keberkesanan pembelajaran lukisan berbantu … · kipp - konteks, input, proses, produk autocad -...

28

Upload: nguyennhi

Post on 22-Mar-2019

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

(AUTOCAD) DALAM KURSUS LUKISAN SENIBINA DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK

SUZAILYE BINTI JOHARI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Buat yang teristimewa,

Abah yang dikasihi En. Johari Bin Mohd Noh

Emak yang disayangi Pn. Jamilah Bt Annuar

Suamiku yang tercinta En. Hushaini Bin Sulaiman

Anakku yang tersayang Mohd Hamizan Bin Hushaini

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia projek Pn Rohana Bt Hamzah yang telah banyak membantu dengan penuh

komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang

berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin

merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, En. Amirmuddin bin Udin dan En. Mohsin bin Uzir yang turut membantu

dalam penyiapan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat Tuan Pengetua SMT Muar

dan SMT Kulim serta guru-guru yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak

terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar. Penghargaan juga

ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung

mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) dalam kursus Lukisan Senibina di Sekolah Menengah Teknik. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif di mana soal selidik telah dibina dan diubahsuai oleh penyelidik sendiri. Dalam mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik, penyelidik telah mengadakan kajian rintis dan diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi ialah .9315. Responden bagi penyelidikan ini adalah terdiri daripada pelajar seramai 28 yang mengikuti kursus Lukisan Senibina di dua buah Sekolah Menengah Teknik iaitu SMT Kulim, Kedah dan SMT Muar, Johor. Dalam mengukur keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) di Sekolah Menengah Teknik, pembolehubah bebas yang digunakan adalah dari aspek pengetahuan, kemahiran, kemudahan makmal komputer, pengaplikasian kemahiran dan strategi pengajaran guru di mana ianya adalah berdasarkan kepada model CIPP (Context, Input, Process, Produk) yang dikemukakan oleh Stufflebeam iaitu melihat keberkesanan pembelajaran dari aspek produk. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 10.0) telah digunakan dalam menganalisa dapatan penyelidikan ini. Hasil dapatan penyelidikan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap kemahiran, tahap kemudahan makmal komputer dan tahap pengaplikasian kemahiran pelajar dalam penghasilan kerja adalah sederhana. Bagi aspek strategi pengajaran guru pula, telah menunjukkan pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya, pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) dalam Lukisan Senibina di Sekolah Menengah Teknik adalah berkesan. Hasil analisis paired-samples t-test menunjukkan terdapatnya perbezaan tahap keberkesanan keseluruhan di antara responden mengikut umur dan jantina. Manakala, tahap keberkesanan sekolah secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana.

ABSTRACT

The objective of this research is to observe the effectiveness learning of Computer Aided Drafting (AutoCAD) in designing of building courses at Technical School. This research used questionnaire for looking reliability in pilot test then using Alpha Cronbach for tested. The reliability got .9315. The respondents consists 28 students who in designing of building courses in Technical School namely SMT Kulim, Kedah and SMT Muar, Johor. To measure the effectiveness of learning in Computer Aided Drafting (AutoCAD) at Technical School, independent variable such as the aspect of knowledge, skills, computer laboratory, application of skills and teaching method. According to CIPP models (Context, Input, Process, Product) by Stufflebeam to observe of effectiveness learning from aspect product are used. The Statistical Package for the Social Science (SPSS 10.0) had been used for research analyzed. Aspect knowledge, skills, computer laboratory and application of skills are at the mediocre level. The aspect of teaching method is in the high level. Overall, the learning Computer Aided Drafting (AutoCAD) at Technical School is proved being effectiveness. The result of paired-samples t-test showed the difference level of overall of effectiveness between respondent by age and gender. Otherwise, for overall the level of effectiveness by school is at the mediocre level.

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Kerangka Teori atau Model Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Latar Belakang Lukisan Senibina 18

2.3 Model Atau Teori Penilaian Program 20

2.4 Faktor-Faktor Keberkesanan Program

2.4.1 Pengetahuan 25

2.4.2 Kemahiran 27

2.4.3 Kemudahan Makmal

Komputer

28

2.4.4 Pengaplikasian Kemahiran 30

2.4.5 Strategi Pengajaran Guru 31

2.5 Lukisan Berbantu Komputer (CAD) 33

2.6 Pembelajaran Berbantu Komputer 35

2.7 Kebaikan Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD)

36

2.8 Rumusan 38

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Analisis Data 49

3.9 Kesimpulan 51

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 52

4.2 Latar Belakang Responden 53

4.3 Jawapan Kepada Persoalan Kajian 55

4.3.1 Apakah tahap pengetahuan

pelajar dalam pembelajaran

Lukisan Berbantu Komputer?

