pembangunan sistem ujian penentuan aliran · pdf file3.2.1.5 fasa penyelenggaran 48 3.2.2 ......

116
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4 (STAR) BERASASKAN IQ. LUTFI HADI BIN MARKUM FAKULTI PENDIDIKAN

Upload: vanliem

Post on 01-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4

(STAR) BERASASKAN IQ.

LUTFI HADI BIN MARKUM

FAKULTI PENDIDIKAN

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM PENENTUAN ALIRAN

TINGKATAN 4 (STAR) BERASASKAN IQ

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya : LUTFI HADI BIN MARKUM

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : JALAN MELATI, BATU TIGA P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED

TEBUK PULAI, 45200

SABAK BERNAM, SELANGOR

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan:………………………………..

Nama Penyelia: P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED

Tarikh:………………………………………

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4

(STAR) BERASASKAN IQ.

LUTFI HADI BIN MARKUM

Projek Sarjana Muda ini telah dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

mana tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .............................................

Nama pelajar : LUTFI HADI BIN MARKUM

Tarikh : 19 APRIL 2010

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

iii

Teristimewa buat insan-insan tersayang…

Untuk ayah dan bonda yang tercinta

Markum bin Hj Mahmud dan Kasmerah binti Hj Ehsen

Atas kasih sayang, tiupan semangat serta iringan doa

buat kejayaan anaknya…

Untuk kekanda dan adindaku

Terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bagi…

Buat teman-temanku

Izzat, Fifa, Shah, Moucha, Nadya, Jaja dan lain-lain

Terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulurkan…

Tidak akan ku lupa kenangan kita bersama…

Semoga diriku sentiasa berjaya dengan kehadiran kalian semua…AMIN

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kerana dengan rahmat-Nya, telah siap juga laporan

Projek Sarjana Muda ini. Sesungguhnya tanpa cinta-Nya, tiada bermaknalah kita dalam

kehidupan ini.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada PM DR.

MOHINI BT MOHAMED , selaku penyelia projek ini, di atas kerjasama, bimbingan,

tunjuk ajar, toleransi dan nasihat yang amat berharga sepanjang proses penyediaan

laporan projek ini.

Seterusnya, kepada kedua orang tua dan keluarga saya yang sentiasa berada di

belakang memberikan sokongan yang tidak pernah putus. Dengan sokongan inilah yang

memberikan saya lebih kekuatan dalam penghasilan laporan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut

sama memberikan tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.

Akhir sekali kepada sekalian Muslimin dan Muslimat yang telah membantu

secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih. .

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

v

ABSTRAK

Sistem pengurusan data amat penting kepada sekolah dalam memastikan

pengurusan berjalan lancar. Pembangunan “Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan

Empat (STAR)” mampu membantu pelajar mengetahui kecenderungan aliran secara

tepat dan bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya yang ingin mereka ceburi

berdasarkan pencapaian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Sasaran pengguna

sistem ini adalah para pelajar dan guru di sekolah tersebut. Sistem ini dibangunkan

dengan menggunakan Hypertext Preprocessor (PHP) sebagai bahasa atau coding, My-

Structured Query Language (My-SQL) sebagai pangkalan data utama sistem, Adobe

Dreamweaver sebagai antaramuka dan model Waterfall dipilih bagi mengawal proses

pembangunan sistem mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Sistem ini berfungsi

dengan data dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data bagi menjamin keselamatan

data agar tidak hilang dan data pula dapat disimpan secara kekal didalam sistem

pangkalan data yang dibina. Secara keseluruhannya, dengan adanya penggunaan sistem

berasaskan web seperti Pembangunan Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) ini di

harap ia dapat membantu pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam menentukan

aliran yang sesuai bagi pelajar Tingkatan 4. Sekaligus membantu pelajar dalam

menentukan kerjaya mereka pada masa akan datang yang menepati minat, kebolehan,

bakat dan sahsiah diri mereka sendiri.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

vi

ABSTRACT

Database management system is essential to ensure the smooth running of schools data

files. Development of ”Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan Empat (STAR)” can

assist students in deciding their learning paths accurately and suitable with their interests

and the proposed careers that they would like to pursue, according to their academic

performance, IQ fitness and personality. The target users of this system are students and

teachers of the particular school. The system is developed using Hypertext Preprocessor

(PHP) as the programming language, My-Structured Query Language (My-SQL) as the

system database with the interface using Adobe Dreamweaver. Waterfall model is

chosen to match the system development process based on the current standards. This

system can be a useful means in the prevention of data loss since useful data can be kept

permanently in the build system database. With the usage of the web based system such

as STAR, it is hoped that it would be able to help and ease the burden of the school

administration and teachers to determine the best learning paths for their Form Four

students. Furthermore, it may provide useful guidance for the students in choosing their

future career paths based on their personal preferences.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Projek 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Sistem 8

1.8.2 Aliran 8

1.8.3 Kecenderungan 9

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

viii

1.8.4 Kecerdasan 9

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia 12

2.2.1 Pengurusan Sekolah Berasaskan Komputer 14

2.2.2 Faedah-Faedah Sistem Maklumat Berasaskan

Komputer 15

2.2.3 Ujian Kemasukan Secara Online 16

2.3 Aliran-Aliran di Sekolah 17

2.4 Teori Kecerdasan 19

2.4.1 Stanford-Binet Intelligence Scales 22

2.4.2 Weschler Adult Intelligence Scale 23

2.4.3 Wechsler Intelligence Scale for Children 25

2.4.4 Multiple Intelligence 26

2.4.5 Emotional Quotient 27

2.4.6 Spiritual Quotient 28

2.5 Model Reka Bentuk Sistem 29

2.5.1 Model ASSURE 30

2.5.2 Model Waterfall 31

2.5.3 Model Rapid Prototyping 31

2.6 Sistem Pangkalan Data 32

2.5.1 Perisian Pangkalan Data 34

2.7 Penutup 36

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem 39

3.2.1 Model Waterfall 40

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

ix

3.2.1.1 Fasa Analisis 41

3.2.1.1.1 Analisis Pembangunan

Sistem 41

3.2.1.1.2 Analisis Soalan

Kecerdasan 42

3.2.1.2 Fasa Reka Bentuk 43

3.2.1.2.1 Reka Bentuk Pembangunan

Sistem 43

3.2.1.2.2 Reka Bentuk Soalan

Kecerdasan 45

3.2.1.3 Fasa Implementasi 46

3.2.1.4 Fasa Pengujian 47

3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48

3.2.2 Kelebihan Model Waterfall 48

3.2.3 Kelemahan Model Waterfall 49

3.3 Carta Alir STAR 50

3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem 54

3.4.1 Penyunting Web (Web Editor) 54

3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web

(Web Browser) 55

3.4.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 56

3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor) 57

3.5 Spesifikasi Perkakasan yang Digunakan 57

3.6 Penutup 58

4 HASIL REKABENTUK SISTEM

4.1 Pendahuluan 59

4.2 Pakej Sistem 59

4.2.1 Antaramuka Utama Sistem 60

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru 61

4.2.3 Kategori Pengguna : Pelajar 66

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

x

4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian 67

4.2.5 Antaramuka Ujian Pelajar 69

4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian 71

4.2.7 Antaramuka Hubungi 71

4.2.8 Antaramuka Site Map 72

4.3 Sistem Pangkalan Data 73

4.4 Komen Terhadap Sistem 75

4.5 Penutup 76

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 77

5.2 Perbincangan 77

5.3 Kelebihan Sistem 79

5.4 Kelemahan Sistem 80

5.5 Masalah yang Dihadapi 81

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 82

5.7 Kesimpulan 83

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 88

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 SURAT PEKELILING IKHTISAS

BIL. 1/2001 Mengenai Pemilihan

Pakej Pengkhususan Sains dan

Teknologi Sekolah Menengah Atas 18

2.2 Contoh carta rujukan IQ 21

3.1 Jenis dan nama perisian yang digunakan

dalam STAR 54

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Struktur Organisasi SMK Yong Peng 13

2.2 Carta pecahan item bagi WAIS-III 24

3.1 Model Waterfall 39

3.2 Penyusunan maklumat secara linear 44

3.3 Carta alir keseluruhan sistem 51

3.4 Carta alir modul Guru 52

3.5 Carta alir modul Pelajar 53

4.1 Antaramuka paparan utama 61

4.2 Antaramuka utama bagi kategori guru 62

4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63

4.4 Antaramuka profil bagi guru 63

4.5 Antaramuka pengemaskinian profil 64

4.6 Antaramuka paparan maklumat pelajar 65

4.7 Paparan keputusan pelajar 66

4.8 Paparan menu bagi pelajar 67

4.9 Antaramuka bagi panduan ujian 68

4.10 Paparan amaran bagi yang belum mendaftar 69

4.11 Paparan ujian kecerdasan IQ 70

4.12 Paparan ujian kecerdasan IQ 70

4.13 Paparan Keputusan Pelajar 71

4.14 Antaramuka bagi hubungi 72

4.15 Paparan bagi pautan site map 72

4.16 Antaramuka bagi site map 73

4.17 Paparan maklumat pengguna pada

sistem pangkalan data 74

4.18 Paparan keputusan pelajar pada

sistem pangkalan data 74

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

xiii

SENARAI SINGKATAN

STAR - Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan 4

IQ - Intelligence Quotient

PHP - Hypertext Preprocessor

MySQL - My-Structured Query Language

WISC-III - Wechsler Intelligence Scale for Children – Third Edition

HTML - Hyper Text Markup Language

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol

CSS - Cascading Style Sheet

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menuju Wawasan 2020, negara Malaysia kini bersiap sedia untuk

menjayakan rancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Pelbagai aspek

dipersiapkan dalam memenuhi misi ini. Bidang pendidikan juga tidak terlepas

pandang dalam melengkapkan visi kearah itu. Sebagai contoh, pelaksanaan konsep

Sekolah Bestari dilihat sebagai wadah utama dalam mendidik generasi baru

menguasai bidang Teknologi Maklumat. Penerapan konsep Sekolah Bestari ini tidak

hanya dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi turut

diterapkan dalam pengendalian sistem pengurusan sesebuah sekolah.

Kepesatan teknologi komputer kini mendorong sistem pendidikan di negara

kita turut melibatkan penggunaan komputer yang meluas di sekolah-sekolah. Dari

proses pengajaran dan pembelajaran sehinggalah melibatkan urusan berkaitan

sekolah semuanya dilakukan menggunakan komputer. Penggunaan komputer di

dalam pengurusan sesebuah sekolah kini tidak hanya terhad kepada urusan surat

menyurat sahaja, tetapi turut melibatkan penyimpanan maklumat-maklumat

berkaitan sekolah secara manual ataupun online. Segala urusan berkenaan

pendaftaran pelajar sehinggalah maklumat mengenai peperiksaan diuruskan secara

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

2

berkomputer. Ini bagi memudahkan penyimpanan sesebuah data berbanding sistem

tradisional yang menggunakan fail.

Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ini, kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kini turut dilakukan secara

berkomputer. Mulai tahun 2009, Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM

(UKKM) bagi kemasukan tingkatan 4 dijalankan secara online. Ujian ini disediakan

dalam memilih pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang layak untuk

ke MRSM. Dalam hal ini, pengurusan sekolah boleh mengaplikasikan sistem

berkomputer ini dalam menjalankan ujian untuk menentukan aliran yang sesuai bagi

seseorang pelajar itu. Ini kerana, penentuan aliran adalah sangat penting dalam

menentukan masa depan seseorang pelajar itu dalam memilih bidang pekerjaan

selepas tamat persekolahan. Secara amnya, ini boleh mengubah paradigma

masyarakat terhadap pengurusan sesebuah sekolah terutamanya dalam meneguhkan

sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang membentuk sahsiah pelajar

sekaligus dapat melaksanakan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).

Sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh negara dalam bidang

teknologi maklumat, adalah sia-sia sekiranya rakyat tidak mahu mengubah cara

hidup kepada yang lebih efektif, berdaya saing serta bersyukur dengan nikmat yang

dikurniakan. Oleh itu, kajian ini cuba untuk merungkai persoalan yang berkaitan

dengan penggunaan sistem ujian penentuan aliran secara berkomputer.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan sistem pendidikan kini memberi peluang yang sama rata

kepada masyarakat dalam pembinaan generasi yang berwibawa. Jika dilihat pada

teras kedua bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) 2006-2010 iaitu membangunkan modal insan, ia

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

3

menunjukkan bahawa setiap pelajar yang keluar dari sekolah adalah seorang insan

yang sempurna dari segi sahsiah, akhlak dan jati diri di samping kompeten dalam

bidang Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Ini

menunjukkan pelajar dinilai tidak hanya dari segi akademik sahaja tetapi turut perlu

mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dan perlu dilihat juga dari aspek kebolehan

serta kecenderungan bakat pelajar itu. Seringkali berlaku di sekolah, bagi pelajar

yang kurang berkeupayaan dalam bidang akademik diletakkan di kelas yang tidak

bersesuaian dengan kebolehan mereka. Sudah tentu bagi yang mencapai keputusan

baik di dalam PMR diletakkan di dalam kelas aliran Sains Tulen tetapi adakah

pelajar yang cenderung di dalam bidang seni wajar diletakkan di dalam kelas aliran

Perakaunan? Isu kini yang menghadkan pengambilan 10 mata pelajaran sahaja bagi

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia turut menghalang pelajar tersebut dari

mengambil mata pelajaran yang digemarinya kerana terikat dengan pakej mata

pelajaran yang disediakan sekolah. Sedangkan dia kurang cenderung di dalam bidang

yang ditentukan oleh sekolah. Ini mampu memberi masalah kepada pelajar tersebut

sekiranya beliau keluar dari sekolah kelak.

Pengurusan sekolah kini masih lagi ada yang cenderung untuk menggunakan

sistem pengurusan secara tradisional berbanding dengan sistem berkomputer. Jika

dilihat kepada ujian-ujian kemasukan ke sekolah bukan hanya di Malaysia malah di

dunia, banyak lagi yang masih menggunakan sistem pen dan kertas berbanding

komputer. Hanya bermula tahun 2009, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalankan

UKKM secara berkomputer. Ini menunjukkan sistem ujian berkomputer masih

belum popular di kalangan pentadbir walaupun ia mampu memudahkan pengurusan

sesuatu maklumat seperti markah atau keputusan yang dicapai selain penyimpanan

maklumat itu sendiri. Menurut Wan Mohd Zahid (1993),

“sekolah disarankan menggunakan komputer sebagai

instrumenpengendalian pengurusan dan pentadbiran”

Selain itu, beliau juga amat bersetuju dengan peranan komputer dalam

meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pendapat ini turut disokong

oleh Rofidah (1989) yang menyatakan bahawa,

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

4

“the computer is a rich and complex tool that is increasingly being

used in many functional areas. With this in mind, the usage of

computer in the school administration should be explored”.

Menurut Sobariyah (2006),

“Pembelajaran bestari bermatlamat untuk melahirkan insan berakhlak

mulia dengan menekankan aspek pemupukan nilai dan pembinaan

sikap serta sahsiah terpuji di kalangan pelajar. Unsur-unsur nilai dan

moral merentas kurikulum diperteguhkan dalam iklim pembelajaran

bestari dengan bimbingan dan panduan guru serta melalui interaksi

sesama pelajar.”

Dalam merealisasikan perkara ini, pelajar tidak seharusnya dinilai secara akademik

sahaja, malah aspek sahsiah dan kecenderungan juga perlu di ambil kira dalam

membentuk mereka menjadi modal insan yang berjaya. Oleh itu, kemasukan pelajar

ke Tingkatan 4 perlulah mengikut aliran yang sesuai dengan kecenderungan pelajar.

Ujian Kecerdasan dan Personaliti perlulah dijalankan disamping keputusan akademik

yang telah di ambil kira. Ini bagi membantu guru mengesan minat pelajar seterusnya

membantu pelajar memilih aliran yang sesuai dengan minat dan bakat pelajar itu.

Selain itu, sejajar dengan perkembangan ICT di sekolah, ujian penentuan ini

sesuai jika dilakukan secara berkomputer dan online. Ini bagi memastikan keputusan

yang dicapai dapat diketahui pelajar dalam masa yang cepat dan maklumat dapat

disimpan dengan lebih selamat di dalam satu pelayan (server). Pengurusan secara

berkomputer juga dilihat terbukti lebih tersusun dan sistematik berbanding

pengurusan secara tradisional iaitu menggunakan sistem filing.

1.3 Pernyataan Masalah

Penentuan aliran di sekolah dilihat sebagai kayu ukur yang penting dalam

menentukan masa depan seseorang pelajar. Ini kerana pemilihan aliran yang tepat

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

5

dapat mendedahkan pelajar kepada bidang yang diminatinya lebih awal. Justeru,

mereka lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Keputusan PMR yang dicapai oleh seseorang pelajar itu pada tingkatan 3

dilihat masih belum cukup untuk menjadi pengukur kepada aliran yang patut

dimasukinya pada Tingkatan 4. Ini kerana, bagi membentuk modal insan yang

berkualiti, aspek kecerdasan dan sahsiah turut perlu di ambil kira. Oleh itu, satu ujian

yang merangkumi ujian akademik, kecerdasan dan sahsiah perlu dijalankan dalam

mengesan keupayaan pelajar dan kecenderungan mereka terhadap sesuatu bidang. Ini

dapat meningkatkan kualiti diri pelajar itu dalam mengharungi masa depan.

Faktor perkembangan ICT turut diambil kira dalam memudahkan capaian

maklumat. Ujian ini dilihat mampu menjadi lebih efektif sekiranya dijalankan secara

berkomputer dan online kerana ia memudahkan maklumat dicapai melalui server dan

lebih selamat. Capaian untuk keputusan ujian juga lebih cepat diketahui oleh pelajar

berbanding menggunakan sistem pen dan kertas.

1.4 Objektif Kajian

Untuk memastikan kajian ini dilakukan dengan cara yang sistematik, terurus

dan tidak menyimpang daripada matlamat asal, penyelidik telah menetapkan

beberapa objektif kajian. Antaranya adalah seperti berikut:

Membangunkan sebahagian Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) yang

merangkumi tiga aspek iaitu aspek akademik, personaliti dan kecerdasan IQ.

