azreen binti anoar - fp.utm.my filepembinaan perisian pengajaran berbantu komputer (pbk) basic...

25
PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) BASIC AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER AZREEN BINTI ANOAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungcong

Post on 14-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTU

KOMPUTER (PBK) BASIC AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU

KOMPUTER

AZREEN BINTI ANOAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTU

KOMPUTER (PBK) BASIC AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU

KOMPUTER

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya AZREEN BINTI ANOAR (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

34, PERSIARAN KELEBANG SELATAN 10, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH HJ. SIDEK TAMAN BERTUAH, NAMA PENYELIA 31200 IPOH, PERAK.

Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : ……………………………………………....

Nama Penulis : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH HJ SIDEK

Tarikh : 28 April 2008

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER

(PBK) BASIC AUTOCAD 2007 (2D) BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER 

AZREEN BINTI ANOAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : AZREEN BINTI ANOAR

Tarikh : 28 April 2008

iii

DEDIKASI

Tiada kata-kata yang terungkap di bibir…

Tiada madah semanis bahasa…

Tiada gambaran secantik lukisan yang..

Dapat menunjukkan betapa bersyukurnya hati dengan segala

limpah kurnia yang telah Allah SWT berikan buat hambaNya ini..

Hasil nukilan ini, kutujukan khas buat tatapan…

Insan yang teristimewa dalam hidupku…

Abah, ANOAR BIN M. SAHABUDIN

Mak, NORANI MUTI BINTI ABD. HAMID

&

ZAHANA IDAYU BINTI ANOAR

YULIA YASMIN BINTI ANOAR

NURUL AIN BINTI ANOAR

HASYIMAH BINTI ANOAR

Harapan kalian tidak akan dikecewakan.

Perjuanganku masih belum selesai

Kalian semua sumber ilhamku.

Semoga kita sekeluarga sentiasa berbahagia hendakNya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dan Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurniaNya maka saya dapat menyelesaikan Projek Sarjana Muda dalam jangka waktu

yang ditetapkan. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan

kepada Penyelia, Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Haji Sidek yang telah memberi

tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang proses pembangunan perisian ini. Tanpa beliau

mungkin saya tidak dapat menyiapkan projek ini dalam jangka masa yang telah

ditetapkan.

Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga dihulurkan buat ayahanda dan bonda

yang disayangi dan keluarga tercinta yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan

dan kesejahteraan saya di dunia dan akhirat.

Di kesempatan ini juga, ribuan terima kasih diucapkan buat rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi dorangan dan bantuan sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan perisian yang dijalankan ini.

Semoga Allah memberi berkat kepada usaha kita semua. Insya Allah.

Wassalam.

Azreen Binti Anoar

UTM, Skudai

v

ABSTRAK

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer (SPE 2112) atau

turut dikenali sebagai AutoCAD yang tersenarai dalam Pakej Sains Tulen-Teknologi

di Universiti Teknologi Malaysia, UTM bermatlamat untuk melengkapkan pelajar

dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan serta melahirkan

pelajar yang boleh berkomunikasi secara grafik. Oleh kerana AutoCAD memerlukan

pembentukan konsep yang tepat, maka perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) yang bertajuk “Basic AutoCAD 2007 (2D)” yang dibangunkan ini akan

memberi kesan positif terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Pembangunan perisian ini menggabungkan kesemua elemen multimedia iaitu teks,

grafik, animasi dan audio supaya perisian ini lebih menarik dan interaktif. Ia juga

mesra pengguna dan efektif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Perisian yang dibangunkan menggunakan Adobe Flash, SWF & FLV Toolbox 3.5,

Adobe Photoshop dan Soundforge 7.0 ini disiapkan dalam bentuk pakej cakera padat

(CD). Diharapkan perisian ini dapat memberikan pembelajaran seumur hidup dan

meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar

dengan perkembangan teknologi.

vi

ABSTRACT

The aim of Computer Aided Drawing subject (SPE 2112) or known as

AutoCAD which is in the package of Pure Science-Technology at Universiti

Teknologi Malaysia, UTM are to complete the students with knowledge and basic

skills in engineering and to develop students which can communicate with graphic.