56

4.3.2 Apakah tahap kemahiran

pelajar dalam pembelajaran

Lukisan Berbantu Komputer?

57

4.3.3 Apakah tahap kemudahan

makmal komputer di Sekolah

Menengah Teknik?

58

4.3.4 Apakah tahap pengaplikasian

kemahiran pelajar dalam

penghasilan kerja?

61

4.3.5 Apakah tahap keberkesanan

strategi pengajaran guru dalam

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer?

65

4.3.6 Apakah tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer dalam

kursus Lukisan Senibina di

Sekolah Menengah Teknik?

68

4.3.7 Adakah terdapat perbezaan

tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

(AutoCAD) berdasarkan faktor

demografi iaitu umur dan

jantina? 69

4.3.8 Apakah perbezaan tahap

keberkesanan pembelajaran

Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD) antara responden

mengikut sekolah?

71

4.4 Kesimpulan 72

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Rumusan Kajian

5.2.1 Rumusan Latar Belakang

Responden

74

5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian 75

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Perbincangan berkaitan latar

belakang responden

76

5.3.2 Perbincangan Persoalan

Kajian 1:

Tahap pengetahuan pelajar

dalam Pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

76

5.3.3 Perbincangan Persoalan

Kajian 2:

Tahap kemahiran pelajar

dalam Pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

78

5.3.4 Perbincangan Persoalan

Kajian 3:

Tahap kemudahan makmal

komputer di Sekolah

Menengah Teknik

79

5.3.5 Perbincangan Persoalan

Kajian 4:

Tahap pengaplikasian

kemahiran pelajar dalam

penghasilan kerja

81

5.3.6 Perbincangan Persoalan

Kajian 5:

Tahap keberkesanan strategi

pengajaran guru dalam

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

82

5.3.7 Perbincangan Persoalan

Kajian 6:

Tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer dalam

kursus Lukisan Senibina di

Sekolah Menengah Teknik

84

5.3.8 Perbincangan Persoalan

Kajian 7:

Perbezaan tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

(AutoCAD) berdasarkan faktor

demografi iaitu umur dan

jantina

85

5.3.9 Perbincangan Persoalan

Kajian 8:

Tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer

(AutoCAD) antara responden

mengikut sekolah

85

5.4 Cadangan 86

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 88

5.6 Penutup 89

BIBLIOGRAFI

90

LAMPIRAN

Lampiran A – G 97 - 112

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Taburan sampel kajian 41

3.2 Kandungan soal selidik 42

3.3 Cara pemarkatan aspek pengetahuan 43

3.4 Cara pemarkatan aspek kemahiran 43

3.5 Cara pemarkatan aspek kemudahan makmal

komputer, pengaplikasian kemahiran dan

strategi pengajaran guru 44

3.6 Pengkelasan skor min dan status 49

3.7 Taburan persoalan kajian, nombor item dan

bentuk statistik 50

4.1 Taburan responden mengikut umur 53

4.2 Taburan responden mengikut jantina 54

4.3 Taburan responden mengikut sekolah 54

4.4 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi aspek pengetahuan 56

4.5 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi aspek kemahiran 57

4.6 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi aspek kemudahan

makmal komputer 58

4.7 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi aspek pengaplikasian

kemahiran 61

4.8 Taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan min bagi aspek strategi

pengajaran guru 65

4.9 Keseluruhan tahap keberkesanan

pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer 68

4.10 Analisis paired-samples t-test perbandingan

keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) antara responden

mengikut umur 69

4.11 Analisis paired-samples t-test perbandingan

keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) antara responden

mengikut jantina 70

4.12 Perbandingan tahap keberkesanan pembelajaran

Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) antara

responden mengikut sekolah 71

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

1.1 Kerangka kajian 11

3.1 Carta alir prosedur kajian 48

4.1 Peratusan responden mengikut umur 53

4.2 Peratusan responden mengikut jantina 54

4.3 Peratusan responden mengikut sekolah 55

4.4 Min keberkesanan pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer (AutoCAD) mengikut

sekolah 71

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

MSC - Multimedia Super Coridor

CAD - Computer Aided Design

KIPP - Konteks, Input, Proses, Produk

AutoCAD - Lukisan Berbantu Komputer

CIPP - Context, Input, Process, Product

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

PDK - Pengajaran Diuruskan Komputer

CII - Computer Integrated Instruction

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

LSB - Lukisan Seni Bina

EPRD - Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

JPTek - Jabatan Pendidikan Teknik

α - Alpha Cronbach

f - Frekuensi

% - Peratus

df - Darjah Kebebasan

Sig. - Signifikan

AR - Amat Rendah

R - Rendah

ST - Sederhana Tinggi

T - Tinggi

AT - Amat Tinggi

ATM - Amat Tidak Mahir

TM - Tidak Mahir

SM - Sederhana Mahir

M - Mahir

AM - Amat Mahir

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

AS - Amat Setuju

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Soal Selidik 97

B Surat Pengesahan Soal Selidik dari

En. Amirmudin Bin Udin 106

C Surat Pengesahan Soal Selidik dari

En. Mohd Mohsin Bin Uzir 107

D Surat Akuan Pelajar 108

E Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan

Malaysia, Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) 109

F Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan

Negeri Johor (JPNJ) 111

G Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 112

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan teknologi dari segi

pengajaran dan pembelajaran ekoran terdapatnya peningkatan penggunaan teknologi

maklumat masa kini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan oleh wujudnya Multimedia

Super Coridor (MSC) yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, di

mana secara tidak langsung mengutamakan penggunaan komputer sebagai alat

pencapaian maklumat serta untuk tujuan komunikasi. Perkembangan ini sejajar dengan

aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan

memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat

Malaysia. Multimedia Super Coridor (Koridor Raya Multimedia) adalah sebagai satu

langkah strategik ke arah mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat

bermaklumat pada masa akan datang. Oleh itu, langkah untuk memperkenalkan

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan adalah penting bagi menyebarkan

perkembangan teknologi pendidikan terkini. Di antara perubahan luar yang telah

membawa kepada penggunaan komputer dalam pendidikan ialah seperti : permintaan

daripada ekonomi, kepentingan industri, tekanan perniagaan, tekanan sosial, dimensi

kebudayaan, tekanan politik dan perkembangan teknologi. (Duguet, 1990).

Sejarah perkembangan CAD (Computer Aided Design) hanyalah bermula pada

era tahun 1960an. Ianya terus berkembang dengan pelaksanaan TX-2 computer di MIT’s

Lincoln Laboratory (Sutherland 1963) oleh Ivan E. Sutherland’s Sketchpad System.

Seterusnya, IBM telah membangunkan DAC-1 (Design Augmented by Computer) bagi

kegunaan General Motors untuk rekabentuk otomobil. Computer-aid-design juga terus

berkembang dengan pesatnya dalam pelbagai bidang seperti dalam aspek mekanikal,

awam, elektrik, kimia dan kejuruteraan industri : (Gott, 1973). Dawson, (1961), Eberhand

(1962) dan Souderand Clark (1963) pula, telah menyatakan bahawa perbincangan

mengenai potensi penggunaan komputer dalam rekabentuk arkitek telah bermula seawal

1960an di Amerika Syarikat. Pada tahun 1964, Christopher Alexander telah menerbitkan

sebuah buku yang bertajuk “ Notes on the Synthesis of Form” yang menjana banyak

perkara-perkara berkaitan penggunaan sistem dan kaedah asas komputer bagi rekabentuk

arkitek. Pada awal tahun 1980an, CAD hanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar

sahaja. Namun, pada hari ini penggunaan CAD telah meluas dengan terdapatnya

komputer yang berkemampuan tinggi dan perisian grafik yang bersesuaian. Malah

penggunaannya juga tidak terhad kepada syarikat-syarikat besar tetapi penglibatan

syarikat-syarikat kecil juga dan orang perseorangan telah mula menggunakannya dalam

pelbagai bidang kejuruteraan.

Pada tahun 1986, pendidikan di Malaysia mula mengorak langkah dalam

penggunaan komputer dengan mengadakan projek rintis literasi komputer di 20 buah

sekolah di seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek Pengenalan Kepada

Komputer. Seterusnya, pada tahun 1990, projek “Pembelajaran Dengan Komputer”

dilaksanakan yang menjadikan komputer sebagai alat pembelajaran dan membantu guru-

guru menjalankan tugas dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Sehingga ke hari ini,

penggunaan komputer telah menular dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

beberapa mata pelajaran serta melibatkan perisian-perisian komputer tertentu. Walau

bagaimanapun, pembelajaran AutoCAD di Malaysia mula diperkenalkan pada awal tahun

80an tetapi ketika itu bilangannya agak kecil. Namun kini, pembelajaran AutoCAD telah

berkembang dalam pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan institusi

pengajian tinggi swasta. Institusi – institusi tersebut adalah seperti Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Politeknik, Maktab Perguruan Teknik, Netcomp Bhd., Cosmopoint

Sdn. Bhd, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan institusi lain. Walau bagaimanapun, dalam

melahirkan pelajar yang berketrampilan, berhemah tinggi serta berdaya saing

pengetahuan serta kemahiran asas dalam penggunaan AutoCAD perlu diterapkan dari

bangku sekolah lagi. Selaras dengan itu, Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik Dan

Vokasional telah menawarkan kursus Lukisan Senibina yang mengutamakan penggunaan

komputer dalam penghasilan lukisan senibina (AutoCAD).