Kajian ini adalah berfokus kepada bahagian kecerdasan IQ sahaja.

Membangunkan sistem secara online bagi memudahkan capaian maklumat.

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

6

Membangunkan sistem STAR berasaskan web bagi memudahkan capaian

maklumat.

1.5 Rasional Kajian

Faktor utama yang mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini adalah

berdasarkan kepada tahap penggunaan web dalam institusi pendidikan, terutamanya

di sekolah menengah dan rendah yang dikatakan masih belum berada pada tahap

yang boleh dibanggakan (Abd. Rashid Johar, 1998). Institusi pengajian tinggi yang

mengaplikasikan web sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

seharusnya menjadi perintis untuk menaikkan lagi taraf penggunaan web di sekolah.

Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti tahap

kesesuaian web dalam pengurusan organisasi sekolah.

Selain itu, kajian-kajian yang berkaitan dengan penentuan aliran di sekolah

menengah amat jarang dilakukan. Ini dapat dilihat apabila kita cuba untuk mencari

kajian-kajian terdahulu yang memfokus kepada penentuan aliran. Boleh dikatakan

tidak banyak kajian yang dapat membantu dalam bidang ini. Mungkin kerana

penentuan aliran selalunya ditentukan mengikut keputusan PMR sahaja, mendorong

kepada kurangnya bilangan pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini. Penentuan

seperti ini dilihat hanya menguntungkan guru yang tidak mahu mengambil masa

yang lama dalam menyusun sesebuah kelas berbanding pelajar yang mendapat kelas

aliran yang kurang sesuai dengan mereka.

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

7

1.6 Kepentingan Kajian

Pembangunan sistem ini dilakukan bagi meningkatkan taraf kemudahan

terutam dari segi teknologi yang digunakan oleh pihak sekolah. Ini dilihat

berdasarkan sistem ini yang dibangunkan secara atas talian (online). Oleh itu,

beberapa kepentingan dapat dikenalpasti bagi membantu individu-individu terbabit

dalam melicinkan lagi urusan berkaitan dengan pendidikan. Antara kepentingan

dalam pembangunan sistem ini ialah memudahkan pentadbir sekolah termasuk

pengetua dalam menguruskan kemasukan pelajar ke dalam kelas mengikut aliran. Ini

dapat menjimatkan masa bagi mereka berbanding dengan sistem tradisional yang

digunakan kini. Selain itu, ia juga mampu memudahkan guru untuk mengajar

berdasarkan kecenderungan dan tahap pencapaian seseorang pelajar. Ini kerana

STAR melibatkan bukan sahaja ujian akademik tetapi juga melihat kepada

kecerdasan IQ pelajar selain personaliti mereka. Bagi pelajar pula, mereka bakal

mendapat aliran kelas yang sesuai dengan pencapaian dan kecenderungan mereka.

Ini memudahkan mereka menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap minat

dan bakat mereka selain mampu mengikuti pelajaran mengikut kemampuan mereka.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

STAR dilihat sebagai satu alternatif baru dalam menentukan aliran yang

sesuai bagi pelajar di sekolah menengah. Sistem ini dibangunkan secara online dan

merangkumi tiga aspek utama iaitu ujian akademik, ujian kecerdasan dan ujian

personaliti. Mengambil kira kajian-kajian yang terdahulu, pembangun mendapati

kurangnya ketiga-ketiga aspek ini dihubungkan dalam menentukan aliran bagi

pelajar-pelajar. Sistem yang dihasilkan akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu.

Sistem ini hanya dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki PMR.

Pengguna pula terbahagi kepada dua kategori iaitu guru dan pelajar. Pembinaan

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

8

sistem ini juga menggunakan sistem yang mempunyai keselamatan dalam

penggunaan laman web yang dinamik dan interaktif dalam talian.

1.8 Definisi Istilah

Dalam memberi gambaran yang menyeluruh, beberapa terma-terma tertentu

yang digunakan dalam kajian ini telah disenaraikan. Contohnya adalah seperti

berikut:

1.8.1 Sistem

Sistem membawa maksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu atau

aturan (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996). Dalam kajian ini, sistem membawa

maksud satu set aplikasi yang dibangunkan bagi membantu pihak pentadbiran

sekolah dalam menguruskan pemilihan aliran pelajar.

1.8.2 Aliran

Aliran membawa maksud yang termasuk dalam sesuatu golongan yang

khusus atau tertentu (Kamus Dewan Edisi Ketiga cetakan ke-7, 2002). Di dalam

kajian ini aliran membawa maksud pengelasan pelajar terhadap bidang yang mereka

Page 25: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

9

pelajari di sekolah. Terdapat empat aliran utama bagi sekolah di Malaysia iaitu

sastera, sains, teknikal dan agama.

1.8.3 Kecenderungan

Berasal dari kata akar cenderung yang bermaksud menaruh minat terhadap

sesuatu. Kecenderungan bermaksud keinginan, kemahuan, kesukaan terhadap

sesuatu. Dalam kajian ini, kecenderungan merujuk kepada kemahuan dan minat

pelajar terhadap sesuatu bidang. Kecenderungan yang di ukur dalam kajian adalah

merangkumi kecenderungan akademik, kecerdasan dan personaliti. Pembangun

hanya memfokuskan terhadap kecenderungan terhadap kecerdasan.

1.8.4 Kecerdasan

Kecerdasan berasal dari kata akar cerdas. Menurut Kamus Dewan Bahasa

Dan Pustaka Edisi Ketiga (1996), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal yang

dijadikan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti kepandaian, kecerdikan dan

kecerdikan. Perkataan kecerdasan atau cerdas ini sering dikaitkan kebolehan

kecerdikan yang diukur dengan IQ. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Edisi Ketiga (1996) juga, IQ juga adalah kependekan kepada perkataan Intelligence

Quotient yang berkaitan dengan kecerdasan otak seseorang.

Page 26: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

10

1.9 Penutup

Dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, pendidkan merupakan

elemen yang penting dalam menentukan bidang yang dipilih oleh individu di dalam

alam pekerjaan nanti. Oleh itu, dengan penghasilan Sistem Ujian Penentuan Aliran

Tingkatan 4 (STAR) ini dapat membantu pelajar mengenalpasti kecenderungan

mereka bermula dari sekolah lagi. Penggunaan aplikasi komputer dalam pembinaan

STAR ini membantu guru dalam mengumpul maklumat seiring dengan pendekatan

konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan. Ini menjamin sistem pendidikan dapat

seiring dengan pembangunan negara yang sedang menuju ke arah negara maju.

Page 27: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

11

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran

dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang meliputi

pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan

lepasan menengah dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang

bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tinggi iaitu pada peringkat Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Sistem ini bermula sejak tahun 2004 lagi. Sejak dari dahulu, sistem pendidikan

Malaysia dibentuk berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

Page 28: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

12

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Kurikulum asas sekolah dibentuk mengikut acuan yang ditentukan oleh FPK agar

matlamat utama sistem pendidikan Malaysia tidak lari dari matlamat FPK itu sendiri.

Dalam mencapai pembangunan modal insan yang berkualiti menerusi pendidikan,

semua aspek perlulah dititikberat. Ia bukan sahaja dinilai dari segi pencapaian

akademik para pelajar, tetapi dari segi kecerdasan dan sahsiah juga perlu diambilkira.

Dalam bab ini akan menceritakan lebih lanjut bagaimana kecerdasan dapat

mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Turut dijelaskan adalah pengurusan

sekolah berasaskan komputer dan aliran-aliran yang terdapat di sekolah-sekolah di

Malaysia.

2.2 Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia

Jika dilihat pada pengurusan sesebuah sekolah sama ada di Malaysia ataupun

di luar negara, pengurusan sekolah tersebut akan membentuk satu organisasi.

Menurut Mohd. Salleh Lebar (2000), organisasi merupakan unit-unit sosial atau

kumpulan-kumpulan manusia yang distruktur dan dibina untuk mendapat maklumat

tertentu. Ini bermaksud, struktur yang dibentuk melalui organisasi sekolah terutama

di Malaysia akan ditadbir oleh Pengetua dan seterusnya seperti yang ditunjukkan

oleh Rajah 1 di bawah:

Page 29: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

13

Rajah 2.1: Struktur Organisasi SMK Yong Peng

Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan yang berkualiti, semua perkara yang

berkaitan seperti pengurusan pejabat, kewangan, proses pengajaran dan

pembelajaran, pembahagian kelas, jadual waktu setiap kelas, disiplin dan bermacam

lagi perlulah diambil berat. Kesemua perkara ini perlulah direkodkan dan difailkan

bagi memastikan pergerakan setiap yang tersebut berjalan dengan lancar. Secara

tradisionalnya, semua rekod akan difailkan dan dibahagikan mengikut perkara-

perkara yang berkaitan. Kini, sejajar dengan pembangunan negara yang menuju ke

arah Multimedia Super Corridor (MSC), sistem perfailan dan perekodan dibuat

berasaskan komputer dan ada yang dilakukan secara dalam talian. Ini bagi

memudahkan penyimpanan data yang lengkap dan mudah untuk dikemaskini dan

disemak kerana lebih tersusun dan mudah.

Page 30: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

14

2.2.1 Pengurusan Sekolah Berasaskan Komputer

Penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer kini semakin berkembang

dan memudahkan pengurusan dilakukan dengan tersusun dan terancang. Ia bukan

sahaja melibatkan pengurusan dari segi pentadbiran sekolah tetapi turut merangkumi

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memetik kata-kata Timbalan Ketua

Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (2009)

''Ini adalah untuk meringankan tugas guru supaya tidak perlu mengisi

borang berkali-kali. Mereka hanya perlu memilih maklumat yang

diperlukan. Dengan adanya sistem pangkalan data tunggal, ia dapat

menjadi sejarah yang mana negara mempunyai pangkalan data setiap

rakyat dan boleh digunakan untuk perancangan serta pelaksanaan

program dan projek- projek pembangunan negara. ''

Penggunaan komputer dalam menyusun maklumat dan data pengurusan sekolah

dapat membantu para guru dan pentadbir dalam memberikan perkhidmatan yang

terbaik dan lancar.

Konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan membantu dalam memastikan

pelajar dan guru serta pentadbir meningkatkan kualiti dalam sistem pendidikan.

Menurut Sobariyah (2003), Sekolah Bestari di Malaysia ialah institusi pembelajaran

yang direka semula secara menyeluruh (systematically) dari proses pengajaran,

pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran

zaman maklumat. Ini menunjukkan bahawa konsep Sekolah Bestari dijadikan

struktur yang kukuh dalam memastikan sistem pendidikan berada seiring dengan

pembangunan negara yang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Merujuk

kepada visi Sekolah Bestari menurut Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu

melahirkan tenaga pekerja yang cekap teknologi dan berfikir untuk zaman teknologi

maklumat (Sobariyah, 2003) ini sendiri menonjolkan bahawa teknologi memainkan

peranan yang besar dalam memastikan modal insan yang dibentuk sama ada guru,

pentadbir atau pelajar berkualiti dan mampu memberi sumbangan untuk negara.

Page 31: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

15

2.2.2 Faedah-Faedah Sistem Maklumat Berasaskan Komputer

Sistem pengurusan maklumat berasaskan komputer mempunyai banyak

faedah bagi pihak sekolah yang melaksanakannya. Faedah-faedahnya adalah seperti

berikut:

i. Capaian Cepat

Sistem ini membolehkan pengurusan sekolah dijalankan dengan lebih cekap,

cepat dan efektif. Ini kerana pengumpulan maklumat dalam pangkalan data

membolehkan pihak sekolah memenuhi permintaan berkaitan dengan segera.

Contohnya, melalui program ini senarai pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku

teks dapat diperolehi dalam masa sangat pantas berbanding semakan fail satu persatu

yang memakan masa yang panjang.

ii. Mengatasi Masalah Penggunan Kertas Yang Banyak

Amalan pengurusan harian di sekolah melibatkan penggunaan kertas yang

banyak dan memerlukan belanja yang besar untuk pembeliannya. Ekoran itu timbul

pula masalah penyimpanan dokumen-dokumen berkenaan. Aplikasi sistem seperti ini

di sekolah secara langsung mengatasi masalah kekurangan ruang bagi penyimpanan

dokumen dalam bentuk kertas. Selain daripada itu, masalah biaya untuk kertas pula

dapat di atasi dengan penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer. Pada masa

yang sama jumlah wang yang selama ini digunakan untuk membeli kertas dapat

digunakan untuk keperluan-keperluan sekolah yang lain. Dalam kata lain sekolah

dapat mengelakkan pembaziran.

Page 32: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

16

iii. Meningkatkan Moral Dan Komitmen Kerja Guru

Dengan adanya pelbagai sistem yang dapat memudahkan tugas, bebanan-

bebanan kerja berulang dapat dikurangkan sekaligus dapat menjimatkan tenaga dan

masa para guru. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan komitmen guru dalam

menangani proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi “core business” para

guru.

iv. Perkongsian Maklumat Ke Arah Kemajuan

Sekolah yang mempunyai sistem maklumat berasaskan komputer dapat

berkongsi maklumat mereka contohnya model pengajaran terkini / berkesan dengan

sekolah-sekolah lain. Kerjasama ini akan menjadikan sesuatu program yang

dibangunkan itu akan menjalani proses penambahbaikan berterusan sehinggalah

ianya mencapai tahap yang memuaskan semua pihak. Jadi, keadaan sedemikian

membawa manfaat kepada sekolah.

2.2.3 Ujian Kemasukan Secara Online

Dalam menapis bilangan kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah seperti

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),

beberapa ujian akan dilakukan bagi menilai pelajar-pelajar yang benar-benar

memenuhi aspek yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah. Antaranya adalah Ujian

Aptitud yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke atas

pelajar-pelajar yang ingin memasuki SBP bagi kemasukan tingkatan 1. Ujian ini

adalah sejenis ujian psikometrik yang mengukur kebolehan semulajadi dan

kebolehan yang diperolehi daripada pengalaman dan persekitaran pembelajaran.

Manakala, bagi kemasukan ke MRSM pula, Ujian Kecenderungan Kemasukan ke

MRSM (UKKM) pula diambil kira sebagai penilaian. Ia merangkumi 3 aspek iaitu

dari aspek Matematik, Sains dan keperibadian. Mulai tahun 2010, UKKM akan

Page 33: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

17

dijalankan secara online berbanding dilakukan secara tradisional sebelum ini.

Namun, masih belum terdapat lagi ujian yang menentukan kelayakan seseorang

pelajar dalam memilih aliran yang sesuai bagi mereka. Berbanding di SBP dan

MRSM yang kebanyakannya hanya menawarkan kelas beraliran Sains Tulen sahaja,

sekolah-sekolah harian biasa menawarkan berbagai lagi aliran yang memandu pelajar

dalam menentukan masa depan mereka. Seringkali timbul masalah mereka tersalah

memilih aliran yang selalunya ditentukan oleh guru mereka dan bukan berdasarkan

keupayaan dan bakat yang ada pada mereka. Natijahnya, mereka gagal untuk

mengikuti kehendak aliran tersebut lantas gagal untuk memilih kerjaya yang sesuai

dengan jiwa mereka.

2.3 Aliran-Aliran di Sekolah

Terdapat berbagai-bagai aliran yang ditawarkan oleh sekolah menengah pada

masa kini. Aliran-aliran ini kebiasaannya ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4

selepas mereka mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pemilihan

aliran ini sangat penting kerana ia akan menentukan masa depan dari segi peluang

pendidikan atau pekerjaan selepas mereka menamatkan persekolahan.

Menurut Jamil & Norlia (2008), dasar kenaikan pelajar ke tingkatan 4 adalah

secara automatik iaitu dengan tidak mengambil kira keputusan PMR. Ini adalah

bertujuan untuk memastikan bahawa pelajar berada dalam sistem pendidikan selama

11 tahun bagi membolehkan mereka menguasai bidang tertentu sebagai persediaan

ke alam pekerjaan. Bagaimanapun, pelajar diberi kebebasan untuk menentukan aliran

yang ingin dipilih agar bersesuaian dengan kehendak dan minat mereka. Menteri

Muda di Pejabat Ketua Menteri (Latihan dan Sumber Manusia) Sarawak, Datin

Fatimah Abdullah (2009) juga berkata, pemilihan kursus yang sesuai untuk

keperluan semasa adalah penting supaya para pelajar berjaya memperoleh kerja

selaras dengan minat dan kelayakan masing-masing.

Page 34: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

18

Walaupun setiap aliran mempunyai pemilihan subjek yang berbeza seperti

Fizik, Kimia dan Biologi bagi aliran Sains Tulen, Prinsip Akaun dan Ekonomi bagi

aliran Akaun sebagai contoh, namun mereka diwajibkan untuk mengambil

matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan

Pendidikian Islam di samping mata pelajaran elektif tersebut. Seperti menurut

Chamberlain & Kindred (1966), mata pelajaran seperti Sejarah, bahasa, Matematik

dan Sains membentuk satu pusat bagi pendidikan secara liberal. Sekolah-sekolah

masih mengekalkan mata pelajaran tersebut dan dianggap sebagai mata pelajaran

teras di kebanyakan sekolah menengah dan kolej. Ini menunjukkan bahawa mata

pelajaran teras tersebut bukan sahaja dianggap penting di Malaysia sahaja, tetapi ia

turut menjadi mata pelajaran utama di sekolah-sekolah di luar negara.

Merujuk kepada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2009),

terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas iaitu aliran akademik

(Sains/Sastera), aliran Teknik dan Vokasional dan aliran agama. Ini turut diperkuatkan

oleh Jamil & Norlia (2008) yang menyatakan pelajar boleh memilih untuk

mengikuti pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal atau agama.

