segala pujian bagi allah, pemilik alam yang terbentang...

28
1

Upload: hoangcong

Post on 08-Jun-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

2

Segala pujian bagi ALLAH, Pemilik alam yang terbentang luas ini, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Penyudah sekalian Nabi yang digelar al-Amin, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati termasuk ahli-ahli PRISMA sekalian. Alhamdulillah kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya kita dapatlah bersama-sama berhimpun dalam program Wacana Keluarga Bahagia Orang Pekak, Majlis Mesra Aidil Adha PRISMA dan

Mesyuarat Agung Dwitahunan kali ke-4 PRISMA di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 26hb Ogos 2018. Selaku Yang DiPertua PRISMA, saya mengucapkan jutaan terima kasih dengan ikhlas kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah berpenat lelah datang dari negeri-negeri yang jauh untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli PRISMA dan para pemerhati yang dihormati. Hadirin yang dirahmati ALLAH SWT.

Sejak 19 Disember 2017M/30 Rabiulawal 1439H, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengisytiharkan 23 September sebagai Hari Bahasa Isyarat Sedunia (IDSL) bagi meningkatkan kesedaran awam tentang status bahasa isyarat sebagai satu bahasa yang diiktiraf. `With Sign Language, Everyone is Included' adalah tema sambutan Hari Bahasa Isyarat Sedunia yang ditetapkan oleh Persekutuan Orang Pekak Sedunia WFD 2018. Buku Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) terbitan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah memberi impak positif di negara kita. InShaaALLAH. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi yang bersidang pada 30/11/1432H(2010-11M) mengeluarkan fatwa no. 25465 mengenai keharusan mengajar Al-Quran kepada golongan Pekak dengan menggunakan Bahasa Isyarat Arab termasuk Ejaan Jari Hijaiyyah untuk mengajar lafaz-lafaz al-Quran atau makna-maknanya. Di Malaysia, Ejaan Jari Hijaiyyah dibawa oleh pihak PRISMA selepas Persidangan Antarabangsa Muslim Orang Pekak Kali Pertama di Qatar pada tahun 2013 untuk mengembangkan pengajaran Ejaan Jari Hijaiyyah kepada golongan Muslim Pekak di seluruh Malaysia. Alhamdulillah Pihak PRISMA berharap agar pihak JAKIM dapat membantu dan menyokong usaha PRISMA yang bekerjasama dengan pihak MFD demi menjayakan projek pembangunan Terjemaah Quran dalam BIM (Q-BIM) dan pemurnian Bahasa Isyarat Malaysia Islam (BIM-I). InShaaALLAH Hadirin yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

من استطاع منكم أن ينفع أخاه فليفعل.Maksudnya: Sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah ia melakukannya. Hadis ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kewujudan insan OKU ini sebenarnya memberi isyarat kepada kita berkaitan peranan dan kebersamaan setiap individu masyarakat dalam membantu mereka berdasarkan kehendak dan keperluan semasa. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, jawatankuasa pelaksana, ahli-ahli PRISMA, para tetamu yang menjayakan penganjuran program ini. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan mengekalkan istiqamah dalam berdakwah. Salam Hormat daripada Sdr. Marzuki Ong bin Maliki Ong

3

WACANA KELUARGA BAHAGIA ORANG PEKAK;

MAJLIS MESRA AIDIL ADHA PRISMA;

MESYUARAT AGUNG PRISMA KE-4

SEMPENA

SAMBUTAN HARI BAHASA ISYARAT SEDUNIA 2018 26 OGOS 2018 (HARI AHAD)

DEWAN MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD KUALA LUMPUR

8.00 pagi - Pendaftaran / Sarapan pagi

9.30 pagi - Upacara Bermula

Bacaan Doa

Bacaan Al-Quran Kaedah Jari Hijaiyyah oleh wakil PRISMA

10.00 pagi -

Wacana Keluarga Bahagia Orang Pekak 2018

Moderator : Tn. Amir Hamidi bin Abdul Manan, JKM Malaysia

Panelis 1 : Tn. Haji Aqlam bin Jafri, JKM Selangor

Panelis 2 : Pn. Hafidah binti Awaludin, Jurubahasa BIM MFD

Panelis 3 : Sdr. Marzuki Ong bin Maliki Ong, PRISMA

Soal-Jawab

11.30 pagi

12.00 tengahari

1.10 petang

-

-

-

-

-

-

Ketibaan Wakil Ketua Pengarah JAKIM

Majlis Perasmian Majlis Mesra Aidil Adha PRISMA 2018

Ucapan Alu-Aluan oleh Yang Dipertua PRISMA

Ucapan Perasmian oleh Wakil Ketua Pengarah JAKIM

Jamuan Aidil Adha PRISMA

Solat Zohor

2.00 petang

5.00 petang

-

-

Permulaan Mesyuarat Agung Dwitahunan PRISMA kali ke-4

Menerima & Mengesahkan Minit AGM kali ke-3 & Laporan Tahunan PRISMA

2015/2017

Menerima & Mengesahkan Laporan Kewangan PRISMA berakhir 31 Disember

2017

Pembubaran AJK 2015/2017 & Perlantikan Pengerusi Pemilihan

Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2017/2019

Membentangkan & Membahaskan Usul

Ucapan Penangguhan & Bersurai

Sebarang perubahan jadual akan diberitahu kelak

4

PENGENALAN PRISMA

Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association) atau nama ringkasnya PRISMA adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan peringkat Kebangsaan untuk komuntiti Muslim OKU Pekak di seluruh Malaysia. Persatuan ini ditadbir oleh pemimpin Muslim Pekak untuk mempergiatkan agenda tarbiyah (pendidikan), ukhuwah (persaudaraan) dan khairiyyah (kebajikan).

