pembangunan perisian multimedia berasaskan … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN SATU KBSM, BAGI TOPIK NOMBOR BULAT KAMARUDDIN BIN MOHD ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamkhue

Post on 10-Apr-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN SATU

KBSM, BAGI TOPIK NOMBOR BULAT

KAMARUDDIN BIN MOHD ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN

SATU KBSM, BAGI TOPIK NOMBOR BULAT

SESI PENGAJIAN: 2003/2004-2

Saya KAMARUDDIN BIN MOHD. ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (a)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

KG. KENANGAN MANIS, PETI SURAT EN. ABD RAZAK BIN IDRIS

1964,90722, SANDAKAN, SABAH. Nama Penyelia

Tarihk : FEBRUARI 2004 Tarikh : FEBRUARI 2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN ABD RAZAK BIN IDRIS

Tarikh : 15 MAC 2003

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK

TINGKATAN SATU KBSM, BAGI TOPIK NOMBOR BULAT

KAMARUDDIN BIN MOHD. ALI

Tesisi ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer

Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Kamaruddin Bin Mohd.Ali

Tarikh : 15 Mac 2004

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

iii

Dedikasi ini khas untuk yang dikasihi dan dirindui...

Ibu, I Pahimah

Dan

Ayah, Mohd. Ali

Seikhlas rindu dan sayang buat saudaraku

Abg, Allahyarham Mohd.Amin

Serta

Kakak, Normah

Tidak dilupa saudara mara...

Untuk Insan pemercik motivasi

Nurazlina Mohd.Aziz

Insan-insan disanjungi...

Guru-guru dan sesiapa yang bergelar sahabat..

Amat sukar untuk ku senaraikan nama kalian..namun,

Sokongan, dorongan mahupun bantuan kalian sangat dihargai..

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan

rahmatNya saya diberi kekuatan untuk menyiapkan projek ini dengan penuh

kepuasan. Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan penghargaan kepada yang

terlibat dalam penghasilan projek ini.

Setinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing En.Abd Razak Idris yang

memberi panduan yang baik serta buah fikiran yang bernas dalam penghasilan projek

ini. Bimbingan yang diberikan beliau, tidak akan disia-siakan mahupun dilupakan.

Khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan atas

ketakupayaan saya dalam beberapa aspek sepenjang penghasilan projek ini sangat

dihargai dan diingati.

Penghargaan yang tak terhingga buat ibu dan ayah tersayang dan dirindui

yang tak pernah putus membantu dalam penghasilan projek ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

v

ABSTRAK

Minat serta dorongan dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di sekolah adalah

sangat penting bagi pelajar. Matematik sering dikaitkan dengan konsep dan idea abstrak

yang sukar difahami serta digambarkan dengan jelas. Masalah ini lebih menyukarkan

pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku

teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif dan membosankan. Komputer mempunyai

pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang menarik dalam pengintegrasian elemen-

elemen multimedia seperti teks, grafik, video, audio dan animasi. Sehubungan itu, projek

ini memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan tersebut bagi menyediakan satu perisian

multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) untuk topik Nombor Bulat,

Matematik KBSM Tingkatan Satu. Pengintegrasian elemen-elemen multimedia yang

dititikberatkan dalam pembangunan projek ini menjadikannya sebuah perisian yang

interaktif, menarik minat serta ‘mesra pengguna’ bagi memudahkan pembinaan konsep

dan pemahaman kepada pelajar secara kendiri. Ia juga membolehkan pelajar berhibur

sambil belajar melalui aktiviti permainan yang menarik, sesuai dengan tahap pelajar

tingkatan satu. Pakej pembelajaran multimedia yang dibina adalah berasaskan perisian

Macromedia Authorware 6.5 dan beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe

Photoshop 7.0, Swish 2.0, Sound Forge 6.0 dan Animagic GIF 1.2a.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

vi

ABSTRACT

Interest and guidance play a vital role among students in learning a particular

subject. Mathematics is normally connected to concepts and abstract ideas which are

difficult to understand and visualised. This problem becomes much more difficult

with the process of learning and instruction using teaching aids such as text book,

chalk, and blackboard which are not creative and boring. Computer has its own

advantages and speciality which integrates multimedia elements such as text, graphic,

video, audio, and animation. Furthermore, this project benefits the advantages and

speciality in designing a Computer Aided Learning (CAL) multimedia software on

the topics of Whole Numbers in Form 1, KBSM Mathematics. The integration of

multimedia elements is focussed in the development of this project, resulting it to be

interactive software which will be able to create interest in learning and user friendly.

