Zahirah. Ok

P(I,R): (Zahirah dan pelajar lain membaca surah an-Nisa ayat 56 secara beramai-

ramai.

G: Ok, terima kasih, maksudnya apa? Ok “setiap kali kulit mereka hangus Kami

ganti kulit mereka dengan yang lain. Supaya mereka merasakan azab,

sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

G: (guru menerangkan maksud ayat). Ok, sebab orang yang diseksa dalam

neraka, kulit mereka akan terbakar, dibakar betul, bila terbakar kulit mereka

akan hangus. Bila hangus, reseptor dah rosak iaitu dendrit neuron aferon

rosak, jadi maklumat yang sakit tak dapat ditafsirkan oleh inter neuron. Ok,

Page 20: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

125

oleh sebab rosak, maka Allah gantikan yang baru. Bila ganti, maka mereka

akan rasa sakit lagi.

(CT-PM-270217:376-393)

ii) Surah al-Baqarah (ayat 219)

Setelah pelajar membuat pembentangan, Cikgu Taib meminta pelajar merenung dan

berfikir tentang ayat al-Quran yang berkaitan dengan memberi peluang kepada pelajar

mengeluarkan ayat al-Quran yang berkaitan. Petikan berikut membincangkan perkara

ini:

G: Ok renungan, agak-agaklah ayat al-Quran apa yg boleh kita kaitkan dengan

topik ini, ada sesiapa yang sukarela? Okay, silakan

P(I): Antara ayat al-Quran yang boleh dikaitkan, “a’uzubillahiminasyaita nirrajim,

bismillahirrahmanirrahim, “yas alu naka amru bil maisir …(sambungan ayat

al-Quran)”. maksudnya mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan

katakanlah kepada mereka bahawa arak ini ada manfaat bagi manusia, tapi

ada juga dosa dia, dan dosanya lagi besar daripada manfaat.

(CT-PM-270217:358-368)

iii) Surah At-Tin ayat 4

Pelajar juga telah mengaitkan tajuk ini dengan ayat dari surah at-Tin ayat 4 iaitu

kekuasaan Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Ayat ini

dibacakan oleh pelajar secara sukarela setelah Cikgu Taib meminta pelajar

mengaitkan apa sahaja ayat al-Quran yang berkaitan. Petikan berikut

menggambarkan perbualan antara guru dan pelajar.

G: Ok renungan, agak2 lah ayat al-Quran apa yg boleh kita kaitkan dengan topik

ini, ada sesiapa yang sukarela! Okay silakan.

G: Ok yang kedua?

P(I): Yang kedua, kita dapat tengok kan macam mana kompleksnya ciptaan ini,

macam neuron semua kan, kompleksnya akson, ayat yang boleh dikaitkan

Page 21: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

126

adalah surat at-Tin “laqad khalaqnal insan, biahsanil akwim”. Masudnya

sungguh manusia Aku ciptakan sebaik-baik ciptaan.

(CT-PM-270217:369-372)

c) Penguasaan Ilmu

Berdasarkan pemerhatian didapati pelajar dapat membuat perkaitan dan menghayati

keagungan kebesaran Allah SWT apabila mereka dapat menguasai ilmu yang

dipelajari. Strategi penguasaan ilmu dilakukan dengan cara setiap kumpulan

membincangkan satu sub-topik yang berkaitan. Mereka akan sedaya upaya

berbincang dan memahami proses yang berlaku kerana mereka perlu membentangkan

kepada pelajar yang lain di dalam kelas. Dalam hal ini guru berperanan sebagai

fasilitator dengan berjalan dari satu meja ke meja untuk memberi peluang kepada

setiap kumpulan bertanya dan menerangkan perkara yang mungkin menjadi

kemusykilan mereka.