Jadual 2.1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/2001 mengenai

pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Atas

CONTOH KOMBINASI MATA PELAJARAN PAKEJ SAINS DAN TEKNOLOGI

Pakej Sains Tulen Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Pendidikan Seni Pakej Sains Tambahan Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Sains Pertanian Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Reka Cipta Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Ekonomi Rumah Tangga Pakej Teknologi Maklumat

Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat + Reka Cipta Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat Matematik Tambahan + Teknololgi Maklumat + Sains Tambahan Pakej Sains Tulen + Teknologi Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan Jentera Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan Awam Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Teknologi Kejuruteraan Pakej Sains Tulen + Sastera Ikhtisas Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Perdagangan

Page 35: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

19

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun Pakej Pengajian Islam + Sains Tulen Bahasa Arab Tinggi + Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As- Sunnah + Syariah Islamiah

Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-

Sunnah + Syariah Islamiah

Pakej Pengajian Islam + Teknologi Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah + Syariah Islamiah + Kejuruteraan Awam Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah + Syariah Islamiah + Lukisan Kejuruteraan Pakej Sains Tambahan + Sastera Ikhtisas

Ekonomi Asas + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan Perdagangan + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan

2.4 Teori Kecerdasan

Kecerdasan sering dikaitkan dengan perkataan IQ. IQ ataupun Intelligence

Quotient menjadi pengukur sejauh mana kecerdasan seseorang itu. Pelbagai definisi

mengenai kecerdasan telah dikemukakan sejak zaman Greek purba lagi. Menurut

buku Metaphors of Mind oleh Robert J. Steinberg (1990), ahli falsafah, Plato

menyatakan satu aspek dari kecerdasan adalah kebolehan untuk belajar. Aristotle

pula menggambarkan kecerdasan di dalam buku Posterior Analytics Book I sebagai

kepantasan akal (quick wit). Beliau menyatakan

“Quick wit is a faculty of hitting upon the middle term

instantaneously”

Blaise Pascal pada abad ke-17 ada menyatakan di dalam Pensees bahawa kecerdasan

terbahagi kepada dua jenis:

“the one able to penetrate acutely and deeply into the conclusions of

given premises, and this is the precise intellect; the other able to

Page 36: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

20

comprehend a great number of premises without confusing them, and

this mathematical intellect”

Pendapat ini sejajar dengan pendapat kini yang membahagikan manusia

menerusi kecerdasan melalui otak kanan dan otak kiri. Satu simposium telah

diadakan pada 1921 membincangkan isu mengenai mendefinisikan kecerdasan itu

dan pengujiannya. Pelbagai pendapat telah diutarakan di antaranya pendapat oleh

Thorndike yang mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memberikan respon

yang baik dari sudut pandangan kebenaran dan fakta. Terman pula mendefinisikan ia

sebagai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Terdapat juga peserta yang gagal

memberikan pandangan mereka mengenai kecerdasan tetapi lebih menumpukan

kepada bagaimana untuk menguji kecerdasan itu.

Persoalan mengenai kecerdasan ini membawa kepada persoalan yang kedua

iaitu bagaimana pengujian yang sesuai untuk menentukan tahap kecerdasan

seseorang manusia. Persoalan inilah yang dapat mendefinisikan istilah IQ itu sendiri.

Menurut laman web Wikipedia, IQ adalah skor yang dibentuk dari satu daripada

beberapa ujian piawai yang direka untuk menguji kecerdasan. Antara ujian-ujian

penentuan kecerdasan yang terkenal adalah seperti Stanford-Binet Intelligence Scale,

Weschler Adult Intelligence Scale (WAIS), Wechsler Intelligence Scale for Children

(WISC) dan Kaufman Adolescent and Adult Intelligence Test (KAIT). Istilah IQ

diambil dari perkataan Jerman, Intelligenz-Quotient yang dikemukakan oleh ahli

psikologi Jerman, William Stern pada 1912. Carta rujukan IQ telah dicadangkan oleh

beberapa ahli psikologi untuk membahagikan tahap kecerdasan seseorang kepada

beberapa kategori.

Jadual 2.2: Contoh carta rujukan IQ

Page 37: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

21

Tahap Kecerdasan (15 Sisihan Piawai) Kelas Kecerdasan

1-24 Profound Mental Disability

25–39 Severe Mental Disability

40–54 Moderate Mental Disability

55–69 Mild Mental Disability

70–84 Borderline Mental Disability

85-114 Average Intelligence

115-129 Bright

130-144 Moderately Gifted

145-159 Highly Gifted

160-175 Exceptionally Gifted

175 dan ke atas Profoundly Gifted

Menurut Thorndike (1997), idea pengujian terhadap kecerdasan dimulakan

oleh ahli psikologi Jerman, Gustav Fechner dan Hermann Ebbinghaus pada

pertengahan abad ke 19. Mereka merasakan telah menjumpai physics of mind dan

menyatakan memori dan kelesuan minda boleh diukur. Idea ini telah dikembangkan

oleh Francis Galton iaitu sepupu kepada Charles Darwin yang telah menggabungkan

idea itu dengan idea daripada John Locke untuk menghasilkan teori human ability

dan pengukurannya. James Cattell telah membawa idea ini ke Amerika Syarikat pada

1890 untuk memperkembangkan program pengujian mental dan mencadangkan satu

ujian yang menyediakan ukuran piawai bagi mentaksir kebolehan intelektual

manusia.

Walaupun Galton dan Cattell adalah orang pertama yang membentuk idea

untuk pengujian terhadap kecerdasan, Alfred Binet, adalah orang yang terawal

mencipta skala pengukuran terhadap pengujian kecerdasan. Stanford-Binet

Intelligence Scales adalah ujian yang mempelopori bidang pengujian IQ. Usaha ini

diteruskan oleh beberapa cendekiawan seperti David Wechsler yang

memperkenalkan Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS), Wechsler Intelligence

Scale for Children (WISC) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of

Intelligence (WPPSI).

Page 38: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

22

2.4.1 Stanford-Binet Intelligence Scales

Stanford-Binet Intelligence Scales telah diperkenalkan oleh seorang yang

berbangsa Perancis, Alfred Binet. Binet yang berbangsa Perancis bekerjasama

dengan seorang ahli Fizik, Theodore Simon, dalam mengkaji kerencatan mental di

sebuah sekolah rendah. Mereka cuba membetulkan beberapa pendapat Galton dan

Cattell yang dikatakan salah dan membuang masa. Kerjasama mereka menghasilkan

Binet-Simon Intelligence Test selepas mengenalpasti perbezaan tahap kerencatan

mental. (Becker, 2003). Pada 1916, ahli psikologi dari Stanford, Lewis Terman,

menyiarkan hasil kajiannya terhadap Binet-Simon Intelligence Test yang bertajuk

Stanford Revision of the Binet-Simon Scale yang membawa kepada penghasilan ujian

Stanford-Binet Intelligence Scales. Beliau menambahbaik ujian itu dengan

membuang beberapa item dan membuat beberapa pembaharuan. Beliau dibantu oleh

pelajarnya, Maud Merrill (Becker, 2003) dalam membina ujian yang lebih baik

dengan membentuk dua bahagian iaitu Form L (untuk Lewis) dan Form M (untuk

Maud) pada 1937. Seterusnya kedua-dua bahagian ini digabung oleh Merrill untuk

membentuk Form L-M pada 1960 dengan mengubah beberapa item pada semua

tahap tetapi masih mempunyai format yang sama dengan versi 1937.

Secara umumnya, Stanford-Binet Intelligence Scales edisi keempat (SB-IV)

dibentuk untuk mengkaji tindakbalas individu melalui empat elemen utama iaitu

verbal reasoning, quantitative reasoning, abstract/visual reasoning dan short term

memory. Sub-ujian bagi SB-IV dibahagikan kepada dua bahagian iaitu nonverbal

content dan verbal content. Bagi nonverbal content, ia diuji melaui ujian Bead

Memory, Pattern Analysis, Absurdities, Copying, Memory for Objects, Matrices dan

Paper Folding and Cutting. Verbal content pula merangkumi ujian Vocabulary,

Quantitative, Memory for Sentences, Comprehension, Memory for Digits, Number

Series, Verbal Relations dan Equation Building. Pembahagian ini dilakukan bagi

Page 39: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

23

mendapat pengujian yang tepat bagi mereka yang mengalami pekak, Bahasa Inggeris

yang terhad atau ketidakupayaan berkomunikasi.

Jika melihat pada pembangunan soalan mengikut Stanford-Binet Intelligence

Scales, ia mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya ialah skala ini adalah antara

skala yang terawal dibentuk untuk mengukur kecerdasan IQ seseorang. Namun

terdapat banyak kritikan yang dilemparkan terhadap ujian ini. Mengambil dari laman

web Wikipedia, Stephen Jay Gould dalam bukunya The Mismeasure of Man

menyatakan bahawa ujian ini terlalu memberatkan mengenai mengenalpasti

permasalahan seseorang berbanding mengukur sejauh mana kecerdasan mereka.

Ujian-ujian yang dibangunkan mengikut skala ini masih menitikberatkan ujian

berdasarkan pencapaian berbanding pengukuran terhadap kecerdasan.

2.4.2 Wechsler Adult Intelligence Scale

Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) adalah satu ujian kecerdasan yang

diperkenalkan oleh David Wechsler dan diterbitkan pada pertama kali pada Februari

1955. Ujian ini adalah berdasarkan pendapat Wechsler tentang kecerdasan yang

dipetik oleh Sternberg (1990) sebagai:

“the overall capacity of an individual to understand and cope with the

world around him”.

WAIS dibentuk melalui empat indeks skor yang utama iaitu Verbal

Comprehension Index (VCI), Perceptual Organization Index (POI), Working

Memory Index (WMI) dan Processing Speed Index (PSI). Bagi edisi ketiga (WAIS-

III), ia menyediakan skor bagi Verbal IQ dan Performance IQ disamping empat

elemen utama di atas. (McGrew & Flanagan, 1998). Bagi menguji Verbal IQ, ia

terdiri dari dua elemen iaitu VCI dan POI serta diuji melalui tujuh ujian iaitu

Vocabulary, Similarities, Information dan Comprehension bagi VCI dan Arithmetic,

Page 40: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

24

Digit Span dan Letter-Number Sequencing bagi POI. Bagi Performance IQ pula,

elemen yang membentuk ujian ini adalah WMI dan PSI serta diuji melalui tiga ujian

bagi WMI iaitu Block Design, Matrix Reasoning dan Picture Completion serta dua

ujian bagi PSI iaitu Digit Symbol-Coding dan Symbol Search.

Rajah 2.2: Carta pecahan item bagi WAIS-III

WAIS ini lebih menitikberatkan pengujian terhadap kecerdasan individu yang

telah dewasa berbanding dengan kanak-kanak. Sesuai dengan namanya, pengujian

terhadap kanak-kanak turut ditekankan namun dibentuk dalam skala yang lain yang

diberi nama Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC). Menurut Wikipedia,

para pakar psikiatrik turut menggunakan kaedah pengujian ini dalam mengukur tahap

kerosakan pada otak pesakit. Ini membantu mereka mengesan bahagian yang

bermasalah pada otak seseorang pesakit. Berlanjutan terhadap perkara ini, Harcourt

membangunkan sebuah ujian berdasarkan WAIS iaitu Wechsler Adult Intelligence

Scale-Revised as a Neuropsychological Instrument (WAIS-R NI) bagi membantu

para psikiatrik ini kerana WAIS lazimnya digunakan kepada mereka yang normal

dan tidak mempunyai kecederaan pada otak.

Page 41: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

25

2.4.3 Wechsler Intelligence Scale for Children

Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC) adalah satu lagi ujian

kecerdasan yang diperkenalkan oleh David Weschler pada tahun 1974. Ia adalah

ujian kecerdasan yang disediakan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun. Ia

dilihat sebagai WAIS bagi kanak-kanak kerana mempunyai cara pengukuran yang

hampir sama dengan WAIS.

Edisi ketiga bagi WISC (WISC-III) dibentuk melalui empat indeks skor yang

sama dengan WAIS-III iaitu Verbal Comprehension Index (VCI), Perceptual

Organization Index (POI), Working Memory Index (WMI) (juga dikenali sebagai

Freedom from Distractibility) dan Processing Speed Index (PSI). Pecahan uiian

ataupun sub-ujian juga sama seperti WAIS-III namun hanya dibezakan dengan

bentuk soalan yang lebih cenderung kepada keupayaan kanak-kanak. Sedikit

perbezaan adalah WISC-III tidak meletakkan Letter-Number Sequencing sebagai

sub-ujian tetapi menggantikan dengan Mazes yang diberi secara pilihan tetapi jarang

digunakan sebagai sub-ujian.

Berbanding WAIS yang lebih menekankan terhadap pengukuran kecerdasan

seseorang individu dewasa, WISC-III pula mengambil sub-ujian yang sama tetapi

disesuaikan dengan tahap bagi kanak-kanak berumur 6-16 tahun. Ia bukan sahaja

digunakan bagi mengukur kecerdasan tetapi turut membantu dari segi klinikal. Jika

WAIS digunakan bagi mengesan kecederaan pada otak seseorang, WISC-III pula

lebih kepada membantu dalam mengesan permasalahan pembelajaran bagi seseorang

kanak-kanak. Tahap ujian yang sesuai selain sub-ujian yang membantu para pengajar

membolehkan WISC-III dijadikan instrumen dalam mengatasi masalah ini.

2.4.4 Multiple Intelligence

Page 42: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

26

Teori Multiple Intelligence mula diperkenalkan oleh Howard Gardner pada

1983. Teori ini dicadangkan oleh Gardner bagi membolehkan konsep kecerdikan itu

didefinisikan secara tepat berbanding pengukuran yang terdapat pada masa itu hanya

untuk mengukur kecerdikan seseorang itu berdasarkan ujian yang berkonsepkan

saintifik. Bagi Gardner, seseorang kanak-kanak yang menguasai matematik tidak

semestinya lebih cerdik berbanding kanak-kanak lain. Mungkin seseorang kanak-

kanak itu mampu menguasainya sekiranya mereka diajar mengikut kaedah dan

pendekatan yang lain. Ini mampu menyumbang kepada kecerdikan terhadap

bahagian kecerdikan yang lain. Ternyata konsep yang dinyatakan oleh Gardner ini

bertentangan dengan teori kecerdasan yang telah dibangunkan kerana ia melihat

kepada pelbagai ruang kebolehan yang terdapat pada seseorang.

Teori Multiple Intelligence ini merangkumi beberapa kategori mengikut

keupayaan individu. Lapan kategori kecerdasan yang dicadangkan oleh Gardner

adalah Bodily-kinesthetic, Intepersonal, Verbal-linguistic, Logical-mathematical,

Naturalistic, Intrapersonal, Visual-spatial dan Musical. Bagi Bodily-kinesthetic,

individu yang mempunyai kebolehan ini selalunya mampu mempelajari sesuatu yang

dilakukan secara aktiviti fizikal. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti fizikal dan

mempelajari melaluinya berbanding dengan pembelajaran melalui pembacaan atau

pendengaran. Kategori Interpersonal pula melibatkan perhubungan interaksi individu

itu dengan seseorang. Selalunya, individu yang mempunyai kebolehan ini mampu

bekerja dan belajar di dalam satu kumpulan. Mereka gemar melakukan kerja sebagai

satu kumpulan dan berkebolehan berbincang dan berdebat dengan ahli kumpulan

yang lain.

Individu yang mempunyai kebolehan Verbal-linguistic pula berupaya

bercakap di khalayak ramai dan berkata-kata selain mempunyai kelebihan dalam

penulisan. Mereka selalunya bijak bermain dengan ayat dan bagus dalam pembacaan,

penulisan, bercerita dan mengingati fakta-fakta berserta dengan tarikh. Bagi Logical-

mathematical, individu ini berkebolehan dalam perkara-perkara yang berkaitan

matematik seperti penaakulan, logik dan nombor-nombor. Individu ini memenuhi

konsep tradisional tentang IQ. Naturalistic pula lebih gemar mengaitkan sesuatu

Page 43: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

27

dengan alam semulajadi. Intrapersonal pula mampu bermain dengan emosi dan suka

bekerja secara bersendirian. Visual-spatial pula lebih berkaitan dengan individu yang

bagus berkenaan pengvisualan dan gemar memerhati. Bagi Musical pula, individu ini

mampu mempelajari sesuatu berkenaan dengan ritma, muzik dan pendengaran.

2.4.5 Emotional Quotient

Emotional Quotient (EQ) adalah satu kebolehan yang mana membantu untuk

mengenalpasti dan memahami perasaan seseorang (Endang et. al., 2009). EQ juga

sering dirujuk sebagai Emotional Intelligence. Konsep EQ adalah meluas dan melihat

sejauh mana perasaan seseorang itu mampu berinteraksi dengan IQnya.

Istilah Emotional Intelligence itu sendiri sudah lama digunakan tetapi hanya

diperkenalkan melalui tesis kedoktoran oleh Wayne Payne yang bertajuk A Study of

Emotion: Developing Emotional Intelligence pada 1985 (Wikipedia, 2009). Namun

merujuk kepada Endang et. al. (2009), istilah Emotional Intelligence itu hanya mula

diperkenalkan pada 1990 oleh Peter Salovey dan John Mayer. 5 tahun kemudian,

Daniel Goleman mempopularkan istilah ini melalui bukunya yang cukup terkenal

iaitu Emotional Intelligence. Teori Multiple Intelligence yang diperkenalkan oleh

Howard Gardner sendiri pun dikatakan mempunyai kaitan dengan EQ. Ini kerana

kebolehan Intrapersonal dan Interpersonal itu berkait rapat dengan hubungan antara

perasaan individu terhadap diri sendiri dan orang lain.

Goleman juga dalam bukunya menyenaraikan 5 elemen yang mampu

membentuk EQ iaitu kesedaran terhadap diri sendiri (Self-Awareness), kawalan

terhadap diri sendiri (Self-Control), motivasi (Motivation), Empati (Empathy) dan

kemahiran sosial (Social Skills) (Endang et. al.,2009). Self-awareness merujuk

kepada kebolehan seseorang membaca emosi dan mengenalpasti kesannya apabila

sesuatu perkara itu dilakukan. Self-control pula membantu seseorang dalam

mengawal emosi dan mampu membantu dalam menyesuaikan diri pada persekitaran

Page 44: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

28

yang baru. Motivation pula merujuk kepada kebolehan seseorang itu dalam

membantu dirinya untuk mencapai sesuatu kejayaan. Empathy pula diperlukan bagi

membantu seseorang dalam menguasai suatu keadaan sambil mengambil berat

mengenai perasaan orang lain. Social skills pula adalah kebolehan seseorang itu

dalam menguruskan perhubungannya dengan orang lain. Berbanding dengan IQ, EQ

dilihat sebagai kecerdasan seseorang itu dalam mengendalikan emosinya melalui

pelbagai persekitaran dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

2.4.6 Spiritual Quotient

Spiritual Quotient (SQ) adalah sebuah bentuk kecerdasan yang berkaitan

dengan kerohanian dan berkaitan dengan IQ dan juga EQ. Merujuk kepada Endang

et. al. (2009), Zohar dan Marshall (2000) mentakrifkan Spiritual Intelligence sebagai

“an intelligence which encounter question of meanings or „values‟

whereby the intelligence places our characters and life in a broader

and richer context of meanings as well as the intelligence to evaluate a

person‟s action or way of life which is more meaningful compared to

others.”

