penghayatan muraja ah al-quran dalam kalangan...

14
5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5 th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018 1 PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Muhammad Syafee Salihin, Ikmal Zaidi Hashim, Nik Mohd Nabil Nik Hanafi, Fatin Nazmin Mansor & Mawaddah Ahmad Mahir [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] & [email protected] Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Proses penghafazan al-Quran adalah bukan suatu yang mudah, bahkan perlu kepada pengorbanan yang besar daripada setiap penghafaznya. Proses ini menuntut komitmen yang tinggi, usaha yang berterusan serta tanggungjawab yang berat terutama melibatkan proses penjagaan al-Quran bagi pelajar yang telah tamat menghafaz al-Quran. Kajian Azmil Hashim 2010 mendapati pencapaian pelajar tahfiz masih belum mencapai objektif pendidikan tahfiz yang telah digariskan iaitu menghafaz al-Quran dengan lancar melalui dapatan ujian syafawi jelas menunjukkan bahawa pencapaian pelajar terhahap kelancaran hafazan al-Quran masih lemah. Justeru satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji tahap penghayatan muraja c ah dalam kalangan pelajar tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dihuraikan secara deskriptif untuk meninjau tahap penghayatan muraja c ah dalam kalangan pelajar tahfiz di KUIS yang melibatkan seramai 30 orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penghayatan muraja c ah dalam kalangan pelajar tahfiz al- Quran dan al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berada pada tahap sederhana dengan mencatat min 3.81. Implikasi kajian ini penting untuk mewujudkan kesedaran pentingnya penghayatan muraja c ah dalam kalangan mahasiswa agar setiap ayat yang dihafaz akan sentiasa mekar dalam ingatan. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-Quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Upload: truongtruc

Post on 09-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

1

PENGHAYATAN MURAJA’AH AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHFIZ

AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SELANGOR (KUIS)

Muhammad Syafee Salihin, Ikmal Zaidi Hashim, Nik Mohd Nabil Nik Hanafi, Fatin Nazmin

Mansor & Mawaddah Ahmad Mahir

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected] & [email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS

ABSTRAK

Proses penghafazan al-Quran adalah bukan suatu yang mudah, bahkan perlu kepada pengorbanan

yang besar daripada setiap penghafaznya. Proses ini menuntut komitmen yang tinggi, usaha yang

berterusan serta tanggungjawab yang berat terutama melibatkan proses penjagaan al-Quran bagi

pelajar yang telah tamat menghafaz al-Quran. Kajian Azmil Hashim 2010 mendapati pencapaian

pelajar tahfiz masih belum mencapai objektif pendidikan tahfiz yang telah digariskan iaitu

menghafaz al-Quran dengan lancar melalui dapatan ujian syafawi jelas menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar terhahap kelancaran hafazan al-Quran masih lemah. Justeru satu kajian perlu

dilakukan untuk mengkaji tahap penghayatan murajacah dalam kalangan pelajar tahfiz al-Quran

dan al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini merupakan

kajian kuantitatif yang dihuraikan secara deskriptif untuk meninjau tahap penghayatan murajacah

dalam kalangan pelajar tahfiz di KUIS yang melibatkan seramai 30 orang responden. Hasil

kajian menunjukkan bahawa tahap penghayatan murajacah dalam kalangan pelajar tahfiz al-

Quran dan al-Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berada pada tahap

sederhana dengan mencatat min 3.81. Implikasi kajian ini penting untuk mewujudkan kesedaran

pentingnya penghayatan murajacah dalam kalangan mahasiswa agar setiap ayat yang dihafaz

akan sentiasa mekar dalam ingatan.

Kata Kunci : Penghayatan muraja’ah al-Quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS).

Page 2: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

2

1.0 PENDAHULUAN

Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan

adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz memerlukan suatu

kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari

dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan

dan kecerdasan otak (Abdul Hafiz Abdullah, 2005).

Tanggungjawab menjaga hafazan al-Quran tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar

tahfiz al-Quran kerana ia bukan suatu yang mudah bahkan perlu kepada mujahadah untuk

sentiasa muraja’ah supaya kualiti hafazan al-Quran lebih terjaga. Hafazan memerlukan kepada

proses yang khusus bagi meningkatkan daya ingatan kepada al-Quran.

