pelbagai budaya, satu suara - home page | … asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa...

92
PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA Inspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak Orang Asal di Sabah & Sarawak Projek Kerjasama

Upload: dangcong

Post on 01-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARAInspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak Orang Asal di Sabah & Sarawak

Projek Kerjasama

Page 2: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 3: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARAInspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak di Sabah dan Sarawak

Page 4: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARAInspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak di Sabah dan Sarawak

© 2015 Hak cipta terpelihara.

Komuniti-komuniti Orang Asal Kg Ampungoi, Pitas; Kg Kiau Nuluh, Kota Belud; Kg Bantul, Pensiangan; Ba’Kelalan, Lawas; Kg Punan Bah, Belaga; Kg Jagoi Bogag, Bau; UNICEF Malaysia & Jaringan Orang Asal SeMalaysia.

Adalah tidak dibenarkan untuk mencetak, menyimpan atau mengambil mana-mana bahagian buku ini, atau menyebarkannya secara eletronik, mekanikal, fotokopi dan juga dengan apa cara sekali pun tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Penerbit dan penulis adalah tidak bertanggungjawab keatas kesilapan didalam kandungan buku ini walaupun segala usaha telah diambil untuk mengelakkannya ketika ia dihasilkan. Pihak penerbit dan penulis juga adalah tidak bertanggungjawab sekirannya kandungan buku ini digunakan tanpa kebenaran seperti yang dimaksudkan diatas.

Fotografi Leonard Alaza, Ik Wadell, Gebril AtongIlustrasi kartun Sue and Bob Hartley, Venite Lee, David Suning @ LangkawitPenulis Leonard AlazaPereka Wizart Sdn Bhd Pencetak One Print Station @ Graphic Zone Sdn BhdPenyeralas projek/Penyunting Leonard Alaza & Irene Peter

Page 5: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Peliharalah HutanIa bukan diberikan kepada kamu oleh ibubapa

kamu tetapi dipinjamkan kepada kamu oleh anak-anak kamu. Kita tidak mewarisi Bumi ini daripada Nenek Moyang kita tetapi kita hanya meminjamnya

daripada Anak-Anak kita.

Petikan daripada seorangKetua Masyarakat Orang Asal Amerika

Page 6: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Pendahaluan

Setiap cerita ada pesanannya.

Secara tradisi, pengetahuan, amalan dan cerita-cerita Orang Asal diturunkan dari satu generasi ke generasi secara lisan, kebiasaannya seorang tua bercerita dan dikelilingi oleh kanak-kanak mendengar dengan penuh perhatian. Dengan peredaran masa dan dengan perubahan, tradisi dan cerita secara beransur-ansur terhakis atau hilang sama sekali.

Pelbagai Cerita, Satu Suara, adalah percubaan pertama seumpamanya yang bertujuan untuk merakam kebijaksanaan orang-orang tua , cerita tradisional serta cara hidup Orang Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak.

Setiap cerita ada sejarahnya yang tersendiri.

Pada 2013, UNICEF disokong Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) dalam projek bertajuk: Penghasilan Kandungan: Mendokumentasi Cerita Orang Asal, Amalan dan Pengetahuan Berkaitan Kanak-Kanak dan Pembangunan Kanak-kanak di Sabah dan Sarawak. Projek ini merupakan idea berdasarkan tema Hari Orang Asal Sedunia, pada tahun sebelumnya iaitu ‘media Orang Asal’.

Dalam ucapan memperingati hari itu pada tahun 2012, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, berkata:

“Cerita-cerita mereka mengisahkan perjuangan yang berterusan untuk mengatasi ketidakadilan dan diskriminasi yang berlaku beratus tahun lamanya terhadap satu kaum yang berdiri teguh untuk mempertahankan sumber-sumber mereka dan hak-hak yang menjamin pengekalan budaya, bahasa, kepercayaan dan tradisi mereka. Cerita-cerita mereka ini adalah sumber yang berharga untuk kita semua kerana ia menawarkan perspektif alternatif kepada model pembangunan yang sering tidak mengambil kira pengalaman Orang Asal. Ia mempromosi budaya saling hormat-menghormati dan persefahaman antara budaya yang merupakan pra-syarat sesuatu masyarakat yang tiada unsur kemiskinan dan prejudis.”

Page 7: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Ini merupakan titik permulaan projek enam bulan untuk mendokumentasikan cerita penatua Orang Asal yang berkisar dengan sejarah dan perkembangan kanak-kanak dari Ampungoi di Pitas, Kiau Nuluh di Kota Belud, Bantul di Pensiangan di Sabah dan Ba’Kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching di Sarawak.

Yang menyerlah dalam projek ini ialah penglibatan anak-anak muda Orang Asal yang telah dilatih untuk mendokumentasikan cerita melalui perbualan secara langsung dan temubual dengan orang yang lebih tua. Harapan kami ialah melalui penglibatan ini, generasi muda telah diberikan ilham untuk menyampaikan tradisi, cerita kehidupan dan apa yang mereka telah belajar tentang identiti mereka kepada generasi akan datang. Kami percaya cerita-cerita ini akan memperkenalkan dan memberi inspirasi kepada semua pembaca akan tradisi dan warisan Orang Asal dan kanak-kanak di Malaysia.

Ini adalah satu penghujung yang gembira dalam cerita ini.

Ms Wivina Belmonte Thomas JalongWakil UNICEF ke Malaysia Presiden JOAS

Page 8: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Dokumenter

Leirin MerikanKg Ampungoi, Pitas, Sabah

Elvina LantingKg Kiau Nuluh, Kota Belud, Sabah

Hendry KassimKg Bantul, Pensiangan, Sabah

Edwin MeruBa’kelalan, Lawas, Sarawak

Gebril AtongPunan Bah, Belaga, Sarawak

Ik Wadel Ik PahonBau, Kuching, Sarawak

Page 9: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Penghargaan

Kami menghargai setinggi-tinggi sokongan yang diberikan oleh UNICEF Malaysia kepada projek ini khasnya kepada Ms Wivina Belmonte dan Dr Victor Karunan selaku wakil dan timbalan wakil UNICEF Malaysia; dan juga kepada Dr Nur Anuar Muthalib. Sokongan agensi ini telah membolehkan satu ilham menjadi projek sebegini yang mana kami harapkan akan menjana pelbagai inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak Orang Asal di wilayah ini.

Kami menyanjung jasa enam komuniti Orang Asal di Sabah dan Sarawak kerana telah menerima kami ke dalam kehidupan mereka dan berkongsi dengan kami impian dan aspirasi mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada semua dokumenter yang telah meluahkan masa bersama dengan komuniti untuk mendengar cerita-cerita mereka.

Kami berterima kasih kepada presiden JOAS, kakitangan urusetia dan para ahli kerana komitmen perjuangan mereka untuk memperkasakan komuniti-komuniti Orang Asal di Malaysia merupakan pembakar semangat kami untuk melaksanakan projek ini.

Kami juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dari pelbagai segi. Tanpa mereka, kami mungkin tidak dapat mengatasi batas kemampuan kami untuk menjayakan projek ini.

Akhir sekali, kami menghargai perkongsian pengalaman dengan ramai kanak-kanak Orang Asal menerusi projek ini. Kami telah banyak belajar daripada pandangan dunia mereka yang kami, sebagai orang dewasa, telah kehilangan. Pandangan dunia mereka membuka ruang untuk melihat realiti dari sudut yang berbeza; sangat berbeza sehinggakan sang haiwan boleh bercakap dan si pokok pula memiliki roh. Tetapi bukankah ini realiti?

Leonard Alaza & Irene PeterPenyelaras projek

Page 10: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Mengenai projek dan buku

Pada tahun 2013, UNICEF telah menyokong dan bekerjasama dengan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) untuk melaksanakan projek bertajuk: Penghasilan Kandungan: Mendokumentasi Cerita-Cerita Tradisi, Amalan-Amalan dan Pengetahuan Orang Asal berkenaan dengan Kanak-Kanak dan Pembangunan Kanak-Kanak di Sabah dan Sarawak.’

Ilham projek ini tercetus pada tahun sebelumnya dan secara kebetulan ia merupakan tahun dimana tema sambutan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia adalah berkaitan dengan media Orang Asal. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon ketika itu telah dipetik sebagai berkata: “Cerita-cerita mereka mengisahkan perjuangan yang berterusan keatas ketidakadilan dan diskriminasi yang telah berlaku beratus tahun lamanya, dan juga diskriminasi terhadap satu kaum yang terpaksa mempertahankan sumber-sumber mereka termasuk hak-hak yang menjamin pengekalan budaya-budaya mereka, bahasa-bahasa mereka dan juga adat, kepercayaan dan tradisi. Cerita-cerita mereka ini adalah amat bernilai sekali kerana mereka memberikan satu perspektif alternatif tentang model-model pembangunan yang sering tidak mengambil kira pengalaman Orang Asal. Mereka juga mempromosi budaya saling hormat menghormati dan persefahaman antara budaya yang merupakan pra-syarat bagi sesebuah masyarakat yang tiada unsur kemiskinan dan prejudis.”

Setelah ilham menjadi lebih jelas, hubungan kerja antara UNICEF dan JOAS dimulakan dengan projek selama enam bulan untuk mendokumentasi cerita-cerita, amalan-amalan dan pengetahuan komuniti Orang Asal yang berkaitan dengan kanak-kanak mereka dari komuniti terpilih. Dalam projek ini, enam komuniti di Sabah dan Sarawak telah dipilih. Komuniti-komuniti ini adalah Kampung Ampungoi di Pitas, Kg Kiau Nuluh di Kota Belud, Kg Bantul di Pensiangan, Ba’kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching. Pemilihan mengambil kira faktor geografi dan bahasa.

Antara bahagian yang menarik dalam projek ini ialah penglibatan aktif ahli-ahli belia Orang Asal dari komuniti-komuniti terlibat. Cerita-cerita, amalan-amalan dan pengetahuan Orang Asal diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya secara lisan. Bila difikirkan tentang sejarah lisan mereka, gambaran di fikiran ialah seorang tua sedang duduk bercerita di dalam sebuah rumah yang diperbuat daripada bambu.

Page 11: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Dia dikelilingi oleh sekumpulan penduduk termasuk belia dan kanak-kanak yang asyik mendengar cerita-ceritanya. Tetapi amalan ini telah pupus apabila zaman telah berubah. Minat untuk mendengar cerita-cerita dulu-dulu daripada golongan yang lebih tua dan berpengalaman telah hilang. Oleh yang demikian, penglibatan belia Orang Asal di dalam projek ini dilihat sebagai satu usaha kecil untuk menghubungkan semula golongan tua dan muda di dalam komuniti masing-masing melalui aktiviti bercerita. Usaha ini dilakukan dengan kesedaran bahawa golongan tua yang mungkin masih lagi mengingati cerita-cerita atau amalan-amalan dulu-dulu akan pergi selamanya suatu hari nanti. Ini akan menjadi satu kehilangan yang amat besar kepada komuniti kerana cerita-cerita atau amalan-amalan lama merupakan inti utama kepada cara mereka mengenali diri sebagai satu kaum yang unik. Pengalaman para belia dalam proses mendokumentasi adalah diharap akan memberikan hembusan inspirasi kepada generasi muda Orang Asal yang seterusnya akan mula bertanya soalan-soalan berkaitan dengan identiti dan tujuan dalam hidup mereka.