Tajuk ini menceritakan tentang sistem saraf yang terdiri daripada sel-sel saraf

dinamakan neuron. Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk

isyarat elektrik yang dinamakan impuls saraf. Setiap neuron terdiri daripada satu

badan sel yang mengandungi nukleus dengan sitoplasma. Badan sel neuron dengan

sitoplasma mengandungi unjuran gantian yang dinamakan dendron atau akson.

i- Sub-tajuk: Laluan Penghantaran Maklumat dari Reseptor ke Efektor

Seterusnya, perbincangan tentang pergerakan impuls dibincangkan oleh kumpulan

satu berkaitan laluan penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor. Rajah 1

menunjukkan proses penghantaran maklumat.

Page 22: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

127

Rajah 1: Proses penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor

Dalam hal ini, dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel manakala

akson membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Dendron bercabang membentuk

gentian halus yang dikenali sebagai dendrit untuk menerima impuls saraf. Akson

bercabang membentuk terminal akson yang berakhir dalam bonggol sinaps. Akson

dan dendron yang panjang diselaputi dengan membran penebat yang dinamakan salut

mielin. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan nodus Ranvier.

Salut mielin mengandungi celahan yang membolehkan impuls saraf melompat dari

satu nodus ranvier ke nodus ranvier yang berikutnya. Keadaan ini mempercepat kadar

pengaliran impuls saraf melalui neuron. Salut mielin juga berfungsi sebagai penebat

kepada impuls saraf daripada kecederaan dan membekalkan nutrien pada neuron.

Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen, interneuron dan neuron eferen.

Ketiga-tiga jenis neuron berhubung kait untuk menghantar impuls saraf dalam sistem

saraf. Neuron aferen menghantar impuls saraf dari reseptor ke sistem saraf pusat (otak

dan saraf tunjang). Neuron aferen terdapat dalam akar dorsal pada saraf spina.

Interneuron terdapat dalam sistem saraf pusat. Interneuron menghantar impuls

saraf dari neuron aferen ke sistem saraf pusat ke neuron eferen. Interneuron mungkin

juga menyambungkan neuron aferen ke neuron eferen. Neuron eferen terletak dalam

Page 23: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

128

akar ventral pada saraf spina. Neuron eferen menghantar impuls saraf dari sistem

saraf pusat ke efektor, iaitu kelenjar dan otot untuk menghasilkan gerak balas.

Penghantaran maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk isyarat

elektrik yang dinamakan impuls saraf. Pengaliran impuls saraf dalam neuron berlaku

dalam satu hala. Apabila satu neuron dirangsang oleh neuron lain atau dirangsang

oleh perubahan pada persekitaran, impuls saraf dicetuskan pada dendrit neuron itu.

Impuls saraf ni dihantar dengan cepat ke badan sel dan seterusnya dibawa oleh akson

sehingga terminal akson yang terakhir pada efektor.

Penghantaran maklumat di dalam badan melibatkan neuron aferen,

interneuron dan neuron eferen yang banyak. Neuron aferen membawa maklumat dari

reseptor ke sistem saraf pusat. Interneuron membawa maklumat dari neuron aferen ke

pusat kawalan dan dari pusat kawalan ke neuron eferen.

ii- Sub-tajuk: Sinaps dan Penghantaran Maklumat

Sistem saraf terdiri daripada sel-sel saraf yang dinamakan neuron. Proses

penghantaran maklumat ini digambarkan seperti pada Rajah 2. Penghantaran

maklumat di sepanjang neuron adalah dalam bentuk isyarat elektrik yang dinamakan

impuls saraf. Neuron tidak bersambung secara langsung di antara satu sama lain

kerana terdapat satu ruang sempit di antara terminal akson neuron penghantar dengan

dendrit neuron penerima yang dinamakan sinaps dengan kelebaran yang sangat kecil

iaitu 2.0 x 10ˉ5 mm. Hal ini adalah untuk memastikan pengaliran impuls saraf dalam

neuron bergerak dalam satu arah sahaja.

Page 24: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

129

Rajah 2: Sinaps dan penghantaran maklumat

Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh dihantar merentasi

sinaps secara kimia. Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol

sinaps yang banyak mengandungi vesikel sinaps dan mitokondria. Vesikel sinaps

megandungi bahan kimia yang disebut neurotransmitter (bahan pemancar).

Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson,

vesikel sinaps dirangsangkan untuk membebaskan neurotransmitter ke dalam sinaps.

Neurotransmitter meresap merentasi sinaps ke dendrit neuron penerima. Dendrit itu

dirangsangkan untuk mencetus impuls saraf yang dibawa oleh neuron penerima ke

neuron lain atau efektor. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf

dapat merentas sinaps.

Dengan menguasai ilmu secara terperinci, pelajar dapat menceritakan proses

penghantaran maklumat ini dengan lancar dan yakin. Pembentangan sebegini

menunjukkan kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Secara tidak

langsung mereka dapat menghayati betapa kompleksnya penciptaan Allah SWT

sehingga mereka dapat merasai kebesarannya. Perkara ini terbukti apabila pelajar

dapat mengaitkan ayat al-Quran dari ayat 4 surah al-Tin yang bermaksud:

Page 25: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

130

“Sungguh manusia Aku ciptakan sebaik-baik ciptaan”.

(Surah al-Tin: 4)

Dalam surah at-Tin, Allah SWT ada menyebut bahawa manusia ini adalah

sebaik-baik ciptaan. Ini dapat dibuktikan dengan penciptaan neuron yang kompleks di

dalam badan manusia.

d) Larangan Allah SWT

Setelah kumpulan dua membincangkan proses pertukaran maklumat dalam bentuk

impuls saraf dalam sinaps, guru meminta pelajar memberikan maklumat tambahan.

Pelajar mengaitkan dengan alkohol. Petikan berikut menunjukkan dialog berkaitan

perkara ini:

G: Ada tambah maklumat tak?

P(I): Ok, kepada peminat alkohol

P(I): Dan juga penagih dadah, macam mana….macam mana nak bagi tahu ye?

G: Okay, saya tambah… saya bagi nanti…

P(I): Ok cikgu tambah ye… bila kita ambil alkohol atau dadah, semua benda tu

akan memenuhi ruang sinaps. Impuls saraf akan menukarkan visikel sinaps

menjadi rembesan pada ruang sinaps. Bila banyak alkohol, rembesan ini tak

dapat nak mencelah … itu yang menyebabkan orang yang menagih dadah

atau minum alkohol akan mabuk …sebab dia tak dapat nak mentafsir perkara

yang dibuat … alkohol dan rembesan ini bersaing…

… (video tentang sinaps ditayangkan)

G: Ok baik, tengok video sinaps dan penghantaran maklumat ye! (guru

menayangkan video) Lihat ini… neuron sedang bergerak maksudnya neuron

tu sedang berhubung

G: Ni sinaps. Visikel sinaps akan merembeskan neurotransmitter dan pergi ke

neuron penerima. Kalau banyak bahan-bahan lain seperti alkohol dan dadah,

dia akan melambatkan proses perembesan sebab dia bersaing, jadinya

maklumat yang nak sampai ke neuron mungkin tak sampai, jadi tindakannya

seterusnya iaitu gerak balas ….lain daripada apa yang otak rancang dan

Page 26: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

131

yang otak analisis, integrasi dan menginterpritasi lain. Sebab tu Allah

melarang kita…..!

P(R): minum arak

G: Minum arak dan ambil dadah … Okay, hari ni kita dah tahu sebab apa Allah

SWT larang minum arak dan dadah!.... Allah SWT bagi tahu tu pasti ada…..

P(R): sebaaaab

Haikal: Alkohol dengan dadah berada pada sinaps, dia boleh bertukar atau hilang?

G: Alkohol boleh hilang ok, sebab tu kalau dah hilang dia punya alkohol… dia

waras lah. Tapi masalahnya alkohol dan dadah ni dia akan menyebabkan

apa….?

P(R): Ketagihaaan!

G: ye…bila dah tak ada kita rasa nak tambah lagi, macam non stop benda tu….

bahaya. Ok terima kasih pada Haikal.

