pembangunan hubungan etnik di malaysia.pdf

43
1 PEMBANGUNAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PROGRAM: KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS: BUWL1113 NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS SEMESTER: NAMA AHLI: MOHAMED NOR FAIZ BIN SHAHUDIN NO. MATRIK: B02140004 NO. TELEFON: 0127378695 NAMA AHLI: MOHAMMAD ASYRAF BIN ISMAIL NO. MATRIK: B01140018 NO. TELEFON: NAMA AHLI: MUHAMMAD SAIFUL AZWAN BIN MD ZIN NO. MATRIK: B01140012 NO. TELEFON: NAMA AHLI: MUHAMMAD SYAFIQ BIN SUHAIMI NO. MATRIK: B02140008 NO. TELEFON: NAMA AHLI: MUHAMMAD ALIF FARHAN BIN AB HALIM NO. MATRIK: B02140007 NO TEELEFON:

Upload: mohammad-asyraf

Post on 15-Dec-2015

298 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

PEMBANGUNAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PROGRAM:

KURSUS: HUBUNGAN ETNIK

KOD KURSUS: BUWL1113

NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR BIN ABDUL AZZIS

SEMESTER:

NAMA AHLI: MOHAMED NOR FAIZ BIN SHAHUDIN

NO. MATRIK: B02140004

NO. TELEFON: 0127378695

NAMA AHLI: MOHAMMAD ASYRAF BIN ISMAIL

NO. MATRIK: B01140018

NO. TELEFON:

NAMA AHLI: MUHAMMAD SAIFUL AZWAN BIN MD ZIN

NO. MATRIK: B01140012

NO. TELEFON:

NAMA AHLI: MUHAMMAD SYAFIQ BIN SUHAIMI

NO. MATRIK: B02140008

NO. TELEFON:

NAMA AHLI: MUHAMMAD ALIF FARHAN BIN AB HALIM

NO. MATRIK: B02140007

NO TEELEFON:

2

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

1. Pengenalan

2. Hubungan Etnik dalam Perspektif Ekonomi

2.1 Dasar Ekonomi Baru

2.1.1 Impak Dasar Ekonomi Baru terhadap Etnik di Malaysia

2.2 Dasar Pembangunan Sosial

2.2.1 Impak Dasar Pembangunan Sosial terhadap Etnik di

Malaysia

2.3 Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju

2.3.1 Impak Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju terhadap

Etnik di Malaysia

2.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

2.4.1 Impak Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

terhadap Etnik di Malaysia

3. Hubungan Etnik dalam Perspektif Sosial

3.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

3.1.1 Impak Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 terhadap

Etnik di Malaysia

3.2 Dasar Pembangunan Belia Negara

3.2.1 Impak Dasar Pembangunan Belia Negara kepada Etnik di

Malaysia

3.3 Dasar Sosial Negara 2003

3.3.1 Impak Dasar Sosial Negara 2003 kepada Etnik di Malaysia

3.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

3.4.1 Impak Program Latihan Khidmat Negara kepada Etnik di

Malaysia

4. Hubungan Etnik dalam Perspektif Politik

4.1 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(CLC)

4.1.1 Impak Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum terhadap

Etnik di Malaysia

4.2 Kontrak Sosial

4.2.1 Impak Kontrak Sosial terhadap Etnik di Malaysia

4.3 Rukun Negara

4.3.1 Impak Rukun Negara terhadap Etnik di Malaysia

4.4 Gagasan 1 Malaysia

4.4.1 Impak Gagasan 1 Malaysia terhadap Etnik di Malaysia

3

5. Analisis Pembangunan Hubungan Etnik

5.1 Pembangunan Ekonomi 1: BR1M Berjaya Mengurangkan

Beban Rakyat

5.1.1 Graf Silang Demografi (Jantina) dan Isu

5.1.2 Analisis

5.2 Pembangunan Ekonomi 2: Peluang Pekerjaan Setaraf

Kelulusan Semakin Meningkat

5.2.1 Graf Silang Demografi (Umur) dan Isu

5.2.2 Analisis

5.3 Pembangunan Sosial 1: Konsep ‘1 Malaysia’ Berjaya

Membentuk Integrasi Kaum

5.3.1 Graf Silang Demografi (Taraf Pendidikan) dan Isu

5.3.2 Analisis

5.4 Pembangunan Sosial 2: Jumlah PATI Berjaya ditangani

melalui Program Pemutihan 6P

5.4.1 Graf Silang Demografi (Pekerjaan) dan Isu

5.4.2 Analisis

5.5 Pembangunan Politik 1: Cadangan UMNO-PAS adalah

baik

5.5.1 Graf Silang Demografi (Pendapatan) dan Isu

5.5.2 Analisis

5.6 Pembangunan Politik 2: Media arus perdana lebih

Dipercayai berbanding media sosial

5.6.1 Graf Silang Demografi (Pekerjaan) dan Isu

5.6.2 Analisis

6. Rumusan

7. Lampiran

7.1 Lampiran A: Maklumat Responden

7.2 Lampiran B: Pembangunan Ekonomi

7.3 Lampiran C: Pembangunan Sosial

7.4 Lampiran D: Pembangunan Politik

7.5 Lampiran E: Dasar Pembangunan Kerajaan

8. Rujukan

4

PENGENALAN

'Malaysia..Di sini Lahirnya Sebuah Cinta' merupakan tema sambutan hari

kemerdekaan yang ke-57 buat Malaysia dan telah menjadi saksi kesatuan hati

rakyat malaysia yang berbilang kaum dalam mengekalkan kestabilan negara.

Malaysia dipandang unik oleh negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian

budaya yang mana terhasil daripada penghormatan dan penerimaan budaya-budaya

yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia. Kepelbagaian kaum di Malaysia

s eca r a t i d ak l an gs u n g m en ga j a r w a r gan ya u n t u k m em aham i o r an g l a i n .

Mengikut sejarah, kepelbagaian kaum di Malaysia sudah bermula pada zaman

kesultanan Melayu Melaka lagi. Konsep keterbukaan yang diamalkan pada zaman itu

telah menarik ramai pedagang dari negara timur seperti China dan barat seperti

Arab dan India. Pada ketika itu, orang Melayu boleh bergaul dan menjalinkan

hubungan yang baik dengan kaum lain walaupun lebih menjurus kepada maksud untuk

berjual beli . Kesannya, terdapat segelintir daripada mereka yang berkahwin

dengan orang tempatan dan sekumpulan daripada mereka yang terus menetap di sini

sehingga wujudnya etnik Baba Nyonya contohnya. Sejarah diteruskan dengan babak-

babak kemerdekaan negara yang merakamkan pelbagai pengorbanan daripada nenek

moyang kita. Syarat kemerdekaan telah memaksa pelbagai kaum untuk bersatu dan

bekerjasama mendapatkan kemerdekaan itu sendiri. Kini, menjelang abad ke-21,

dengan pelbagai dasar-dasar dan transformasi yang kerajaan sudah laksanakan,

adakah hubungan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia semakin baik?

Apakah cabaran-cabaran yang menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di

Malaysia? Kesemua persoalan tersebut telah menjadi matlamat projek kami dan

a k a n c u b a d i b a h a s k a n d e n g a n b a i k d i d a l a m p r o j e k i n i .

5

HUBUNGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF EKONOMI

Fokus bab ini adalah untuk membincangkan tentang dasar-dasar ekonomi lama dan

baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia serta impak-impak yang lahir daripada

pelaksanaan dasar-dasar ekonomi tersebut terhadap hubungan etnik di negara ini. Melalui

Dasar Ekonomi Baru, kerajaan mula menstruktur semula ekonomi negara yang mana

memberikan banyak kesan terhadap etnik yang ada di negara ini. Kesinambungan daripada

Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional mula dilaksanakan untuk mencapai

matlamatnya yang sesuai mengikut ekonomi tahun demikian. Walau bagaimanapun, setiap

rancangan harus diselarikan mengikut kesesuaian tahun mengikut tempoh yang ditetapkan

untuk setiap rancangan tersebut. Mengambil contoh daripada Dasar Ekonomi Baru yang telah

pun tamat tempohnya, Model Ekonomi Baru telah dijadikan panduan untuk negara

meningkatkan ekonomi mereka tanpa megira etnik. Namun begitu, Model Ekonomi baru

hanyalah pelan induk kepada dua program kerajaan dalamnya iaitu Pelan Transformasi

Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Untuk membantu rakyat berpendapatan rendah,

BR1M telah diperkenalkan untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kewangan kepada

mereka sebagai satu subsidi bersasar. Walaupun dasar-dasar yang dilaksanakan hanyalah

secara amnya adalah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dan rakyat-rakyatnya, dasar-dasar

tersebut turut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi

positif mahupun negatif yang diharapkan memberikan keseimbangan sosial kepada semua

kaum. Terdapat banyak dasar serta pelan yang telah dilaksanakan seperti Dasar Pensyarikatan

dan Dasar Penswastaan ataupun yang bakal dilaksanakan seperti Bajet Tahun 2015, akan tetapi

topik ini akan hanya membincangkan mengenai Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan

Nasional, Pelan Transformasi Ekonomi dan BR1M serta impak-impak daripada pelaksanaan

dasar-dasar tersebut terhadap hubungan etnik.