This will enhance conceptual building and understanding among students. This will

enable students to enjoy while learning through interesting games, compatible with

students’ level. The designed multimedia software package is build based on

Macromedia Authorware 6.5 and supported by Adobe Photoshop 7.0, Swish 2.0,

Sound Forge 6.0 and Animagic GIF 1.2a.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH x

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Rasional Projek 5

1.5 Objektif Projek 5

1.6 Objektif Rekabentuk 6

1.7 Objektif Perisian 6

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Kepentingan Projek 7

1.10 Definisi dan Istilah 8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

viii

2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Masalah Pembelajaran Matematik 12

2.3 Teknologi Pendidikan dan Teknologi

Pengajaran

13

2.4 Pembudayaan Teknologi Pendidikan Di

Sekolah

14

2.5 Penggunaan Komputer Dalam

Pendidikan

16

2.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer

( PBK )

17

2.7 Penggunaan Multimedia

2.8 Kombinasi Elemen-Elemen Multimedia

2.9 Kelebihan PBK Kepada Pembelajaran

2.10Teori Pembelajaran Dalam PBK

2.10.1 Teori Konstruktif

2.10.2 Teori Tingkahlaku (Behaviouris)

2.10.3 Teori Pemprosesan Maklumat

20

21

23

24

25

26

3.0 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Am Perisian 28

3.3 Bahasa Penggubahan 29

3.4 Pembangunan Perisian Multimedia 31

3.5 Perkakasan (hardware) Dalam Proses

Pembangunan.

32

3.6 Perkakasan (hardware) Dalam Proses

Main Balik

3.7 Perisian (software) Sokongan

33

33

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

ix

3.8 Mengintegrasikan Komponen Dalam

Elemen Multimedia bagi Rekabentuk.

3.9 Carta Alir

34

36

4.0 PENGGUNAAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Pempakejan Untuk Penyebaran 37

4.3 Kandungan Perisian 38

4.4 Ciri-Ciri Perisian 48

4.5 Penutup 51

5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.3 Kekangan 54

5.4 Rumusan 55

5.5 Cadangan

5.5.1 Kelemahan Dan Cadangan

Pembaikan.

5.5.2 Kelebihan Yang Boleh Dikekalkan

56

57

5.6 Penutup 58

BIBLOGRAFI

59

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

x

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Paparan ruang pembangunan Macromedia

Authorware 6.5

32

4.1 Paparan Menu Utama Projek 41

4.2 Paparan Tutorial 42

4.3 Paparan pilihan Addition and Substraction 42

4.4 Paparan pop-up respon bagi jawapan betul 43

4.5 Paparan bimbingan bagi respon salah 44

4.6 Paparan bahagian Recreation 45

4.7 Pilihan permainan pada bahagian Recreation 46

4.8 Paparan permainan Code Master 47

4.9 Paparan permainan Who Let The Dog Out 48

4.10 Paparan bahagian Summary 49

4.11 Paparan Help untuk bantuan perisian

4.12 Paparan menunjukkan sikap ‘ramah

pengguna’ perisian

53

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia sebuah negara yang sedang menuju ke satu wawasan iaitu wawasan

2020 yang merupakan satu keadaan di mana negara kita sedang mencapai status

sebuah negara maju. Sepanjang tempoh masa ke status itu, pelbagai sektor seperti

pentadbiran, perniagaan, sosial, pendidikan dan lainnya sedang rancak berkembang.

Sektor pendidikan kini semakin giat menekankan penguasaan ICT (Information,

Communication & Technology) di kalangan pelajar. Kemajuan sains dan teknologi

pada masa kini bukan sahaja membantu mengenai kepantasan komunikasi tetapi juga

mengenai kecekapan dan cara pembelajaran. Oleh itu, pengubahsuaian dan

penegasan perlu berlaku disebabkan teknologi baru dan dapatan-dapatan baru hasil

daripada beberapa penyelidikan boleh menjadikan pendidikan lebih maju dan

berkesan.(Baharuddin Aris dan Mohamad Bilal Ali, 1995).