Menurut Madhu dan Prema (2006), Zohar dan Marshall inilah yang telah

memperkenalkan istilah Spiritual Intelligence pada 2000 yang dibentuk dari

perkataan Latin iaitu „Wind and Breath‟. Ia ditafsirkan begitu kerana angin meniup

melalui kita yang menjadi prinsip untuk kita terus hidup. Zohar dan Marshall juga

memperkenalkan 12 prinsip dalam SQ iaitu Self-Awareness, Spontaneity, Being

Vision-and Value-Led, Holism, Compassion, Celebration of Diversity, Field

Independence, Humility, Tendency to Ask Fundamental "Why?" Questions, Ability to

Reframe, Positive Use of Adversity dan Sense of Vocation.

Page 45: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

29

Pendapat-pendapat lain turut diambil kira dalam mentakrifkan maksud SQ

yang sebenar. Antaranya adalah daripada Endang et. al. (2009), Augustin (2007)

menyatakan SQ berkait rapat dengan Tuhan atau agama. Tischler et. al. (2002) pula

menyatakan SQ merujuk kepada pengalaman peribadi seseorang yang berhubungan

terus dengan Tuhan ataupun sesuatu yang luarbiasa atau sesuatu yang suci. Di dalam

Islam, SQ itu dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai kekuatan dalaman dan

penting untuk mempunyai hati yang bersih. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah

dalam hadisnya yang menekankan hati itu adalah organ yang cukup penting dalam

menentukan sifat seseorang. Jika baik hati itu, maka seluruh tubuh badan akan baik

tetapi jika hati itu sebaliknya, maka seluruh tubuh badan akan binasa. Oleh itu, SQ

mampu dilihat sebagai satu panduan dalam menentukan hidup sama ada berjaya

ataupun tidak. Ini kerana tindakan seseorang itu dikawal oleh hatinya untuk

melakukan sesuatu yang baik ataupun buruk.

2.5 Model Reka Bentuk Sistem

Terdapat pelbagai model reka bentuk yang dibangunkan dalam membantu

pengajaran berjalan dengan lancar. Dalam membina satu sistem atau bahan bantu

mengajar yang baik, reka bentuk tersebut perlulah mengikut model yang sesuai

mengikut suasana persekitaran, produk untuk digunakan ataupun sistem yang besar

dan rumit bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Secara keseluruhannya model-

model bagi pembangunan sistem saling berkaitan tetapi mempunyai dari segi

susunan fasa yang perlu dilalui. Antara model yang boleh diterapkan adalah model

ASSURE, Rapid Prototyping dan Waterfall.

Page 46: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

30

2.5.1 Model ASSURE

Model ASSURE adalah model yang lebih berorientasikan persekitaran. Jika

diterapkan dalam pembelajaran, suasana kelas perlu diambil kira. Berdasarkan

Baharuddin et. al. (2002), merujuk kepada Heinich et. al (1996), model ASSURE

adalah kependekan bagi elemen yang perlu dilalui bagi mencapai matlamat. Elemen

yang pertama adalah menganalisa pengguna (Analyze Learners). Bagi

membangunkan sesuatu sistem, pembangun perlulah menganalisis pengguna yang

akan menggunakan perisian itu terlebih dahulu. Ia diikuti dengan elemen menyatakan

objektif (State Objectives). Objektif haruslah dinyatakan dengan tepat dan jelas agar

pengguna mampu menggunakan sistem dengan mudah. Seterusnya, bagi elemen

memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media and Materials) pula,

pembangun haruslah menilai kaedah yang terbaik dalam menyampaikan maklumat

selain memilih media dan bahan yang sesuai untuk mencapai objektif.

Elemen yang berikutnya adalah menggunakan media dan bahan (Utilize

Media and Materials). Setelah memilih media dan bahan yang sesuai, pembangun

perlulah membangunkan sistem selaras dengan media dan bahan yang dipilih sama

ada dalam bentuk teks, audio, video atau lain-lain. Selepas itu, elemen yang

diperlukan adalah penglibatan pelajar atau pengguna dalam pembelajaran atau sistem

yang dibangunkan (Require Learner Participation). Ini adalah antara elemen yang

sangat ditekankan kerana penghasilan sesuatu sistem itu akan berjaya sekiranya

berjaya menarik perhatian pengguna untuk menggunakannya. Elemen yang terakhir

adalah menilai dan mengubah suai (Evaluate and Revise). Setelah maklum balas

diterima, pembangun perlu menilai semula sistem yang dibangunkan bagi memenuhi

keperluan pengguna dan mampu mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 47: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

31

2.5.2 Model Waterfall

Model Waterfall adalah satu lagi model yang boleh digunakan dalam

membangunkan sesebuah sistem. Ia adalah satu model yang lebih berorientasikan

teknologi. Ia bermula dengan fasa analisis, reka bentuk, implementasi,

pembangunan, pengujian dan seterusnya penyelenggaraan. Ia diperkenalkan oleh

Winston R. Royce pada 1970. Fasa analisis merangkumi analisis berkaitan

keseluruhan masalah yang menyumbang kepada pembangunan sesebuah sistem itu.

Selain itu, analisis juga perlu bagi menilai sama ada penyelesaian adalah

menjimatkan dari segi kos dan praktikal dari segi teknologi (Baharuddin et. al.,

2002). Menurut Baharuddin et. al. (2002) juga, fasa yang seterusnya iaitu fasa reka

bentuk akan menghasilkan suatu perisian atau teknologi yang memenuhi keperluan.

Di sinilah sistem akan dibahagikan mengikut fungsi dan tugas akan dipecahkan.

Seterusnya, bagi fasa implementasi dan pembangunan akan melibatkan pengkodan

dan sistem mula dihasilkan. Setelah sistem hampir untuk disiapkan, fasa pengujian

akan dilakukan bagi memastikan setiap fungsi berjalan dengan baik. Fasa

penyelenggaraan pula akan melibatkan aktiviti pembaikpulih pada setiap fungsi

sekiranya terdapat masalah yang berlaku.

2.5.3 Model Rapid Protoyping

Model Rapid Prototyping adalah sebuah model yang telah diubahsuai

daripada model Waterfall. Ini dilakukan kerana model Waterfall dikatakan kurang

berkesan dalam membangunkan sesebuah sistem. Model Waterfall adalah baik jika

proses pengkomputeran jelas dan teratur.

Seperti model Waterfall, pembangunan berasaskan model Rapid Prototyping

perlu melalui fasa-fasa seperti analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian. Sedikit perbezaan yang terdapat di antara model ini dengan model

Page 48: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

32

Waterfall adalah di mana model Waterfall hanya melibatkan sedikit maklum balas

daripada pengguna pada satu atau dua peringkat namun model Rapid Prototyping

melibatkan maklum balas secara berulangan pada setiap peringkat (Baharuddin et.

al., 2002). Ini kerana pemprototaipan adalah lebih sukar berbanding dengan

penghasilan perisian yang telah sedia ada. Model ini amat digalakkan untuk

digunakan namun sekiranya pembangun dapat mengenalpasti masalah yang bakal

berlaku dan mampu mengurangkan ralat, model ini bukanlah menjadi pilihan.

2.6 Sistem Pangkalan Data

Sistem pengurusan maklumat memainkan peranan penting dalam memastikan

pengurusan sesebuah sekolah itu berkualiti dan diuruskan secara terancang dan

tersusun. Ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan samada dari segi

pentadbiran ataupun pendidikan adalah yang terbaik. Seperti yang diketahui, sistem

pendidikan adalah sangat penting dalam membangunkan modal insan yang cekap

dan berkualiti demi pembangunan negara pada masa hadapan.

Bagi menggantikan sistem tradisional yang bertunjangkan fail dan kertas,

sistem pengurusan maklumat berasaskan komputer (CBIS) digunakan bagi

memastikan pengurusan lebih sistematik dan terancang. Terdiri dari perkakasan dan

perisian (hardware and software) yang khusus, ia mampu membantu para guru dan

pentadbir dalam menyimpan, mencapai semula, memproses dan memindahkan data.

Menurut Rahmad & Subhi (2001), penggunaan sistem pengurusan maklumat

berasaskan komputer dapat membantu sekolah dalam membuat keputusan khususnya

pihak pengurusan sekolah yang terdiri dari pengetua, guru besar dan guru penolong

kanan sekolah. Dalam menguruskan pelbagai perkara seperti menetapkan tugasan

kakitangan, kenaikan pangkat dan sebagainya, mereka dapat membuat keputusan

dengan mudah berdasarkan data yang telah diproses dan dianalisis melalui komputer.

Page 49: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

33

Sistem pangkalan data merupakan komponen utama di dalam sebarang

sistem maklumat. Menurut Jamalludin & Zaidatun (2001),

“Pangkalan data dianggap sebagai satu set fail yang berkait secara

logik, disusun untuk memudahkan proses capaian dan meminimumkan

limpahan data. Ia juga merujuk kepada sekumpulan data yang

berkaitan kepada objek atau peristiwa tertentu”

Saadiah (2000) pula menyatakan

“Pangkalan data merupakan sekumpulan data yang disimpan dalam

format yang piawai, direka bentuk supaya dapat dikongsi oleh

beberapa pengguna”.

Apabila jumlah sesuatu fail atau rekod pelajar semakin banyak, proses penyusunan

dan juga penyimpanan semakin sukar untuk dikendalikan dan ini menyebabkan

perisian-perisian sistem pengurusan pangkalan data mula dihasilkan bagi membantu

dalam proses pengendalian data-data di sekolah. Antara contoh sistem yang

berasaskan pangkalan data adalah Sistem Maklumat Pelajar (SIS) (Fakhrul Anuar et.

al., 2002) yang menyimpan maklumat pelajar dari segi butiran peribadi, kegiatan ko-

kurikulum dan disiplin bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok

(SMKBBS), Kedah. Sistem pangkalan data kini juga semakin diminati ramai pihak

berbanding sistem tradisional. Ini dinyatakan oleh Jamalludin & Zaidatun (2001)

disebabkan ia boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna

seperti dalam susunan abjad atau dari segi kriteria yang lain. Selain itu, ia boleh

menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna misalnya dari susunan abjad

ataupun kriteria lain seperti tempat, tarikh lahir dan sebagainya. Data ini boleh di

lihat pada skrin komputer ataupun dicetak pada helaian kertas. Kedua-dua perkara ini

boleh dilakukan dengan pantas dan tepat. Seterusnya, ia boleh dikemaskini dengan

mudah dan boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interktiviti yang

tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi penggunaan CD-ROM,

internet dan sebagainya.

Page 50: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

34

Secara tradisional, sistem penyimpanan data dibuat secara konsep Sistem Fail

Tradisional (SFT) iaitu data disimpan di dalam fail berasingan dan disimpan di atas

pita magnetik atau disket. Bagi mendapatkan sesuatu output, setiap aplikasi perlu

ditulis. Ia mempunyai beberapa kelemahan dari segi pengurusan fail seperti:

i. Data Lewahan

Fail-fail yang mempunyai data yang sama disimpan di pelbagai tempat

menyebabkan penggunaan ruang storan yang banyak, peningkatan kos dan tenaga

manusia.

ii. Pemisahan Data

Setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain. Proses

mengemaskini tidak dapat dilaksanakan pada masa yang sama. Ini menyebabkan

data yang disimpan tidak selaras di semua tempat.

iii. Format Fail yang Berbeza

Ini kerana struktur fail dan aturcara aplikasi yang berbeza maka fail-fail tidak

boleh digabungkan atau dibandingkan dengan mudah.

2.6.1 Perisian Pangkalan Data

Microsoft Access merupakan satu perisian yang menggunakan fungsi RDMS

(Relational Database Management System) yang berasaskan Windows dan seperti

perisian lain ia juga mengandungi jadual, queries, borang, laporan dan modul iaitu

kod-kod pengaturcaraan. Pangkalan data dapat dibina dengan membuat rangkaian

antara jadual-jadual yang dikehendaki terlebih dahulu. Melalui pangkalan data yang

dibina dalam perisian Microsoft Access ini, data-data dapat disimpan dengan lebih

Page 51: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

35

tersusun dan sistematik. Data-data juga dapat dikemaskinikan dengan mudah seperti

memasukkan data baru, memadam data sedia ada serta mengemaskini data seperti

yang dikehendaki. Dengan menetapkan parameter-parameter tertentu, ia akan

memaparkan data-data yang dikehendaki sahaja.

Perkara penting yang terkandung di dalam antaramuka perisian ini ialah

objek data di mana terletak segala pilihan aktiviti yang yang hendak dilakukan.

Aktiviti yang dimaksudkan adalah memasukkan data, mengolah atau menyaring data,

serta membangunkan pengaturcaraan. Data objek tersebut adalah:

i. Jadual (tables)

Jadual digunakan bagi menyimpan maklumat dan data bagi sesebuah sistem

pangkalan data. Seseorang pengguna boleh memapar, meminda ataupun

memasukkan data menerusi penggunaan table.

ii. Borang (forms)

Form atau borang merujuk kepada tetingkap yang digunakan bagi memapar

serta memasukkan sesuatu data ke dalam sebuah atau lebih table. Penggunaan form

menjadikan operasi memaparkan data, memasukkan data ataupun meminda data

menjadi mudah dan lebih mesra pengguna. Ini adalah kerana form biasanya akan

memaparkan semua maklumat bagi sesebuah rekod dalam satu halaman yang sama.

iii. Laporan (reports)

Reports atau laporan merujuk kepada maklumat daripada table atau query

yang disusun dalam format yang tertentu khususnya bagi tujuan cetakan. Ianya juga

boleh memasukkan elemen-elemen ungkapan aritmetik, jumlah rekod, label, carta

dan sebagainya.

Page 52: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

36

iv. Makro (macros)

Makro menyimpan koleksi arahan bagi satu atau lebih operasi kerja yang

ingin dilaksanakan oleh Microsoft Access secara automatik berdasarkan peristiwa

atau keadaan yang tertentu.

v. Modul (modules)

Modul merupakan objek yang mengandungi prosedur atau kod aturcara yang

dihasilkan menerusi penggunaan perisian Visual Basic. Ia akan meningkatkan lagi

fungsi serta keupayaan perisian Microsoft Access.

vi. Muka surat (pages)

Pages atau Data Access Pages merupakan satu kemudahan bagi membina

satu sistem yang membolehkan seseorang pengguna mempersembahkan data,

memasukkan data ataupun meminda data menerusi kemudahan internet.

vii. Queries

Queries membolehkan seseorang pengguna mempersembahkan sesuatu

maklumat dalam bentuk yang lebih bermakna. Ianya akan mencapai rekod-rokod

yang tertentu berdasarkan keperluan untuk dipersembahkan. Ia juga boleh digunakan

bagi menggabungkan lebih dari satu jadual (tables) bagi membentuk satu

perhubungan data yang diperlukan.

2.7 Penutup

Secara keseluruhannya, kesemua aspek yang ditekankan adalah elemen

penting dalam membangunkan STAR. Bermula dari sistem pengurusan sekolah

Page 53: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

37

sehinggalah kepada teori yang diperlukan bagi mengukur kecerdasan selain sistem

pengurusan yang berasaskan komputer. Penentuan aliran yang tepat sangat penting

dalam menjamin masa hadapan seseorang individu. Kecenderungan seseorang itu

tidak hanya implikasi dari pencapaian akademik, tetapi aspek kecerdasan dan

personaliti juga perlu di ambil kira bagi menjamin mutu modal insan yang bakal

dilahirkan. Bab seterusnya akan membincangkan lebih lanjut langkah atau

metodologi yang diambil dan digunakan dalam membangunkan STAR ini.

Page 54: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

38

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi atau kaedah dan rekabentuk

yang digunakan dalam membangunkan STAR. Selain itu, turut juga diterangkan

mengenai model dan kaedah yang digunakan dalam membangunkan soalan berkaitan

ujian kecerdasan yang akan dibangunkan di dalam sistem. Semua aspek seperti

rekabentuk dan struktur sistem perlulah diambil kira bagi memudahkan pelajar dan

guru mengakses sistem ini mengikut tahap kefahaman mereka disamping

meminimumkan ralat teknikal daripada berlaku. Penyusunan soalan dan arahan yang

diberikan mestilah tersusun dan mudah difahami dalam memastikan sistem ini dapat

mempraktikkan konsep mesra pengguna. Perancangan rapi perlu dilakukan agar

sistem dapat memenuhi spesifikasi yang bersesuaian dengan akses pengguna.

Page 55: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

39

3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem

Dalam melaksanakan satu sistem yang sempurna, ia perlu bermula dengan

penentuan model yang akan digunakan bagi mereka bentuk sistem tersebut.

Jamalludin et. al. (2001) menyatakan model reka bentuk instruksi bersistem

(instruction design model) menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat membantu

seorang pengaturcara dalam melaksanakan tugas bagi merekabentuk sistem yang

akan dibangunkan dengan lebih sistematik. Model yang digunakan dapat membantu

pembangun memahami struktur sistem yang akan dibangunkan selain dapat

merancang dengan lebih tepat pendekatan yang akan digunakan. Ia juga menentukan

masa yang akan digunakan oleh pembangun dalam memastikan sistem yang

dibangunkan berfungsi dengan baik.

Terdapat pelbagai model reka bentuk yang boleh digunakan dalam

membangunkan sesebuah sistem. Antara yang terkenal adalah model Waterfall yang

dibina oleh Winston R. Royce, ADDIE oleh Rosett, ASSURE oleh Robert Heinich

et. al., Rapid Prototyping yang dibina oleh Tripp dan Bichelmeyer dan banyak lagi.

