blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · web viewdorongan, perhatian, perancangan,...

15
PROGRAM MINDA SEGAR DAPAT MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID- MURID TINGKATAN 5 ALFA OLEH: PUAN SALMAH BINTI MD ALI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SMK RAHMAT 78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA. PROGRAM MINAT SEGAR DAPAT MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID MURID TINGKATAN 5 ALFA OLEH PUAN SALMAH BINTI MD ALI

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

PROGRAM MINDA SEGAR DAPAT MENINGKATKAN MINAT MEMBACADALAM KALANGAN MURID- MURID

TINGKATAN 5 ALFA

OLEH:PUAN SALMAH BINTI MD ALI

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASMK RAHMAT

78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA.

Page 2: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

PROGRAM MINAT SEGAR DAPAT MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID – MURID TINGKATAN 5 ALFA

OLEHPUAN SALMAH BINTI MD ALI

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASMK RAHMAT, KUALA SG. BARU, MELAKA.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memupuk minat membaca Seramai 25 orang murid tingkatan 5 Alfa terlibat dalam kajian ini. Kelas 5 Alfa merupakan kelas cemerlang aliran sains. Tinjauan awal dibuat melalui 10% pencapaian Tahap Jauhari Gangsa iaitu telah membaca dan mencatat sekurang- kurangnya 72 buah buku manakala 90% pula tidak mencapai tahap atau membaca dan mencatat kurang daripada 72 buah buku. Kajian yang difokuskan kepada galakan membaca melalui Program Minda Segar ini dalam tempoh 3 bulan telah dilaksanakan dengan jayanya. Analisis data NILAM bagi Kelas 5 Alfa menunjukkan 100% mencapai pengiktirafan Tahap Jauhari iaitu membaca dan mencatat 72 buah buku. 83% mencapai Tahap Jauhari Gangsa, 10% Perak, 5% Emas dan 2% NILAM. Murid – murid mengakui bahawa Program Minda Segar dapat menjadi ransangan berterusan untuk mereka terus minat membaca. Sememangnya Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

1.0 REFLEKSI PENGALAMAN LALU

Sewaktu menyemak buku catatan Program NILAM murid- murid Tingkatan 5 Alfa,

saya rasa terkilan kerana 23 daripada 25 orang masih tidak mencapai pengiktirafan

dalam Prpgram NILAM iaitu membaca dan mencatat ke dalam Buku NILAM kurang

daripada 72 buah buku. Apabila ditegur kenapa sangat sedikit catatan di dalam buku

NILAM, jawapan mereka ialah, “ Tak ada masa la cikgu nak pinjam buku, malas la

nak baca, nak catat lagi tak ada masa, kerja rumah banyak la cikgu nak kena

siapkan, balik dah petang, kelas tambahan pulak, malam dah letih, penat dan

pelbagai alasan yang negatif. Keseluruhan masa digunakan untuk menyiapkan kerja

rumah dan mengulangkaji pelajaran sahaja.

Kelas Tingkatan 5 Alfa merupakan kelas yang cemerlang tetapi minat

membaca dan mencatat bacaan dalam buku NILAM sangat rendah. Mereka

memang boleh mencapai pencapaian yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak

cemerlang dalam menjadikan amalan membaca sebagai budaya sepanjang hayat.

Kecemerlangan mereka akan lebih terselah dan gemilang malah menjadi contoh

teladan, idola murid- murid yang lain dalam melaksanakan Program NILAM secara

Page 3: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

keseluruhan. Sebenarnya lebih banyak mereka membaca, lebih luas

perbendaharaan kata, lebih ketrampilan berkomunikasi dan berkeyakinan diri.

Membaca di awal pagi memang sangat memberi faedah kerana otak masih

cergas dan cerdas. Murid- murid harus dibimbing untuk membentuk minat membaca

di dalam diri mereka yang akan membantu mempertingkatkan pencapaian mereka

dalam peperiksaan dan menjadikan minat membaca sebagai satu budaya hidup.

Minat membaca tidak boleh diukur dengan mata kasar. Walau bagaimana pun minat

membaca ini boleh dipupuk dan diterjemahkan melalui tingkah laku dan tabiat. Minat

membaca di kalangan murid boleh didorong oleh usaha dan ganjaran yang

berterusan.