Sekolah bestari adalah contoh yang jelas. Ia merupakan salah satu aplikasi

projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang melaksanakan corak pembelajaran

yang dirancang berasaskan akses kendiri melalui penggunaan teknologi multimedia

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

2

dan jaringan web. Ia juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam teknologi

pendidikan di negara kita. Menurut Baharuddin Aris dan Mohamad Bilal Ali,1995

penggunaan teknologi pendidikan yang merangkumi teknologi pengajaran dapat

menyampaikan pengertian atau informasi dengan cara yang lebih konkrit atau lebih

nyata daripada yang dapat disampaikan oleh ungkaian kata-kata yang diucap,dicetak

mahupun yang ditulis. Teknologi pengajaran dikatakan merangkumi alat-alat dan

bahan-bahan yang digunakan untuk mempersembahkan, menyokong dan

memperkukuhkan pengajaran (Ab.Rahim, 1989).

Penggunaan alat-alat dan bahan-bahan mengajar atau technology devices

berubah mengikut perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Akhir-akhir ini,

terdapat penggunaan yang banyak untuk pendidikan, khususnya pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan komputer. Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) adalah merupakan pendekatan yang semakin popular dalam

pendidikan di sekolah masa kini. Menerusi PBK yang telah dibina oleh pakar-pakar

dalam membina perisian, pelajar akan dibimbing oleh komputer untuk mempelajari

sesuatu konsep yang perlu dikuasai oleh mereka (Zaidatun Tasir,2001).

Penghasilan perisian multimedia Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

tidak lagi bergantung kepada teks sahaja sebagai penyalur informasi, malah unsur-

unsur grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti telah mengambil peranan ini.

Gabungan elemen-elemen ini di dalam perisian multimedia membolehkan pelajar

menggunakan kesemua deria mereka dan mewujudkan suasana pembelajaran

berkesan. Oleh itu, multimedia perlu digunakan dengan pelbagai cara penyampaian

agar ia dapat mendatangkan kesan yang mendalam pada proses pembelajaran (Ismail

Zain, 2002).

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

3

1.2 Latarbelakang Masalah

Demi mencapai kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

suatu usaha untuk menjadikan teknologi pendidikan sebagai cara hidup di sekolah

perlu dilaksanakan. Sebagai suatu proses yang melibatkan peranan yang dimainkan

oleh manusia, ia tidak boleh menjelma dalam jangka masa yang singkat kerana

pembudayaan itu sendiri adalah terhasil dari nilai-nilai yang difahami dan diyakini

oleh seluruh ahli masyarakat sesebuah sekolah itu. Apa yang penting ialah pendidik

perlulah sentiasa membimbing, memimpin serta menggunakan ternologi-teknologi

terbaru agar generasi akan datang berupaya berfungsi dan hidup sesuai dengan

kehendak dan keadaan zaman yang akan mereka tempuhi (Baharuddin Aris &

Mohamad Bilal Ali, 1995)

Jika ditinjau pada buku teks Matematik Tingkatan Satu ketika ini, penerangan

dan perbincangan tentang topik Nombor Bulat adalah agak terhad. Manakala

nombor-nombor atau grafik yang disertakan di dalamnya adalah secara kasar sahaja

dan pegun. Oleh itu, usaha perlu diteruskan untuk menggunakan teknologi-teknologi

baru dalam bidang pengajaran seperti menggunakan video-disk,teknologi indormasi,

komputer mikro dan pukal multimedia. Jika dilihat pada perisian multimedia yag

semakin popular dewasa ini dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), ia

melibatkan gabungan elemen teks, grafik, audio, video, dan animasi. Gabungan

kelima-lima unsur ini mampu untuk mewujudkan interaktiviti antara pelajar dengan

komputer dan seterusnya mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran

berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan membawa

implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar (Ismail Zain, 2002).

Menyedari hakikat ini, penghasilan perisian-perisian multimedia perlulah

dipertingkatkan dan bersesuaian dengan kandungan pelajaran bagi memastikan

komunikasi yang berkesan di antara pelajar dengan komputer. Komunikasi yang

berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pemilihan media

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

4

yang baik dan sesuai untuk sesuatu objektif pengajaran-pembelajaran

(AB.Rahim,1989).