Abdul Hafiz Abdullah (2003) dalam kajiannya menyatakan sebanyak 68.5% pelajar

tahfiz di Institut Al-Quran Kuala Lumpur dan Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu

menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka, manakala 28.0% pelajar

kurang mengaplikasikan kaedah tersebut. Selain itu, terdapat 2.7% pelajar yang tidak

menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka. Kajian ini menunjukkan

pelajar dari kedua-dua institusi tahfiz ini sering mengaplikasikan metode tersebut dalam sistem

hafazan mereka.

Dengan mengetahui kaedah atau teknik yang betul dalam memelihara al-Quran, pelajar

tahfiz mampu mencapai tahap penghayatan dan penghayatan muraja’ah yang tinggi dalam

pengulangan mereka.

1.1 Hukum Menghafaz Al-Quran

Zulkifli Mohamad al-Bakri (2013) menjelaskan hukum menghafaz al-Quran adalah fardhu

kifayah. Ini kerana dengan adanya hafazan al-Quran ianya boleh menjadikan salah satu cara

Page 3: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

3

untuk memelihara ayat suci al-Quran daripada luput dan lenyap serta menjadi tanggungjawab

dan amanah kepada umat Islam berkaitan ilmu al-Quran.

1.2 Hukum Melupakan Al-Quran

Zulkifli Mohamad al-Bakri (2013) telah membuat kesimpulan terhadap pandangan ulama fiqh

berkaitan dengn isu ini dengan menyatakan sesiapa yang cuai dalam mengulangi al-Quran akan

berdosa berdasarkan pendapat mazhab Hanafi dalam kitab Bariqah Mahmudiyyah (4/191) dan

mazhab Syafie dalam kitab al-Muhtaj (1/39). Ini menunjukkan bahawa pentingnya pada setiap

penghafaz al-Quran untuk senantiasa muraja’ah setiap ayat yang dihafaz supaya dapat

mengekalkan kualiti ingatan.

2.0 ISU KAJIAN

Pertumbuhan institusi atau pusat tahfiz al-Quran yang semakin bertambah dari semasa ke semasa

telah membuktikan bahawa masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini begitu mementingkan

pendidikan tahfiz ini. Proses penghafazan al-Quran adalah bukan suatu yang mudah, bahkan

perlu kepada pengorbanan yang besar daripada setiap penghafaznya. Proses ini menuntut

komitmen yang tinggi, usaha yang berterusan serta tanggungjawab yang berat terutama

melibatkan proses penjagaan al-Quran bagi pelajar yang telah tamat menghafaz al-Quran.

Khairul Anuar Mohamad (2016) menjelaskan bahawa penghafaz al-Quran perlu faham

sifat dan keadaan hafazan yang dimiliki bukan selama-lamanya terlekat dalam ingatan. Hafazan

memerlukan kepada proses yang khusus bagi meningkatkan daya ingatan kepada al-Quran.

Hadis Rasulullah s.a.w :

Page 4: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

4

“ Selalulah kamu membaca dan mengulangi al-Quran demi jiwaku dalam

genggamannya. Sesungguhnya al-Quran sangat cepat hilang dari ingatan berbanding

terlepasnya seekor unta liar dari ikatannya”1

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa kepentingan penjagaan al-Quran

sangat dituntut kepada semua penghafaz al-Quran dan proses penjagaan al-Quran perlu

dilakukan secara berterusan agar kualiti hafazan al-Quran akan terus kekal dalam ingatan kerana

al-Quran tersangat mudah untuk dilupakan.

Kajian Azmil Hashim (2010) menyatakan dalam kajiannya, pencapaian pelajar tahfiz

masih belum mencapai objektif pendidikan tahfiz yang telah digariskan iaitu menghafaz al-

Quran dengan lancar. Hasil dapatan ujian syafawi yang dilakukannya jelas menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar terhadap kelancaran hafazan al-Quran masih lemah. Pencapaian yang lemah

dalam hafazan al-Quran adalah berpunca daripada faktor pelajar tidak mengetahui kaedah yang

sistematik dalam memelihara hafazan al-Quran. Sehubungan itu, proses murajaah sangat penting

dan perlu diberi penekanan dalam kalangan pelajar tahfiz.