Hasil projek pelopor ini merupakan buku-buku yang mengandungi cerita-cerita dan amalan-amalan lama yang telah didokumentasi oleh para belia terlibat dengan bantuan komuniti mereka masing-masing. Satu lagi ialah sebuah buku bergambar. Hasil mereka mungkin bukan yang terbaik atas sebab batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan khasnya kehilangan cerita-cerita dan amalan-amalan itu termasuk juga si penceritanya. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti masa dan kemampuan. Tetapi apa yang dapat didokumentasi dalam tempoh projek harus dilihat sebagai titik permulaan kepada satu proses yang mencabar tetapi menarik. Sepertimana kebanyakkan cerita-cerita, terkandung satu mesej yang ingin disampaikan kepada si penerima. Mesej ini disampaikan secara menarik untuk tujuan merangsang inspirasi si pembaca. Inilah yang ingin dicapai oleh buku bergambar ini. Walaupun ia berupa satu karya fiksyen tetapi mengandungi unsur realiti yang disampaikan melalui gambar-gambar. Adalah harapan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkannya untuk menerangkan bahawa walaupun sejarah lisan Orang Asal sudah beratus ribu tahun lamanya, ia masih amat

relevan dalam dunia moden masa kini.

Page 12: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Ba’kelalanPahit dan Manis Perkahwinan Nenek Saya

BelagaAkuarium Saya Yang Besar Dan Kecil

Pura Ajaib

Sarawak

BauSaya Nampak Tengkorak Pada Hari Bung Jagoi

Miku Angik dan Cucunya

Kandungan

85

3317

63

71

Page 13: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Sabah

PitasTentang Madu dan Kehidupan

PensianganKeistimewaan dan Kepentingan Perahu

Anjing Pemburu Saya

Kiau

53

2545

Page 14: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Hai kawan-kawan,

Adakah kamu suka mendengar cerita? Ya, saya pun suka. Saya telah mendengar

banyak cerita-cerita yang diceritakan oleh ramai orang yang saya temui dalam

pengembaraan saya. Sekarang saya ceritakan pula kepada kamu semua.

Si pencerita yang saya paling minati ialah bapa saya. Dia adalah seorang penulis

and pengembara. Dia suka membaca. Katanya membaca adalah sama seperti pergi

mengembara kerana cerita-cerita membawanya ke tempat-tempat yang menarik dan

berjumpa dengan orang-orang yang sangat istimewa.

Saya telah pergi mengembara bersama bapa saya di beberapa tempat di Sabah

dan Sarawak. Kami pergi ke tempat-tempat yang kawan-kawan saya belum pernah

sampai. Tempat-tempat itu ialah di Bantul, Pensiangan, Kg Kiau Nuluh, Kota Belud,

Kg Ampungoi, Pitas, Bung Jagoi, Bau, Punan Bah, Belaga dan Ba’kelalan di Lawas.

Setiap tempat amat menarik sekali dan penuh dengan keseronokan. Di Bantul,

saya telah pergi mengikuti penduduk memburu di hutan; di Kg Kiau Nuluh saya

berpeluang melihat secara dekat sebuah gunung di mana mengikut kepercayaan

tradisi merupakan tempat roh orang yang meninggal akan pergi. Di Kg Ampungoi

saya di bawa oleh kawan-kawan pergi mengambil madu lebah dari pokok yang

tinggi; di Bau saya tinggal di sebuah kampung tradisi berusia 100 tahun dan melihat

upacara membersihkan tengkorak; di Punan Bah pula saya berdayung di sungai

untuk memasang pukat dan di Ba’kelalan saya menolong keluarga kawan baru saya

menuai sawah padi dan melawat kebun epal. Ya, epal boleh tumbuh di sini!

Semasa pengembaraan, kami telah menaiki kereta berjam-jam lamanya untuk

sampai ke destinasi; kami menaiki kapal terbang kecil dan perahu panjang menerusi

sungai-sungai yang deras. Kami juga mendaki gunung-ganang dan bukit-bukau, dan

berjalan kaki di dalam hutan. Yang paling seronok sekali ialah apabila kami sampai

Page 15: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

di sebuah kampung, kami tidur di bawah berjuta-juta bintang di langit. Ia adalah

pengalaman yang indah sekali.

Di sepanjang perjalanan, kami telah berjumpa dengan ramai orang yang istimewa.

Kami telah bertemu dengan pakar adat yang boleh bertutur dengan semangat

orang yang telah meninggal dan juga orang-orang yang mempunyai pengetahuan

mendalam tentang hutan, sungai, gunung-ganang dan hidupan liar. Saya amat suka

mendengar cerita-cerita mereka.

Saya juga telah mendapat ramai kawan baru. Mereka bercerita mengenai kehidupan

harian mereka dan apa yang mereka suka buat setiap hari.

Bapa saya gembira kerana saya mempunyai ramai kawan baru. Katanya seorang

kanak-kanak walaupun di mana mereka berada di dunia ini suka mendengar cerita.

Ini adalah kerana cerita menjadikan dunia mereka menjadi lebih luas.Itulah sebabnya

mengapa bapa saya menjadi seorang penulis dan pengembara.

Sejak zaman kanak-kanak lagi, dia selalu mendengar cerita-cerita

yang diceritakan oleh datuk saya.

Sebagai penulis, bapa saya sentiasa menulis cerita-

cerita yang diceritakan kepadanya. Dia berbuat

demikian agar dia tidak akan lupa. Saya ingin mejadi

seorang penulis sama seperti bapa saya. Dan saya juga

telah mencatitkan banyak cerita-cerita yang telah saya dengar

semasa pengembaraan saya. Sekarang saya ingin ceritakan

kepada kamu semua.

Sentiasa berseronok dan mencari inspirasi.

Page 16: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Permainan Kanak-kanakAktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak

Main Layang–Layang

Main Badminton

Di kebun

Main LOMPAT Getah

Page 17: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Artikel 31Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Kanak-kanak berhakuntuk bermain.

Page 18: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 19: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

K adangkala ibubapa saya membawa saya ke ladang apabila tiada

saudara mara yang dewasa yang menjaga kami adik beradik di

rumah. Bila kami bertolak ke ladang ibu saya akan memasukkan saya ke

dalam bakul rotan yang dipikul olehnya kerana saya anak bongsu. Dia

selalu berkata saya masih terlalu kecil untuk berjalan jauh.

Untuk ke ladang, kami perlu menaiki bot dari kampung kami dan

kemudian berjalan kaki didalam hutan. Saya sering tertidur didalam bakul

rotan ibu saya kerana saya rasa seperti berada didalam pelukannya.

Ibubapa saya bekerja sebagai petani tradisi. Begitu juga dengan semua

penduduk dikampung saya. Mereka menanam padi sebagai makanan

utama kami. Kadangkala bapa saya pergi memburu haiwan liar didalam

hutan. Daging memberikan kami sumber protein untuk badan yang kuat.

Kehidupan sebagai petani dan pemburu memerlukan kekuatan fizikal.

Pura Ajaib

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Kampung Punan Bah, Belaga

17

Page 20: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Pada hari ini, ibubapa saya tidak bercucuk tanam. Mereka memperbaiki

pondok atau sulap diladang yang sudah usang. Mereka membina sulap

sebagai tempat berteduh dari matahari yang panas dan hujan. Ia juga

digunakan sebagai tempat untuk menyimpan hasil tanaman dan perkakas

lain. Kadangkala apabila terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan

diladang, mereka akan bermalam didalam sulap. Kami adik beradik

tinggal dirumah dan dijaga oleh makcik, pakcik ataupun jiran kami.

Ketika ibubapa kami membaiki pondok, kami adik beradik mencari

ilham untuk bermain bersama supaya kami tidak bosan sepanjang hari.

Abang saya mencadangkan kami membina pondok kami sendiri. Abang

18

Page 21: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

saya sudah cukup besar dan dibenarkan menggunakan parang dengan

selamat. Dia menggunakan parang tersebut untuk memotong bambu

untuk membina pondok kami. Kami yang lain pula pergi mencari daun-

daun untuk membina atap.

Apabila pondok kami siap dibina, kami semua masuk didalam. Kami

sangat seronok dan berasa bangga dengan sulap kami. Kakak saya

menamakannya sebagai pondok ajaib. Katanya pondok itu boleh

membawa kami ke suatu tempat yang ajaib dimana terdapat banyak

jenis buah-buahan untuk dimakan

dan haiwan-haiwan ajaib yang

boleh bercakap dengan manusia.

Tetapi sebelum kami pergi ke

tempat ajaib itu, dia mengatakan

yang kami perlu membawa

makanan kerana perjalanan kami

amat jauh.

Abang saya pun menyalakan api

untuk kami memasak makanan. Kami masak

rumput, ranting kayu, daun-daun dan batu kecil. Seronok juga bermain

masak-masak.

Setelah kami menyiapkan makanan untuk dibawa, kami masuk ke dalam

sulap dan dalam sekelip mata... kami ghaib. Setelah jauh perjalanan,

kami pun sampai di tempat ajaib itu. Memang betul kata kakak saya.

Tempat ini sangat indah dan terdapat banyak jenis buah-buahan

BATU-BATU INI DIPERCAYAI BOLEH membiak SENDIRI

19

Page 22: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

yang boleh dimakan. Petik satu, ia akan tumbuh semula dalam sekelip

mata. Tetapi disebalik keindahan tempat ajaib itu, penduduk di situ

memberitahu kami terdapat seorang raja yang kejam. Mereka mengatakan

behawa raja itu menjadikan mereka hamba dan memaksa mereka

bekerja untuknya. Raja itu juga mempunyai sekumpulan pengikut yang

jahat. Mereka sering memusnahkan ladang milik penduduk, hutan dan

merampas tanah penduduk. Tetapi raja itu juga mempunyai musuh. Dia

adalah seorang pahlawan perkasa yang tinggal di kampung yang lain.

Menurut penduduk kampung, pahlawan itu merancang untuk menyerang

raja kejam dan pengikut-pengikutnya yang jahat belaka dalam beberapa

hari lagi. Tetapi mereka takut kerana pahlawan itu datang menyerang

dengan tenteranya, raja kejam itu akan memaksa penduduk kampung

untuk berlawan untuknya.

Mereka memohon pertolongan kami untuk melarikan diri dari kampung

sebelum serangan berlaku dalam beberapa hari. Kami memberitahu

mereka bahawa kami bersedia untuk menolong mereka membina sebuah

sulap ajaib sama seperti yang kami miliki. Tetapi mereka perlukan sebuah

sulap yang jauh lebih besar untuk memuatkan semua penduduk termasuk

kanak-kanak kecil. Kata penduduk, ini tidak menjadi masalah sebab

didalam hutan terdapat banyak haiwan yang boleh bercakap dengan

manusia. Mereka tetap akan datang untuk menolong.

Kami membina sulap secara senyap dari siang hari hingga malam.

Haiwan-haiwan yang boleh bercakap itu juga bekerja keras untuk

menolong kami menyiapkannya. Tidak kira yang besar ataupun kecil, 20

Page 23: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

mereka memberikan yang terbaik. Mereka juga tidak sukakan raja kejam

dan pengikut-pengikutnya kerana sebelum ini mereka telah beberapa

kali memusnahkan hutan tempat mereka tinggal. Hutan adalah rumah

haiwan-haiwan itu.

Kerana saya masih kecil, kakak tidak membenarkan saya menolong

membina sulap itu. Tetapi dia memberikan saya sehelai daun. Katanya

daun itu sangat istimewa. Dia mengajar saya meniup daun itu untuk

menghasilkan bunyi. Kemudian dia memberi saya tugas sebagai tukang

jaga. Sekiranya saya melihat orang yang tidak dikenali datang saya hanya

perlu meniup daun itu untuk memberi amaran kepada mereka yang lain.