2.1 Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk panduan yang dilaksanakan oleh kerajaan

dalam tahun 1970 yang merupakan intipati kepada Rancangan Malaysia Kedua. Tujuan

pelaksanaannya adalah untuk meyusun semula sosioekonomi yang wujud di negara ini yang

dilihat tidak stabil selepas terjadinya Dasar Pecah dan Perintah yang dilaksanakan oleh British

sebelum tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk meyatupadukan rakyat di Malaysia,

adalah penting untuk pengagihan ekonomi seimbang terhadap semua kaum supaya dapat

6

bersaing sesama mereka secara adil, lantas Dasar Ekonomi Baru dirancang untuk memulihkan

keadaan ini. Walaupun Malaysia mengalami peningkatan dalam ekonominya, namun orang

Melayu tidak mampu untuk bersaing dengan kaum-kaum yang lain disebabkan ramai orang

Melayu yang hidup dalam kemiskinan. Dasar Ekonomi Baru merupakan strategi jangka

panjang kerajaan yang telah digunakan selama 20 tahun, bermula tahun 1970 hingga tahun

1990. Dasar Ekonomi Baru sebenarnya serampang dua mata yang mempunyai matlamat untuk

meyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan ekonomi

berasaskan pengenalan kaum, dan membasmi kemiskinan yang dilalui tanpa megira kaum.

Untuk membasmi kemiskinan, strategi ditumpukan terhadap penduduk di kawasan luar bandar

dan kawasan bandar. Keputusan banci penduduk tahun 1970 mendapati bahawa 49.3%

penduduk di Semenanjung Malaysia mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. 86%

dari jumlah itu merupakan penduduk di luar bandar dan hanya 14% yang tinggal di kawasan

bandar. Berdasarkan perbandingan kadar kemiskinan melalui pendapatan purata keluarga

antara kaum, kadarnya adalah berlainan dan perbezaannya agak ketara jika dibandingkan kaum

melayu dengan kaum-kaum yang lain. Kadar kemiskinan kaum melayu adalah sebanyak 64.8%,

cina ialah 26.0%, india ialah 39.2% dan lain-lain sebanyak 44.8%. Sudut pembahagian

pekerjaan juga mengalami ketidakseimbangan yang jelas dilihat misalnya sector pertaniaan

didominasi oleh kaum melayu sebanyak 67.6% manakala lain-lain berada dalam peratusan

selebihnya. Namun begitu, kaum melayu hanyalah mengamalkan pertaniaan tradisional

menyebabkan mereka sebagai kaum yang paling banyak dalam masalah kemiskinan. Bagi

perlombongan kadar bilangan melayu yang bekerja dalam sektor ini adalah 32.1%, cina 58.7%,

india 8.5% dan lain-lain 0.7%. Kekurangan kaum india yang Cuma menguasai 10.7% dalam

bidang perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pelajaran, pertahanan dan kemudahan

awam adalah kerana kaum melayu dan cina memegang peratusan yang besar dalam bidang-

bidang ini iaitu masing-masing sebanyak 42.6% dan 45.5%. Kepincangan dalam perkara-

perkara di atas merupakan antara sebab berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Faktor yang

mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat adalah kerana kemiskinan yang berlaku

terhadap mereka. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan untuk mengembalikan

keseimbangan kepada sosioekonomi negara ini. Usaha telah dijalankan untuk memberi jalan

penyelesaian kepada masalah-masalah ini melalui projek pembangunan supaya memberi

peluang pekerjaan kepada rakyat yang menganggur,meningkatkan daya hasil dan pendapatan,

memberi peluang kepada pekerja untuk bekerja di sektor yang lebih lumayan, mengurangkan

jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan di bandar, menjadikan

kehidupan di luar bandar lebih moden, memberi bumiputera peluang membuka kumpulan

7

perusahaan dan perdagangan, mengadakan suasana pekerjaan yang menonjolkan komposisi

kaum di Malaysia dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. Kerajaan berhasrat agar

menjelangnya tahun 1990, penyertaan sebanyak 30% bagi bumiputera, 40% bukan bumiputera

dan 30% terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri dalam pemilikan saham dan ekonomi di

Malaysia. Oleh itu, strategi penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru

dijalankan dapat meningkatkan daya hasil dan taraf hidup golongan miskin melalui pemodenan

luar bandar, megurangkan keadaan tidak samarata dalam pengguanaan tenaga buruh melalui

cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya, menambahkan bahagian

rakyat Malaysia dalam pemilikan modal stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi dengan lebih

cepat, membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan

Bumiputera supaya 30% daripada ekonomi dimiliki olrh mereka dalam tahun 1990 serta

penubuhan agensi-agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Amanah

Saham Nasional, dan memajukan kawasan yang mundur dengan pembangunan wilayah baru

seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

2.1.1 Impak Dasar Ekonomi Baru terhadap Etnik di Malaysia

Dasar Ekonomi Baru adalah dasar yang menunjukkan dengan jelas hubungkaitnya

dengan hubungan antara etnik kerana ia sememangnya dirangka untuk merapatkan jurang yang

dibuat penjajah British melalui Dasar Pecah Dan Perintah. Oleh itu, dasar ini dibentuk untuk

menutup semula lubang-lubang kekurangan semasa penjajahan British serta menyatupadukan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kadar kemiskinan yang berada di 52.4% pada tahun

1970 akhirnya berjaya dikurangkan kepada 17.1% pada tahun 1990 pada tahun akhir tamatnya

Dasar Ekonomi Baru. Namun begitu, orang-orang melayu masin ketinggalan dalam sektor

industri kecil dan sederhana disebabkan gagalnya budaya niaga dalam kalangan orang-orang

melayu. Kerajaan telah memberikan tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera

terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan.

Oleh itu, orang-orang Melayu banyak menceburi profesion-profesion sedemikian. Kualiti

hidup rakyat meningkat seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun

sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, ketaksamaan ekonomi dilihat agak besar, namun

ketaksamarataan pendapatan menjadi semakin baik sehinggalah tahun 1990. Tetapi keadaan

itu menjadi teruk semula selepas tahun yang demikian dimana kaya semakin kaya dan miskin

kekal miskin. Pendapatan agihan antara etnik juga banyak perbezaannya. Perbezaan jurang

8

antara luar bandar dengan bandar telah menurun semakin berkurangan namun selepas Dasar

Ekonomi Baru tamat ia kembali meningkat. Jadi ini menunjukkan keberkesanan Dasar

Ekonomi Baru walaupun kejayaan tidaklah mencapai objektifnya sepenuhnya namun ia masih

boleh dikira sebagai satu impak yang positif.

2.2 Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional merupakan kesinambungan daripada Dasar Ekonomi

baru yang telah tamat pada tahun 1990. Dasar Ekonomi baru telah menunjukkan keberansangan

dalam pelaksanaannya akan tetapi bukanlah satu kejayaan yang mencakupi semua aspek

namun banyak yang telah tercapai. Ini memmbuktikan dasar seperti ini memerlukan masa

untuk membuatkan ia dilaksanakan dengan pencapaian yang menyeluruh. Sehubungan dengan

itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-

4 telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991. Objektif Dasar

Pembangunan Negara adalah meletakkan perpaduan negara sebagai matlamat terakhir kerana

masyarat yang bersatupadu merupakan kunci kepada kestabilan sosial dan politik yang kukuh,

dan memastikan pembanguanan ekonomi yang berterusan. Dasar Pembangunan Nasional

mengekalkan strategi Dasar Ekonomi baru sebagai asas kepad intipatinya iaitu pembasmian

kemiskinan dan penyusunan semula masyrakat. Dasar Pembangunan Nasional wujud dengan

tujuan untuk membentuk satu corak pembangunan yang lebih seimbang dalam aspek-aspek

yang kritikal seperti mewujudkna keseimbangan yang optimum anyata matlamat pertubuhan

ekonomi dengan pengagihan yang saksama, memastikan pembangunan sektor-sektor ekonomi

seimbang bagi daya saling melengkapi untuk menjadikan pertumbuhannya optimum,

mengurangkan serta menghapuskan secara perlahan ketidajsamaan sosial dan ekonomi negara

untuk memberikan perkongsian yang lebih adil dan saksama faedahnya kepada rakyat,

intergrasi nasional diperkukuh dan digalakkan dengan mengurangkan kurang

ketidakseimbangan uang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan

bandar dan luar bandar, sebuah masyarakat yang progresif dapat dibangunkan, menggunakan

sumber manusia serta mewujudkan tenaga kerja yan berdisiplin dan produktif serta

meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui

satu budaya kecemerlangan, sains dan teknologi dijadikan teras penting dalam pembangunan

sosioekonomi yang memerlukan usuha pembangunan keupayaan dan kebolehan dalam

teknologi yang lebih strategic dan ilmu dijadikan asasnya serta memajukan budaya sains dan

