pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

20
TAJUK 8: Pembentukan Malaysia dan Cabaran Sebuah Kerajaan Merdeka PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 1. Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19. 2.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) denganNegeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. 3. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. 4. Pada tahun 1956, Dato' Onn Ja'afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 5. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. 6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan

Upload: yuvarani-subramaniam

Post on 19-Jun-2015

31.370 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

TAJUK 8: Pembentukan Malaysia dan Cabaran Sebuah Kerajaan Merdeka

PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19.

2.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat

Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah

(Borneo Utara) denganNegeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

3. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia

Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan

Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

4. Pada tahun 1956, Dato' Onn Ja'afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang

merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan

menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah

Melayu.

5. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti

oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959.

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk

menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak

dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.

6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan

mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan

Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.

7. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu

kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam

bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

8. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British

dengan rakyat tempatan.

Page 2: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk pada masalah

keselamatan, usaha mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi.

2. Selain itu, sebabnya adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan

penduduk Melayu dan bukan Melayu.

Faktor Politik

1. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan

Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961 .

2. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu

Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini

membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan

kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan

berhaluan kiri.

3. Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew

telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan

Persekutuan Tanah Melayu.

4. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam

membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepanjang tempoh darurat, dari

tahun 1948 hingga tahun 1960.

5. Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine

Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara

komunis.

6. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman

mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke

dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman

komunis.

7. Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan

Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan

Page 3: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut

perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka

dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

8. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang

belum membangun.

8. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan

kemerdekaan.DalamPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun

1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

9. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada

rantau Asia Tenggara.

10. British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis

di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah

memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.

Parti Tindakan Rakyat (PAP)Parti Tindakan Rakyat dikenal juga dengan nama singkatannya

PETIR.Parti ini menggunakan lambang petir.

Faktor Ekonomi

1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan

pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi

dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.

2. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah

pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.

Faktor Sosial

1. Salah satu taktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan

kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan

Brunei ke dalam gabungan itu.

2. Pada keseluruhannya, pembentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan

bagi negeri-negeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum

membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British.

Page 4: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

3. Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara

Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri

masing-masing demi kepentingan bersama.

Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura

telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar.

Reaksi Dalam Negeri

1. Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia

sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.

2. Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset

yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.

3. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat

perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan

penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan

Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.

Singapura

1. Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah

Melayu. Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan

pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan

kedudukannya.

2. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul

penggabungan ini.

3. Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan

mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka

menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura

Page 5: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

menyertai gabungan ini.

4. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat

Bersatu atau United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura

mendapatkan pandangan rakyat.

5. Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah

diadakan pada1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura

memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang

dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961 .

Sabah Dan Sarawak

1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia

diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.

2. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama

60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.

3. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan

untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam

politik adalah terhad. Sarawak

1. Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu

Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pimpinan Ong Kee

Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan

sebilangan kecil orang Melayu.

2. Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS), ditubuhkan pada bulan April 1960 di

bawah pimpinan Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang

Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.

3. Pada bulan April 1961, lahir pimpinan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party

(SNAP)Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.

4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di

bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang

kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan

Page 6: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.

5. Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan

Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 daan Sarawak

Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Kebanyakan ahli bagi kedua-

dua parti ini terdiri daripada orang Cina.

6. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia

walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan

kemerdekaan terlebih dahulu.

7. Hanya SUPP yang terus menentang.

8. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA

telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.

9. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan

berusaha menyekat pengaruh SUPP.

10. Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik, namun, pengumuman Tunku Abdul

Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu

bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan

Malaysia.

11. Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan

Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah

pimpinan Donald Stephens. 12. Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah

Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun

yang mewakili orang Islam di Sabah.

13. Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S.

Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun.

14. Pada masa itu, muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti

Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.

15. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok

Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.

Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.

Page 7: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

16. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang

dikenali sebagai Perkara 20.

17. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-

tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru

oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

18. Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya

menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.

19. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-

negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.

20. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah:

21. Reaksi parti-parti politik di Sarawak clan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat

dilihat dalam jadual berikut:(sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)

22. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula

menyokong pembentukan Malaysia.

23. Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah

Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk

Sarawak dan Sabah.

24. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah

Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan

Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini.

25. Di samping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak

dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald

Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.

Brunei

1. Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia

pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau

pendapat rakyat Brunei.

Page 8: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

2. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan

Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu

kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.

3. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.

4. A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional

Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan

Brunei.

5. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan

Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.

6. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan

Filipina.

7. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera

British

8. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat

perlindungan politik di Indonesia.