Pembangun memilih untuk menggunakan model Waterfall yang dibina oleh Winston

R. Royce kerana strukturnya yang jelas pada setiap tahap. Gambarajah di bawah

menunjukkan susunan bagi model Waterfall:

Rajah 3.1: Model Waterfall

Analisis

Rekabentuk

Implementasi

Pengujian

Penyelenggaraan

Page 56: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

40

3.2.1 Model Waterfall

Secara umumnya, pembangunan sebuah sistem memerlukan beberapa fasa

asas bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi yang

ditetapkan. Menurut Y.G Tan (2003), proses membangunkan satu perisian terutama

sekali jika menggunakan aplikasi web perlulah melalui fasa perancangan di mana

idea dinilai dan dibangunkan kepada sebuah projek. Seterusnya, memasuki fasa

rekabentuk dengan mereka bentuk perisian tersebut dan beberapa pengujian

dilakukan. Fasa terakhir yang perlu dilalui adalah fasa pelaksanaan di mana perisian

dibina, diuji untuk kali terakhir, dilancarkan dan diselenggara. Jika dilihat pada fasa-

fasa yang disebut sebelum ini, ia menghampiri fasa yang dibentuk daripada model

Waterfall.

Pembangunan telah dipermudahkan oleh pemprograman menggunakan

bahasa generasi keempat (4GL) dan alat penggubahan. Bahasa peringkat tinggi ini

lebih berorientasikan pengguna. 4GL juga dipanggil bahasa tak berprosedur kerana

pengaturcara boleh menulis aturcara lengkap yang hanya perlu memberitahu

komputer apa yang hendak dilakukan sahaja dan tidak perlu menyatakan semua

prosedur bagi melakukannya. Spesifikasi keperluan diperhalusi dan memerlukan

bahagian analisis dan reka bentuk. Perisian dibangunkan daripada asal dengan

kaedah pemprograman.

Proses reka bentuk pembangunan STAR berasaskan model Waterfall ini

bermula dengan fasa analisis di mana pembangun perlulah membuat penilaian

terhadap pengguna sistem dan turut membuat analisis terhadap keperluan pengguna

iaitu soalan kecerdasan yang akan dibangunkan di mana ia perlulah bersesuaian

dengan tahap kemampuan pengguna iaitu pelajar yang ingin memasuki tingkatan 4.

Objektif sistem itu sendiri turut dinilai pada fasa ini juga. Pembangun juga

menitikberatkan mengenai spesifikasi yang akan digunakan dalam membangunkan

sistem. Ini termasuklah perisian-perisian yang akan digunakan. Seterusnya,

memasuki fasa reka bentuk, sistem yang dibangunkan haruslah direka bentuk secara

Page 57: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

41

kemas dan teliti di samping menampilkan reka bentuk yang menarik dan mesra

pengguna. Bagi fasa pembangunan pula, pembangun akan menggunakan perisian

yang ditetapkan untuk membangunkan sistem tersebut. Fasa pengujian pula

dilakukan dari semasa ke semasa memandangkan terdapat ralat sintaks (syntax

error) dan ralat logik (logic error) yang perlu dibetulkan dalam pembangunan

sesebuah sistem maklumat pengurusan. Bagi fasa penyelenggaraan pula, ia dilakukan

setelah sistem siap dibangunkan dan diterbitkan. Ini dilakukan bagi memastikan

sistem yang dibangunkan sentiasa di dalam keadaan yang baik dan terkini selepas

dilaksanakan.

3.2.1.1 Fasa Analisis

3.2.1.1.1 Analisis Pembangunan Sistem

Sebelum membangunkan suatu sistem atau perisian, pembangun perlulah

mengenalpasti atau mengkaji masalah-masalah yang akan berlaku sekiranya sistem

dilaksanakan kelak. Analisis ini memberikan gambaran masalah yang melibatkan

fungsi perisian, dokumentasi yang diperlukan dan keperluan performans seperti masa

maklum balas. Ia juga melibatkan persekitaran penggunaan perisian itu dari segi

perkakasan, perisian, organisasi dan pengguna. (Baharuddin et. al., 2002). Dalam

konteks pembangunan STAR, analisis dilakukan terhadap masalah pembahagian

aliran yang berlaku di sekolah sekarang. Adakalanya, pembahagian aliran yang

dilakukan adalah hanya berdasarkan pencapaian akademik seseorang pelajar sahaja

tanpa melihat kepada potensi mereka dari segi kecerdasan (IQ) dan personaliti

mereka. Selain itu, penggunaan aplikasi web dalam melaksanakan ujian ini adalah

berdasarkan perkembangan terkini yang lebih terarah kepada penggunaan sistem

maklumat yang berasaskan komputer. Ini dapat memudahkan guru dan pentadbir

bagi melakukan akses terhadap maklumat yang diterima. Disamping itu, sistem

berasaskan web dapat menjamin keselamatan data yang lebih selamat daripada

sebarang masalah terutamanya faktor alam dan faktor manusia.

Page 58: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

42

Pembangun mengambil kira beberapa keperluan sebelum membangunkan

sistem ini. Antara yang dititikberatkan adalah kemudahan bagi login pelajar dan guru

yang berbeza. Ini bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan antara guru dan pelajar

yang mengakses sistem. Pelajar hanya dibenarkan menjawab soalan pada ujian dan

keputusan yang keluar juga adalah dalam bentuk terhad. Manakala guru pula dapat

mengakses segala maklumat yang telah diperoleh hasil dari keputusan ujian yang

telah dijawab oleh pelajar. Dengan ini, maklumat yang diterima oleh guru dapat

disimpan bagi memudahkan pembahagian kelas dilakukan.

Di dalam fasa analisis ini juga pembangun mengenalpasti perisian dan sistem

pengurusan pangkalan data (DBMS) yang bakal digunakan bagi membangunkan

sistem. Perisian web editor seperti Microsoft Front Page dan Adobe Dreamweaver

yang digunakan dalam pembangunan sistem ini, dipilih berdasarkan populariti,

keupayaan serta fungsi-fungsinya yang mesra pengguna. Di samping itu, pembangun

memilih untuk menggunakan DBMS, MySQL yang mudah dan sesuai dengan

platform PHP. Ini dibuat berdasarkan kepakaran yang ada pada pembangun dalam

memastikan sistem dalam keadaan yang terbaik. Selain itu, pembangun juga

menganalisis web hosting yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik apabila

sistem telah dimuat naik ke server.

Analisis juga dilakukan terhadap model reka bentuk yang akan digunakan

dalam pembangunan sistem. Pemilihan model reka bentuk yang betul dapat

membimbing pembangun dalam membangunkan sistem mengikut spesifikasi yang

dikehendaki dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, pembangun

memilih untuk menggunakan model Waterfall yang dapat memberikan gambaran dan

struktur yang jelas dalam membangunkan sesebuah sistem.

3.2.1.1.2 Analisis Soalan Kecerdasan

Sebelum penentuan ujian dan soalan dilakukan, pembangun meneliti

beberapa aspek dalam menyediakan ujian yang sesuai. Antaranya adalah kumpulan

sasaran pengguna, bahasa yang digunakan dan aliran-aliran yang terdapat di sekolah

Page 59: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

43

di Malaysia. Bagi kumpulan sasaran untuk sistem ini adalah pelajar tingkatan empat

yang telah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun

sebelumnya. Ini kerana sistem ini sendiri sesuai dengan penentuan aliran yang

selalunya dilakukan pada tingkatan empat berdasarkan keputusan PMR. Selain itu,

pembangun turut mengenalpasti bahasa yang digunakan. Setelah berbincang,

akhirnya pembangun mengambil keputusan untuk membangunkan di dalam Bahasa

Melayu. Ini sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin memartabatkan kembali

Bahasa Melayu selain memberi kemudahan kepada pelajar luar Bandar yang tidak

begitu biasa dengan Bahasa Inggeris. Seterusnya, pembangun meneliti aliran yang

terdapat di sekolah di Malaysia dan mendapati terdapat empat aliran yang utama iaitu

aliran sastera, sains, teknikal dan agama. Perkara ini telah dibincangkan dengan

lanjut pada bab sebelumnya.

Bagi pembangunan ujian dan soalan kecerdasan (IQ), pembangun telah

meneliti beberapa jenis ujian kecerdasan seperti Stanford-Binet Intelligence Scales:

Fourth Edition (SB:IV), Weschler Adult Intelligence Scale – Third Edition (WAIS-

III) dan Wechsler Intelligence Scale for Children – Third Edition (WISC-III). Setelah

membuat penelitian, pembangun memilih untuk membangunkan soalan berdasarkan

Wechsler Intelligence Scale for Children – Third Edition (WISC-III). Ini kerana

faktor umur dan kesesuaian soalan bagi ujian tersebut.

3.2.1.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.1.2.1 Reka Bentuk Pembangunan Sistem

Proses mereka bentuk sesuatu laman web boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian utama iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk

antaramuka. Setiap proses dalam reka bentuk ini saling diperlukan bagi

menghasilkan laman web yang menepati ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan

(Jamalludin dan Zaidatun, 2007). Pernyataan di atas menunjukkan ketiga-tiga ciri itu

Page 60: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

44

mesti disertakan sekali sekiranya ingin membangunkan suatu laman web yang

lengkap.

Bagi reka bentuk informasi, elemen utama yang perlu ditekankan adalah

mudah untuk diakses (easy access) dan reka bentuk perlu sesuai dengan isi

kandungan yang ingin disampaikan. Isi kandungan perlulah disusun secara teratur

dan sistematik bagi memudahkan capaian pengguna. Ini disesuaikan dengan

pernyataan Jamalludin dan Zaidatun (2007) yang menyatakan isi kandungan harus

dibahagikan kepada unit-unit kecil dan hieraki digunakan bagi membentuk hubungan

antara unit-unit ini. Dalam membangunkan STAR, pembangun menggunakan

penyusunan secara linear berbanding hierarki. Ini kerana menurut Y.G Tan (2003),

penyusunan linear lebih sesuai untuk membangunkan ujian secara online.

Rajah 3.2 : Penyusunan maklumat secara linear

Pengguna yang terbahagi kepada guru dan pelajar tidak bebas untuk melayari

semua informasi yang disediakan. Pelajar perlu menjawab ujian terlebih dahulu

sebelum dapat melihat paparan keputusan. Guru juga hanya dibenarkan melihat

keputusan keseluruhan setelah pelajar habis menjawab soalan dan mendapat

keputusan. Konsistensi juga merupakan elemen utama yang ditekankan dalam

pembangunan sistem ini. Sekiranya informasi yang dipaparkan di skrin komputer

tidak konsisten dan tidak kemas, ia mungkin menyebabkan pengguna keliru,

keletihan dan menyakitkan penglihatan mereka (Baharuddin et. al., 2002).

Reka bentuk interaksi pula amat penting dalam pembangunan sebuah laman

web. Ini kerana ia bagi memastikan pengguna tidak sesat (lost) dan keliru ketika

melayari laman web itu. Pautan (links) antara helaian (pages) perlulah jelas dan tepat

dalam memudahkan pengguna mengakses maklumat daripada laman web tersebut.

Page 61: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

45

Navigasi bagi laman web seharusnya dapat membantu pengguna memahami di

helaian mana mereka berada, ke mana mereka dihubungkan dan bagaimana mereka

boleh bergerak ke helaian yang lain. Melalui sistem yang ingin dibangunkan ini,

pengguna dihubungkan dengan navigasi yang mudah dan ringkas. Ini kerana bagi

pelajar, mereka hanya dihubungkan dengan helaian bagi log in, soalan ujian dan

keputusan yang mereka peroleh. Mereka hanya dibenarkan menjawab soalan itu

sekali sahaja dan sekiranya mereka sudah menjawab ujian itu, mereka akan terus

dihubungkan pada helaian keputusan. Bagi setiap ujian akademik, kecerdasan dan

personaliti, mereka akan mendapat helaian yang berbeza di mana mereka mesti

menyelesaikan setiap ujian tersebut sebelum beralih kepada ujian yang lain. Bagi

guru pula, mereka akan dihubungkan terus kepada keputusan yang diperoleh oleh

semua pelajar.

Bagi rekabentuk antaramuka pula, ia lebih bersifat ringkas dan menarik. Ini

disebabkan tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk menguruskan maklumat dan

bukan bersifat pembelajaran yang perlu kepada eksplorasi setiap isi kandungan

laman web. Mengambil kira laman web sistem maklumat yang sedia ada seperti e-

banking dan e-commerce, ia hanya menumpukan pada pengurusan maklumat yang

ringkas dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama berbanding laman web

informasi. Aspek yang lebih diutamakan adalah pengurusan maklumat dan

keselamatan maklumat pengguna. Sistem ini juga menggunakan warna yang lembut

seperti biru laut dan putih, banner yang menarik, jenis tulisan (font) Lucida Sans dan

Verdana dengan saiz 9 dan 12 selain penggunaan Java Script dan CSS yang ringkas

bagi mencantikkan lagi antaramuka setiap helaian. Saiz lebar antaramuka pula

ditetapkan pada 900 piksel. Pop up window digunakan bagi menyampaikan beberapa

maklumat yang penting.

3.2.1.2.2 Reka Bentuk Soalan Kecerdasan

Dalam mereka bentuk soalan kecerdasan, pembangun telah menetapkan

untuk mereka bentuk 30 soalan bagi ujian kecerdasan berdasarkan WISC-III.

Page 62: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

46

Pengguna iaitu pelajar akan mengambil masa 2 jam untuk menjawab kesemua

bahagian ujian termasuk bagi ujian akademik dan personaliti.

Soalan pula dibentuk berdasarkan pecahan elemen utama dalam WISC-III.

Pembangun hanya mengambil sub-ujian yang sesuai sahaja tetapi dapat menguji

keempat-empat indeks skor indeks yang utama iaitu Verbal Comprehension Index

(VCI), Perceptual Organization Index (POI), Working Memory Index (WMI) (juga

dikenali sebagai Freedom from Distractibility) dan Processing Speed Index (PSI). Ini

bagi memastikan setiap elemen diuji dan keputusan yang diberikan adalah tepat.

Selain itu, tahap pengukuran yang digunakan juga sesuai bagi pelajar-pelajar kerana

ujian pengukuran mengikut WISC-III adalah untuk kanak-kanak berusia 6-16 tahun.

Sedia maklum bahawa kebanyakan pelajar yang mengambil ujian ini bakal

menganjak ke usia 16 tahun, maka WISC-III amat sesuai digunakan.

3.2.1.3 Fasa Implementasi

Dalam fasa implementasi (juga bermaksud pengkodan), pembangun akan

melibatkan pembinaan perisian yang boleh digunakan (software that works). Ia

dijalankan pada setiap helaian (Baharuddin et. al., 2002). Melalui fasa ini,

pembangun akan mengaplikasi perisian yang telah dipilih untuk membangunkan

sistem. Pengkodan juga dilakukan pada fasa ini dalam memastikan sistem dapat

dijalankan dengan baik dan teratur. Kemahiran pengkodan seperti pemprograman C,

C++, Java Script dan lain-lain diperlukan bagi memenuhi keperluan ini.

Pembangun akan menggunakan Microsoft Front Page dan Adobe

Dreamweaver bagi perisian web editor, mengikut kesesuaian penggunaannya.

Pembangun juga menggunakan platform PHP yang disesuaikan dengan perisian

DBMS iaitu MySQL dalam menguruskan maklumat yang diperoleh nanti. Selain itu,

soalan yang telah direka bentuk akan disatukan (integration) dengan laman web yang

telah dibangunkan. Ini memerlukan pengetahuan berasaskan pengkodan Java Script.

Setiap ujian samada akademik, kecerdasan atau personaliti hanya boleh dijawab

Page 63: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

47

sekali sahaja sebelum beralih kepada ujian yang seterusnya. Setiap antaramuka

helaian yang telah siap direka bentuk juga dihubungkan antara satu sama lain.

3.2.1.4 Fasa Pengujian

Menurut Baharuddin et. al. (2002), pengujian melibatkan beberapa aspek dan

tidak berlaku setelah sistem siap dibangunkan tetapi sepanjang pembangunan.

Kejayaan sesebuah sistem itu bergantung kepada sejauh mana sistem itu berupaya

untuk berfungsi dan dapat memenuhi spesifikasi reka bentuk dan keperluan

pengguna. Pengujian dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang berlaku secara

teknikal atau terdapat sebarang ralat dari segi sintaks atau logik.

Sebuah sistem yang terdiri dari beberapa komponen yang digabungkan perlu

diuji bagi memastikan kelancaran proses pembangunan. Ini bagi memastikan tiada

komponen yang bermasalah yang mampu mengganggu proses pembangunan

keseluruhan sistem. Bagi STAR, setiap komponen bagi modul pelajar dan guru

terdiri dari beberapa fungsi yang kompleks. Setiap fungsi ini akan diuji oleh

pembangun sendiri serta dibantu oleh pensyarah dan rakan-rakan. Bagi

pembangunan sesebuah aplikasi berasaskan web, pengujian dapat dilakukan dengan

melarikan (run) aturcara pada pelayar web (internet browser) seperti Internet

Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome. Dalam konteks pembangunan sistem

ini, pembangun menilai kebolehan sesuatu fungsi dibangunkan menggunakan pelayar

web Internet Explorer.

Pengujian dapat membantu masalah yang berlaku dapat diatasi terlebih

dahulu sebelum digunakan. Sebarang kekurangan dan kesilapan dapat dikesan dan

proses penambahbaikan dapat dilakukan serta merta. Setiap fungsi bagi sistem dapat

berjalan dengan baik bagi memastikan sistem berada dalam keadaan sempurna.

Page 64: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

48

3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran

Fasa penyelenggaraan dilakukan selepas sistem berjaya dibangunkan dan

dimuat naik ke server. Ini bagi memastikan setiap fungsi pada sistem berjalan dengan

baik selepas dibangunkan tanpa sebarang masalah dan ralat. Ia juga bagi memastikan

sistem berada dalam keadaan update. Melalui penilaian ini juga, pembangun dapat

mengenalpasti kesesuaian reka bentuk informasi, interaksi dan antaramuka yang

telah dipilih. Apabila sistem telah berjaya dimuat naik ke komputer pelayan,

pembangun dapat melihat masalah yang mungkin timbul apabila ramai pengguna

cuba mengguna dan mencapai sistem ini pada masa yang sama.