AutoCAD needs right concept development and this made the idea to develop

Computer Aided Learning (CAL) software titled “Basic AutoCAD 2007 (2D)” that

will give a good effect to the teaching and learning process. A combination of

multimedia such as text, graphic, animation and audio will make this software more

interesting and interactive. It is also user friendly and effective for teaching and

learning process. This CAL is developed using Adobe Flash, SWF & FLV Toolbox

3.5, Adobe Photoshop and Soundforge 7.0 software has been written in a CD form

for convinience. Hopefully this software can give long-life learning and improved the

effectiveness in teaching and learning process along with the development of

technology.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Perisian PBK 8

1.5 Kepentingan Perisian PBK 8

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Pensyarah 9

1.5.3 Fakulti Pendidikan, UTM 10

1.6 Skop Perisian PBK 10

viii

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 11

1.7.1 Mempelbagaikan Kaedah Penyampaian dalam Proses

P&P di dalam Bilik Darjah 11

1.7.1 Membantu Proses P&P Supaya Lebih Berkesan 12

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Teori-Teori Pembelajaran Berasaskan Komputer 15

2.2.1. Teori Tingkah Laku 16

2.2.2. Teori Konstruktivisme 16

2.2.3 Teori Kognitif 18

2.3 Kajian Berkaitan Perisian Kursus 20

2.4 Kajian Penggunaan Multimedia Interaktif dalam

Proses Pembelajaran 21

2.5 Kajian Keberkesanan Pembelajaran Berbantu

Komputer (PBK) 23

2.6 Rumusan Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan

Komputer 26

3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Perisian 28

3.2.1 Perancangan Pembinaan Perisian 29

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 29

3.2.1.2 Tajuk dan Skop 29

3.2.1.3 Matlamat Perisian 31

3.2.2 Pembinaan Perisian 32

3.2.2.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Kecerdasan

Pelbagai di Dalam Reka Bentuk Perisian 32

3.2.2.1.1 Kinestatik 33

3.2.2.1.2 Muzik/Ritma 34

3.2.2.1.3 Matematik/Logik 34

ix

3.2.2.1.4 Linguistik 35

3.2.2.1.5 Visual-Spatial 35

3.2.2.1.6 Interpersonal 36

3.2.2.1.7 Intrapersonal 36

3.2.2.1.8 Naturalis 36

3.2.3 Perisian yang Digunakan 37

3.2.4 Kaedah Perlaksanaan 38

3.2.5 Penilaian Perisian 39

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Pakej Perisian 42

4.3 Paparan Menu Utama (Main Menu) 42

4.4 Paparan Halaman Objektif (Objective) 43

4.5 Paparan Halaman Tutorial (Tutorial) 44

4.6 Paparan Halaman Latihan (Excercise) 48

4.7 Paparan Halaman Bantuan (Help) 49

4.8 Paparan Halaman Keluar (Exit) 49

4.9 Penilaian Keberkesanan Perisian 50

4.9.1 Pemprosesan Data Pengujian 51

4.9.1.1 Analisis Data Bahagian A 51

4.9.1.2 Analisis Data Bahagian B 51

4.9.1.3 Analisis Data Bahagian C 53

4.10 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 54

5.3 Kelebihan Perisian 55

5.4 Kelemahan Perisian 56

5.5 Rumusan 57

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 58

x

5.7 Penutup 58

BIBLIOGRAFI 59

LAMPIRAN 61

Lampiran A - Carta Gantt Perkembangan Pembinaan Perisian 62

Lampiran B - Borang Soal Selidik Penilaian Keberkesanan Perisian 63

xi

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Dapatan Borang Soal Selidik Bahagian 52

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir rekabentuk bersistematik 28

3.2 Carta Alir Perkembangan Perisian Berbantu Komputer 39

AutoCAD 2D 2007

4.1 Paparan Menu Utama 43

4.2 Paparan Objective 43

4.3 Paparan utama tutorial 44

4.4 Carta alir dalam paparan tutorial 45

4.5 Paparan penerangan bagi tajuk Line 46

4.6 Paparan langkah pertama membuat garisan dalam Line 46

4.7 Paparan soalan 2 dalam menu Exercise 47

4.8 Paparan jawapan bagi soalan 2 47

4.9 Paparan Help 48

4.10 Paparan Credit 49

xiii

SENARAI SINGKATAN

PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

AutoCAD - Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

IT - Teknologi Maklumat

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - Carta Gantt Perkembangan Pembinaan Perisian Berbantu Komputer

Basic AutoCAD 2007(2D)

LAMPIRAN B - Borang Soal Selidik Penilaian Keberkesanan Perisian

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial dan politik yang

dicetuskan oleh kemajuan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam

konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,

konsep liberalisasi maklumat, konsep pengajaran global, konsep perubahan global

dan sebagainya (Abd. Rahim Abdul Rashid, 2005).

