(pembetulan 02) complete ctu 101 ( qada dan qadar )

Upload: maplesea-delphinus

Post on 12-Jul-2015

478 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

CAWANGAN TAPAH, PERAK CTU 101 ASAS ASAS ISLAMPENJELASAN MASALAH QADA DAN QADAR SEBAGAI CABANG RUKUN IMAN

NO UNDIAN: 07 NAMA MUHAMAD FADZLAN B. SAMAUDDIN MOHD NIZAM B. MOHAMMAD ZAWAWY NORZALILA BINTI MAZLAN NIK NAJWA ALIYA BINTI NIZAM NO PELAJAR 2011456328 2011410044 2011618982 2011485116 KELAS ACS112 1B ACS112 1B ACS112 1B ACS112 1B

DISEDIAKAN UNTUK ENCIK ABD MUNIR BIN MOHAMED NOH SEMESTER MEI - OKTOBER SESI 2011kesempurnaan data Data2 1.5 1 0.5 2

penganalisaan data bahasa0.5 1.5 1 0.5 2

komitmen citation proses0 3 2 1 1.5

otoriti1.5 1

idea1 0

kemas1 0.5 1.5

masa1 0

jum

1.5

1

PENJELASAN MASALAH QADA DAN QADAR SEBAGAI CABANG RUKUN IMAN

Pendahuluan Islam adalah satu sifat yang agung dan tinggi. Keistimewaan islam tiada tandingannya. Salah satu perkara yang menyebabkan islam ini nampak lebih sempurna adalah dengan adanya Rukan Iman dan Rukun Islam. Setiap hamba-Nya wajib percaya pada Rukun Iman dan Rukun Islam. Namun begitu, apa yang kami ingin bincangkan adalah Permasalahan Qada dan Qadar Sebagai Cabang Rukun Iman. Pada dasarnya rukun iman ada enam perkara : 1. 2. 3. 4. 5. Percaya kepada Allah Percaya kepada kitab Percaya kepada rasul Percaya kepada qada dan qadar Percaya kepada hari kiamat

Dewasa ini, kita sering melihat di dada-dada akhbar yang mendedahkan tentang sikap manusia terutama remaja yang terjerumus ke dalam masalah sosial seperti ragut, rempit, rompak dan bermacam-macam lagi. Ini boleh dikaitkan dengan faktor lemah pengangan agama serta lalai dalam urusan agama. Terlalu banyak pihak yang boleh dipersalahkan. Bukan ingin menuduh, tetapi itu apa yang kita dapat lihat melalui mata kasar kita sendiri.

Kepesongan ini terjadi melalui nawaitu yang tidak teguh. Kepesongan iman seseorang terletak pada pangkal hati. Jika iman seseorang terpesong, untuk kembali ke

pangkal jalan perlu masa yang lama. Ini kerana, untuk mengubah sesuatu yang sudah sebati pada diri kita, perlu satu jangka masa yang lama.

Justeru, iman seseorang yang beragama islam lagi soleh serta solehah, perlulah, tetap dan jangan percaya akan kepesongan sesuatu perkara yang boleh mengubah iman seseorang. Konsep Qada dan Qadar Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Kami berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca tentang persoalan qada dan qadar ini.

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam islam adalah:1. 2. 3. 4. Menisbahkan kepada Allah S.W.T di atas segala yang berlaku di dunia ini. Beriman bahawasanya hanya Allah S.W.T yang berkuasa mutlak dalam Manusia perlu sedar bahawa mereka seorang hamba yang lemah dan perlu Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba-Nya agar

menentukan urusan di dunia ini. meminta bantuan atau pertolongan kepada Allah S.W.T. hamba-Nya itu senantiasa berusaha dan taat kepada-Nya.

Maksud Dan Pembahagian Qada Dan Qadar Qada bermaksud pelaksanaan manakala Qadar bermaksud sukatan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram adalah ketentuan Allah S.W.T yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa jua sekalipun, sebagai contoh mati itu pasti berlaku.

Firman Allah S.W.T bermaksud:Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59)

Manakala Qada Muallaq adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara, sebagai contoh, panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud

Tidak boleh ditolak qadar Allah S.W.T melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Salah Faham Terhadap Qada dan Qadar

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Setiap anak Adam habuannya pada dosa zina yang pasti berlaku dan tidak boleh dielakkan. Zina dua mata adalah melihat, zina dua telinga adalah mendengar, zina dua lidah adalah bercakap, zina tangan adalah memukul, zina kaki adalah berjalan, zina hati adalah berangan dan cita-cita. Anggota kelaminlah yang melaksanakan zina atau membohongkannya.

