(foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes taska

16
(Foto di atas hanya illustrasi sahaja. Produk adalah berbentuk digital) Ebook Rahsia Bisnes TASKA adalah buku elektronik yang disimpan dalam format pdf. Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah Ditulis oleh: Ummi Sofea

Upload: others

Post on 25-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

(Foto di atas hanya illustrasi sahaja. Produk adalah berbentuk digital)Ebook Rahsia Bisnes TASKA adalah buku elektronik yang disimpan dalam format pdf.

Tajuk Ebook:

Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah

Ditulis oleh: Ummi Sofea

Page 2: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page2 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

HAKCIPTA TERPELIHARA

Sekiranya anda telah menerima ebook ini secara percuma atau berbayar darisumber selain daripada www.rahsiabisnestaska.com , sila laporkan kepada

[email protected] . Kami akan memberi ganjaran kepada merekayang memberi laporan kepada kami tentang cetak rompak kandungan ebook

ini. Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani jenayah harta intelek.

Hakcipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam

apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secaraelektronik, fotokopi, mekanik , rakaman atau lain-lain, sebelum

mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit.

Pihak www.rahsiabisnestaska.com mengambil berat isu harta intelek dan pihakkami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas

mereka jika di dapati menyalahiguna bahan-bahan kami.

Copyright © All Rights Reserved. 2008 – 2010

Page 3: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page3 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

NOTIS PENAFIAN

Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkanmaklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak bolehdianggap sebagai mengandungi nasihat profesional, perundangan,kewangan, sekuriti atau sebagainya. Penulis berusaha sedaya upaya untukmemastikan ebook ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti darisegi subjek yang dibincangkan. Penulis ebook ini tidak boleh dianggapmemberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesionalyang lain kepada pelanggan. Sekiranya nasihat atau bantuan pakardiperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yangberkelayakan.

Garis panduan, tip dan strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidaksesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesantertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasidi dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukardengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku inimungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan adakesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung didalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Penulis serta penerbitnyadengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko,kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibatpenggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atautidak langsung.

Anda dinasihatkan supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajardengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, sertamenjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Sekali lagi ditegaskan, penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapatapa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-aparisiko, samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan danaplikasi e-book ini secara lansung atau tidak langsung.

Hakcipta Terperlihara © 2008 – 2010 http://www.rahsiabisnestaska.com

Page 4: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page4 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

KANDUNGAN

A. Pengenalan

Pengenalan kepada Prosedur pendaftaran TASKA

B. Carta aliran kerja pendaftaran TASKA

C. Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA

Langkah 1: Berurusan Dengan Pihak JKM

Langkah 2: Berurusan Dengan Pihak SSM

Langkah 3: Berurusan Dengan 3 Agensi Teknikal

Langkah 4: Menyediakan Kertas Kerja TASKA

Langkah 5: Pengoperasian dan Pengurusan TASKA

D. Penutup

Page 5: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page5 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

A. PENGENALAN KEPADA PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA

Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur MemprosesPermohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana PejabatKebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atauJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya,menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, PihakBerkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JabatanKesihatan.

Sekiranya masih kurang jelas tentang maklumat yang disediakan di dalam BukuGaris panduan tersebut, pemohon bolehlah berhubung terus denganmana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yangberkaitan memandangkan mereka lebih tahu mengenai kehendak terkini 3agensi teknikal setempat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemohon mempunyai pilihan samada mendaftarkan perniagaan TASKAnya dibawah lesen Perniagaan, Syarikat atau Pertubuhan.

PENGUKUHAN: Garis panduan pendaftaran perniagaan dan syarikat dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada dilampirkan di dalam folder INFOPENTING SSM .

Di samping mengemukakan kertas kerja penubuhan TASKA kepada pihak JKM,pemohon juga perlu mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikaliaitu Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuktujuan mendapatkan surat kelulusan / sokongan daripada 3 agensi teknikaltersebut. Sila pastikan permohonan anda disertakan dengandokumen-dokumen yang lengkap seperti yang diminta oleh agensi teknikal.

Page 6: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page6 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktivitiharian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannyadan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual II).

PENGUKUHAN: Sila rujuk folder INFO PENTING JKM untuk melihat contoh

Borang Permohonan (Jadual II).

Pemohon mengemukakan Kertas Kerja Permohonan pendaftaran TASKA kePejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan melampirkandokumen-dokumen seperti berikut:-

a. Jadual II yang telah dilengkapi

b. Pelan lantai

c. Pelan lokasi

d. Senarai aktiviti harian kanak-kanak

e. Senarai menu harian

Page 7: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page7 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

f. Senarai aktiviti bersama ibubapa

g. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan dari SSM

h. Senarai kakitangan

i. Senarai kanak-kanak

j. Salinan kad pengenalan

k. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

l. Salinan surat perakuan suntikan ty2

m. Surat sokongan / Kelulusan dari 3 agensi teknikal

n. Wang pos/cek sebanyak RM50

Kertas Kerja Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidaklengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan meminta pemohon untukmelengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan.