3.2.2 Kelebihan Model Waterfall

Dalam membangunkan sebuah laman web yang ringkas dan bersistem, model

Waterfall mempunyai kelebihannya tersendiri. Menurut sumber dari Wikipedia,

kelebihan yang terdapat pada model ini adalah menjimatkan masa dan tenaga.

McConnell (1996) menyatakan

“a requirements defect that is left undetected until construction or

maintenance will cost 50 to 200 times as much to fix as it would have

cost to fix at requirements time.”

Dengan menggunakan model Waterfall, penekanan akan diberikan pada sesuatu fasa

sebelum beralih ke fasa yang seterusnya. Ini dapat memberikan impak yang besar

sekiranya sesuatu fasa itu dapat diselesaikan. Sekiranya terdapat ketidaksesuaian atau

kekeliruan pada fasa yang tersebut, pembangun haruslah melihat kembali

kekurangan yang terdapat pada fasa sebelumnya. Pembangun haruslah memastikan

proses pada fasa itu sempurna dan berada dalam 100% sebelumberalih kepada fasa

yang seterusnya.

Page 65: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

49

Model Waterfall juga memberi penekanan pada dokumentasi sesuatu proses

samada dari segi dokumentasi keperluan dan juga dokumentasi rekabentuk. Ini

termasuklah pendokumentasian source code bagi sesuatu sistem. Pendokumentasian

ini memberi kelebihan sekiranya berlaku ketidakupayaan seseorang pembangun

dalam membangunkan sesebuah sistem. Sistem itu masih boleh diteruskan oleh

pembangun yang lain ataupun diperbaiki kerana dokumentasi yang dilakukan adalah

lengkap dan mencukupi untuk mereka meneruskan pembangunan itu.

Selain itu, pendekatan yang ringkas dan berdisiplin juga dapat memberikan

gambaran yang jelas tentang sesebuah sistem. Ia mudah difahami kerana pendekatan

yang lebih berstruktur dan bergerak secara linear. Setiap fasa adalah jelas dan mudah

untuk diikuti. Pembangun juga dapat merekabentuk secara sempurna dan tepat dalam

memastikan setiap fasa dipenuhi dengan lancar.

3.2.3 Kelemahan Model Waterfall

Setiap perkara akan disertai dengan beberapa kelemahan di samping

kelebihannya yang tersendiri. Ini kerana ramai beranggapan model ini sukar untuk

dipraktiskan kerana keperluan perlu dipenuhi dengan sempurna pada setiap fasa

sebelum beralih kepada fasa yang seterusnya.

Sebagai contoh, pengguna mungkin tidak mengambil kira keperluan yang

perlu ada sebelum sesuatu pembangunan dilakukan kerana ia dikawal oleh

pembangun. Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dan ingin mengubah keperluan

ketika reka bentuk telah disiapkan, pembangun mungkin perlu kembali ke fasa

analisis keperluan dan perlu mengubah kembali keperluan pada fasa tersebut

sedangkan reka bentuk telah dilakukan. Ini mungkin mengakibatkan peningkatan

dari segi kos dan lain-lain.

Page 66: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

50

Berdasarkan situasi satu kumpulan pembangun yang sedang membangunkan

sistem, individu yang berada pada fasa reka bentuk mungkin tidak mengambil berat

terhadap kesukaran yang bakal dialami oleh individu yang berada pada fasa

implementasi. Sekiranya keperluan yang dikehendaki oleh individu ini tidak

dipenuhi, mereka mungkin terpaksa mengubah kembali apa yang terdapat pada fasa

sebelumnya. Ini mungkin menimbulkan masalah dari segi pendapat seseorang

individu.

3.3 Carta Alir STAR

Carta alir merupakan perwakilan grafik tentang bagaiman sesebuah perisian

itu akan berfungsi (Baharuddin Aris e.t al., 2002), Ia akan menjelaskan sususan skrin

dan fungsi dalam bentuk simbol-simbol piawai yang boleh di fahami secara

menyeluruh. Sistem Ujian Penentuan Aliran dapat di gambarkan dengan carta alir

yang di tunjukkan di bawah.

Page 67: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

51

Rajah 3.3: Carta alir keseluruhan sistem

Mula

Proses log in dan

pengesahan

Paparan Menu

Modul Guru Modul Pelajar

A B

Proses log out

Page 68: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

52

Rajah 3.4: Carta alir modul Guru

A

Paparan

Keputusan Pelajar

Paparan

Maklumat Pelajar

Paparan

Profil

Guru

Kemaskini Profil Guru

Tidak

Ya

Page 69: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

53

Rajah 3.5: Carta alir modul Pelajar

Ujian Akademik

Ujian Kecerdasan

Ujian Personaliti

B

Keputusan

Soalan

Ujian

Ya

Paparan Profil

Pelajar

Page 70: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

54

3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem

Pembangunan STAR ini memerlukan beberapa perisian yang tertentu dan

kombinasinya. Pemilihan perisian yang tepat dapat membantu sistem untuk berfungsi

dengan baik dan sempurna. Berdasarkan objektif yang dinyatakan sejak awal,

beberapa perisian yang sesuai telah dipilih. Antara perisian yang digunakan adalah:

Jadual 3.1: Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam STAR

Bil. Jenis Perisian Nama Perisian

1. Penyunting Web (Web Editor) Microsoft Office Frontpage

2003

Adobe Dreamweaver

2. Pelayan Web (Web Server) XAMPP versi 1.7.1

3. Pelayar Web (Web Browser) Internet Explorer 8

4. Sistem Pengurusan Pangkalan Data

(Database Management System)

MySQL

5. Penyunting Grafik (Graphic Editor) Adobe Photoshop CS2

Microsoft Paint

3.4.1 Penyunting Web (Web Editor)

Dalam membangunkan STAR, pembangun memilih dua jenis penyunting

web yang popular iaitu Microsoft Front Page keluaran Microsoft dan Adobe

Dreamweaver keluaran syarikat Adobe. Menurut Iskandar dan Zaitun (2003),

Microsoft Front Page adalah perisian membina serta menguruskan tapak web, di

samping dapat mengekalkan laman web dengan susun atur yang rumit. Ia

mempunyai kebolehan untuk mengimport teks dari Microsoft Word dan jadual dari

Page 71: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

55

MySQL. Perisian berasaskan What You See Is What You Get (WYSIWYG) ini

membolehkan seseorang membina laman web tanpa perlu mempelajari bahasa

pengaturcaraan HTML yang kompleks.

Pembangun menggunakan kedua-dua perisian ini pada masa yang sama

mengikut kehendak fungsi yang diperlukan. Sebagai contoh, bagi pengubahsuaian

pada font yang digunakan dalam antaramuka pengguna, Microsoft Front Page lebih

mudah digunakan kerana mudah untuk melakukan sebarang perubahan kepada

bentuk font yang dikehendaki. Ia berbeza sekiranya menggunakan pembangun

menggunakan perisian Dreamweaver. Pembangun akan menggunakan Dreamweaver

ketika melihat (preview) kod-kod HTML dan PHP bagi setiap helaian. Ini adalah

kerana, Dreamweaver menyediakan pelbagai warna dan memudahkan pembangun

untuk membezakan kod HTML dan PHP.

3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web (Web Browser)

Pembangun telah memilih untuk menggunakan XAMPP bagi perisian

pelayan web. Ini kerana perisian ini adalah percuma dan bercirikan sumber terbuka

(open source) serta persekitaran bersilang (cross-platform). Ia mengandungi Pelayan

Apache HTTP, pangkalan data MySQL dan penterjemah (interpreter) skrip yang

ditulis dalam bahasa PHP atau Perl. XAMPP merupakan akronim untuk X

(menunjukkan persilangan persekitaran) Apache MySQL PHP Perl. Program ini juga

dikeluarkan dibawah lesen GNU General Public dan akta menyatakan ianya

percuma, pelayan web yang mudah digunakan dan mampu melayan halaman web

berbentuk dinamik. XAMPP juga boleh digunakan di bawah persekitaran Microsoft

Windows, Linux, Sun Solaris, dan Mac OS X dan digunakan bagi kebanyakan

pembangunan web.

Pelayar web (web browser) pula merupakan sebuah perisian digunakan untuk

memaparkan sesebuah laman web. Antara pelayar web yang popular pada masa kini

Page 72: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

56

ialah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome. Pelayar-pelayar web ini

boleh dimuaturun secara percuma daripada syarikat yang mengeluarkannya. Walau

bagaimanapun, pembangun telah memilih untuk melarikan sistem yang dibangunkan

menggunakan pelayar web Internet Explorer. Ini kerana ia mampu menterjemahkan

aturcara yang ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan Java Script dengan lebih

baik berbanding Mozilla Firefox dan Google Chrome.

3.4.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Penggunaan MySQL sebagai sistem pangkalan data adalah sangat meluas

kerana kebolehannya menguruskan data. MySQL menyediakan sebuah pangkalan

data (database) yang mengumpul maklumat berkenaan sesuatu subjek atau tujuan

seperti menerima tempahan dari pelanggan atau lain-lain. Bukan sahaja MySQL

adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan menjadi pilihan bagi aplikasi

generasi baru yang dibina berasaskan LAMP (Linux, Apache, MySQL, PHP / Perl /

Python), MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux,

Windows, OS/X, HP-UX, AIX, dan Netware serta memberikan pengguna fleksibiliti

untuk mengawal penggunaannya. MySQL adalah perniagaan berdaftar milik syarikat

MySQL AB. Rujukan lanjut tentang perisian iniboleh dilayari di alamat URL

http://www.mysql.com.

Pembangun memilih untuk menggunakan MySQL kerana sesuai dengan

penggunaan XAMPP sebagai pelayan web (web server). MySQL tersedia dalam

perisian XAMPP. Dengan menggunakan MySQL, pembangun dapat mengurus

segala maklumat melalui sebuah fail pangkalan data. Dengan fail tersebut,

pembangun boleh membuat jadual bagi data, bertanyakan serta mendapatkan semula

data, membentuk, menambah dan mengemaskini data. Sebagai contoh, setelah ujian

selesai dijawab di dalam helaian bagi pelajar, keputusan akan terus dimasukkan ke

dalam sistem pengurusan pangkalan data dan ia dipanggil semula bagi perhatian guru

di helaian yang disediakan untuk guru. Setelah data disimpan dalam sesebuah jadual,

Page 73: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

57

ia boleh dilihat di pelbagai tempat. Sekiranya pembangun mengemaskini data yang

sedia ada di jadual, data yang di paparkan di tempat lain akan turut berubah.

3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor)

Bagi menghasilkan imej atau grafik yang menarik untuk di muatkan ke

antaramuka sistem, perisian penyunting grafik (graphic editor) di gunakan. Elemen

grafik ini penting bagi memberikan keselesaan kepada pengguna dengan rekabentuk

sistem. Namun, penggunaan grafik bagi laman web sistem lebih ringkas berbanding

penggunaannya dalam laman web pembelajaran yang memerlukan grafik yang lebih

kompleks dalam menarik perhatian pengguna. Dalam hal ini, pembangun

menggunakan Adobe Photoshop CS2 disamping Microsoft Paint sebagai penyunting

grafik. Perisian Adobe Photoshop CS2 adalah antara perisian penyunting grafik yang

popular di pasaran. Produk keluaran Adobe. Inc. ini menyediakan pelbagai

kemudahan untuk memberi kesan khas kepada imej dan kemudahan memformat

sesuatu imej ke format lain atau mengubah saiz imej dari saiz besar kepada saiz kecil

atau sebaliknya untuk dimuatkan dalam paparan web. Microsoft Paint pula

digunakan kerana ia mudah digunakan selain ia disediakan percuma bagi setiap

sistem operasi (Operating System) Windows.

3.5 Spesifikasi Perkakasan yang Digunakan

Selain dari aspek perisian, aspek perkakasan (hardware) juga perlu di ambil

kira untuk membangunkan sistem ini. Ini kerana pemilihan perkakasan yang sesuai

dapat membantu melancarkan lagi proses pembangunannya. Antara perkakasan

minima yang digunakan oleh pembangun adalah seperti berikut:

Page 74: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

58

i. Komputer : Komputer Peribadi Samsung SyncMaster591s

ii. Pemproses : Intel (R) Pentium III M 1.00 GHz

iii. Ingatan capaian rawak (RAM) : 256 MB

iv. Sistem pengoperasian: Microsoft Windows XP Profesional SP3

v. Kapasiti cakera keras : 140 GB

vi. Resolusi skrin : 1240 x 768 piksel dengan 24-bit

vii. Peranti input seperti papan kekunci dan tetikus

3.6 Penutup

Pembangunan sesebuah sistem memerlukan perancangan yang teliti.

Pemilihan model yang tepat dapat memberikan impak kepada pembangunan sistem

samada ia berkesan sebagai sebuah sistem ataupun tidak. Pelbagai aspek perlulah

dititikberat agar pembangunan berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi

sebarang masalah yang besar. Aspek perkakasan dan perisian (hardware and

software) adalah sangat penting dalam memastikan ia bersesuaian dengan sistem

yang sedang dibangunkan. Bagi pembangunan ujian pula, pemilihan teori yang betul

dapat mengukur dengan tepat sejauh mana keberkesan ujian itu terhadap seseorang

individu. Oleh itu, pelbagai langkah diambil bagi memastikan sistem dapat berjalan

dengan sempurna dan berkesan.

Page 75: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

59

BAB 4

HASIL REKA BENTUK SISTEM

4.1 Pendahuluan

Pembangunan sesebuah laman web memerlukan pelbagai kaedah dan fasa

yang telah diperjelaskan pada Bab 3 yang lepas. Fasa dan kaedah terbabit

sememangnya sangat penting dalam memastikan pembangunan berjalan lancar dan

kesilapan dapat diminimakan. Oleh itu, setelah STAR dapat disiapkan, bab ini pula

akan menerangkan tentang struktur sistem tersebut dan panduan kepada pengguna

agar pengguna mudah melayari dan menggunakannya.

4.2 Pakej Sistem

Sistem Ujian Penentuan Aliran ini menyokong pelantar (platform) Windows

memandangkan kebanyakan komputer di sekolah-sekolah menggunakan pelantar

tersebut. Selain itu, pengguna sistem perlu memastikan mereka mempunyai perisian

pelayar web (web browser) bagi memastikan mereka dapat melayari laman web

Page 76: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

60

sistem ini. Internet berkelajuan tinggi (broadband) dapat membantu para pengguna

dalam memastikan kelancaran muat turun dan perpindahan data antara komputer

pengguna dengan pelayan (server).

4.2.1 Antaramuka Utama Sistem

Bagi memastikan pengguna mendapat paparan yang optimum, resolusi skrin

yang dicadangkan adalah 1024 x 768 piksel bagi semua jenis komputer. Pelayar web

yang dicadangkan pula adalah Microsoft Internet Explorer. Ini kerana pelayar web

ini dapat memaparkan laman web ini dalam paparan yang terbaik. Bagi sesiapa yang

tidak mempunyai pelayar web ini, pengguna boleh memuat turun perisian ini pada

pautan (link) yang disediakan pada halaman web. Ini dapat memudahkan pengguna

tanpa perlu mencari perisian tersebut di Internet. Paparan grafik bagi sistem ini hanya

memerlukan kad grafik yang terbina (built-in) di dalam komputer. Ini kerana paparan

laman web sistem ini tidak memerlukan paparan grafik yang berkapasiti tinggi. Ini

memudahkan bagi pengguna yang masih menggunakan komputer peribadi yang

lama.

Sistem ini terdiri dari dua kategori pengguna iaitu pelajar dan guru.

Pengguna-pengguna dari setiap kategori akan menemui paparan utama yang sama

pada permulaannya tetapi paparan akan menjadi berbeza setelah pengguna melalui

proses log in. Pengguna yang mendaftar sebagai pelajar dan guru akan menemui

paparan dan menu yang berbeza. Sistem ini juga menyediakan kemudahan bagi

mereka yang tidak mendaftar masuk sebagai pengguna. Paparan mereka hanya terhad

kepada menu utama, hubungi dan panduan ujian sahaja. Ini menunjukkan laman web

sistem ini mengaplikasikan konsep mesra pengguna yang sering menjadi intipati

utama bagi pembangunan sesebuah laman web. Paparan antaramuka bagi laman web

ini terletak pada sebelah tengah manakala paparan bagi log in pula diletakkan di

sebelah kiri. Paparan bagi menu untuk setiap kategori juga terletak pada seelah kiri

Page 77: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

61

bagi memudahkan pengguna agar tidak keliru. Paparan utama bagi antaramuka

laman web sistem ini dipaparkan pada Rajah 4.1 berikut.

Rajah 4.1: Antaramuka paparan utama

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru

Bagi pengguna yang ingin mendaftarkan diri sebagai guru, mereka perlu

mengesahkan kata laluan terlebih dahulu. Apabila proses ini berjaya, pengguna ini

akan terus dihubungkan dengan antaramuka utama tersebut seperti pada Rajah 4.2.

Page 78: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

62

Rajah 4.2: Antaramuka utama bagi kategori guru

Bagi paparan antaramuka kategori guru ini, ia menyediakan tiga menu

tambahan iaitu “Papar Profil”, “Papar Keputusan Pelajar” dan “Papar Maklumat

Pelajar”. Guru tidak dibenarkan mencapai paparan ujian kerana dikhuatiri guru akan

membocorkan maklumat mengenai soalan ujian kepada para pelajar. Ini bermaksud

guru tidak akan bertindak sebagai admin kerana soalan-soalan akan ditentukan oleh

pakar-pakar yang disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Apabila seseorang

pengguna itu telah mendaftar dan log in sebagai guru, status yang terpapar pada

menu adalah guru. Ini dapat dilihat pada Rajah 4.3 berikut.