2 1

Page 24: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Setelah sulap itu siap dibina, penduduk amat

berterima kasih kepada kami dan juga haiwan-

haiwan yang boleh bercakap dengan manusia.

Mereka semua masuk ke dalamnya dan dalam

sekelip mata, mereka hilang bersama dengan

sulap mereka yang baru siap dibina.

Seperti yang telah dijangka, beberapa hari kemudian

pahlawan perkasa itu dan tenteranya menyerang

raja kejam itu dan pengikut-pengikutnya. Dia pergi

ke kampung untuk mengarah penduduk melawan

bagi pihaknya. Tetapi semua ini sudah terlambat

apabila dia menyedari tidak ada seorang pun

yang tinggal di kampung itu. Raja dan sekutunya diserang bertubi-

tubi sehingga dia menyerah kalah dan ditawan untuk dijadikan hamba

kepada pahlawan perkasa itu.

Bagi kami adik-beradik, sulap ajaib kami selamat membawa kami pulang

ke ladang. Setibanya disana, ibubapa kami sedang berkemas untuk

pulang ke kampung. Ibu saya meletakkan saya sekali lagi ke dalam bakul

rotan yang dipikul olehnya. Ketika kami berjalan menuju ke hutan untuk

pergi ke bot kami di sungai, saya melihat pondok ajaib yang kami telah

bina sekali lagi. Dalam hati, saya berharap ibubapa saya akan membawa

kami adik beradik lagi pada keesokan hari.

Bila kami tiba di kampung, ibu saya sibuk bersedia untuk memasak

makanan untuk makan malam. Dia menyuruh kakak saya untuk 22

Page 25: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

mengambil beberapa batang kayu api diluar. Sebelum itu, kakak

meletakkan sehelai daun ditangan saya. Katanya itu ialah daun yang

sama yang dia berikan kepada saya semasa kami berada di tempat ajaib

itu. Dia menyuruh saya untuk menyimpannya.

Apabila ada orang yang

meninggal dunia, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk

berada di kampung. Ibu atau bapa mereka akan membawa mereka ke ladang dan tinggal semalaman

di dalam sulap. Mereka akan di bawa pulang selepas upacara

pengkebumian.

Parang merupakan alat yang

sangat penting bagi komuniti yang sangat bergantung kepada sumber hutan untuk kehidupan

harian. Mereka akan sentiasa membawa parang apabila keluar dari rumah

untuk ke ladang, hutan ataupun ke sungai. Kanak-kanak yang sudah besar diajar menggunakannya

dengan cara yang selamat.

Kebanyakkan kanak-kanak Orang Asal khususnya yang tinggal di pendalaman menimba pengetahuan dan kepakaran daripada ibubapa, komuniti dan alam persekitaran mereka. Seperti dalam

cerita ini, kanak-kanak belajar membina sebuah sulap dengan

meniru ibubapa mereka.

23

Page 26: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 27: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Pada suatu pagi setelah saya bangun dari tidur, saya melihat bapa

saya sedang mengukir sebuah perahu kecil. Saya berasa sangat

seronok kerana perahu kecil itu adalah untuk saya. Memang sudah lama

saya mahukannya. Perahu adalah nama panggilan bot panjang yang

biasa digunakan oleh penduduk di kampung saya dan juga di kampung-

kampung yang lain. Abang saya sudah ada perahu mainan seperti

yang diukir oleh bapa saya tetapi dia tidak membenarkan saya bermain

dengannya. Kami sentiasa bergaduh apabila dia enggan membenarkan

saya menyentuh perahu mainannya, apatah lagi bermain dengannya.

Bapa saya memberitahu saya bahawa perahu kecil yang sedang diukir

olehnya itu adalah sebagai hadiah harijadi saya pada hari itu.

Kanak-kanak di kampung saya tidak memiliki banyak alat permainan.

Disebabkan itu, kami terpaksa mencari ilham untuk membuat alat

Keistimewaan dan Kepentingan Perahu

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Bantul, Pensiangan, Sabah

25

Page 28: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

permainan sendiri. Kadangkala kami membuat pondok di hutan sambil

menunggu penduduk kampung yang keluar memburu. Kami juga bermain

sorok-sorok dan membina istana pasir di tepi sungai. Tetapi bermain

perahu mainan adalah yang paling seronok sekali. Saya suka melihatnya

bergerak diatas air. Ia seakan-akan perahu sebenar yang selalu

digunakan oleh penduduk kampung sebagai pengangkutan utama.

Tahukah anda bahawa perahu adalah sangat penting bagi komuniti saya?

Saya berasal dari Kampung Bantul di dearah Pensiangan, Sabah. Ramai

orang tidak tahu dimanakah kampung saya terletak kerana ia sangat

26

Page 29: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

jauh dan terpencil. Untuk sampai

ke sini, anda perlu menaiki kereta

dan perjalanannya mengambil

masa berjam-jam. Selepas itu,

anda perlu menaiki perahu

panjang selama lebih kurang

satu jam untuk sampai ke

kampung saya. Jika air sungai terlalu cetek, masa

perjalanan akan menjadi lebih panjang sebab penumpang terpaksa

turun untuk menarik perahu ke air yang dalam. Air sungai yang cetek

juga boleh membuat perjalanan menjadi merbahaya kerana air menjadi

lebih deras dan terdapat banyak batu-batu besar. Hanya pemandu perahu

yang berpengalaman sahaja yang boleh mengemudi dengan selamat dan

mengelak dari berlaku pelanggaran dengan batu-batu tersebut.

Bapa saya merupakan antara pemandu perahu yang terbaik di kampung

saya. Penduduk sering meminta dia untuk menghantar mereka ke

tempat-tempat yang mereka ingin

pergi. Mereka memuji kebolehan

bapa saya. Mereka juga pernah

mengatakan bahawa bapa saya

sangat mahir sehingga dia juga

boleh memandu perahu dalam

suasana gelap gelita. Saya masih

ingat tidak lama dahulu saya

SEORANG KANAK-KANAK BERMAIN DENGANSEEKOR AYAM DI SUNGAI

RUMAH PANJANG DI BANTUL 27

Page 30: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

mengikutinya pulang. Pada malam

itu, saya tidak boleh melihat apa-

apa kerana terlalu gelap. Tetapi

bapa dengan tenang membawa

kami pulang dengan selamat.

Saya mahu menjadi seperti bapa

saya apabila saya besar kelak.

Saya ingin membina perahu

saya sendiri dan melawat tempat-tempat yang saya belum pernah

pergi. Bapa saya pernah berjanji kepada saya untuk mengajar saya

memahami keadaan sungai dan bagaimana ia mengalir. Katanya, untuk

menjadi seorang pemandu yang hebat saya perlu ada sepasang mata

yang istimewa. Dia berkata lagi bahawa semua pemandu perahu yang

berpengalaman di kampung kami ada sepasang mata istimewa seperti

yang dia maksudkan.

Perahu mainan kecil yang bapa saya sedang ukir itu adalah daripada

sebatang kayu keras. Saya duduk disebelahnya sambil melihatnya

mengukir. Dia berkata nenek moyang kami pada zaman dahulu sudah

mahir membuat perahu. Pengetahuan ini kemudian mereka turunkan

dari generasi ke generasi hingga ke hari ini. Kami menggunakan perahu

sebagai pengangkutan termasuk untuk pergi menangkap ikan dan

memburu. Tetapi kata bapa saya, pada zaman dia masih lagi kanak-

kanak sebaya saya, perahu tidak menggunakan enjin. Sebaliknya,

penduduk terpaksa menggunakan dayung. Saya dapat bayangkan

SEORANG KANAK-KANAK DENGAN PERAHUNYA

28

Page 31: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

betapa kuat dan perkasanya penduduk ketika itu kerana mendayung

perahu yang panjang melawan arus dan deras air bukan sesuatu yang

mudah untuk dilakukan.

Tidak lama dahulu, sebuah syarikat pembalakan telah masuk ke

kawasan berdekatan dengan kampung kami dan membina jalan

balak hingga ke simpang besar yang menuju ke pekan terdekat. Ini

memudahkan penduduk kampung. Tetapi masalahnya ialah penduduk

kampung tidak memiliki kenderaan.

Oleh sebab itu, mereka masih lagi

bergantung kepada perahu sebagai

pengangkutan utama. Bagi kami

kanak-kanak, memiliki perahu

mainan yang diukir oleh bapa

kami adalah suatu kebanggaan.

Biasanya, perahu-perahu mainan

yang di miliki oleh kanak-kanak

di kampung saya diukir hampir serupa dengan

perahu yang sebenar. Ia berukuran lebih kurang enam inci dan di tarik

di atas air dengan tali. Ia di tarik bukan sahaja diatas air tetapi di mana

sahaja. Sambil menarik perahu, mereka akan membuat bunyi suara

seakan-akan bunyi enjin perahu. Perahu mainan abang saya berwarna

merah dan hijau, sama seperti perahu pakcik kami. Tetapi abang saya

tidak pernah membenarkan saya bermain dengan perahunya. Dia selalu

berkata “boleh tengok saja tapi jangan sentuh.” Kadangkala bila dia

KANAK-KANAK SEDANG BERMAIN DI PERAHUYANG MASIH BELUM SIAP DI BINA

29

Page 32: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

KANAK-KANAK dengan perahu mereka yang dicipta oleh bapa mereka

nyenyak tidur, saya akan mengambil perahunya. Tetapi saya tidak

berani membawanya ke sungai kerana takut dia bangun dan menyedari

perahunya sudah tiada. Saya takut dia akan marah. Bagi saya, saat

yang paling seronok sekali ialah apabila melihat perahu-perahu kecil

milik kawan-kawan dan abang saya bergerak di atas air di anak sungai.

Ia seakan-akan perahu yang sebenar. Saya boleh duduk berjam lamanya

30

Page 33: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

hanya melihat perahu-perahu

mereka.

Apabila bapa saya siap

mengukir perahu mainan

untuk saya, dia bertanya

apakah warna pilihan saya.

Saya memilih warna merah

dan putih, sama seperti

perahunya. Selepas perahu itu diwarnakan, dia

menjemurnya di luar dan menyuruh saya untuk menunggu beberapa

jam. Perahu itu adalah hadiah harijadi yang terbaik sekali bagi saya.

Saya tidak sabar membawanya ke sungai dan bermain bersama kawan-

kawan dan abang saya. Saya membayangkan diri saya sebagai seorang

pemandu perahu yang hebat kerana saya mempunyai sepasang mata

yang boleh melihat dalam keadaan gelap gelita.

SEORANG DEWASA SEDANG MEMIKUL kanak-kanak

YANG KECIL SEMENTARA KANAK-KANAK LAIN

BERMAIN PERAHU MEREKA DI ANAK SUNGAI.

Perahu yang direka oleh

suku kaum Murut yang tinggal di sepanjang Sungai Pensiangan

adalah sangat panjang untuk memudahkannya bergerak di

atas permukaan air.

Sungai sangat penting bagi komuniti

di sini. Bagi mereka, sungai adalah seperti jalanraya yang

menghubungkan satu tempat dengan yang lain. Sungai juga merupakan

punca makanan harian mereka. Jika sungai dan hutan dimusnahkan,

ikan-ikan akan mati.

3 1

Page 34: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

32

Page 35: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Punan Bah, Belaga, Sarawak

Saya tinggal di hilir sungair yang terpanjang di Malaysia. Sungai

itu ialah Sungai Rajang. Nama kampung saya ialah Punan Bah. Ia

terletak sangat jauh di pendalaman. Untuk sampai ke sini, anda perlu

menaiki kereta pacuan empat roda selama enam jam dari bandar Bintulu.