9

teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden dan

memastikan usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan

kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan

pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. Dasar Pembangunan Nasional telah

menjadikan Dasar Ekonomi Baru sebagai contoh kepadanya dengan megambil beberapa

peralihan pendekatan kepada dimensi barunya dalam usaha pembangunan, lebih-lebih lagi

dalam membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Antaranya adalah

penekanan yang lebih mendalam kepada pembasmian kemiskinan diberikan dengan tujuan

menghapuskan kemiskinan dalam golongan termiskin serta mengurangkan kemiskinan relatif.

Menumpukan perhatian untuk membangunan sebuath masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera serta penyertaan Bumiputera dikekalka dalam kegiatan ekonomi.

Menekan sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat.

Tumpuan banyak diberikan kepada pembangunan sumber manusia dalam sistem nilai dan etika.

Dasar Pembangunan Nasional mengambil langkah dengan menggunakan cara-cara seperti

hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan dengan memberikan pendedahan kepada

aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan, bersaing dalam pasaran

antarabangsa contohnya pengeksport perlu mengurangkan pergantungan mereka terhadap

Sistem Keutamaan Am dan menjadi pengeksport yang berdaya yang mempunyai daya saingan

yang tinggi, Wawasan 2020, pembasmian kemiskinan, dan penyusunan semula masyarakat

seperrti memberi galakan kepada bumiputera dalam ekonomi. Secara mudahnya, Dasar

Pembangunan Nasional ini adalah meneruskan usaha Dasar Ekonomi Baru untuk

mengurangkan ketidaksamarataan ekonomi antara etnik dan antara golongan kaya dan

golongan miskin.

2.2.1 Impak Dasar Pembangunan Nasional terhadap Etnik di Malaysia

Strategi DPN adalah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk

memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan ini akan mengukuhkan

perpaduan Negara. DPN telah memberi impak yang berikut kepada etnik di Malaysia iaitu

integrasi nasional dapat ditingkatkan setelah jurang ketidakseimbangan yang luas dalam

pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat

dikurangkan, masyarakat yang progresif sudah dapat diwujudkan yang mana hubungan antara

etnik sudah mula menunjukkkan keharmonian dan mempunyai nilai sosial yang positif, dalam

10

mencapai matlamat Wawasan 2020, setiap golongan etnik mula menampakkan peranan mereka

walaupun sedikit iaitu mereka mulai sedar akan pentingnya saling melengkapi dan membantu

antara satu sama lain untuk satu matlamat dan usaha DPN untuk mengurangkan kadar

kemiskinan bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan

miskin dan antara wilayah sedikit sebanyak telah meningkatkan perpaduan Negara.

Pengurangan jurang perbezaan antara kawasan dan etnik sesungguhnya dapat mewujudkan

keharmonian masyarakat kerana mereka tidak rasa diabaikan atau tidak diberi perhatian dalam

usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara khususnya. Seperti yang telah dinyatakan

sebelum ini, Peristiwa 13 Mei 1969 telah berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan ekonomi

di antara kaum. Kemakmuran ekonomi merupakan unsur yang penting dalam mencapai

pembangunan negara dan memastikan keadaan negara sentiasa dalam suasana yang aman dan

harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, semua orang tanpa mengira perbezaan etnik atau latar

belakang mendapat hak yang sama rata. Sehubungan itu, pelaksanaan dasar ini sesungguhnya

dapat menunjukkan kerajaan telah memberikan keutamaan kepada hak-hak mendapat peluang

pembangunan ekonomi yang sama rata dan adil kepada semua masyarakat.

2.3 Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju

Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju untuk Malaysia dilancarkan YAB Perdana

Menteri, Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 25 Oktober 2010. Program ini

pencapaian daripada acara 'bengkel 1,000 orang' dan makmal Aktiviti Ekonomi Utama

Nasional (NKEA) yang dijalankan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

(PEMANDU). Program Transformasi Ekonomi adalah inisiatif-inisiatif yang menjadi titik

permulaan dan bukanlah satu pelan induk bagi ekonomi Malaysia bagi 10 tahun mendatang.

Banyak inisiatif dan aktiviti baru yang belum difikirkan akan dilaksanakan apabila

pembaharuan bermula, munculnya peluang dan pasaran untuk inisiatif-inisiatif tersebut.

Projek-projek mengalami perubahan secara drastik dan ada yang akan ditamatkan. Sektor

swasta menjadi pemacu utama Program Transformasi Ekonomi dengan tujuan

mentranformasikan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan

Negara Kasar per kapita sekurang-kurangnya RM48,000 menjelang 2020, 74 peratus daripada

pertumbuhan ini bakal disumbangkan oleh Bidang Utama Utara Negara. Di samping itu,

Program Transformasi Ekonomi akan membekalkan lebih 3 juta pekerjaan yang

kebanyakkannya berpendapatan sederhana atau tinggi. Bidang-bidang yang menjadi fokus

11

Program Transformasi Ekonomi adalah 12 Bidang Ekonomi Utara Malaysia iaitu, minyak, gas

dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan kewangan , pelancongan, perkhidmatan secara

perniagaanm elektronik dan elektrikal, borong dan runcit, pendidikan, kesihatan, teknologi

maklumat dan komunikasi, pertanian, dan Greater Kuala Lumpur. Projrk permulaan atau

peluang perniagaan telah dikenalpasti oleh makmal Bidang Utama Utara Malaysia yang mana

ia adalah projek yang bakal melahirkan impak yang besar dengan pantas yang mana para

pelabur telah dikenal past, strategi perlaksanaan telah diperincikan dan pembiayaan untuk

projek-projek itu telah dinyatakan. Kebanyakan inisiatif yang dirancang berasaskan kepada

liberalisasi pasaran dan peningkatan persaingan. Ini merupakan faktor syarikat multinasional

tertarik ke Kuala Lumpur, membangunkan paksi kewangan serantau dalam usaha merangsang

pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan Islam. Liberalisasi harga gas dan pengurangan

subsidi juga akan mewujudkan disiplin pasaran yang lebih kukuh.

2.3.1 Impak Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju terhadap Etnik di Malaysia

Walaupun Program Transformasi Ekonomi kebanyakkannya bertujuan meningkatkan

ekonomi negara secara dasarnya. Namun, kesannya taraf dan kualiti hidup rakyat mejadi lebih

baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus

berkembang. Perancangan dan pelaksanaan ETP membuktikan iltizam kerajaan terhadap

falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, serta

menjadi eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia

dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban. Peningkatan taraf hidup ini

diperjelaskan lagi melalui angka-angka, hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah

(PPIR). PPIR 2012 menunjukkan bahawa isi rumah bulanan purata rakyat Malaysia meningkat

daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun 2012. Manakala, kadar

kemiskinan pula terus menurun kepada 1.7 % pada tahun 2012. Kadar inflasi negara juga kekal

berada di paras yang rendah iaitu 1.2 % pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang

terendah di rantau ini. Program e-Kasih pula berjaya sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka

yang berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan dalam hanya 3 tahun. Segala

pencapaian yang telah berjaya dilaksanakan adalah bukti keberkesanan Program Transformasi

Ekonomi, yang apabila kemakmuran melimpah ruah kepada negara, rakyat turut hidup dalam

keadaan aman dan harmoni walaupun berlainan etnik. Semua rakyat boleh menikmati

kemakmuran bersama.

