pelancongan budaya di wilayah utara semenanjung · pdf filemedia cetak seperti ... menjelajahi...

8
PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 459 466 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Perceptions of Local Community toward Cultural Tourism in Northern Peninsular of Malaysia Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh Jabil Mapjabil Ruzanna Syamimi Ramli Mohamad Pirdaus Yusoh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia ABSTRAK Pelancongan budaya adalah perjalanan seseorang untuk tujuan motivasi budaya seperti meninjau budaya dan seni sesebuah bangsa, kunjungan ke tapak monumen serta melawat ke kawasan festival dan acara budaya. Dalam konteks tarikan tapak dan monumen, antara destinasi pelancongan budaya yang popular di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ialah Padang Kota, Galeri Seni dan Muzium, Little India, Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang serta Rumah Merdeka dan Medan Budaya di Alor Setar, Kedah. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual tidak langsung, pemerhatian dan rujukan pelbagai bahan literatur. Kajian ini dijalankan di tiga buah bandar iaitu Georgetown, Sungai Petani dan Alor Setar dengan melibatkan 319 orang responden iaitu penduduk tempatan (245), pelawat harian (31), pelancong domestik (30) dan pelancong asing (13). Dari segi profil responden, 58% adalah wanita, majoriti berumur antara 21 - 30 tahun, berbangsa Melayu (84.3%) dan berstatus bujang (68%). Hasil kajian menunjukkan 69% responden tahu dan faham maksud pelancongan budaya, sumber informasi datangnya dari laman web dan pelbagai sumber media cetak seperti majalah, akhbar dan brosur (44.5%), lebih 80% menyatakan pernah melawat ke destinasi pelancongan budaya, 57.7% responden berminat untuk berkunjung ke destinasi pelancongan budaya di Malaysia serta majoriti daripada mereka prihatin terhadap kualiti perkhidmatan dan infrastruktur yang menyokong pembangunan pelancongan budaya di kawasan kajian. Kajian awal ini penting dalam meneliti potensi, prospek dam implikasi dasar dalam perancangan menjadikan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya terkenal di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Katakunci: Pelancongan, Budaya, Pelancongan Budaya, Komuniti Tempatan ABSTRACT Cultural tourism is travelling for cultural motivations such as to observe arts and cultural of particular nation, visits to monuments and sites as well as the festival and cultural events. In the context of the amazing sites and monuments, such popularcultural tourist destination in the Northern Region of Peninsular Malaysia are Padang Kota, Galeri Seni and Muzium, Little India, Rumah P. Ramlee in Penang, Rumah Merdeka and Medan Budaya in Alor Setar, Kedah. Method used was interviews using questionnaires, direct interviews, observations and reference range of literature. The study was conducted in three cities of Georgetown, Sungai Petani and Alor Setar involving 319 respondents, the local residents (245), excursionist (31), domestic tourists (30) and foreign tourists (13). In terms of the respondents, 58% were women, majority aged between 21-30 years old, Malays (84.3%) and single (68%). Results showed that 69% of respondents know and understand the purpose of cultural tourism, the source of information comes from the website and various print media sources such as magazines, newspapers and brochures (44.5%), over 80% stated that they had visited cultural tourism destination, 57.7% of respondents are interested to visit the cultural tourist destinations in Malaysia and the majority of them concerned about the quality of services and infrastructure that support the development of cultural tourism in the study area. The preliminary study is important in tracing the potential policy implications of draft prospects in the Northern Territory plan to make a popular destination for cultural tourism in Malaysia in particular and the world in general.

Upload: tranphuc

Post on 13-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 459 – 466

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Pelancongan Budaya di

Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Perceptions of Local Community toward Cultural Tourism in Northern Peninsular of

Malaysia

Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh

Jabil Mapjabil

Ruzanna Syamimi Ramli

Mohamad Pirdaus Yusoh

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK

Pelancongan budaya adalah perjalanan seseorang untuk tujuan motivasi budaya seperti meninjau

budaya dan seni sesebuah bangsa, kunjungan ke tapak monumen serta melawat ke kawasan festival dan

acara budaya. Dalam konteks tarikan tapak dan monumen, antara destinasi pelancongan budaya yang

popular di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ialah Padang Kota, Galeri Seni dan Muzium, Little

India, Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang serta Rumah Merdeka dan Medan Budaya di Alor Setar,

Kedah. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual

tidak langsung, pemerhatian dan rujukan pelbagai bahan literatur. Kajian ini dijalankan di tiga buah

bandar iaitu Georgetown, Sungai Petani dan Alor Setar dengan melibatkan 319 orang responden iaitu

penduduk tempatan (245), pelawat harian (31), pelancong domestik (30) dan pelancong asing (13).