Penemuan ini, mengukuhkan dapatan bahawa proses penjagaan al-Quran perlu kepada

proses pengukuhan murajaah yang bersistematik kerana sifat al-Quran itu mudah dilupai. Justeru

menjadi rangsangan kepada pengkaji untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang tahap

penghayatan murajacah dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor. Kajian ini berpotensi sebagai

satu panduan kepada pelajar tahfiz dalam usaha mengukuhkan kualiti hafazan al-Quran mereka.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian deskriktif ini akan melibatkan beberapa huraian data berbentuk kekerapan, peratus dan

min yang menggunakan Perisian SPSS versi 20. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-

pelajar yang sedang mengikuti (PSMQQ) di KUIS. Data-data yang diperolehi melalui kaedah

1 Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari, Sahih Bukhari, 1400 hijrah, al-Qaherah, maktabah al-Salafiyyah, no hadis :

5033

Page 5: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

5

kajian lapangan yang melibatkan pengedaran set soalan soal selidik kepada para responden

terbabit seramai 30 orang. Dalam kajian ini skala likert digunakan untuk menetukan pilihan para

responden ketika menjawab set soal selidik yang dibekalkan. Skala likert tersebut mewakili 5

pilihan iaitu 1)Sangat Tidak Setuju, 2)Tidak Setuju, 3) Tidak Pasti, 4) Setuju dan 5) Sangat

Setuju.

Terdapat 10 soalan soal selidik dalam kajian ini yang terdiri daripada 1) Saya akan

muraja’ah al-Quran dengan guru pada setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan. 2) Saya akan

muraja’ah al-Quran secara bersendirian mengikut masa yang saya aturkan sendiri. 3) Saya akan

terasa berdosa jika tidak muraja’ah al-Quran setiap hari. 4) Saya akan cuba memahami makna

bagi setiap ayat ulangan untuk memudahkan proses muraja’ah al-Quran. 5) Saya menyediakan

buku catatan khas sebagai semakan muraja’ah al-Quran. 6) Saya akan menandakan pada ayat al-

Quran yang sering saya lupa semasa muraja’ah. 7) Saya akan mencari kawan yang hebat dalam

al-Quran sebagai guru semakan pengulangan ayat al-Quran. 8) Saya akan membuat pembahagian

ayat muraja’ah mengikut juzu atau maqra’al-Quran. 9) Saya sentiasa bangun tahajjud dan

mengulangi ayat al-Quran di dalam setiap bilangan rakaat. 10) Saya akan duduk di musolla atau

masjid untuk muraja’ah berbanding di kelas.

4.0 HASIL KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda (SMQQ) di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor dan jumlah pelajar yang menjadi responden kajian ini adalah seramai 30

orang pelajar. Dalam set soalan soal selidik terdapat dua bahagian yang dimulakan dengan data

demografi dan tahap penghayatan muraja’ah al-Quran dalam kalangan pelajar (SMQQ) KUIS.

Page 6: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

6

4.1 Profil Demografi Responden

Pada bahagian demografi ini terdapat enam soalan yang diajukan kepada pelajar yang terdiri

daripada jantina, tempat tinggal semasa menuntut, tahun pengajian, faktor utama belajar di

KUIS, masa yang diperuntukkan untuk mengulang al-Quran dalam sehari dan masa yang sering

dan sesuai digunakan untuk mengulang al-Quran. Bagi menganalisis data demografi kajian,

analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan kekerapan dan peratusan. Profil demografi

kajian dipaparkan seperti Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Jadual Demografi Responden

Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 23 76.7

Perempuan 7 23.3

Tempat tinggal semasa menuntut

Di asrama

25

83.3

Di rumah 5 16.7

Tahun pengajian sekarang

Tahun 1-2

7

23.3

Tahun 3-4 22 73.3

Lain-lain 1 3.3

Faktor utama belajar di KUIS

Pilihan sendiri

21

70.0

Pilihan ibu bapa 6 20.0

Nasihat guru 1 3.3

Mengikut kawan 2 6.7

Tempoh untuk mengulang al-

Quran dalam sehari

30 minit

5

16.7

1 jam 16 53.3

Lain-lain 9 30.3

Masa yang sering dan sesuai

digunakan untuk mengulang al-

Quran

Awal pagi

11

36.7

Petang 1 3.3

Malam 17 56.7

Masa lain 1 3.3

Sumber : Soal selidik 2018

Page 7: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

7

Jadual 1 menunjukkan seramai 23 orang (76.7%) pelajar lelaki dan seramai 7 orang (23.3%)

