pembandaran 3

Upload: sufikatira

Post on 09-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

5 LANGKAH MEWUJUDKAN BANDAR LESTARI

Tanggal 22 APRIL merupakan Hari Bumi yang perlu disambut oleh semua rakyat Malaysia.Malang sekali,tarikh yang begitu bermakna pada alam semulajadi ini tidak diambil peduli oleh masyarakat setempat.Alam sekitar ini bukanlah kita warisi daripada nenek moyang kita,walhal kita meminjanya daripada generasi akan dating.Kerana itu,kita hendaklah menjaga alam sekitar ini agar generasi akan dating dapat melihatnya.Kata-kata daripada Mahatma Ghandi itu sangat jelas dan ia menunjukkan bahawa alam sekitar ini adalah harta yang paling berharga dan perlu dijaga.

Antara langkah-langkah yang wajar diambil bagi mewujudkan bandar lestari adalah dengan penggunaan petrol tanpa plumbum bagi semua kenderaan bermotor.Kempen penggunaan petrol tanpa plumbum yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 80-an telah meningkatkan kualiti udara secara keseluruhannya.Selain itu,mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.Sekarang ini,kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuha-tumbuhan sedang giat dijalankan.Contohnya,ahli sains negara kita telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh membantu mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.sungguhpun penemuan ini masih baru untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak,namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah konsep bandar lestari.Oleh itu,penggunaan petrol tanpa plumbum adalah sangat membantu dalam usaha kita untuk melaksanakan bandar lestari.

Program kitar semula juga memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategic kerajaan bagi pengurusan alam semula sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari.Secara spesifik,program ini bertujuan untuk mengurangkan intensity pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian,di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat bagi memenuhi aspirasi rakyat.Kejayaan program ini bergantung kepada kerjasama semua pihak yang terlibat.Pelaksanaan program ini juga haruslah berpanjangan dan berterusan,bukannya secara bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat,khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisa teraju kepimpinan negara kelak.Tegasnya,program kitar semula dapat mencapai konsep bandar lestari yang berkualiti dan seimbang.

Pendidikan di sekolah terhadap alam sekitar harus dipratikkan lagi agar murid-murid di Malaysia dapat mengenali alam sekitar dengan lebih mendalam.Pihak kerajaan bertanggungjawab memperkenalkan atau melancarkan satu sistem pelajaran yang baru mengenai alam sekitar.Para pelajar juga memainkan peranan penting dalam perlaksanaan sistem pembelajaran yang baru ini.Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)telah mengemukakan satu sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan dengan alam sekitar.Namun begitu,kerajaan Malaysia belum memberikan kata putus lagi kerana fenomena yang sedang melanda negara kita sekarang.Menteri pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin berkatasistem pendidikan di Malaysia ini adalah antara sistem pendidikan yang paling tidak efisien sekali berbanding dengan negara-negara yang berteknologi tinggi seperti Amerika Syarikat,Jepun,London dan Jerman.Kemudahan teknologi Malaysia telah ketinggalan 20 tahun dibelakang Jepun dan ia mempengaruhi sistem pembelajaran di negara kita.Oleh yang demikian,pendidikan mengenai alam sekitar di sekolah adalah di antara langkah yang berguna untuk mewujudkan bandar lestari.

Langkah-langkah di atas masih tidak berupaya untuk mewujudkan bandar lestari.Justeru itu,satu lagi langkah yang terbaik adalah penanaman semula tumbuh-tumbuhan.Di Malaysia,hutan-hutan tropika dan hutan-hutan simpan telah digondol dengan rakus oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.Hal ini juga berlaku kerana permintaan eksport kayu-kayan di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Kerana itu,kita hendaklah bersama-sama melakukan aktiviti penanaman semula tumbuhan bagi menggantikan tumbuh-tumbuhan yang telah ditebang.Kerajaan Malaysia juga memainkan peranan penting dalam hal ini dengan sering mengadakan pelbagai aktiviti mengenai alam sekitar. Aktiviti penanaman semula tumbuhan ini harus ditekankan dan perlu diteruskan selama mungkin dan bukannya dilakukan apabila keadaan sudah melarat.Walhal itu,kita mestilah memberikan komitmen yang secukupnya terhadap penanaman semula tumbuhan ini kerana ia adalah langkah yang sangat membantu dalam tujuan kita untuk membangunkan bandar lestari.

Natijahnya,langkah-langkah di atas tidak akan lengkap tanpa langkah yang terakhir iaitu pembinaan lebuh raya.Pembinaan lebuh raya ini akan memberikan kesenangan kepada semua pihak terutamanya kepada para pengguna jalan raya.Baru-baru ini,terdapat beberapa lebuh raya(highway)telah dibina di Malaysia antaranya adalah lebuh raya AKLEH berserta DUKE.Pihak kerajaan perlu berunding dahulu dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia sebelum membuat keputusan untuk membina lebuh raya.Pembinaan lebuh raya menjadi bertambah penting apabila ekonomi negara semakin meningkat.Lebuh raya juga penting bagi menghubungkan kawasan-kawasan luar bandar dengan kawasan-kawasan bandar.Walaupun begitu,pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang agak lama serta bernilai berjuta-juta ringgit(RM).Kerana itu,pihak kerajaan telah melancarkan sistem perkhidmatan tol di setiap kawasan lebuh raya.Dengan ini,pembinaan lebuh raya adalah langkah terakhir yang merealisasikan konsep untuk mewujudkan bandar lestari.