PRISMA telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor (ROS) pada 21hb Jan. 2011 bernombor pendaftaran PPM-002-10-21012011 dan juga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 22 Dis. 2017 bernombor pendaftaran NGO-i(MAIS)-051-22122016. PRISMA bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memperjuangkan hak penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia melalui projek pembangunan Terjemahan Quran dalam Bahasa Isyarat Malaysia (Q-BIM) dan pemurnian Bahasa Isyarat Malaysia Islam (BIM-I).

MOTO PRISMA

“BERILMU, BERAMAL, BERDAKWAH DAN BERSABAR”

VISI PRISMA

Menjadi peneraju utama dalam pembentukan komuniti Muslim Pekak yang berpegang teguh dengan al-Quran

dan as-Sunnah.

MISI PRISMA

Memperkasakan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Muslim Pekak melalui dakwah dalam Bahasa Isyarat Malaysia.

MATLAMAT PRISMA

Menyuburkan dan membangunkan pendidikan al-Quran, as-Sunnah dan Ibadah kepada golongan Pekak.

Melahirkan pendakwah / daie dalam kalangan orang Pekak dan golongan tipikal yang mampu menyampaikan ilmu agama kepada golongan Pekak.

Menjaga kebajikan dan menyatupadukan orang Pekak Muslim di Malaysia

Mengeratkan perhubungan dengan mana-mana badan pertubuhan Islam yang memperjuang hak pendidikan agama Islam dalam kalangan OKU sama ada dalam dan luar negara.

STRATEGI PRISMA

Mewujudkan Kelas Pengajian Al-Quran untuk golongan Pekak di setiap negeri

Memperkukuhkan dana PRISMA ke arah membantu memperluaskan aktiviti-aktiviti Dakwah, Kebajikan & Pendidikan

Mempergiatkan Kursus Bahasa Isyarat Malaysia Islam (BIM-I) dan meningkatkan kemahiran bahasa isyarat sebagai komunikasi dalam kalangan golongan agamawan

Mempergiatkan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) Al-Quran & Ibadah untuk golongan Pekak

Mempergiatkan Kursus Kemahiran Ejaan Jari Arab untuk golongan guru agama pendidikan khas di sekolah kerajaan.

Memperluaskan Aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia Islam dalam pengajian Al-Quran, Sunnah serta Ibadah utk golongan Pekak

5

GOLONGAN SASARAN PROGRAM PRISMA

1. Pelajar Sekolah Orang Pekak 2. Dewasa Orang Pekak

3. Mualaf / Saudara Baru Orang Pekak

4. Pegawai Agama, Pendidik & Sukarelawan yang ingin belajar Bahasa Isyarat Malaysia Islam

BIDANG KEPAKARAN/KEMAHIRAN PRISMA

1. Kaunselor Rumahtangga Orang Pekak

2. Jurulatih Ejaan Jari Hijaiyyah & Bahasa Isyarat Arab 3. Pengajar Kelas Pengajian Al-Quran Orang Pekak

4. Pengajar Kelas Bahasa Isyarat Malaysia Islam 5. Penceramah Motivasi Orang Pekak

6. Penceramah Agama Orang Pekak

7. Penceramah Kursus Pra-Perkahwinan & Keluarga Bahagia Orang Pekak 8. Jurulatih TOT Pengajar Modul Pengajian Al-Quran & Ibadah Orang Pekak

9. Jurulatih Kem Kepimpinan Pelapis Pemimpin NGO Orang Pekak 10. Pendakwah Muslim Orang Pekak

PROGRAM-PROGRAM PRISMA

1. Pendidikan Orang Pekak

2. Dakwah Muslim Pekak 3. Kolaborasi PRISMA

4. Bina Insan

5. Bahasa Isyarat Malaysia Islam 6. Kebajikan & Sosial

7. Role-Model PRISMA

Tempat Ceramah Jom Baca Al-Quran Kaedah Ejaan Jari Hijaiyyah

1. Sekolah Agama Pendidikan Khas (Pekak) Johor Bahru, Johor 2. Sekolah Rendah Pendidikan Pendidikan Khas (Pekak) Chemor, Perak

3. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Pekak) Shah Alam, Selangor 4. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah Kajang, Selangor

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah

6. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Pekak) Indahpura, Kulai, Johor 7. Program Intergasi Pendidikan Khas Sek. Men. Keb. Tun Hussein Onn, Kluang, Johor

8. Program Intergasi Pendidikan Khas Sek. Men. Keb. Tasek Damai, Ipoh, Perak 9. Program Pendidikan Khas Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

10. Persatuan Orang Pekak Islam Johor

11. Persatuan Orang Pekak Islam Sabah 12. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Kedah

13. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Kelantan 14. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur

15. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang

16. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Selangor 17. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Orang Pekak Terengganu

18. Kelab Orang Pekak Islam Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu 19. Kelas Pengajian Mualaf Orang Pekak anjuran JAWI

20. Kelas Asas Fardu Ain Pelajar ILP MFD 21. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

22. Institut Latihan Islam Malaysia

23. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan 24. Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia

25. Komuniti Muslim Pekak Seluruh Malaysia yang tonton Youtube, FB Live

6

KOLABORASI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Majlis Dakwah Negara (MDN)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)

Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMS)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya (UM)

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI)

Kolej Universiti Islam Selangor (KIUS)

Organisasi Pendakwah Pekak Negara-Negara Arab

Organisasi Pekak Islam Amerika Syarikat (GDM)

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

Ahli-Ahli Gabungan MFD – Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri

Persatuan/Kelab Muslim Pekak Negeri-Negeri

Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA)

Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MYASLI)

JAWATANKUASA PRISMA

PRISMA ditadbir oleh Pemimpin Pekak

7

PROGRAM PENDIDIKAN ORANG PEKAK

Kelas Pengajian Orang Dewasa Pekak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2015 hingga 2017 anjuran Unit OKU Bahagian Dakwah JAWI di Kompleks Pusat Islam, K.Lumpur [Kredit Haji Aqlam]

Seminar Komunikasi Rumahtangga Orang Pekak anjuran JAWI bersama PRISMA, KLSD dan MFD di Dewan Syarahan Masjid Negara K. Lumpur pada 10 Mei 2015 / 21 Rejab 1436H [Kredit JAWI]

Kelas Bimbingan Bahasa Isyarat Arab & Ejaan Jari Hijaiyyah 2015 - 2016 anjuran PRISMA di Pusat Kecemerlangan PESIBA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur [Kredit Marzuki Ong]

Kelas Asas Fardu Ain Pelajar ILP (Program Kemahiran Hidup Berdikari) 2016 anjuran MFD bersama PRISMA di Bilik Gerakan MFD, Menara KLH, Bandar Puchong Baru [Kredit Haji Aqlam]

Kelas Pengajian Al-Quran Orang Pekak Selangor 2017 di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

anjuran PRISMA dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat & Masjid Al-Hasanah [Kredit Mohd Azhar]

8

Kelas Pengajian Mualaf Orang Pekak 2017 anjuran Bahagian Saudara Baru JAWI di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur pada setiap hari Isnin hingga Rabu selepas solat Maghrib.

[Kredit Marzuki Ong]

Kursus Metodologi Dakwah Orang Pekak 2017 anjuran PRISMA, JAWI dan Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, K. Lumpur pada 16 & 17 Sept. 2017

[Kredit MRM]

Kelas Pengajian Quran Orang Pekak Kuala Lumpur dan Selangor anjuran PRISMA dengan kerjasama JAWI & JAIS. Sdr Mohd Azhar mengajar di Masjid Al-Zakirin, Selayang, Kuala Lumpur; Sdr Marzuki Ong mengajar di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Selangor & Sdr Aqlam mengajar di Mai Mengaji, Teratak Bonda, Kelana Jaya, Selangor. [Kredit Mohd Azhar]

Kursus Pra-Perkahwinan Orang Pekak 2017 anjuran bersama PRISMA & JAWI di Dewan Jejantas Menara JAWI, Jalan Perdana, K.Lumpur pada 13 & 14 Nov 2017. 8 orang Penceramah termasuk 3 orang Penceramah Pekak menyampaikan ceramah Modul Kursus Pra-Perkahwinan Islam terbitan JAKIM. [Kredit JAWI]

Program Umrah Sambil Belajar Kelas Pengajian Al-Quran & Hadis Orang Pekak di Area Tiang No. 1525, Masjid Nabawi, Madniah, Arab Saudi ketika YDP PRISMA dipilih menyertai Pasukan Umrah Mualaf MRM di Tanah Suci pada 23 Nov hingga 4 Dis 2017 [Kredit Marzuki Ong]

9

PROGRAM DAKWAH MUSLIM PEKAK

Mesyuarat Ketua2 Kelab Orang Pekak Islam Peringkat Kebangsaan anjuran PRISMA telah diadakan pada 7 Mac 2015 (Sabtu) bertempat di Masjid Jameek Bandaraya Kuala Lumpur.

[Kredit Haji Aqlam]

Di sebalik tabir Azan dalam Bahasa Isyarat Malaysia Islam bertempat di Petaling Jaya pada 28 April 2015. Azan ini disiarkan di Astro Oasis pada waktu maghrib. Astro channel 106, Maya HD channel 135, Astro Prima channel 105 dan Unifi HyppTV channel 117. [Kredit Haji Aqlam]

Ceramah Perdana, Mesyuarat Agung Dwitahuan PRISMA ke-3 dan Majlis Mesra Aidilfitri PRISMA dengan kerjasama JAKIM, JAWI, Masjid Negara, MFD dan KLSD di Dewan Syarahan Masjid Negara K. Lumpur pada 16 Ogos 2015 [Kredit Marzuki Ong]

SMPKV Shah Alam menjemput Prisma menyampaikan Ceramah Motivasi Kendiri Murid 2015 siri 1 bertajuk Islam dan Larangan Hubungan Sejenis pada 12 Sept 2015 siri 2 bertajuk pada Masa Depan Pelajar setelah sekolah pada 17 Okt 2015 [Kredit Marzuki Ong]

Mesyuarat Agung Kelab Orang Pekak Islam Pulau Pinang ke-1, 2016 di Auditorium A,

Komtar Pulau Pinang pada 27 Mac 2016 [Kredit Prisma Penang]

10

Bro. Nashiru Presiden Global Deaf Muslim USA, Bro. Abdullah Pegawai Yayasan Advokasi

Orang Pekak Arab Saudi, Tn Mohamad Sazali Presiden MFD dan Pasukan PRISMA bergambar kenangan di Restoran Seafood Muhibbah, Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur pada 31