pelajar perempuan. Ini menunjukkan majoriti responden kajian adalah dalam kalangan pelajar

lelaki. Pemilihan responden ini adalah bertujuan melihat maklum balas yang diberikan di antara

pelajar lelaki dan perempuan kerana pemikiran dan pemahaman antara lelaki dan perempuan ini

seringkali berbeza. Seterusnya berdasarkan Jadual 1.0 juga, seramai 25 orang (83.3%)

responden yang menetap di asrama dan seramai 5 orang (16.7%) responden yang menetap di

rumah. Ini menunjukkan responden lebih ramai menetap di asrama berbanding di rumah.

Kemudian, dari sudut tahun pengajian pelajar pula, seramai 7 orang (23.3%) responden

yang berada di Tahun 1-2, seramai 22 orang (73.3%) responden yang berada di Tahun 3-4 dan

hanya seorang (3.3%) responden yang berada di tahun selain daripada itu. Ini menunjukkan

majoriti responden kajian sedang menuntut pada Tahun 3-4. Berdasarkan jadual 1.0 juga,

seramai 21 orang (70.0%) responden menyatakan faktor utama belajar di KUIS adalah atas

pilihan diri sendiri, seramai 6 orang (20.0%) responden berdasarkan pilihan ibu bapa, seramai 2

orang (6.7%) responden yang mengikut kawan dan seorang (3.3%) responden berdasarkan

nasihat guru. Ini menunjukkan faktor utama majoriti responden belajar di KUIS berdasarkan

pilihan sendiri.

Jadual 1.0 juga menjelaskan seramai 5 orang (16.7%) responden memperuntukkan

tempoh 30 minit untuk mengulang al-Quran dalam sehari, seramai 16 orang (53.3%) responden

memperuntukkan tempoh 1 jam untuk mengulang al-Quran dan seramai 9 orang (30.3%)

responden memperuntukkan tempoh lebih daripada satu jam. Ini menunjukkan majoriti

responden memperuntukkan tempoh 1 jam untuk mengulang al-Quran dalam sehari.

Selanjutnya jadual 1.0 juga menunjukkan bahawa seramai 11 orang (36.7%) responden

sering mengulang al-Quran pada awal pagi dan seramai 17 orang (56.7%) responden yang

mengulang al-Quran pada waktu malam serta masing-masing hanya seorang (3.3%) responden

sahaja yang mengulang al-Quran pada waktu petang waktu lain. Ini menunjukkan majoriti

responden sering mengulang al-Quran pada awal pagi.

Page 8: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

8

4.2 Kaedah Muraja’ah al-Quran.

Pada bahagian ini, penyelidik telah menyediakan 10 item soalan yang berkaitan dengan kaedah

muraja’ah al-Quran yang diamalkan oleh para pelajar KUIS dengan menggunakan skala ordinal.

Skala ordinal yang digunakan dalam bahagian C set soalan soal selidik ini ialah 5 skala likert

dimana ia mewakili 5 item pilihan iaitu 1) Sangat tidak setuju 2) Tidak setuju 3) Tidak Pasti 4)

Setuju 5) Sangat setuju. Pelajar akan menjawab soalan bahagian ini mengikut apa yang

dipersetujui mereka dan dirasai tepat dengan keadaan kecenderungan mereka semasa menjawab

soalan. Pengukuran bagi menilai interpretasi nilai min adalah seperti yang digambarkan dalam

jadual 2.0 berikut.

Jadual 2: Nilai interpretasi bagi mengukur nilai min

Nilai min Interpretasi

1.0 hingga 2.0

2.1 hingga 3.0

3.1 hingga 4.0

4.1 hingga 5.0

Sangat Rendah

Rendah

Sederhana

Tinggi

Sumber : Sekaran, 2006

Analisis dapatan kajian dihuraikan untuk menjawab objektif kajian ini. Analisis dapatan

kajian secara terperinci dipaparkan melalui analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan,

peratusan dan min yang dijalankan bagi menentukan tahap penghayatan muraja’ah al-Quran

Hasil analisis deskriptif tersebut seperti Jadual 3 berikut.