(CT-PM-270217:201-244)

Petikan di atas menerangkan konsep penghantaran maklumat dari terminal

akson neuron penghantar ke dendrit neuron penerima, nerotansmitter tidak dapat

mencelah kerana kehadiran dadah yang menghalang laluannya. Oleh itu orang yang

menghisap dadah akan mabuk atau khayal kerana maklumat tidak dapat dihantar ke

otak dan penafsiran tidak berlaku dengan cepat.

Keadaan ini berlaku ketika seseorang itu meminum arak atau mengambil

dadah, mereka tidak dapat mentafsir dan berfikir dengan baik (mabuk). Ini disebabkan

oleh bahan alkohol dan dadah akan melekat di ruang sinaps yang membuatkan vesikel

sinaps tidak dapat mencelah dan melakukan rembesan dengan baik. Justeru,

penghantaran maklumat akan menjadi lebih lambat kerana bahan-bahan tersebut akan

bersaing di antara satu sama lain. Jadi, tindakan dan gerak balas mereka akan menjadi

berbeza daripada apa yang otak mereka rancang, analisis, integrasi dan interpretasi

maklumat. Namun, seseorang itu akan kembali waras setelah bahan alkohol dan

dadah itu telah hilang. Tapi masalahnya alkohol dan dadah akan menyebabkan

ketagihan. Oleh sebab itu, Allah SWT melarang umat Islam untuk mengambil dadah

dan meminum arak seperti yang telah disebut dalam surah Al Baqarah di bawah:

Page 27: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

132

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi.

Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat

bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".

(Surah al-Baqarah: 219)

e) Perkaitan kehidupaan seharian

Mengaitkan pelajaran dengan kehidupan seharian akan menjadikan pembelajaran

lebih bermakna. Dalam konteks tajuk rangsangan ini, pembelajaran telah dikaitkan

dengan bagaimana otak boleh menjadi kuat. Petikan berikut menunjukkan dialog

pengajaran dan pemudahcaraan yang mengaitkan dengan hal ini:

G: kalau kamu belajar dalam bab sebelum ni, tengkorak baby tu tak apa?

P(R): Tak keraaas

G: Sebab sel-sel otak inter neuron sedang berkembang. Bila dah sampai satu

masa maksima dia akan keraslah…kalau kita jarang gunakan sel tu akan

apa? Merosotlah…orang yang begini akan lama untuk selesaikan masalah

itu, dia akan jarang berfikir, dia malas berfikir, ambil masa…Jadinya, kita

sebagai orang Islam kita kena ada cara lah nak mengelakkan kita daripada

pelupa, ataupun berfikir lama, caranya apa?

P(R): mengajiii

G: Alhamdulillah, kita kena mengaji, antara petuanya kita boleh amalkan selepas

Maghrib atau malam Jumaat…ataupun tak kisahlah …cuba kita mengaji

surah?

P(R): Al-Waqiah

G: Surah ar-Rahman dan al-Waqiah, sebab apa ar-Rahman?

P(R): Sebab banyak persoalan

G: Banyak soalan betul tak, Allah SWT nak kita berfikir, a’uzubillahiminasyaitaa

nirrajim, fabiaiiaala irabbikuma tukazzibaan. Dan bawah dia

fabiaiiaalairabbikuma tukazziban. Kita faham apa yg kita fikir sebenarnya.

Ataupun kita baca surah alwaqiah, alwaqiah ada apa?

P(R): Hari kiamat

Page 28: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

133

G: Kalau kita baca sebahagian kita akan meningkatkan keimanan kita lah…nak

mengelakkan kita dari lupa, ok boleh? Shakir terjawab ea soalan boleh?

(CT-PM-

270217:201-244)

Perbincangan di atas menunjukkan perkaitan dengan amalan harian yang

boleh meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Kemahiran berfikir dapat

ditingkatkan ketika membaca al-Quran dan maknanya dengan mengaitkan kepada

kehidupan harian. Selain itu, melalui soalan pelajar juga kelihatan mereka mengaitkan

dengan kehidupan harian. Petikan di bawah menunjukkan pelajar mengaitkan tingkah

laku mengigau dengan bagaimana otak berfungsi.