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar tingkatan satu merupakan pelajar yang menghadapi satu pembaharuan

apabila memasuki alam sekolah menengah. Oleh yang demikian, cara mahupun gaya

pembelajaran mereka terutamanya kesilapan -kesilapan yang sering dilakukan dalam

pembelajaran khususnya dalam topik Nombor Bulat kemungkinan akan dilakukan

semula. Seperti yang diketahui, dalam KBSR, bab Nombor Bulat telah diberikan

kepada pelajar di tahun 6 dan bab ini dilanjutkan dalam KBSM di tingkatan satu.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Mohamad Suib,1999 dalam

tesisnya “Matematik KBSR Tahun 6: Nombor Bulat dan Ruang”, menekankan

kepada lima kemahiran yang didapati bermasalah dalam nombor bulat iaitu

mengenali nombor, menentukan nilai tempat bagi nombor, urutan menaik dan

menurun bagi nombor, dan membundarkan nombor sehingga tujuh digit. Kesukaran

dalam menguasai kemahiran-kemahiran ini akan mengganggu pelajar untuk

menguasai Nombor Bulat dalam tingkatan 1.

Oleh sebab itu, diharapkan dengan penghasilan perisian multimedia Nombor

Bulat Tingkatan Satu ini diharap mampu untuk menampung masalah-masalah

pembelajaran pelajar tingkatan satu dalam bab Nombor Bulat melalui pendekatan-

pendekatan yang diterapkan.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

5

1.4 Rasional Projek

Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of

Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil

peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Bersesuaian dengan kemajuan sains

dan teknologi masa kini, ia bukan sahaja membantu mengenai kepantasan

komunikasi tetapi juga mengenai kecekapan dan cara pembelajaran. Oleh itu,

pengubahsuaian dan penegasan perlu berlaku sebab perkembangan teknologi baru

dan dapatan-dapatan baru hasil daripada beberapa penyelidikan boleh menjadikan

pendidikan lebih maju dan berkesan.

Perkembangan terakhir masa ini ialah dengan adanya teknologi multimedia

seperti penggunaan CD-ROM, internet, e-pembelajaran mahupun perisian-perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Perkembangan yang begitu mencabar

ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan

memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik,

meyeronokkan dan menghiburkan (Ismail Zain, 2002). Oleh itu, diharapkan dengan

penghasilan perisian multimedia ini mampu untuk menyumbang sesuatu yang

bermakna kepada pelajar dalam pembelajaran.

1.5 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah seperti berikut ;

1.5.1 Membangunkan satu Perisian Multimedia berasaskan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) untuk subjek Matematik Tingkatan Satu

KBSM,dalam topik Nombor Bulat dalam bahasa Inggeris.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

6

1.6 Objektif Rekabentuk

Rekabentuk perisian yang dihasilkan adalah berasaskan kepada objektif-

objektif berikut;

1.6.1 Menggalakkan unsur penerokaan kendiri kepada para pelajar dalam

proses pembelajaran

1.6.2 Menimbulkan minat dan keseronokan untuk belajar melalui rekabentuk

paparan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.

1.6.3 Memudahkan pelajar membuat ulangkaji dan membuat latihan

pengukuhan tanpa mengira masa.

1.7 Objektif Perisian

Objektif perisian multimedia Nombor Bulat Matematik Tingkatan Satu

KBSM ini dibangunkan adalah supaya diakhir penggunaannya, pelajar dapat :

1.7.1 Mengira, membaca dan menulis nombor bulat dengan betul

daripada 0 (sifar).

1.7.2 Mengenalpasti nilai kedudukan dan juga nilai bagi digit dalam sesuatu

nombor bulat.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

7

1.7.3 Melakukan pendaraban dan pembahagian bagi nombor bulat apabila

diberikan dua nombor berlainan.

1.7.4 Melakukan operasi penambahan dan penolakan bagi nombor bulat apabila

diberikan dua nombor.

