pemahaman

32
PEMAHAMAN 1 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka dengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan tentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka. Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar. Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di bandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagian daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengan demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yang tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu. Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu tiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kita perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibu terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome yang mengalir dalam saluran darah. Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang disebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan protein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripada dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman. Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan menjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra. 1 Bagaimanakah susu ibu terhasil? A Melalui percampuran protein dan asid amino B Melalui percampuran estrogen, progestron, dan prome

Upload: jerry-saribun

Post on 19-Jun-2015

283 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman

PEMAHAMAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka dengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan tentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka. Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar.

Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di bandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagian daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengan demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yang tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu.

Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu tiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kita perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibu terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome yang mengalir dalam saluran darah. Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang disebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan protein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripada dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman.

Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan menjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra.

1 Bagaimanakah susu ibu terhasil?A Melalui percampuran protein dan asid

aminoB Melalui percampuran estrogen,

progestron, dan promeC Melalui percampuran “kolustrum” dan

pertambahan darahD Melalui percampuran kimia dan

prolaktin serta pertambahan darah

2 Mengapakah kebanyakan ibu yang bekerja lebih suka memberi bayi mereka susu tiruan?A Kerana mereka kesuntukan waktuB Kerana mereka mengutamakan

kecantikanC Kerana mereka tidak tahu khasiat susu

ibuD Kerana mereka menganggap proses

penyusuan perkara kecil

3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebih terpengaruh kepada iklan?

A Kerana mereka banyak terdedah kepada media massa

B Kerana masyarakat bandar mudah dipengaruhi

C Kerana kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang bekerja

D Kerana mereka menganggap susu tiruan lebih berkhasiat

4 Yang manakah BUKAN kebaikan susu ibu?A Menjimatkan masaB Mencegah penyakitC Menjarangkan kelahiran anakD Mempercepatkan proses pembesaran

bayi

5 Kata cenderung dalam petikan boleh digantikan dengan kataA memilih. C berminat.B berpihak. D menyebelahi.

Page 2: Pemahaman

Jawapan: 1 B 2 A 3 A 4 A 5 C

PEMAHAMAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dia bangun dan memberitahukan cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengan gelak ketawa. Semua kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan “peguam” amat luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung.

Tun Abdul Hamid bin Omar lahir pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorang guru kampung yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu, Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga seorang guru.

Pada tahun 1940, Abdul Hamid memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapi pengajiannya terbantut sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunya peperangan itu, dia menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan Senior Cambridge.

Dia menjadi mangsa pilih kasih kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti. Dia pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Rais membantunya untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadi majistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, bel bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, beliau dilantik menjadi Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 10 November 1988.

Walaupun menjadi seorang hakim memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalang Abdul Hamid untuk bergiat dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan Golf Asia, Kusta Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Abdul Hamid dianugerahi pingat Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun 1989 yang membawa gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia mulai tahun 1988 hingga kini.

1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpan cita-cita untuk menjadi peguam?A Semasa bersekolah di kampungnyaB Semasa belajar di Maktab Sultan

Abdul HamidC Setelah lulus Senior CambridgeD Sekembalinya dari England

2 Mengapakah ayah Abdul Hamid menyerahkan beliau di bawah jagaan bapa saudaranya?A Demi mencapai cita-citanyaB Agar dapat belajar bahasa InggerisC Supaya Abdul Hamid dapat

menyambung pelajarannya

D Kerana berlakunya Perang Dunia Kedua

3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omar membiayai pengajian di luar negara?A Melalui biasiswa B Melalui pinjamanC Melalui perbelanjaan sendiriD Melalui bantuan Tan Sri Jamil Rais

4 Apakah jawatan tertinggi dalam bidang undang-undang yang pernah dijawat oleh Tun Abdul Hamid Omar?A Hakim Besar MalayaB Ketua Hakim NegaraC Hakim Mahkamah Persekutuan

Page 3: Pemahaman

D Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

5 Pernyataan yang berikut BENAR tentang Abdul Hamid Omar, kecuali

A dia anak seorang pendidik.B dia mendapat anugerah kebesaran.C dia seorang ahli sukan yang berjaya.D dia dapat menguasai lebih daripada

satu bahasa.

Jawapan:1 A 2 A 3 A 4 B 5 C

PEMAHAMAN 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengerusi : Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan cara-cara memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah menjemput tiga orang rakan kita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing. Mereka ialah Saudara Hasan, Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang masa, saya menjemput Saudara Hasan untuk memulakan perbincangan.

Hasan : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan menggalakkan mereka menggunakan perpustakaan.

Pengerusi : Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara Ismail?Ismail : Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk tabiat membaca

adalah dengan mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiap hari kita mesti membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiat membaca akan berterusan.

Pengerusi : Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz?Mahfuz : Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca adalah

dengan menubuhkan “Kelab Buku”. Melalui kelab ini, kita dapat bertukar-tukar buku dan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca. Tiap-tiap orang hendaklah menderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini sebagai permulaan. Kelas kita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah mempunyai 40 buah buku.

Hasan : Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya.Pengerusi : Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut dibincangkan

dengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail?Ismail : Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari yang kosong di

sudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku kita. Saya percaya Cikgu Munirah akan bersetuju.

Pengerusi : Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan Kelab Buku.

1 Apakah tujuan perbincangan ini diadakan?A Untuk menubuhkan Kelab Buku di

sekolahB Untuk mencari jalan menggalakkan

murid-murid membacaC Untuk menanam semangat membaca

di kalangan murid-muridD Untuk menggalakkan murid-murid

menggunakan perpustakaan

2 Kita mengetahui ahli panel telah membuat persediaan terlebih dahulu melaluiA pembacaan buku.B cadangan Mahfuz.C hujah masing-masing.D penerangan Pengerusi.