Kepercayaan terhadap qada dan qadar ini menimbulkan banyak reaksi dan kekeliruan, terutama sekali bagi mereka yang tidak menerima kebenaran islam yang berlandaskan manhaj Allah S.W.T. Sebahagiannya ada yang menolak akidah ini lalu mendakwa qada dan qadar tidak wujud dalam Al-Quran, hanya hadis yang membincangkannya, sedangkan mereka tidak bersedia menerima hadis sebagai sumber islam dan akidahnya

Hadis di atas juga tidak harus disalah faham, kononnya Allah S.W.T telah mentakdirkan manusia berzina, maka apa salahnya jika mereka berzina kerana Allah S.W.T telah memutuskannya supaya terjadi begitu. Fahaman ini salah dan harus diperbetulkan dengan erti qada dan qadar seperti yang dijelaskan terdahulu. Salah faham terhadap qada dan qadar berlaku apabila qada dan qadar difahami sebagai bertentangan dengan usaha dan ikhtiar, padahal ia tidak bertentangan. Fahaman ini menjurus kepada

kecenderungan orang yang lemah dan malas, yang ingin melemparkan beban dosa dan kesalahannya kepada qada dan qadar, dan orang yang tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya sendiri.

Dr. Muhammad Iqbal berkata, orang islam yang lemah berhujah dengan qada dan dan qadar Allah S.W.T akan bertambah lemah. Orang muslim yang bertambah kuat kerana mempercayai qadadan qadar Allah S.W.T tidak mungkin diubah atau berubah, ditolak atau tertolak.

Demikian juga umat Islam yang ulung. Mereka telah menempa sejarah kegemilangan islam dan membuka negara dan meletakkannya di bawah panji-panji islam kerana mereka percaya kepada qada dan qadar.

Al-Mughirah ibn Syubah pernah masuk bertemu dengan salah seorang pemimpin Rom, pemimpin itu bertanya: Siapa kamu?. Jawabnya: Kami ialah orang-orang yang telah ditakdirkan Allah S.W.T untuk menguji kekuatan kamu dengan kekuatan kami. Jika ditakdirkan kamu berada di langit, kami turut mendaki langit untuk menemui kamu atau kamu turun ke bumi untuk menemui kami.

Dalam sejarah islam, lahir satu golongan yang disebut qadariyah iaitu menafikan qada. Golongan ini menafikan adanya qada dan qadar yang telah diputuskan oleh Allah S.W.T. Golongan ini dinafikan daripada islam kerana menolak satu daripada rukun iman yang telah disepakati ulama.

Baik dan Buruk Berkaitan Qada dan Qadar Apa yang dimaksudkan dengan jahat tidak sekali-kali termasuk dalam sifat Allah S.W.T. Segala yang dicipta olehnya termasuk perbuatan jahat yang dipilih dan ikhtiar oleh hamba itu mengandungi hikmah dan tujuan baik yang banyak.

Contohnya, Allah S.W.T menciptakan sakit kepada hamba-Nya yang mukmin, dimasukkan ke dalam penjara kerana kerjanya untuk islam. Ia bertujuan untuk memberi pahala yang lebih, menghilangkan dosa dan membersihkan islam daripada orang munafik. Allah mencipta kufur kepada iblis dan orang yang sepertinya supaya menjadi hujah mereka layak menjadi ahli neraka. Ia menjadi cabaran yang meningkatkan kelebihan kepada golongan islam.

Apabila ada ayat-ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyebut perbuatan jahat kepada Allah S.W.T ia bermaksud semua yang berlaku itu adalah dalam pengetahuan Allah tetapi dengan pilihan dan kehendak manusia itu sendiri.

Firman Allah menceritakan ucapan jin:Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang ada di bumi, atau Tuhan mereka mengkehendaki kebaikan bagi mereka

(surah al-Jin ayat 10)

Perlu difahami qada dan qadar itu berlaku kerana luasnya ilmu Allah yang meliputi perkara yang ada dan yang akan diadakan dan bagaimanakah keadaan secara teliti dan bertapa besarnya kekuasaan Allah yang tidak terhingga dan kehendaknya meliputi perkara yang tidak terhingga juga.Oleh itu,apa yang ia kehendaki pasti tidak berlaku.

Firman Allah,Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptanya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah disisi Allah

(surah al-Hadid ayat 22)

FirmanNya lagi,Dan bumi ini kami bentangkan dan kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh terdiri, serta kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan kami jadikan untuk kamu pada bumi segala keperluan hidup, juga kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang sebernanya menyediakan rezekinya.