P(R): Cikgu, macam mana kalau kita mengigau, kita bergerak, sebenarnya apa yang

berlaku

G: Ok, kalau kita mengigau itu di bawah tindakan minda bawah sedar pula, itu

satu kajian yang lain lah, tapi dia mesti melibatkan otak juga lah, kalau

melibatkan aras tunjang … gerakan luar kawal, yang boleh melibatkan

kecederaan yang dielakkan, ok boleh? Jadi itu masih lagi tindakan terkawal

tapi di bawah kesedaran,

(CT-PM-270217:312-317)

Selain guru, pelajar juga bersetuju agar perkaitan pengajaran dilakukan dengan

kehidupan seharian dalam konteks ilmu wahyu. Petikan dibawah diberikan oleh salah

seorang pelajar yang terlibat dengan pengajaran.

“Saya rasa lagi bagus, sebab kami semua hafal al-Quran…dekat situ melatih

kami berfikir…boleh kaitkan apa yang ada dalam pelajaran dengan ayat-ayat

tertentu… biar pelajar boleh banyak berfikir waktu mengaji, bukan mengaji

sajalah, tapi sambil mengaji kita kaitkan apa yang berkaitan dengan

kehidupan kita, maknanya kita tak ada usaha untuk mencari dan berfikir”

(P-TB-270217:45-50)

Page 29: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

134

Menurut pelajar, semasa membaca al-Quran, pelajar disarankan agar terus

berfikir agar apa yang dibaca dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian dan juga

dengan pelajaran yang dipelajari. Cara ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir

pelajar dengan berlatih untuk berfikir.

f) Mengagungkan kebesaran tuhan

Semasa proses pembelajaran, perasaan mengagungkan kebesaran Tuhan dapat dilihat

melalui perkataan pujian yang keluar dari pelajar yang dapat merasai keagungan

Tuhan. Perkara ini dibincangkan oleh cikgu Taib semasa sesi temubual:

“… nak tunjukkan betapa lajunya, mungkin kat situ nampak subhananllah, …

menunjukkan keyakinan kebesaran tuhan tu, pelajar tak sedar perkataan

subhanallah tu akan keluar di dalam mulut, mungkin di hati dia mungkin

macam-macam kan”

(CT-TB3-130417:193-204)

4.0 KESIMPULAN

Kerjasama antara guru-guru Pendidikan Islam dengan guru-guru sains sangat

diperlukan bagi menjayakan proses pengintegrasian ilmu naqli dan ilmu aqli. Melalui

pendekatan lesson study ini memberikan sumbangan kepada pembangunan diri pelajar

sebagai insan seimbang dan cemerlang. Ini kerana di dalam pengajaran guru melalui

pendekatan lesson study dapat membuka minda pelajar untk meneroka ilmu naqli

yang dikaitkan dengan kemahiran berfikir menggunakan akal bagi menganalisa

keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Page 30: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

135

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri (2007). Amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam

membangunkan masyarakat Islam hadhari. Dlm. Nik Azis Nik Pa (pnyt.).

Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam

Hadhari, hlm. 177 - 203. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.

Adnan Abd. Rashid, Azam Othman, Suhailah Hussein, Ismail Sheikh Ahmad,

Mastura Badzis (2013). Practises and concepts of integrated education system in

selected Islamic religious schools in the Malay archipelago. WCIK E-Journal of

integration Knowledge 77-87.

Azizan Baharuddin. (2007). Pendekatan holistik agama dan sains: Mekanisme dan

penghayatan penyelesaian alternatif. Dlm. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus

(pnyt.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Pendekatan Holistik Sains dan

Agama: Cabaran ketamadunan, hlm.7-34 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Barbour Rosaline S. (2007). Introducing Qualitative Research: A Student's Guide to

the Craft of Doing Qualitative Research. Paperback.