Reaksi Negara Luar

Indonesia

1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak

menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.

2. Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan

Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.

Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah

mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.

3. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia

telah diumumkan pada 20Januari 1963.

4. Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah

Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang

tindakan.

Page 9: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

5. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui

Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel

termasuklah dari Britain, Australia,New Zealand dan Kanada.

6. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.

7. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha

Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah

Melayu, Sarawak dan Sabah.

8. Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak

berlaku kerana tindakan ini menjelaskan Indonesia sendiri.

9. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila

Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.

10. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa

buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan

Malaysia.

11. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku

pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden

Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik,

bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

12. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

Filpina

1. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi

menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.

2. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada

milik Kesultanan Sulu.

3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan

Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan

haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya

memperoleh Piagam Diraja daripada British.

Page 10: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat

inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.

5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.

6. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang

terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.

7. Menjelang bulan Jun 1966, Filipino telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.

8. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara

melaluiMAPHILINDO (Malaysia, Filipino clan Indonesia).

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura pada akhir bulan Mei 1961, beliau telah

berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) serta ke Brunei (Julai 1961)

untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.

2. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah

Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

3. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di

Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.

4. Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia,

mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan

Malaysia.

5. Mesyuarat Jawatankuasa ini telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton

(Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura.

6. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam

mesyuarat terakhir di Singapura pada bulan Februari 1962, ahli-ahli bersepakat mengemukakan

satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.

7. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang memberikan pertimbangan kepada

pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru.

8. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony

Abell dan Sir David Watherston.

9. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri

Page 11: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

Ghazali Shafie.

10. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang

gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.

11. Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah.

12. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini menerima memorandum yang dikemukakan oleh

pelbagai pertubuhan.

13. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan

mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962.

14. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah

menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu

kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga lagi menginginkan kemerdekaan

sebelum menyertai Malaysia.

15. Suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya, perlembagaan

Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak

dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu dijadikan

bahasa kebangsaan. Cadangan lain termasuklah jaminan terhadap hak dan kedudukan

bumiputera Sarawak dan Sabah, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk

serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

16. Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

17. JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan

Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.

18. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi

TanahJajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu,

Tun Abdul Razak. Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan

penubuhan Malaysia.

19. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan

Sabah ke dalam persekutuan Malaysia.

20. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

21. Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan

Page 12: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.

22. Walau bagaimanapun, tentangan daripada Indonesia dan Filipina telah menyulitkan

pembentukan Malaysia. 23. Justeru, bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak

yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.

24. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan

Presiden Macapagal telah diadakan di Manila dari 30Julai hingga 5 Ogos 1963. Hasil daripada

rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan. Ketiga-tiga negara ini bersetuju mencari jalan

penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

25. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia

Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Beliau telah

menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang

wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab

Bersatu, bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.

26. Dalam tinjauan ini, mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya

bersetuju menyertai

persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak

dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold.

27. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan

Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan

Malaysia yang akhirnya memenangi pilihan raya.

28. Di samping itu, penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah

Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun FilipinA.

29. Walau bagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September

1963. Hal ini disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada

Indonesia dan FilipinA yang berterusan.

30. Brunei telah menarik diri pada scat-scat akhir. Namun, apa yang penting ialah kejayaan

pembentukan Malaysia memperlihatkan ciriciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,

Sarawak, Sabah dan Singapura.

31. Tekanan pihak komunis dan juga tentangan daripada FilipinoAdan Indonesia dapat ditangkis

Page 13: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga

kerajaan British.

32. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama

antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum

• Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari (Persekutuan Tanah Melayu)

• Lee Kuan Yew (Singapura)

• Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)

PERJANJIAN MALAYSIA 1963

1. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

2. Sepanjang bulan Ogos 1963 berlaku beberapa peristiwa penting ke arah merealisasikan

penubuhan Malaysia. 3. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan

oleh Parlimen Britain.

4. Ini disusuli dengan kelulusan Perjaniian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan

Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.

5. Seterusnya pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta

Malaysia.

6. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Akta Malaysia .

Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan

Negeri-negeri berkenaan dan seterusnya dinamai Malaysia.

INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

1. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan

dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

2. Antaranya, semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan

Persekutuan.

3. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain

Page 14: pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

bebas diamalkan.

4. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih

boleh digunakan.

5. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun

selepas Hari Malaysia.

6. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan

awam.

7. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15

kerusi bagi perwakilan parlimen.

8. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di

PersekutuanTanah Melayu.

Hari Malaysia

Hari perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung

PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.