12

2.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun

pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri

Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010. Ia merupakan

sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang masih lagi dalam pelaksanaan sehingga tahun

2015. Ia merupakan dasar kerajaan untuk ekonomi negara di zaman pembangunan yang pesat

sekarang. Antara teras strategi Rancangan Malaysia Ke 10 adalah mengubah falsafah dan

pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA,

mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi, menuju ke arah

pembangunan sosioekonomi secara inklusif, membangun dan mengekalkan modal insan

bertaraf dunia dan mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Sesungguhnya untuk mentransformasi negara untuk mencapai Wawasan 2020 memerlukan

kepada penekanan mendalam dan menyeluruh. Seluruh tenaga dan fikiran disatukan ke arah

mencapai objektif ini. Rancangan ini digagaskan daripada 10 idea besar yang kini

diterjemahkan sebagai 10 premis utama seperti berikut memacu ekonomi domestik dengan

kepekaan persekitaran luar negara, memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik

sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa, mentransformasi negara ke arah

pendapatan tinggi menerusi pengkhususan, menjayakan pertumbuhan diterajui oleh

produktiviti dan inovasi, memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul,

memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas, pertumbuhan

bertumpu, pembangunan inklusif, menyokong perkongsian pintar yang efektif, menghargai

khazanah alam sekitar dan kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing. Antara perkara yang

bakal atau tekah dilaksanakan adalah merasionalkan subsidi secara berperingkat, iaitu

meletakkan golongan berpendapatan rendah sebagai individu yang paling layak merimanya,

pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan

pinjaman,mencari jalan untuk mempertingkatkan sumber kewangan SME dan Agro Bank, dan

peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada

syarikat modal teroka kerajaan yang dinamakan Inovasi Mudharabah (MIF). Ini cumalah

sebahagian daripada Racangan Malaysia Kesepuluh ini untuk pertumbuhan ekonomi di negara

ini.

13

2.4.1 Impak Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) terhadap Etnik di Malaysia

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang dibentuk adalah kesinambungan pelan

rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK10 adalah

bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda pembangunan

negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan

tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,

kerajaan menggarap rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira

kaum, sempadan geografi dan politik. RMK10 Telah memberikan impak yang berikut.

Penggubalan RMK10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan menjayakan Gagasan

1Malaysia. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan adat budaya

akan menerima peluang yang sama dalam pelbagai bidang. Keselesaan dan kemudahan rakyat

terutama golongan yang kurang berkemampuan menjadi fokus dalam RMK10 agar tiada

kumpulan atau kaum yang tersisih daripada arus pembangunan negara. Hasrat membangunkan

negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak meminggirkan mana-mana

kumpulan atau golongan yang masih memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan.Keadaan

ini mewujudkan keharmonian kepada hubungan antara etnik di Malaysia lantaran itu mudahlah

bagi kerajaan untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan sebagai sebah Negara bangsa.

Selaras dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan, kerajaan menyasarkan RMK10

adalah pemangkin kepada pencapaian Wawasan 2020. Ekonomi yang berpaksikan

pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi, dijana oleh sektor perkhidmatan akan

melonjakkan aspirasi negara pendapatan tinggi. Negara tidak boleh lagi bergantung

sepenuhnya kepada sektor eksport, pertanian, perlombongan dan elektronik selepas kegawatan

yang melanda ekonomi pada tahun 2008 lalu. Pengalaman Malaysia mengharungi krisis

kewangan dunia yang bergantung pada eksport telah mematangkan kepimpinan kerajaan untuk

mengorak langkah ke ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan.

14

HUBUNGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF SOSIAL

Bab ini akan lebih fokus membincangkan perihal hubungan etnik dalam perspektif

sosial di Malaysia selari kerangka pembangunan sosial dan perkembangan masyarakat melalui

dasar sosial baru dan dasar lama. Penekanan ke atas pembangunan sosial bermula sekitar tahun

1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan Malaysia. Pembentukan dasar

sosial menjadi sangat penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang dan

kompleks bagi memastikan keharmonian masyarakat selari dengan peredaran masa. Didahului

dengan perbincangan mengenai dua dasar lama iaitu dasar kebudayaan kebangsaan dan dasar

pembangunan belia negara bagi memberi gambaran awal strategi pembangunan sosial di

Malaysia. Kemudian, di bincang juga dua dasar baru iaitu dasar sosial negara dan program

latihan khidmat negara untuk memperlihat usaha dan strategi kerajaan yang berterusan bagi

mengukukuhkan perpaduan dan intergrasi masyarakat di Malaysia.

3.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia iaitu meliputi bidang fikiran,

idea, kebendaan, kesenian, nilai dan norma. Budaya menjadi peranan penting dalam proses

pembangunan negara di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha

meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik. Bagi sebuah negara yang mempunyai

pelbagai etnik masyarakat seperti di Malaysia, sudah pastinya proses pembentukan kebudayaan

nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup

yang bersifat kemanusiaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal pada 1971 kerana sejak

kemerdekaan tiasa kemajuan ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan. Ini disebabkan

kesedaran yang rendah dan kefahaman yang cetek mengenai kebudayaan, oleh kerana kerajaan

pada waktu itu cume menerapkan nilai kebudayaan mengikut etnik dan kaum sahaja dan lebih

memberi penekanan kepada kemajuan ekonomi

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan

yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia kerana dasar ini dapat menjadi

panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia

antarabangsa. Dasar ini digubal melalui pertimbangan fakta fakta perkembangan sejarah

serantau dan berlandaskan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu:

15

(i) Berteras kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsi ini berdasarkan catatan

sejarah Melayu Melaka, di mana Melaka merupakan pusat perkembangan

pemancaran dan warisan kebudayaan Melayu. Selain itu, kebudayaan serantau

seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Thailand turut di ambil kira

kerana kawsan rantau ini dianggap serumpun melalui pengunaan Bahasa Melayu.

Lantas, kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras kepada Kebudayaan

Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yg sesuai dan wajar turut diambil kira dalam

pembentukan dasar ini. Contohnya unsur budaya asing seperti Cina, India, Arab,

Barat dan lain-lain melalui proses penyerapan dan penyesuaian juga dipertimbang

dalam membentuk Kebudayaan Kebangsaan. Penyesuaian dan penerimaan dalam

penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam

Perlembagaan dan prinsip prinsip Rukun Negara.

(iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebuyaan kebangsaan. Ini

kerana, agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam

proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan

berperibadi mulia. Selari dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara

maka agama Islam menjadi elemen penting dalam membentuk Kebudayaan

Kebangsaan, disamping wujudnya fakta sejarah dan nilai nilai Islam yang telah di

dukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

3.1.1 Impak Dasar Kebudayaan Kebangsaan kepada Etnik di Malaysia

Kesan positif yang dapat kita peroleh melalui dasar ini adalah wujudnya persefahaman

antara kaum dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan budaya dan kepercayaan.

Kita dapat lihat rumah ibadat di Melaka seperti Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera

mempunyai mempunyai gabungan seni bina Cina, Melayu, Arab dan India. Ini

membuktikan masyarakat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara dan menghargai

serta menerima senibina pelbagai etnik di Malaysia. Selain itu, kita dapat lihat Perbarisan

Kontinjen Malaysia pada Hari Kemerdekaan yang mempersembahkan tarian kebudayaan

daripada pelbagai kaum dipersembahkan bagi memaparkan identiti Malaysia yang

mempunyai rakyat yang bersatu padu dan harmoni. Di samping itu, Senam Seni Malaysia

16

pula merupakan gabungan seni tarian pelbagai etnik yang bertindak sebagai serampang dua

mata yakni bagi menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.

3.2 Dasar Pembangunan Belia Negara

Generasi belia merupakan pelapis negara dan mereka berpontensi untuk menyumbang

kepada pembangunan negara. Keupayaan mengembleng tenaga belia akan menentukan

kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara di masa hadapan.

Mengikut takrifan belia dari segi umur belia adalah golongan mereka yang berumur sekitar 15

hingga 40 tahun. Walaubagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi

aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Bermula di Bahagian Perkhidmatan Belia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1953

bagi bertujuan membimbing pergerakan belia negara. Lalu Kementerian Belia dan Sukan

ditubuhkan yang menggerakan tenaga belia menjalankan kegiatan yang berguna dan berfaedah.

Mengamalkan prinsip Rukun Negara, mewujudkan semangat perpaduan, mewujudkan sifat

kepimpinan yang matang, galakakan taraf keilmuan luas dan mendalam merupakan prinsip

dasar pembangunan belia negara. Matlamat penubuhan dasar ini pula bagi melahirkan belia

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, memiliki peribadi yang bersepadu daripada segi

kerohanian, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan

patriotik serta menjadi tunggak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara

selaras dengan Wawasan 2020.