Mac 2016 [Kredit Haji Aqlam]

Ceramah Dakwah Muslim Pekak Bersama Bro Abdulmonem Ibrahim Al Sultan anjuran

PRISMA dengan kerjasama Yayasan Advokasi Orang Pekak Arab Saudi di Masjid Amru Ibn

Al As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada 27 Nov. 2016 [Kredit Mohd Azhar]

Persidangan Muslim Pekak Antarabangsa kali ke-2 anjuran MFD, Global Deaf Muslim

[GDM] & PRISMA di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 27 hingga 30 Nov 2016. [Kredit GDM]

Program Dakwah Muslim Orang Pekak Sabah 2017 Siri 1 hingga 3 anjuran PRISMA SABAH

dengan kerjasama PRISMA Malaysia di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah pada 11-12

Apr.2017, 22-23 Jul. 2017 & 7-8 Okt.2017 [Kredit PRISMA SABAH]

Program Lawatan Sambil Belajar di Kelas Pengenalan Ejaan Jari Hijaiyyah, Bilik Kuliah

Masjid Negara Kuala Lumpur anjuran Kelas Pengajian Agama Orang Pekak Kuala Lipis pada 17

Mei 2017. [Kredit Marzuki Ong]

11

Ceramah Kelas KAFA Pelajar Pekak 2017 anjuran JK Program Intergasi Pendidikan Khas

di Sek. Men. Keb. Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang [Kredit Marzuki Ong]

Ceramah Kelas KAFA Dewasa Orang Pekak anjuran PRISMA Penang di Masjid Daerah

Seberang Perai Tengah, Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam pada 7 Mei 2017 [Kredit Mohd Azhar]

Program Madrasah Ramadhan Murid-Murid Pekak Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Chemor di Ipoh pada 16 Jun 2017. [Kredit Mohd Azhar]

Majlis Iftar Jamai’e Bersama Muslim Pekak Johor anjuran Persatuan Orang Pekak Islam

Johor, Persatuan Orang Pekak Johor dan Jabatan Agama Islam Johor di Masjid Jamek Pontian

pada 17 Jun 2017. [Kredit Samer]

Program Geng Biker Pekak Bermusafir Sambil Melawat di Sekolah Agama Pendidikan Khas,

Johor Bahru dgn kebenaran Jabatan Agama Islam Johor pada 18 Jun 2017. [Kredit Samer]

12

PROGRAM KOLABORASI PRISMA

Program TOT GST Berkaitan Ekonomi Malaysia: Transformasi & Cabaran Untuk Golongan OKU Pekak anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama JKM dan MFD pada 22 Jan. 2015 di Dewan Za'ba, KPM, Putrajaya [Kredit Haji Aqlam]

Program Simposium Khidmat Ummah (Dakwah OKU) anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Nilai, bersama Yayasan Faqeh, PRISMA, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan NESDA bertempat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM pada 1 April 2015. [Kredit Hj Aqlam]

Program I Love Clinic Solat anjuran Persatuan Prihati OKU 1Malaysia sedang diadakan di Masjid Negara hari ini 9 April 2015. Ia dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim Menteri KPWKM [Kredit Haji Aqlam]

Persidangan Penyelidikan Al-Quran Kod Tangan Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran Centre of Quranic Research Universiti of Malaya di Aras 21, Wisma R&D Universiti Malaya, Kuala Lumpur padad 21 & 22 Mei 2015. [Kredit Pusat Penyelidikan Quran UM]

Seminar Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa anjuran JAKIM dgn kerjasama Yayasan

FAQEH di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada 26 Mac 2016 [Kredit Marzuki Ong]

13

Seminar Kesedaran Pendidikan Islam OKU di Dewan Nik Mohyideen Musa, IPG Kampus

Pendidikan Islam, Bangi pada 4 April 2016 [Kredit Marzuki Ong]

Sesi Taklimat Hubungkait Akta OKU 2008 & Lain2 Akta anjuran Gabungan OKU

Malaysia (MCD) di Dewan Perdana Nur, Menara KPWKM, Putrajaya pada 18 April 2016

[Kredit Haji Aqlam]

Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan Yayasan FAQEH, PRISMA dan

NESDA di Bangunan Canselori, USIM pada 11 Mei 2016 [Kredit USIM]

Majlis Makan Malam Amal Tetamu Syurga anjuran Yayasan FAQEH di Pusat Konvensyen

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor pada 14 Mei 2016

[Kredit Yayasan FAQEH]

Anjuran Bersama Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM,

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM), Yayasan FAQEH & Persatuan Kanak-Kanak

Istimewa Bangi (PKIB) di UKM Bangi pada 20 Sept 2016 [Kredit UKM]

14

YBhg SS Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan memeriahkan

Majlis Sambutan Hari Guru MFD di Dewan Yayasan Sime Darby MFD pada 19 Mei 2017

[Kredit Haji Aqlam]

Gambar Kenangan YBhg SS Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah

Persekutuan ketika Majlis Aidil Fitri PMWP di Kompleks Islam Putrajaya pada 13 Julai 2017.