Jika anda mengambil perjalanan dalam masa yang sama dengan menaiki

kapal terbang, anda akan hampir sampai ke negara Australia! Perjalanan

ke kampung saya sangat jauh kerana jalan yang diikuti ialah jalan balak.

Jalan ini penuh dengan lubang. Bila cuaca panas, jalan akan berdebu.

Jika hari hujan pula, jalan sangat berlumpur, licin dan merbahaya. Anda

boleh menaiki feri dari pekan Kapit. Perjalanan memakan selama tiga jam.

Sekali lagi, jika anda menaiki kapal terbang dengan jangka masa yang

sama, anda akan sampai ke negara China. Kampung saya sangat jauh.

Disinilah saya dilahirkan dan membesar.

Akuarium SayaYang Besar dan Kecil

33

Page 36: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Saya pergi ke sebuah sekolah di

kampung saya. Ia hanya sekolah

yang kecil tetapi saya mempunyai

ramai kawan. Di sekolah, saya

menimba banyak pengetahuan.

Pada suatu hari, guru kelas

saya telah mengajar saya dan

kawan-kawan tentang jenis-

jenis ikan: ikan di laut dan juga

di sungai. Saya tidak tahu banyak

tentang ikan di laut. Tetapi terdapat beberapa

jenis ikan di sungai yang saya tahu kerana bapa saya sering membawa

saya untuk pergi memeriksa pukat dan bubuh yang telah dipasang

olehnya. Saya suka mengikutinya dan saat yang paling seronok ialah

melihat banyak ikan-ikan yang ditangkap. Saya selalu melihat bapa saya

gembira apabila dapat menangkap banyak ikan. Tetapi kadangkala, dia

pulang dengan tangan kosong.

Sebelum kelas berakhir, guru kami menyuruh kami untuk masing-masing

membawa akuarium ke sekolah keesokan hari. Pada mulanya saya tidak

tahu apa itu akuarium. Guru saya menerangkan bahawa akuarium

adalah tempat ikan dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Ia diperbuat

daripada kaca agar sesiapa dapat melihat ikan-ikan didalam berenang.

Di sebelah petang hari itu, saya dan kawan saya berhajat untuk pergi

memancing ikan untuk akuarium kami masing-masing. Setelah mendapat

SEKUMPULAN KANAK-KANAK MENYEBERANGI

JAMBATAN GANTUNG DENGAN SUNGAI RAJANG

KELIHATAN DI BELAKANG

34

Page 37: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

kebenaran dari ibubapa kami, kami pun mengambil pancing dan pergi

mencari umpan. Saya juga membawa botol yang diberikan oleh ibu saya.

Itulah akuarium saya.

Sungai kami dipanggil Sungai Bah. Ia adalah anak sungai kepada Sungai

Rajang. Tidak lama dahulu, sungai Bah mempunyai banyak ikan kerana

penduduk di kampung kami sentiasa menjaganya. Bapa saya pernah

menceritakan kepada saya tentang pengalamannya pergi menangkap

ikan semasa kecil. Katanya pada musim kemarau, dia boleh memenuhi

hampir setengah karung guni dengan ikan dengan menghulur jala sekali

sahaja. Dia sudah tentu boleh memenuhi karung itu jika dia menjala kali

kedua tetapi menurutnya, penduduk di ampung kami

tidak akan mengambil lebih dari apa yang

kami perlukan. Kami harus ingat bahawa ada

orang lain juga yang perlukan ikan untuk

dimakan. Bila bapa saya dapat hasil ikan

yang banyak dan lebih dari cukup untuk

dimakan oleh kami sekeluarga, ikan-ikan

yang lain akan diasapkan agar ia tahan

lebih lama. Inilah cara kami kerana kami

tidak mempunyai peti sejuk.

Sungai Bah tidak seperti dahulu lagi.

Ia sudah tercemar. Orang-orang tua

di kampung kami pernah mengatakan

bahawa ini terjadi akibat hutan kami yang telah

SEORANG PENDUDUK PULANGDARI MEMANCING

35

Page 38: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Suasana semasa awal pagi di Punan Bah. Seorang

penduduk kelihatan sedang memeriksa pukat.

Page 39: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 40: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

dimusnahkan oleh orang luar

dan banyak kawasan telah

dibuka untuk ladang-ladang

besar. Sejak saya dilahirkan,

saya tidak pernah mandi di

sungai itu. Kami mengumpul

air hujan untuk diminum,

mencuci dan mandi.

Kadangkala saya berasa

hairan bagaimana ikan-ikan masih boleh hidup

dalam keadaan sungai kami yang sudah tercemar.

Setelah lama duduk memancing di tepi sungai, pancing saya mengena.

Saya tarik sekuat hati. Saya telah menangkap seekor ikan yang besar.

Saya menyimpannya di dalam botol. Tetapi ia terlalu besar untuk

berenang di dalam botol itu. Kawan saya yang melihat tangkapan

saya berkata yang dia berharap akan dapat

ikan sebesar yang saya dapat.

Kami tunggu sekian lama tetapi

umpannya masih tidak mengena.

Saya berkata mungkin buaya

telah menelan semua ikan-ikan di

sungai itu dan tinggalkan hanya

seekor yang saya telah pancing

tadi. Terdapat banyak cerita-SEORANG DKANAK-KANAK MENUNJUKKAN

AKUARIUMNYA SEMASA KE SEKOLAH.

DUA ORANG PENDUDUK KAMPUNG SEDANG MENCARI

IKAN PADA AWAL PAGI DI SUNGAI BAH

38

Page 41: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

cerita tentang buaya gergasi yang tinggal di

Sungai Rajang. Tetapi saya tidak takut dengan

buaya. Mereka tidak akan mengganggu manusia

sekiranya tidak diganggu. Apa yang saya paling

takut sekali ialah roh-roh yang dikatakan akan

mencolek kanak-kanak yang masih belum

pulang ke rumah pada waktu lewat senja.

Hari semakin gelap. Kawan saya masih lagi

belum berjaya mendapat apa-apa. Saya

mencadangkan agar kami berkongsi ikan

saya. Saya tidak sabar untuk menunjukkan

kepada guru kelas saya.

Pada keesokan hari, semua murid di kelas

saya telah membawa akuarium mereka

masing-masing. Saya dan kawan saya

menunjukkan ikan dan akuarium yang kami

kongsi bersama. Guru kelas kami memberi

pujian kepada semua sambil memberikan

markah untuk: ikan yang paling besar,

ikan tercantik dan akuarium paling kreatif.

Seorang murid pula membawa seekor

katak yang di simpan di dalam kotak.

Dia juga mendapat markah sebab katak

hidup dalam dua alam: air dan darat.

39

Page 42: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 43: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Kami semua amat berbangga dengan markah dan pujian dari guru kami.

Tetapi guru kami mengingatkan kami agar sentiasa berasa bangga dengan

sungai kami. Katanya, sungai adalah seperti aquarium kami yang besar.

Seperti akuarium, kami perlu sentiasa menjaganya supaya ia sentiasa

bersih dan kehidupan didalamnya sentiasa sihat.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya dan kawan saya kembali

ke tempat kami memancing kelmarin dan melepaskan ikan yang saya

pancing itu ke sungai. Saya harap sungai kami ini akan mempunyai

banyak ikan agar bapa saya akan sentiasa berasa gembira dengan

tangkapan hariannya.

Suku Punan tidak sama

dengan Penan.Antara ciri-ciri unik

di Punan Bah ialah apa yang dipanggil sebagai ‘Kerieng”. Ini merupakan

sebuah batang kayu yang besar yang diukir khas sebagai tempat bersemadi individu yang mempunyai

status yang tinggi di dalam komuniti. Malangnya, ulun

atau orang suruhan simati harus mati bersama dengan tuannya. Amalan ini sudah lama tidak diamalkan lagi. Akhir

sekali sebuah batu besar akan diletakkan di atas ‘Kerieng’. Ramai yang amat kagum dengan komuniti Punan di sini kerana boleh mengukir ‘Kerieng’ dari kayu keras dengan ukiran yang cantik sekali tanpa alat-alat moden. Mereka

juga hairan bagaimana penduduk ketika itu dapat meletakkan batu yang sangat berat di atas

“Kerieng”.

4 1

Page 44: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

00

Permainan Kanak-kanakAktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak

Menjahit Mengangkat Tanah

Memanjat Pokok ManggaMenyusun Kayu

Page 45: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

00

Artikel 29Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Pendidikan harus membinapersonaliti kanak-kanak sepenuhnya.

Ia harus menggalakkan mereka menghormati ibubapa dan

budaya mereka dan juga budaya-budaya lain.

Page 46: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 47: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Bantul, Pensiangan, Sabah

Bila anda berada dalam perjalanan ke kampung saya, anda akan

melihat sebuah papan tanda yang tertulis dengan perkataan

‘ANJING KU MAHAL’. Sudah pastinya, sesiapa yang mencederakan seekor

anjing di tempat saya, dia harus membayar saman. Anjing adalah

haiwan yang sangat berharga bagi kaum saya kerana merekalah yang

membantu kami memburu di hutan. Mereka membantu kami mencari

sumber makanan harian. Kaum saya telah menggunakan anjing untuk

memburu sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Saya ada seekor anak anjing yang bernama Berason. Ada cerita

disebalik nama anak anjing saya itu. Bila dia dilahirkan, bapa saya tahu

bahawa dia akan menjadi anjing pemburu yang sangat baik. Tahukah

anda bahawa kaum saya dapat mengenali anjing yang akan membesar

sebagai anjing pemburu yang baik dengan hanya melihat sususan

Anjing PemburuSaya

45

Page 48: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

putingnya? Pengetahuan ini telah

diperturunkan dari zaman nenek

moyang kami lagi. Apabila anak

anjing saya sudah mula boleh

memakan makanan, bapa saya

memberinya nasi bercampur

dengan cili. Tujuan dia buat

demikian ialah agar dia pandai memburu bila besar nanti. Sejak dari

itu, saya menamakanya Berason. Tetapi saya kasihan apabila melihatnya

kepedasan. Walaubagaimanapun, setelah minum air, dia baik semula.

Kerana masih kecil, Berason masih lagi menyusu.

Ibubapa Berason juga adalah anjing pemburu yang hebat. Kami

mempunyai sepuluh ekor anjing pemburu dan bapa Berason adalah

ketua mereka. Bila memburu di hutan, dia akan berada di hadapan

untuk mengesan haiwan liar. Apabila dia terhidu haiwan liar, dia akan

menyalak untuk memanggil yang anjing-anjing lain dan seterusnya

mengejar haiwan liar itu.

Pada suatu hari, bapa saya mengajak saya dan dua abang saya untuk

pergi memburu bersamanya. Dia memberitahu kami bahawa kami

akan berjalan jauh ke dalam hutan dan terpaksa bermalam. Ini adalah

kerana haiwan liar tidak lagi mudah untuk diburu seperti dahulu. Bapa

saya berpendapat ini mungkin disebabkan oleh hutan kami yang sudah

diganggu oleh orang dari luar. Bunyi jentera dan mesin pemotong kayu

membuatkan haiwan liar menjadi takut dan lari jauh ke dalam hutan. Ini

BEBERAPA ekor anjing sedang menaiki perahu

46

Page 49: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

adalah sebab mengapa kami perlu berjalan sangat jauh untuk memburu.

Itu pun, kalau ada haiwan untuk diburu.

Disebabkan kami akan terpaksa bermalam, saya ditugaskan untuk

membawa Berason bersama didalam bakul rotan yang saya pikul.

