pembentangan nota bab 1 penggal 3 pengajian am (thanushah)

19
Pengajian Am Bab 1 : Hubungan Diplomatik Kepentingan Hubungan Dasar Luar Malaysia Dan Faktor Penentu Dasar Luar Malaysia Nama-Nama Pembentang : Ahmad Hazwan Bin Rozmi Thanushah A/P P Soniyasee Tingkatan : 6 AK1

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

388 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

Pengajian AmBab 1 : Hubungan Diplomatik

Kepentingan Hubungan Dasar Luar Malaysia Dan Faktor Penentu Dasar Luar Malaysia

Nama-Nama Pembentang : Ahmad Hazwan Bin Rozmi

Thanushah A/P P Soniyasee

Tingkatan : 6 AK1

Page 2: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1. Kepentingan Hubungan Dasar Luar Malaysia

😃😉😄😆

Page 3: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.1 Pengenalan Dasar Luar

1. Menurut Chamil Wariya, dasar luar negara merupakan satu alat atau instrumen yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara lain sama ada dekat atau jauh.

2. Melalui pelaksanaan dasar luar, sesebuah negara membenarkan nagaranya atau negara lain untuk mengadakan perhubungan secara dua hala.

3. Malaysia sangat aktif dalam petubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Negara-Negara Komanwel dan sebagainya.

1.2 Matlamat Dasar Luar Negara

Terdapat tiga jangka masa dalam pengamalan dasar luar, iaitu :

1. Jangka masa pendek → menjaga nilai asas nasional sesebuah negara

2. Jangka masa pertengahan → bagi tujuan ekonomi, memelihara kebajikan dan sosial di peringkat antarabangsa

3. Jangka masa panjang → supaya ideologi yang diamalkan dalam negara diterima secara menyeluruh oleh seluruh dunia

Page 4: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

Pendekatan Yang Digunakan Dalam Pengamalan Dasar Luar Sesebuah Negara

😃Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam dasar luar sesebuah negara :

a. Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana - mana negara dalam membuat keputusan.

b. Dasar luar boleh berbentuk pemecilan atau pengasingan.

c. Dasar luar boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar.

Page 5: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.3 Matlamat Dasar Luar Negara

Matlamat Dasar Luar

Negara

Menjamin keselamat

an nasional sesebuah negara Mengekal

kan keutuhan wilayah

Kebebasan politik

Kepentingan

ekonomiPenerimaan

ideologi secara

menyeluruh

Memelihara

kebajikan dan sosial

Menjaga nilai asas nasional sesebuah negara

Mewujudkan dunia

yang lebih

sejahtera

Page 6: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.4 Prinsip Dasar Luar Malaysia

😃Prinsip dasar luar Malaysia ialah menyelesaikan sebarang masalah menerusi rundingan. Malaysia juga mengamalkan perkara-perkara seperti berikut :

a. Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalin hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

b. Memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan dan menolak sekeras-kerasnya perdebatan dan paksaan.

c. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.

d. Menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

Page 7: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.5 Keperluan Hubungan Dasar Luar

1. Menjalin hubungan dengan negara jiran dan antarabangsa- Hubungan dengan negara jiran dan dengan negara antarabangsa

memerlukan dan melibatkan satu kaedah yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, dasar yang tersusun dan berprinsip perlu dibina oleh negara bagi membentuk sebuah dasar yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

2. Memupuk hubungan baik daripada segi ekonomi dan kebudayaan dengan negara lain- Kewujudan negara moden memerlukan hubungan dengan negara lain.

Negara yang dasar luarnya tertutup, iaitu tanpa hubungan yang aktif dengan negara lain akan ketinggalan daripada pelbagai aspek baik teknologi mahupun sumber maklumat.

3. Mewujudkan persahabatan tanpa mengira anutan ideologi sesebuah negara- Dasar luar yang aktif perlu dibina bagi mewujudkan situasi yang

menguntungkan kedua-dua belah pihak. Dalam membentuk dasar luar, Malaysia konsisten dalam menghormati hak-hak dan ideologi yang dianuti oleh negara lain. Oleh itu, Malaysia mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi.

Page 8: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.6 Objektif Dasar Luar Malaysia

😃Antara objektif dasar luar Malaysia adalah seperti berikut :

a. Menjaga, mempertahankan, dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.

b. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, dan keselamatn Malaysia.

c. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

d. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan, dan sosial di peringkat antarabangsa.

e. Mempertahankan dan memajukan hak, kepentingan, dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang.

f. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

Page 9: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

Hubungan Malaysia Dengan Negara-Negara Luar Melalui Pertubuhan

Antarabangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Negara-

Negara Komanwel

Kerjasama Ekonomi

Asia Pasifik (APEC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Perjanjian Perdagangan

Bebas Amerika Utara

(NAFTA)

Kumpulan Lapan Negara

Islam Membangun

(D8)

Kumpulan 15 (G-15)

Kerjasama Selatan-Selatan

ASEAN

Negara-Negara

Berkecuali (NAM)

Page 10: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

1.7 Perkembangan Dasar Luar

1. Era Kepimpinan Tunku Abdul Rahman

→ Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, antikomunis, dan menentang Dasar Apartied (dasar perkauman warna kulit)

→ Pro-Barat = Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dimeterai pada tahun 1957. British berjanji untuk mempertahankan Malaysia daripada serangan musuh.