3 Apakah cadangan yang perlu mendapt kebenaran Cikgu Munirah?

A Mengutip dermaB Mengumpulkan buku

Page 4: Pemahaman

C Menggunakan almariD Mengadakan perbincangan lanjut

4 Penyataan yang berikut BENAR tentang cara memupuk minat membaca, kecualiA mengadakan sudut membaca.B menyediakan jadual khas membaca.C menggalakkan murid-murid membaca

di perpustakaan.D bertukar-tukar bahan bacaan di

kalangan murid.

5 Frasa lebih mendalam dalam petikan membawa maksudA tertib. C tersusun.B teratur. D terperinci.

Jawapan:1 C 2 C 3 C 4 B 5 D

PEMAHAMAN 4

Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ingat pesanku wahai belia,Jangan berdusta jangan memperdaya,Jangan kikir kasihkan kaya,Jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata jangan mengeji,Jangan aniaya, bengis, dan benci,Jangan takbur diri dipuji,Jangan sesekali mungkir janji.

Judi dan arak jangan dirasa,Dengki khianat jangan selesa,Usah bermain ular yang bisa,Lambat bangat akan binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang,Jangan meminta bantuan si piutang,Tabiat meminjam hendaklah pantang,Bebas kehidupan sentiasa ditatang.

Meminjam jangan meminjamkan jangan,Barang dipinjam kerap kehilangan,Sahabat peminjam, renggang di tangan,Hutang merosakkan maruah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,Ke sini tersembah ke sana terlolong,Ikhtiar sendiri bantut tergulung,Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

1 Apakah akibatnya orang yang suka berhutang?A Akan dipandang rendahB Tidak suka hidup berdikariC Hidup sentiasa terkongkongD Persahabatan menjadi renggang

2 Mengapakah keupayaan seseorang terencat?A Kerana selalu meminjam

B Kerana selalu membesarkan diriC Kerana selalu mungkir janjiD Kerana selalu mengharapkan bantuan

3 Bagaimanakah seharusnya seseorang itu mengurus hartanya?A Jangan memberikan pinjamanB Selalu memberikan bantuanC Berbelanja secara berhermatD Berikhtiar sepenuh tenaga

Page 5: Pemahaman

4 Belia dinasihatkan menghindari sifat-sifat yang berikut, kecualiA kedekut. C pembazir.B pemurah. D pembohong.

5 Maksud usah bermain ular yang bisa dalam petikan ialah

A jangan boros dan fikir.B jangan suka berhutang.C jangan melakukan kekejian.D jangan bermain benda bahaya.

Jawapan:1 A 2 D 3 A 4 A 5 D

PEMAHAMAN 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusia semakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda.

Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang, sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumi meningkat dan lapisan ozon semakin nipis.

Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukis dan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memulihara alam sekitar.

Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perlu dilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dan semangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan.

Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telah dibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kita telah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakat yang melakukan kesalahan.

Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yang selamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demi mewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni.

1 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam?A Bencana alamB Ancaman haiwanC Perubahan masaD Perbuatan manusia

2 Mengapakah undang-undang perlu dibuat bagi mengawal pencemaran alam sekitar?A Untuk memelihara alam sekitarB Untuk menanamkan sikap

bertanggung jawabC Kerana ada golongan yang masih

berdegil

D Kerana kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai

3 Bagaimanakah kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar diwujudkan di kalangan pelajar-pelajar?A Dengan memberikan ceramah

kesedaranB Dengan menubuhkan persatuan-

persatuan dan kelab-kelabC Dengan mengadakan peraturan-

peraturan

Page 6: Pemahaman

D Dengan mengadakan pertandingan-pertandingan

4 Dana Hidupan Liar Malaysia telah mencadangkan agar orang ramai mengambil tindakan-tindakan yang berikut bagi memulihara alam sekitar, kecualiA mempelajari cara-cara menggunakan

sumber alam.B sentiasa bekerjasama membersihkan

alam sekitar.

C selalu mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar.

D mengawal kegiatan masyarakat berkaitan dengan alam sekitar.

5 Kata perindustian bermaksudA perusahaan. C pertanian.B maju. D moden.

Jawapan:1 D 2 B 3 B 4 D 5 A

PEMAHAMAN 6

Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Terbongkok-bongkok di tepi jalan,Membawa tempurung di tapak tangan,Bertongkat buluh sebagai teman,Meminta sedekah menadah tangan.

Pakaian buruk carik pula,Panasnya kaki alas tiada,Sesuap rezeki meminta-minta,Hilanglah lapar hilanglah dahaga.

Wahai nasib bilakah gerangan, Nikmat Ilahi datang menjelang,Oh, Tuhan aku pohonkan,Anugerahilah aku dengan ketabahan.

Waktu malam gelap gelita,Angin bertiup hujan pun tiba,Badan letih amat terasa, Penat berjalan tidak terhingga.

Tidur si miskin di kaki lima,Kepada Tuhan dia berdoa,Derita ini janganlah lama,Cepatlah bahagia datang menjelma.

1 Siapakah yang bertongkat?A Dia C Seorang miskin B Seorang tua D Peminta sedekah

2 Mengapakah “dia” memohon kepada Ilahi agar dirinya cekal?A Supaya mampu berhujanB Supaya mampu menahan laparC Supaya hidup meminta-mintaD Supaya mampu menghadapi dugaan

3 Maksud Cepatlah bahagia datang menjelma dalam petikan tersebut ialahA mengharapkan rezeki.B mengharapkan nikmat.C mengharapkan kekayaan.D mengharapkan kesenangan.

4 Mengapakah “dia” berasa sangat letih?A Kerana hari gelapB Kerana jauh berjalanC Kerana kakinya panasD Kerana tidur di kaki lima

Page 7: Pemahaman

5 Nada syair ini berbentukA aduan. C keluhan.

B rayuan. D pujukan.