Berason masih kecil dan perlu menyusu dengan ibunya. Kami menaiki

perahu dengan kesemua anjing-anjing kami ke tempat pemburuan. Saya

perhatikan yang Berason tidak berasa selesa dengan bunyi bising enjin

sangkut perahu yang kami naiki. Tetapi dia perlu membiasakan diri

sama seperti dengan anjing-anjing dewasa kami yang lain ketika mereka

masih kecil.

Ketika menaiki perahu, saya terkenang kembali kata-kata datuk saya.

Katanya hutan sentiasa memberi kami makanan. Kami hanya perlu

pergi mencarinya. Pada zaman dia masih muda, memang makanan

tidak susah untuk di cari kerana hutan belum diganggu. Keadaan sudah

berubah sekarang. Saya tidak

dapat bayangkan apa akan

terjadi kepada hutan kami ini

apabila saya dewasa kelak.

Mungkin saya akan terpaksa

pergi lebih jauh ke dalam

hutan untuk memburu. Itu

pun, sekiranya masih lagi ada

haiwan liar untuk di buru. sekumpulan penduduk dengan kanak-

kanak menaiki bot untuk pergi memburu

dengan anjing-anjing mereka

47

Page 50: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Perjalanan kami memakan masa yang panjang untuk tiba ke tempat

pemburuan. Dari situ, kami masih lagi perlu berjalan kaki ke dalam

hutan. Saya mengangkat bakul rotan dengan Berason didalamnya. Dia

tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku kerana saiznya terlalu

kecil untuk mengeluarkan kepala di mulut bakul untuk melihat di luar.

Tetapi dia masih boleh melihat menerusi lubang-lubang kecil di bakul itu.

Sejak turun dari perahu, bapanya menghidu kawasan untuk mengesan

haiwan liar. Saya pasti Berason sedang memerhatikan apa yang

dilakukan oleh bapanya.

Setelah beberapa jam berjalan di

dalam hutan, bapa saya mengarah

kami berhenti untuk berehat. Kedua

abang saya mengambil makanan

untuk diberikan kepada anjing-

anjing kami. Mereka kelihatan

sangat lapar. Saya menunggu ibu

Berasan menghabiskan makanannya.

Sementara itu, kami pun membuka

daun yang membungkus nasi dan ikan

yang kami bawa dari rumah. Makan nasi beralaskan daun membuatkan

kami sangat berselera. Apabila ibu Berason selesai makan, saya

keluarkannya dari bakul rotan dan meletakkannya dekat dengan ibunya.

Sebagai anak anjing yang membesar, ia memerlukan susu ibunya.

Minumlah sepuas hati, Berason, kerana perjalanan kita masih jauh.

kanak-kanak terpaksa menutup muka

untuk menghindari daripada habuk

ketika menaiki kenderaan menerusi sebuah

kem kayu balak di bantul

48

Page 51: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Kami meneruskan perjalanan

kami hingga ke petang. Apabila

keadaan hampir gelap, kami

mula memotong dahan-dahan

kayu untuk dijadikan sebagai

katil kami di hutan. Walaupun

kurang selesa, bapa kami

pernah memberitahu bahawa bila

berada di hutan kami perlu menyesuaikan diri. Dia juga

sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa senyap kerana haiwan liar

sudah mengetahui kehadiran kami sebelum kami tahu di mana mereka

bersembunyi. Itulah sebabnya kami memerlukan anjing untuk mengesan

mereka. Deria hidu mereka sangat kuat.

Pada awal pagi keesokan hari, saya terbangun oleh bunyi salakan

bapa Berason sebagai ketua kumpulan anjing-anjing kami. Dia telah

mengesan seekor haiwan. Tidak lama kemudian, anjing-anjing kami

yang lain berlari kearahnya sambil menyalak. Suku kaum kami sudah

lama belajar untuk mengenali jenis salakan anjing. Salah satu bunyi

salakan menandakan anjing-anjing sedang mengejar haiwan liar. Bila

kami mendengar bunyi salakan ini, bapa kami mengarah supaya kami

turun untuk pergi ke sungai di bawah bukit. Bila kami tiba disana, kami

mendengar bunyi salakan anjing-anjing kami semakin hampir. Kami pun

menunggu. Bapa saya sedang memegang tombak. Dalam bila-bila masa

haiwan itu akan muncul dan masuk ke dalam air sungai.

sebuah perahu yang merentasi sungai pensiangan

49

Page 52: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

50

Page 53: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Haiwan itu adalah seekor babi hutan. Bila saja ia berada di air, ia tidak

lagi dapat melarikan diri. Anjing-anjing kami terus mengepungnya.

Bapa saya kemudian menikamnya dengan tombak. Babi hutan itu

bersaiz besar dan dagingnya cukup untuk dimakan oleh keluarga kami

untuk beberapa lama. Anjing-anjing kami pun akan mendapat bahagian

mereka.

Ketika semua ini berlaku, saya memikul

bakul rotan dengan Berason berada

didalamnya. Dia telah melihat apa

yang telah dilakukan oleh anjing-anjing

kami yang lain dan saya pasti dia telah

mempelajari cara-cara untuk memburu

haiwan liar. Suatu hari kelak, dia pula yang

akan memburu seperti mereka yang lain.

Dan saya yakin, dia akan menjadi seekor

anjing pemburu yang terhebat. SEorang kanak-kanak

sedang memerhatikan hasil

buruan.

5 1

Page 54: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Hutan amat penting bagi komuniti-komuniti yang masih bergantung

kepada sumber hutan untuk kehidupan harian. Tanpa hutan

kehidupan mereka amat susah. Di Kg Ampungoi, sumber hutan seperti

madu memberikan mereka satu harapan untuk meraih pendapatan.

52

Page 55: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Kg Ampungoi, Pitas, Sabah

Saya sangat suka mencari pengalaman baru.Anda bagaimana?

Pengalaman saya yang paling menarik sekali ialah ketika pergi mengutip

madu lebah bersama ahli-ahli komuniti saya yang lain. Saya pernah

mengalami pengalaman ini beberapa kali sebelum ini. Setiap pengalaman

saya adalah sangat manis sekali. Tetapi apa yang saya ingin ceritakan

ialah pengalaman terbaru yang saya alami sebagai pengutip madu lebah.

Ketika itu adalah musim madu lebah. Penduduk di kampung saya sudah

lama menantikannya. Terdapat sebatang pokok yang tinggi tidak jauh

dari tempat tinggal saya dan diatas pokok itu terdapat sarang lebah.

Penduduk rasa sudah tiba masanya untuk mengutip madu yang terdapat

didalam sarang itu.

Tentang Madudan Kehidupan

53

Page 56: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Kami semua amat seronok. Kerja mengutip madu lebah adalah kerja

yang sukar. Kadangkala ia berbahaya kerana lebah-lebah tidak mahu

sarang mereka diganggu. Apabila diganggu mereka akan menyengat.

Kamu pernah disengat? Sakit kan?

Sekiranya kerja ini sukar dan berbahaya, mengapa perlu dilakukan?

Saya pernah bertanya soalan ini dengan diri sendiri dahulu sehingga

saya menyedari bahawa madu lebah merupakan punca pendapatan

penduduk di kampung saya. Mereka menjual madu lebah untuk

perbelanjaan rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah. Tanpa hasil

madu lebah, kehidupan mereka akan menjadi susah. Ibu saya sentiasa

memberi saya sedikit wang untuk ke sekolah. Saya sentiasa pastikan

untuk membelanjakan wang itu dengan baik kerana saya faham betapa

sukarnya kerja mengutip madu lebah.

Bila tiba masanya untuk pergi ke hutan, bapa saya mengumpulkan

beberapa penduduk kampung. Kerja ini harus dilakukan secara

berpasukan dan semangat tolong menolong perlu

ada. Saya ditugaskan sebagai

pembawa minuman. Kata

bapa saya, tugas itu adalah

yang sangat penting. Saya

berasa sangat bangga memikul

tanggungjawab itu.

Kami berjalan kaki dari kampung

menerusi sebuah ladang getah 54

Page 57: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

sebelum sampai di sebuah kawasan di

hutan. Di situ, saya melihat sebatang pokok

besar dan tinggi. Diatas dahan pokok itu

terdapat sarang lebah yang sangat besar. Ia

sebesar tayar lori yang sering berulang-alik di

kampung saya. Sarang itu berada lebih kurang

100 kaki dari tanah. Saya dapat melihat beribu-

ribu lebah yang sibuk menghasilkan madu.

Kami memerlukan tangga yang panjang untuk

mencapai sarang lebah itu. Beberapa orang

penduduk pun mula pergi mencari bambu.

Bambu tidak mudah didapati lagi seperti dahulu disebabkan keadaan

hutan yang sudah berubah. Banyak kawasan hutan telah dibuka untuk

perladangan. Penduduk kampung takut suatu hari nanti hutan ini

tidak lagi mempunyai pokok-pokok yang tinggi dan besar untuk lebah

membuat sarangnya. Jika ini berlaku, penduduk akan hilang punca

pendapatan. Kehidupan mereka akan menjadi susah.

Sementara mereka mencari bambu, beberapa orang tua dan kanak-kanak

termasuk saya menunggu dekat dengan pokok tinggi itu. Untuk mengisi

masa, orang-orang tua itu mula bercerita diantara mereka. Saya pula

sibuk memberikan mereka air untuk diminum. Tetapi saya memasang

telinga dan saya ingin menceritakan salah satu daripada cerita mereka:

Pada suatu ketika dahulu jauh didalam hutan terdapat sekumpulan

haiwan. Diantara mereka ialah seekor kura-kura. Kura-kura itu sedang

Pondok kanak-kanak

bermain

55

Page 58: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

mencari makanan untuk dimakan. Apabila ia menemui sebiji buah tarap,

ia pun memakannya. Tiba-tiba muncul seekor beruang. Beruang itu

sangat sombong.

“Hai kura-kura. Apa yang kamu sedang buat” tanya beruang itu.

“Saya berasa lapar tadi dan keluar mencari makanan. Kemudian saya

terjumpa buah tarap ini. Kita boleh memakannya bersama jika kamu

mahu,” jawab kura-kura.

“Tidak payah. Saya sudah kenyang makan madu tadi,” kata beruang

dengan sombong.

Sebaliknya, beruang itu pula mencabar kura-kura dalam satu

pertandingan. “Pertandingan macam mana tu?” kura-kura bertanya.

“Kita main bakar-bakar. Siapa yang tidak mati kebakaran dia lah

pemenang,” kata beruang.

Kura-kura amat takut dengan beruang itu kerana

dia memang sudah terkenal sebagai pembuli.

Tetapi dia tidak berani menolak cabaran beruang

itu. Dia tahu sekiranya dia menolak, beruang itu akan

mencederakannya. Dalam ketakutan,

kura-kura menerima cabaran. Mereka

kemudian menentukan tarikh dan

tempat untuk bertanding.

56

Page 59: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Bila hari itu tiba, beruang berkata,

“Siapa yang bakar dirinya dulu?”

Kura-kura hanya berdiam. “Kamu

dulu lah,” kata beruang lagi.

Dia tahu apabila kura-kura mati

terbakar, dia akan menang

pertandingan itu.

Kura-kura itu pula tahu dia terpaksa

mengikuti arahan beruang itu.

“Baiklah. Timbun saya dengan dahan

kayu mati itu dan daun-daun kering.

Kemudian bakarlah saya.” Beruang itu

dengan gembiranya menimbun dahan kayu mati dan daun-daun kering

diatas kura-kura sehingga menutupinya. Dia berfikir bahawa kura-kura

itu sangat bodoh.

Tetapi sebenarnya kura-kura itu jauh lebih bijaksana. Ketika beruang itu

sedang sibuk menimbunnya, dia secara senyap-senyap menggali lubang

dalam tanah dan masuk ke dalam. Beruang itu tidak menyedarinya

kerana timbunan dahan dan daun menutup segala apa yang dibuat oleh

kura-kura.