[Kredit Marzuki Ong]

Seminar Isu Semasa & Tanggungjawab KeIbuBapaan Orang Pekak ke-3, 2017 anjuran

Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBAKL) dan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (IIUM) di IIUM Gombak pada 13 Ogos 2017 [Kredit Haji Aqlam]

Majlis Silatulrahim Pengerusi MAIS Bersama NGO-Islam Selangor anjuran MAIS dan JAIS di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Shah Alam pada 17 Ogos 2017

[Kredit MAIS]

Mesyuarat Organisasi Orang Pekak 2017 anjuran MFD di Bangunan Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara, Kuala Lumpur pada 12 Nov 2017. Ia dihadir oleh semua pemimpin

Pekak dari MSDeaf, PRISMA, MASDYA dan AG MFD. [Kredit Amir]

15

PROGRAM BINA INSAN

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan PRISMA Siri 1 diadakan di Pesiba Smart Centre, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 3hb Okt 2015. Saudara Amir Hamidi Timbalan Presiden MyBIM yang sudi melapangkan masa menjadi Fasilitator [Kredit Marzuki Ong]

Latihan Menerokai Selaman Skuba anjuran I-Divers dengan kerjasama PRISMA di Pusat

Akuatik Shah Alam pada 22 Mei 2016 [Kredit Haji Aqlam]

Program Deaf Divers in Protecting the Ocean anjuran Yayasan Al-Amin dgn kerjasama I-

Divers dan PRISMA di Pulau Tenggol, Terengganu pada 5 & 6 Ogos 2016 [Kredit Haji Aqlam]

Mukhayyam Al-Quran Orang Pekak Selangor 2017 anjuran Yayasan FAQEH & POPS di

Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada 15 & 16 Julai 2017 [Kredit Marzuki Ong]

Kursus TOT Pembimbing Modul Pengajian Saudara Baru W.P. Tahun 2017 anjuran JAWI di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, K.Lumpur pada 27 ~ 29 Okt. 2017 [Kredit Haji Aqlam]

16

PROGRAM BAHASA ISYARAT MALAYSIA ISLAM

Bengkel TOT Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia bertarikh 4 dan 5 Sept 2015 bertempat di Nur Bougainville Homestay, TTDI, Kuala Lumpur.

[Kredit Haji Aqlam]

Bengkel Pembangunan BIM anjuran MFD di Crystal Crown Petaling Jaya pada 18-20 Mei

2016 [Kredit Haji Aqlam]

Majlis Pelancaran Buku BIM anjuran MFD dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Dewan

Serbaguna Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Ogos 2016. Ia dirasmikan oleh YB Dato'

P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 [Kredit Haji Aqlam]

Kursus Dakwah Tanpa Suara Tahap 1 anjuran PRISMA dengan kerjasama JAKIM, USIM,

UKM dan Yayasan FAQEH di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada 24 ~ 26 Oktober 2017

[Kredit Marzuki Ong]

Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia Islam anjuran JAWI dengan kerjasama PRISMA di

Dewan Jejantas Menara JAWI, Kuala Lumpur pada 27 Disember 2017. [Kredit Marzuki Ong]

17

PROGRAM KEBAJIKAN & SOSIAL PRISMA

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Keluarga Pekak Mangsa Banjir sempena Hari Keluarga Persatuan Orang Pekak Kelantan di Bayu Beach Resort, PCB, Kelantan pada 1 Mei 2015. YB Senator Khairiah Mohamed telah merasmikan program Hari Keluarga ini. [Kredit Haji Aqlam]

Majlis Pengislaman Saudara Baru Pekak diadakan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Selangor pada 28 Jun 2015. Saudara Baru Pekak bernama Muhammad Adam Yap bin Abdullah berasal dari Bentong, Pahang yang bekerja di Kuala Lumpur. [Kredit Deano Rahayudean Rahmat]

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Bersama Orang Pekak 2015 diadakan di Dewan Kuliah, Masjid Jamek Bandaraya K. Lumpur pada 9 Ogos 2015M/24 Syawal 1436H. Anjuran Bersama KLSD, JAWI & MAIWP. Dengan Kerjasama PRISMA, MFD & DBKL [Kredit Sanusi DMG]

Kursus Umrah PRISMA 2015 anjuran PRISMA bersama Glocal Travel & Tours Sdn Bhd di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur pada 17 & 18 Okt. 2015 [Kredit Haji Aqlam]

Majlis Jalinan Ukhwah 2015 Bersama PRISMA dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia diadakan di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur pada 22 Nov 2015 untuk mengedarkan agihan 100 buah pek makanan kepada ahli-ahli ansaf Pekak. [Kredit Marzuki Ong]

18

Program Umrah Warga Pekak 2015 anjuran bersama PRISMA dan Glocal Travel dengan kerjasama Yayasan Advokasi Orang Pekak Arab Saudi di Madniah dan Mekah, Arab Saudi pada 28 Nov - 8 Dis 2015. Kredit Haji Aqlam]

Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Back to School 2016 anjuran PRISMA dengan kerjasama Yayasan Yara (Penyumbang Back to School) di Pesiba Smart Centre, Kuala Lumpur pada 17 Jan 2016 [Kredit Marzuki Ong]

Jamuan Perpisahan Mualaf Orang Pekak Poland anjuran PRISMA dengan kerjasama MFD di

Bilik Mesyuarat MFD pada 25 Mac 2016 [Kredit Amir Hamidi]

Program di Ambang Ramadan 1437H Bersama Warga Pekak anjuran JAKIM dan JAIS

dengan kerjasama PRISMA dan POPS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

pada 21 Mei 2016 [Kredit Haji Aqlam]

Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf Pekak 2016 anjuran PRISMA dengan kerjasama

Islamic Relief Malaysia, Maybank Islamic dan Masjid Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah

Persekutuan, Jalan Sultan Abdul Halim, K. Lumpur pada 4 Jun 2016 [Kredit Haji Aqlam]