Dari segi profil responden, 58% adalah wanita, majoriti berumur antara 21 - 30 tahun, berbangsa

Melayu (84.3%) dan berstatus bujang (68%). Hasil kajian menunjukkan 69% responden tahu dan

faham maksud pelancongan budaya, sumber informasi datangnya dari laman web dan pelbagai sumber

media cetak seperti majalah, akhbar dan brosur (44.5%), lebih 80% menyatakan pernah melawat ke

destinasi pelancongan budaya, 57.7% responden berminat untuk berkunjung ke destinasi pelancongan

budaya di Malaysia serta majoriti daripada mereka prihatin terhadap kualiti perkhidmatan dan

infrastruktur yang menyokong pembangunan pelancongan budaya di kawasan kajian. Kajian awal ini

penting dalam meneliti potensi, prospek dam implikasi dasar dalam perancangan menjadikan Wilayah

Utara Semenanjung Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya terkenal di Malaysia khasnya dan

dunia amnya.

Katakunci: Pelancongan, Budaya, Pelancongan Budaya, Komuniti Tempatan

ABSTRACT

Cultural tourism is travelling for cultural motivations such as to observe arts and cultural of

particular nation, visits to monuments and sites as well as the festival and cultural events. In the

context of the amazing sites and monuments, such popularcultural tourist destination in the Northern

Region of Peninsular Malaysia are Padang Kota, Galeri Seni and Muzium, Little India, Rumah P.

Ramlee in Penang, Rumah Merdeka and Medan Budaya in Alor Setar, Kedah. Method used was

interviews using questionnaires, direct interviews, observations and reference range of literature. The

study was conducted in three cities of Georgetown, Sungai Petani and Alor Setar involving 319

respondents, the local residents (245), excursionist (31), domestic tourists (30) and foreign tourists

(13). In terms of the respondents, 58% were women, majority aged between 21-30 years old, Malays

(84.3%) and single (68%). Results showed that 69% of respondents know and understand the purpose

of cultural tourism, the source of information comes from the website and various print media sources

such as magazines, newspapers and brochures (44.5%), over 80% stated that they had visited cultural

tourism destination, 57.7% of respondents are interested to visit the cultural tourist destinations in

Malaysia and the majority of them concerned about the quality of services and infrastructure that

support the development of cultural tourism in the study area. The preliminary study is important in

tracing the potential policy implications of draft prospects in the Northern Territory plan to make a

popular destination for cultural tourism in Malaysia in particular and the world in general.

Page 2: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

460 Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh,Jabil Mapjabil, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohamad Pirdaus Yusoh

Keywords: Tourism, Culture, Cultural Tourism, Local Community

PENGENALAN

Pelancongan adalah suatu sektor ekonomi terbesar di dunia yang turut melibatkan beberapa sektor yang

berkaitan seperti makanan, pengangkutan, penginapan, lokasi tarikan dan perkhidmatan lain. Sektor ini

menjadi antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi kebanyakan negara. Pertubuhan

Pelancongan Dunia (WTO) melaporkan bahawa jumlah kedatangan pelancong antarabangsa sentiasa

menunjukkan peningkatan terutamanya antara tahun 2004 dan 2007 yang telah mencatatkan

pertumbuhan amat memberangsangkan pada kadar purata tahunan 7%. WTO turut menganggarkan

peningkatan perjalanan pelancong antarabangsa akan mencecah angka 1.6 juta menjelang tahun 2020

(Badaruddin Mohamed, 2008). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pelancongan adalah suatu

sektor yang semakin berkembang maju di dunia termasuklah Malaysia. Ketibaan pelancong ke

Malaysia meningkat dengan pesat daripada lima juta orang pada tahun 1999 kepada 22 juta orang pada

tahun 2009 dengan peningkatan pelancong sebanyak 17 juta orang dalam tempoh sepuluh tahun. Ia

sekaligus menjadikan negara ini menduduki tangga ke-11 sebagai destinasi pelancongan pilihan di

dunia (Berita Harian, 9 November, 2009). Perkembangan pelancongan juga disebabkan oleh

pergerakan manusia untuk mencari sesuatu yang belum diketahuinya, menjelajahi kawasan yang baru,

mencari perubahan suasana atau untuk mendapat perjalanan yang baru di samping peningkatan kualiti

hidup penduduk dunia dan mempunyai banyak masa yang terluang (Murphy, 1985).