3.2.1 Impak Dasar Pembangunan Belia Negara kepada Etnik di Malaysia

Pelbagai impak yang dapat dilihat daripada Dasar Pembangunan Belia Negara terutama

dari sudut sosial dan ekonomi belia itu sendiri. Antaranya, golongan golongan belia diberi

peluang untuk meningkatkan bidang kemahiran seperti kepimpinan, perniagaan dan

vokasional. Selain itu, kerajaan juga menyediakan dana dan bantuan bagi membantu

usahawan usahawan belia. Tambahan juga, kerajaan telah menubuhkan organisasi

perniagaan besar bercorak kooperasi iaitu Kooperasi Belia di peringkat nasional. Pelbagai

aktiviti-aktiviti sukarela bagi melahirkan golongan belia yang mengamalkan gaya hidup

yang sihat cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin

yang bertanggungjawab dan berkualiti. Melalui pelbagai program yang di anjurkan oleh

17

kerajaan melalui dasar ini, secara tidak langsung menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial

yang sihat di kalangan belia dan masyarakat merentasi jurang etnik.

3.3 Dasar Sosial Negara 2003

Dasar Sosial Negara merupakan payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar

pembangunan sosial negara berteraskan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan

komitmen negara di peringkat antarabangsa. Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar

pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi

mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup

masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Secara ringkas mengenai latar belakang dasar ini mula dibincangkan pada tahu 1990-

an yakni perbincangan mengenai isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara yang

padu dan mampan agar dapat memacu negara ke arah kesejahteraan. Setelah diteliti dan

dipertimbangkan Dasar Sosial Negara diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 Februari 2003

bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial,

ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan

potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri

bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil

dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Secara umum, objektif dasar ini menjamin setiap indivi individu, keluarga dan

komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta

wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta

menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. Namun, empat motif utama dasar ini digubal

adalah untuk memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi,

membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat, memperkukuh dan membangunkan

sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dan menjana sinergi multisektor.

3.3.1 Impak Dasar Sosial Negara kepada Etnik di Malaysia

Kita dapat lihat dengan jelas impak Dasar Sosial Negara melalui objektif-objektif utama

itersebut antaranya adalah mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu,

18

keluarga dan masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus

pembangunan negara. Selain itu, setiap individu juga berhak mendapat perlindungan,

perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak

terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan. Malah, pelbagai kemudahan dan bantuan

disediakan untuk masyarakat seperti memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan

wajib peringkat sekolah rendah yang mendidik kemahiran sosial dan disiplin. Tambahan juga,

kerajaan tururt memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat untuk mencapai

kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan

dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang hayat mereka.

3.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga

bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih

apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan

semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi

nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Sebanyak 24 peratus

remaja yangakan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN

ini. Objektif program ini dilaksanakan bukan lah berbentuk kerahan tenaga namun ingin

memupuk nilai-nilai murni dan jati diri dalam diri remaja. Antara objektif berikut adalah

meningkatkan Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk

perpaduan kaum serta integrasi nasional,membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai

murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih

cergas,cerdas dan penuh.

3.4.1 Impak Program Latihan Khidmat Negara kepada Etnik di Malaysia

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sangat diperlukan demi memupuk

perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Ini terbukti kerana hampir semua

remaja yang menjalani latihan ini bersikap lebih terbuka untuk berinteraksi dengan etnik-etnik

yang berbeza. Di samping itu, remaja-remaja ini dapat di lihat lebih berkeyakinan selepas

19

menjalani program latihan ini. Patriotik dan semangat cinta akan negara dapat dilihat dengan

sumbangan tenaga secara sukarela demi kesejahteraan negara.

20

HUBUGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF POLITIK

Bab ini memberi tumpuan terhadap hubungan etnik dalam perspektif politik di

Malaysia melalui rentetan perkembangan kemasyarakatan melalui program pembanguan

politik yang lama dan baru. Perbincangan mengenai dua strategi lama iaitu penubuhan

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dan Kontrak Sosial bagi memberi lanskap awal

strategi pembangunan politik di Malaysia. Kemudian, dua dasar dan program baru iaitu

penguatkuasaan Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia bagi memperlihatkan strategi kerajaan

dalam mengukuhkan integrasi masyarakat. Integrasi masyarakat inilah yang kemudiannya

dapat membawa kepada kemajuan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang

meletakkan perpaduan nasional sebagai prasyarat untuk mencapai aspirasi tersebut.

4.1 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Sebelum Tanah Melayu menggapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan

termasuklah dengan kewujudan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) tahun 1942

dalam merealisasikan impian tesebut. Usaha ini adalah susulan daripada pembunuhan 3 orang

peladang British di Sungai Siput, Perak sehingga darurat telah diisyhtiharkan oleh kerajaan

British. Hal ini menyebabkan pihak British menlonggarkan syarat kerakyatan kepada orang

bukan Melayu melalui prinsip jus soli untuk meraih kesetian daripada kaum lain terutamanya

kaum Cina dan seterusnya dapat membanteras aktiviti komunis. Perkara ini telah mendapat

bantahan daripada orang Melayu kerana hal ini akan menggugat ketuanan Melayu dan

keistimewaan orang Melayu. Namun begitu, atas semangat ingin menuntut kemerdekaan

Negara, pemimpin daripada semua kaum duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu yang

berbangkit secara aman dan melalui semangat kesepaduan. Dengan itu, tertubuhn ya

jawatankuasa tersebut. Pada peringkat awalnya jawatankuasa ini terdiri daripada pemimpin

kaum Melayu dan Cina sahaja dan kemudiannya disertai oleh kaum lain. Antara ahli

jawatankuasa tersebut ialah Dato Onn Jaafar, Dato E.E.C Thuraisingam dan Tun Tan Cheng

Lock. Semasa proses rundingan, UMNO telah mengemukakan memorandum mempertahankan

ketuanan orang Melayu namun ditolak oleh CLC. Rundingan ini berlangsung selama dua tahun

u n t u k m e n d a p a t k a t a s e p a k a t d a r i p a d a s e m u a k a u m .

21

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam CLC

4.1.1 Impak Jawatankuasa Hubungan Kaum terhadap Etnik di Malaysia

Dalam subtopik ini, jelas menerangkan tentang impak penubuhan jawatankuasa

hubungan antara kaum terhadap etnik di Malaysia. Antaranya adalah pemupukan sikap

toleransi antara kaum dalam memuaskan hati semua pihak dan pada masa yang sama membawa

ke arah kemerdekaan negara. Pemimpin daripada semua kaum duduk semeja. Hal ini jelas

menunjukkan perbezaan kaum sudah dapat diketepikan daripada kotak fikiran mereka. Semua

pihak mula menetapkan niat pada perjuangan yang satu iaitu menuntut kemerdekaan secara

mutlak tanpa melibatkan pertumpahan darah. Hasil daripada rundingan ini, RISDA telah

ditubuhkan bagi menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu terutamanya dari segi

pendidikan dan ekonomi sebagai balasan daripada pemberian taraf kewarganegaraan kepada

orang bukan Melayu. Tambahannya lagi, CLC juga telah memberi peluang kepada rakyat

Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri melalui proses pilihanraya. Selain

daripada itu, jawatakuasa ini juga telah membawa kepada penubuhan sebuah parti politik yang

terdiri daripada pelbagai kaum iaitu parti perikatan yang kini dikenali sebagai barisan nasional.

22

4.2 Kontrak Sosial

Dalam subtopik ini, kami akan menerangkan bagaimana kotrak sosial ini boleh wujud

dan bagaimana ianya memberi kesan kepada etnik di negara ini. Ramai yang mengatakan

bahawa kontrak sosial ini merupakan perlembagaan itu sendiri dan ada juga yang berpendapat

bahawa kontrak sosial ini merupakan tulang belakang kepada perlembagaan negara ini atau

dalam erti kata yang lain kontrak sosial ini merupakan sumber rujukan kepada pemimpin

negara ini untuk menggubal sesuatu perlembagaan. Perkara ini berkait rapat antara satu sama

lain. Namun begitu, pada dasarnya kontrak sosial ini merujuk kepada perjanjian oleh bapa-

bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan bagi memenuhi hasrat kaum masing-masing

iaitu dengan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan sebagai

gantinya kaum bumiputera mendapat hak-hak keistimewaan seperti pendidikan dan ekonomi.

