pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa melayu.doc

9
Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Antaranya masalah menguasai aspek tulisan mekanis . Aspek itu ialah kemahiran menulis huruf, suku kata dan perkataan. Hal ini dapat dilihat dari berbagai-bagai sudut. Antaranya termasuklah ketepatan bentuk, jarak, tekanan, kecondongan, kekemasan dan kepantasan. Aspek mekanis yang lain ialah kemahiran menggunakan huruf kecil, huruf besar dan tanda baca. Sebelum mengarang, setiap murid perlu menguasai aspek yang diterangkan tadi bagi memastikan karangan yang dibina tidak mempunyai sebarang kesalahan. Seterusnya masalah penguasaan ejaan dan kosa kata. Jikalau kita mengabaikan aspek ini, karangan murid mungkin kurang bermutu. Untuk itu, guru perlu mengambil tindakan bagi setiap murid untuk melakukan pembetulan dan penambahbaikan. Jadi, guru perlulah rancang dan laksanakan aktiviti yang membolehkan murid-murid itu mengatasi kelemahan mereka dari segi ejaan dan kosa kata. Antaranya, mereka mengadakan aktiviti imlak dengan cara yang menyeronokkan seperti menyalin pengumuman, lirik lagu dan resipi. Teknik permainan bahasa seperti teka silang kata dan sahiba juga memungkinkan murid meningkatkan kemahiran mengeja dan menambah kosa kata. Gunakan teknik ini dan teknik lain agar asas untuk murid-murid cikgu itu menghasilkan karangan yang baik bertambah kukuh. Menurut Sulaiman Masri (1990),karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan,fakta dan fikiran,disusun lengkap menjadi satu kesatuan.Ini bermakna perkataan dalam ayat tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah,menjadi ayat dan perenggan.Jelaslah mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur dan membaca. Di sekolah rendah atau sekolah menengah fenomena yang biasa atau lazimnya dihadapi oleh murid atau pelajar dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu ialah berkenaan dengan karangan. Biasanya apabila guru memberi sesuatu tajuk untuk buat karangan maka terlebih dahulu guru menentukan tema kerana tema merupakan perkara atau idea utama.Masalahnya dalam karangan murid-murid tidak membuat perancangan untuk menulis karangan,murid terus menulis dan mengarang tanpa ada perenggan pengenalan,perenggan isi dan perenggan penutup. Dalam masalah pengenalan tajuk karangan guru harus memastikan murid- murid menulis perenggan pengenalan yang menarik untuk merangsang pembaca atau guru yang memeriksa karangan terus membacanya. Dalam pemilihan isi utama kebanyakannya murid bercampur aduk isi yang penting dengan yang tidak penting. Jadi di sini cara mengatasinya murid perlu menyusun idea mengikut tertib iaitu bermula dengan idea paling penting,diikuti idea penting dan idea kurang penting.Begitu juga setiap idea itu perlu ada huraian dan contohnya sekali.Dalam bahagian huraian murid lemah dalam penggunaan ayat panjang,ayat pendek,ayat dengan frasa dan sebagainya. Murid sentiasa guna teknik yang sama atau berulang-ulang isi yang sama. Dari segi perenggan kesimpulan,murid tidak dapat membuat kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan yang mana kesimpulan dibuat mengikut

Upload: zainal-othman

Post on 25-Oct-2015

393 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Antaranya masalah menguasai aspek tulisan mekanis . Aspek itu ialah kemahiran menulis huruf, suku kata dan perkataan. Hal ini dapat dilihat dari berbagai-bagai sudut. Antaranya termasuklah ketepatan bentuk, jarak, tekanan, kecondongan, kekemasan dan kepantasan. Aspek mekanis yang lain ialah kemahiran menggunakan huruf kecil, huruf besar dan tanda baca. Sebelum mengarang, setiap murid perlu menguasai aspek yang diterangkan tadi bagi memastikan karangan yang dibina tidak mempunyai sebarang kesalahan.

            Seterusnya masalah penguasaan ejaan dan kosa kata. Jikalau kita mengabaikan aspek ini, karangan murid mungkin kurang bermutu. Untuk itu, guru perlu mengambil tindakan bagi setiap murid untuk melakukan pembetulan dan penambahbaikan. Jadi, guru perlulah rancang dan laksanakan aktiviti yang membolehkan murid-murid itu mengatasi kelemahan mereka dari segi ejaan dan kosa kata. Antaranya, mereka mengadakan aktiviti imlak dengan cara yang menyeronokkan seperti menyalin pengumuman, lirik lagu dan resipi. Teknik permainan bahasa seperti teka silang kata dan sahiba juga memungkinkan murid meningkatkan kemahiran mengeja dan menambah kosa kata. Gunakan teknik ini dan teknik lain agar asas untuk murid-murid cikgu itu menghasilkan karangan yang baik bertambah kukuh.