19

Majlis Silaturrahim Divers Bersama Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin Pengarah Kursus

PADI di Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam pada 2 April 2017 [Kredit Marzuki Ong]

Majlis Penyampaian Agihan Bantuan Ramadan bagi Asnaf Pekak 2017 anjuran PRISMA

bersama Islam Relief Malaysia di Masjid Naihin, Bandar Seri Permaisuri, K. Lumpur pada 4 Jun

2017 [Kredit Marzuki Ong]

Jamuan Kecil Berbuka Puasa & Solat Tarawih Bersama Ustaz Muhamad Abdullah Al

Amin di Subang Jaya pada 15 Jun 2017 [Kredit Marzuki Ong]

Majlis Ibadah Korban PRISMA bersama Kelab Orang Pekak Islam W.P. K. Lumpur di

Masjid Al-Zakirin, Selayang, K.Lumpur pada 5 Sept. 2017 [Kredit Mohd Azhar]

Kumpulan Mualaf Orang Pekak PRISMA menggayakan BIM Nasyid Rasulullah SAW

ketika Sambutan Hari OKU MAIS Bersama NGO-Islam Selangor 2017 di Masjid Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam pada 1 Disember 2017. [Kredit Mohd Azhar]

20

PROGRAM ROLE MODEL PRISMA

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat WPKL tahun 1436H/2015 anjuran JAWI di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, K. Lumpur pada 10 Januari 2015 / 19 Rabiulawal 1436H(Sabtu). Dirasmi oleh YBhg. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam WPKL. [Kredit JAWI]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat WPKL 1437H/2015 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 11 Rabi'ul Awwal 1437H/23 Disember 201 (Rabu). Majlis ini telah disempurna oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [Kredit JAWI]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun

1438H/2016M anjuran JAWI di Dewan Muktamar, Komplek Pusat Islam K.L. pada 16 Dis.

2016. Ia dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri. [Kredit JAWI]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1439H/2017M anjuran

JAWI di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur pada 8hb Disember 2017. Ia dirasmikan oleh

YBhg Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah JAKIM

[Kredit JAWI]

21

PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA

MINIT MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KE-3

Tarikh : 16hb Ogos 2015 (Ahad) bersamaan 1 Zulkaedah 1436H

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur.

Kehadiran Ahli : 67 orang Ahli PRISMA + 163 orang Bukan Ahli PRISMA

Tetamu Kehormat : YBrs Ustaz Che Husain Penolong Pengarah JAKIM

BIL. PERKARA PERHATIAN/

TINDAKAN

1.0 Ucapan Kata Alu-aluan Yang Dipertua PRISMA,

En. Mohd Azhar bin Ismail

1.1 Bismillahirrahimmanirahim. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan

izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun dalam mesyuarat

ini. Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan

dan selamat datang ke Mesyarat Agung Dwi-Tahunan PRISMA

ke-3/2015.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang

dapat meluangkan masa untuk menjayakan mesyuarat agung dan

merasmikan mesyuarat agung ini pada hari ini serta memeriahkan

majlis Hari Raya tadi.

1.3 Beliau juga tidak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi terima

kasih kepada En. Mohammad Sazali yang meluangkan masa

untuk bersama-sama dan merasmikan mesyuarat agung tahun ini.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada En.

Farid bin Mahmud selaku Setiausaha Kehormat PRISMA telah

berusaha untuk mengadakan mesyuarat agung pada hari ini.

1.4 Syukur alhamdulillah, kad-kad ahli PRISMA dapat berjaya

disiapkan dengan kerjasama exco-exco PRISMA. Tambahan

pula, syukur alhamdulillah kerana pihak JAWI telah memberi

kelulusan dengan kemudahan dewan Masjid Negara ini kepada

PRISMA pada kali pertama dalam sejarah PRISMA.

1.5 Mesyuarat ini bertujuan untuk mengundi dan membubarkan

jawatan lama menggantikan dengan ahli-ahli jawatan baru untuk

tahun ini. Mereka akan menyambungkan kerja-kerja perlu

diselesaikan. InshaAllah.

Makluman

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-1 PRISMA

2.1 En. Mohamad Sazali Shaari bertanya apakah maksud perenggan

8.6 (Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-2 PRISMA)?

22

En. Farid, Setiausaha Kehormat (SUK) menjawab 2 tahun lepas

(Mesyuarat Agung ke-2/2013) mendapati 12 orang. Keputusan

ahli-ahli PRISMA memilih pilihan A: 12 orang.

En. Mohamad Sazali mencadang membatalkan perenggan 8.6 dan

menggantikan dengan perenggan 8.4.

2.2 En. Mohamad Sazali bertanya adakah perlembagaan PRISMA

sudah dihantar ke ROS?

SUK menjawab sudah maklum kepada ROS dengan minit

mesyuarat sahaja.

En. Mohamad Sazali mencadangkan PRISMA digalakkan

mengikut perlembagaan lama (untuk 2015-2017) kerana

perlembagaan terbaru masih belum dihantar ke ROS.

Dicadangkan oleh En. Mohammad Sazali untuk menutup dan

disokong dan diluluskan oleh sebulat suara ahli PRISMA.