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan semasa yang sering berubah menyebabkan dunia pendidikan kini

perlu bertukar corak selaras dengan keperluan-keperluan negara. Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan penting dalam membangun dan

memajukan sektor pendidikan bagi mengimbangi kehendak dan wawasan negara

menjelang tahun 2020. Ahamad Sipon (2001) menyatakan bahawa :

“ The country needs sufficient skilled manpower, especially in this new era, to help propel it towards developed nation status, Malaysia, for instance, requires 137,200 engineers and 331,700 assistant engineers by 2010 in the chemical, mechanical, electrical, electron and other high technology area fotonic and nano-technology”. (ms 1).

Kenyataan di atas jelas, menunjukkan bahawa keperluan pekerja-pekerja mahir

dalam pelbagai bidang amatlah penting bagi memenuhi keperluan negara dalam menuju

ke arah sebuah negara maju. Oleh itu, pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu

cabang aliran pendidikan yang berperanan untuk menampung kehendak tersebut.

Berdasarkan kenyataan ini, maka penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat yang

berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020.

John (1992), menyatakan bahawa komputer boleh digunakan untuk mengajar

semua mata pelajaran dan ianya bukan hanya tertumpu kepada mata pelajaran Sains dan

Matematik sahaja, perkara yang penting adalah samada guru itu sanggup

mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Kenyataan ini menunjukkan bahawa mata

pelajaran selain dari Matematik dan Sains boleh juga menggunakan komputer sebagai alat

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD) adalah perlu bagi memastikan kurikulum pendidikan yang dilaksanakan

sejajar dengan perkembangan semasa dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di

Malaysia. Suzana (1995) pula menyatakan, menggunakan komputer dalam sesuatu

rekabentuk bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi dapat menghasilkan rekaan yang

tepat dan bermutu tinggi. Justeru itu, pembelajaran AutoCAD mempunyai kebaikannya

tersendiri jika dibandingkan dengan pembelajaran lukisan secara konvesional. Namun

begitu, penggunaan CAD juga membolehkan seseorang pelukis itu melakukan kerja-kerja

penyuntingan, penyalinan, pemadaman serta melakukan pengubahsuaian data-data

grafiknya dengan cepat dan berkesan.

Kebanyakan kajian mengenai keberkesanan adalah berasaskan kepada model

INPUT-PROSES-OUTPUT (Scheerens, 1992 ). Sehubungan ini, model KIPP boleh

digunakan untuk penilaian yang mencakupi aspek sebelum, semasa ataupun selepas

sesuatu program itu berjalan. Model penilaian KIPP diperkenalkan oleh Stufflebeam

(1971) dipetik dalam Azizi (1999). Konsep penilaian yang dikemukakan oleh

Stufflebeam menyatakan bahawa penilaian seharusnya menjadi sumber pengumpulan

maklumat untuk membuat keputusan. Pembentukan Model KIPP adalah bagi memenuhi

kehendak perancang dan pentadbir program dan bukannya sekadar memenuhi kehendak

individu. Rekabentuknya bukanlah untuk membuktikan sesuatu keputusan tetapi ia dapat

menyarankan dalam usaha memperbaiki sesuatu program itu menjadi lebih baik. Menurut

beliau, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu mengenai persekitaran

(konteks), keputusan mengenai sumber (input), keputusan mengenai perlaksanaan

(proses) dan keputusan mengenai hasil (produk).

Crow (1963) menegaskan bahawa keberkesanan sekolah adalah jelas bergantung

penuh kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kelas.

Manakala Stone (1992) pula, berpendapat bahawa untuk menjayakan proses pengajaran

dan pembelajaran adalah penting bagi guru memiliki dua perkara iaitu ilmu pengetahuan

yang secukupnya mengenai mata pelajaran yang diajar dan pengalaman praktikal di

dalam bilik darjah. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang

diamalkan, perlulah sejajar dan relevan dengan objektif pembelajaran agar keberkesanan

pembelajaran dapat dihasilkan.