Jawapan:1 D 2 D 3 A 4 B 5 C

PEMAHAMAN 7

Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jonet : Bapak, ini sahabat saya, Rosli. Dia datang dari Semenanjung.Rosli : Apa khabar, pak cik? Saya gembira dapat bertemu dengan pak cik.Pak Atem: Khabar baik, nak!Jonet : Pak, Rosli ingin tahu tentang Pesta Menuai. Boleh bapak ceritakan kepadanya?Pak Atem: Boleh. Pesta Menuai ialah satu perayaan yang diraikan pada bulan Mei setiap tahun

sebagai memuja semangat padi. Sejak tahun 1960, penduduk negeri Sabah diberi cuti umum pada hari perayaan tersebut.

Rosli : Bagaimana perayaan ini dijalankan, pak cik?Pak Atem: Mula-mula diadakan upacara yang ada kaitannya dengan kepercayaan orang-orang

Kadazan atau Dusun. Kemudian, mereka dijamu minuman tapai dan diajak menari tarian Sumazau. Kedua-dua ini merupakan acara tradisi pesta ini.

Rosli : Apakah acara kemuncak pesta ini, pak cik?Pak Atem: Acara kemuncaknya ialah pertandingan memalu gong dan minum tapai.Rosli : Wah, hebat juga pesta ini dirayakan! Orang Kadazan atau Dusun sajakah yang

merayakan pesta ini?Pak Atem: Tidak, Rosli. Sekarang Pesta Menuai ini dirayakan secara besar-besaran di

kebanyakan daerah di Sabah. Pesta ini sebenarnya pesta kaum tani. Sabah memang banyak golongan petani.

Jonet : Acara-acara lain ada juga dijalankan, misalnya sukan darat dan sukan laut, pertandingan bayi sihat, pameran hasil-hasil pertanian, kraf tangan, dan pertunjukan kebudayaan.

Rosli : Oh, begitu!Pak Atem: Pesta Menuai ini bukan sahaja untuk bergembira, Rosli, tetapi untuk memupuk rasa

muhibah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Rosli : Betul kata pak cik tu. Saya pun tidak begitu tahu tentang pesta ini.

1 Mengapakah pesta ini dirayakan pada bulan Mei setiap tahun?A Kerana kaum tani berhimpun pada

bulan iniB Kerana telah diberi cuti umumC Kerana bulan Mei bulan yang muliaD Kerana padi mereka telah masak pada

bulan ini

2 Apakah acara yang dijalankan turun-temurun dalam Pesta Menuai?A Upacara menuai

B Upacara penyembahanC Upacara minum tapai dan memalu

gongD Upacara minum tapai dan menari

tarian Sumazau

3 Tujuan utama Pesta Menuai diadakan adalah untukA bersuka ria.B memupuk rasa muhibah.C memuja semangat padi.D mengeratkan perpaduan kaum.

Page 8: Pemahaman

4 Bagaimanakah Rosli mendapatkan maklumat tentang Pesta Menuai?A Dengan berkunjung ke SabahB Dengan menyaksikan sendiri pesta ituC Dengan bertanya kepada Pak AtemD Dengan bertandang ke rumah panjang

5 Perkataan diraikan boleh digantikan dengan perkataanA dilaksanakan C dirayakanB dipujakan D dijalankan

Jawapan:1 D 2 D 3 C 4 C 5 C

PEMAHAMAN 8

Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Kebangsaan Kajang,Jalan Low Ti Kok,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

27 September 2005.

Menemui Saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai

rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah Tinggi

Kajang bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu.

Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai percubaan sains.

Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan ini dihias dengan indah.

Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Pengetua dan guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran.

Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Saya tertarik dengan tarian zapin dan inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan.

Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya.

Yang benar,

Hanafi

1 Apakah tujuan Hanafi menulis surat kepada Loqman?

A Untuk meminta maafB Untuk mengajak melawat pameran

Page 9: Pemahaman

C Untuk menceritakan apa yang berlakuD Untuk membatalkan rancangannya

pergi ke Langkawi

2 Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu?A Hiasan dewanB Acara sambutanC Pameran masakanD Tarian tradisional

3 Di manakah persembahan kebudayaan diadakan?A Di dewanB Di bilik makmalC Di bilik pameranD Di kawasan lapang

4 Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai?A Menikmati jamuanB Melihat hasil-hasil pelajarC Melawat ke kawasan perkhemahanD Menyaksikan pertunjukan kebudayaan

5 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara berikut, kecualiA hasil-hasil seni.B permainan pancaragam.C kuih-muih dan lauk-pauk.D hasil-hasil percubaan sains.

Jawapan:1 A 2 D 3 A 4 B 5 B

PEMAHAMAN 9

Baca berita di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA SELANGOR, Isnin – Usaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) memasukkan pesta sukan air dalam diari tahunan negeri itu sudah menampakkan kejayaan. Hal ini dapat dilihat menerusi sambutan orang ramai, terutamanya penduduk tempatan. Jika pada tahun lalu, kegiatan yang mula diperkenalkan berjaya menarik minat kira-kira 3 000 pengunjung, tetapi jumlah itu meningkat kepada 4 500 pengunjung pada tahun ini.

Pesta yang diadakan pada bulan September lalu bukan sekadar memenuhi diari tahunan, tetapi juga berjaya memperkenalkan pelbagai jenis sukan air yang belum pernah diadakan sebelum ini. Tarik tali perahu ialah acara baru yang disenaraikan. Acara itu berjaya menarik banyak peminat selain daripada acara merentas Sungai Selangor, menghambat itik, lumba perahu berdayung, meniti balak, dan perlumbaan jet ski.