3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PRISMA Tahun 2011-2013

3.1 En. Farid bin Mahmud selaku Setiausaha Kehormat

membentangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan

sepanjang tahun 2013-2015. Antaranya aktiviti yang berikut:

3.1.1 Memoandum PRISMA-KOPI 2015

3.1.2 Isu Komuniti OKU Pekak Malaysia

3.1.3 Laman website PRISMA rasmi

3.1.4 Media sosial

3.1.5 Penceramah Pekak Bertauliah memberi ceramah ke KAFA

3.1.6 Bengkel Pembangunan Modul Kelas Pengajian Islam OKU

2013

3.1.7 Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Wilayah

Persekutuan Tahun 1436H/2015M

3.1.8 Bahasa Isyarat Malaysia Islam

3.1.9 Umrah Warga Pekak Malaysia 2015

3.1.10 Projek Penyelidikan Al-Quran Kod Tangan

3.1.11 Azan BIM Islam

3.1.12 Majlis Pengislaman Saudara Baru OKU Pekak

3.1.13 Kelas Bimbingan Bahasa Isyarat Arab di Pesiba Smart

Centre.

Laporan Setiausaha Kehormat dicadangkan untuk menutup dan

disokong serta diluluskan oleh sebulat suara ahli PRISMA.

4.0 Pembentangan Laporan Kewangan 2013-2015

4.1 En. Aqlam bin Jafri selaku Bendahari PRISMA membentangkan

laporan kewangan PRISMA yang diikuti dalam buku laporan

kewangan iaitu Penyata Penerimaan dan Pembayaran untuk

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014. Jumlah baki pada

31 Disember 2014 dalam penyata tersebut sebanyak RM 4,224.

23

4.2 Keseluruhan laporan kewangan bagi 2013-2015 menunjukkan

pelbagai aktiviti mendapat banyak tajaan kerajaan. Perbelanjaan

menggunakan tabungan PRISMA untuk menjalankan roadshow

PRISMA di seluruh Malaysia.

4.3 En. Jayawiran selaku juruaudit dalaman memaklumkan beliau dan

En.Aqlam telah bekerja sama-sama untuk mengesahkan

kesilapan-kesilapan dalam akaun kewangan tersebut.

4.4 En. Aqlam memaklumkan juruaudit luar mencadangkan PRISMA

perlu membeli CD UBS untuk memudahkan kerja perakaunan dan

dicadangkan untuk memohon potongan harga daripada pembekal

CD UBS.

Laporan kewangan PRISMA 2013-2015 dicadangkan untuk

menutup oleh En. Mohamad Sazali Shaari serta diluluskan dan

disokong oleh Raja Latifah binti Raja Aziz.

5.0

Pembubaran Ahli Jawatankuasa PRISMA sesi 2013-2015 dan

melantik Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PRISMA sesi 2015-

2017

5.1 En. Farid mencadangkan En. Mohd Elham bin Samsuri selaku

Timbalan Presiden Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) dilantik

sebagai Pengerusi pemilihan Jawatankuasa PRISMA Agung Dwi-

Tahunan ke-3.

Keputusan : Diluluskan dan disokong oleh sebulat Ahli PRISMA

6.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PRISMA sesi 2015/2017

6.1 keputusan pengundian seperti berikut:

a) Calon Yang Dipertua

1. En. Aqlam bin Jafri

Pencadang : Pn. Sofiah

2. En. Mohd Azhar bin Ismail

Pencadang : En. Yam Suri bin Mawi

3. En. Marzuki Ong bin Maliki Ong

Pencadang : En. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail

6.2 Kira Undian

Kira kehadiran Ahli PRISMA mengundi yang berikut :

a) Perempuan : 18 orang

b) Lelaki : 24 orang

Semua jumlah keseluruhan kehadiran Ahli PRISMA sebanyak 42

orang.

7.2 kira calon Yang Dipertua diundi yang berikut :

a) En. Aqlam bin Jafri – 20 undi

24

b) En. Mohd Azhar bin Ismail – 7 undi

c) En. Marzuki Ong bin Maliki Ong – 16 undi

En. Azlan bin Awang mengumumkan En. Aqlam bin Jafri sebagai

Yang Dipertua dan diikuti oleh Timbalan Yang Dipertua, En.

Marzuki Ong bin Maliki Ong

En. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail mencadangkan 11 AJK

kosong supaya YDP mudah berkomunikasi dengan pilihan AJK

secara sendiri.

1. Keputusan : En. Aqlam bin Jafri menang sebagai Yang

Dipertua PRISMA sesi 2015-2017

7.3 Pengerusi mesyuarat mencadangkan pemilihan calon Timbalan

Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat, Naib Setiausaha, Bendahari

Kehormat dan AJK PRISMA sesi 2015-2017. Cadangan ini adalah

sebulat suara Ahli PRISMA. Pemilihan 8 calon adalah keputusan

dilakukan oleh Yang Dipertua, En. Aqlam bin Jafri secara automatik.

Senarai calon-calon adalah berikut di bawah :

1. En. Firdaus bin Haji Nik Mohd Salleh (tarik diri)

2. En. Azlan bin Awang

3. En. Saleeem Ali bin Pem Mohd Abdullah (tarik diri)

4. En. Mohd Elham bin Samsuri

5. En. Badarul Zaman bin Hassan

6. Pn. Norzalma binti Zakaria

7. Pn. Qistina Low Li Cheng

8. En. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail

9. En. Marzuki Ong bin Maliki Ong

10. Mohd Azhar bin Ismail

11. En. Sideek bin Shahul Hamid

12. Cik Nasuha binti Ross Lan (cadangan En. Sazali bin

Shaari)

Keputusan Ahli Jawatankuasa PRISMA dilantik seperti

berikut di bawah :