Malaysia memiliki kepelbagaian ciri tarikan dan keistimewaan tersendiri yang mampu

dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Aset utama negara selain daripada

keindahan alam semula jadi dan tempat bersejarah ialah keunikan budayanya. Ia adalah satu komponen

utama dalam pembangunan pelancongan yang perlu diberi perhatian terutamanya apabila ia

digabungkan dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Dalam konteks pelancongan berasaskan

budaya, negara mempunyai kekuatannya tersendiri kerana adanya pelbagai budaya yang unik dan

berpotensi dimajukan sebagai produk pelancongan negara. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan

sektor pelancongan adalah berpunca daripada mutu, lokasi dan persepsi pelancong terhadap aset

berkenaan (Gray, 1982). Kekayaan budaya yang menjadi amalan hidup rakyat negara ini telah terbukti

menjadi daya penarik kepada pelancong asing yang inginkan produk budaya yang bermutu dan di

lokasi yang strategik. Pelancong sebagai contoh tidak perlu ke negara China atau India untuk

mengenali dan melihat corak kehidupan dan kebudayaan orang Cina atau India, tetapi sudah

mencukupi dengan melawat Malaysia. Pola budaya masyarakat tempatan yang unik dan pelbagai yang

merangkumi adat, cara berpakaian, upacara, gaya hidup dan agama adalah unsur-unsur penting dalam

konteks pasaran pelancongan negara (Yahaya Ibrahim, 2008).

Pelancongan telah memberi manfaat kepada budaya tempatan dari segi kewangan, galakan dan

semangat baru serta rasa bangga terhadap budaya mereka sendiri. Walau apapun kesannya, dapat

dikatakan bahawa pertembungan para pelancong, khususnya pelancong asing dengan budaya tempatan

telah mewujudkan hubungan yang saling berkaitan antara keduanya. Hubungan itu pula membawa

pengintegrasian budaya tempatan ke dalam budaya kebangsaan.

KERANGKA TEORI DAN DEFINISI KONSEP

Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Salah satu daripadanya ialah peranan dalam

mempromosikan keamanan dan keharmonian antara pelbagai bangsa dan masyarakat. Dalam usaha

memahaminya, kita hendaklah jelas mengenai makna budaya itu sendiri. Budaya boleh ditakrif dengan

pelbagai cara dan ia bergantung pada apa yang kita faham. Menurut pandangan ahli sosiologi, budaya

ialah keseluruhan yang kompleks merangkumi pengetahuan, undang-undang, kepercayaan, sikap,

moral, adat istiadat dan tingkah laku atau kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai

seorang anggota dalam masyarakat. Budaya terbentuk secara simbolik, boleh berubah dan dicipta,

boleh diguna, dimanipulasikan, dibuang, diselaraskan dan disesuaikan (Wood, 1980).

Pada hakikatnya, produk budaya adalah terlalu luas dan istilah pelancongan kebudayaan telah

digunakan untuk menerangkan penggunaan kesenian, tinggalan sejarah, cerita rakyat dan manifestasi

budaya yang lain oleh para pelancong. Definisi pelancongan kebudayaan yang pelbagai itu pada

pendapat Bonink (1992) boleh dibahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu pertama, pendekatan tapak

dan monumen. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pemerian jenis-jenis tempat tarikan

pelancongan. Ia merujuk kepada takrifan budaya sebagai produk. Menurut Richard (1993), pendekatan

ini berguna untuk kajian kuantitatif tentang pelancongan budaya kerana senang untuk mengenal pasti,

Page 3: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 461

mengira dan menemu bual pelawat di lokasi tarikan pelancongan budaya berkenaan. Pada waktu yang

sama, pendekatan ini agak menyempitkan pandangan tentang aktiviti dan motivasi pelancong budaya

kerana ia menghadkan analisisnya kepada tempat yang khusus. Satu senarai tipikal jenis tempat atau

kawasan yang dianggap menarik pelancong budaya telah dikeluarkan oleh European Centre for

Traditional and Regional Cultures atau ECTARC (1989). Ia terdiri daripada tapak arkeologi dan

muzium; seni bina (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran, kraf galeri,

perayaan dan peristiwa; muzik dan tarian (klasikal, lisan atau semasa); drama (teater, filem atau

pelakon drama); bahasa dan sastera; perayaan keagamaan dan amalan budaya primitif. Perkara ini

secara jelas berorientasikan kepada konsep budaya sebagai produk dan ‘budaya tinggi’ tetapi bukan

kepada budaya sebagai proses.