Bahagian Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor. (2014). Kurikulum Pendidikan

Islam Jais. Shah Alam: JAIS.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research of Education: An

Introduction to Theory and Method. Edisi ke-3. Boston: Allyn & Bacon.

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. (2003). Qualitative research for education. 4th Ed.

Boston: Allyn and Bacon.

Creswell, J. W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing among

Five Traditions. California CA: Sage Publication.

Denzin, N. K. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction to Sociologist

Methods. Chicago: Aldine.

Dey, I. (1993). Qualitative Data Analysis: A User-Friendly Guide for Social

Scientists. London: Routledge.

Ibrahim B. Syed. (2006). Educating Muslim Children: Challenges and Opportunities.

Atas Talian: Copyright © 1988-2006 irfi.org. Tarikh akses: 28 April 2015.

James Hiebert Anne K. Morris Dawn Berk Amanda Jansen, (2007). Preparing

Teachers to Learn from Teaching First Published January 1, Vol 58, Issue 1,

2007 http://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0022487106295726

Jick, T.D. (1979). Mixing qualitative and quantitative methods: Triangulation in

action. Administrative Science Quarterly 24: 602-611.

Page 31: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

136

Jorgensen, D. L. (1989). Participant Observation:a Methodology for Human Studies:

Applied Social Research Method Series. Newbury Park,Carlifonia: SAGE

Publication.

Lewis, C. (2008). Lesson study How Can It Build System-Wide Improvement?

Retrieved from

http://www.csus.edu/mase/calessonstudy/2008/docs/proceedings/Catherine_Le

wis.pdf

Lewis, C. & Hurd, J. (2011). Lesson study: Step by Step Portsmouth, NH:

Heinermann.

L. R, Gay, Merril, (1996). Educational Research: Competencies for Analysis and

Application.

Lincoln, Y.S. & Guba, E.G. (1985). Naturalistic Inquiry. Newbury Park, California:

Sage Publication.

Linda Dale. (2008). Completing your Qualitative Dissertation. United States of

America. Sage Publications .

Stepanek, J., Appel, G., Leong, M., Mangan, M. T. & Mitchell, M. (2007). Leading

lesson study. Thusand Oaks, CA: Crowin Press.

M. Arifin. (1977). Psikologi dan Beberapa Aspek Kehidpan Rohaniyah Manusia.

Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Marble, S. (2007). Inquiring into Teaching: Lesson Study in Elementary Science

Methods. Journal of Science Teacher Education, 18(6), 935-953.

http://dx.doi.org/10.1007/s10972-007-9071-6

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in

Education. Edisi ke-2. San Francisco: Jossey-Bass Inc.

Merriam, S. B. (2015). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation

3rd Edition. Paperback.

Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded

Sourcebook. Edisi ke-2. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Mohd. Nasir Omar. (1993). Kecemerlangan Berfikir : Konsep Dan Strategi Latihan

Berfikir Dalam Perspektif Islam. Prosiding Konvensyen Antarabangsa

Kecemerlangan Berfikir, hal. 57-62.

Nor Hayati Hj. Alwi. (2005). Ke arah pembentukan model pembangunan insan sains

seimbang dalam pendidikan Sains. Jurnal Teknologi Jun (42): 77-93.

Noor Hisham Nawi. (2008). Pembinaan garis panduan bagi pembentukkan kurikulum

teras Fardhu Ain di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tesis Dr. Fal. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 32: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

137

Noor Hisham Md Nawi. (2012). Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi

pendidikan guru : tribulasi dan cadangan. In: Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Islam 2012, 03-06-2012, Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri

Sembilan.

Nur Aida Muhammad. (2016). Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Mengenai

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Strategi Penerapannya dalam

Pengajaran. Disertasi Sarjana, Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi ke-2.

Newbury Park, CA: Sage Publications.

Rosnani Hashim. (2002). Dualisme pendidikan umat Islam di Malaysia: Sejarah,

perkembangan dan cabaran masa depan. Jurnal Pendidikan Islam 10: 9‑27

Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson

Prentice Hall.

