pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · 4.4.2.3 modul kikir 48 4.4.3 modul memotong...

26

Upload: truongdat

Post on 08-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin
Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

( PBK ) BERTAJUK “MEMOTONG” BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN

KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( PKM )

POON CHONG KHIM

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA

MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

( KEJURUTERAAN JENTERA )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin
Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

iii

Dedicated to

Mum, dad, sister and brothers

For their

Love, support and understanding.

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas

kepada penyelia saya, En. Asnul Dahar bin Minghat atas bimbingan, nasihat dan tunjuk

ajar yang diberi dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh penghasilan perisian ini.

Sehubungan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pembantu-pembantu

bengkel yang telah banyak memberi tunjak ajar dan memperkenalkan pelbagai jenis

mesin memotong serta maklumat yang berkaitan untuk menjayakan projek saya ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana Muda ini,

terutamanya rakan-rakan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan serta memberikan

sokongan.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

v

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

salah satu daripada media yang berpotensi dalam bidang pendidikan. Objektif projek ini

adalah untuk menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri secara

kreatif dan inovatif tanpa bimbingan guru. Untuk menghasilkan satu perisian yang

berkualiti memerlukan masa yang banyak, ketelitian dan kreativiti yang tinggi. Perisian

ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 6.5 dan perisian-perisian

yang lain. Aplikasi teori pembelajaran, ciri-ciri perisian multimedia dan tahap

pengetahuan sedia ada pelajar telah dipertimbangkan dalam mereka bentuk perisian

multimedia bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat.

Reka bentuk ini telah memasukkan elemen-elemen multimedia yang berkualiti supaya

perisian yang dihasilkan lebih menarik, bermutu dan memberi motivasi kepada pengguna

untuk meneruskan pelajaran. Ciri-ciri interaktif juga dimasukkan dalam perisian ini dan

pengguna boleh melaksanakan capaian maklumat secara rawak. Penilaian secara ringkas

mengenai perisian telah dijalankan dan didapati perisian ini mudah digunakan. Skrip

yang baik merupakan kunci utama dalam menghasilkan sebuah perisian yang berkualiti.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

vi

ABSTRACT

Usage of multimedia courseware in teaching and learning is one of the potential

methods in the field of education. The objective of this project is to prepare space that

student can study creatively and innovatively without teachers guidance. To produce a

quality courseware needs time, conscientious and creativity. This courseware was

developed using Macromedia Authoware 6.5 and others software. Applications in

learning theory, characteristic of multimedia software, stages of knowledge for each

students had to be carefully studied in designing the multimedia courseware for Form

four mechanical engineering subject. The design had included the quality multimedia

elements so that this courseware become attractive, high quality and motivate the user to

further studying. The interactive elements also being included so as user able to executive

information search. Simple evaluation about the courseware was held and came out with

the result that this courseware was easy to use. Quality scrip is the key for higher quality

courseware.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN vii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Definisi Termonologi 9

1.6.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer 9

1.6.2 Perisian 10

1.6.3 Multimedia 10

1.6.4 Interaktif 10

1.6.5 Amalan Bengkel 10

1.6.6 Pemotongan 11

1.6.7 Teknologi Maklumat 11

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Perkembangan Teknologi Maklumat 12

2.3 Penggunaan Komputer Dalam

Pendidikan 13

2.4 Multimedia 14

2.4.1 Teks 15

2.4.2 Grafik 16

2.4.3 Animasi 16

2.4.4 Video 17

2.4.5 Audio 17

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 18

2.6 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 20

2.6.1 Teori Pembelajaran Behavioristik 21

2.6.2 Teori Kognitif 22

2.7 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 23

2.7.1 Strategi Pembelajaran Koperatif 23

2.7.2 Strategi Pembelajaran Kolaboratif 24

2.7.3 Pembelajaran Anjal 24

2.7.4 Pembelajaran Bersepadu 25

2.7.5 Pembelajaran Reflektif 25

2.8 Teknik Pengajaran 26

2.8.1 Latih Tubi 26

2.8.2 Tutorial 26

2.8.3 Simulasi 27

2.8.4 Permainan 27

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

ix

BAB III METODOLOGI 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Keperluan Perisian 29