Walaupun semua acara bermula pada jam 2.45 petang, tetapi orang ramai sudah mula membanjiri tebing Sungai Selangor sejak jam 11.00 pagi lagi. Kedatangan mereka bukan sahaja untuk melihat pesta air tersebut, tetapi juga untuk mengunjungi destinasi pelancongan yang tidak asing lagi daerah itu, iaitu Bukit Melawati.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi menyelamat mangsa dalam sungai oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shah Alam. Demonstrasi dan mencegah penyeludupan oleh anggota Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dengan menggunakan dua bot laju turut diadakan. Dalam demonstrasi itu, orang ramai didedahkan kepada kecekapan pihak terbabit dalam bidang masing-masing.

1 Berapakah pertambahan pengunjung Pesta Sukan Air pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas?A 7 500 orang C 1 500 orangB 1 000 orang D 2 000 orang

2 Apakah jenis sukan air yang baru diperkenalkan?A Menghambat itikB Lumba perahu berdayungC Tarik tali perahuD Meniti balak

Page 10: Pemahaman

3 Di manakah Pesta Sukan Air itu diadakan?A Di pinggir sungai Kuala SelangorB Di Bukit MelawatiC Di Sungai SelangorD D Shah Alam

4 Kata demonstrasi dalam petikan ini bermaksudA pendedahan. C perlawanan.B pertunjukan. D peraduan.

5 Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang Pesta Sukan Air dalam petikan itu?

A Beberapa jenis sukan baru telah diperkenalkan

B Mendapat sambutan yang menggalak- kan daripada orang ramai

C Demonstrasi menyelamat oleh anggota polis telah diadakan

D Bilangan pengunjung semakin bertambah

Jawapan:1 C 2 C 3 C 4 B 5 C

SOALAN PEMAHAMAN 10

Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jumlah Pertambahan Murid di Sekolah Kebangsaan Semenyih bagi Tahun 2000-2004

TahunBangsa

Melayu Cina India Bangsa lain Jumlah 2000 21 12 6 3 422001 24 13 8 4 492002 30 16 10 5 612003 31 21 11 11 732004 37 22 19 12 90

1 Jika pelajar keseluruhan pada tahun 2000 ialah 400 orang, berapakah jumlah pelajar pada tahun 1999?A 442 orang C 422 orangB 358 orang D 458 orang

2 Berapakah pertambahan murid berbangsa India antara tahun 2002 hingga 2004?A 40 orang C 19 orangB 9 orang D 11 orang

3 Bangsa apakah yang memperlihatkan peningkatan yang paling ketara?A Cina C IndiaB Melayu D Bangsa lain

4 Berapakah pertambahan murid Cina pada tahun 2001 berbanding tahun sebelumnya?

A 1 orang C 22 orangB 13 orang D 2 orang

5 Yang manakah BENAR tentang jadual di atas?A Murid Melayu lebih ramai daripada

murid lainB Murid Cina lebih ramai daripada

murid MelayuC Pertambahan pada tahun 2002 lebih

tinggi berbanding tahun 2004D Berbanding tahun 2000, pertambahan

murid berbangsa lain pada tahun 2001 hanya tujuh orang

Jawapan:1 B 2 A 3 B 4 A 5 A

Page 11: Pemahaman

SOALAN PEMAHAMAN 11

Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amir : Semalam saya dan Tapa pergi ke perpustakaan.Dani : Apa yang kalian buat di sana?Amir : Kami membuat kamus kecil.Dani : Bagaimanakah cara kalian membuatnya?Amir : Mula-mula kami mengumpulkan kata-kata yang sukar, kemudian kami menyusunnya

mengikut abjad. Selepas itu, kami mencari makna-maknanya. Akhir sekali, kami membina ayat-ayat yang sesuai dengan kata-kata tersebut.

Dani : Siapakah yang menyuruh kalian membuat kamus kecil itu?Amir : Cikgu Sidik, sebagai aktiviti pengayaan.Dani : Apa gunanya kamus kecil itu?Amir : Kamus kecil itu dapat membantu kita meningkatkan perbendaharaan kata dan mengingat

makna kata-kata yang sukar. Jadi, apabila kita membaca buku atau petikan yang mengandungi kata-kata tersebut,kita telah sedia maklum akan maknanya dan kita akan memahami bacaan kita itu dengan lebih mudah.

Dani : Bolehkah cara yang sama digunakan untuk membuat kamus bagi mata pelajaran yang lain?

Amir : Boleh! Caranya iaitu dengan mengumpulkan semua kata atau istilah mata pelajaran tersebut dan cari makna atau ejaannya, susun mengikut abjad.

Dani : Bagaimana pula dengan pelajaran bahasa Inggeris?Amir : Kamus bahasa Inggeris boleh juga dibina sama seperti kamus bahasa Melayu. Kalau

kamu tidak percaya, cubalah.Dani : Boleh saya pinjam kamus awak yang sudah siap itu?Amir : Tidak boleh, kamus ini dibuat dengan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.

Perbendaharaan kata kamu mungkin tidak sama dengan perbendaharaan kata saya. Saya mencadangkan kamu membuatnya sendiri.

Dani : Baiklah, saya akan cuba membuatnya bersama rakan saya.