Setelah siap menimbun, beruang dengan gembira sekali menyalakan

api. Ketika api sedang membara, beruang membayangkan kura-kura

itu mati terbakar dan menjadi abu. Dia memuji dirinya sendiri kerana

kepandaiannya. 57

Page 60: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Apabila api sudah padam, kura-kura keluar dari lubang. Beruang sangat

terkejut. Dia berasa hairan bagaimana kura-kura masih hidup.

“Sekarang giliran kamu pula,” kata kura-kura.

Disebabkan beruang itu terlalu sombong, dia

terpaksa mengambil gilirannya untuk dibakar.

Lagi pun, dia yang dahulu mencabar kura-

kura untuk bertanding. Dia terlalu sombong

untuk mengaku kalah.

Kura-kura menimbun dahan dan daun-daun kering

diatas beruang dan menyalakan api. Beruang pun mati

kebakaran. Tiada yang tinggal daripadanya

kecuali sebatang tulang.

Kura-kura mengambil tulang itu dan

menggunakkannya sebagai alat

muzik. Dalam bahasa Rungus alat

ini dipanggil sebagai Turuding. “Kamu cabar saya

tetapi akhirnya kamu pula yang terbakar.” Demikian bunyi lagu yang

dimainkan oleh kura-kura.

Keindahan alunan bunyi Turuding itu didengari oleh haiwan-haiwan lain

di huta termasuk sekumpulan monyet. Ketua kumpulan monyet itu ingin

memiliki alat itu dan mengarah pengikut-pengikutnya untuk pergi mencari.

Mereka mengesan bunyi alat itu hingga ke tempat kura-kura berada.

Bila kura-kura tidur, kumpulan monyet mencuri alat itu. 58

Page 61: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Apabila bangun dari tidur, kura-kura mendapati Turuding itu sudah

tiada. Dia berasa sangat sedih dan pergi mencarinya di sekitar hutan.

Tidak lama kemudian, dia terjumpa dengan ketua kumpulan monyet

yang duduk diatas pokok sambil bermain dengan alat itu.

Kerana kura-kura tidak boleh memanjat pokok, dia meminta pertolongan

dengan seekor ketam. “Turuding saya

telah dicuri. Tolonglah saya

mengambilnya semula,” Ketam

berasa kasihan dengan kura-

kura dan bersetuju untuk

menolong.

Ketam itu memanjat pokok

dan dengan sekuat hati menyepit

kaki ketua monyet itu. Dia menjerit

kesakitan dan melepaskan alat itu. Kura-

kura yang menanti di bawah pokok pun

59

Page 62: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

menyambutnya dan terus pergi dari situ. Ketam kemudian berjumpa

dengan kura-kura dan sejak dari hari itu mereka menjadi kawan baik.

Apabila cerita ini tamat, saya teringatkan nasihat ibubapa saya supaya

sentiasa bersikap rendah diri dan jangan mengambil apa jua benda yang

bukan milik saya. Tetapi saya terfikir pula

tentang lebah-lebah itu.

Tiba-tiba saya terasa

bersalah mengutip madu

daripada sarang mereka.

Saya pun bertanya

dengan salah satu

daripada orang tua itu

dan dia menerangkan

60

Page 63: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

kepada saya. Katanya: “Madu dihasilkan oleh lebah daripada nektar

bunga. Kita mengambil madu sebagai mata pencarian kita. Kita

berterima kasih dengan cara menjaga hutan agar bunga-bunga akan

hidup dan lebah akan terus menghasilkan madu.” Saya faham maksud

orang tua itu.

Tidak lama kemudian, kumpulan pencari bambu telah tiba. Mereka

bekerjasama untuk mebuat tangga yang panjang untuk mencapai sarang

lebah. Saya pula sibuk menyediakan mereka air untuk diminum. Selepas

tangga itu siap, kami semua menanti hari menjadi gelap. Sambil menanti,

mereka meneruskan sesi bercerita.

Bila hari sudah menjadi gelap, salah seorang daripada kami mula

memanjat pokok itu dengan tangga. Dia membawa obor untuk menghalau

lebah-lebah yang pasti akan mengamuk. Yang lain pula di bawah sibuk

membakar untuk menghasilkan asap. Lebah tidak sukakan asap.

Apabila semua lebah telah pergi, kami pun mengambil sarang mereka

untuk di bawa pulang. Setibanya kami di kampung, sekumpulan wanita

sedang menunggu untuk membersihkan sarang lebah itu dan membahagi-

bahagikannya secara sama rata untuk kami semua. Ibu saya juga berada

bersama mereka. Selepas dia mendapat bahagian sarang lebah untuk

keluarga kami, dia memandang seketika kearah saya. Dia memberikan

satu senyuman manis kerana gembira dengan kutipan kami. Saya tidak

sabar untuk pergi mengutip madu lebah di musim akan datang.

6 1

Page 64: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 65: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Ba’kelalan, Lawas, Sarawak

Pada suatu ketika dahulu, nenek saya pernah menceritakan tentang

kasih sayang. Tetapi kasih sayang yang dia maksudkan ada sedikit

kelainan. Ceritanya itu ada kaitan dengan perkahwinannya bertahun-

tahun dahulu. Ketika itu, nenek saya akan berkahwin dengan seorang

pemuda yang tampan yang berasal dari kampung yang lain. Pemuda

itu juga merupakan seorang petani yang sangat rajin. Tetapi pada hari

perkahwinannya, nenek saya berasa sangat sedih kerana dia sebenarnya

belum bersedia untuk berkahwin. Apa lagi dengan seorang pemuda yang

dia belum pernah kenal.

Perkahwinan nenek saya sebenarnya telah diatur oleh ibubapanya

yang juga moyang saya. Nenek saya tidak mampu menolak kerana

menghormati pilihan ibubapanya. Begitu juga dengan bakal suaminya.

Pada zaman mereka, keputusan orang tua perlu dituruti dan dihormati.

Pahit dan Manis Perkahwinan Nenek Saya

63

Page 66: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Hari perkahwinan nenek saya dihadiri oleh ramai jemputan termasuk

penduduk dari kampung-kampung lain. Ada yang datang dari kampung

yang jauh. Mereka berjalan berhari-hari merentasi hutan dan bukit bukau

untuk ke kampung nenek saya. Pesta perkahwinan sangat meriah dengan

banyak makanan dan minuman yang dihidangkan termasuk persembahan

nyanyian dan tarian tradisi. Semua orang berasa sangat gembira kecuali

nenek saya. Dia tidak mempunyai pilihan. Begitu juga dengan pemuda yang

bakal menjadi datuk saya. Tetapi nenek saya adalah seorang wanita yang

tabah. Tiada seorang pun yang menyedari apa isi hatinya yang sebenar.

Tetapi setelah pesta perkahwinan selesai dan tiba pula masanya untuk

nenek saya meninggalkan kampung halaman untuk mengikuti suaminya

ke kampungnya, dia akhirnya tidak dapat menahan perasaan dan terus

menangis sekuat hati. Dia tidak mahu meninggalkan keluarga tersayang

dan kampung halaman. Dia menangis dan terus menangis tetapi tiada

apa yang dapat dia lakukan. Sudah menjadi amalan bagi seorang

isteri untuk mengikuti suami dan tinggal dengan keluarganya selepas

berkahwin. Nenek saya tahu dia akan merindui keluarga dan kampung

halamannya. Dalam perjalanan jauh menerusi hutan dan bukit bukau ke

kampung suaminya, nenek saya tidak berhenti menangis.

Lima puluh tahun selepas perkahwinannya itu, nenek saya menangis lagi.

Kali ini, dia tangisi pemergian suaminya pula yang telah meninggal dunia

akibat sakit. Suaminya tersayang yang pada suatu ketika dahulu adalah

seroang pemuda yang nenek saya terpaksa kahwin kini sudah tiada buat

selama-lamanya. Hingga ke hari ini, nenek saya masih sangat merinduinya.

64

Page 67: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Saya hairan bagaimana nenek saya telah hidup bahagia dengan datuk

saya walaupun perkahwinan mereka telah diatur dan bukan pilihan

mereka masing-masing. Setelah saya bertanya, nenek saya hanya

tersenyum sambil berkata: “Nenek rasakan semua ini adalah disebabkan

oleh sebuah patung mainan yang nenek buat daripada sehelai kain lama

dan juga sawah padi pusaka keluarga kita.”

Saya tidak faham. Nenek pun cuba terangkan.

Pada zaman nenek saya masih kecil, ibubapanya tidak pernah

membelikannya alat permainan. Tetapi nenek saya sangat pintar. Dia

mendapatkan sehelai kain yang lama dan melipat-lipatnya sehingga

ia menjadi berupa bantal. Dia menggangap itu sebagai anak patung.

Ketika bermain, nenek saya akan mengangkat anak patungnya itu

seperti ibunya mengangkatnya semasa dia masih lagi seorang bayi.

Sambil itu dia menyanyikan dodoi yang ibunya juga sering menyanyikan

kepadanya. Secara olok-olok, nenek saya akan memberi makanan kepada

anak patungnya apabila lapar dan mengubatinya ketika sakit. Nenek

saya kemudian berkata: “Begitulah nenek belajar menjadi seorang ibu.

Apabila nenek dan datuk kamu mula mendapat beberapa orang anak,

tanggungjawab nenek adalah untuk menjaga mereka sepenuh masa.

Nenek sangat sayang kepada mereka semua.”

Semasa nenek saya mula membesar, dia terpaksa mengurangkan masa

bermain kerana perlu menolong ibubapanya bekerja di sawah padi. Kerja

di sawah adalah berat dan memenatkan. Tidak kira panas atau hujan,

nenek saya perlu pergi ke sawah dari awal pagi hingga kerja yang perlu 65

Page 68: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

dilakukan siap. Sawah perlu disediakan sebelum padi ditanam pada

musim menanam. Setelah padi ditanam, nenek saya dan keluarganya

akan mula bercucuk tanam di ladang pula untuk menambah pendapatan.

Bila padi sudah masak, mereka akan mula mengetam. Kerja ini juga

bukan mudah. Tetapi walaupun berat, ia terpaksa dilakukan kerana

beras adalah makanan utama dan juga pendapatan mereka. Nenek saya

kemudian berkata kepada saya: “Kerja keras telah mengajar nenek untuk

bersabar. Apabila anak-anak semakin membesar, keperluan mereka juga

meningkat. Nenek dan datuk kamu perlu bekerja dengan lebih tekun

untuk mencari pendapatan lebih supaya mereka mendapat pendidikan.

Tanggungjawab sebagai ibu dan bekerja di sawah atau ladang sama

sahaja. Nenek perlu berbakti sepenuh masa.”

Nenek bertanya saya lagi sekiranya saya memahami ceritanya. Saya

hanya menganggukkan kepala.

Balik kepada saat perkahwinan nenek saya. Walaupun ketika itu dia

berada dalam kesedihan, kata-kata ibunya telah memberinya sedikit

harapan. Pada malam sebelum hari perkahwinan, ibu nenek saya

berkata bahawa dia juga telah mengalami apa yang nenek saya sedang

alami ketika itu. Perkahwinan ibu nenek saya juga telah dirancang oleh

ibubapanya. Dia memberi jaminan kepada nenek saya bahawa kesedihan

yang dirasainya akan hilang suatu hari nanti.

Ketika ini, nenek saya menambah bahawa ada lagi pengajaran tentang

kehidupan yang telah dia pelajari selain dari pengalaman bermain dengan

anak patung buatan sendiri daripada kain lama dan juga bekerja keras 66

Page 69: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

di sawah padi dan ladang. Pengajaran itu datang daripada buah epal.

