pembentangan keselamatan antarabangsa 2

5
NOR AFIQAH BINTI MABINIK BA10160501 NOORASEMAH BINTI ABD LAHMIN BA10110262 Soalan 3: Bagi pandangan Realism ancaman utama kepada Negara adalah dat angnya dar ipa da tenter a Negara lai n. Unt uk tuj uan itu, Negara per lu memiliki tent er a untuk me mper tahankan wilayah dan kedaulatannya. Bincangkan pernyataan ini berdasarkan kepada tuntut an Filipina ke atas Sabah dengan membe ri kan lat ar bel akan g konfli k, konfli k yang ber laku, langkah-l angkah yang dia mbi l meningkat kan tuntutan dan usaha unt uk menyelesaikan masalah ini. Perbincangan hendaklah memfokuskan Malaysia dan Negara-negara lain yang terlibat dalam isu ini. KONSEP KESELAMATAN Keselamatan merujuk kepada ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entiti dalam konteks s esebuah negara. Namun, pasca Perang Dingin menyaksikan bahawa bukan sahaja negara ataupun isu mili te ri sahaja ya ng boleh mengugat keselamatan sesebuah negara bahkan terdapat isu lain yang turut mampu me ngancam keselamatan sepert i isu ekonomi, al am seki tar, masyarakat, sosial b ahkan politik seper ti yang ditegaskan oleh Barry Buzan. Hasilnya, ternyata bahawa terdapat isu-isu lain yang boleh membawa kepada ancaman terhadap keselamatan terhadap sesebuah negara. PENGENALAN Borneo utara asalnya merupakan tanah jajahan takluk kesultanan Brunei.  Tahun 1704, sultan brunei telah menyerahkan jajahannya di borneo utara kepada sultan sulu.

Upload: pieka-chu

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

7/30/2019 pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

http://slidepdf.com/reader/full/pembentangan-keselamatan-antarabangsa-2 1/5

NOR AFIQAH BINTI MABINIK BA10160501

NOORASEMAH BINTI ABD LAHMIN BA10110262

Soalan 3: Bagi pandangan Realism ancaman utama kepada Negara adalah

datangnya daripada tentera Negara lain. Untuk tujuan itu, Negara perlu

memiliki tentera untuk mempertahankan wilayah dan kedaulatannya.

Bincangkan pernyataan ini berdasarkan kepada tuntutan Filipina ke atas

Sabah dengan memberikan latar belakang konflik, konflik yang berlaku,

langkah-langkah yang diambil meningkatkan tuntutan dan usaha untuk

menyelesaikan masalah ini. Perbincangan hendaklah memfokuskan Malaysia

dan Negara-negara lain yang terlibat dalam isu ini.

KONSEP KESELAMATAN

Keselamatan merujuk kepada ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entiti

dalam konteks sesebuah negara. Namun, pasca Perang Dingin menyaksikan

bahawa bukan sahaja negara ataupun isu militeri sahaja yang boleh

mengugat keselamatan sesebuah negara bahkan terdapat isu lain yang turut

mampu mengancam keselamatan seperti isu ekonomi, alam sekitar,

masyarakat, sosial bahkan politik seperti yang ditegaskan oleh Barry Buzan.Hasilnya, ternyata bahawa terdapat isu-isu lain yang boleh membawa

kepada ancaman terhadap keselamatan terhadap sesebuah negara.

PENGENALAN

Borneo utara asalnya merupakan tanah jajahan takluk kesultanan Brunei.

 Tahun 1704, sultan brunei telah menyerahkan jajahannya di borneo utara

kepada sultan sulu.

Page 2: pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

7/30/2019 pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

http://slidepdf.com/reader/full/pembentangan-keselamatan-antarabangsa-2 2/5

LATAR BELAKANG KONFLIK 

Pada tahun 1878, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk

menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu

kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya

dengan bayaran $ 5,000 setahun.

Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap

Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan,

pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan

dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU

MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.