Berkaitan dengan penilaian program, salah satu aspek yang penting adalah hasil

program (program outcomes) itu. Menurut Fink (1995), terdapat beberapa aspek yang

perlu dilihat pencapaiannya, iaitu seperti berikut ;

“Many evaluations focus on investigating the extent to which programs achieve more accessible goals and objectives. These include advance in knowledge and favorable changes in values, attitudes, skills and behaviors.”(pg. 4)

Kenyataan ini jelas menerangkan bahawa dalam menilai sesuatu program aspek

yang perlu dilihat adalah dari aspek pengetahuan dan perubahan yang berlaku dalam nilai,

sikap, kemahiran serta tingkahlaku.

Manakala keberkesanan pembelajaran pula bergantung kepada beberapa faktor

seperti kaedah pengajaran, persekitaran yang kondusif, alat bantuan mengajar, kaedah

komunikasi, jangkaan realistik pelajar dan maklum balas konstruktif supaya dapat

melahirkan situasi pembelajaran (Hargreaves, 1996).

Kemudahan makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan komputer

juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam mempengaruhi keberkesanan

pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD). Ini kerana kelengkapan makmal

yang sempurna boleh menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran yang diikuti.

Selain itu, aspek fizikal juga perlu bagi memperlihatkan kesempurnaan atau kejayaan

sesebuah makmal (Davis, 1974).

Menurut Ibrahim (2001), program latihan yang berkesan adalah satu program

latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat kerja. Faktor ini penting dalam

mempastikan bahawa kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan kepada pengalaman

sebenar dalam kehidupan seharian dan di alam pekerjaan.

Oleh yang demikian, dalam konteks menilai keberkesanan suatu kursus dalam

pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) dalam kursus Lukisan Senibina,

pemboleh ubah bersandar dalam penyelidikan ini adalah keberkesanan. Bagi pemboleh

ubah bebas pula meliputi aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan. Ini termasuklah

aspek pengetahuan, kemahiran, kemudahan makmal komputer, pengaplikasian kemahiran

dan strategi pengajaran guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Lukisan Berbantu Komputer (AutoCad) digunakan sepenuhnya dalam

pembelajaran bagi kursus Lukisan Senibina yang diperkenalkan di Sekolah Menengah

Teknik. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap

pelajaran teknikal yang melibatkan penggunaan salah satu perisian komputer.

Kesempurnaan sesuatu kurikulum itu hendaklah berkadar terus dengan aspek

perlaksanannya berdasarkan objektif pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer. Oleh itu,

dalam kajian ini penyelidik ingin melihat tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer (AutoCAD) dalam kursus Lukisan Senibina dari aspek pengetahuan,

kemahiran, kemudahan makmal komputer, pengaplikasian kemahiran dan strategi

pengajaran guru.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai iaitu objektif am dan objektif khusus.

1.4.1 Objektif am

Objektif am kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer (AutoCAD) dalam kursus Lukisan Senibina di Sekolah Menengah

Teknik.

1.4.2 Objektif Khusus

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti latar belakang pelajar dari segi umur, jantina dan sekolah dalam

Kursus Lukisan Senibina.

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dalam pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer.

3. Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer.

4. Mengenalpasti tahap kemudahan makmal komputer yang disediakan oleh pihak

sekolah.

5. Mengenalpasti tahap pengaplikasian kemahiran pelajar dalam penghasilan kerja.

6. Mengenalpasti tahap keberkesanan strategi pengajaran guru dalam pembelajaran

Lukisan Berbantu Komputer.

7. Mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer

dalam kursus Lukisan Senibina di Sekolah Menengah Teknik.

8. Mengenalpasti perbezaan tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) berdasarkan faktor demografi iaitu umur, jantina dan

sekolah.

9. Mengenalpasti perbezaan tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) antara responden mengikut sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus, matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan

terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut :

1. Apakah tahap pengetahuan pelajar dalam pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer?

2. Apakah tahap kemahiran pelajar dalam pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer?

3. Apakah tahap kemudahan makmal komputer di Sekolah Menengah Teknik?

4. Apakah tahap pengaplikasian kemahiran pelajar dalam penghasilan kerja?

5. Apakah tahap keberkesanan strategi pengajaran guru dalam pembelajaran Lukisan

Berbantu Komputer?

6. Apakah tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer dalam

kursus Lukisan Senibina di Sekolah Menengah Teknik?

7. Adakah terdapat perbezaan tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) berdasarkan faktor demografi iaitu umur, jantina dan

sekolah?

8. Apakah perbezaan tahap keberkesanan pembelajaran Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD) antara responden mengikut sekolah?