Katanya ramai orang sukar mempercayai bahawa pokok epal dapat

tumbuh di kawasan tropika. Pada hari perkahwinannya nenek saya sukar

mempercayai bahawa perkahwinannya akan dapat kekal lama walaupun

setelah ibunya memberi sedikit harapan. Tetapi sama seperti buah epal

Ba’kelalan yang sudah terkenal itu, kasih sayang nenek dan datuk saya

terus tumbuh dari tahun demi tahun.

Dan nenek saya memberikan saya nasihat ini: “Apabila tiba giliran

cucu pula suatu hari nanti, ingatlah pesanan nenek. Kasih sayang akan

bertambah kuat hanya jika terdapat usaha untuk menguatkannya. Begitu

juga apabila kita perlu menanam padi dan pokok epal. Kadangkala pula,

kita perlu membuat yang terbaik dengan apa yang kita ada seperti kain

lama yang nenek jadikan anak patung.

Perkahwinan yang dirancang oleh orang tua merupakan amalan biasa

pada zaman dahulu. Antara sebab amalan ini ialah untuk

mengekalkan dan mengeratkan lagi hubungan antara

dua keluarga.

Komuniti Orang Asal

di sini dikenali sebagai suku Lun

Bawang.

Pokok epal tumbuh dan berbuah di

Ba’kelalan. Walaupun kawasan ini termasuk dalam negara

tropika, ia terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh

hutan tebal. Ini menjadikan Ba’kelalan sejuk dan sesuai

bagi pokok epal untuk tumbuh.

67

Page 70: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Permainan Kanak-kanakAktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak

Main ‘Malakat’

Main ‘Kurutut’

Membuka Kulit Buah Kelapa

Kanak–Kanak Melihat Cara–Cara

Menyulam Rumbia (Monorut)

Page 71: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Artikel 12 & 14Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Kanak-kanak berhak untuk mempercayai apa yang mereka mahu percaya. Dan mereka juga

berhak untuk didengari.

Page 72: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

70

Page 73: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Pernahkah kamu lihat tengkorak manusia? Maksud saya secara dekat? Saya pernah.

Ketika itu bersempena dengan Hari Bung Jagoi. Ramai penduduk dari

beberapa kampung berdekatan dengan sebuah bukit yang di kenali

sebagai Bung Jagoi berkumpul di puncaknya untuk merayakan hari

peringatan asal usul mereka. Dalam bahasa Bidayuh Jagoi, Bung bererti

puncak. Bukit ini setinggi lebih kurang 360 meter yang

terletak di Kampung Jagoi Gunong atau Romin di

daerah Bau di Kuching, Sarawak. Saya tinggal di

kampung ini. Terdapat beberapa lagi kampung-

kampung berdekatan. Saya diberitahu semua

penduduk disini berasal dari sebuah kampung

tradisi suku Bidayuh Jagoi yang berumur lebih

Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak

Gunung Jagoi, Bau, Sarawak

Saya NampakTengkorak PadaHari Bung Jagoi

7 1

Page 74: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 75: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

100 tahun yang terletak puncak Bung Jagoi. Tetapi mereka sudah tidak

tinggal disana lagi. Hanya seorang wanita sahaja yang tinggal disana.

Saya akan menceritakan tentang wanita ini kemudian. Dan juga seorang

lelaki tua yang penuh dengan misteri yang saya telah temui.

Tengkorak-tengkorak yang saya lihat pada hari itu telah

dikeluarkan dari sebuah ruang penyimpanan yang khas

di sebuah rumah tradisi masyarakat Bidayuh Jagoi

yang dikenali sebagai Baruk. Mereka diletakkan

didalam sebuah kotak kayu. Disebelahnya terletak

pelbagai jenis bahan-bahan yang digunakan untuk

uparaca mencuci tengkorak. Ini adalah upacara yang

sudah lama diamalkan. Dekat dengan bahan-bahan

itu terdapat seekor ayam hidup. Ia akan disembelih

untuk tujuan upacara itu.

Seorang lelaki tua yang merupakan pengamal adat tiba di Baruk

itu. Bapa saya membisik kepada saya bahawa lelaki tua mempunyai

pengetahuan yang sangat mendalam tentang adat suku Bung Jagoi.

Sambil duduk di atas sehelai tikar, pengamal adat itu kemudian

menuturkan perkataan yang saya tidak faham. Ia adalah bahasa yang

lama yang ramai penduduk juga belum pernah dengari atau faham.

Bapa saya menerangkan bahawa lelaki tua tersebut sedang cuba

berhubung dengan makluk-makluk halus. Pada masa itu, pembantunya

menyembelih ayam tersebut dan memberikanya kepada pengamal adat.

Ayam itu adalah korban untuk upacara yang seterusnya dijalankan

73

Page 76: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

dengan pembersihan tengkorak-tengkorak itu oleh pengamal adat

dengan menggunakan sejenis daun. Ketika itu, dia masih lagi bercakap-

cakap dalam bahasa kuno sambil penduduk yang lain perlahan-lahan

meninggalkan Baruk itu. Saya memerhatikan sekali lagi tengkorak-

tengkorak yang sedang dicuci itu dan ternampak apa yang saya lihat

seakan-akan sebatang tanduk. Menurut lelaki yang menyembelih ayam itu

tadi, tanduk itu adalah milik seorang puteri pada suatu zaman dahulu.

Apabila dia meninggal dunia, penduduk menggunakan tanduk itu untuk

meramal apa yang akan berlaku ke atas kampung mereka. Sekiranya

tanduk itu menegak, ia menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

74

Page 77: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Ketika saya meninggalkan Baruk, saya masih berfikir tentang tengkorak-

tengkorak itu tadi. Adakah itu adalah tengkorak-tengkorak musuh yang

cuba menyerang kampung pada suatu masa dahulu? Atau mungkin

kepala tentera Jepun yang telah di pancung oleh penduduk? Saya telah

mempelajari dalam kelas sejarah bahawa amalan memancung kepala

amat berleluasa pada zaman dahulu kala. Ia diamalkan untuk tujuan

tertentu tetapi kebanyakkan adalah ketika perbalahan yang berlaku

diantara puak-puak tertentu.

75

Page 78: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Amalan memancung kepala yang berleluasa dan perbalahan diantara

puak merupakan sebab nenek moyang saya berpindah untuk mewujudkan

kampung di puncak Bung Jagoi 100 tahun dahulu. Selepas keadaan

menjadi lebih tenang beberapa tahun kemudian, sekumpulan penduduk

mula turun dari bukit itu dan memulakan penempatan di bawah. Kampung

saya adalah antaranya. Seterusnya, dari masa ke semasa, penduduk lain

juga turut serta sehingga tiada lagi yang tinggal di puncak.

Tetapi apa yang menghairankan, seorang wanita masih lagi menetap di

kampung tradisi nenek moyang kami. Semua penduduk mengenalinya

sebab dia adalah seorang yang baik hati kerana menjaga kampung

itu walaupun tiada lagi penduduk lain yang tinggal di situ. Bagi saya,

wanita itu adalah seorang yang berani kerana rumahnya tidak jauh dari

Baruk di mana tengkorak-tengkorak itu di simpan. Setiap malam dia

hanya menggunakan lampu minyak tanah untuk

menerangkan rumahnya kerana di kampung

itu tidak mempunyai eletrik. Saya tidak tahu

mengapa dia berani tinggal berseorangan.

Ibu saya pernah berkata kita tidak perlu

takutkan apa-apa jika kita mempunyai hati

yang ikhlas dan murni. Pada Hari

Bung Jagoi, saya melihat wanita itu

sangat gembira sekali kerana ramai

ahli keluarganya, saudara mara

dan penduduk berada di situ. Dia

76

Page 79: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

sibuk masak di dapur untuk menyediakan berjenis-jenis makanan tradisi

Bidayuh Jagoi. Makanan kegemaran saya ialah ayam yang di masak di

dalam bambu.

Tetapi ini hanya merupakan

setengah daripada keseronokan

pada hari itu. Tahukah anda

bagaimana saya berada di bukit

itu? Pada awal pagi hari itu,

saya telah menyertai acara

perlumbaan mendaki bukit

Bung Jagoi.

Kebanyakan perserta lumba lari telah berada di

kaki Bung Jagoi pada malam sebelumnya. Mereka terdiri daripada

orang dewasa, belia dan kanak-kanak dari beberapa kampung. Pada

malam itu ada persembahan pentas khas sempena dengan Hari Bung

Jagoi. Mereka menyanyi dan menari hingga larut malam. Suasana

amat seronok sekali. Tapi saya tidak mahu tidur terlalu lewat kerana

esok saya perlukan tenaga. Saya tidur di rumah saudara dekat dengan

pentas. Kerana mengantuk, bunyi kugiran yang kuat tidak mengganggu

tidur saya. Saya dibuai dengan mimpi-mimpi indah.

Pada keesokan harinya, saya berasa segar dan bersedia untuk menawan

bukit setinggi 360 meter itu. Ia sangat curam tetapi laluan pendakian

sentiasa redup dan tidak panas kerana pokok-pokok gergasi yang

kebanyakkanya berumur lebih 100 tahun menutupi cahaya matahari.

MAKAN BERSAMA!

77

Page 80: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Apabila wisel dibunyikan, semua peserta

berlari selaju yang mungkin untuk berada

di hadapan. Saya tidak jauh di belakang

kumpulan yang paling hadapan sekali.

Tetapi tidak lama. Dalam beberapa minit

sahaja, saya mula merasa penat. Saya tidak

malu mengatakan yang saya berbadan

gemuk sedikit. Ahli keluarga saya sering

mentertawakan saiz badan saya yang

mereka kata seakan-akan buah nangka yang

di bungkus. Saya tidak pernah ambil hati. Malah saya ketawa

bersama mereka. Jika pada awal perlumbaan saya berlari, kini pula saya

hanya mendaki perlahan-lahan. Saya mengatakan kepada diri sendiri,

biar ketinggalan yang penting sampai di puncak.

Di tengah pendakian, saya terlihat seorang lelaki tua. Dia juga mendaki

perlahan-lahan dengan bantuan sebatang tongkat kayu. Saya tahu dia

juga merupakan seorang peserta kerana di belakang kemejanya terlekat

sehelai kain yang bertulis nombor peserta. Lelaki tua itu menyedari

kehadiran saya di belakangnya dan terus bertanya siapakah nama saya.

Dia juga ingin tahu siapakah nama ibubapa saya dan kampung asal

saya. Orang dewasa sering bertanya soalan-soalan seperti ini apabila

bertemu kanak-kanak yang mereka tidak kenal. Lelaki tua itu bertanya

pelbagai soalan lagi sambil kami mendaki bersama. Bila kami tiba di

sebuah pondok rehat, dia berkata kami perlu berhenti seketika. Saya

KANAK-KANAK SEDANG MENDAKI

BUNG JAGOI

78

Page 81: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

melihat di sebelah pondok itu ada air yang mengalir dari sebatang

bambu panjang. Penduduk memanggilnya ayak. Air itu yang berpunca

dari bukit sentiasa mengalir dan sesiapa sahaja yang singgah di situ

boleh meminumnya. Air itu sangat bersih dan sejuk. Sambil lelaki tua itu

minum air itu, dia tiba-tiba bertanya kepada saya jika saya tahu hutan

itu penuh dengan rahsia. Saya kata saya tidak tahu. Dia kemudian

membuka cerita ini kepada saya:

“Saya pernah tinggal di kampung

yang terletak di atas bukit ini.