Manakala pendekatan yang kedua ialah pendekatan konseptual. Konseptual definisi

pelancongan budaya memerihalkan tujuan dan makna yang ada pada aktiviti pelancongan. Sebagai

contoh, McIntosh dan Goeldner (1986) mendefinisikan pelancongan budaya sebagai merangkumi

‘semua aspek pengembaraan yang melibatkan pengembara mempelajari sejarah dan warisan orang lain

atau cara hidup dan pemikiran semasa mereka’. Dengan perkataan lain, para pelancong budaya belajar

tentang produk dan proses budaya orang lain. Wood (1984) pula melihat ‘budaya sebagai kontekstual

yang peranannya ialah membentuk pengalaman suatu situasi pelancong secara umum tanpa tumpuan

khusus ke atas keunikan suatu budaya yang khusus’. Ia berlawanan dengan pelancongan etnik yang

menekankan kepada keunikan jati diri budaya kelompok tertentu. Pelancongan budaya adalah

sebahagian daripada pelancongan berkaitan dengan negara atau budaya sesebuah kawasan khususnya

gaya hidup masyarakat yang berada di kawasan berkenaan, sejarah masyarakat bangsa, seni bina dan

seni reka, agama dan unsur-unsur lain yang turut membentuk cara hidup mereka. Menurut Silberberg

(1995), pelancongan budaya adalah sebagai alat pembangunan ekonomi yang diterima dalam

pertumbuhan ekonomi melalui penarikan pelancong dari komuniti luar yang bermotivasi keseluruhan

atau sebahagian yang berminat kepada persejarahan, kesenian, saintifik atau gaya hidup warisan yang

terdapat pada komuniti, wilayah, kumpulan dan institusi. Antara lainnya adalah pelancongan yang

memfokuskan kepada pengalaman persekitaran budaya termasuk landskap, visual dan persembahan

seni dan gaya hidup istimewa, nilai, tradisional dan acara.

Pelancongan budaya adalah sektor terbesar yang menjadi penyumbang ekonomi utama di

dunia ekoran daripada kekuatan sub pelancongan ini yang terletak pada kemampuannya memberikan

kepuasan kepada keinginan para pelancong (Lord, 1999). Oleh itu, secara umumnya pelancongan

budaya merupakan perjalanan untuk melihat dan mengalami budaya di sesuatu tempat yang menjadi

tarikan dan mendorong orang luar untuk berkunjung ke destinasi berkenaan. Menurut Pertubuhan

Pelancongan Dunia (WTO), pelancongan budaya adalah perjalanan untuk membiasakan seseorang

dengan budaya yang ada di sesuatu kawasan (Robinson dan Boniface, 1999). Kertas kerja ini akan

meneliti persepsi komuniti tempatan terhadap pelancongan budaya di Wilayah Utara Semenanjung

Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Seperti mana yang dijelaskan oleh Bonnink

(1992), ciri tarikan pelancongan budaya yang akan diguna pakai dalam perbincangan ini ialah

pendekatan tapak dan monumen.

METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Kaedah yang digunakan ialah pensampelan bukan kebarangkalian iaitu pensampelan mudah. Pemilihan

responden dilakukan dengan menjadikan orang yang ditemui semasa di lapangan sebagai responden

tetapi pengkaji menetapkan jumlah responden bagi setiap lokasi di kawasan kajian. Yang penting

sampel dipilih mestilah benar-benar menggambarkan populasi. Saiz sampel yang kecil tetapi dipilih

secara betul lebih diterima daripada saiz sampel yang besar tetapi dipilih secara silap (Neill, 2003).

Kajian ini dijalankan di tiga buah bandar iaitu Georgetown, Sungai Petani dan Alor Setar dengan

melibatkan 319 orang responden. JADUAL 1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam

kajian ini.