3.3 Perancangan Perisian 29

3.3.1 Perkakasan Komputer 30

3.3.2 Perisian Program Komputer

Multimedia 30

3.4 Proses Mereka Bentuk 31

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 31

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 32

3.4.3 Reka Bentuk Persembahan 33

3.5 Proses Penghasilan 34

3.5.1 Penghasilan Teks 35

3.5.2 Penghasilan Grafik 35

3.5.3 Penghasilan Animasi 36

3.5.4 Penghasilan Video 36

3.5.5 Penghasilan Audio 36

3.6 Proses Pengujian 37

BAB IV REKA BENTUK PERISIAN 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Modul Perisian 41

4.2.1 Penyediaan Teks 41

4.2.2 Pembinaan Grafik 41

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

x

4.2.3 Pembinaan Animasi 42

4.2.4 Penyediaan Video 42

4.3 Reka Bentuk Antara Muka 42

4.4 Kandungan Perisian 44

4.4.1 Modul Memotong Dengan Cara

Pembahagian 45

4.4.1.1 Modul Prinsip 45

4.4.1.2 Modul Contoh 46

4.4.1.3 Modul Alat 46

4.4.2 Modul Memotong Dengan Cara

Menyerpih Menggunakan Alat

Tangan 47

4.4.2.1 Modul Pahat 47

4.4.2.2 Modul Gergaji 48

4.4.2.3 Modul Kikir 48

4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih

Dengan Mesin 49

4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49

4.4.3.2 Modul Mesin Larik 50

4.4.3.3 Modul Mesin Kisar 50

4.4.3.4 Modul Mesin Canai 50

4.4.4 Modul Latih Tubi 52

4.4.5 Butang Bantuan 52

4.5 Ringkasan 52

4.6 Hasil Dapatan Proses Pengujian Perisian 53

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xi

BAB V PENUTUP 57

5.1 Kelebihan Perisian 58

5.2 Kelemahan Perisian 58

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa

Membangunkan Perisian 59

5.4 Cadangan 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN

Lampiran A- C 64 - 77

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xii

SENARAI CARTA

NO.CARTA TAJUK MUKA SURAT

4.1 Carta alir bagi perisian ini. 43

4.2 Carta alir bagi modul memotong dengan

cara pembahagian. 44

4.3 Carta alir bagi modul memotong dengan

cara menyerpih menggunakan alat tangan. 46

4.4 Carta alir bagi modul memotong secara

menyerpih dengan mesin. 49

4.5 Carta alir bagi modul latih tubi. 51

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.0 Model pendekatan sistem untuk mereka

bentuk pengajaran ( Dick and Carey,1996 ). 40

4.1 Paparan menu utama. 44

4.2 Paparan modul memotong dengan cara

pembahagian. 45

4.3 Paparan modul memotong dengan cara

menyerpih menggunakan alat tangan. 47

4.4 Paparan modul memotong secara menyerpih

dengan mesin. 49

4.5 Paparan modul latih tubi. 51

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xiv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Bilangan pelajar mengikut keturunan. 53

4.2 Bilangan pelajar mengikut jantina. 53

4.3 Bilangan pelajar mengikut umur. 53

4.4 Bilangan pelajar mengikut jenis sekolah terdahulu. 54

4.5 Set soal selidik untuk mendapatkan pendapat

mengenai perisian ini. 54

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta alir bagi perisian ini. 64- 69

B Skrin paparan bagi perisian ini. 70 - 73

C Borang soal selidik. 74 - 77

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKNA

P & P Pengajaran dan Pembelajaran.

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer.

GSP The Geometer’s Sketchpad.

PKM Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

MSC Multimedia Super Corridor.

KDPM Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

PLATO Programmed Logic Automatic Teaching Operation.

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia.

USM Universiti Sains Malaysia.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun . Ini

bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara yang

maju , keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat

penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi

dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan . Dengan itu, pihak

kerajaan telah memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi di kalangan rakyat

Malaysia.