Pada dasarnya, hal ini berlaku adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak aman di Tanah

Melayu yang dicetuskan oleh Bintang Tiga dan sebagai penyelesaiannya pihak British telah

meminta agar kerakyatan diberikan kepada orang bukan Melayu seperti Cina dan India bagi

mendapatkan kesetiaan daripada mereka terhadap Tanah Melayu sekaligus melumpuhkan

aktiviti keganasan komunis. Sehubungan dengan itu, Malayan Union telah diisyhtiharkan oleh

pihak British bagi melahirkan sebuah negara bangsa. Namun, penubuhan Malayan Union telah

mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu kerana prinsip yang diamalkan dalam

Malayan Union dilihat tidak menguntungkan orang Melayu bahkan boleh mencabar ketuanan

Melayu. Akhirnya, Malayan Union dibubarkan melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Melalui perjanjian tersebut Tanah Melayu setapak lagi ke depan dalam mencapai kemerdekaan

dengan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Namun begitu, British tetap

menetapkan syarat bahawa semua penduduk Tanah Melayu perlu bersatu padu sekiranya ingin

mencapai kemerdekaan secara mutlak. Rentetan itu, bagi memenuhi syarat tersebut, sebuah

persetujuan atau perjanjian telah dicapai oleh pemimpin-pemimpin setiap kaum yang dikenali

sebagai kontrak sosial. Kontrak inilah yang telah menjadi tulang belakang kepada kesepaduan

k a u m d a n s e t e r u s n y a m e m b a w a k e p a d a k e m e r d e k a a n N e g a r a .

23

Orang Melayu menentang Malayan Union

4.2.1 Impak Kontrak Sosial terhadap Etnik di Malaysia

Secara logiknya nama kontrak in juga telah mempunyai perkataan sosial. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan hubungan etnik. Asasnya, kontrak ini

ini mengandungi 5 perkara atau lebih dikenali sebagai perjanjian 4+1. Perjanjian tersebut

adalah tentang kedaulatan raja-raja melayu, agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu

sebagai bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang melayu dan akhir sekali kerakyatan kepada

orang bukan melayu. Impak yang paling besar adalah dapat memupuk sikap toleransi antara

kaum. Sebelum ini, kita dapat lihat bagaimana orang-orang melayu menentang pemberian taraf

kerakyatan kepada bukan melayu dan bagaimana juga orang-orang bukan melayu tidak berpuas

hati dengan keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu. Kontrak ini juga dapat

memastikan keharmonian di Negara ini terus terjamin kerana rakyat Malaysia perlu memenuhi

atau mengikuti persetujuan yang lima itu yang juga termaktub di dalam perlembagaan Negara.

4.3 Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos

1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang

menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ia merupakan satu titik hitam dalam

sejarah Negara Malaysia. Tragedi ini menyebabkan timbulnya prasangka, amalan diskriminasi

dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yeng berbeza seterusnya mewujudkan rasa

tidak puas antara satu sama lain. Hal ini jelas membuktikan perpaduan kaum di Malaysia pada

ketika itu sangat rapuh dan tidak stabil. Peristiwa 13 Mei ini telah memberikan impak yang

24

sangat besar kepada pihak kerajaan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah mengambil

tindakan drastik dalam menangani masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia ini

dengan memperkuatkuasakan Rukun Negara. Perkara ini dapat mewujudkan keseimbangan di

antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bidang

pendidikan menjadi teras utama dalam menjayakan objektif tersebut. Sebagai contohnya, di

setiap halaman depan buku teks khususnya buku teks sekolah rendah terdapat Rukun Negara

yang selalunya ditekankan oleh guru di awal persekolahan. Hal ini membolehkan rakyat

Malaysia mengenali dan memahami Rukun Negara daripada kecil lagi seterusnya memupuk

semangat perpaduan kaum dan sekaligus melahirkan semangat cinta akan tanah air.

Rukun Negara boleh juga dikatakan sebagai janji rakyat Malaysia untuk menumpukan

seluruh tenaga dan usaha mereka untuk mencapai cita-cita negara berdasarkan atas prinsip-

prinsip yang lima iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran

perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip ini

menjadi asas kepada usaha untuk mencapai cita-cita Negara iaitu mencapai perpaduan yang

lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara cara hidup demokratik,

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara

adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai corak, dan akhir sekali membina satu masyarakat progresif yang akan

m e n g g u n a k a n s a i n s d a n t e k n o l o g i m o d e n .

25

4.3.1 Impak Rukun Negara terhadap Etnik di Malaysia

Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat adalah

pemangkin keamanan dan kerharmonian negara. Rukun Negara juga mampu melahirkan

masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap

cara hidup rakyat pelbagai kaum. Rukun Negara juga dapat mencipta satu masyarakat yang

adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama kerana lima prinsip Rukun Negara

sebenarnya adalah saling lengkap-melengkapi. Selain itu, Rukun Negara juga dapat

mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan bertoleransi bagi mewujudkan keharmonian

dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Prinsip kepercayaan kepada

tuhan menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai jati diri yang lebih utuh dan tidak mudah

goyah. Rukun Negara juga mendidik kita menjunjung tinggi nilai kesetiaan kepada Raja dan

negara kerana Raja adalah lambang perpaduan negara. Tidak kurang pentingnya Rukun

Negara juga mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran

Perlembagaan Negara dan undang-undang Negara. Akhir sekali, ia juga dapat membawa

kepada pembentukan warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen

B u d i B a h a s a d a n N i l a i M u r n i y a n g d i j a l a n k a n s e k a r a n g .

4.4 Gagasan 1 Malaysia

1 Malaysia merupakan satu gagasan atau konsep yang telah diilhamkan oleh Perdana

Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. 1 Malaysia adalah

satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,

berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat

Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional

sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia

ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan

dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain

1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara,

iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh

setiap lapisan masyarakat. Secara dasarnya, salah satu prasyarat untuk membina sebuah Negara

maju sepertimana yang terkandung dalam wawasan 2020 adalah perpaduan nasional. Oleh

sebab itulah, gagasan 1 Malaysia diperkenalkan bagi memastikan aspirasi negara maju tersebut

tercapai dimana kesemua etnik di dalam negara ini dapat hidup bersatu padu.

26

Konsep perpaduan yang ditekankan dalam gagasan ini berlainan dengan konsep

perpaduan yang diterapkan oleh Negara lain. Di Negara lain, konsep perpaduan ini

menggambarkan satu identiti saja iaitu identiti nasional yang sama dan identiti setiap kaum

dilenyapkan. Namun bagi Negara kita, konsep perpaduan itu berteraskan penerimaan kaum

lain terhadap keunikan kaum lain yang dapat mewujukan perpaduan kaum tanpa harus

menghapuskan budaya dan adat tersendiri setiap etnik. 1 Malaysia juga menekankan prinsip

keadilan terhadap semua kaum. Prinsip ini menggambarkan tiada diskriminasi terhadap mana-

mana kaum. Pihak kerajaan akan memastikan setiap dasar dan peruntukan perlembagaan

menguntungkan semua pihak dengan mengambil kira taraf kemajuan setiap kaum yang berbeza.

Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu dengan

penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi. Teras-teras perpaduan dapat diterap

melalui budaya dan amalan harian rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-

komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum.

Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup

rakyat Malaysia. Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia ialah nilai-

nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah

mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga

kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya

membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

27

4.4.1 Impak Gagasan 1 Malaysia terhadap Etnik di Malaysia

Impak yang ketara adalah pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang lain semakin

rapat. Rasisme dalam diri setiap individu semakin terhakis. Sebagai contohnya, program rumah

terbuka peringkat kebangsaan yang sentiasa diadakan setiap kali tibanya hari perayaan

sekarang bukan saja dihadiri oleh kaum yang merayakannya saja tetapi juga disertai oleh kaum

lain. Hal ini menunjukkan bahawa kaum lain juga dapat menerima keunikan yang terdapat

pada sesebuah kaum. Impak seterusnya mungkin tidak dapat dilihat ddengan ketara lagi pada

masa kini iaitu peningkatan taraf hidup tanpa mengira kaum. Hal ini kerana melalui gagasan

inilah perpaduan nasional dapat dipupuk seterusnya memenuhi syarat aspirasi wawasan 2020

di mana pada ketika itu Negara Malaysia menjadi sebuah Negara maju. Gagasan ini juga dapat

menjadi sebuah medium bagi menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum dan juga unsur-unsur

nilai murni melalui program yang dianjurkan. Tanpa mengira apa jenis program sekalipun

ianya mestilah berkonsepkan 1 Malaysia bermakna program tersebut perlulah melibatkan

s e m u a e t n i k d i M a l a y s i a a g a r h u b u n g a n a n t a r a e t n i k s e m a k i n b a i k .