1. En. Aqlam bin Jafri (Kuala Lumpur)

2. En. Marzuki Ong bin Maliki Ong (Kuala Lumpur)

3. En. Mohd Azhar bin Ismail (Kuala Lumpur)

4. Pn. Norzalma binti Zakaria (Kuala Lumpur)

5. Pn. Qistina Low Li Cheng (Kuala Lumpur)

6. Cik Nasuha binti Ross Lan (Kuala Lumpur)

7. En. Sideek bin Shahul Hamid (Pulau Pinang)

8. En. Badarul Zaman bin Hassan (Selangor)

9. En. Azlan bin Awang (Kedah)

10. En. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail

(Terengganu)

11. En. Mohd Elham bin Samsuri (Selangor)

7.0 Perlantikan Audit Dalaman dan Audit Luaran

7.1.1 Audit Dalaman

1. Pn. Eamienor Zakiah binti Md Zaki (Kuala Lumpur)

2. En. Mohd Busro bin Bohri (Perak)

25

Pencadang : En. Aqlam

7.1.2 Audit Luaran

1. En. Halim @ Co.

Pencadang : En. Aqlam

Keputusan : Sebulat suara Ahli PRISMA

8.0 Pengambilan gambar

8.1 En. Aqlam mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi

memilih Yang Dipertua dan AJK PRISMA baru dilantik untuk Ahli

Jawatankuasa PRISMA yang baru sesi 2015-2017.

8.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nurul Husna

binti Ibrahim dan Pn. Hafidah binti Awaluddin mencatitkan minit

mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PRISMA ke-3, 2015-2017.

8.3 Sesi pengambilan gambar dilangsungkan.

8.4 Mesyuarat agung ditangguh pada pukul 5.19 petang.

Dicatat oleh

Nurul Husna Ibrahim

Pencatat

PRISMA

Disediakan oleh

Marzuki Ong Maliki Ong

Setiausaha Kehormat

PRISMA

Disahkan oleh

Haji Aqlam Jafri

Yang Dipertua

PRISMA

[ Kredit Che Norahimi Che Hassan]

26

Kenyataan Media PRISMA Bil.M1/2015

8 Oktober 2015 bersamaan 24 Zulhijjah 1436H

Rombakan Jawatankuasa PRISMA 2015-2017 Mesyuarat Jawatankuasa PRISMA kali pertama telah diadakan di Dewan Hadhri, Pusat Islam Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2015 yang lalu. Mesyuarat ini membuat keputusan untuk melakukan rombakan Jawatankuasa PRISMA 2015-2017 yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan PRISMA pada 16 Ogos 2015 berikutan peletakan jawatan ahli jawatankuasa. Mesyuarat ini juga bersetuju menerima permohonan Us. Haji Aqlam Jafri untuk menyerahkan jawatan YDP kepada Sdr. Marzuki Ong yang merupakan calon YDP. Senarai penuh rombakan Jawatankuasa PRISMA berkuat kuasa pada 4 Oktober 2015:

1 Yang Dipertua Sdr. Marzuki Ong bin Maliki Ong (WPKL)

2 Tim. Yang Dipertua Ust. Mohd Azhar bin Ismail (WPKL)

3 Setiausaha Kehormat Sdri. Nor Zalma bt Zakaria (WPKL)

4 Pen. Setiausaha Kht. Sdr. Azlan bin Awang (KED)

5 Bendahari Kehormat Ust. Haji Aqlam bin Jafri (WPKL)

6 Ahli Jawatankuasa Sdr. Badarulzaman bin Hassan (SEL)

7 Sdr. Sideek bin Shahul Hamid (PEN)

8 Sdr. Mohd Busro bin Bohari (PRK)

9 Sdr. Abdul Ghafar bin Beladar (TER)*

10 Sdr. Mohamad bin Masood (JDT)**

11 Sdr. Mohd Samawi bin Sulaiman (PHG)***

12 Sdr. Shahril Azman bin Abdul Rahim (WPKL)^ * Menggantikan YM Tengku Arman Harris; **Menggantikan Sdri. Qistina Low; ***Menggantikan Sdri. Nasuha; ^Mengisi 1 tempat kosong

Didoakan agar rombakan tersebut dapatlah memperkemaskan jentera untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha memastikan PRISMA mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan panjang. Segala jawatan dalam Jawatankuasa PRISMA merupakan pinjaman dan ujian ALLAH SWT terhadap amanah dan tugas sebagai khalifah untuk menjayakan program aktiviti dan memakmurkan masyarakat Pekak Islam di bumi kerana ALLAH SWT tuhan alam semesta. Jazakallahukhair.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Nor Zalma bt Zakaria

Setiausaha Kehormat

Haji Aqlam bin Jafri

Bendahari Kehormat

Mohd Azhar bin Ismail

Tim. Yang Dipertua

Marzuki Ong bin Maliki Ong

Yang Dipertua

27

PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Menteri Di Jabatan Perdana Malaysia (Agama)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf)

Isyarat “Barakah / Berkat”

Ahli-Ahli Gabungan MFD – Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri

Ahli-Ahli Gabungan MSDeaf – Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri-Negeri

Persatuan/Kelab Muslim Pekak Negeri-Negeri

Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas (Pekak) Johor, Perak, Sabah & Selangor

Persatuan Ibubapa dan Penjaga Anak Pekak Kuala Lumpur (PESIBA)

Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MYASLI)

Semua Jawatankuasa PRISMA 2015/2017

Semua Jurubahasa BIM MFD

Semua Sukarelawan PRISMA

28