2.0 FOKUS KAJIANKajian saya berfokuskan kepada kaedah meningkatkan minat membaca dalam

kalangan murid tingkatan 5 Alfa. Peningkatan minat membaca ini dikesan melalui

catatan rekod bacaan dalam buku NILAM mereka. Kajian akan memberi tumpuan

kepada usaha membaca di awal pagi.

Melalui temu bual dengan murid- murid yang terlibat, antara rungutan, luahan

perasaan atau kekangan yang mereka hadapi adalah;

1. Murid tidak memahami kepentingan membaca atau tidak mendapat

pendedahan tentang kemahiran membaca. Di tambah pula dengan suasana

persekitaran dan rumah yang tidak menghidupkan amalan membaca. Kalau

pun mereka membaca ianya tertumpu kepada pembacaan berkaitan mata

pelajaran tumpuan atau fokus untuk pencapaian dalam peperiksaan. Bacaan

yang ringan dan kurang berfaedah lebih digemari oleh murid seperti komik,

majalah hiburan yang terdapat di pasaran, hatta membaca surat khabar pun,

ruangan yang menjadi tumpuan adalah ruangan hiburan, sukan atau santai

semata- mata.

2. Murid- murid rasa tidak seronok, rasa terpaksa membuat atau mencatat

NILAM, membuang masa, memenatkan dan tidak menguntungkan mereka.

Dorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti

Page 4: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

berterusan mampu menarik minat murid membaca dan melaksanakan

NILAM. Selain daripada itu, insentif, ganjaran dan hadiah berupaya

mendorong murid- murid untuk mendapat pengiktirafan dalam Program

NILAM seterusnya menjadikan amalan dan minat membaca sebagai budaya

hidup.

3. Kekurangan bahan yang sesuai untuk dibaca. Buku fiksyen ,novel dan buku-

buku ilmiah kadangkala terlalu tebal atau panjang untuk dihabiskan dalam

waktu yang singkat. Maka penyediaan bahan yang sesuai dan boleh habis

dibaca dalam waktu yang singkat amat perlu dan memudahkan murid- murid

mencatat terus apa yang dibaca ke dalam buku NILAM. Justeru itu,

penyediaan bahan yang sesuai perlu dilaksanakan.

Berikutan daripada permasalahan di atas, saya teruja untuk membantu murid-

murid meningkatkan minat membaca, sekaligus mencapai pengiktirafan dalam

Program NILAM.

Sekiranya kajian tidak dijalankan, murid- murid tetap tinggal di takuk lama,

bergelumang untuk cemerlang dalam akademik tetapi tidak menjadikan

membaca sebagai satu hobi atau budaya dalam hidup. Program NILAM yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran hanya’ indah khabar dari rupa’ ,

dijalankan hangat- hangat tahi ayam, ataupun data tidak sahih. Awal pagi

persekolahan akan dihabiskan dengan waktu berbual- bual, senggang, duduk-

duduk saja sebelum masuk ke kelas waktu pertama.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharapkan akan

mencapai objektif berikut:

i. Objektif umum

Meningkatkan minat membaca di kalangan murid tingkatan 5 Alfa

melalui peningkatkan jumlah rekod bacaan dalam buku NILAM.

ii. Objektif Khusus

Page 5: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

- Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).- Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang

sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.- Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti. - Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan

serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.- Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti. - Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup

4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran kajian ini ialah 25 orang murid tingkatan 5 Alfa.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN. i. Tinjauan Masalah

Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti adalah bertujuan untuk

memahami sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam. Tinjauan dilakukan

dengan mengutip data berdasarkan aspek- aspek berikut:

- Langkah- langkah yang boleh meningkatkan minat membaca murid.

Program atau aktiviti galakan membaca di awal pagi.

Data- data dikutip melalui aktiviti berikut:

a. Bersoal- jawab dengan murid mengenai:

- langkah – langkah yang boleh meningkatkan minat membaca mereka.

- bahan bacaan yang mereka minati.

- masa membaca dan merekod yang sesuai untuk mereka.

b. Mengumpulkan data jumlah bacaan murid berdasarkan buku Program

NILAM mereka.

Program Minda Segar Cara Pelaksanaan:

a. Guru Perpustakaan dan Media menyediakan bahan bacaan untuk Program

Minda Segar.

- Buku- buku Fiksyen

- Keratan Akhbar/ Majalah B. Melayu dan B. Inggeris.