28

ANALISIS PEMBANGUNAN HUBUNGAN ETNIK

5.1 Pembangunan Ekonomi 1: BR1M Berjaya mengurangkan Beban Rakyat

5.1.1 Graf Silang Demografi (Jantina) dan Isu

Graf 1: Pembangunan Ekonomi 1 (Jantina)

5.1.1 Analisis

Graf 1 di atas menunjukkan keputusan kaji selidik 50 sampel secara

rawak di seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang soalan

mengenai perlaksanaan BR1M. Adakah BR1M berjaya mengurangkan bebanan

rakyat di Malaysia? 60 peratus daripada responden memilih sederhana setuju, setuju

atau amat setuju bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berjaya mengurangkan

bebanan rakyat.

60 peratus individu berkenaan termasuklah 11 Melayu lelaki, 11 Melayu

perempuan, 3 Cina lelaki, 2 Cina perempuan, 2 India lelaki dan 3 India perempuan.

Selebihnya memilih tidak setuju atau amat tidak setuju. Senario ini menunjukkan

bahawa objektif pemberian BR1M ini tercapai iaitu membantu rakyat meringankan

b e b a n a n s a r a h i d u p y a n g s e m a k i n m e n i n g k a t .

Dengan bantuan ini, golongan A iaitu individu bujang berumur 21 tahun

ke atas yang berpendatan kurang dari RM 2000 sebulan layak menerima bantuan ini.

01234567

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

juSe

de

rhan

a Se

tuju

Setu

juA

mat

Set

uju

Melayu lelaki Melayuperempuan

Cina lelaki Cinaperempuan

India lelaki Indiaperempuan

BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat

29

Selain itu, golongan B iaitu keluarga dengan isi rumah yang berpendapatan bulanan

antara RM 3000 ke bawah layak menerima dana ini. Dengan pengumuman bahawa

BR1M 3.0 yang menyatakan bahawa nilai bantuan BR1M untuk golongan A iaitu RM

250 akan dinaikkan kapada RM 300. Nilai untuk golongan B pula menjadi RM 450.

Bantuan ini selaras dangan dasar perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST) yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015. Hal ini turut disokong oleh Ahli

Parlimen Kota Samarahan iaitu Rubiah Wang bahawa peruntukan BR1M dangan

peruntukkan berjumlah RM 4.6 bilion dapat memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima.

Oleh itu, bantuan BR1M yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum dan warna kulit ternyata berjaya mengurangkan bebanan rakyat.

30

5.2 Pembangunan Ekonomi 2: Peluang Pekerjaan Setaraf Kelulusan semakin

meningkat

5.3.1 Graf Silang Demografi (Umur) dan Isu

Graf 2: Pembangunan Ekonomi 2 (Umur)

5.2.2 Analisis

Graf 2 di atas adalah hasil keputusan kaji selidik 50 sampel secara rawak di

seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang soalan mengenai peluang

pekerjaan di Malaysia setaraf kelulusan. 100 peratus responden yang berumur 61 tahun

ke atas iaitu dua orang responden memilih amat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Secara kerseluruhan, 34 peratus iaitu 17 orang responden memilih antara tidak setuju

atau amat tidak bersetuju dangan kenyataan bahawa peluang perkerjaan di Malaysia

setaraf kelulusan. 34 peratus yang lain memilih sederhana sederhana setuju dan

selebihnya memilih setuju atau amat setuju iaitu 32 peratus. Sebagai orang yang

dikelaskan dalam kumpulan warga emas, responden yang berumur 61 tahun ke atas

tentu lebih arif dan berpengalaman dalam bidang pekerjaan. Biarpon zaman telah

berubah, tetapi pendapat mereka tidak boleh dihiraukan. Pendapat mengenai peluang

pekerjaan di Malaysia tidak semestinya setaraf dengan kelulusan boleh diterima kerana

calon pekerja pada masa ini lebih dinilai melalui kemahiran diri atau lebih dikenali

sebagai Kemahiran Insaniah. Kemahiran insaniah ini terdiri daripada tujuh elemen

01234567

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Umur 30 kebawah

31 - 40 41-50 51 - 60 61 ke atas

Peluang pekerjaan setaraf kelulusan semakin meningkat (umur)

31

utama iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran

kepemimpinan. Tanpa kemahiran ini, biarpun mempunyai kelulusan pelajaran yang

baik, seseorang itu belum tentu mampu mendapat pekerjaan. Senario ini

memperjelaskan mengapa mejoriti responden yang berumur 30 tahun ke bawah

memilih untuk tidak setuju dengan kenyataan bahawa peluang pekerjaan di Malaysia

setaraf kelulusan. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mengetahui keperluan untuk

mereka bekerja pada masa hadapan bukanlah hanya terletak pada keputusan yang

cemerlang semata-mata. Hal ini turut disokong oleh kenyataan bahawa kadar

pengangguran di Malaysia adalah rendah. Dengan kadar pengangguran di bawah tiga

peratus berbanding negara-negara maju di Eropah yang mencecah 21 peratus.

32

5.3 Pembangunan Sosial 1: Konsep '1 Malaysia' Berjaya membentuk Integrasi

Kaum

5.3.1 Graf Silang Demografi (Taraf Pendidikan) dan Isu

Graf 3: Pembangunan Sosial 1 ( Taraf Pendidikan )

5.3.2 Analisis

Graf 3 di atas adalah hasil keputusan kaji selidik 50 sampel secara rawak di

seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang soalan adakah konsep ‘1

Malaysia’ berjaya membentuk integrasi kaum ? Gagasan 1 Malaysia menurut Perdana

Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah berdiri, berfikir

dan bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia. Perkara ini bermaksud 1 Malaysia

menuntut setiap rakyat dan pemimpin agar memainkan peranan masing- masing demi

Negara yang dicintai. Berdasarkan graf di atas, golongan yang berpendidikan tinggi

sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa konsep ‘1 Malaysia’ berjaya membentuk

integrasi kaum dengan 100 peratus daripada mereka iaitu 6 orang responden memilih

setuju atau amat setuju dengan kenyatan tersebut. Sebahagian kecil daripada semua

sampel iaitu satu dengan tahap pendidikan PMR / SRP ke bawah dan satu dengan tahap

perndidikan SPM / STPM amat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini

mungkin kerana mereka kurang pengetahuan tentang kelebihan 1 Malaysia ini. Selain

itu, meraka mungkin juga masih tidak dapat menerima kepelbagaian bangsa di

02468

101214

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Tahap pendidikan PMR/ SRP ke bawah

SPM / STPM Diploma / Ijazah Sarjana / PhD

Konsep '1 Malaysia' berjaya membentuk integrasi kaum (taraf pendidikan)

33

Malaysia atau masih mengamalkan rasisme. Namun, 78 peratus memilih antara

sederhana setuju, setuju atau amat setuju berkenaan kenyataan bahawa konsep ini

berjaya membentuk integrasi kaum. Senario ini memperjelaskan bahawa rakyat

Malaysia lebih matang untuk membina negara yang maju selaras dengan Wawasan

2020.

34

5.4 Pembangunan Sosial 2: Jumlah PATI berjaya ditangani melalui Program

Pemutihan 6P

5.4.1 Graf Silang Demografi (Pekerjaan ) dan Isu

Graf 4: Pembangunan Sosial 2 (Pekerjaan)

5.4.2 Analisis

Graf 4 di atas adalah hasil keputusan kaji selidik 50 sampel secara rawak di

seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang pendapat mereka

mengenai jumlah pendatang asing tanpa izin ( PATI ) berjaya ditangani melalui

program pemutihan 6P di Malaysia. Sebelum itu, 6P yang dimaksudkan adalah

pendaftaran bermula 11 Julai 2011 dan sepatutnya berakhir 31 Ogos 2011, pemutihan

- memburu majikan yang degil, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan, dan

pengusiran. Berdasarkan graf 4, 60 peratus memilih tidak setuju atau amat tidak setuju.

60 peratus ini adalah 6 dari kumpulan yang bekerja di bawah kerajaan, 12 di sektor

swasta dan 12 yang bekerja sendiri. Pada 9 November 2014, Malaysia dikejutkan

dengan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands. Setelah hasil siasatan oleh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tragedi yang mengorbankan

nyawa ini berkait dengan kes penerokaan secara haram melibatkan warga asing di

Cameron Highlands. Senario ini memperjelaskan bahawa program pemutihan 6P

masih lagi lemah. Hal ini turut disokong dengan kenyataan bahawa dianggarkan

02468

1012

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri

Jumlah PATI berjaya ditangani melalui program pemutihan 6P (pekerjaaan)

35

sebanyak 1.8 juta PATI di Malaysia dan hanya 800000 sahaja yang berdaftar dalam

program pemutihan 6P itu.