Bagi permohonan yang lengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akanmelakukan lawatan dan seliaan ke premis TASKA terlebih dahulu sebelumKertas Kerja Permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan MasyarakatNegeri.

Seterusnya, Pegawai Penyelaras TASKA Negeri akan menyemak Kertas KerjaPermohonan sebelum mengemukakannya kepada Jabatan KebajikanMasyarakat Malaysia (Ibu Pejabat).

Di ibu pejabat, permohonan tersebut akan diproses dan sekiranya ianyalengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, Ketua Pengarah KebajikanMasyarakat Malaysia akan mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA(permit TASKA).

Tempoh sah laku bagi permit TASKA tersebut telah dinaikkan dari 1 tahunkepada 5 tahun (Akta TASKA 1984, Pindaan 2007). Ini memberI banyakkemudahan kepada Pengusaha TASKA kerana pembaharuan permit TASKAhanya perlu dibuat 5 tahun sekali, bukan lagi setiap tahun seperti yangdilakukan sebelum ini. Perlu diingatkan permit TASKA ini mesti diperbaharuisekurang-kurangnya sebelum 3 bulan dari tarikh luput.

Page 8: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page8 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu setBorang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi danmengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan sepertidi perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerahberkaitan.

Pemohon diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelahpermohonannya lengkap bagi mengelakkan wang pos tersebut luput tarikhsahlakunya semasa proses kelulusan dibuat oleh Jabatan Kebajikan MasyarakatMalaysia (JKMM).

Page 9: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page9 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

B. CARTA ALIRAN KERJA PENDAFTARAN TASKA

(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)

Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00(Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari

PKMD/JKMN/JKMM.

Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan di pejabat (SSM).

Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Pihak BerkuasaTempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yangberhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua

Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan disemak oleh PegawaiTASKA di PKMD.

Permohonan dikemukakan ke JKMN. Permohonan disemak oleh PegawaiPenyelaras TASKA Negeri di JKMN.

Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (ibu pejabat). Permohonan diprosesdan dikemukakan kepada Ketua Pengrah Kebajikan Masyarakat Malaysia

untuk dipertimbangkan kelulusannya.

Perakuan Pendaftaran TASKA (permit TASKA) dikeluarkan.

Page 10: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page10 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

Nota:PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat DaerahJKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat NegeriJKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Page 11: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page11 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

C. 5 LANGKAH MUDAH PERNIAGAAN TASKA

LANGKAH 1: Berurusan dengan pihak JKM

LANGKAH 2: Berurusan dengan pihak SSM

LANGKAH 3: Berurusan dengan 3 Agensi Teknikal

LANGKAH 4: Menyediakan Kertas Kerja TASKA

LANGKAH 5: Pengoperasian dan Pengurusan TASKA

LANGKAH 1: Berurusan dengan pihak JKM

Pemohon atau bakal Pengusaha TASKA perlu pergi ke pejabat PejabatKebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Di PKMD, Pemohondikehendaki membeli sebuah Buku Garis Panduan Prosedur MemprosesPermohonan Penubuhan TASKA dengan harga RM10.00. Buku Garis panduan inijuga boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri atauJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Secara amnya, buku inimenggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, MajlisBerkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

Di bahagian belakang buku garis panduan tersebut, terdapat 4 helai BorangPermohonan yang wajib diisi kesemuanya oleh pemohon (3 salinan untuk pihakJKM dan 1 salinan untuk simpanan fail pemohon). Borang permohonan tersebutmestilah dihantar kepada PKMD bersama lampiran-lampiran lain yang diminta.

Page 12: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page12 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

Sekiranya terdapat kekeliruan tentang maklumat yang diminta ketika mengisiBorang tersebut, pemohon boleh berhubung terus dengan mana-manapegawai yang bertanggungjawab dalam penubuhan TASKA di PejabatKebajikan Masyarakat Daerah. Pemohon digalakkan meminta nasihat danpandangan dari mereka terutamanya mengenai peraturan dan kehendak 3agensi teknikal setempat.

Di pejabat JKM, pemohon boleh memberitahu cadangan nama perniagaanTASKA kepada pegawainya. Minta pegawai tersebut mengeluarkan satu suratsokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA contohnya “Taska UmikuSayang”. Surat sokongan daripada JKM ini diperlukan ketika hendak memohonlesen perniagaan di pejabat SSM.

Walaubagaimanapun, terdapat juga PKMD yang hanya mengeluarkan suratsokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA kepada SSM setelahmendapat sijil kelulusan carian nama daripada pihak SSM terlebih dahulu.Sekiranya ini berlaku, anda tidak perlu bimbang, lakukan sebagaimana yangdiminta, pergi ke pejabat SSM, isi borang PNA.42 (Borang Permohonan KelulusanNama Perniagaan). Sebaik sahaja mendapat surat kelulusan nama perniagaandari SSM, pergi semula ke pejabat PKMD dan serahkan surat tersebut kepadapegarwai PKMD. Kalau nasib anda baik (pegawai yang incharge ada dipejabat ketika itu), anda akan memperolehi surat sokongan pendaftaran namaperniagaan TASKA kepada SSM pada hari yang sama.