1.7.5 Mengira gabungan operasi ‘+’, ‘-‘, ‘x’, ‘÷’ dan ( ) di antara nombor bulat.

1.8 Skop Kajian

Perisian multimedia yang dibangunkan ini adalah bagi topik Nombor Bulat

(Whole Numbers) dalam sukatan Matematik KBSM Tingkatan Satu.

Walaubagaimanapun, nilai-nilai murni turut diselitkan di samping pengujian

formatif dan sumatif yang juga dimasukkan untuk melengkapkan perisian ini sebagai

suatu perisian multimedia yang berwibawa dan efektif.

1.9 Kepentingan Projek

Perisian PBK dihasilkan dengan manggabungkan pelbagai elemen bagi

membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan justeru itu,

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

8

peningkatan serta pengemaskinian perisian seperti yang dihasilkan ini terus

dilakukan bagi membantu dalam pencapaian matlamat dalam KBSM.

Adalah sangat penting bagi pihak sekolah menerapkan budaya penggunaan

perisian seperti ini kepada para pelajarnya sesuai dengan perkembangan teknologi

dalam pendidikan. Dengan terhasilnya perisian seperti ini juga, pendidik boleh

menggunakannya sebagai alternatif lain untuk memudahkan pelajarnya memahami

pelajaran yang disampaikannya. Seterusnya ia dapat membantu pelajar mencapai

matlamat pembelajaran di luar bilik darjah sebagai satu kaedah pengayaan

pengetahuan disamping memberi peluang yang lebih kepada pelajar yang lemah

untuk belajar bersendirian.

1.10 Definisi dan Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan definisinya dalam penulisan

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pembelajaran Berbantukan Komputer

bagi Tajuk Nombor Bulat, Matematik Tingkatan Satu KBSM.

1.10.1 Multimedia

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan Multimedia berasal

dari perkataan Inggeris iaitu ‘Multi’ dan ‘Media.’ Multi bermaksud bermacam-

macam atau berjenis-jenis manakala media pula merupakan alat-alat yang digunakan

sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya

yang berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada orang ramai.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

9

Dalam konteks pembangunan perisian ini, definisi Multimedia adalah

teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video,

audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Kesesuaian gabungan

elemen ini ditentukan oleh kandungan yang ingin dipersembahkan dan juga

kekangan lain yang mungkin wujud dalam mempersembahkan pakej tersebut.

1.10.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

PBK adalah keadaan di mana komputer sebagai pengajar melibatkan

penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dan alat bantu belajar. Definisi

dalam kontek pembangunan perisian ini pula memberikan pengertian PBK secara

umum (Rafidah Nahak, 1998);

a. Penggunaan komputer yang saling berhubung dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh

atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran.

b. Penggunaan komputer untuk menyediakan arahan-arahan mengenai

kandungan kursus dalam bentuk latih tubi, tutorial dan simulasi.

c. Suatu pendekatan kepada pendidikan yang menggunakan program-program

untuk berinteraksi dengan pelajar.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN … · pelajar dengan cara penyampaian guru serta penggunaan bahan pengajaran seperti buku teks, kapur dan papan hijau yang tidak kreatif

10

1.10.3 Teknologi Pendidikan

Istilah teknologi pendidikan yang digunakan dalam penulisan ini adalah

merujuk kepada definasi yang diberikan oleh AECT pada tahun 1972. Ia mengatakan

bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang melibatkan usaha

mempermudahkan pembelajaran manusia, pertama melalui proses mengenalpasti

secara sistematik, pembangunan, organisasi dan penggunaan pelbagai sumber

pembelajaran, dan kedua melalui pengurusan proses itu sendiri.

1.10.4 Teknologi Pengajaran.

Definisi Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970-an digunakan dalam

mendefinasikan teknologi pengajaran dalam penulisan ini. Menurutnya, Teknologi

pengajaran ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan menilai

proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada objektif

khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan

komunikasi. Ia juga melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan

manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan pengajaran menjadi efektif. Takrif ini

digunakan dalam penulisan pembangunan perisian ini.

Perisian multimedia berasaskan pembelajaran berbantukan komputer yang

dibangunkan dalam projek ini diharap mampu untuk mencapai objektif terhadap

pengguna sasaran iaitu pelajar tingkatan satu dalam usaha membantu meningkatkan

tahap pencapaian pelajar khususnya dalam matematik.