Instrumen

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan sesi temu bual. Soalan yang terdapat

dalam kaji selidik adalah berbentuk soalan tertutup dan soalan terbuka. Ia terdiri daripada empat

bahagian, iaitu Bahagian A: Profil demografik responden, Bahagian B: Pengetahuan tentang

Page 4: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

462 Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh,Jabil Mapjabil, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohamad Pirdaus Yusoh

pelancongan budaya, Bahagian C: Ciri tarikan dan kemudahan pelancongan budaya dan Bahagian D:

Cadangan meningkatkan pembangunan pelancongan budaya.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Profil demografik responden

Berdasarkan JADUAL 2, dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada 319 orang responden yang

dikaji adalah penduduk tempatan iaitu 76.8% (245 orang). Manakala pelawat harian, pelancong

domestik dan pelancong asing masing-masing dengan nilai 9.7% (31 orang), 9.4% (30 orang) dan

4.1% (13 orang). Responden perempuan yang ditemui adalah lebih daripada 50% berbanding dengan

responden lelaki iaitu hanya 42%. Daripada aspek umur, majoriti responden adalah berumur dalam

lingkungan 21 hingga 30 tahun iaitu sebanyak 162 orang dan bangsa Melayu pula adalah responden

yang paling ramai ditemu bual iaitu sebanyak 84.3%. Kebanyakan responden adalah mereka yang telah

berkahwin iaitu seramai 217 orang. Hasil kajian mendapati tahap pendidikan responden rata-ratanya

adalah peringkat menengah iaitu lebih daripada 50%. Mereka yang masih lagi belajar adalah responden

yang paling ramai terlibat dalam kajian ini berbanding dengan mereka yang telah bekerja iaitu lebih

daripada 30% (99 orang). Tahap pendidikan dan jenis pekerjaan responden boleh dijadikan ukuran

kepada persepsi pelancong dan pengunjung terhadap pengetahuan mereka tentang pelancongan budaya

di kawasan kajian. Tahap pendidikan adalah elemen sosial penting di dalam menentukan maju

mundurnya sesebuah komuniti. Masyarakat yang berpengetahuan mempunyai keupayaan untuk

mengubah corak dan budaya hidup serta persekitaran mereka. Dalam sektor pelancongan, latar

belakang pendidikan masyarakat banyak mempengaruhi tahap pengetahuan mereka terhadap sesuatu

isu atau potensi pembangunan di kawasan mereka. Pendidikan adalah saluran menyebarkan tradisi

budaya, nilai dan ilmu pengetahuan secara formal dan tidak formal kepada ahli-ahli dalam masyarakat

supaya menjadikan mereka terdidik dan berpengetahuan (Yahaya Ibrahim, 2008:111).

Tahap pengetahuan responden terhadap maksud pelancongan budaya adalah amat baik iaitu

seramai 220 orang responden (JADUAL 3). Hanya 98 orang responden sahaja yang menyatakan tidak

tahu mengenai jenis pelancongan ini dan responden yang selebihnya pula tidak pasti. Ini sekaligus

menunjukkan tahap pengetahuan terhadap pelancongan budaya dalam kalangan responden adalah amat

baik. Hasil kajian ini turut menggambarkan kesedaran yang positif responden terhadap sub

pelancongan ini. Namun begitu, pihak kerajaan tempatan dibantu oleh media massa dan badan bukan

kerajaan perlu mengambil inisiatif bagi memastikan maklumat tentang pelancongan budaya khususnya

dari aspek maksud dan konsepnya sampai kepada masyarakat. Dengan itu, tidak wujud konflik antara

pihak tertentu seperti kajian Rao et al. (2003) tentang pengetahuan, sikap dan persepsi penduduk

tempatan terhadap isu perancangan dan pengurusan di Nanda Devi Bisphere, India.

Seterusnya, majoriti responden memilih internet atau blog sebagai sumber utama untuk

mengetahui tentang pelancongan budaya iaitu 74 orang (23.2%). Seterusnya sumber daripada

akhbar/majalah/buku serta brosur dan televisyen serta radio turut menjadi pilihan responden untuk

mengetahui tentang jenis pelancongan ini iaitu masing-masing 68 orang dan 60 orang. Namun, kurang

daripada 10% yang menyatakan rakan taulan / saudara mara dan agensi pelancongan sebagai sumber

utama mereka mengetahui berkenaan sub sektor pelancongan ini (JADUAL 4).