Pada usia saya sama seperti kamu,

kehidupan penduduk ketika itu

jauh berbeza sekali. Saya tinggal

di sebuah rumah panjang bersama

dengan ibubapa dan adik beradik

saya. Jiran kami juga tinggal di

rumah panjang itu. Kami semua sangat

rapat sekali dan sentiasa hidup tolong menolong diantara satu sama

lain. Kami tidak mempunyai harta benda tetapi kami sangat bahagia.

Bagi saya, saat yang paling bahagia ialah pada musim buah. Saya

paling suka makan buah durian bersama dengan kawan-kawan.

Lelaki tua itu berhenti bercakap seketika sambil menunjukkan kepada

saya sebatang pokok durian yang tidak auh dari pondok rehat itu:

“Kamu nampak pokok durian itu? Ia sudah ada sejak saya masih kanak-

kanak lagi. Malah sebelum saya lahir lagi.”

KANAK-KANAK SEDANG MENYERTAIPERLUMBAAN ‘JAGOITHON’

79

Page 82: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Artikel 17 CRC’Kanak-kanak berhak untuk mendapatkan maklumat menerusi media yang mereka boleh faham dan tidak memberi kesan tidak baik kepada mereka.’

Para gadis Bidayuh sedang bermain dengan telefon bimbit.

80

Page 83: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

“Apabila saya lebih dewasa, saya membantu ibubapa saya di ladang

yang terletak di bawah bukit ini. Setiap pagi saya akan bangun untuk

pergi ke ladang dan pulang di sebelah petang seboleh-bolehnya sebelum

hari gelap. Begitulah kehidupan saya setiap hari; naik dan turun bukit

ini. Dan inilah tempat saya berhenti berehat untuk minum air bila berasa

dahaga. Air ini belum pernah berhenti mengalir hingga ke hari ini.”

“Pada suatu petang, saya pulang lambat dari ladang. Hari sudah gelap.

Ketika dalam pendakian pulang, saya merasakan sesuatu yang anih

seperti ada orang yang sedang memerhatikan saya dan mengikuti saya.

Bulu-bulu di belakang leher saya mula naik. Saya mula berfikir mungkin

ada makluk-makluk halus bersama saya. Saya pun berlari sekuat hati.”

Pada saat lelaki tua itu bercerita, saya pun mula berasa takut. Saya

duduk menghampirinya. Ketika itu, hanya kami berdua sahaja.

“Bila saya sampai di rumah, saya memberitahu ibu saya apa yang telah

berlaku kepada saya. Dia hanya senyum sambil berkata bahawa saya

tidak perlu takut kerana hutan akan mengeluarkan rahsia-rahsianya

kepada sesiapa yang berhati murni dan ikhlas. Dia berkata lagi bahawa

makluk-makluk halus yang tinggal di hutan bertanggungjawab untuk

menjaganya dan memastikan ianya sentiasa memberi kebaikan kepada

manusia yang bergantung kepadanya untuk hidup.”

Lelaki tua itu sekali lagi mengambil ayak untuk di isi di dalam botol

yang di simpan di dalam bakul rotan yang di pikulnya.

8 1

Page 84: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

“Air ini tidak pernah berhenti mengalir kerana hutan ini di jaga. Ramai

orang dari zaman dahulu hingga sekarang telah meminumnya. Dan

pokok durian itu masih hidup dan menghasilkan buah untuk di makan

kerana hutan ini mempunyai nyawanya sendiri. Makluk-makluk halus di

hutan ini telah menjaga segala apa yang ada di sini dengan baik dan

sempurna sekali. Oleh itu, manusia juga perlu menjaga dan menghormati

hutan. Sesiapa yang tidak menghormatinya akan jatuh sakit. Inilah yang

ibu saya telah memberitahu saya.”

Tidak lama kemudian, sekumpulan peserta tiba di pondok itu dan

menggesa agar kami teruskan pendakian. Lelaki tua itu dan saya pun

meninggalkan pondok dan teruskan pendakian.

Apabila kami sampai di kampung, acara pemberian hadiah kepada

pemenang sedang berjalan. Saya

dan lelaki tua itu adalah peserta

yang paling akhir sekali tiba di

garisan penamat. Tidak lama

kemudian, wanita yang tinggal

seorang diri di kampung

itu datang untuk berjumpa

dengan lelaki tua yang

tiba bersama saya. Saya

mendapat tahu bahawa

ada seorang wanita

muda sedang sakit

82

Page 85: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Kampung tradisi yang bernama

Jagoi Gunong adalah kampung terawal wujud sejak tahun 1800. Majoriti penduduk yang tinggal di

kawasan ini adalah dari suku kaum etnik Bidayuh, iaitu kaum etnik kedua terbesar di Sarawak selepas kaum Iban. Kampung Jagoi

Gunong adalah asal usul Bidayuh Jagoi dan sekarang terdapat 11 buah kampong

mengelilingi Gunung Jagoi ini dan 5 buah kampung lagi di Kalimantan,

Indonesia.

dengan tiba-tiba. Ada yang percaya bahawa dia telah di ganggu oleh

makluk halus. Lelaki tua itu diminta untuk mengubatinya.

Saya nampak bagaimana lelaki itu mengambil air and merenjis ke dahi

wanita muda yang sakit itu. Dia menggunakan ayak yang diambilnya

tadi. Dalam beberapa minit kemudian, wanita muda itu pulih kembali

seperti biasa. Apabila lelaki tua itu mengambil bakul rotannya, dia

melihat saya sambil berkata: “Sudah saya katakan ada makluk halus

dalam hutan ini.”

Ketika ini orang ramai yang hadir sedang pergi menuju ke Baruk. Pada

masa itulah saya melihat tengkorak-tengkorak dan upacara pencucian

yang saya telah ceritakan awal tadi.

Walaupun hanya 360 meter tinggi,

pendakian ke puncak Bung Jagoi mengambil

masa dalam 1 jam lamanya.

83

Page 86: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 87: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Nota Lapangan dari Ik Wadel Ik Pahon

Hutan Gunung Jagoi, Bau, Kuching, Sarawak

Hari ini ketika saya berada di Gunung Jagoi, saya terjumpa

dengan Miku Angik dengan cucunya yang masih bersekolah

Tahun 1. Mereka memakai pakaian lama dihiasi dengan manik-manik

tradisional dan bersenjatakan parang, tombak dan sumpit. Senjata ini

adalah kepunyaan Miku Angik sendiri. Pada pagi itu. Miku mengajak

cucunya ke hutan untuk memperturunkan pengetahuan tradisi ini

kepadanya supaya dia sentiasa akan ingat asal usulnya dan mempelajari

nama senjata termasuk kegunaan dalam bahasa Bidayuh.

Saya dapat perhatikan cucu Miku adalah seorang kanak-kanak yang

pintar dan bersifat ingin tahu tentang budaya kaumnya. Saya diberitahu

dia tidak akan menolak ajakan datuknya untuk mendaki Gunung Jagoi

walaupun untuk sampai ke puncak mengambil masa satu jam. Di puncak

terletak sebuah kampung tradisi kaum Bidayuh di kawasan ini.

Miku Angik dan Cucunya

85

Page 88: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Saya kagum dengan sifat cucu Miku. Saya berfikir alangkah baiknya

sekiranya ramai lagi kanak-kanak komuniti kami ingin mengetahui adat

dan budaya mereka.

Gambar ini saya ambil ketika Miku sedang mengajar cucunya cara

memegang sumpit dan menyumpit dengan cara yang betul. Jangan

risau. Mereka bukannya menyumpit haiwan tetapi sekadar belajar.

Kegiatan memburu tidak dibenarkan di kawasan hutan komuniti Gunung

Jagoi. Tetapi pada zaman dahulu, beginilah cara komuniti di sini mencari

kehidupan harian. Hutan sentiasa memberikan mereka makanan untuk

dimakan, air untuk diminum dan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan

ubat bila mereka jatuh sakit. Disebabkan ini, mereka menjaga hutan dan

hutan pula menjaga mereka.

86

Page 89: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Selain itu, Miku juga mengajar cucunya memakai parang dengan cara

yang betul dan selamat. Biasanya, kanak-kanak kecil tidak dibenarkan

menggunakan benda-benda tajam seperti ini. Tujuan Miku adalah

hanya untuk memberi tunjuk ajar betapa pentingnya parang bagi

Semasa kami berada di situ, datanglah seekor gonggok atau dalam

bahasa Bidayuh, singang singung. Maka, Miku Angik pun mulalah bercerita mengenai

‘singang singung:

SINGANG SINGUNGMenurut cerita Miku Angik, singang singung adalah jelmaan semangat/roh nenek moyang yang baik yang datang unutuk memberi pemberkatan kepada seseorang

jikalau dia membuat sesuatu perkara yang baik. Ia juga datang supaya kerja yang dibuat itu

memberi hasil yang bernas, diberkati daripada segala keadaan yang tidak baik dan juga memberi petunjuk

kepada seseorang itu. Kedatangan singang singung ini dipercayai oleh

orang Bidayuh adalah sangat mulia dan memberi kebenaran

dalam membuat sesuatu pekerjaan.

87

Page 90: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

orang Bidayuh. Katanya parang adalah pensil kepada mereka seperti

kanak-kanak yang menggunakannya untuk menulis di sekolah. Bagi

orang Bidayuh yang masih bergantung kepada sumber hutan, tanpa

parang, mereka tidak akan dapat hasil makanan, membuat sawah padi,

berkebun, membuat kraftangan dan sebagainya. Jika parang berupa

pensil, hutan pula adalah sekolah mereka.

Miku juga mengajar cucunya beberapa jenis tumbuhan tempatan yang

biasanya digunakan oleh orang Bidayuh sama ada untuk kegunaan

ubatan, membuat rumah, makanan dan

yang mempunyai kegunaan

penting dalam kehidupan

seharian.

Saya amat menyanjungi Miku

kerana telah memperturunkan

sedikit sebanyak pengetahuan

dan amalan tradisi suku Bidayuh

kepada cucunya agar ianya tidak

akan hilang. MIKU dan cucunya memikul bakul tradisional

suku bidayuh.

88

Page 91: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang
Page 92: PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA - Home page | … Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang

Buku yang pertama kali diterbitkan ini adalah menerusi satu projek yang disokong oleh UNICEF Malaysia. Projek in telah dilaksanakan di enam lokasi, tiga lokasi di Sabah and tiga lokasi di Sarawak. Lokasi- lokasi yang dipilih adalah Kampung Ampungoi di Pitas, Kampung Kiau Nuluh di Kota Belud, Kampung Bantul di Pensiangan, Ba’kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching. Pilihan ini dbuat berdasarkan lokasi and bahasa komuniti tersebut.

Projek pelopor ini bertujuan untuk mendokumetasi cerita-cerita dan amalan-amalan serta pengetahuan tradisi Orang Asal yang berkaitan dengan kanak-kanak termasuklah perkembangan kanak-kanak di komuniti mereka tersendiri.

Kebanyakan cerita, amalan dan pengetahuan tradisi Orang Asal sudah hilang ditelan arus kemodenan dan factor-faktor lain. Usaha mendokumentasi ini, dengan kerjasama golongan belia Orang Asal dan komuniti mereka masing-masing, merupakan satu titik permulaan untuk menggalakkan komuniti-komuniti untuk megekalkan Khazanah dan warisan pengetahuan mereka. Amat diharapkan juga buku-buku yang telah dihasilkan oleh mereka akan dapat dikongsi bersama dengan masyarakat umum sebagai bahan bacaan yang menarik.

PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARAInspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak Orang Asal di Sabah & Sarawak

Projek Kerjasama