1 Yang manakah antara langkah-langkah yang berikut merupakan langkah yang betul untuk membuat kamus?A Menyenaraikan kata, mencari makna,

dan menyusun kata-kata tersebut mengikut abjad

B Menyenaraikan kata dan menyusun- nya mengikut abjad

C Menyenaraikan kata, menyusunnya mengikut abjad, mencari maknanya, dan membina ayat

D Menyenaraikan kata, membina ayat, dan mencari makna

2 Pembinaan kamus seperti yang dibuat oleh Amir dan Tapa dapatA Mempertingkat perbendaharaan kataB Mempertingkat pemahamanC Mempertingkat kemahiranD Mempertingkat bahasa

3 Apakah mata pelajaran yang diajarkan oleh Cikgu Sidik?A Bahasa Inggeris

B Bahasa MelayuC SainsD Kajian Tempatan

4 Mengapakah ayat-ayat dibina untuk setiap kata yang telah dipilih?A Untuk melengkapkan usaha

pembinaan kamusB Untuk menjelaskan lagi maksud kata

ituC Untuk memantapkan pemahaman

tentang penggunaan kata yang dipilihD Untuk memberikan maknanya yang

khusus

Page 12: Pemahaman

5 Mengapakah Amir tidak mahu meminjam- kan kamusnya kepada Dani?A Kerana dia perlu mendapat

persetujuan daripada Tapa terlebih dahulu

B Kerana kamus itu baru dibuatnya

C Kerana kamus itu kepunyaannyaD Kerana kamus itu dibina mengikut

tahap perbendaharaan masing-masing

Jawapan:1 C 2 A 3 B 4 B 5 D

SOALAN PEMAHAMAN 12

Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kisah nelayan di tengah lautan,Mencari rezeki menangkap ikan,Membawa umpan berserta joran,Hasil tangkapan diharap lumayan.

Ketika itu cuaca cerah,Berada di tengah lautan nan indah,Tidak diduga bagai disergah,Awan hitam membawa gundah.

Angin bertiup bukan kepalang,Sehingga nelayan berhati walang,Ketika itu berasa malang,Suratan takdir sukar dihalang.

Anak-anak berasa cemas,Teringat ayah di lautan luas,Ombak pula bertindak ganas,Takut ayah mendapat nahas.

Perahu kecil teroleng-oleng,Nelayan ngeri bercampur pening,Berkat doa anakanda mengiring,Suasana ribut bertukar hening.

Berkayuh nelayan ke arah pantai,Anak isteri melambai-lambai,Tidak mengira hujan nan renyai,Perlu lagi kasih dan belai.

1 Apakah tajuk yang sesuai untuk syair di atas?A Nelayan MalangB Nelayan Dihempas BadaiC Nasib NelayanD Nelayan Pinggir Pantai

2 Apakah faedah yang digunakan oleh nelayan itu untuk menangkap ikan?A Menggunakan jalaB Menggunakan pukatC Menggunakan bubuD Menggunakan pancing

3 Mengapakah anak dan isteri nelayan berasa cemas?A Kerana nelayan itu berada di lautan

ketika hujan ributB Kerana nelayan tidak mendapat

tangkapanC Kerana mereka hidup miskinD Kerana mereka bergantung hidup pada

nelayan

4 Kata walang dalam petikan membawa maksudA iri hari. C besar hati.B susah hati. D kecil hati.

Page 13: Pemahaman

5 Pilih penyataan yang TIDAK BENAR.A Angin bertiup kencang di lautan.B Keluarga nelayan bimbang akan

keselamatan nelayan.C Keluarga nelayan menunggu

kepulangannya di pantai.

D Nelayan berjaya mendapat hasil tangkapan yang lumayan.

Jawapan:1 C 2 D 3 A 4 B 5 D

SOALAN PEMAHAMAN 13

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

La Nina berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud budak perempuan. Gelaran lain bagi La Nina ialah “El Viejo” yang bermaksud lelaki tua. La Nina merujuk kepada suhu yang keterlaluan di permukaan laut di Pasifik Tropika. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perubahan cuaca.

Fenomena La Nina ini berlaku semasa tiupan Angin Timuran menjadi bertambah kuat di sebelah timur Lautan Pasifik di sepanjang pesisir pantai Ecuador, Chile, dan Peru. Fenomena ini hanya berlaku di Lautan Pasifik. Lautan Pasifik menyimpan 50 peratus daripada kandungan jisim air di dunia.

Di Lautan Pasifik ini, terdapat dua perbezaan yang ketara, iaitu sejuk di bahagian timur dan panas di bahagian barat. Apabila La Nina berlaku, Suhu Permukaan Laut (SST) dan Indeks Ayunan Selatan (SOI) berubah. Hal ini menjadikan tekanan di Tahiti, Hawaii (timur) lebih tinggi daripada di Darwin (barat). Lanjutan daripada itu, suhu sejuk di bahagian timur ditolak oleh tekanan tinggi ke arah barat yang biasanya mengalami suhu panas. Keadaan ini menyebabkan angin bertiup dari timur ke barat Pasifik menjadi dominan. Dengan kata lain, suhu sejuk yang membawa dan menerima menguasai kawasan barat.

Tiupan Angin Timuran semakin meningkat menyebabkan suhu permukaan laut semakin rendah. Cuaca akan menjadi sejuk dan kering di bahagian barat laut dan menjadi lembap di bahagian barat Pasifik.

Malaysia juga mengalami fenomena La Nina ini. Hujan turun pada kadar yang melebihi kebiasaan. Kematangan cuaca seperti ini berlaku pada hujung tahun dan memberikan kesan yang besar kepada Monsun Timur Laut. Negeri-negeri yang berhampiran dengan Indo-Australia akan mengalami kesan penuh La Nina ini.

1 La Nina bermaksudA seorang budak perempuan.B seorang lelaki tua.C suhu yang melampau di permukaan

laut.D perubahan cuaca di Pasifik Tropika.

2 Bilakah berlakunya fenomena ini?A Semasa tiupan Angin Timuran

bertambah kencang di sebelah timur Lautan Pasifik

B Semasa Angin Timuran bertiup di sepanjang pantai Ecuador, Chile, dan Peru

C Ketika Lautan Pasifik mengalami suhu yang berbeza

D Ketika 50 peratus jisim air berada di Lautan Pasifik

3 Mengapakah tekanan di Tahiti lebih tinggi daripada tekanan di Darwin?A Kerana Suhu Permukaan Laut dan

Indeks Ayunan Selatan berubahB Kerana Indeks Ayunan Selatan tetapC Kerana Suhu Permukaan Laut dan

Indeks Ayunan Selatan tetapD Kerana Suhu Permukaan Laut

berubah-ubah

Page 14: Pemahaman

4 Pilih penyataan yang BENAR.A Dalam bahasa Melayu, La Nina

bermaksud lelaki tua.B Di Lautan Pasifik, cuaca di bahagian

timurnya sejuk manakala di bahagian baratnya panas.