Menurut Sulaiman Masri (1990),karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan,fakta dan fikiran,disusun lengkap menjadi satu kesatuan.Ini bermakna perkataan dalam ayat tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah,menjadi ayat dan perenggan.Jelaslah mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur dan membaca.

Di sekolah rendah atau sekolah menengah fenomena yang biasa atau lazimnya dihadapi oleh murid atau pelajar dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu ialah berkenaan dengan karangan. Biasanya apabila guru memberi sesuatu tajuk untuk buat karangan maka terlebih dahulu guru menentukan tema kerana tema merupakan perkara atau idea utama.Masalahnya dalam karangan murid-murid tidak membuat perancangan untuk menulis karangan,murid terus menulis dan mengarang tanpa ada perenggan pengenalan,perenggan isi dan perenggan penutup.

Dalam masalah pengenalan tajuk karangan guru harus memastikan murid-murid menulis perenggan pengenalan yang menarik untuk merangsang pembaca atau guru yang memeriksa karangan terus membacanya.

Dalam pemilihan isi utama kebanyakannya murid bercampur aduk isi yang penting dengan yang tidak penting. Jadi di sini cara mengatasinya murid perlu menyusun idea mengikut tertib iaitu bermula dengan idea paling penting,diikuti idea penting dan idea kurang penting.Begitu juga setiap idea itu perlu ada huraian dan contohnya sekali.Dalam bahagian huraian murid lemah dalam penggunaan ayat panjang,ayat pendek,ayat dengan frasa dan sebagainya. Murid sentiasa guna teknik yang sama atau berulang-ulang isi yang sama.

Page 2: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Dari segi perenggan kesimpulan,murid tidak dapat membuat kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan yang mana kesimpulan dibuat mengikut kehendak fikiran mereka sendiri tanpa menjurus kepada kehendak apa yang dibincangkan.

Akhir sekali bagi pandangan saya dalam hal masalah karangan,guru Bahasa Melayu harus memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi cara penulisan karangan di kalangan murid-murid sama ada di peringkat rendah atau menengah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhipemikiran pendengar. Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989:xx) ada menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan.Skema dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atauschemes ini boleh difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropespulamerupakan bahasa yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagikepada skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skemahiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majazpertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh(1989:237) mentakrifkan majaz atautropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga membawamakna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanyahubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu majaz yang dapatdifahami dengan akal dan majaz yang dapat difahami dengan lafaz.

Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut

Page 3: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.Contoh:

1. Ahmad menari. (klausa bebas)

Klausa tak bebas

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:

1. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.2. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)

3. kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

Assalam..

Ayat : Putih bajunya.

Dalam ayat di atas. Subjek ialah 'baju'. Manakakah predikat ialah 'putih'.  Di mana ‘baju’ merupakan kata nama dan ‘putih’ ialah kata adjektif. Jenis ayat di atas ialah ayat tunggal susunan songsang. Di mana jika di susun secara normal ayat ini akan menjadi “ Bajunya putih”.

Page 4: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Ayat di atas berfungsi sebagai ayat tanya. Dalam konteks biasa, ayat tersebut berfungsi sebagai ayat tanya terbuka yang menghendaki jawapan yang berupa penjelasan atau penerangan. Ayat tanya jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, siapa, mana, kenapa, dan frasa sendi nama tanya seperti yang mana, di mana, sejak bila dan sebagainya. Dalam konteks kesantunan pula, berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Penggunaan kata ganti nama saya bagi menggantikan aku merupakan bahasa santun dalam perbualan.    

i. Dalam konteks biasa, fungsi ayat ini ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya..

Ayat di atas berfungsi sebagai ayat tanya kerana adanya kata tanya iaitu di manakah dan ingin mendapatkan jawapan.  Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada pertanyaan bukan sahaja boleh dinyatakan dengan mengiakan atau menidakkan, malahan boleh berupa penjelasan atau untuk menegaskan sesuatu maksud. Di samping itu, dalam ayat di atas juga, terdapat penggunaan partikel -kah. Partikel -kah digunakan bagi menegaskan maksud  ayat tanya tersebut.

ii. Dalam konteks kesantunan pula, ayat tersebut menepati ciri kesantunan.

Sememangnya, penggunaan bahasa yang santun, melambangkan hubungan sosial yang baik antara penutur dengan pendengar. Kesantunan bahasa bermakna timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap. Dalam ayat di atas, didapati struktur binaan ayatnya  yang betul dan penggunaan tatabahasa yang bertepatan dalam ayat umpamanya penggunaan kata ganti nama diri "saya"  sebagai kata ganti diri pertama amat sesuai dan menunjukkan kesantunan  ayat. Justeru, jika "saya" digantikan dengan perkataan  "aku", sudah pastilah ayat tersebut tiada kesantunannya lagi. 

