contoh folio ukiran kayu tabung duit

107
CONTOH FOLIO UKIRAN KAYU TABUNG DUIT .

Upload: sarah-abu-talib

Post on 07-Oct-2015

888 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nmm

TRANSCRIPT

CONTOH FOLIO UKIRAN KAYU TABUNG DUIT .

NOTA TAMBAHAN . Calon digalakkan membuatlukisan3D tiga sudut pandangan yang menarikuntuk ditambah di perkara 6

Semoga murid-murid yang buat soalan ini mendapat gambaran yang jelas untuk menghasilkan folio dengan baik. Semoga berjaya.Anda mungkin juga meminati:

KRSV 2014 -UKIRAN KAYU

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua followersKRSV 2014 Datang Lagi! Tentunya sebahagian besar guru-guru dan para pelajar tingkatan 5 dan 4 sedang berusaha gigih memulakan kerja kursus right? Walaupun saya agak terlewat dalam membicarakan topik hangat ini pada tahun ini, ini bukan bermakna saya tidak mengikuti perkembangannya. Ada9pilihan tajuk kesemuanya, adakah anda (pelajar) masih berteka-teki untuk memilih tajuk yang mana orrrr sudah ada pilihan yang muktamad? Yang pasti perlulah memikirkan kemampuan anda dari segi mental & fizikal, berbincanglah bersama guru pembimbing anda terutama bagi pelajar yang bukan opsyen ok! Sekadar perkongsian santai bagi sesi permulaan:)PSV_2611-3_SPM2014 Soalan KRSV 2014Ada beberapa tajuk yang agak menarik minat saya tahun inibukan beberapa la, hampir keseluruhanhehehe..ia seakan-akan mengimbau kenangan zaman muda remaja dahulu. Antara soalan yang saya gemari tentulah berkaitan Fine Arts (Cetakan) major saya semasa di Shah Alam dulu. Then, soalan Komunikasi Visual (Ilustrasi sarung buku & Risalah Iklan) mengingatkan saya semasa bekerja sebagai DTP artist, dunia kerja yang sangat memberi kepuasan! dan juga soalan Reka bentuk industri (perabot) mengingatkan kpd kawan2 yg ramai memilih reka bentuk perabot zaman saya Dip Pend RC, tapi ketika itu saya memilih reka bentuk bubble machine.Lontaran daripada persoalan di atas, mungkin boleh saya kongsikan beberapa MUKADIMAH yang boleh dimasukkan dalam folio. Perkara ini tidak wajib, tetapi bagi pelajar yang rajin, minat dan suka kepada folio yang cantik tersusun mungkin boleh dikongsikan. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan : Pengenalan diri, Bidang, Tema & Pengenalan produk.CONTOH2 :1) Biodata :berkenaan maklumat diri pelajar2) Penghargaan

3) Bidang -bergantung pada tajuk4) Tajuk dan Produk pilihan tajuk dan produk yang di pilih5) Situasi dan Tugasan6) KajianOkbile bahagian mukadimah da setel, barula masuk kepadacontentyg perlu dilengkapkan.. iaitu mesti ada listIsi Kandungan.Ada 3 pilihan tajuk yg saya pilihmengikut cita rasa..Selamat berkerja kursus semua!7) Isi kandungan

1) KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS SARUNG BUKUKoleksi gambar boleh dicari menerusi capaian internet (mudah & cepat). Taip saja key word sarung buku, box cover book, jacket book / book cover semuanya tersedia. Contoh gambar sebaiknya disertakan dengan sedikit catatan spt material yang digunakan, nama designer. Contoh material drp kertas keras, kain yang dijahit, sulaman, plywood dsb.2) LAKARAN REKA BENTUK SARUNG BUKU DENGAN CATATAN& 3) lAKARAN OLAHAN DAN PERKEMBANGAN IDEA ILUSTRASI PADA SARUNG BUKU BESERTA CATATANPastikan anda membuat catatan pada setiap lakaran yang dihasilkan. Catatan mungkin boleh dimasukkan bahan / material apakah yang bakal anda gunakan. bentuk diilham daripada sumber apa, sarung buku yang bakal dihasilkan untuk buku jenis yang macammana dsb:)Untuk olahan idea; minimum lakaran adalah 4 gambar. Olahan / perkembangan idea bermaksud olahan daripada reka bentuk sarung buku sedia ada di gubah / di inovasi menjadi sesuatu yang baru / ciptaan yang baru. Boleh di olah dengan reka bentuk yang lebih simple, canggih atau mengikut kreativiti dan sesuai dengan bahan bacaan yang hendak digunakan.4) LAKARAN TIPOGRAFI UNTUK KAPSYEN DAN PELBAGAI TEKS BESERTA CATATANTipografi untuk kapsyen adalah merujuk kepada reka bentuk tulisan yang bersesuaian dengan tajuk buku. Contohnya untuk tajuk berkaitan dengan makanan boleh ditukarkan huruf O kepada donut atau menggunakan tipografi huruf daripada batang kayu dan sebagainya.Contoh book cover menggunakan subjek matter fiksyen sains