Teknologi yang semakin berkembang pada hari ini terutamanya perkembangan

yang pesat dalam teknologi komputer telah membawa banyak perubahan kepada pelbagai

bidang seperti bidang perniagaan, perubatan, pentadbiran kerajaan, hiburan dan juga

dalam bidang pendidikan. Menurut Nik Aziz (1996) kemajuan yang begitu pesat dalam

bidang teknologi satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan

seseorang itu mencapai, memproses dan menyampai pelbagai jenis maklumat dengan

cepat dan mudah. E-Mail, World Wide Webs, teknologi digital, internet, CD-ROM dan

bahan multimedia interaktif yang lain telah menjadi alat atau kemudahan baru dalam

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

sistem pendidikan yang bersifat bestari. Oleh itu kita perlu memanfaatkan segala

kemudahan yang ada dengan menerapkannya ke dalam sistem pendidikan di sekolah,

maktab perguruan dan juga di universiti. Sebenarnya kesan teknologi maklumat ini telah

mempengaruhi dan menginovasikan pendidikan. Perubahan ini bukan sahaja dapat dirasai

oleh pihak pengurusan dan pentadbiran pendidikan tetapi telah mengubah kurikulum

dalam pendidikan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru

dalam sejarah perkembangan komputer. Menurut Zoraini (1993 ), pada sekitar 1980an,

usaha kerajaan untuk menerapkan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang

pendidikan telah bermula dengan memperkenalkan program kelab komputer melalui

kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Pada tahun 1995 pula, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan

dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik. Untuk menjayakan program ini, guru-guru mata

pelajaran berkenaan telah diberi latihan menggunakan komputer supaya proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dijalankan dengan lebih lancar.

Satu lagi usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju

menjelang tahun 2020 ialah menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah

bestari menjelang tahun 2010. Sekolah Bestari akan dibekalkan dengan pelbagai

kemudahan canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

Pada masa kini sekolah bestari telah menjadi agenda yang utama dalam sistem

pendidikan Malaysia. Melalui sekolah bestari, satu perubahan sistematik telah berlaku

terhadap sistem pendidikan negara menerusi aspek kurikulum, sistem penilaian,

pengurusan dan latihan guru. Selain penggunaan teknologi maklumat dalam aspek

pengurusan dan pentadbiran dalam bidang pendidikan terutamanya di sekolah, gagasan

sekolah bestari juga menfokuskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Fiske, 1991). Ini bermakna bidang teknologi menjadi

tumpuan utama untuk menjayakan rancangan ini kerana penekanan utama dalam sekolah

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

bestari ialah teknologi merentasi kurikulum. Penggunaan komputer dalam pendidikan

dijangka sangat meluas.

Menurut Tengku Azzman (1986 ), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer

diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai melalui

komputer dan tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Sebagai contoh, internet

telah memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengumpulan maklumat

kerana internet dapat mencapai maklumat daripada seluruh dunia. Kedua, kemampuan

mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan

cekap oleh komputer. Komputer dapat menyimpan maklumat yang banyak sekali yang

tidak dapat dilakukan oleh manusia. Ketiga, maklumat yang penuh dengan pengetahuan

menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu

sendiri. Komputer membawa perubahan kepada cara belajar dan cara berfikir pelajar.

Pelajar akan cuba mencapai sesuatu maklumat dan mentafsir maklumat itu sama ada

berguna untuk diri atau tidak. Melalui ini, pelajar masa kini bukan sahaja menerima apa

saja yang diajar oleh guru, malah pelajar akan mencari kebenaran itu sendiri.

Penggunaan teknologi maklumat pada dasarnya akan menjadi teras aplikasi

proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di sekolah-sekolah

bestari dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1999. Penggunaan tekonologi

maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik,

malah ia hanya sebagai media utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

antara guru dengan pelajar (Mohd. Yusof, 1988). Guru akan berperanan sebagai

fasilitator di dalam kelas. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan dan kebolehan

pelajar menggunakannya secara berkesan kini dilihat sebagai keperluan dalam mana-

mana sistem pendidikan. Institut perguruan memainkan peranan penting dalam

memberikan latihan kepada guru-guru terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya

guru-guru sentiasa dapat meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat

yang globalisasi. Kesedaran semua pihak terhadap perubahan pesat teknologi serta

peranan yang akan dimainkan oleh guru untuk menginovasikan sistem pendidikan sesuai

dengan perubahan semasa.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

1.2 Latar Belakang Masalah

Untuk memperkayakan maklumat, generasi pelajar tidak seharusnya bergantung

kepada buku teks yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru semata-

mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan komputer

perlu dititikberatkan. Penguasaan sepenuhnya kemahiran menggunakan komputer adalah

asas dalam usaha menguasai kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat.