Membaca merupakan satu proses yang kompleks kerana semasa membaca terdapat beberapa proses  yang berlaku. Selain  daripada membaca sebagai satu proses kognitif,  proses lain yang berlaku ialah proses sensori  (kederiaan), proses pengamatan dan proses bahasa (linguistik).  Setiap proses memainkan peranan yang penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

Page 5: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Membaca adalah satu proses kognitif- Membaca  bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses  kognitif atau berfikir pada  semua peringkat membaca seperti  mengecam, mendiskriminasi,  dan memaham.  Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi  kemajuannya dalam  membaca.Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)- Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses.  Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran.   Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca. Membaca sebagai proses pengamatan- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca  indera  berdasarkan pengalaman lalu  dan pengamatan ini berhubung rapat dengan  pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan  tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan  bunyi-bunyi dan juga makna.Membaca sebagai satu proses bahasa- Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang  mereka cipta.

Ritma bermaksud rentak, irama dan tempo. Ritma terhasil daripada pergerakan, bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada gerak tari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-bentuk ritma dan struktur muzik.

Pergerakan didefinisikan sebagai sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang dan seterusnya menyebabkan berubah kedudukan atau kekal di tempat yang sama.

Secara umumnya, pergerakan terbahagi kepada 3 jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alat. Penglibatan kanak-kanak dalam kesemua jenis pergerakan asas adalah amat penting bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan mereka dalam sesuatu jenis kemahiran sukan dan aplikasi dalam kehidupan seharian.

Ritma merupakan hanya satu aspek dalam paduan ritma dan pergerakan yang menjadi sebahagian daripada konsepsi pergerakan gerak tari yang luas.

Pergerakan dan ritma adalah berkait rapat antara satu sama lain. Ia mampu menjadikan kanak-kanak lebih kreatif, menghargai, dalam menghasilkan gerakan-gerakan berdasarkan corak bunyian.

Selain itu juga, penggabungan ini akan meningkatkan koordinasi dalam menyelaras dan menyeragamkan pergerakan-pergerakan baru, menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan bebas dalam tarian, mengenai potensi diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Page 6: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam

pendidikan di Malaysia. Gimnastik pendidikan ini ianya memberikan tumpuan kanak-

kanak kepada pembelajaran dan pengajaran yang unik dari beberapa segi iaitu dari

segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar atau

kanak-kanak. Konsep gimnastik pendidikan dilakukan dengan tujuan yang tertentu

adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam setiap pergerakan.

Setiap pergerakan yang dibuat membolehkan kanak-kanak atau pelajar mempelajari

sesuatu yang baru dalam pelajaran mereka. Selain itu, pendidikan gimnastik juga

memberi peluang untuk melihat pergerakan yang dapat dilakukan oleh murid.

Kadang kala kanak-kanak tidak pasti yang dapat melakukan pergerakan-pergerakan

yang ditunjukkan oleh guru. Tetapi apabila kanak-kanak itu mencuba aktiviti yang

dibuat, guru akan dapat mengenal pasti kebolehan kanak-kanak dalam gimnastik.

Apabila kanak-kanak dapat melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh

guru, mereka akan dapat menyelesaikan masalah-masalah pergerakan yang

dihadapi. Hal ini demikian kerana, tubuh badan tidak dapat mengetahui sama ada

dapat melakukan sesuatu pergerakan atau tidak melainkan dengan membuat

pergerakan itu terlebih dahulu. Murid juga perlu mengatasi rintangan dengan

pelbagai cara pergerakan. Antara contoh pergerakan yang dilakukan oleh murid

adalah gulingkan badan dari depan ke belakang dengan bertubi-tubi, bergerak dari

setempat ke setempat yang lain, dan melakukan pergerakan dari setingkat kepada

setingkat yang lain. Peralatan yang digunakan dalam gimnastik ini ialah gelung,

tilam, reben peti tombol, bangku essex, pemidang taiping, dan sebagainya.

Manakala Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan

kecergasan fizikal. Ia lebih banyak fokus kepada komponen kecergasan berkaitan

dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan

tertumpu kepada kekuatan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan

ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.

Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,

ketangkasan, dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada

beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan

kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar

sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih luas.

Page 7: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Gimnastik artistik adalah biasanya terbahagi kepada gimnastik lelaki dan wanita.