1) KOLEKSI PELBGAGAI REKA CORAK BAJU TSebaiknya anda buat sedikit catatan t-shirt ni dari jenis kain apa, corak apa yang digunakan, warna dsb..buat sedikit research utk kemudahan langkah seterusnya2) KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS SUBJEK DUNIA MARITIM SEBAGAI SUMBER ILHAMBuat research mengenai hidupan laut, buat catatan untuk mengenalpasti nama hidupan laut sebagai sumber rujukan dan pengetahuan am. Hidupan laut seperti shark, turtle, sehorse, octopus dan sebahagian ikan-ikan comel seperti clownfish, lionfish, mandarinfish, oscarfish, bettafish dll juga sesuai dijadikan sebagai sumber ilham3) LUKISAN ATAU CATAN REALISTIK SUBJEK DUNIA MARITIM YANG DI PILIHPerbanyakkan reseacrh dan praktis, perbaiki mutu lukisan agar hasilnya benar-benar memuaskan.4) LAKARAN DAN PERKEMBANGAN IDEA SERTA CATATANBuat catatan setiap idea yang hendak anda hasilkan. Spt : subjek apa, warna yang bakal digunakan, fokus pada bahagian apa dsb. Pastikan idea anda bertepatan dengan kehendak soalan iaitu anti plastik dan pencemaran hidupan laut.5) LAKARAN OLAHAN TIPOGRAFI BESERTA CATATAN & 6) LAKARAN REKA LETAK ILUSTRASI DAN TIPOGRAFI PADA BAJU T BESERTA CATATANBuat ringkasan catatan berkenaan olahan tipografi yang bersesuaian dengan tema / subjek yang anda hasilkan.Pastikan idea anda bertepatan dengan kehendak soalan iaitu anti plastik dan pencemaran hidupan laut.

1) KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS TABUNG DUITMungkin boleh disertakan sedikit catatan : tabung model apa, dari bahan apa, saiznya dan mungkin dari keluaran bank apa ~ tentu menarikkan, sebagai rujukan & perkongsian pengetahuan!2) KOLEKSI GAMBAR FLORA SEBAGAI SUMBER ILHAMBuat research dan cari gambar-gambar flora yang menarik. Sebaiknya anda mengenalpasti nama bunga (nama sebutan dan nama saintifiknya) seperti bunga ixora, alamanda, daffodil dsb.4) LUKISAN ATAU CATAN REALISITIK FLORA YANG DI PILIHPastikan anda mengenali nama bunga tersebut, buat sedikit catatan bunga pilihan anda. Nama bunga; jenis-jenis warna yang ada dsb.5) LAKARAN PERKEMBANGAN DAN OLAHAN IDEA BERSERTA CATATANBuat olahan berdasakan lukisan realisitk yang di pilih. Daripada lukisan realistik dikembangkan menjadi sesuatu olahan idea yang baru, lebih mudah dan menarik. Minimum olahan ialah 4, tetapi sekiranya anda boleh menghasilkan lebih baik lagi apa salahnya, kan? Menjana pemikiran kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif!Jumpa lagi! Adios amigos..arigato!SPM 2013 PSV 2611/3 KRSVTAJUK KRSV 2013:

SOALAN PILIHAN :Tentunya di setiap sekolah sedang bekerja keras utk penghasilan folio KRSV..tidak ketinggalan juga pelajar2 di sekolah cikgu dalam lingkungan 190 orang pelajar termasuk beberapa pelajar aliran sains & LKJ yang mengambil subjek PSV sbg mata pelajaran tambahan. Semoga segala usaha dan kerja keras pelajar-pelajar dan para guru memberi imbuhan yang cukup bermakna sekaligus meningkatkan lg prestasi utk tahun ini! Tentunya dalam kehangatan melaksanakan kerja kursus, ada beberapa soalan-soalan pilihan yang menjadi tumpuan. Kalau tahun sebelumnya tema Hidupan Laut menjadi pilihan soalan favourite, mungkin tahun ini banyak lagi pilihan yang mengujakan. Utk pembukaan tahun 2013 ini, setelah membuat perbincangan bersama pelajar2 cikgu, keputusan pilihan soalan adalah utk Tugasan 2 & Tugasan 5. Ada juga pelajar yg ingin membuat tajuk lain..tetapi kita perlu mengambil pilihan sebulat suara right..selamat berjaya!TUGASAN 2 : ARCA MOBAILPengertian :Arca Mobail / Arca Bergerak juga dikenali sebagai Mobile Sculputer (in English). Ia dikenali sebagai seni kinetik kerana kemampuannya untuk bergerak, berpusing atau berombak. Arca ini dihasilkan dengan sendi-sendi yang dicantumkan untuk membolehkannya bergerak.Tugasan :Menghasilkan arca mobail bertema hidupan laut yang boleh dijadikan perhiasan dan juga mempunyai fungsi lain yang bermakna.Teknik Cadangan :Arca mobail yang boleh digantung sebagai perhiasan di siling atau dinding restoran. Bahan yang boleh digunakan adalah seperti bahan buangan bekas tin minuman, botol plastik, cawan plastik, bekas makanan polystyrene, kain perca, felt craft, dawai, floral foam dan lain-lain.Contoh gambar pelbagai arca mobail :Contoh gambar pelbagai hidupan laut :Contoh lukisan / catan realistik hidupan laut :Lukisan merujuk kepada penggunaan media kering spt pensil, pen, pensil warna, kryon dsb. Manakala catan merujuk kepada penggunaan media basah spt poster colour, akrilik dsb. Lukisan / catan anda mestilah bersifat realistik iaitu menyerupai rupa sebenar. Teknik penghasilan : rendering, gosokan, cros-hatch, titik-titik & sbgnya.Contoh Lakaran Dan Olahan Idea Hidupan Laut :KRSV 2012 banyak membantu untuk KRSV 2013 tahun ini. Kerana terdapat tema yang sama untuk KRSV pada kedua-dua tahun ini iaitu tema hidupan laut. Walaubagaimanapun, pelajar perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat hasil yang terbaik. Kalau di Universiti, students IDE dan Grafik lebih cenderung dalam bab olahan, cikgu dulu opsyen Seni Halus jadi kelebihan itu tentulah dari segi drawing dan juga painting. Walaubagaimanapun, jangan anggap setiap tugasan sebagai satu beban yang berat. Semoga paparan ini dapat dikongsikan bersama-sama sebagai penjana idea..Selamat berjaya!Sumber idea reka bentuk arca mobail:beberapa contoh yang boleh dikongsikan. Semoga dapat mencetus idea dan kreativiti pelajar2 di luar sana..caiyok!TUGASAN 5 : HIASAN DINDINGPengertian :Hiasan dinding yang diilhamkan dari ukiran kayu merupakan kraf tradisional yang dianggap sebagai hasil kerja tangan kreatif. Keindahannya tidak pernah ketinggalan zaman dan sentiasa tentunyaevergreen bagi peminat2 ukiran kayu. Antara kayu yang sesuai utk dibuat ukiran ialah kayu cengal, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu jelutong. Kayu jelutong kebiasannya menjadi pilihan kerana mudah didapati dan sifatnya yang lembut memudahkan proses