Penggunaan perisian multimedia dalam bidang pendidikan merupakan satu cara

yang baik untuk pelajar menguasai prinsip ‘Mastery Learning’ iaitu pelajar boleh belajar

tanpa bimbingan guru. Di samping itu, pembelajaran berbantukan komputer juga

menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri secara kreatif dan

inovatif. Dengan adanya perisian multimedia yang menggabungkan unsur-unsur teks,

grafik, audio, video dan animasi akan membantu pelajar lebih memahami sesuatu topik

yang dipelajari. Gambaran yang kaya dengan 3D dan animasi yang hebat akan

merangsangkan minat pelajar dan juga membantu dalam pengingatan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali yang bertajuk

pengajaran dan pembelajaran Matematik berbantukan komputer : keberkesanan perisian

“ The Geometer’s Sketchpad” untuk tajuk penjelmaan. Kajian ini untuk menguji

keberkesanan Perisian “The Geometer’s Sketchpad” (GSP) untuk menyelesaikan masalah

bagi tajuk penjelmaan, iaitu salah satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran Matematik

Tingkatan 2. Kajian ini telah dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama

dikenali sebagai kumpulan rawatan yang mempelajari tajuk penjelmaan menggunakan

perisian GSP manakala kumpulan kedua dianggap sebagai kumpulan kawalan yang

mempelajari tajuk penjelmaan secara konvensional. Hanya seorang guru sahaja yang

terlibat dalam kajian ini, iaitu guru yang mengajar kedua-kedua kaedah kepada kedua-dua

kumpulan kajian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min pencapian

matematik bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan selepas kajian

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

dijalankan. Dapatan kajian di atas juga menunjukkan bahawa pencapaian matematik

pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan adalah lebih baik, berbanding dengan para

pelajar dalam kumpulan kawalan untuk tajuk penjelmaan. Kesimpulannya, penggunaan

bahan bantu mengajar berbantukan komputer melalui perisian GSP, ternyata memberi

kesan ke atas kemajuan pengajaran dan pembelajaran matematik untuk tajuk penjelmaan.

Tetapi untuk mengubah kaedah pengajaran yang tradisional itu kepada

pembelajaran berbantukan komputer bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Plomp dan

Pelgrum (1993), kemudahan perisian-perisian yang dibuat khas untuk kegunaan subjek

atau mata pelajaran tertentu adalah satu prasyarat penting bagi membolehkan

pembelajaran berbantukan komputer dilaksanakan. Masalahnya pada masa sekarang ialah

kekurangan perisian yang sesuai pada pasaran dan juga ada sesetengah guru cuba

menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ajibero (1995)

dalam kajiannya telah mendapati bahawa guru-guru beranggapan bahawa komputer,

khususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengajar

kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan ini akan mencabar

profesion dan keupayaan guru. Morton (1989) telah mendapati walaupun pihak kerajaan

telah memberi dorongan yang kuat disamping sambutan oleh pihak swasta terhadap

program komputer namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan penerimaan yang kuat

dari kalangan guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, terdapat keperluan yang amat

tinggi untuk menilai status penerimaan guru- guru terhadap teknologi komputer di dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Heinich ( 1993 ) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan

mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan

penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih

mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz ( 1997 ) yang menyatakan

bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.

Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang

sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

pendidikan.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

Guru merupakan aset sesebuah sekolah, pelaksanaan sebarang program

pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen, pengetahuan,

sokongan dan juga ketrampilan guru-guru di sekolah itu. Lebih-lebih lagi bidang yang

memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Latihan yang mencukupi

serta sikap yang positif terhadap penggunaan komputer adalah amat perlu supaya guru

dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah-

sekolah nanti. Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran di kalangan

anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan di dalam sesebuah organisasi (Steers

1996).