C Negara-negara di Indo-China akan mengalami kesan penuh La Nina.

D Suhu Permukaan Laut akan meningkat apabila tiupan Angin Timuran semakin kuat.

5 Kematangan cuaca Monsun Timur Laut berlaku pada bulanA Ogos. C Januari.B November. D Disember.

Jawapan:1 A 2 A 3 D 4 B 5 D

SOALAN PEMAHAMAN 14

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KEKBahan-bahannya:200 g mentega1 cawan gula hangus2 cawan tepung naik sendiri8 biji pisang emas5 biji telur ayam1 sudu teh soda bikarbonatsedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya:1 Pukul gula dan mentega sehingga kembang di dalam bekas yang besar. Masukkan telur sebiji

demi sebiji sambil dipukul dengan rata hingga habis.2 Pisang emas dilecek hingga lumat. Masukkan pisang sedikit demi sedikit, sambil kacau hingga

rata. Kemudian, masukkan esen vanilla. Tepung dan soda bikarbonat diayak bersama-sama. Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau mengikut bentuk yang digemari.

3 Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega atau minyak. Bakarlah dengan kepanasan 190 ° C atau 375 ° F selama satu jam.

1 Apakah nama yang sesuai diberikan kepada kek tersebut?A Kek GulaB Kek PisangC Kek MentegaD Kek Gula Hangus

2 Berapa banyak mentegakah yang diperlukan untuk membuat dua adunan kek tersebut?A 0.2 kg C 200 kgB 0.4 kg D 2 kg

3 Cara yang betul memasukkan tepung ke dalam adunan ialahA Mengikut sukatan yang ditetapkanB Memasukkannya sedikit demi sedikit

C Memasukkannya sekali gusD Memasukkannya mengikut cita rasa

sendiri

4 Mengapakah tepung dan soda bikarbonat perlu diayak?A Untuk memudahkan campuranB Untuk memesrakan kedua-dua bahan

Page 15: Pemahaman

C Untuk mendapatkan hasil yang halusD Untuk memanfaatkan ayak

5 Mengapakah adunan itu perlu dibakar pada kepanasan hingga 190 ° C?A Untuk memanaskan ovenB Supaya adunan masak dengan betul

C Kerana tahap kepanasan telah ditetapkan mengikut tempoh tertentu

D Agar adunan boleh dibakar

Jawapan:1 B 2 B 3 B 4 A 5 B

PEMAHAMAN 15

Baca biografi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamaluddin bin Muhammad lebih dikenali dengan nama penanya Keris Mas. Beliau dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu moden. Beliau dapat disifatkan sebagai cerpenis yang terkemuka dan paling mengagumkan selepas Perang Dunia Kedua.

Keris Mas anak watan negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam aliran Melayu hingga darjah lima. Keputusan peperiksaan beliau yang baik melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Akan tetapi, beliau tidak mendapat peluang itu kerana maktab tersebut dikhaskan kepada golongan bangsawan sahaja. Keris Mas tidak berputus asa. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam, Padang Panjang, Sumatera.

Keris Mas menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada tahun 1947 dengan bertugas sebagai pengarang di syarikat percetakan Utusan Melayu. Salah satu sumbangan besar yang diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketika itu hampir tidak mendapat sambutan. Setelah Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1956, Keris Mas diterima sebagai pengarang umum. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarang. Sejak tahun 1971, beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, dan bertanggung jawab sebagai Ketua Pengarang majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga bersara pada tahun 1977.

Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 69 buah cerpen. Beliau telah mengemukakan pelbagai persoalan seperti peristiwa cinta, kepincangan masyarakat, dan perjuangan kebangsaan. Dua buah antologi cerpennya yang terkenal ialah Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh.Keseluruhan hidup Keris Mas ditumpukan kepada bidang kesusasteraan. Oleh sebab jasa-jasa beliau itu, beliau telah menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981.

1 Mengapakah Kamaluddin bin Muhammad tidak belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar?A Kerana dia anak rakyat biasaB Kerana dia ingin ke Kolej IslamC Kerana dia hanya tamat darjah limaD Kerana dia anak watan negeri Pahang

2 Apakah jawatan terakhir yang disandang oleh Kamaluddin bin Muhammad?A Pengarang UmumB Ketua PengarangC Ketua Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera

D Ketua Pengarang majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera

3 Pilih pernyataan yang BENAR tentang Keris Mas.A Beliau merupakan pengasas majalah

Mastika.

B Beliau seorang Sasterawan Negara.C Beliau ialah penerbit majalah Dewan

Bahasa.D Beliau mula menulis semasa di Johor

Bahru.

Page 16: Pemahaman

4 Berapa lamakah Kamaluddin bin Muhammad berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka?A Enam tahun C 24 tahunB 21 tahun D 30 tahun

5 Kata pelopor juga sinonim dengan perkataanA pejuang. C perintis.

B peneroka. D peninjau.

Jawapan:1 A 2 D 3 B 4 B 5 C

PEMAHAMAN 16

Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AHAD, 26 JUN 2005Bertolak dari KLIA ke Kuching dengan menaiki pesawat MAS MH 1043. Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupku kerana pertama kali menaiki kapal terbang. Pukul 11.30 pagi, kira-kira dua jam kemudian, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Oh, alangkah indahnya Bumi Kenyalang!