Sabir Abdul Ghani, Fadzli Adam & Muhammad Rashidi Wahab. (2014). Penilaian

Penyalahgunaan Dadah Menurut Fatwa Ulama Dari Perspektif Islam

(Assessing Drug’s Misusage According To Ulama’s Fatwa From Islamic

Perspective). Journal Of Business And Social Development Volume 2 Number

1, March 2014: 57-62 Issn: 2289-2915. Terengganu: Uiniversiti Malaysia

Terengganu.

Sarimah Karmin & Shaharom Noordin. (2008). Pedagogi: Strategi dan Teknik

Mengajar dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications and Distributors

Sdn. Bhd.

Seidman, I. (1998). Interviewing as Qualitative Research. New York: Teachers

College Press.

Shaharir Mohamad Zain dan Abd. Latif Samian. (1987). Pengislaman Sains dan

Matematik. Jurnal Pendidikan Islam Abim 2(7).

Siti Rashidah et. al. (2016). Kolaborasi Dalam Proses Pengintegrasian Ilmu Naqli dan

Aqli Melalui Pendekatan “lesson study”. Kertas Kerja ini dibentangkan di

International Conference on Social Sciences and Humanities (PASAK 2016)

pada 20 & 21 April 2016.

Stepanek, J., Appel, G., Leong, M., Mangan, M. T. & Mitchell, M. (2007). Leading

“lesson study”. Thusand Oaks, CA: Crowin Press.

Strauss, A., & Corbin, J.(1990). Basics of Qualitative Research: Grounded Theory

Procedures and Techniques. Newbury Park, CA: Sage Publications.

Tajul Ariffin Noordin, Abdul Raof Dalip. (1986). Pendidikan sepadu: seminar

pendidikan sepadu. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,

Page 33: PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN AQLI MELALUI …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/Pengintergrasian... · Pemerhatian dalam pengajaran kelas terbuka ini melibatkan seorang

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

138

Tajul Ariffin Noordin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Kuala Lumpur.

Nurin Ent.

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan: Suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taylor, S. J. & Bogdan, R.(1984). Introduction to Qualitative Research Method. Edisi

ke-2. New York: Wiley.

Wiersma. (1991). Research Methods in Education. Edisi ke-5. Boston: Allyn &

Bacon.

William Wiersma, Stephen G. Jurs. (2005). Research Methods in Education: An

Introduction Pearson/A and B.

Yee Mei Heong, Widan Othman, Jailani Md Yunos, Tee Tze Kiong, Razali Hassan &

Mimi Mohaffyza Mohamad. (2011). The Level of Marzano Higher Order

Thinking Skills Among Tecnical Education Stdents. International Journal of

Social Science and Humanity, 1 (2) : 121-125.

Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods 2nd

ed. Thounsand

Oaks: Sage Publications, Inc.

Zakaria Din & Ab. Halim. (2010). Pendekatan bersepadu pengajaran dan

pemudahcaraan akidah. Dlm. Ab.Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff (pnyt.). Kaedah Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, hlm.

137-152. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zanariah Ab. Wahab. (2010). Tahap Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK) dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Islam. Projek Penyelidikan Sarjana, Universiti Sains

Malaysia.

Zanaton H. Iksan, Siti Noraishah Mohd Nor, Siti Nordiyana Mahmud & Effandi

Zakaria. (2014). Applying the Principle of “lesson study” in Teaching Science.

Asian Social Science, 10(4): 108-113.

Zanaton H. Iksan, Effandi Zakaria & Md. Yusoff Daud. (2014). Model of “lesson

study” Approach during Micro Teacing. International Education Studies,

7(13): 253-260.

Zanaton H. Iksan, Md Noor Saper, & Zetty Nurzuliana Rashed. (2016). Integration of

Tawhidic Science through “lesson study” Approach in teaching and learning

science or Islamic study. Tinta Artikulasi Membina.

Zetty Nurzuliana Rashed. (2016). Amalan Pengintegrasian Ilmu Sains Dan Al-Quran

Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor.

Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.