pengukiran.Tugasan :Menghasilkan hiasan dinding ukiran kayu bertemakan floraTeknik Cadangan :(1)Ukiran teknik tebuk tembus bersilat / tidak bersilat (2) Ukiran teknik bunga timbul layangContoh gambar pelbagai hiasan dinding ukiran kayu :Contoh gambar flora :Contoh lukisan / catan realistik flora :Flora adalah merujuk kepada bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan. Utk menghasilkan ukiran kayu, kebiasaannya flora yang menjadi pilihan adalah dari jenis yang menjalar, mempunyai sulur paut spt bunga raya, bunga seri pagi, pucuk kacang, pokok lada hitam dll. Contoh Lakaran Olahan Idea Hiasan Dinding :Untuk menghasilkan idea yang bernas lagi bertenaga, seorang pelajar perlu membuat banyak kajian (research) samada melalui buku-buku (tidak semestinya buku rujukan PSV), majalah dan tidak kurangnya internet. Kelebihan zaman teknologi ini, banyak memberi kebaikan sekiranya digunakan untuk tujuan kebaikan berbanding dengan zaman cikgu sekolah dulu..walaubagaimanapun cikgu tetap bersyukur kerana pada hari ini dapat berkongsi banyak ilmu dengan pelajar2 di luar sana.Ramai pelajar keliru apa itu Olahan Idea, .olahan idea adalah rentetan daripada lukisan realisitik.. mengolah lukisan realistik menjadi satu corak/motif baru, perkembangan idea, innovation atau dengan bahasa yang mudah mengubah bentuk/rupa menjadi yang lebih mudah, lebih simple. Paparan disini hanyalah sebagai sampingan idea, bimbingan guru amat penting kepada pelajar untuk menghasilkan folio yang hebat. Justeru, selalulah berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Pelajar juga perlu berfikir secara kreatif untuk menghasilkan idea-idea yang bernas dan berkualiti. Macam mana caranya? banyakkan praktis, melihat gambar dan beranimasi..so? Good Luck!Powerpoint KRSV 2013Disini ada beberapa paparan idea yang boleh dikongsikan utk pelajar2 yang membuat tajuk Ukiran. Atas rasa kagum dan penghargaan, ingin cikgu kongsikan beberapa gambar yang boleh dijadikan sebagai sumber ilham dan tauladan..semoga ia memberi manfaat yang berguna kepada anda!.Terima kasih kepada rakan guru FB cikgu Ahamad Fauzi Hassan atas sumbangan Panduan melakar olahan idea seni ukiran kayu:Pastikan setiap perincian Folio KRSV anda dan juga penghasilan produk mengikut standard yang ditetapkan. Berbincanglah dengan guru pembimbing dan luahkan pandangan anda. Semoga paparan ini banyak membantu pelajar-pelajar di luar sana.SALAM TAHNIAH KEPADA SEMUATahniah kepada semua guru dan pelajaryang telah melaksanakan KRSV 2013 dengan baik, penuh semangat dan iltizam.Semoga kejayaan milik kaliandi atas kerja keras selama beberapa bulan melaksanakan kerja kursus.Untuk semua bekas anak murid cikgukhususnyacikgu ucapkan Selamat Maju Jaya. Ada sebahagian artwork para pelajar yang cikgu dah lihat dan cikgu ucapkanSyabas!.Esok 20/8/2013 bermulanya peperiksaanTrial SPM: ok tumpukan perhatian dan fokus pada exam, buat yang terbaik untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Yang pentingUsaha,tanpa usaha kejayaan tidak akan datang bergolek!Minta keberkatan ilmu daripada guru-guru yang mendidik kamu dannn yang penting keberkatan doa kedua orang tua mu.Salam sayang dari cikgu untuk semua pelajar di luar sana.21 responses 1. noor hayati binti othmanonJun 28, 2013 at 3:15 amsaid:TQ ATAS PERKONGSIAN IDEA DAN GAMBAR2 YG DITUNJUKKAN MENARIK.Reply cikguSallzmiaonJun 29, 2013 at 8:21 