ISNIN, 27 JUN 2005Malam tadi menginap di rumah Saniah, sahabat penaku di Petra Jaya. Pagi, Saniah menemaniku berjalan-jalan di Bandar Kuching. Kami menaiki bas melalui Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub. Kemudian, kami menaiki perahu penambang menyeberangi Sungai Sarawak. Naik gentar aku kerana pelbagai gambaran tentang Bujang Senang bermain di benakku. Kami melawat Fort Margherita.

SELASA, 28 JUN 2005Baru kuketahui Saniah mempunyai saudara kembar, Sani namanya. Dia malu-malu denganku. Sani ada hati untuk belajar di Semenanjung.

RABU, 29 JUN 2005Bersama-sama Saniah dan Sani, kami melawat Muzium Sarawak. Amboi, banyaknya barang purba yang dipamerkan!

KHAMIS, 30 JUN 2005Melawat pameran buku di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Jalan Tun Abang Haji Openg. Banyak buku dan majalah yang dipamerkan. Malam, bersama dengan keluarga Saniah, aku makan ikan terubuk bakar di Batu Lintang. Alangkah enaknya!

JUMAAT, 1 JULAI 2005Hari ini tidak ke mana-mana. Bapa Saniah membeli dua kilogram telur ikan terubuk.

SABTU, 2 JULAI 2005Petang, bapa Saniah membawa aku, Saniah, dan Sani ke Tasik Biru di Bau. Pada masa dahulu, tasik ini merupakan kawasan perlombongan emas.Waktu balik, kami singgah sebentar di Kilometer 8 untuk membeli pasu Sarawak.

AHAD, 3 JULAI 2005Pukul 5.00 petang, aku berada di Lapangan Terbang Kuching. Aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat MAS MH 1021. Selamat tinggal Bumi Kenyalang.

Page 17: Pemahaman

1 Penulis berlepas ke Kuching pada pukulA 9.30 pagi.B 10.30 pagi.C 11.30 pagi.D 12.30 tengah hari.

2 Apakah ole-ole yang dibawa oleh penulis dari Sarawak?A Barang purbaB Pasu SarawakC Buku dan majalahD Telur ikan terubuk

3 Di manakah tempat yang dilawati oleh penulis tanpa Sani?A Tasik BiruB Batu LintangC Muzium Sarawak

D Bandar Kuching

4 Penyataan yang berikut BENAR tentang lawatan penulis, kecualiA Dia menginap di rumah Sani.B Dia melihat bekas lombong emas.C Dia meninggalkan Sarawak pada

pukul 5.00 petang.D Dia menyeberangi Sungai Sarawak

pada hari kedua.

5 Maksud gentar dalam petikan ialahA sedih. C murung.B takut. D terharu.

Jawapan:1 A 2 B 3 D 4 C 5 B

PEMAHAMAN 17

Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan

Pada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55 orang ahli rombongan yang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru lelaki, enam orang guru wanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang murid lelaki, dan lima orang pekerja. Mereka tiba di perkarangan sekolah dengan sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikut surat yang dikirimkan seminggu sebelum tarikh lawatan.

Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan dipersilakan ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga menyentuh tentang disiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama guru-guru yang telah menghasilkan kejayaan sekolah dalam peperiksaan UPSR selama tiga tahun berturut-turut.

Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh guru-guru berkenaan. Ahli rombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang, mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah.

Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat sumber, taman bacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mereka telah diberi penerangan oleh guru pengiring.

Page 18: Pemahaman

Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak sekolah.

Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada di sekolah ini kira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan.

Yang menjalankan tugas, 17 MAC 2005.

Ismail (ISMAIL BIN ABDULLAH)Setiausaha Guru,Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan,Johor Bahru, Johor.1 Bilakah Sekolah Kebangsaan Sinar

Harapan dimaklumkan tentang lawatan itu?A 24 Februari 2004B 25 Februari 2004C 26 Februari 2004D 27 Februari 2004

2 Mengapakah ahli rombongan itu dibawa ke Bilik Gerakan?A Untuk menikmati jamuan ringanB Untuk berkenal mesraC Untuk mendengar takllimatD Untuk bertukar-tukar hadiah

3 Apakah yang mendorong Sekolah Kebangsaan Seri Andika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar harapan?A Kerjasama ibu bapa

B Kecemerlangan sekolahC Kesungguhan murid-muridD Melihat kawasan sekitar sekolah

4 Tempat yang tidak dilawati oleh rombong- an Sekolah Seri Andika semasa lawatan itu ialahA bilik guru. C taman bacaan.B perpustakaan. D bilik darjah.

5 Apakah yang membanggakan pihak Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan daripada lawatan itu?A Mendapat penghormatanB Dapat menyambut tetamuC Dapat menyambung silaturrahimD Mengetahui rahsia kejayaan sekolah

Jawapan:1 A 2 C 3 B 4 A 5 C

PEMAHAMAN 18

Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Burung jelatik burung jaladan,Hinggap terkukur di pohon ceri;

Ilmu dituntut tiada sempadan,Nilainya mahal tidak terperi.

Burung merpati terbang ke hulu,Terbangnya tinggi melewa-lewa;

Semasa belajar janganlah jemu,Pabila tua tidak kecewa.

Burung nuri hinggap di dahan,Burung merbuk bersarang rendah;

Page 19: Pemahaman

Orang berilmu dikasihi Tuhan,Ke mana pergi tidak menadah.

Terbang helang menjangkau angkasa,Kembali ke bumi hilangkan dahaga;

Ilmu dunia bagaikan perkasa,Ilmu akhirat bawa ke syurga.

Burung kedidi burung ketitir,Kenari terbang bersama pipit;

Andai berilmu janganlah kikir,Hidup di dunia tidaklah sempit.

Burung punai memakan padi,Mengigal merak di hari senja;

Jika berilmu taburlah budi,Dipandang mulia di mana saja.