Jadual 3: Tahap Penghayatan Muraja’ah Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz KUIS.

No Item STS TS KS S SS Min

1 Saya akan muraja'ah al-Quran

dengan guru pada setiap hari

mengikut jadual yang

ditetapkan

0

(0%)

3

(10.0%)

8

(26.7%)

14

(46.7%)

5

(16.7%)

3.70

Page 9: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

9

2 Saya akan muraja'ah al-Quran

secara bersendirian mengikut

masa yang saya aturkan

sendiri

0

(0%)

0

(0%)

4

(13.3%)

13

(43.3%)

13

(43.3%)

4.30

3 Saya akan rasa berdosa jika

tidak muraja'ah al-Quran

setiap hari

1

(3.3%)

1

(3.3%)

1

(3.3%)

13

(43.3)

14

(46.7)

4.27

4 Saya akan cuba memahami

makna bagi setiap ayat

ulangan untuk memudahkan

proses muraja'ah al-Quran

1

(3.3%)

1

(3.3%)

3

(10.0%)

14

(46.7)

11

(36.7%)

4.10

5 Saya menyediakan buku

catatan khas sebagai semakan

muraja'ah

4

(13.3%)

4

(13.3%)

8

(26.7%)

10

(33.3%)

4

(13.3%)

3.20

6 Saya akan menandakan pada

ayat al-Quran yang sering

saya lupa semasa muraja'ah

2

(6.7%)

2

(6.7%)

8

(26.7%)

9

(30.0%)

9

(30.0%)

3.70

7 Saya akan mencari kawan

yang hebat dalam al-Quran

sebagai guru semakan

pengulangan ayat al-Quran

2

(6.7%)

1

(3.3%)

9

(30.0%)

6

(20.0%)

12

(40.0%)

3.83

8 Saya akan membuat

pembahagian ayat muraja'ah

mengikut juzu atau maqra' al-

Quran

0

(0%)

0

(0%)

5

(16.7%)

14

(46.7)

11

(36.7%)

4.20

9 Saya sentiasa bangun tahajjud

dan mengulangi ayat al-Quran

di dalam setiap bilangan

rakaat

3

(10.0%)

3

(10.0%)

13

(43.3)

10

(33.3%)

1

(3.3%)

3.10

10 Saya akan duduk di musolla

atau masjid untuk muraja'ah

al-Quran berbanding di kelas

2

(6.7%)

3

(10.0%)

5

(16.7%)

10

(33.3%)

10

(33.3%)

3.77

JUMLAH KESELURUHAN MIN 3.81

Sumber : Soal Selidik 2018

Page 10: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

10

Jadual 3 menunjukkan bahawa majoriti item dalam tahap penghayatan muraja’ah al-Quran dalam

kalangan pelajar tahfiz KUIS pada tahap sederhana (min = 3.81). Item yang mempunyai min

yang paling tinggi adalah item ke 2 iaitu pelajar muraja'ah al-Quran secara bersendirian

mengikut masa yang diaturkan sendiri (min = 4.30) yang berada pada tahap tinggi. Dari

kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 14 orang (46.7%) pelajar menyatakan setuju,

seramai 8 orang (26.7%) pelajar menyatakan kurang setuju, seramai 5 orang (16.7%)

menyatakan sangat setuju, 3 orang (10.0%) pelajar menyatakan tidak setuju dan tiada seorang

(0%) pelajar menjawab jawapan sangat tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa faktor terbesar

tahap penghayatan muraja’ah al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz di KUIS adalah pelajar

muraja'ah al-Quran secara bersendirian mengikut masa yang diaturkan sendiri (min=4.30).

Item yang mempunyai min kedua tertinggi ialah item 3 iaitu pelajar akan rasa berdosa

jika tidak muraja'ah al-Quran setiap hari (min = 4.27) yang berada pada tahap tinggi. Dari

kekerapan dan peratusan menunjukkan seramai 14 orang (46.7%) pelajar menyatakan sangat

setuju, seramai 13 orang (43.3%) pelajar menyatakan setuju dan hanya seorang (3.3%0 pelajar

yang menjawab sangat tidak setuju, tidak dan kurang setuju.