amsaid:Sama-sama daun keladi, semoga paparan yang disampaikan dapat dikongsi bersama-sama tetamu di luar sana! Gambate!Reply 2. IkaonJulai 1, 2013 at 6:34 pmsaid:arigatou! post ni amat menolong sy dalam menyiapkan kerj kursus sy. pening kepala, almaklumlah, kami bdk sains bukannya dpt masuk kelas seni selalu:/Reply cikguSallzmiaonJulai 13, 2013 at 6:40 amsaid:begitula fungsinya..diharap dpt membantu pelajar2 di luar sana. Sentiasa rujuk guru pembimbing agar KRSV yang dihasilkan mengikut standart yg dikehendaki..takut2 buat syok sendiri. Setiap tahun pasti ada students yg buat kerja kursus syok sendiri..ini kategori yg kurang beri perhatian semasa guru memberi tunjuk ajar. Good luck 4ur SPM. Pastikan pelajar yg bukan opsyen seni mempunyai target utk A dlm PSV, barula cantik di sijil nanti. Kalau setakat nk lulus, kerja kursus hantar, exam PSV-SPM datang, gerenti memang lulus. Tetapi utk skor A, pastikan Kerja kursus anda at least 90% ke atas, exam paper 1 target 40/50%, paper 2 target 40/50% markah. InsyaAllah A dlm tangan. Inilah yg saya praktikkan sejak di bangku sekolah lagi.Reply 3. nurul farahanaaonJulai 13, 2013 at 10:23 pmsaid:cikgu kalau penghargaan kena buat sendiri ea??Reply cikguSallzmiaonJulai 15, 2013 at 11:23 amsaid:ya kena buat sendiri. penghargaan adalah tanda terima kasih kepada cikgu pembimbing, pengetua sek, ibu bapa dan rakan-rakan sekelas. Sebenarnya dlm penghasilan folio: biodata, kesimpulan, penghargaan, bidang dan sebagainya tiada markah. Tetapi untuk menghasilkan folio yang berkualiti dan lebih lengkap, bolehlah dimasukkan.Reply 4. azlinaonFebruari 13, 2014 at 11:41 pmsaid:tq diats perkongsian. ramai kata seni ni subjek senang lulus. ermmm klu x buat projek nk lulus apa ke bendanya. sabooo je lah org nk ckp apa. yang penting bukan semua org tuhan kurniakan kemahiran dan kelebihan untuk hasilkan karya seni. tapi pbs niii mmg buat semua sakit kepala. kita bukan menolak sesuatu yang baik tetapi agak2 lah. kena pikirkan cara yang paling sesuai. yg penting bukan tambah beban dan susahkan guru. agak2nya klu t5 dapat 5 kelas, t3 dapat 2 kelas dan t4 dapat gak 2 kelas terbeban tak. uiiii menggelegak kepala otak. tapi sabooo je lah. selagi boleh buat on je lah. klu dah tak blh nnti diam je lah.Reply cikguSallzmiaonFebruari 15, 2014 at 11:01 pmsaid:Mengeluh nampak cikgu?hehehe..takpelah cikgu, saya sangat memahamisaya juga merasai situasi yang sama. Di sekolah lama saya mengajar PSV T5 3 kelas, T3 2 kelas, T1 1 kelas..alhamdulillah, walauupun pening dgn kawalan kelas yg majoritinya terbahagi 3 bangsa (yg kategori taknak belajar lebih ramai) tapi ada sorang dua yang bersemangat..tetap memberi kepuasan dalam mendidik & mengajar. Di sekolah baru ini, saya tidak mengajar PSV T5, tetapi keseronokan dalam kerja kursus PSV ini, memang saya teruja untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan. Subjek Sejarah & Geografi lebih banyak kelas saya ajar berbanding PSV, walaubagaimanapun saya juz cuba untuk membuat diri happy dgn menyibukkan diri dalam kerja kursus ni..hahahasemoga kita sama2 dapat merasai kepuasan dalam pengajaran & pembelajaranInsyaAllah cikgu, selagi hayat dikandung badan. Saya doakan yang terbaik untuk semua insan2 di luar sana yang bekerja keras demi agama, bangsa & negara..amin!Reply 5. nuronFebruari 17, 2014 at 10:27 pmsaid:Slm..boleh cikgu bagi tips tugasan sarung buku..tak jumpa