Page 79: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

63

Rajah 4.3: Antaramuka senarai menu bagi guru

Bagi paparan profil guru, terdapat butang edit di bawah sebelah kanan. Ini

memudahkan pengguna untuk mengemaskini data peribadi mereka sekiranya berlaku

perubahan ataupun kesilapan ketika membuat pendaftaran. Apabila pengemaskinian

selesai, pengguna dikehendaki menekan butang enter bagi menyudahkan proses

mengemaskini. Pengemaskinian boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Pengemaskinian ini akan mempengaruhi data pada sistem pangkalan data. Data-data

yang didaftarkan atau dikemaskini akan terus dihubungkan dan dihantar kepada

pangkalan data. Rajah berikut menunjukkan paparan bagi profil pengguna dan

pengemaskinian data peribadi pengguna.

Rajah 4.4: Antaramuka profil bagi guru

Page 80: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

64

Rajah 4.5: Antaramuka pengemaskinian profil

Selain itu, pengguna bagi kategori guru juga dapat melihat maklumat peribadi

yang telah didaftarkan oleh pengguna bagi kategori pelajar. Ini memudahkan guru

untuk memantau setiap maklumat pelajar sekiranya berlaku penipuan atau kesilapan.

Maklumat ini tidak termasuk nama pengguna (username) dan kata laluan (password)

yang telah didaftarkan oleh pelajar. Ini kerana maklumat ini adalah sulit dan hanya

diketahui oleh pelajar dan admin sahaja. Ini juga bagi mengelakkan guru dari

menceroboh profil pelajar. Berikut menunjukkan paparan bagi data-data peribadi

pelajar yang boleh dilihat oleh guru.

Page 81: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

65

Rajah 4.6: Antaramuka paparan maklumat pelajar

Guru juga boleh melihat paparan bagi keputusan yang diperoleh pelajar. Ini

bagi membantu guru dalam mengenalpasti kebolehan dan aliran yang diperoleh

pelajar. Ini juga memudahkan guru mengenalpasti kelas yang harus diduduki pelajar

mengikut aliran masing-masing. Paparan bagi keputusan pelajar menunjukkan

markah dan tahap yang dicapai oleh pelajar pada setiap ujian. Keputusan aliran yang

dicadangkan juga terpapar pada keputusan pelajar.

Page 82: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

66

Rajah 4.7: Paparan keputusan pelajar

4.2.3 Kategori Pengguna : Pelajar

Antaramuka bagi kategori pengguna untuk pelajar juga tidak jauh berbeza

dengan kategori pengguna untuk guru. Mereka tetap menjalani proses yang sama

iaitu perlu melakukan log in terlebih dahulu sekiranya telah mempuyai akaun.

Sekiranya belum mempuyai akaun, mereka harus mendaftar terlebih dahulu dengan

memasukkan beberapa maklumat seperti nama, alamat, kad pengenalan dan lain-lain

seperti yang terdapat pada antaramuka tersebut dan mendaftarkan diri dengan status

sebagai pelajar. Setelah mereka log in, paparan bagi menu adalah sedikit berbeza

dengan paparan menu bagi guru. Menu yang telah disediakan kepada pelajar adalah

mereka boleh mengambil ujian, melihat paparan profil mereka dan melihat keputusan

sekiranya mereka telah membuat ujian yang disediakan. Waktu yang terpapar pada

menu adalah waktu yang telah ditetapkan pada sistem komputer pengguna. Rajah

tersebut menunjukkan paparan menu bagi pengguna untuk kategori pelajar.

Page 83: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

67

Rajah 4.8: Paparan menu bagi pelajar

Seperti yang telah dibincangkan pada Bab 3 sebelum ini, pengguna dari

kategori pelajar adalah mereka yang telah mengambil peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) yang ingin memasuki tingkatan 4. Apabila mereka ingin

mengambil ujian yang disediakan, mereka boleh memilih menu “Ambil Ujian

(STAR)” dan mereka akan dipaparkan dengan antaramuka ujian. Kesemua ujian

adalah berbentuk objektif di mana mereka harus menjawab bahagian akademik

terlebih dahulu sebelum meneruskan ujian menjawab pada bahagian kecerdasan IQ

dan seterusnya untuk bahagian personaliti. Bagi mengelakkan pengguna „sesat‟.

Pembangun telah menyediakan satu sub header di mana pengguna boleh mengetahui

di mana mereka berada. Selain itu, pembangun juga menyediakan site map bagi

memudahkan pengguna memilih antaramuka yang mereka ingin layari. Bahagian ini

akan dibincangkan sebentar lagi.

4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian

Sebelum pengguna ingin menjalani setiap ujian yang disediakan, pengguna

harus melihat panduan ujian terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan pengguna bagi

kategori pelajar untuk menjawab ujian tersebut. Pengguna yang ingin melihat

Page 84: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

68

panduan ujian boleh memilih menu panduan ujian yang diletakkan pada sebelah kiri

antaramuka. Pembangun menyediakan menu ini juga bagi memudahkan pengguna

mengetahui sedikit sebanyak mengenai ujian yang disediakan.

Rajah 4.9: Antaramuka bagi panduan ujian

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, hanya pengguna yang telah

mendaftar sebagai pelajar dan telah melalui proses log in sahaja yang dapat melihat

paparan ujian dan seterusnya dapat menjawab soalan-soalan ujian yang disediakan.

Sekiranya mereka belum mempunyai akaun ataupun tidak mempunyai akaun sebagai

pelajar, mereka tidak dibenarkan untuk melihat paparan ujian. Sekiranya ini berlaku,

pengguna akan dipaparkan dengan antaramuka amaran yang meminta pengguna

mendaftar terlebih dahulu. Ini kerana sistem ini dibina dengan ciri-ciri keselamatan

agar kebocoran soalan-soalan tidak berlaku.

Page 85: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

69

Rajah 4.10: Paparan amaran bagi yang belum mendaftar

4.2.5 Antaramuka Ujian Pelajar

Setelah pengguna mendaftarkan diri sebagai pelajar, mereka telah layak

untuk menduduki ujian yang terdiri kepada 3 bahagian iaitu ujian akademik,

kecerdasan IQ dan personaliti. Pengguna boleh mencapai pautan (link) ujian pada

menu yang disediakan. Mereka dikehendaki untuk menekan menu “Ambil Ujian

(STAR)” untuk menjawab ujian. Ujian perlu diambil mengikut urutan iaitu bermula

dengan ujian akademik diikuti dengan ujian kecerdasan IQ dan ujian personaliti.

Setelah itu, mereka dikehendaki menekan butang Submit bagi mengesahkan mereka

telah tamat mengambil ujian. Rajah 4.11 dan rajah 4.12 memaparkan contoh ujian

kecerdasan IQ yang telah dibangunkan oleh pembangun.

Page 86: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

70

Rajah 4.11: Paparan ujian kecerdasan IQ

Rajah 4.12: Paparan ujian kecerdasan IQ

Page 87: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

71

4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian

Di bahagian antaramuka ini pula, pengguna kategori pelajar dapat melihat

keputusan mereka dalam menu ”Lihat Keputusan”. Keputusan pelajar akan

memaparkan markah bagi ujian akademik, tahap kecerdasan dalam ujian kecerdasan

dan personaliti pelajar mengikut teori Kersey Temperamen Sorter (KTS) dalam ujian

personaliti. Selain itu, cadangan aliran kelas juga akan di paparkan dalam menu

”Lihat Keputusan”. Rajah 4.13 dibawah menunjukkan paparan keputusan pelajar.

Rajah 4.13: Paparan Keputusan Pelajar

4.2.7 Antaramuka Hubungi

Pada bahagian antaramuka ini, pengguna akan mendapat maklumat mengenai

pembangun. Guru boleh menghubungi pembangun yang juga admin sekiranya

berlaku masalah pada sistem yang telah dibangunkan. E-mel bagi pembangun juga

terpapar pada antaramuka ini.

Page 88: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

72

Rajah 4.14: Antaramuka bagi hubungi

4.2.8 Antaramuka Site Map

Peta laman (site map) amat penting bagi sesebuah laman web. Ini kerana site

map ini memudahkan pengguna mengetahui kedudukan mereka di laman web itu

selain memberi pengguna kemudahan jika ingin melihat satu-satu halaman bagi

laman web tersebut. Aturan laman web juga dapat dilihat menerusi site map ini. Oleh

itu, pengguna tidak akan „sesat‟ ketika melayari sesebuah laman web. Bagi laman

web sistem ini, pautan bagi site map terletak di bahagian bawah antaramuka. Rajah

4.15 menunjukkan lokasi pautan site map manakala rajah 4.16 pula memaparkan

antaramuka bagi site map tersebut.

Rajah 4.15: Paparan bagi pautan site map

Page 89: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

73

Rajah 4.16: Antaramuka bagi site map

4.3 Sistem Pangkalan Data

Setelah selesai sesuatu proses seperti log in, pendaftaran atau sebagainya oleh

pengguna, kesemua data akan disimpan di dalam sebuah sistem pangkalan data.

Seperti yang telah dijelaskan pada bab 3, pembangun memilih untuk menggunakan

pangkalan data MySQL. Pembangun telah membahagikan pangkalan data kepada

simpanan profil data peribadi pengguna dan simpanan keputusan ujian pelajar. Bagi

simpanan profil data peribadi, kesemua data peribadi yang dimasukkan oleh

pengguna sama ada guru atau pelajar akan disimpan di sini apabila pengguna

mengisi maklumat peribadi mereka. Pangkalan data ini akan berubah secara

automatik sekiranya pengguna mengubah atau mengemaskini data peribadi mereka.

Jadual yang terdapat pada pangkalan data ini dibahagikan kepada tajuk mengikut

keperluan yang harus diisi pengguna ketika mengisi maklumat peribadi seperti nama,

alamat, kad pengenalan dan lain-lain.

Page 90: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

74

Rajah 4.17: Paparan maklumat pengguna pada sistem pangkalan data

Bagi simpanan data untuk keputusan ujian pula, ia terbahagi mengikut ujian

akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Pembangun akan memastikan maklumat

keputusan tersimpan dengan baik dan akan dipaparkan pada antaramuka laman web

sistem.

Rajah 4.18: Paparan keputusan pelajar pada sistem pangkalan data

Page 91: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

75

4.4 Komen Terhadap Sistem

Tiada pengujian secara rasmi telah dibuat oleh pembangun di sekolah.

Namun begitu pembangun meminta bantuan rakan dari Fakulti Pendidikan yang

mempunyai pengalaman dalam menghasilkan laman web dan juga sistem aplikasi

web untuk menguji seterusnya memberikan komen terhadap STAR yang telah

dibangunkan ini. Menurut mereka, pembangunan STAR ini merupakan usaha yang

amat bagus memandangkan corak pembelajaran kini yang semakin berorientasikan

pelajar.

Mereka melihat pembangunan STAR ini dapat membantu pihak sekolah

dalam menentukan aliran kelas pelajar. Tambahan pula ujian yang dijalankan dalam

STAR ialah merangkumi tiga bahagian ujian iaitu akademik, kecerdasan IQ dan

personaliti. Sebelum ini, guru hanya menentukan aliran kelas pelajar mengikut

kedudukan pelajar dalam pencapaian akademik mereka sahaja. Namun dengan

terbangunnya STAR, pemilihan aliran ini dapat diambil kira dari segi kecerdasan IQ

dan personaliti para pelajar. Pembangunan STAR secara atas talian (online) dilihat

seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada.

Menurut mereka lagi, antaramuka STAR adalah amat ringkas dan sesuai

dengan aplikasinya. Penggunaan log in pada STAR menambahkan ciri-ciri

keselamatan terhadap data pengguna. Mereka turut mencadangkan bagi pengguna

kategori guru supaya dapat memuat turun (download) keputusan pelajar dalam

bentuk file .xls atau .doc untuk sebarang analisis lain yang berkaitan. Ini mampu

membantu guru dalam melakukan analisis dengan lebih mendalam dan dapat

mendokumentasi perkara ini. Mereka juga mencadangkan agar sistem ini dapat

dikemukakan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kelak. Ini kerana beliau

merasakan sistem ini mampu menjadi satu sistem yang baik untuk pembangunan

pendidikan dari segi teknologi. Sememangnya inilah juga harapan pembangun agar

sistem ini dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam melicinkan lagi

perjalanan pentadbiran di sekolah. Namun sebelum itu, sistem ini perlulah

dinaiktaraf terlebih dahulu dan mampu menarik perhatian pengkaji-pengkaji di luar

sana dalam memastikan sistem ini berfungsi dengan lebih baik.

Page 92: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

76

4.5 Penutup

Dalam menghasilkan sebuah sistem yang sempurna, pembangun haruslah

mengambilkira pelbagai kemudahan yang mampu menarik para pengguna. Paparan-

paparan yang dihasilkan perlulah jelas dan tidak mengelirukan pengguna. Bagi laman

web sistem ini, pengguna tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk melayari

keseluruhan laman web. Ini bergantung kepada status setiap pengguna. Namun,

penggunaan peta laman (site map) dapat membantu pengguna mengenalpasti

bahagian yang mereka ingin layari di samping paparan menu yang jelas. Penyusunan

aturan yang menghubungkan setiap halaman adalah sangat penting dan mampu

membantu pengguna serta mampu membentuk sebuah aplikasi web yang sempurna.

Page 93: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

77

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Setiap sistem yang dibangunkan akan mempunyai beberapa kelemahan dan

kekurangan tertentu. Begitu juga dengan STAR yang telah dibangunkan ini.

Bahagian ini akan membincangkan dengan lebih terperinci rumusan projek, kebaikan

serta keburukan sistem, masalah yang dihadapi dan beberapa cadangan dalam

meningkatkan mutu sistem pengurusan yang dibangunkan.

5.2 Perbincangan

Pembangun sering melihat pelajar-pelajar diletakkan dalam kelas aliran

tertentu tanpa mempertimbangkan keupayaan dan minat mereka. Inilah masalah yang

sering dihadapi oleh para pelajar dan guru yang seterusnya memberi impak yang

besar sekiranya pelajar-pelajar tersebut ingin menyambung pengajian mereka di

universiti ataupun ingin mencari pekerjaan yang sesuai. Dengan pembangunan

Page 94: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

78

STAR ini, pelajar dinilai mengikut keupayaan dan bakat yang ada di samping

pencapaian akademik mereka.

Pembangunan sistem ini dianggap perkara yang baru kerana pembangun

masih belum menemui satu sistem yang sesuai untuk mengukur pelajar dari segi

tahap kecerdasan dan bakat mereka. Dengan terbangunnya sistem ini yang dibina

melalui tiga ujian berbeza iaitu ujian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti, tahap

keupayaan pelajar dapat diukur sekaligus membantu mereka dalam menentukan

aliran yang sesuai bagi mereka. Ini membantu mereka mengenalpasti keupayaan

mereka seterusnya memudahkan mereka memilih karier yang sesuai bagi mereka

kelak.

Seterusnya, sistem yang dibina secara atas talian (online) ini dapat membantu

para guru dan pentadbir dalam menguruskan maklumat para pelajar. Mereka dapat

melihat keputusan secara terus dan cepat berbanding sistem tradisional. Sistem atas

talian (online) ini dapat memudahkan dari segi capaian keputusan tanpa perlu guru

menanda ujian satu persatu. Memandangkan ujian yang terbahagi kepada bahagian

akademik, kecerdasan IQ dan personaliti, guru-guru dapat menjimatkan masa dalam

menganalisis keupayaan pelajar dan menentukan aliran yang diambil pelajar secara

serta merta. Penggunaan internet yang semakin meluas juga mampu membantu

sekolah dalam mencapai usaha agar sistem pendidikan seiring dengan kemajuan

teknologi terkini.

Maklumat berkenaan pelajar termasuklah profil dan keputusan mereka kini

lebih selamat sekiranya menggunakan sistem ini. Ini kerana maklumat-maklumat ini

tidak lagi disimpan di dalam satu komputer tetapi ia disimpan di komputer pelayan

(server). Ini dapat membantu para guru agar tidak perlu risau dengan kehilangan atau

kerosakan pada komputer yang menyimpan maklumat mereka.

Dengan terhasilnya sistem ini, ia diharap dapat membantu pihak sekolah

khususnya para guru dan pelajar dalam menentukan kelas aliran yang sesuai dengan

kecenderungan akademik, kecerdasan IQ, dan personaliti para pelajar. Selain

menyahut seruan terhadap pembestarian sekolah, pembangunan sistem ini

Page 95: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

79

diharapkan dapat meringankan lagi beban pihak sekolah khususnya para guru dalam

menentukan kelas aliran para pelajar.

5.3 Kelebihan Sistem

Dalam membangunkan sesebuah sistem, pembangun haruslah menilai dari

pelbagai aspek agar sistem yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik dari

sistem yang sedia ada. Dalam membangunkan STAR ini, pembangun melihat masih

tiada lagi sistem seumpamanya yang diwujudkan di negara ini. Seringkali pelajar

diletakkan dalam aliran yang kurang bersesuaian dengan kecenderungan mereka. Ini

merangsang pembangun untuk membangunkan sebuah sistem yang berupaya

menentukan kelas aliran pelajar dan melihat dari segi kecenderungan akademik,

kecerdasan IQ dan personaliti mereka. Sistem ini dibangunkan bagi membantu pihak

sekolah khususnya para guru dalam menentukan aliran yang sesuai bagi para pelajar.

Selain itu, ciri-ciri keselamatan diambil kira oleh pembangun bagi

mengelakkan pencerobohan sistem ini berlaku. Bagi menjawab ujian ini, hanya

pengguna yang mendaftar sebagai pelajar sahaja yang mampu melihat paparan ujian

seterusnya menjawab ujian berkenaan. Paparan maklumat pelajar dan guru juga

adalah sulit dan mampu diakses oleh individu yang berkenaan sahaja. Untuk

menggunakan sistem ini, pengguna haruslah melepasi proses pengesahan nama

pengguna (username) dan kata laluan terlebih dahulu. Sekiranya sistem

mengesahkan pengguna adalah pelajar ataupun guru, pengguna terus dihubungkan

dengan laman utama dan paparan menu mengikut status pengguna. Melalui proses

log in ini, ia dapat menjamin keselamatan data peribadi dan keputusan pengguna, di

mana pengguna hanya boleh mengakses maklumat berkaitan dengan diri sahaja.

Tambahan pula, penggunaan PHP dapat mengelakkan pengguna dapat membaca

bahasa pengaturcaraan sekaligus menghalangnya untuk menipu semasa ujian

dijalankan.