- Karangan terpilih B. Melayu dan B. Inggeris

- Bakul Buku NILAM

Page 6: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

b. Murid membeli buku NILAM di koperasi sekolah.

c. GPM memberi taklimat tentang Program Minda Segar.

d. Pelaksanaan Program Minda Segar , awal pagi (pukul 7.00 – 7.35 pagi)

e. Murid membaca dan mencatat bacaan di dalam buku NILAM

f. Guru mengumpulkan data NILAM.

g. Murid menerima insentif, ganjaran dan sijil pengiktiran NILAM.

Aktiviti akan diubahsuai mengikut keperluan setelah tinjauan awal dilakukan.

5.2. ANALISA TINJAUAN MASALAH Melalui soal- jawab bersama murid, antara langkah boleh meningkatkan

minat membaca mereka ialah penyediaan bahan bacaan dan aktiviti galakan

membaca. Pembacaan di awal pagi boleh membantu murid- murid menyemai minat

membaca. Masa rehat yang singkat, kurang galakan dan dorongan, tiada intensif

dan ganjaran dalam Program NILAM merupakan masalah yang diluahkan oleh

mereka.

Temubual dengan murid sebelum kajian.

Berikut adalah beberapa temu bual antara pengkaji dan pelajar yang telah

dijalankan.

Murid A.Guru : Anda minat membaca?

Murid : Tak minat la cikgu.

Guru : Kenapa.

Murid : Malas la cikgu.

Guru : Berapa banyak dah anda catat NILAM?

Murid : baru 10 je cikgu.

Murid B.

Page 7: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

Guru : Anda minat membaca?

Murid : Minat la juga cikgu

Guru : Minat baca apa?

Murid : Komik

Guru : Tak minat baca buku cerita, akhbar ke?

Murid : Entah la cikgu... kadang- kadang.

Guru : Kenapa?

Murid : malas nak baca, nak pergi perpustakaan lagi malas,

tak de masa cikgu.

Murid CGuru : Anda suka membaca?

Murid : Sikit- sikit la cikgu.

Guru : Datang awal, tak baca buku?

Murid : Tak, sembang dengan kawan- kawan lagi best.

Guru : Awak tak nak jadi Tokoh NILAM?

Murid : Malu la cikgu, layak ke... budak lain kan ada.

Guru : Awak buat NILAM, nanti dapat hadiah, sijil.

Murid : Ya ke cikgu, kalau macam tu boleh la.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan.5.3.1 Program Minda SegarCara Pelaksanaan

a. Saya akan memotivasikan pelajar untuk membaca dan mencatat ke dalam

Buku NILAM.

b. Murid dikehendakki datang awal ke sekolah dan berkumpul di Dataran

Rahmat. Murid akan membaca dan mencatat bahan bacaan di dalam Buku

NILAM. Bahan bacaan merangkumi Buku Fiksyen, Keratan Akhbar dan

Majalah serta karangan b. Melayu dan B. Inggeris yang terpilih.

c. Murid yang tidak atau belum mencapai target iaitu membaca dan mencatat

sekurang- kurangnya 72 buah buku akan diberikan dorongan dan galakan.

d. Murid- murid yang berjaya membaca dan mencatat melebihi 72 buah buku

akan diberikan insentif dan sijil pengiktirafan NILAM pada majlis Anugerah

NILAM.

Page 8: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

e. Analisis Data NILAM Kelas 5 Alfa dan gambar – gambar penerima anugerah

dipamerkan di Anjung NILAM untuk menyuntik semangat murid- murid yang

lain.

5.3.2 Analisis Temu BualTemu bual dengan murid.

Berikut merupakan temubual dengan beberapa orang murid setelah

menjalankan kajian.

Murid 1:

Guru : Apakah perasaan awak setelah dapat membaca dan mencatat

lebih 72 buah buku?

Murid : Alhamdulillah seronok sangat.

Guru : Adakah awak rasa Program NILAM tidak memberi faedah?

Murid : Program NILAM ni bagus la cikgu, dengan membaca terutama di

awal pagi membantu saya mengingati banyak perkara dan saya

boleh membuat karangan dengan lebih baik.

Murid 2

Guru : Seronok tak membaca dan mencatat NILAM di awal pagi?

Murid : Seronok la cikgu, kalau tak sebelum ni sembang- sembang

kosong je, sekarang membaca dan mencatat NILAM lebih baik

la.

Guru : Jadi tak ada masalah la kalau buat NILAM awal pagi?

Murid : Tak ok je, dah biasa dah sekarang membaca dan catat NILAM.

Murid 3

Guru : Macamana sekarang, seronok dapat hadiah dan sijil NILAM?