la gambar sarung bukuReply cikguSallzmiaonMac 5, 2014 at 11:09 amsaid:book cover or jacket book:)Reply 6. ^o^onFebruari 26, 2014 at 6:58 pmsaid:salam ckgu, tentang soalan 3 sarung buku tugasan 3 ade contoh?Reply cikguSallzmiaonMac 16, 2014 at 7:04 pmsaid:Waalaikumsalam, semua da di updatesilakan menyinggah di muka KRSV yeReply 7. nur adibahonMac 2, 2014 at 9:05 pmsaid:tq..sangat membantu kami.:)Reply cikguSallzmiaonMac 5, 2014 at 11:09 amsaid:Sama-sama;)Reply 8. Najmi DaughteronMac 30, 2014 at 5:21 pmsaid:Assalamualaikum.. terima kasih atas maklumat.. yang pasal Sarung Buku bertema Fiksyen Sains.. macam mana nak buat? ada contoh tak?Reply cikguSallzmiaonApril 19, 2014 at 8:56 pmsaid:Waalaikumsalam..InsyaAllahReply 9. wawaonJulai 2, 2014 at 4:10 pmsaid:Assalamualaikumcikgu soalan yg no4 tu (t shirt) mcm mana nak buat? saya tak brpa nak faham la..Reply cikguSallzmiaonJulai 9, 2014 at 11:47 amsaid:Dapatkan nasihat dan bimbingan guru penasihat. Follow je arahan yang tertera pada kertas soalan, in sya Allah anda boleh!Reply 10. cikguSallzmiaonJulai 9, 2014 at 12:34 pmsaid:Maaf kepada semua readers, saya agak tidak berkesempatan untuk melayari blog sendiri..bukan sebab kekangan masa tetapi mungkin disebabkan saya tidak mengajar Ting 5 utk subjek PSV. Tumpuan kini lebih kepada PT3 Geografi walaupun hanya bidan terjun kerana KP Geo cuti bersalin. Walaupun saya tidak mengajar PSV Ting 5, tapi saya masih KP PSV, so dengan itu saya cuba mengambil berat juga KRSV ini secara tidak langsung. Mungkin tumpuan saya lari-lari anak & saya lambat untuk membalas setiap komen yang disampaikan kepada saya. Sekali lagi saya mohon maaf atas ketelanjuran yang tidak disengajakan. Nk attach terbaru pun tinggal hanya angan2..kuikuikui..Salam Ramadhan & bakal menyambut lebaran yang lebih kurang 2 minggu lagi! Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keimanan..salam sayang dari saya:)Reply 11. rosmegawationJulai 26, 2014 at 9:02 amsaid:terima kasih cikgu.info cikgu memberi saya ruang untuk membantu anak saya yang sangat stress dgn hasil kerja yang tidak memuaskan.Reply cikguSallzmiaonSeptember 30, 2014 at 11:16 amsaid:sama2..harap dgn wujudnya blog ini dapat membantu sedikit sebanyak..pelajar jangan terlalu stress dan terlalu menganggap PSV ni subjek yang susah..yang penting usaha berterusan, jangan mudah cepat putus asa..fun dengan setiap kerja anda, nikmati dan cari feel..bila anda ada feel anda akan seronok dengan setiap apa yang anda lakukan..feel tidak boleh ditunggu tapi kena cari dan kejar..itu yang selalu saya pesan pada anak murid sayaReply Tinggalkan JawapanTop of Form

Bottom of Formprofile artist cikguSallzmiaKategoriBicara SeniSoalan ExamArkib November 2014(2) Oktober 2014(1) Mac 2014(1) November 2013(1) September 2013(1) Julai 2013(2) Jun 2013(2)KalendarISRKJSA

Nov

1234

567891011

12131415161718

19202122232425

262728293031

Januari 2015

Follow Blog via EmailTop of [email protected] 294 other followers

Bottom of FormBlogs I Follow1. smkbesenivisual.blogspot.com2. panitiasenivisualsmkis.blogspot.com3. psvspm.blogspot.com4. Salam Borneo5. senivisual1.blogspot.comFlickr PhotosMore Photos

Community Blogroll Discuss Get Inspired Get Polling Get Support Learn WordPress.com WordPress Planet WordPress.com NewsSearch ToTop of FormSearch for:Bottom of FormCreate a free website or blog at WordPress.com.|The Matala Theme.