Page 96: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

80

Bagi ciri-ciri keselamatan agar kebocoran soalan tidak berlaku, hanya

pengguna yang mendaftar sebagai pelajar sahaja yang beoleh melihat paparan

antaramuka bagi ujian yang disediakan. Ini mengelakkan guru-guru dari

membocorkan soalan kepada para pelajar. Guru hanya boleh melayari menu “Papar

Profil Pelajar”, “Papar Keputusan Pelajar”, dan “Papar Maklumat Pelajar” sahaja.

Pembangunan rekabentuk antaramuka sistem yang dibangunkan adalah

sangat bersesuaian dan menarik. Penggunaan warna yang kontra dan rekabentuk

yang ringkas (simple) dapat mengelakkan mata pelajar menjadi letih. Tambahan pula

paparan menu dan aturan arahan yang sangat bersesuaian dengan penggunaannnya

menjadikan sistem ini mesra pengguna.

5.4 Kelemahan Sistem

Di samping itu, sistem ini mempunyai beberapa kelemahan yang dapat di

perhatikan. Antaranya ialah:

i. Sistem ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan perisian Microsoft

Internet Explorer (IE) sahaja. Ini kerana, sesetengah kod JavaScript di dalam sistem

ini hanya boleh diterjemahkan dengan menggunakan pelayar web IE. Bagi pengguna

yang menggunakan pelayar web selain daripada IE, paparan antaramuka akan

menjadi tidak seimbang dan kod JavaScript berkemungkinan tidak dapat dibaca oleh

pelayar web tersebut. Namun, sekiranya pengguna tidak mempunyai perisian IE,

pengguna disediakan dengan pautan (link) untuk memuat turun perisian ini.

ii. Sistem ini mempunyai tiga bahagian ujian, iaitu ujian akademik, ujian

kecerdasan IQ, dan ujian personaliti dan mempunyai jumlah soalan sebanyak 115

soalan secara keseluruhannya. Jumlah soalan yang banyak ini akan membuatkan

pelajar cepat bosan dan pelajar berkemungkinan mengambil jalan mudah dengan

menjawab soalan secara rawak tanpa berfikir dahulu. Selain itu, pelajar terpaksa

Page 97: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

81

menghabiskan soalan pada bahagian awalnya sebelum menjawab soalan pada

bahagian yang seterusnya mengikut urutan soalan yang disediakan.

iii. Pembangun melihat tahap kecerdasan IQ sering tidak diambil kira dalam

menentukan pencapaian para pelajar. Jadi, masih tiada petunjuk (indicator) yang

sesuai dalam memastikan aliran yang ditentukan adalah berdasarkan tahap

kecerdasan IQ para pelajar.

5.5 Masalah Yang Dihadapi

Lumrah hidup semestinya tidak lari dari pelbagai masalah. Dalam

membangunkan sistem ini juga, pembangun menghadapi pelbagai masalah dalam

memastikan sistem yang dibangunkan berjalan dengan sempurna dan lancar. Sistem

ini adalah sistem pangkalan data yang pertama dibangunkan oleh pembangun.

Walaupun sebelum ini pembangun pernah beberapa kali merekabentuk laman web

bagi pelbagai tujuan, namun ini adalah kali pertama pembangun membangunkan

sebuah laman web yang dinamik dan menggunakan sistem pangkalan data. Namun

masalah ini dapat diatasi dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dan menemui

beberapa kenalan untuk meminta sedikat bimbingan dan tunjuk ajar.

Selain itu, pembangun juga menghadapi masalah dalam memilih perisian

sistem pangkalan data yang sesuai. Pada mulanya, pembangun ingin menggunakan

perisian Microsoft Access sebagai sistem pangkalan data dan membangunkan

menerusi bahasa pengaturcaraan Active Server Pages (ASP). Namun disebabkan

masalah yang berlaku pada perisian yang memerlukan lesen yang sah, pembangun

beralih kepada sistem pangkalan data MySQL dan menggunakan bahasa

pengaturcaraan PHP atas nasihat seorang rakan.

Dalam menentukan soalan bagi ujian kecerdasan IQ, pembangun menghadapi

masalah dalam menentukan teori yang sesuai dengan pembangunan soalan. Ini

Page 98: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

82

kerana, pembangun harus mengambil berat terhadap tahap pengguna iaitu pelajar

yang baru memasuki umur 16 tahun rata-ratanya. Masalah dapat diatasi dengan

pembangun memilih teori WISC-III kerana teori kecerdasan ini disediakan bagi

kanak-kanak yang berusia 6 hingga 16 tahun. Jadi, amatlah sesuai bagi pembangun

menggunakan teori ini dalam pembangunan soalan kecerdasan IQ.

Setelah masalah berkenaan penentuan teori telah selesai, pembangun

menghadapi masalah dalam memastikan bentuk soalan sesuai dengan tahap

pengguna iaitu pelajar dan menepati dengan teori yang telah dipilih. Pembangun

melakukan kajian terhadap beberapa set soalan yang terdapat di Internet dan

menyesuaikan soalan tersebut dengan tahap pelajar dan teori WISC-III. Ini bagi

memastikan soalan tersebut mampu menjadi petunjuk dalam menentukan aliran yang

bakal diambil oleh pelajar.

Selain itu, pembangun turut mengalami masalah dalam memilih reka bentuk

antaramuka bagi sistem ini. Rekabentuk sesebuah sistem bukan perkara utama,

namun begitu ianya tidak diambil mudah oleh pembangun. Penggunaan warna, font,

dan imej yang sesuai dan ringkas dapat mengurangkan masa muat turun sistem.

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan

Sistem ini boleh dikatakan berjaya memberikan banyak bantuan dan

kemudahan kepada pihak pengurusan sekolah, guru dan yang paling penting kepada

para pelajar. Walau bagaimanapun, sistem ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke

semasa bagi meningkatkan keberkesanannya. Oleh itu terdapat beberapa cadangan

yang dikenalpasti antaranya ialah :

i. Penggunaan pelayan berprestasi tinggi dan mempunyai sijil digital

keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer) adalah menerapkan elemen utama

dalam membangunkan sistem berasaskan web. Ini kerana terdapat pelajar yang

Page 99: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

83

mempunyai pengetahuan luar biasa yang mampu menceroboh sistem ini seterusnya

melakukan sebarang perubahan pada maklumat peperiksaan mereka.

ii. Mengkaji dengan lebih mendalam akan hubungan di antara kecerdasan IQ

pelajar dengan aliran kelas yang ditetapkan. Dengan ini, kesahihan terhadap

penentuan aliran akan diperolehi. Secara tidak langsung akan terdapat suatu petunjuk

(indicator) khas untuk membeza dan menentukan aliran berdasarkan kecerdasan IQ

pelajar.

iii. Melakukan pengujian sistem ujian terhadap pelajar. Dengan ini dapat

mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem ini dari sudut

rekabentuk dan soalan ujian.

iv. Pengendalian ujian hendaklah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ini untuk

mengelakkan sebarang kesulitan seperti menjawab soalan ujian seawal mungkin.

Contohnya, pihak sekolah menetapkan satu tarikh dan masa yang tertentu untuk

pelajar tingkatan 4 mendaftar dan menduduki ujian yang terdapat dalam sistem ini.

5.7 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembangunan aplikasi web atau sistem berasaskan web

memerlukan perancangan dan perhatian yang lebih teliti terutama sekali melibatkan

kumpulan pengguna yang besar seperti pihak sekolah yang terdiri dari pentadbir,

guru-guru dan pelajar-pelajar. Kerjasama yang dilakukan haruslah diperjelaskan agar

pihak sekolah mampu mengadaptasi aplikasi ini secara menyeluruh. Pembangunan

yang mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan mampu membantu guru-guru dan

pelajar-pelajar dalam menggunakan aplikasi ini. Sistem yang berasaskan web yang

menarik, mudah dan mesra pengguna mampu membantu dari aspek ini. Ini dapat

mengekalkan dan menepati status sekolah sebagai medium pendidikan yang mampu

membina modal insan yang cemerlang.

Page 100: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

84

Dengan terbangunnya STAR ini dilihat dapat membantu pihak sekolah dalam

menentukan pilihan yang tepat kepada para pelajar dalam memastikan karier yang

dipilih pelajar kelak seiring dengan kecenderungan dan bakat mereka. Sistem ini

tidak mampu membantu secara seratus peratus tetapi mampu menyediakan platform

yang terbaik kepada para pelajar dalam memastikan mereka sentiasa positif dalam

menentukan masa hadapan. Ironinya, sistem ini dapat membina sebuah komuniti

yang mampu melihat masa hadapan yang cerah melalui sekolah. Penambahbaikan

terhadap fungsi sistem ini amatlah dialu-alukan memandangkan terdapat beberapa

kelemahan dalam membangunkan sistem ini. Pembangun amat berharap agar sistem

ini mampu membantu pihak sekolah terutamanya para pelajar dalam membina masa

depan yang cemerlang seterusnya membina sebuah komuniti yang mampu berdaya

saing seiring dengan matlamat negara yang ingin mencapai status negara maju.

Page 101: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

85

RUJUKAN

Abd. Rashid Johar (1998). Penggunaan Komputer Dan Internet Di Kalangan Guru-

Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu: Satu Cabaran. Tesis Sarjana,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharudin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, dan Manimegalai Subramaniam (2001).

Reka Bentuk Pengajaran dan Pembangunan Perisian: Siri Model

Pembelajaran. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Barrett, J (2006). Career, Aptitude & Selection Tests (2nd

Edition). London, UK:

Kogan Page Limited.

Becker, K. A. (2003). History of the Stanford-Binet intelligence scales: Content and

psychometrics. (Stanford-Binet Intelligence Scales, Fifth Edition Assessment

Service Bulletin No. 1). Itasca, IL: Riverside Publishing.

Carter, P. and Russell, K. (2002). More IQ Testing. West Sussex, UK: John Wiley &

Sons Ltd.

Chamberlain, L. and Kindred, L (1966). The Teacher and School Organization (4th

Edition). New Jersey: Prentice Hall Inc.

Endang Pertiwi Saidy, Aminuddin Hasan, Fadzilah Abd. Rahman, Habibah Ab. Jalil,

Ismi Arif Ismail and Steven Eric Krauss (2009). Influence of Emotional and

Spiritual Intelligence from the National Education Philosophy Towards

Language Skills Among Secondary School Students. European Journal of

Social Sciences – Volume 9, Number 1.

Fakhrul Anuar Aziz, Ezanee Mohamed Elias, Mohd Nizam Saad (2002). Prototaip

Sistem Maklumat Pelajar Untuk Pengurusan Sekolah. Universiti Utara

Malaysia.

Page 102: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

86

Flanagan, D., Genshaft, J. and Harrison, P. (1997). Contemporary Intellectual

Assesment: Theories, Tests and Issues. New York, USA: The Guilford Press.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan

Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. Batu Caves, Selangor

Darul Ehsan: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir. (2007). Asas Reka Bentuk Laman Web. Batu

Caves, Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem

Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Open University Malaysia.

Madhu Jain and Prema Purohit (2006). Spiritual Intelligence: A Contemporary

Concern with Regard to Living Status of the Senior Citizens. Journal of the

Indian Academy of Applied Psychology July 2006, Vol. 32, No. 3.

McGrew, K. and Flanagan, D. (1998). The Intelligence Test Desk Reference (ITDR).

MA: Allyn & Bacon.

Mohd Salleh Lebar (2000). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan.

Thinker‟s Library.

Rahmad Sukor Ab Samad dan Mohd Subhi Marsan (2001). Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam Pengurusan Sekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya.

Rofidah Sahan Mustafa (1989). A Study Of Computer Usage In Secondary School:

Case Study In Book Scheme Loan. Projek Sarjana Sains. Selangor: Universiti

Putra Malaysia.

Sobariyah bt. Razak (2006). Pengurusan Pembelajaran Bestari. Tugasan untuk

Kursus PTK 3 DG44 (P&P) Bil 7/2006.

Page 103: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

87

Steinberg, R. (1990). Metaphors of Mind: Conceptions of the Nature of Intelligence.

UK: Cambridge University Press.

Tan, Y.G. (2003). Educational Web-Publishing: design, creation and management.

Jurong, Singapore: Pearson Prentice Hall.

Tey Kien Huat. (2005). Pembinaan dan Penilaian Sistem Pengurusan Pangkalan

Data Disiplin Sekolah (SISDIPS). Tesis Sarjana. Skudai, Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Wilson, S. (1995). World Wide Web Design Guide. Indianapolis, IN: Hayden Books.

Page 104: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

88

LAMPIRAN A

SOALAN-SOALAN YANG TERDAPAT PADA BAHAGIAN UJIAN

KECERDASAN IQ

1. Jika kereta adalah untuk jalanraya, maka keretapi adalah untuk

a) roda

b) landasan

c) tanah

d) lokomotif

2. Manakah satu yang ganjil?

a) epal

b) mentega

c) oren

d) anggur

3. Bandar manakah yang tidak termasuk dalam satu kumpulan?

a) Kuantan

b) Kuala Lumpur

c) Shah Alam

d) Ipoh

4. Jika perpustakaan adalah untuk buku, maka buku adalah untuk

a) halaman

b) cetakan

c) jilid

d) tajuk

Page 105: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

89

5. Apabila berakhirnya sebuah majlis, 10 orang bersalam sesama mereka.

Berapakah jumlah kesemua salam yang dilakukan?

a) 100

b) 20

c) 45

d) 50

6. Manakah antara susunan kiub rubik berkenaan yang menjadi sambungan

rajah di bawah?

a)

b)

c)

d)

Page 106: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

90

7. Sempurnakan siri ini: English, French, Hindi, Arabic, ?

a) Swahili

b) Bahasa

c) Loghat

d) Afrika

8. Jika anda jumlahkan nombor 1 sehingga 11 (termasuk kedua-duanya),

jawapannya adalah

a) nombor genap

b) nombor ganjil

c) tidak terkira

d) tiada satupun jawapan di atas

9. Manakah satu yang ganjil?

a)

b)

c)

d)

Page 107: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

91

10. Apabila Zahid, Zali, Zainal dan Zamri berdiri mengikut umur, Zahid yang

paling muda akan berdiri di hadapan sekali manakala Zali pula di belakang sekali.

Bagaimanapun, apabila berdiri mengikut ketinggian, Zainal yang paling rendah

berdiri di hadapan sekali manakali Zali berada di tempat ketiga. Pada kedua-dua

barisan, Zamri tetap di tempat kedua. Siapakah sebenarnya yang lebih muda selepas

Zali?

a) Zahid

b) Zali

c) Zainal

d) Zamri

11. Hari sebelum hari sebelum semalam adalah tiga hari selepas hari Sabtu.

Apakah hari ini?

a) Selasa

b) Rabu

c) Khamis

d) Jumaat

Page 108: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

92

12. Manakah urutan yang betul bagi rajah di bawah?

a)

b)

c)

d)

13. Apakah nombor seterusnya bagi siri nombor ini?

18, 13, 9, 6, 4, ?

a) 1

b) 2

c) 3

d) 4

Page 109: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

93

14. Manakah yang ganjil?

a)

b)

c)

d)

15. Ganges adalah untuk India manakala Nil untuk

a) Jerman

b) Mesir

c) Afrika

d) Jepun

Page 110: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

94

16. Rajah manakah adalah keputusan bagi lipatan untuk rajah di bawah?

a)

b)

c)

d)

17. Stim adalah untuk air seperti cecair untuk

a) ais

b) pepejal

c) wap

d) salji

Page 111: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

95

18. Bentuk manakah yang menjadi urutan yang betul bagi bentuk-bentuk di

bawah ini?

a)

b)

c)

d)

19. Apakah urutan bagi siri nombor ini?

79, 1012, 1315, 1618, ?

a) 1861

b) 1816

c) 1921

d) 2118

20. 10 orang lelaki mampu mengecat 30 buah rumah dalam masa 60 hari, maka 5

orang lelaki mampu mengecat 15 buah rumah dalam masa

a) 15 hari

b) 30 hari

c) 60 hari

d) 120 hari

Page 112: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

96

21. Apakah bentuk untuk urutan yang betul bagi susunan bentuk di bawah ini?

a)

b)

c)

d)

22. Bina perkataan dari huruf yang telah dicampuradukkan ini dan pilih

kumpulan mana yang sesuai bagi perkataan berikut.

SATAALURI

a) Planet

b) Negara

c) Binatang

d) Bahasa

Page 113: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

97

23. Rajah manakah yang berikut dapat melengkapkan urutan di bawah?

a)

b)

c)

d)

24. Apakah nombor yang paling sesuai untuk melengkapkan analogi ini?

10 : 6 ; 3 : ?

a) 2

b) 1

c) – 1

d) 12

Page 114: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

98

25. Manakah antara berikut menyerupai kiub yang tidak berlipat berikut?

a)

b)

c)

d)

26. Jika 18825135 untuk rhyme maka 1851191514 adalah untuk

a) played

b) ration

c) reason

d) tuition

27. Antara yang berikut, yang manakah bukan dalam kategori yang sama?

a) UBIM

b) RUASUN

c) RAZAHIF

d) KIHARM

Page 115: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

99

28. Berapa banyakkah segitiga yang terdapat pada rajah ini?

a) 9

b) 10

c) 11

d) 12

29. Dalam sebuah pentagon, berapakah garisan yang dapat dilukis untuk

menghubungkan setiap bucu?

a) 7

b) 8

c) 9

d) 10

30. Apakah nombor yang sesuai bagi menggantikan tanda soal berikut?

17 8 5 5

13 7 5 4

6 12 6 3

10 6 4 ?

a) 4

b) 5

c) 6

d) 7

Page 116: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 48 3.2.2 ... 4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 63 4.4 Antaramuka profil bagi guru 63 4.5 Antaramuka

100

LAMPIRAN B

JAWAPAN BAGI SOALAN KECERDASAN IQ

1. B

2. B

3. B

4. A

5. C

6. C

7. A

8. B

9. C

10. C

11. D

12. C

13. C

14. A

15. B

16. A

17. A

18. B

19. C

20. C

21. A

22. B

23. B

24. C

25. A

26. C

27. C

28. D

29. B

30. A