Setiap kumpulan melakukan acara berlainan; lelaki bersaing dalam melombol,

palang sejajar, kekuda berpelana, gelang roman, palang tunggal, dan senaman

lantai, manakala wanita bersaing dengan melombol, palang bertingkat, batang titian,

dan senaman lantai. Walaupun rutin-rutin dipersembahkan pada acara mungkin

pendek, secara fizikal adalah meletihkan dan menolak kekuatan gimnas,

kebolehlenturan, ketahanan dan kesedaran kepada had.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah Pendaratan, Statik, Gerak edar,

Putaran, Hamburan,Ayunan. Manakala perkara-perkara penting yang perlu diberi

perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik iaitu, Keupayaan untuk

meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya

tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.

Kebolehan merangkaikan ombangan, ketangkasan dan melombol dalam satu

pergerakan. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan

yang lebih sukar. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika

melakukan pergerakan.

Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat

dihasilkan serta keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan, dan ketepatan

pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan sukan olompik, setiap pasukan

akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan, dan individu

untuk setiap alatan. Acara yang di pertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah;

Senaman lantai,kekuda pelana, gelang,lombol, palang sejajar, palang tunggal.

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu” Senaman lantai, palang

berperingkat, batang titian.

Apa itu regangan atau stretching? Regangan atau latihan fleksibiliti adalah salah satu komponen yang paling kurang dilakukan dalam aktiviti senaman biasanya. Fleksibiliti atau kelenturan adalah salah satu komponen yang dimasukkan dalam komponen kesihatan selain komposisi badan, daya tahan otot, kekuatan otot dan kardiovaskular.

Terdapat beberapa jenis teknik regangan:

Regangan Dinamik

Page 8: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Regangan dinamik menggunakan momentum yang sederhana dan jarak pergerakan hampir penuh. Regangan dinamik telah terbukti mengurangkan keketatan otot (muscle tightness) yang merupakan salah salah faktor peningkatan kecederaan musculotendinous. Banyak kajian menyokong rengangan dinamik sebelum latihan jika dibandingkan regangan statik. Kajian juga menunjukkan penurunan 30% dalam kekuatan dan kuasa setelah melakukan regangan statik sbelum latihan.

Regangan Balistik

Regangan balistik memaksa meningkatkan jarak pergerakan otot dengan menggunakan momentum. Regangan balistik mempunyai tiga tahap utama;

1. Fasa awal – aksi konsentris2. Fasa meluncur – bergantung pada momentum yang dihasilkan pada fasa awal3. Fasa pengurangan – tindakan eksentrik bila otot melewati jarak pergerakan otot

Regangan Statik

Terdapat dua jenis regangan statik ialah regangan statik pasif dan regangan statik aktif. Regangan statik pasif tidak memerlukan bantuan sementara regangan statikaktif memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contoh regangan statik pasif adalah meregangkan hamstring di mana anda meletakkan kaki anda di kerusi. Tidak ada usaha lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut.

Contoh regangan statik aktif adalah di mana seseorang berada dalam keadaan lunge di mana otot agonis dan asas akan digunakan untuk menjaga badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki. Ketegangan dari agonis dalam regangan statik aktif membantu mengendurkan otot-otot yang diregangkan melalui reciprocal inhibition. Dalam bahasa mudah, satu otot bekerja, satu otot tidak bekerja.

Regangan statik biasa dilakukan dalam banyak latihan dan pergerakan. Ia digalakkan dilakukan selepas latihan bebanan untuk memastikan aliran darah dan nutrisi ke otot yang bekerja. Adakah regangan statik sesuai dilakukan dalam latihan? Saya sering melihat ada orang melakukan regangan ketika sedang melakukan. Menurut kajian, regangan statik yang dilakukan semasa latihan boleh mengurangkan kekuatan sehingga 30% atau lebih. Jadi bagi mereka yang melakukan regangan ketika latihan tidak mampu mengangkat bebanan maksima.

Regangan Isometrik

Regangan isometrik hampir sama seperti regangan PNF. Satu kontraksi isometrik terjadi ketika regangan otot dibuat dalam kelompok otot tanpa perubahan panjang otot. Regangan ini dilakukan dengan permukaan tidak bergerak atau objek. Regangan isometrik tidak digalakkan untuk mereka yang tulangnya masih membesar iaitu kanak-kanak dan remaja. Regangan isometrik juga tidak boleh digunakan untuk otot yang cedera kecuali dengan pengawasan pakar. Regangan isometrik juga tidak sesuai ketika otot masih sejuk dan digalakkan selepas latihan. Contoh mudah regangan isometrik ini adalah melakukan gerakan split.

Page 9: Pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu.doc

Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)

PNF merupakan regangan yang paling baik untuk meningkatkan jarak pergerakan otot. Regangan isometrik tidak menggunakan bantuan manakala PNF menggunakan bantuan seorang lagi. Kebiasaanya PNF digunakan dalam terapi fizikal, rehabilitasi yang mana julat pergerakan menjadi limit disebabkan kecederaan. PNF juga mampu meningkatkan masa pemulihan selepas latihan bebanan.