Merujuk kepada JADUAL 5, majoriti responden menyatakan mereka pernah berkunjung atau

melancong ke destinasi pelancongan budaya iaitu 262 orang yang mewakili 82.1%. Manakala

responden selebihnya menyatakan mereka tidak pernah berkunjung ke mana-mana destinasi

pelancongan berkenaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor kos dan masa yang dihadapi oleh

mereka. Memandangkan majoriti responden pernah mengunjungi destinasi pelancongan budaya, kajian

seterusnya meninjau mengenai destinasi pelancongan budaya yang menjadi pilihan mereka (JADUAL

6). Rata-rata responden yang ditemui memilih Padang Kota, Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan

utama mereka iaitu 59.9%. Seterusnya, sekitar 17% responden menyatakan Galeri Seni & Muzium

Pulau Pinang (18.8%), Chinatown, Georgetown (17.6%) dan Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang

(16.0&) sebagai lokasi pilihan untuk dikunjungi. Manakala Medan Budaya (15.7%) dan Rumah

Merdeka (14.4%) di Alor Setar bukanlah destinasi pilihan utama bagi 319 orang responden yang dikaji.

Berdasarkan JADUAL 7, majoriti responden memilih keunikan seni budaya yang ditonjolkan

dan dipersembahkan adalah ciri yang paling menjadi tarikan pelancong ke destinasi pelancongan

budaya iaitu 117 orang (36.7%). Seterusnya, lebih 30% responden menyatakan destinasi pelancongan

ini memberikan sumber pendidikan tentang keunikan budaya Malaysia. Namun kurang daripada 10%

yang menyatakan bahawa kemudahan asas yang lengkap dan sempurna disediakan di sekitar destinasi

Page 5: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 463

berkenaan dan maklumat yang disediakan berkaitan destinasi pelancongan budaya adalah lengkap dan

mudah diperolehi adalah ciri bagi sesebuah destinasi pelancongan budaya.

JADUAL 8 menunjukkan tahap kepentingan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak

berkuasa tempatan serta pihak berwajib terhadap pembangunan pelancongan budaya. Dapatan kajian

mendapati majoriti responden di kawasan kajian memberikan respon positif terhadap aspek keperluan

penyediaan yang berkaitan dengan tahap kepentingan dan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak

yang terlibat untuk membangunkan lagi destinasi pelancongan budaya khususnya di kawasan kajian.

Jadual ini menunjukkan secara keseluruhannya responden mengatakan penting dan amat penting

terhadap langkah dan cara yang diberikan. Bagi kes kawasan kajian, majoriti responden menyatakan

kemudahan dan keceriaan persekitarannya, kemudahan asas yang disediakan, kemudahan

pengangkutan, promosi tentang destinasi pelancongan budaya, keselamatan di kawasan destinasi

pelancongan dan pengekalan dan pemuliharaan struktur binaan dan tradisi budaya adalah sangat

penting iaitu masing-masing melebihi 50%.

RUMUSAN

Hubungan antara budaya dengan pelancongan boleh dilihat sebagai hubungan timbal balik. Aktiviti

pelancongan dan kedatangan pelancong dapat memberikan nilai komersial kepada budaya tempatan.

Melalui aktiviti pelancongan yang dijalankan bukan sahaja dapat memperkenalkan keunikan budaya

Malaysia ke seluruh dunia. Malah, aktiviti yang berunsurkan budaya sesuatu komuniti ini mampu

membangunkan kawasan serta memesatkan pembangunan sektor perkhidmatan lain. Namun begitu,

pembangunan pelancongan yang berasaskan budaya yang semakin berkembang ini jika tidak diurus

dengan lestari akan memberikan ancaman kepada budaya berkenaan. Sebagai contoh, para pelancong

yang bermotifkan budaya selalunya inginkan ketulenan. Oleh itu, mereka ingin melihat secara lebih

dekat sesuatu upacara terutamanya yang berhubung kait dengan keagamaan. Dalam sesetengah kes,

kedatangan pelancong ke tempat yang mempunyai budaya yang berbeza dikatakan menyebabkan

mereka mengganggu tempat atau upacara kepercayaan komuniti tuan rumah berkenaan (Smith, 1989).