Item yang mempunyai min ketiga tertinggi ialah item ke 8 iaitu pelajar akan membuat

pembahagian ayat muraja'ah mengikut juzu atau maqra' al-Quran (min = 4.20). Dari kekerapan

dan peratusan menunjukkan seramai 14 orang (46.7%) pelajar menyatakan setuju, seramai 11

orang (36.7%) pelajar menyatakan sangat setuju, seramai 5 orang (16.7%) pelajar menyatakan

sangat setuju, dan tiada seorang pun pelajar yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju.

5.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Rumusan kajian penghayatan muraja’ah al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz KUIS

menunjukkan bahawa faktor kecemerlangan dalam hafazan adalah berpunca daripada individu

Page 11: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

11

itu sendiri. Jadual 4 berikut merupakan item ke 2 yang mencatat min tertinggi yang berkaitan

tahap penghayatan muraja’ah al-Quran dalam kalangan pelajar SMQQ.

Jadual 4: Tahap Penghayatan Muraja’ah al-Quran

No Item STS TS KS S SS Min

2 Saya akan muraja'ah al-

Quran secara bersendirian

mengikut masa yang saya

aturkan sendiri

0

(0%)

0

(0%)

4

(13.3%)

13

(43.3%)

13

(43.3%)

4.30

Jadual 4 adalah item yang mempunyai min paling yang tinggi dengan nilai min 4.30.

Jadual 4 menjelaskan bahawa muraja’ah al-Quran dalam kalangan pelajar lebih terkesan dengan

mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pelajar sendiri. Pelajar perlu ada kesedaran dalam diri

untuk muraja’ah al-Quran serta pelajar wajib mengatur masa yang sistematik dalam proses

muraja’ah al-Quran.

Mengabaikan tanggungjawab dan tidak berdisiplin dalam muraja’ah al-Quran akan

memberi implikasi negatif terhadap kualiti hafazan al-Quran. Daya ingatan dalam hafazan akan

menjadi lemah dan akan menyebabkan ayat al-Quran dilupakan. Setiap penghafaz perlu sedar

bahawa ayat yang dihafaznya tidak akan terus kekal melainkan dengan sentiasa muraja’ah.

Khairul Anuar Mohamad (2016) juga menyatakan sifat dan keadaan hafazan yang dimiliki bukan

selama-lamanya lekat dalam ingatan.

Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap pelajar mengulang al-Quran agar setiap ayat

yang dihafaz akan terus mekar dan segar dalam ingatan sehingga akhir hayat.

Page 12: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

12

6.0 CADANGAN

Berdasarkan analisis data dan rumusan yang telah dijalankan, pengkaji ingin memberi beberapa

cadangan dan saranan yang boleh dilaksanakan serta diaplikasikan oleh pihak-pihak berkaitan

yang terlibat secara langsung dalam institusi pendidikan tahfiz demi memperbaiki mutu dan

kualiti muraja’ah al-Quran dengan lebik dan sistematik.

Bagi memperkasa pendidik tahfiz, pihak institusi tahfiz perlu menetapkan satu waktu

khas atau mengadakan kelas khas untuk sesi muraja’ah. Hal ini, dapat membantu pelajar dalam

memberi fokus dan tumpuan yang lebih terhadap muraja’ah al-Quran. Pelajar juga dalam

mengagihkan masa dengan baik dalam melakukan akitiviti muraja’ah al-Quran dengan aktiviti

lain.

Institusi tahfiz juga boleh menganjurkan pelbagai program dan pengisian berkaitan

kesedaran menghafaz dan mengulang al-Quran dalam kalangan pelajar. Ia dapat memberi

kesedaran dan penghayatan dalam diri pelajar serta dapat memupuk rasa cinta terhadap

kalamullah malah pelajar akan lebih mengambil berat dalam memelihara kualiti hafazan al-

Quran.

