qada dan qadar tauhid tahun 11

16

Click here to load reader

Upload: irksmmg

Post on 28-Jun-2015

1.933 views

Category:

Education


16 download

DESCRIPTION

tauhid tahun11

TRANSCRIPT

Page 1: Qada dan qadar tauhid tahun 11

QADHA DAN QADARPERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Asas kepercayaan manusia iaitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang

diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

Berpegang teguh dengan kepercayaan di atas hidup kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Sebagai rukun yang terakhir Qada dan Qadar merupakan masalah besar

dan boleh menimbulkan persoalan yang rumit untuk diberi jawapan.Perbahasan dan perbincangan mengenainya sentiasa hangat dikalangan

umat Islam dan setiap kali pula menemui kegagalan untuk mendapat atau mencapai jawaban yang memuaskan.

Qada dan Qadar merupakan suatu ujian yang besar terhadap keyakinan seseorang Islam yang menyedarinya bahawa dia sungguh lemah dan

kurang serta sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah S.W.T.

Page 2: Qada dan qadar tauhid tahun 11

PANDANGAN ISLAM DALAM PERBAHASAN QADA DAN QADAR

 Rasulullah S.A.W sendiri tidak suka umatnya berbahas dan

bertengkar mengenai dengan Qada dan Qadar dengan tujuan menyelamatkan aqidah mereka supaya tidak rosak.

Masalah Qada dan Qadar adalah satu masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan oleh fikiran manusia. Qada dan

Qadar adalah masalah urusan Allah S.W.T dan ciptaannya.

Allah S.W.T menciptakan sekalian makhluk dengan qada dan qadarnya. Tidak siapa yang dapat mengetahui urusan

Allah S.W.T mencipta sesuatu yang dikehendakinya.

Page 3: Qada dan qadar tauhid tahun 11

PENGERTIAN QADA DAN QADAR

QADAR

QADA

Page 4: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Contohnya:Apabila kertas yang kering disentuh oleh api, maka berlakulah kebakaran mengikut ketetapan Allah S.W.T yang azali.

QADA

Page 5: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Penetapan Allah S.W.T berlakunya sesuatu pada makhluknya sejak azali lagi. Contohnya:Api ialah sejenis benda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali bersifat membakar dan kertas yang kering boleh terbakar.

QADAR

Page 6: Qada dan qadar tauhid tahun 11

MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku. ( Segala hal yang berlaku terhadap makhluknya adalah berdasarkan ketetapan Allah sejak azali.

Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya adalah mengikut pelan ketetapan Allah S.W.T yang tidak boleh terkeluar walaupun sedikit.

Apabila berlakunya sesuatu peristiwa ( qada ) daripada sesuatu sebab adalah mengikut ketetapan Allah yang azali lagi

ADAKAH USAHA DAN

IKHTIAR BERTENTANGAN DENGAN QADHA DAN

QADAR?

Page 7: Qada dan qadar tauhid tahun 11

DALIL WAJIB PERCAYA KEPADA QADA DAN

QADAR

Firman Allah S.W.T: 

الله يشأ أن اال تشاءون وما

Ertinya:

“Tidak berlaku apa yang kamu kehendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah “

Page 8: Qada dan qadar tauhid tahun 11

1. Menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang berkuasa terhadap sekalian makhluk, akan mengukuhkan lagi keimanan seseorang kepada Allah S.W.T.

2. Memelihara diri daripada sifat sombong , takabur, dan megah diri dengan kejayaan yang dicapai kerana manusia harus sedar bahawa semua itu adalah kurnia Allah S.W.T.

HIKMAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR

Page 9: Qada dan qadar tauhid tahun 11

HIKMAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR

3. Supaya memberi ketenangan jiwa, ketenteraman dan sabar dalam menghadapi sebarang dugaan dan reda dengan apa yang diterimanya.

4. Memelihara diri daripada sifat putus asa apabila menemui kegagalan kerana manusia akan sedar bahawa kegagalan itu adalah ujian daripada Allah S.W.T

5. Menambahkan keikhlasan atas segala yang dilakukan kerana yakin bahawa segala urusan hidup adalah dibawah kekuasaannya.

Page 10: Qada dan qadar tauhid tahun 11

BAHAGIAN DANQADAQADAR

Qada Muallaq

Qada Mubram

Peraturan alam yang

tidak berubah

Merupakan perbuatan dan untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Page 11: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Yang dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T yang dapat berubah mengikut kerasmian waktu dan keadaan. Contohnya:- Rezeki, celeka, umur dan sebagainya.

Qada Muallaq

Page 12: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Qada yang umum dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa berkait dengan sebarang sebab ini tetap akan berlaku dan tidak mungkin berubah dalam sebarang keadaan. Contohnya:Berlakunya Qiamat- Qiamat pasti akan berlaku bila tiba waktunyaAjal ( mati ) – Tidak seorang pun boleh mengelakkan diri daripada mati.

Qada Mubram

Page 13: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Mempercayai bahawa semua kesalahan dan kesusahan yang menimpa diri kerana takdir Allah S.W.T semata-mata, bukan kesilapan diri. Contohnya: ” Allah S.W.T telah mentakdirkan saya menjadi jahat “ Alasannya: - Segala keburukan dan kejahatan seseorang itu telah Allah S.W.T tentukan sejak azali lagi, tiada siapa yang dapat melawannya.

FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN

QADAR

Page 14: Qada dan qadar tauhid tahun 11

 Menyerah bulat-bulat pada takdir Allah S.W.T kerana malas berusaha dan berikhtiar. Contohnya: Mengenai dengan rezeki. Rezeki seseorang itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Alasannya: - Segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T samada seseorng itu menjadi kaya atau miskin. Seseorang itu tidak perlu berkerja keras dan bersusah payah

FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN

QADAR

Page 15: Qada dan qadar tauhid tahun 11

Allah S.W.T telah menentukan siapakh yang masuk syurga dan neraka. Contohnya: Kalau Allah S.W.T hendak memasukkan seseorang ke syurga, orang yang tidak sembahyang pun boleh masuk syurga. Alasannya: - Kemasukkan syurga dan neraka telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.

FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN

QADAR

Page 16: Qada dan qadar tauhid tahun 11

APAKAH DIA PERSELISIHAN PENDAPAT MANUSIA DI

SEKITAR QADA DAN QADAR?