→ Antikomunis = Malaysia tidak mengiktiraf negara Komunis seperti Rupublik Rakyat China, Jerman Timur, Soviet Union dan sebagainya.

2. Era Kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein

→ Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970.

→ Beliau menekankan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka untuk bebas daripada penguasaan Barat.

→ Malaysia menolak segala doktrin komunisme yang tidak sesuai tetapi masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Komunis.

Page 11: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

3. Era Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad

→ Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dasar luar Malaysia berubah dan Malaysia mula mengamalkan Dasar Pandang ke Timur.

→ Mengadakan hubungan erat dengan Jepun dan Korea Selatan.

→ Mengurangkan pergantungan pada negara-negara Barat.

4. Era Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi

→ Di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, inisiatif dasar luar negara terus diperluas bagi memperlihatkan :

a. respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa.

b. pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.

c. keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.

→ Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat berkecuali dan tidak bersikap berat sebelah dalam usaha mengekalkan hubungan mesra dengan semua negara.

→ Dasar luar Malaysia berprinsip, bebas, dan pragmatik sebagai usaha untuk mengekalkan kepentingan Malaysia di peringkat global.

Page 12: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

5. Era Kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

→ Di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, dasar yang telah dilancarkan ialah Konsep 1 Malaysia (Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan).

→ Malaysia menjalin kerjasama ekonomi, budaya, dan sosial dengan negara luar.

→ Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara asing tanpa mengira ideologi.

→ Sebarang pertikaian politik diselesaikan secara aman tanpa kekerasan.

→ Malaysia terus mengamalkan dasar luar yang berkecuali dan terbuka.

Page 13: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2. Faktor Penentu Dasar Luar Malaysia

😃😄😆😎

Page 14: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2.1 Faktor Penentu Dasar Luar

Faktor penentu dasar luar adalah seperti berikut :

1. Faktor Dalaman → Negara mengadakan hubungan luar untuk tujuan geostrategik dan mengamalkan dasar berkecuali.

2. Faktor Luaran → Negara mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain berdasarkan piagam PBB.

3. Faktor Kepimpinan → Pemimpin yang mempunyai pemikiran terbuka dan mahu mengadakan hubungan luar bagi pembangunan negara dari segi ekonomi, teknologi dan sosial.

4. Faktor Sejarah dan Budaya → Negara mengadakan hubungan luar dengan pedagang dari luar seperti India, China, Arab dan beberapa dengan yang lain di Asia sehingga negara ini dijajah.

Page 15: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2.2 Faktor Dalaman

1. Kepentingan keselamatan- Malaysia menjalankan kerjasama dengan negara luar bagi menjamin

keselamatan negara serta mengelakkan ancaman daripada negara lain.

2. Kedudukan ekonomi- Malaysia bergantung pada hubungan perdagangan antarabangsa. Oleh itu,

Malaysia berdagang dengan semua negara maju tanpa mengira ideologi.

3. Kedudukan geostrategik- Malaysia terletak di Asia Tenggara, iaitu kawasan yang bebas daripada

masalah ketidakstabilan politik.- Malaysia terletak di laluan perairan utama yang menghubungkan Timur

dengan Barat, iaitu perjalanan di antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik.

- Malaysia juga mementingkan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain melalui kerjasama Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) agar tidak timbul sebarang ancaman daripada negara luar.

Page 16: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2.3 Faktor Luaran

1. Malaysia mengikut ketetapan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sentiasa mematuhi arahan dalam hal yang berikut :

→ Dasar luar negara sentiasa berubah mengikut keadaan semasa dan selaras dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

2. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu :

a. Malaysia menjalin hubungan yang baik dengan semua negara tanpa megira ideologi.

b. Malaysia mengambil sikap berkecuali dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

c. Malaysia berperanan dalam ASEAN, iaitu menyokong dasar berkecuali yang dipersetujui bersama bagi membolehkan rakyat sesebuah negara menentukan masa depan negara mereka sendiri.

Page 17: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2.4 Faktor Sejarah dan Budaya

1. Malaysia bekas tanah jajahan British :

→ Malaysia menjadi anggota Komanwel dan menyokong segala usaha Komanwel. Malaysia meneruskan hubungan baik dengan Britain serta menghormati undang-undang dan ketetapan yang dibuat oleh badan antarabangsa.

2. Malaysia amat menitikberatkan perpaduan Islam :

→ Menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam dengan menyertai dan menyokong usaha Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Selain itu, Malaysia menyokong pertubuhan projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.

Page 18: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)

2.5 Penglibatan Malaysia Di Arena Antarabangsa

1. Bidang Ekonomi

→ Malaysia melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan.→ Malaysia turut serta secara aktif dalam beberapa forum dan pertubuhan, antaranya : ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), dan Mesyuarat Asia - Eropah (ASEM).→ Membuka perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknkal Malaysia (MTCP).

2. Politik

→ Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)→ Sumbangan Malaysia melalui PBB:a. Menyelesaikan konflik antarabangsa.b. Menyelesaikan masalah Palestine iaitu dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa.

3. Isu ALam Sekitar

→ Malaysia amat komited dalam isu penjagaan alam sekitar seperti isu- isu seperti perubahan iklim, kepelbagaian biologi, bahan kimia, lapisan ozon dan sebagainya.

Page 19: Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)