(surah al-Hijr ayat 19 dan 20)

Orang Kafir Berhujah Dengan Qadar Jawapan Allah kepada orang yang berdalih dengan qadar sesudah dia melakukan maksiat. Satu jawapan yang menempelak dan menjadi tamparan hebat kepada orang yang sengaja memilih kegelapan dan menolak petunjuk Allah, sedangkan dia diberi kemampuan berfikir, berikhtiar dan berusaha. Kesimpulan daripada jawapan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sedalam-dalamnya :

Pertama: Apabila individu mengenal Tuhan, pasti dia mempercayai Tuhan itu mustahil bersifat zalim. Malah rahmatnya lebih utama daripada segalanya. Orang yang berdalih dengan qadar semasa mengerjakan maksiat seolah-olah menuduh Allah dengan sifat-sifat yang tidak selayaknya

Kedua: Perlu ditanya, adakah individu perlu diberitahu terlebih dahulu sebelum dia membuat sesuatu, apa yang hendak dibuat itu sudah ditulis dan boleh membacanya di Luh Mahfuz? Bolehkan dia berkata, Saya berkata,di Luh Mahfuz esok saya akan mencuri, oleh itu saya mesti pergi mencuri esok kerana perlu melaksanakan apa yang ditulis?

Di samping itu, Allah menurunkan perintah dan larangan. Apabila sudah ditentukan,apa gunanya ada perintah dan larangan itu? Ini menunjukkan, qada dan qadar adalah di bawah ilmu, kuasa dan kehendak Allah, di luar daripada bidang kuasa makhluk, mereka tidak mampu untuk membaca dan mengetahui segala yang tertulis dan ditentukan oleh Allah. Bagi mereka, itu bukannya tugas mereka. Tugas mereka ialah melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Allah mengetahui tindakan mereka menurut ikhtiar dan pilihan yang ada pada mereka.

Ketiga: Orang yang berdalih dengan qadar itu berhujah dengan perkara itu di luar kemampuannya. Perkara yang diperintah dan dilarang oleh Allah terletak pada kemampuan setiap manusia.

Keempat: Sekiranya orang yang berhujah itu tidak percaya kepada Allah, kita tidak perlu menjawab hujahnya. Orang itu layak diseksa kerana tidak mempunyai pegangan. Bagi jawapan yang lebih jelas baca kenyataan Allah di dalam al-Quran yang bermaksud;

dan apabila meraka melakukan perbuatan keji, mereka berkata, Kami mendapati nenek moyang kami melakukan yang demikian itu dan Allah menyuruh kami melakukannya. Katakanlah, Sesungguhnya Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Mengapa kamu mengadaadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? Katakanlah, Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan. (al-Araf

: 28-30)

Peringkat Pertama Masalah ini berpunca dari ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w itu sendiri yang mana terdapat pertentangan kuasa Tuhan yang mutlak dengan kebebasan manusia dalam amalan dan tanggungjawab mereka. Satu hadis diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi s.a.w mendengar sekumpulan sahabat-sahabatnya membincangkan masalah qada dan qadar, lantas dia keluar dengan marah lalu bersabda:

Wahai kaumku! Dengan inilah tersesatnya umat-umat yang sebelum dari kamu. Mereka sesat kerana mereka berselisih faham dengan nabi-nabi mereka, menolak sebahagian dari kitab Allah. Sesungguhnya al-Quran tidaklah diturunkan untuk kamu menolak sebahagian darinya, malah ianya untuk membenarkan sebahagian akan sebahagian yang lain (dari al-Quran). Apa yang kamu telah mengetahui, maka beramallah dengannya dan apa yang tasyabuh (samar-samar) kepada kamu, maka percaya sajalah dengannya. (Bukhari,Sahih,

Kitab at-Tafsir, hadis no. 237)

Di dalam al-Quran, kita mendapati ayat-ayat yang ditegaskan bahawa tiap-tiap sesuatu harus berlaku mengikut qadar yang telah ditentukan Tuhan. Di antara ayat-ayatnya adalah seperti berikut;Dan kalau Kami menghendaki nescaya kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk(bagi)nya,akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu, Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahanam itu dengan Jin dan Manusia bersama

(Surah.32.13)

FirmanNya lagi;padahal Allah lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu. (Surah.37:96)

FirmanNya lagi;Katakanlah, sekali-sekali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami, Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakal.

(Surah.9:51) Adapun ayat-ayat yang menunjukkan bahawa manusia mempunyai daya usahanya sendiri (iktisab) bagi menentu kebahagiaan atau kecelakaannya seperti berikut:

FirmanNya lagi;Dan katakanlah bahawa kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah dia kafir.