Justeru, usaha harus dipertingkatkan bagi mengekalkan budaya tradisional komuniti tempatan dan

bukan sekadar untuk kepentingan pelancongan sahaja. Apa yang dikesalkan adalah disebabkan

perubahan serta nilai hidup yang keterlaluan ini, maka budaya pelancongan yang tertumpu pada

sumber alam, tempat bersejarah dan budaya tradisional telah berubah menjadi pelancongan komersial

yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Diharapkan aktiviti pelancongan akan

membawa keuntungan kepada semua pihak tanpa menjejaskan budaya komuniti tempatan yang

mempunyai nilai yang tinggi terutamanya untuk tatapan generasi akan datang.

RUJUKAN

Badaruddin Mohamed. (2008). Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita Harian Online, 9 November 2009. Jumlah Kemasukan Pelancong Meningkat.

Bonnink, C. (1992). Cultural Tourism Development and Government Policy. MA Dissertation.

Rijksuniversiteit Utrecht.

ECTARC. (1989). Contribution to the Drafting of a Charter for Cultural Tourism. Wales: European

Center for Traditional and Regional Cultures.

Gray, H.P. (1982). The contribution of economics to tourism. Annals of Tourism Research 9.

Lord, G. D. (1999). The Power of Cultural Tourism. Winconsin.

MacIntosh. R.W. & Goeldner, R. (1986). Tourism: Principles, Practises, Philosophies. New York:

Wilay and Sons.

Murphy, P. E. (1985). Tourism: A Community Approach. New York and London: Routledge.

Neill, J. (2003). Random Sample. [Online]. Accessed: 24 April 2011. Available from World Wide

Web: Ahttp://wilderdom.com/Oecourse/PROFLIT/JamesNeill.htm.

Rao, K. S., Nautiyal, S, Maikhuri, R. K. & Saxena, K. G. (2003). Local people’ knowledge, aptitude

and perceptions of planning and management issues in Nanda Devi Bisphere Reserve, India.

Journal of Environmental Management 31 (2) : 168-181.

Richards, G. (1993). Cultural Tourism in Europe. In Cooper, C. P. & Lockwood, A. (Eds). Tourism,

Recreation and Hospitality Management, Vol. 5, 99-115.

Robinson, M. & Boniface, P. (1999). Tourism and Cultural Conflicts. New York: CABI Publishing.

Silberberg, T. (1995). Cultural tourism and business opportunities for museums and heritage sites.

Tourism Management, 16(5), 361-368.

Page 6: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

464 Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh,Jabil Mapjabil, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohamad Pirdaus Yusoh

Smith, V. L. (1989). Host and Guest: The Anthropology of Tourism. Edisi Kedua. Philadelphia:

University of Pennsylvania Press.

Wood, R. E. (1980). International tourism and cultural change in Southeast Asia. Economic

Development and Cultural Change, 28.

Wood, R. E. (1984). Ethnic tourism, the state and cultural change in Southeast Asia. Annals of

Tourism Research, Vol. 11, 186-197.

World Tourism Organisation. (1985). The State’s Role in Protecting and Promoting Culture as a factor

Tourism Development and the Proper Use and Exploitation of the National Cultural Heritage

of Sites and Monuments for Tourism. Madrid: WTO.

Yahaya Ibrahim. (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

JADUAL 1: Bilangan Responden Mengikut Kawasan Kajian

Kawasan Kajian Bilangan Responden

Georgetown, Pulau Pinang 103

Sungai Petani, Kedah 103

Alor Setar, Kedah 113

Jumlah 319

JADUAL 2: Ciri Demografik Responden

Ciri demografik Kriteria Bilangan Peratus (%)

Kategori responden Penduduk tempatan 245 76.8

Pelawat harian 31 9.7

Pelancong domestik 30 9.4

Pelancong asing 13 4.1

Jantina Lelaki 134 42.0

Perempuan 185 58.0

Umur 20 tahun ke bawah 80 25.1

21-30 tahun 162 50.8

31-40 tahun 54 16.9

50 tahun ke atas 23 7.2

Bangsa Melayu 269 84.3

Cina 31 9.7

India 11 3.4

Lain-lain 8 2.5

Status Bujang 217 68.0

Berkahwin 102 32.0

Pendidikan Pendidikan tinggi 140 43.9

Pendidikan menengah 164 51.4

Pendidikan rendah 14 4.4

Tiada pendidikan formal 1 0.3

Pekerjaan Pekerja sektor awam 58 18.2

Pekerja sektor swasta 89 27.9

Bekerja sendiri 23 7.2

Berniaga 31 9.7

Pesara 6 1.9

Suri rumah 7 2.2

Pelajar 99 31.0

Lain-lain 6 1.9

Page 7: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 465

JADUAL 3: Adakah Anda Tahu Tentang Pelancongan Budaya?