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia turut menghadapi cabaran serta

tekanan besar di dalam berhadapan dengan persaingan abad ke 21 ini. Persaingan di

antara negara-negara lain menuntut kita melakukan anjakan yang besar untuk

melangkah ke arah peringkat pembangunan seterusnya mencapai tahun 2020 (YAB

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi; ucapan usul mengenai Rancangan Malaysia ke-

9 2006-2010). Perubahan ini telah memberikan banyak kesan positif kepada

masyarakat di Malaysia. Dunia pendidikan juga tidak turut terkecuali terlibat di

dalam isu globalisasi yang dikatakan sebagai trend dan ideologi abad ke-21 ini. Kini,

masyarakat mula sedar akan kepentingan untuk meningkatkan taraf pendidikan

masing-masing kerana melalui pendidikan, tahap sesebuah negara itu akan

meningkat dan menjadi lebih maju.

2

Winston Churcil menyatakan empayar di masa hadapan ialah empayar

pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar

khususnya, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah perlu digubah

kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah

menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara

tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi

diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan

maklumat.

Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan

komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri

yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang

lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan

penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih

luas, pembelajaran boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera

melalui pendekatan interaktif, dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran

dilakukan secara terus.

Sejajar dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

mendokumentasikan satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP (2001-2010)

bagi menambah baik serta memberi perhatian khusus kepada bidang pendidikan agar

dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-

citakan dalam Wawasan 2020. Di dalam pelan tersebut, KPM kini sedang merancang

untuk menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan

warganegara yang berilmu pengetahuan celik ICT, berkemahiran serta bersahsiah

tinggi. Selain itu, KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang

bagi penyegaran pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan

baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (2001-2010) tersebut.

Salah satu rancangan KPM ialah mewujudkan projek rintis Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia yang

bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara dengan

memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari komponen dalam

3

persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga

2002 di 88 buah sekolah yang mana 82 ialah sekolah sedia ada dan enam buah

sekolah lagi dibina untuk tujuan yang sama iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1,

SK Putrajaya 2, SMK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri

Bintang Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5,809

buah komputer dan 261 pembantu makmal. Komputer digunakan dalam Pengajaran

dan Pembelajaran empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains

dan Matematik (Dokumen Edisi Pelancaran Rancangan Malaysia ke-9 2006-2010-

m/s 26).

Selain itu, KPM juga bercadang untuk mempelbagaikan kaedah P&P dengan

lebih berpusatkan pelajar seperti menjalankan lebih banyak eksperimen, simulasi,

lawatan, penyelesaian masalah serta penggunaan teknologi dalam ICT. Dasar utama

KPM berkaitan ICT ialah memastikan semua pelajar celik IT, mengutamakan

peranan dan fungsi ICT di dalam pendidikan, sebagai mata pelajaran atau bahan

Pengajaran dan Pembelajaran serta menggalakkan penggunaan ICT bagi

meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan

(Dokumen Edisi Pelancaran Rancangan Malaysia ke-9 2006-2010- m/s 56).

Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan.

Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-

mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya dapat

memberikan kesan yang positif dalam proses pembelajaran pelajar. Oleh itu,

penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan

sebagainya adalah sangat bersesuaian.

Menurut Zoraini Wati Abas (1994), penggunaan komputer menjadikan

pelajar-pelajar lebih berkemahiran daya fikir dan dapat meningkatkan pengetahuan

mereka dalam menyediakan diri ke arah corak kehidupan di abad-21. Pembelajaran

Berbantu Komputer (PBK) telah dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu

pelajar dan guru di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman

mereka dalam matapelajaran yang diikuti. PBK merupakan salah satu medium

Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan komputer untuk menyampaikan isi

kandungan pelajaran serta boleh diaplikasikan di mana-mana institusi pendidikan

samada di peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi.

4

PBK biasanya dipersembahkan dalam satu perisian yang dilengkapi dengan

gabungan teks, grafik, bunyi, animasi dan video yang menghasilkan prestasi yang

menakjubkan. Keistimewaan kaedah ini ialah proses Pengajaran dan Pembelajaran

dapat dilakukan dengan lebih menarik dan berkesan di mana pelajar akan berinteraksi

terus dengan komputer yang seolah-olah mengambil alih tugas guru di kelas. Pelajar

juga boleh belajar secara bersendirian serta mengawal urutan pembelajaran yang

bersesuaian dengan tahap penerimaan masing-masing. Tenaga pengajar pula hanya

memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar. Selain itu,

kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer ini juga mempunyai beberapa

keistimewaan seperti tidak menjemukan, interaktiviti yang tinggi, menarik, boleh

digunakan pada bila-bila masa dan bersifat multimedia.