(Surah.18:29)

FirmanNya lagi;Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang, maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinnya sendiri.

(Surah.6:104) Di samping ayat-ayat al-Quran yang tersebut di atas sama ada yang menetapkan qada bagi manusia atau sebaliknya, di sana terdapat juga hadis-hadis Nabi s.a.w. yang di dalam keadaan yang sama seperti berikut:

Sabda Nabi s.a.w;

Tidak beriman seorang pun dari kamu sehingga dia beriman dengan Qada baiknya dan jahatnya.

(Musnad Ahmad: jilid 11, Baghdad, 1958, hal. 185)

Sabda Nabi s.a.w lagi;Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi Syurga itu penghuninya, Dia menjadikan mereka untuknya (Syurga) semenjak mereka berada di tulang Salbi bapa-bapa mereka lagi. Begitu juga Dia telah menjadikan bagi neraka itu penghuninya, Dia menjadikan bagi neraka itu penghuninya, Dia menjadikan mereka semenjak mereka berada di tulang Salbi bapa-bapa mereka.

(Muslim, Sahih, jilid 11, Cairo, 1960, hal.55)

Jelas kepada kita bahawa hadis-hadis ini menunjukkan bahawa kekufuran dan keimanan ditetapkan oleh Allah pada azali lagi. Tetapi di sana terdapat hadis Nabi s.a.w yang menegaskan bahawa keimanan dan kekufuran adalah hasil dari daya usaha manusia. Umpamanya Sabda Nabi s.a.w. ;Setiap bayi yang dilahirkan adalah bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang mencorakkan anaknya sama ada untuk menjadi seorang Yahudi atau Nasrani.

Selain dari itu kita dapati bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibn Umar r.a.: Terdapat kaum lelaki dewasa ini berzina, mencuri, minum arak, membunuh jiwa yang tidak berdosa kemudian mereka berkata: Semuanya (perbuatan mereka) adalah di dalam pengetahuan Tuhan. Maka Ibn Umar terus marah, lalu berkata: Subhanallah! PengetahuanNya bukanlah untuk membawa mereka supaya mengerjakan maksiat. Oleh yang demikian berlakulah perdebatan mengenai qada dan qadar di peringkat pertama. Dari contoh-contoh tadi bolehlah kita ringkaskan seperti berikut: 1. Menetapkan qada dan qadar bagi Allah S.W.T dengan ertikata lain bahawa

ilmuNya yang azali meliputi apa yang akan terjadi kepada makhlukNya.

2. 3.

Ilmu Tuhan pada azali tidak mengimplikasikan paksaan. Lantaran itu ianya tidak Allah itu mengetahui apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Justeru itu,

boleh menjadi alasan untuk melakukan sebarang maksiat. bersiap sedialah dari masa ke semasa menghadapi apa juga dugaan mendatang kerana itu telah ditetapkan sejak azali lagi. 4. Manusia yang soleh dan solehah perlulah patuh atau taat pada Allah kerana, qada dan qadar itu adalah ketentuan dariNya. Lantaran itu, hadapilah dugaan itu sebaik mungkin serta, bersabar dalam menjalani dugaan tersebut kerana Allah itu bersama dengan hambaNya yang mempunya sifat sabra yang tinggi. Peringkat Kedua Ini merupakan perdebatan pemikiran yang berasaskan kepada mazhab theologi yang dianuti dan perkara sebegini boleh dibahagikan kepada dua golongan. Pertama: Golongan yang berpendapat bahawa perdebatan pemikiran di dalam masalah qada dan qadar adalah lahirnya dari unsur luar, iaitu unsur Kristian. Pendapat ini telah dikemukakan oleh para Orientalis barat seperti Josep Schacht. W. Thomson dan lain-lain. Kedua: Mereka berpendapat persoalan qada dan qadar lahirnya di dalam islam itu sendiri sebagai hasil dari perkembangan politik di dalam islam. Pengaruh asing hanya mempercepatkan lahirnya masalah tersebut. Para Orientalis yang mengemukakan pendapat ini ialah A.J. Wensink, Tritton, Watt dan lain-lain. Orientalis yang paling percaya kepada pendapat ini ialah W. M. Watt. Beliau menegaskan di dalam bukunya Free Will and Predestination (London 1949, hal. 41) bahawa fikiran kebebasan iradat bagi manusia untuk melakukan sesuatu adalah lahir dari pengajaran al-Quran itu sendiri yang menguatkan konsep keadilan ilahi. Dan keadilan ilahi bererti memberi ganjaran kepada orang yang membuat baik dan menyeksa orang yang melakukan kejahatan. Ganjaran dan balasan jahat kedua-duanya tidak dikatakan adil sekiranya manusia tidak mempunyai kebebasan di dalam melakukan sesuatu dengan bebas. KEADAAN PERMASALAHAN YANG BERKAITAN DENGAN QADA DAN QADAR Qada dan qadar berhubung dengan perbuatan manusia, yang dapat dipilih dan diusahakan sama ada baik ataupun jahat, iman ataupun kufur, islam ataupun jahiliah. Isu ini hangat dibincangkan di kalangan manusia sejak dahulu lagi. Perkara ini bukan sahaja dibincangkan di kalangan umat islam sahaja, malah ahli-ahli falsafah Greek. Rom, India dan China serta mereka yang sesat