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Chin Yoon Poh, Ab Rahman bin Darus,

Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap

penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik

Kuala Lumpur. Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan bilangan respoden yang

tinggi bersetuju terhadap keberkesanan penggunaan komputer. Guru pelatih percaya

komputer dapat memberi motivasi dan membantu mereka belajar dengan lebih berkesan.

Penggunaan komputer tidak mengganggu pembelajaran malah dapat meringankan beban

tugas guru pelatih dan memupuk minat belajar. Persepsi guru pelatih dalam aspek ini

telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Johnstone( 1987 ) dan Margerat Cox

( 1990 ).

Pihak kerajaan telah mula melaksanakan PBK ini terhadap mata pelajaran Sains,

Matematik, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Dalam bidang pendidikan teknik

dan vokasional, pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian ini masih belum

dibangunkan dengan sepenuhnya.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

1.3 Pernyataan masalah

Dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional, pengajaran dan pembelajaran

pelajar tidaklah semudah di sekolah-sekolah akademik biasa. Pelajar jurusan teknik dan

vokasional biasanya akan dilibatkan dengan amali supaya pelajar memperolehi sesuatu

pengalaman dan lebih memahami silibus yang ditetapkan. Berdasarkan pengalaman

latihan mengajar pengkaji di Sekolah Menengah Teknik Kajang selama enam minggu

mengajar subjek Pengajian Kejuruteraan Mekanikal ( PKM ), keperluan perisian PBK ini

dalam membantu para pendidik amatlah perlu.

Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal ( PKM ) adalah merupakan

mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima di

Sekolah Menengah Teknik. Kandungan PKM ini umumnya diajar melalui dua cara iaitu

secara teori dan juga melalui kerja amali. Pemotongan merupakan salah satu sub topik

yang ada pada silibus tingkatan empat.

Topik ini telah melibatkan banyak kerja amali tetapi bengkel di sekolah tidak

mempunyai peralatan dan mesin yang mencukupi untuk pelajar mempelajari topik ini.

Pengkaji terpaksa menerangkan fungsi-fungsi mesin hanya dengan bantuan gambar-

gambar yang terdapat dalam buku teks sahaja. Pada mulanya pelajar menunjukkan minat

terhadap mesin-mesin tersebut dan telah menanyakan banyak soalan. Akhirnya mereka

berasa kecewa dengan hanya penerangan tanpa melihat kepada mesin sebenar dan

mereka sukar bayangkan bagaimana mesin itu berfungsi.

Dari sini pengkaji mendapati bahawa keadah pengajaran dan pembelajaran yang

tradisional iaitu kaedah tunjuk ajar dan pembacaan teks tidak lagi merupakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terutamanya bagi mata pelajaran yang

banyak memerlukan demostrasi dan simulasi serta amali. Dengan adanya pelbagai

ciptaan mikrokomputer , pengkaji yakin ia dapat mengubah kaedah pengajaran dan

pembelajaran di dalam kalangan pelajar menjadi lebih berkesan dan disampaikan dengan

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 4.4.2.3 Modul Kikir 48 4.4.3 Modul Memotong Secara Menyerpih Dengan Mesin 49 4.4.3.1 Modul Mesin Gerudi 49 4.4.3.2 Modul Mesin

cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Salah satunya ialah pembelajaran dan

pengajaran berbantukan komputer (PBK).

1.4 Objektif projek

Perisian ini dibangunkan untuk :

a. Memastikan pelajar memahami prinsip dan fungsi mesin pemotongan.

b. Memberi peluang kepada pelajar belajar tajuk yang susah berulang kali

sehingga pemahaman dicapai.

c. Membolehkan pelajar belajar mengikut kemahuan diri mereka, seperti

tempat, masa dan kadar yang difikirkan sesuai.

d. Membolehkan pelajar belajar tanpa bimbingan guru.

e. Melayani keperluan pelajar yang berbeza kebolehan mengikut latar

belakang dan pengalaman mereka.

f. Menyediakan ruang kepada pelajar belajar secara kreatif dan inovatif.