Maka dengan ini, adalah sewajarnya tenaga pengajar di sekolah dan institusi

tinggi mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat melalui

pembinaan perisian-perisian multimedia pendidikan yang dapat membantu mengubah

corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi

demi menyokong pembangunan negara mencapai wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau turut dikenali

sebagai AutoCAD yang tersenarai dalam Pakej Sains Tulen-Teknologi bermatlamat

untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang

kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara grafik.

Seperti Lukisan Kejuruteraan, AutoCAD juga memerlukan pembentukan konsep yang

tepat agar setiap pelajar mampu membuat gambaran dan menyelesaikan masalah

dalam lukisan dengan betul. Walau bagaimana pun, sebilangan kecil pelajar masih

lagi mengulangi kesilapan yang sama apabila membuat gambar yang sama. Ini

adalah disebabkan kebanyakkan daripada mereka gagal untuk memahami konsep

yang betul (Yusri Kamin, 1997).

5

Walaupun terdapat buku teks yang disediakan namun ianya belum dapat

membantu secara optimum dalam memberi penjelasan secara mendalam dan

terperinci. Bagi pelajar yang bijak serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi

sudah tentu tidak mempunyai masalah tetapi, bagi pelajar yang lemah serta kurang

daya imaginasi sudah tentu mempunyai masalah untuk memahami isi pelajaran yang

ingin disampaikan oleh guru.

Justeru itu, penggunaan perisian PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

adalah satu alternatif yang boleh digunakan bagi memperbaiki corak pengajaran yang

biasa digunakan. Pembangunan perisian PBK yang mengkhususkan kepada sesuatu

tajuk seharusnya diperbanyakkan lagi agar konsep pendidikan secara tradisional ini

dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya dengan bantuan teknologi multimedia.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Wan (2002), menunjukkan kekurangan perisian

PBK pada masa sekarang boleh dikaitkan dengan sikap segolongan pendidik yang

tidak mahu melibatkan diri dalam pembinaan perisian PBK dan hanya menyerahkan

tugas penyediaan perisian ini pada pihak-pihak tertentu yang tidak mempunyai

pengetahuan dalam bidang pendidikan.

Menurut Ee (1996), guru akan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap

pelajaran yang disampaikan jika pengajaran itu mereka gunakan pelbagai rangsangan

seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video serta

permainan. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajar dengan minat, perasaan

ingin tahu dan ingin meneroka. Pelajar yang telah dimotivasi oleh guru biasanya

lebih berminat dan akan mempercepatkan pembinaan konsep dan seterusnya

membantu pencapaian objektif pembelajaran. Keadaan ini pastinya akan membantu

mengekalkan minat pelajar serta memberi kesediaan kepada mereka untuk terus

belajar.

Reindhart (1995) menyatakan kombinasi deria penglihatan dan pendengaran

dalam satu media pengajaran multimedia mampu meningkatkan kadar ingatan

sebanyak 50 peratus. Kurang kesan audio dan grafik sewaktu pembelajaran akan

melambatkan kefahaman pelajar ke atas subjek yang dipelajari. Dengan adanya

teknologi multimedia pada masa kini, penjelasan isi pelajaran boleh dilakukan

dengan bantuan audio serentak dengan paparan grafik yang menunjukkan keadaan

6

tersebut. Sesungguhnya, gabungan grafik, animasi, warna, teks dan bunyian

melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda

pelajar selain dari faktor ianya tidak membosankan. (Baharuddin Aris; Noraffandy

Yahaya; Jamalludin Hj. Harun; Zaidatun Tasir, 2000).

Menurut Hamidah (1999) sesuatu media pengajaran dibina dengan peranan

untuk membantu pelajar memahami dan menguasai sesuatu konsep, aspek atau

komponen dalam subjek tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka minda

pelajar ke arah pemikiran mendalam melalui pembelajaran terperinci secara

interaktif.

Maka, berdasarkan kepada permasalahan di atas maka adalah kritikal untuk

membina sebuah perisian kursus multimedia interaktif untuk dijadikan sebagai media

pengajaran bagi membantu para pelajar di dalam proses pembelajaran mereka.

Perisian kursus multimedia interaktif ini juga boleh bertindak sebagai pembimbing

dalam proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif ini nanti

boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian persendirian dan

cakera keras. Perisian kursus interaktif multimedia ini juga diharap akan dapat

menjadi media pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu

pembelajaran yang anjal setanding dengan perisian yang dibangunkan oleh pihak -

pihak lain yang banyak terdapat di pasaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang kukuh. Kurangnya

kefahaman di kalangan pelajar akan menimbulkan kebosanan dan seterusnya

menjejaskan minat dan tumpuan pelajar terhadap tajuk yang diajar. Penggunaan

teknologi sebagai pemudah cara seperti simulasi komputer dan peralatan antara muka

berkomputer akan membantu pelajar dalam memahami konsep yang abstrak

seterusnya menjadikan pembelajaran itu lebih menarik (Pusat Perkembangan

7

Kurikulum, 2003).