Pelajar juga perlu berdisiplin dan istiqamah dalam muraja’ah al-Quran bagi memastikan

keberkesanan dalam hafazan al-Quran. Selain daripada menetapkan masa yang sesuai dan khas

untuk mengulang al-Quran, pelajar juga boleh mengambil inisiatif dalam langkah memelihara

hafazan al-Quran seperti muraja’ah al-Quran dengan melihat dan memahami intisari ayat al-

Quran. Ini memudahkan serta menguatkan ingatan pelajar dalam mengingati ayat al-Quran

melalui kaedah tadabbur al-Quran.

Page 13: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

13

7.0 PENUTUP

Kesimpulan daripada kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran pelajar tahfiz

mengenai kepentingan memelihara dan mengulangi al-Quran. Kajian ini juga berpotensi sebagai

satu panduan kepada pelajar tahfiz dalam usaha mengukuhkan kualiti hafazan al-Quran mereka.

Penghayatan muraja’ah al-Quran ini juga merupakan satu bentuk penjagaan dan pemeliharaan

keutuhan hafazan al-Quran.

Page 14: PENGHAYATAN MURAJA AH AL-QURAN DALAM KALANGAN …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/FULL-PAPER-IRMIC... · menggunakan kaedah mengulang bacaan dalam proses hafazan mereka,

5th INTERNATIONAL RESEARCH MANAGEMENT & INNOVATION CONFERENCE (5th IRMIC 2018)

Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

14

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Abdul Hafiz Abdullah, Husin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd Noor,

Kamarul Azmi Jasmi, Abdul Basit Semat. 2005. Sistem Pembelajaran dan Kaedah

Hafazan Al-Quran yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Abdul Hafiz Abdullah, Ajmain Safar, Mohd Ismail Mustari, Azhar Muhammad, Idris Ismail.

2003. Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Mazaayaa al-Hafiz. 2006. Panduan Menghafal Al-Quran. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Afaf Abdul Ghafor Hameed. Dr., Adel M. Abdulaziz. Dr., Mohamed Abdullahi Nur. Dr.

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2003). Isu Semasa Pengajian: Quran Dan Sunnah.

Siri 1, Sidang Editorial, KUIM: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

‘Ali bin Sulaiman al-‘Ubaid. Jam’ al-Quranal-Karīm wa Kitābah.

http://d1.islamhouse.com/data/ar/ih_books/single/ar_Complication_Of_The_Quran_haf

z_writ.pdf

al-Zarqani, Muhaammad Abd. Azim. (1988). Manahil al-Irfan Fi Ulum al-Quran. Bayrut: Dar

al-Kutub al-Ilmiyah.

Fauziah Mohd Noor. 1993. Penghafalan al-Quran Di kalangan Wanita: Satu Kajian di Maahad

Tahfiz, Pusat Islam. Fakulti Usuluddin Akademi Islam UM KL : Latihan Ilmiah Ijazah

Sarjana Muda.

Ismail Awang. 1987. Pengajian dan Tafsir al-Quran. Kota Bahru: Dian Darul Na'im Sdn. Bhd.

al-Sabuni, Mohd 'Ali. 1985. Al-Tibyan fi 'Ulum al-Qur'an. Beirut: Dar al-Kutub.

H. Muhammaddin. 2013. Manhaj Salafiyah. Disember.

JAKIM. 2002. Prospektus Darul Quran 2002/2003. t.tp: t.tp.

Khairul Anuar Mohamad. 2016. Sistem Kawalan Kualiti Huffaz. Memperkasa Generasi

Penghafaz al-Quran.

Mohd Solleh Ab.Razak. 2011. Sehingga al-Quran Terpahat di Hati. Kuala Lumpur : Telaga Biru

Sdn Bhd.

Manna’ al-Qattan. 1998. Mabahith fi ‘Ulum al-Qurān. Beirut : Muassasah ar-Risalah.

Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari, 1400 hijrah, al-Qaherah : Maktabah al-Salafiyyah.

Mohd Idris ‘Abdul Rauf al-Marbawi. 1939. Bahr al-Mazi Syarah Bagi Mukhtaṣar ṣohih al-

Tirmizi. Mesir : Maktabah wa Matba’ah Musṭafa al-Babi al-Halabi wa Auladihi.

Zulkifli Mohammad al-Bakri. 2013. Hafazan Al-Quran. Negeri Sembilan : Pustaka Cahaya

Kasturi Sdn Bhd.