36

5.5 Pembangunan Politik 1: Cadangan UMNO-PAS adalah baik

5.5.1 Graf Silang Demografi ( Pendapatan ) dan Isu

Graf 5: Pembangunan Politik 1 ( Pendapatan )

5.5.2 Analisis

Graf 5 di atas adalah hasil keputusan kaji selidik 50 sampel secara rawak di

seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang cadangan kerjasama

UMNO-PAS adalah baik. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telas

diasas oleh Onn Jaafar sejak 1895 telah banyak mengubah Malaysia sehingga sekarang

seperti mencapai kemerdekaan di bawah bimbingan Tungku Abdul Rahman Putra Al-

Haj pada tahun 1957. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula terkenal sebagai sebuah parti

pergerakan Islam di Malaysia. Sebagai dua parti utama di Malaysia, memang tidak

hairanlah ramai yang berharap agar dua organisasi ini bersatu. Berdasarkan graf ,

mejoriti iaitu 80 peratus bersetuju agar dua organisasi ini bergabung menjadi satu. 80

peratus itu adalah 11 orang yang berpendapatan RM 1500 ke bawah, 10 berpendapatan

RM 1501 hingga RM 3000, 10 orang yang berpendapatan RM 3001 hingga RM 4500

dan 9 orang yang berpendapatan lebih RM 4500. Selebihnya iaitu 10 orang mungkin

tidak bersetuju kerana jika dua organisasi ini bergabung, hasil pendapatan mereka

berkurang. Namun, 80 peratus yang menyokong pergabungan ini tentu sudah tahu

kebaikan yang akan tercapai oleh Negara dengan peraturan Islam sebagai medium

utama untuk memajukan Negara. Hal ini menunjukkan bahawa cadangan kerjasama

antara UMNO- PAS adalah amat baik.

00.5

11.5

22.5

33.5

44.5

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Pendapatan RM 1500ke bawah

RM 1501 - RM 3000 RM 3001 - RM4500 RM 4500 ke atas

Cadangan kerjasama UMNO-PAS adalah baik(pendapatan)

37

5.6 Pembangunan Politik 2: Media Arus Perdana lebih dipercayai berbanding

Media Sosial

5.6.1 Graf Silang Demografi ( Pekerjaan ) dan Isu

Graf 6: Pembangunan Politik 2 ( Pekerjaan )

5.6.2 Analisis

Graf 6 di atas adalah hasil keputusan kaji selidik 50 sampel secara rawak di seluruh

Malaysia untuk mendapatkan maklum balas tentang media arus perdana lebih dipercayai

berbanding media sosial. Contoh media arus perdana seperti akbar, berita di televisyen dan

lain-lain. Media sosial pula seperti laman sesawang, laman sosial dan sebagainya. Pada zaman

moden berteraskan teknologi ini, semua maklumat di hujung jari. Hal ini menyebabkan apa

yang ditanyangkan oleh media arus perdana kini kurang dipercayai. Berdasarkan graf 6, hanya

26 peratus sahaja yang memilih media arus perdana lebih dipercayai berbanding media sosial.

Ini termasuklah 9 daripada sektor kerajaan, 2 daripada sektor swasta dan 2 daripada pekerjaan

sendiri. Selebihnya kurang atau tidak bersetuju dengan pendapat itu. 1 sahaja responden yang

amat bersetuju dengan pendapat itu. Hal ini mungkin kerana dia seorang yang buta IT atau

tidak berminat tentang hal ehwal dunia. Walaupun media sosial banyak memasukkan perkara-

perkara yang tidak mungkin tidak benar tetapi ia boleh membuat penggunanya menilai perkara

itu dengan sebaiknya. Hai ini memperjelaskan bahawa tentang media arus perdana kurang

dipercayai berbanding media sosial.

02468

10121416

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri

Media arus perdana lebih dipercayai berbanding media sosial (pekerjaan)

38

RUMUSAN

Melalui kajian yang telah dijalankan, tidak dinafikan dasar-dasar kerajaan dari segi

ekonomi sosial dan politik memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan

hubungan etnik di Malaysia. Sebagai contoh, Kerajaan berjaya menyusun semula masyarakat

melalui Dasar Ekonomi Baru dalam membasmi ketegangan antara etnik. Kita dapat lihat

bahawa hubungan etnik selepas zaman kemerdekaan bertambah baik berbanding sebelum

zaman kemerdekaan. Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, kita juga dapat lihat

bahawa rata-rata rakyat Malaysia masih berpuas hati dengan usaha-usaha yang kerajaan telah

laksanakan. Kesimpulannya, pembangunan hubungan etnik di Malaysia masih berada dalam

keadaan baik walaupun perpaduan yang sebenar masih belum dicapai.

39

LAMPIRAN

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

A. Maklumat Responden

0

5

10

15

20

25

30

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

BR1M berjayamengurangkan beban

rakyat

Pengurusan kewangannegara adalah stabil

GST perlu disokonguntuk peningkatan

hasil negara

Peluang pekerjaansetaraf kelulusan

semakin meningkat

Integriti dalampengurusan

kewangan negaraadalah baik

B. Pembangunan Ekonomi

40

0

5

10

15

20

25

30A

mat

Tid

ak S

etu

ju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Kadar kemiskinan diMalaysia masih

terkawal

Konsep '1 Malaysia'berjaya membentuk

integrasi kaum

Jumlah kes jenayah diMalaysia dalam

keadaan terkawal

Rakyat Malaysiamatang dalammenangani isu

perkauman

Jumlah PATIberjaya ditanganimelalui program

pemutihan 6P

C. Pembangunan Sosial

0

5

10

15

20

25

30

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Am

at T

idak

Set

uju

Tid

ak S

etu

ju

Sed

erh

ana

Setu

ju

Setu

ju

Am

at S

etu

ju

Cadangan kerjasamaUMNO-PAS adalah

baik

Kini, majoriti kaumIndia menyokongBarisan Nasional

Kematangan berpolitikrakyat

Malaysiasemakinmeningkat

Kerjasama antara partidalam Pakatan Rakyat

adalah kukuh

Media arusperdana lebih

dipercayaiberbanding media

sosial

D. Pembangunan Politik

41

0

5

10

15

20

25

30

35

Dasar sosialbejaya

tidak Dasar ekonomiberjaya

tidak

E. Dasar Pembangunan Kerajaan

42

RUJUKAN

Dasar Ekonomi

1. Modul Hubungan Etnik,

2. DEB ,

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf

3. Dasaar Pembangunan Nasional, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/241-dasar-pembangunan-nasional-dpn-.html

4. Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju,

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-

ekonomi/7814-program-tansformasi-ekonomi-etp.html

5. http://www.teraju.gov.my/download/hala_tuju.pdf

6. Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju , http://www.doa.gov.my/bidang-

ekonomi-utama-negara-nkea-

7. Program Transformasi Ekonomi-Hala Tuju,

http://www.mampu.gov.my/documents/10228/95706/Teks+ucapan+YAB+PM+semp

ena+Pembentangan+Laporan+GTP+ETP+2012+pada+19+Mac+2013.pdf/ad3ddd9b-

1b54-4a47-a4b1-e8f97297c11e

8. http://www.umno-online.my/?p=10821

9. www.epu.gov.my/.../e9b09857-d13d-42e3-a567-b2c..

10. Rancangan Malaysia ke-10, http://www.epu.gov.my/epu-

theme/RMKE10/rmke10_bm.html

Dasar Sosial

1. http://ippbm.gov.my/dokumen/DPN.pdf

Dasar Politik

1. Kontrak Sosial,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Find

ex.php%2Fpenafian%2F1224-kontrak-sosial.html&h=kAQGnD4G4

43

2. Gagasan 1 Malaysia,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Find

ex.php%2F1malaysia%2F7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-

diutamakan.html&h=RAQHt952l

3. Rukun Negara,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Find

ex.php%2Fprofil-malaysia%2F7957-rukun-negara.html&h=2AQG291jy

4. Perisytiharan Rukun Negara,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.jpnin.gov.my%2Fisytihar

_krn&h=1AQFT94Vt

5. CLC,

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2FNedRo

zell%2Fjawatankuasa-hubungan-antara-kaum-hubungan-etnik&h=tAQGKfVuc

Analisis dan kajian lapangan

1. http://www.theborneopost.com/2014/03/04/fahami-hasrat-dan-tujuan-kerajaan-beri-

br1m-rubiah/

2. http://www.hmetro.com.my/node/6060

3. http://www.beritasemasa.com.my/kadar-pengangguran-di-malaysia

4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-

didahulukan-pencapaian-diutamakan.html

5. http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=591841