Pada tahun 1963, 70% penduduk Sabah telah bersetuju untuk bersama-

sama 13 negeri yg lain menubuhkan Persekutuan Malaysia. Maka, secara

 jelas bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan Malaysia adalah

sebahagian dari Sabah melalui penyatuan Persekutuan Malaysia.

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado

Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang

memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad

Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan

kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di

Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik

dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia

pada tahun 1963.

KONFLIK YANG BERLAKU

Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat

diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada

Page 3: pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

7/30/2019 pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

http://slidepdf.com/reader/full/pembentangan-keselamatan-antarabangsa-2 3/5

wilayahnya. Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui

oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan

Sulu sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan

 Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan

Malaysia yang termasuk Borneo Utara.

Namun, kedaulatan sabah sebagai sebuah negeri yg merdeka ini digugat

oleh tuntutan negara jiran iaitu Filipina yg mendakwa Filipina adalah wilayah

mereka. Tuntutan Filipina ke atas Sabah bermula sejak tahun 1962 apabila

keturunan Sultan Sulu menyerahkan hak tuntutan ke atas Sabah kepada

Republik Filipina.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MENGUATKAN TUNTUTAN

KEATAS SABAH

Filipina mengambil kesempatan ini untuk menuntut Sabah dengan

mengambil fakta bahawa Malaysia masih membayar wang 'sewa' Sabah

kepada Sulu sebanyak RM 5300 setahun. Tidak dinafikan juga bahawa

tuntutan mereka ke atas Sabah juga berdasarkan fakta bahawa Sabah

adalah antara negeri terkaya di Malaysia. Hasil bumi di Sabah baik di lautan

mahupun di daratan dianggarkan berjumlah $US 300 billion (RM 900 billion)

Setakat ini, kerajaan Malaysia menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah,

namun membayar RM5300 adalah umpama mengiktiraf tuntutan tersebut.

USAHA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI

1. Mafilindo/ Maphilindo

merupakan gabungan tiga buah negara yang terlibat.

Page 4: pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

7/30/2019 pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

http://slidepdf.com/reader/full/pembentangan-keselamatan-antarabangsa-2 4/5

 Tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan

perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan

antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua

negara tersebut adalah kerana cadangan pembentukan Persekutuan

Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan

pembentukan Malaysia adalah kerana Presiden Soekarno menganggap

pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu

bentuk neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.

Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut

menuntut negeri Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik

negara mereka.

2. Suruhanjaya Cobbold,[6] majoriti dari penduduk dan rakyat kedua-dua

negeri berkenaan telah bersetuju dan menyokong pembentukan

Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf 

hasil undian dan pandangan tersebut, kedua-dua negara tersebut terus

memberi kecaman dan menentang pembentukan Persekutuan

Malaysia yang berdaulat. Persengketaan yang berterusan ini

menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi. Akhirnya, Indonesia

telah mengadakan konfrontasi dengan Malaysia melalui dua langkah

iaitu melalui penyataan “Ganyang Malaysia” serta mengadakan

tindakan separa-tentera. Namun kedua-dua perkara ini dapat

dipatahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui rundingan aman dan

bantuan dari askar British. Filipina pula sampai sekarang masih

menuntut hak kedaulatan Sabah untuk dijadikan sebagai sebahagian

dari wilayahnya.

3. Security Communities

Page 5: pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

7/30/2019 pembentangan keselamatan Antarabangsa 2

http://slidepdf.com/reader/full/pembentangan-keselamatan-antarabangsa-2 5/5

Merupakan satu jaminan bahawa ahli dalam komuniti tidak akan

berperang antara satu dengan yang lain dan akan menyelesaikan

persengketaan melalui cara yang berbeza.

Konsep di mana penggunaan kekerasan seperti peperangan sudah

menjadi tidak releven.

Mengaitkan situasi dengan Pandangan Realism

1. Negara Malaysia perlu memiliki tentera untuk mempertahankan

wilayah dan kedaulatannya.

KESIMPULAN

Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang

baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula

hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga

sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan

masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan

Antarabangsa.

Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke

Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina

iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak

diendahkan