Bilangan Peratus (%)

Ya 220 69.0

Tidak 98 30.7

Tidak pasti 1 0.3

Jumlah 319 100.0

JADUAL 4: Sumber Utama Anda Mengetahuinya

Sumber Bilangan Peratus (%)

Internet / blog 74 23.2

Akhbar / majalah / buku / brosur 68 21.3

TV / radio 60 18.8

Agensi perjalanan / pelancongan 25 7.8

Rakan taulan / saudara mara 14 4.4

Dan lain-lain 5 1.6

Tidak berkenaan 73 22.9

Jumlah 319 100.0

JADUAL 5: Pernahkah Anda Berkunjung atau Melancong Ke Mana-mana Destinasi Pelancongan

budaya?

Bilangan Peratus (%)

Ya 262 82.1

Tidak 57 17.9

Jumlah 319 100.0

JADUAL 6: Destinasi Pelancongan Budaya yang Dikunjungi (Pendekatan tapak dan monumen)

Destinasi Ya Peratus Tidak Peratus

Padang Kota, Pulau Pinang 191 59.9 128 40.1

Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah 90 28.2 229 71.8

Rumah P. Ramlee, Pulau Pinang 80 25.1 239 74.9

Little India, Pulau Pinang 69 21.6 250 78.4

Chinatown, Georgetown, Pulau Pinang 60 18.8 259 81.2

Galeri Seni & Muzium Pulau Pinang 56 17.6 263 82.4

Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang 51 16.0 268 84.0

Medan Budaya, Alor Setar 50 15.7 269 84.3

Rumah Merdeka, Alor Setar 46 14.4 273 85.6

Dan lain-lain 1 0.3 318 99.7

JADUAL 7: Ciri Yang Paling Menjadi Tarikan Pelancong ke Destinasi Pelancongan Budaya

Perkara Bilangan Peratus

Keunikan seni budaya yang ditonjolkan dan dipersembahkan 117 36.7

Destinasi pelancongan ini memberikan sumber pendidikan tentang

keunikan budaya Malaysia

102 32.0

Kedudukan destinasi pelancongan budaya yang strategik dan mudah

dikunjungi

49 15.4

Kemudahan asas yang lengkap dan sempurna disediakan di sekitar

destinasi berkenaan

29 9.1

Maklumat yang disediakan tentang destinasi pelancongan budaya

adalah lengkap dan mudah diperoleh

22 6.9

Page 8: Pelancongan Budaya di Wilayah Utara Semenanjung · PDF filemedia cetak seperti ... menjelajahi kawasan yang baru, ... (runtuhan, bangunan terkenal atau seluruh bandar); kesenian, ukiran,

466 Ahmad Tharmizzie Mat Jusoh,Jabil Mapjabil, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohamad Pirdaus Yusoh

JADUAL 8: Tahap Kepentingan Yang Perlu Diberikan Perhatian Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Serta

Pihak Berwajib Terhadap Pembangunan Pelancongan Budaya di Kawasan Kajian

Skala Tidak penting Kurang penting Penting Sangat penting

Perkara Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%)

Keselamatan di

kawasan destinasi

pelancongan

5 1.6 9 2.8 92 28.8 213 66.8

Kemudahan dan

keceriaan

persekitarannya

5 1.6 12 3.8 80 25.1 222 69.6

Kemudahan asas

yang disediakan

5 1.6 15 4.7 118 37.0 181 56.7

Promosi tentang

destinasi

pelancongan

budaya

7 2.2 15 4.7 127 39.8 170 53.3

Pengekalan dan

pemuliharaan

struktur binaan dan

tradisi budaya

6 1.9 19 6.0 122 38.2 172 53.9

Kemudahan

pengangkutan

5 1.6 28 8.8 119 37.3 167 52.4

Penglibatan

penduduk tempatan

dalam pelancongan

budaya

10 3.1 25 7.8 145 45.5 139 43.6

(Skala: 1= Tidak penting, 2 = Kurang penting, 3 = Penting, 4 = Sangat penting)