1 Mengapakah kita mesti rajin dan tekun menuntut ilmu?A Agar kita dihormati masyarakatB Kerana nilainya amat tinggiC Kerana ilmu tiada batasannyaD Agar berbahagia pada masa depan

2 Apakah yang diharapkan kepada orang yang berilmu?A Membawa ke syurgaB Sanggup berkorbanC Hidup senang di duniaD Bersedia menyebarkannya

3 Pembayang maksud dalam rangkap keempat menceritakan tentangA sifat burung. C habitat burung.

B fizikal burung. D lumrah burung.

4 Perkara yang berikut BENAR tentang maksud pantun di atas, kecualiA Orang yang berilmu hidup mewahB Orang yang berilmu tidak memintaC Orang yang berilmu dirahmati TuhanD Orang yang berilmu dipandang mulia

5 Frasa tidak terperi juga membawa maksudA tidak tersirat. C tidak ternilai.B tidak terakam. D tidak terungkai.

Jawapan:1 B 2 C 3 A 4 A 5 C

PEMAHAMAN 19Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, Selasa – Kejadian banjir di kawasan hutan kekal di negara ini berpunca daripada masalah ekologi semula jadi yang tidak dijangka dan bukan kerana aktiviti manusia.

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Saiful Ariffin berkata, dalam tempoh tertentu, hutan mengalami perubahan semula jadi seperti pokok tua tumbang. Beliau menambah, pokok itu mewujudkan takungan air yang menyekat air hujan daripada mengalir ke sungai yang berhampiran. Katanya, pertambahan hujan juga menjadikan tanah lembap sehingga melonggarkan struktur akar pokok dan memudahkan pokok tumbang.

Pertambahan hujan juga menyebabkan lantai hutan ditakungi air. Apabila takungan terlalu besar, banjir lumpur akan berlaku. “Mengikut pengalaman lalu, kejadian banjir lumpur di

Page 20: Pemahaman

kawasan hutan berpunca daripada ekologi hutan dan bukan disebabkan aktiviti manusia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian banjir lumpur di kawasan hutan simpan di negara ini pada setiap musim tengkujuh. Minggu lalu, 14 buah rumah dihanyutkan air akibat banjir lumpur dan kejadian tanah runtuh di Kampung Sri Gunung Pulai di Kaki Gunung Pulai, kira-kira lapan kilometer dari Pekan Nanas, Pontian.

Dalam kejadian jam 11.00 malam tadi, timbunan balak, tunggul kayu, dan sampah dihanyutkan air deras ke kaki Gunung Pulai. Lima sekeluarga maut dalam kejadian itu. Bagaimanapun, setakat ini, hanya empat mayat ditemui.

1 Apakah tajuk berita yang paling tepat digunakan bagi berita di atas?A Kejadian BanjirB Masalah ekologi punca banjir di hutan

simpanC Hutan mengalami perubahan semula

jadiD Lima sekeluarga maut dalam kejadian

banjir Lumpur

2 Kejadian banjir di hutan simpan disebabkan olehA masalah ekologi semula jadi yang

sudah dijangka.B masalah ekologi semula jadi luar

jangka.C pertambahan hujan yang banyak.D banjir lumpur dan tanah runtuh.

3 Pokok-pokok tua yang tumbang di hutan simpan itu telah menyebabkan

A banyak rumah yang hanyut.B pengaliran air hujan ke sungai

tersekat.C struktur tanah menjadi longgar.D berlakunya musim tengkujuh.

4 Di manakah kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh berlaku?A Kuala LumpurB Kampung Sri Gunung PulaiC Pekan Nanas, PontianD Kaki Gunung Pulai

5 Berapakah anggota mangsa banjir dan tanah runtuh itu yang belum ditemui?A Seorang C Dua orangD Empat orang D Lima orang

Jawapan:1 B 2 B 3 B 4 B 5 A

PEMAHAMAN 20

Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian.

“Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah” begitulah tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan para peniaga. Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan. Kenaikan harga barangan sering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan pembangunan ekonomi bagai taut dengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena. Begitulah sebaliknya.

Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.Di sinilah pentingnya satu persatuan yang dapat membimbing dan memberi pendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Page 21: Pemahaman

Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijaksana. Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu memilih sesuatu barangan yang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh yang demikian, mereka tidak mudah terpedaya.

Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadi pengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Sikap yang demikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi.

Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar. Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara. Langkah sebegini amat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini, Persatuan Pengguna dapat memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu di sekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan slogan “Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan”.

Sekian, terima kasih.

1 Mengapakah Persatuan Pengguna perlu ditubuhkan di sekolah?A Untuk melatih pelajar berjimat cermatB Untuk mengasuh pelajar membendung

inflasiC Untuk memberi pendidikan

kepenggunaan kepada pelajarD Untuk melatih pelajar membuat

penilaian harga barang

2 Mengapakah pemidato mengatakan bahawa pengguna sering tertindas?A Kerana pengguna sering terpedaya

oleh jualan murahB Kerana pengguna ialah tempat

pengusaha mengaut untungC Kerana pengguna tidak dapat

dipisahkan daripada pengusahaD Kerana pengguna sering menjadi

mangsa kenaikan harga barang

3 Pilihan yang bijak menurut pemidato ialahA pengguna yang pandai memilih

barangan yang baik.B pengguna yang bijak menawar harga

barangan yang dibelinya.

C pengguna yang dapat menilai buatan barangan yang dbelinya.

D pengguna yang pandai menilai mutu dengan harga barangan.

4 Maksud bagai taut dengan umpan dalam petikan di atas ialahA saling memerlukan.B saling berkaitan.C saling bermusuhan.D saling membantu.

5 Kenaikan harga hanya dapat dikawal jikaA pengguna tidak berbelanja.B pengguna bijak berbelanja.C pengguna berbelanja pada hari sabtu

sahaja.D pengguna membeli barangan yang

murah sahaja.

Jawapan:1 C 2 B 3 D 4 A 5 B

Page 22: Pemahaman