Murid : Memang la seronok cikgu , baca , catat dan dapat hadiah dan

Page 9: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

sijil NILAM. Biasanya kalau nak dapat sijil ni kena masuk

pertandingan dulu tapi dengan buat NILAM kita pun boleh

dapat sijil, best la.

Page 10: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

Jumlah murid yang mendapat pengiktirafan NILAM dapat dipertingkatkan daripada

2 orang iaitu 8% sebelum kajian kepada 25 orang iaitu 100% selepas kajian

dijalankan. Jumlah murid yang mendapat pengiktirafan Tahap Jauhari Gangsa

seramai 20 orang iaitu 80%, Perak 2 orang iaitu 8%, Emas seorang iaitu 4% dan

NILAM 2 orang iaitu 8%. Ini menunjukkan bahawa minat dan usaha murid- murid

membaca dan mencatat di dalam Buku NILAM dapat mempastikan semua murid

mendapat pengiktirafan dalam Program NILAM. Program Minda Segar di awal pagi

meransang murid- murid membaca dan mencatat NILAM. Membaca juga

membantu murid- murid menambahkan ilmu pengetahuan dan cemerlang dalam

pelajaran. Program Minda Segar dapat menyuntik minat murid- murid menjadikan

amalan membaca sebagai hobi.

Bahan Bacaan NILAM Guru memberi taklimat dan bimbingan

Murid – murid membaca

dan mencatat NILAM

Page 11: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

6.0 REFLEKSI KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kejayaan menarik minat murid –

murid untuk membaca dan mencatat NILAM di awal pagi membolehkan murid- murid

mendapat pengiktifaran dalam Program NILAM. Ini telah dibuktikan dengan

pelaksanaan Program Minda Segar di awal pagi mempamerkan usaha murid- murid

terus membaca dan mencatat NILAM. Budaya membaca di awal pagi merubah

senario sebelumnya yang mana waktu pagi terbiar begitu sahaja dengan aktiviti yang

tidak berfaedah seperti bersembang dan berbual- bual kosong sahaja sebelum waktu

pembelajaran dan pengajaran bermula. Secara tidak lansung, program ini dapat

mendisplinkan murid- murid daripada faktor kebisingan atau membuang masa.

Pencapaian murid- murid kelas 5 Alfa dalam pengiktirafan NILAM menjadi

pendorong kepada murid- murid lain. Program ini merealisasikan Program NILAM

iaitu memupuk tabiat membaca yang berterusan dengan dorongan dan pemantauan

daripada guru. Kecemerlangan prestasi akademik murid- murid juga terserlah dan

suasana persekitaran sekolah lebih kondusif dan harmonis sejak di awal pagi lagi.

Kajian ini memberi inspirasi kepada saya bahawa minat membaca boleh

dipupuk melalui program yang terancang, motivasi berterusan, bahan bacaan yang

mencukupi dan insentif serta ganjaran yang disediakan. Kajian ini juga menyedarkan

murid- murid lain kepentingan tabiat membaca yang dapat membantu meeka dalam

pelajaran. Suasana awal pagi persekolahan dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang

berfaedah dan berjaya menjadikan amalan membaca sebagai hobi masa lapang.

Program NILAM juga dapat dilaksanakan dengan baik dan data NILAM dapat

disediakan dengan sempurna di mana semua murid berpeluang memperoleh

ganjaran atau pengiktirafan dalam Program NILAM.

Page 12: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

7.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Berdasarkan hasil kajian, adalah dicadangkan program seperti Program

Minda Segar ini dapat dilaksanakan kepada semua kelas di sekolah ini. Jumlah

bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah terus ditambah dan mencukupi dengan nisbah

murid. Pelaksanaan yang terancang dan sistematik dapat mempastikan Program

NILAM berjalan lancar dan budaya membaca sepanjang hayat terbentuk di

kalangan murid- murid dan warga sekolah secara keseluruhan berseuaian dengan

slogan Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

Page 13: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca

RUJUKAN;1. Bahagian Teknologi Pendidikan KPM 2007, Program NILAM Konsep dan

Panduan Pelaksanaan Di sekolah.

2. Bahagian Teknologi Pendidikan KPM 2007, Buku Panduan Pengurusan Pusat

Sumber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan Dan Media.

Page 14: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca
Page 15: blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com€¦  · Web viewDorongan, perhatian, perancangan, pemantauan, pujukan, pujian dan aktiviti berterusan mampu menarik minat murid membaca