(Untuk maklumat tentang kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat,Sila rujuk senarai semak kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat yangterkandung di dalam Buku Garis Panduan yang anda beli dengan harga RM10– mukasurat 7).

Page 13: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page13 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

PENGUKUHAN

Untuk melihat contoh kulit Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sila rujukfolder INFO PENTING JKM.

Alamat direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, sila rujuk INFO PENTINGJKM yang diberikan.

sila rujuk contoh surat sokongan pendaftaan nama perniagaan TASKA dari JKMkepada SSM seperti yang disediakan di INFO PENTING JKM

Anggaran kos anda: RM10 untuk pembelian Buku Garis Panduan PenubuhanTASKA

Page 14: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page14 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

LANGKAH 2: Berurusan dengan pihak SSM

Langkah seterusnya, pemohon perlu pergi ke pejabat Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM) yang berhampiran (sila rujuk direktori SSM yang sayadisediakan). Di pejabat SSM, pemohon boleh membuat carian namaperniagaan dengan mengisi Borang PNA.42. Borang tersebut mesti diisi denganlengkap. Cadangan nama perniagaan mestilah bemula dengan perkataan“Taska…… dan mestilah di dalam bahasa Melayu (Contohnya Taska UmikuSayang). Penggunaan perkataan bahasa Inggeris seperti "Smart Childcare""Power Kids Nursery" "Genius Toddler Center" tidak dibenarkan.

Jika nama perniagaan yang anda cadangkan tersebut belum dipakai olehorang lain dan menepati peraturan SSM, maka pihak SSM akan mengeluarkansurat kelulusan nama perniagaan. Walaubagaimanapun anda tidak boleh terusmendaftar lesen perniagaan kerana bermula pada 2008, pihak SSM telahmengenakan syarat iaitu untuk pendaftaran perniagaan TASKA, anda mestimelampirkan surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM atauPKMD bersama dengan Borang permohonan pendaftaran perniagaan. Olehyang demikian, anda perlu ke pejabat PKMD semula dan kemukakan suratkelulusan nama perniagaan dari SSM ini kepada pegawai PKMD.

Setelah memperolehi surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM,pergi semula ke pejabat SSM dan isi Borang A dengan lengkap. Anda akandikenakan bayaran sebanyak RM70 oleh SSM (RM60 untuk pendaftaran lesenperniagaan dan RM10 untuk Sijil Perniagaan). Pihak SSM mengambil masa lebihkurang 1 - 2 jam untuk memproses permohonan anda. Anda perlu bersabarmenunggunya (jangan pulang lagi, tunggu di pejabat SSM sehingga SijilPerakuan Pendaftaran Perniagaan anda selesai dicetak). Tahniah! anda telahberjaya mendapat Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D). Kinilangkah anda untuk menjadi Pengusaha TASKA semakin mudah.

Pada hari yang seterusnya, anda perlu ke pejabat PKMD sekali lagi untukmengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan ini kepada pegawaiyang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran TASKA. Minta jasa baik

Page 15: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page15 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

pegawai tersebut untuk mengeluarkan surat-surat sokongan JKM kepada 3agensi teknikal dengan seberapa segera (kalau ikut pengalaman saya yanglepas, saya hanya menunggu selama 30 minit di pejabat PKMD, menungguPegawai PKMD mencetak surat sokongan kepada 3 agensi teknikal).

Apabila anda berjaya memperolehi surat-surat sokongan JKM kepada 3 agensiteknikal ini, maka anda boleh pulang ke rumah dan boleh berehat untukbeberapa hari sambil membuat sedikit persediaan mental untuk langkahseterusnya (Langkah 3: Berurusan dengan 3 agensi teknikal).

PENGUKUHAN

Sila rujuk folder INFO PENTING SSM untuk melihat contoh-contoh ini:-

1. Borang PNA.42

2. Borang A

3. Borang D (Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan)

Sila rujuk folder INFO PENTING JKM untuk melihat contoh-contoh ini:-

1. surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM kepada SSM.

2. surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal (Bomba / Kesihatan / PBT).

Anggaran kos anda: RM70 (RM60 untuk pendaftaran perniagaan dan RM10untuk sijil perniagaan)

Page 16: (Foto di atas hanya illustrasi sahaja ... - bisnes TASKA

Page16 Of 16

Tajuk Ebook: 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah |Perhatian: Ebook ini adalah VERSI SAMPLE SAHAJA. Anda boleh dapatkan VERSI PENUH dihttp://www.rahsiabisnestaska.com

PERHATIAN PENTING

Ebook ini adalah versi sample sahaja yang diberikansecara percuma kepada mereka yang berminat

untuk menceburi perniagaan TASKA ataumenambah ilmu pengetahuan tentang TASKA.

Jika anda serious untuk menceburi perniagaanTASKA, sila dapatkan versi penuh ebook ini di laman

web http://www.rahsiabisnestaska.com

Terima kasih.Salam homat dari Ummi Sofea

"Rakan Perniagaan TASKA Anda. Bersama Menuju KePuncak Jaya"