Ketua Eksekutif Intel Corp (Intel), Datuk Dr Craig R Barrett, berkata

Pembelajaran Berbantu Komputer dikatakan dapat membantu pelajar menerokai

pelbagai teori yang dipelajari dengan melakukan uji kaji secara terus dan

mendapatkan manfaat secara nyata. Menurut beliau lagi, PBK yang digabungkan

secara berkesan ke dalam proses pendidikan membuka pelbagai kemungkinan baru

dan menarik serta ia dapat melengkapkan golongan muda dengan kemahiran dan

pengetahuan bagi mempelopori inovasi untuk bersaing dalam dunia yang semakin

kompleks (Berita Harian, 14 April 2004).

Satu kajian telah dilakukan oleh Wai-Ching Poon, Kevin Lock-Teng Low dan

David Gun Fie Yong dari Universiti Multimedia mengenai Pembelajaran Berbantu

Komputer mendapati terdapat lima faktor mempengaruhi keberkesanan PBK iaitu

sikap pelajar, ciri-ciri tenaga pengajar, aplikasi interaktif, teknologi atau sistem serta

institusi. Keputusan mendapati terdapat hubungan yang tinggi di antara gred pelajar

dengan persepsi pelajar dan interaktiviti. Pelajar yang menggunakan perisian PBK

didapati lebih bagus daripada pelajar yang mengamalkan kaedah tradisional.

Selain itu, masalah kekurangan guru menyebabkan pelajar kurang mendapat

tumpuan semasa proses pembelajaran. Kajian yang dibuat oleh Nurul Huda (2000),

guru yang tidak mencukupi iaitu seorang guru bagi tiga puluh pelajar akan

membantutkan perjalanan kelas kerana sekiranya pelajar tidak memahami sesuatu

langkah kerja maka mereka tidak dapat untuk meneruskan proses penghasilan lukisan

sehinggalah dibantu oleh guru.

Seterusnya ialah suasana pembelajaran yang kurang interaktif. Kajian yang

dibuat oleh Technical Education Research Center di Cambridge, Massachuset ke atas

beberapa buah sekolah di Massachuset menunjukkan suasana pembelajaran yang

kurang aktif dan hanya berpusatkan kepada guru memberi kesan kepada kefahaman

pelajar di dalam proses pembelajaran (Hancock et al. 1992). Berdasarkan

pengalaman yang dilalui semasa mengambil subjek AutoCAD, proses pembelajaran

dalam makmal komputer di Universiti Teknologi Malaysia masih berpusatkan

pensyarah. Pelajar masih bergantung kepada arahan yang diterima dari pensyarah.

8

Penggunaan ikon yang banyak semasa demonstrasi menyukarkan pelajar untuk

memahami proses penghasilan lukisan dan mengingati proses kerja yang perlu dilalui

di dalam menghasilkan sesuatu objek. Di samping itu tahap kebolehan yang berbeza

yang ada pada pelajar menyebabkan penerangan yang diberikan oleh pensyarah

hanya dapat dimanfaatkan oleh segolongan pelajar. Bagi pelajar yang kurang faham

dengan penerangan yang diberi tidak lagi berpeluang untuk mengulangi langkah

kerja yang telah dipelajari.

Maka dengan ini, kaedah pembelajaran menggunakan perisian Pembelajaran

Berbantu Komputer (PBK) merupakan satu jalan penyelesaian dalam memberi

kefahaman yang lebih jelas mengenai sesuatu tajuk atau matapelajaran yang

dipelajari. Selain itu, PBK juga dikatakan dapat menarik minat pelajar kerana

kemudahan interaktif yang digunakan sekaligus menjadikan proses pembelajaran

tersebut lebih berkesan.

1.4 Objektif perisian PBK

Membina perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bertajuk ‘Basic

AutoCAD 2007 (2D)’ menggunakan perisian AutoCAD 2007 di dalam Bahasa

Inggeris yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan semasa mempelajari subjek

Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

1.5 Kepentingan Perisian PBK

Perisian ini dibina dengan mengambil kira kepentingan terhadap

keperluannya secara menyeluruh dalam mempelajari Lukisan Kejuruteraan Berbantu