dalam perkara ini, sebagaiman juga sesat dalam perkara lain. Apa yang mendukacitakan pandangan-pandangan mereka termasuk dalam pemikiran beberapa orang islam. Ini memberi peluang kepada musuh menyemarakkan lagi api pertelingkahan berusaha untuk memesongkan pemikiran mereka yang lemah pengajian dan fahamannya mengenai Islam. Terdapat dua golongan kumpulan yang tidak percaya akan qada dan qadar. Ini mengakibatkan permasalahan qada dan qadar tercetus akan kerana golongan ini. Golongan Pertama Adalah Golongan Qadariah. Golongan ini adalah golongan yang menafikan qada dan qadar dalam perbuatan secara pilihan. Menurut pendapat ini, manusia seolah-olah mampu memberi kesan pada perbuatan, dengan kuasa yang diberi oleh Allah. Pendapat ini dibawa oleh golongan Muktazilah dan mereka dikenali sebagai Qadariah. Golongan kedua pula dikenali sebagai golongan Jabariah Jabariah adalah golongan yang menolak adanya usaha dan ikhtiar yang ada pada mausia. Semua perbuatan baik dan jahat daripadda Allah. Manusia terpaksa akur dengan qada dan qadarnya seperti bulu yang beterbang ditiup angin. Dan mereka inilah dikenali sebagai golongan Jabariah. Namun begitu, pendapat diatas bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan hadis Nabi Muhammad mengenai qada dan qadar. Permasalahan qada dan qadar tercetus kerana, manusia tidak dapat memberi kesan dengan usaha dan ikhtiar mereka kecuali dengan qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah. Bukan semua usaha dan ikhtiar manusia mesti berlaku, tetapi apabila berlaku, maka perkara itu berlaku dengan qada dan qadar Allah jua. Itulah yang dipilih dengan usaha dan ikhtiar, manusia dipertanggugjawabkan dengan dosa, pahala, syurga dan neraka. Selain itu, masalah yang ada pada manusia terhadap permasalahan qada dan qadar adalah seperti pada zaman moden ini, disaat manusia dalam keadaan dikendalikan oleh nafsu materialisme yang boleh merobek fitrah manusiawi, keperluan terhadap tuntutan islam semakin terasa. Dan keperluan tersebut terletak kepada penyampaian bahasa yang boleh difahami.

Pastinya sahabat semua sedia maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh al-Mahfudz sepertimana hadis Rasulullah s.a.w;Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahualaihi wa sallam lalu beliau bersabda :Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.

(Riwayat Imam Tirmidzi)

Penutup Sebagai umat Islam yang beriman kepada qada dan qadar, adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku ini adalah dari Allah S.W.T semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah S.W.T jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Ingin kami war-warkan, saranan ini, agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci. Segala yang dibincangkan ini, adalah untuk berkongsi ilam pada kalian. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan segala yang buruk itu datangnya dari kami yang lemah ini. Semoga, perkongsian ilmu mengenai permasalahan qada dan qadar sebagai cabang rukun iman, dapat menambahkanlagi ilmu yang sedia ada pada kalian semua. Sekian, dari kami yang kecil di sisi-NYa. Wassalam

Rujukan Al-Quran al-Karim Abdul Hayei Abdul Sukor (2008), Islam Dalam Sabda Manusia dan Kemanusiaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hadi Awang (2008), Beriman Kepada QadaDan Qadar, Selangor : PTS Islamika. Dr. LutpiIbrahim (1981), Masalah Qadha Dan Qadar Di Dalam Islam, Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Prof. Dr. M. Mutawalli As-Syarawi (1988), Qadha Dan Qadar, Jakarta,Indonesia, Islam untuk kita publications.