arca ukiran kayu

30
PENGENALAN Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1. ALAT DOMESTIK 2. ALAT PERMAINAN 3. ALAT PERTAHANAN DIRI 4. PERHIASAN DIRI (ORNAMENT) 5. BATIK 6. TEKAT 7. UKIRAN 8.TENUNAN 9. ANYAMAN 10. TEMBIKAR Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,

Upload: raghini-ragi

Post on 11-Feb-2016

192 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dokemen ini menjelaskan tentang seni arca dalam ukiran kayu

TRANSCRIPT

Page 1: arca ukiran kayu

PENGENALAN

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran

kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di

sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. ALAT DOMESTIK

2. ALAT PERMAINAN

3. ALAT PERTAHANAN DIRI

4. PERHIASAN DIRI (ORNAMENT)

5. BATIK

6. TEKAT

7. UKIRAN

8.TENUNAN

9. ANYAMAN

10. TEMBIKAR

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya

tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat

dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses

pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh

bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara

seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Page 2: arca ukiran kayu

ALAT DOMESTIK

Pengenalan

Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat

domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai

estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.

DEFINISI ALAT DOMESTIK

Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan

bagi memudahkan urusan seharian.

CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK

Batu giling

Batu kisar

Tudung saji

Tudung rotan

Tudung saji mengkuang

Kukuran duduk dan kukuran silang

Dulang paha tembaga air mawar

Cerek tembaga

Page 3: arca ukiran kayu

CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK

TUDUNG SAJI BATU PENGISAR

KUKUR DUDUK KUKUR BERSILANG

LESUNG BATU CEREK TEMBAGA

ALAT PERMAINAN

Pengenalan

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh

nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada

Page 4: arca ukiran kayu

masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga

dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan

lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang

masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

Di antara permainan itu termasuklah:

Congkak

Wau

Batu seremban

Sepak raga

Gasing

CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti

dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau

lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

LATAR BELAKANG CONGKAK

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori

mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai

dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Page 5: arca ukiran kayu

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui

pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini

merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari

perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu,

keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke

sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di

Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak

yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan

mengorek lubang di dalam tanah.

CONTOH GAMBAR CONGKAK

WAU

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari

oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau

masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu,

Kedah dan Perlis.

Page 6: arca ukiran kayu

CARA PERMAINAN WAU

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang

wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup

maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya

sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah

cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat

tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah

dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang

dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan

layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan

perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

JENIS-JENIS WAU

Wau bulan

Wau jala budi

Wau kucing

Wau kenyalang

Wau barat

Wau daun

Wau burung

Page 7: arca ukiran kayu
Page 8: arca ukiran kayu

BAHAGIAN BADAN WAU

Page 9: arca ukiran kayu

PROSES PENGHASILAN WAU

1. Memilih buluh

2. Meraut buluh

3. Membuat rangka

4. Menampal rangka

5. Membuat corak

6. Menampal corak

7. Memasang teraju

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-

kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara

berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain

berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji.

Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau

dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih.

Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan

tersebut dimainkan.

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang

buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai

pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan

kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya

hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu

adalah dikira sebagai mata.

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan

buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan

Page 10: arca ukiran kayu

sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau

peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,

berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil

untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama

sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa

yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah

hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan

sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip

mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji

buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama

hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Diperingkat ini urutan dari

memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah

hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta

menyambut buah ibu sahaja.

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua

biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi

buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga

selesai. Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang

masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah

hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah

kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga

disambut.

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk

mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama

seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang

dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka

mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat

Page 11: arca ukiran kayu

bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut

boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan

mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa

menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan

ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Page 12: arca ukiran kayu

SEPAK RAGA

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah

wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia

bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau

melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.

Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan

dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring,

menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah

digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola

dalam.

Page 13: arca ukiran kayu

GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang

pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.

Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara

kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat

daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang Kayu tersebut akan

ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok

bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya

bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa

digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

CARA BERMAIN GASING

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum

tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah

dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing

dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua

pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan

membela uri gasing.

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang

kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang

pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin

iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan

Page 14: arca ukiran kayu

pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung

kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung

kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali

biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.

Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada

hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit

pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana

dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat

pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali

di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain

mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali

akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat

atau menegak uri.

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan

dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan

oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya

lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan

dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan

labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau

menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain

gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula

bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan

tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan

kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula

hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat

dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku,

gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang

betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan

pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing

Page 15: arca ukiran kayu

tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa

diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik,

gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu

mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa

mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan

mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.

Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak

dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan

membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan

kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke

atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan

dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan,

sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan

ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi

kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,

perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan

uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh

pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang

dan pangkah tebang.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.

Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.

Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan

untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak

berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan

jenis pangkahan ini.

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula

diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak

serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.

Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya

amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa

Page 16: arca ukiran kayu

pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak

ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan

gasing lawan. Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di

atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran

dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat

dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian

bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga

merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan

pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak

dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing

lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang

sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan

kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah

terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk

bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.

Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk

disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing

dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk

leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam

keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali

yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan

dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Page 17: arca ukiran kayu

ALAT PERTAHANA DIRI

Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada

serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam

majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan

melayu.

CONTO - CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI

Keris

Lembing

Perisai

Golok

Page 18: arca ukiran kayu

ALAT PERHIASAN DIRI

Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat

melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang

keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap

pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat

perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa

kini.

JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI

Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang

diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan

pemakaian baju kebaya.

Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat

daripada logam (emas dan tembaga).

Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul

supaya tampak lebih menarik.

Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum

wanita.

Page 19: arca ukiran kayu

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15

Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.

Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910

lagi.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik

atau menulis titik-titik.

Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak

tahun 1770-an lagi.

Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan

Terengganu.

JENIS-JENIS BATIK

BATIK LUKIS

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.

Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak

dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena

lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di

lakukan.

Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai

benteng.

BATIK SKRIN

Page 20: arca ukiran kayu

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.

Hanya

kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik

dibentuk di

atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di

atas kain

putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan

menggunakan sekuji.

Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk

mendapatkan corak batik

yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

BATIK PELANGI

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.

•Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak

dilakukan dengan

menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

meninggalkan

kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.

•Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai

benteng.

BATIK BLOK

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.

Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.

Page 21: arca ukiran kayu

Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu

sehinggalah selesai.

Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan

di atas kain tersebut.

ALAT DAN BAHAN

Canting- Mecanting batik

Kain putih - Melukis batik

Berus- Menyapu warna

Lilin- Bahan untuk mecanting batik.

Damar- Bahan untuk mecanting batik.

Sodium silikat-mematikan warna

Kuali- Merebus kain

Dye batik-mewarna batik

MOTIF BATIK

Motif geometri

Motif flora

Motif fauna

Motif isen

TEKAT

Pengenalan

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang

emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk

Page 22: arca ukiran kayu

meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk

bunga tekat.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan

kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada

awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan

sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka

menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Hingga ke hari ini seni tekat

masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni

tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang

menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada. Ia hanya

digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan,

upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan

kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di

kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.

Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan

penjagaan yang rapi apabila digunakan.

JENIS-JENIS TEKAT

Tekat Timbul Bunga Emas

Page 23: arca ukiran kayu

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah

kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan

menutupi mempulur di atas kain baldu.

Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya

menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.

Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah

adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut

pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian

diraja dan sebagainya.

PROSES MENEKAT

Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari

jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji

(gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk

sulaman timbul.

* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas

yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan

diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25

sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan

gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-

kisi dan corak dangai atau catur.

* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan

berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna

gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada

dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka

bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih

yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.

Page 24: arca ukiran kayu

* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang

sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang

pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan

benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah

disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman

akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian

cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau

labuci.

TENUNAN

Pengenalan