amanat ketua pengarah tahun baru 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran...

25
AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 Y.BHG. PROF. DATO’ DR. MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PADA 12 HARIBULAN JANUARI 2018, HARI JUMAAT, JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN SRI PUTRA POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN bertemakan SPEARHEADING TVET.EMBRACING IR 4.0

Upload: dangnhan

Post on 04-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

AMANAT KETUA PENGARAH

TAHUN BARU 2018

Y.BHG. PROF. DATO’ DR. MOHD ISMAIL BIN ABD AZIZ

KETUA PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PADA 12 HARIBULAN JANUARI 2018, HARI JUMAAT, JAM 9.30 PAGI

BERTEMPAT DI DEWAN SRI PUTRA

POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

bertemakan

SPEARHEADING TVET�.EMBRACING IR 4.0

Page 2: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

BismillahirRahmanirRahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Berusaha Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPP Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah, JPKK

Yang Berusaha Dr. Mohd Rashahidi Bin Mohamood yang menjalankan tugas Timbalan

Ketua Pengarah (Strategik), JPP

Pengarah-Pengarah Bahagian di Politeknik dan Kolej Komuniti

Pengarah-Pengarah di Politeknik dan Kolej Komuniti

Tuan-Tuan dan Puan-Puan seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti

Hadirin-Hadirat dan para Pelajar yang saya kasihi sekalian,

Page 3: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

(MUKADIMAH )

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan dengan

izinNya jua, kita dapat berkumpul dalam majlis ini.

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada

semua, semoga kemunculan tahun baharu ini diiringi dengan iltizam baru oleh seluruh

warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Saya percaya, tuan-tuan dan puan-puan yang

hadir pada hari ini, akan mendapat gambaran jelas tentang hala tuju politeknik dan kolej

komuniti untuk tahun ini. Sewajarnya ia menjadi panduan dan rujukan semua pihak.

2. Kita berhimpun di sini sebagai satu Jabatan yang menyepadukan segala usaha

yang telah dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025

(Pendidikan Tinggi). Kita akan mengharungi suatu perjalanan secara bersama,

menerajui TVET negara dan membawa Malaysia ke depan berlandaskan agenda

Transformasi Nasional 2050.

3. Semalam, kita telah mendengar amanat yang telah disampaikan Yang

Berhormat Menteri mengenai haluan pendidikan tinggi negara. Beliau menekankan

konsep Pendidikan Tinggi 4.0 yang mengaitkan ilmu, industri dan insan bagi menangani

cabaran-cabaran terutamanya dalam era revolusi industri baharu.

4. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, Kementerian Pendidikan Tinggi

diperuntukkan sejumlah RM13.89 billion untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan

tinggi kepada negara. Secara keseluruhannya, politeknik dan kolej komuniti menerima

RM 1.7 billion. Daripada jumlah itu, politeknik menerima peruntukan belanja mengurus

sebanyak RM 925.5 juta dan kolej komuniti menerima RM 365.7 juta. Jumlah ini

merupakan kenaikan RM 69.5 juta iaitu 5.7 peratus daripada tahun sebelumnya.

Manakala, peruntukan pembangunan juga menyaksikan kenaikan kepada RM 354.1

juta di politeknik berbanding RM 343 juta dan RM 78.6 juta berbanding RM 48.5 juta di

kolej komuniti. Jumlah yang diterima oleh Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan 35

peratus daripada jumlah RM4.9 billion yang diperuntukkan dalam agenda TVET

Malaysia. Sehubungan itu, peruntukkan tersebut semestinya dimanfaat secara cekap

Page 4: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

dan optimum dengan mematuhi prosedur kewangan dan Arahan Perbendaharaan yang

sedang berkuat kuasa.

(Kemunculan IR 4.0)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

5. Kita sekarang, berada dalam keadaan masa yang tidak menentu (uncertain

times, and that is an understatement). Kita melihat pada masa ini bahawa usaha

inovasi telah mengganggu pemikiran tradisional, dan menganjak perkhidmatan dan

penghasilan produk ke tahap yang baru dan lebih kompetitif.

6. Saya yakin dan terus optimis tentang masa depan politeknik dan kolej komuniti,

dan peranan TVET berteraskan ilmu, sains, teknologi dan keusahawanan yang akan

menyemarakkan lagi usaha inovasi.

7. Usaha inovasi bukan semata-mata bermula daripada individu-individu seperti Bill

Gates, Steve Jobs dan Elon Musks atau dilaksanakan syarikat-syarikat besar seperti Air

Asia dan Uber sahaja, tetapi ianya mesti dilakukan oleh semua orang dan untuk semua

orang.

8. Untuk itu, kita mesti bersedia dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 yang

akan membawa pelbagai teknologi baru dan mengegarkan kebiasaaan atau status quo

serta memberi kesan kepada semua disiplin ilmu, aspek ekonomi dan sektor industri.

Kita tidak mampu untuk berdiri diam sahaja, malah kita perlu masuk ke kancah

gelanggang dan menjadi game-changer seperti yang dihasratkan dalam Rancangan

Malaysia Kesebelas.

Page 5: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

(TVET 4.0)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

9. George Friedman seorang pakar geopolitik dan futurist, dalam bukunya The Next

100 Years, A forecast for the 21st Century telah membayangkan abad ke-21 yang

bergolak dengan perebutan penguasaan (dominance) geopolitik antara kuasa-kuasa

besar dunia yang memberi impak kepada perkembangan ekonomi, sosial dan teknologi.

Selain meramalkan berlakunya konflik bersenjata di angkasa lepas, revolusi industri

yang mendatang akan menghasilkan perubahan teknologi dan kebudayaan serta

membentuk masa depan yang memberi impak kepada kehidupan kita semua.

10. Seperti diramalkan Klaus Schwab, pengasas World Economic Forum, Revolusi

Industri ke-4 mengganggu kelaziman perniagaan dan jenis kemahiran yang diperlukan

untuk pekerjaan masa depan. Inovasi, tadbir urus, keselamatan, etika dan gabungan

pelbagai disiplin teknologi merupakan komponen penting Revolusi Industri ke-4, dan

untuk kita di politeknik dan kolej komuniti, pendekatan melaksanakan pendidikan dan

latihan perlu berubah. Justeru, Kerangka Kerja TVET 4.0 (TVET framework)

dibangunkan bagi menyahut cabaran dan merebut peluang ekoran perkembangan

teknologi digital yang mempengaruhi pasaran pekerjaan terutamanya dalam segmen

“high-skills/ high pay”.

11. Selari dengan Lonjakan 4, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi), TVET 4.0 bermatlamat menghasilkan graduan TVET berkualiti. Ia

berteraskan bentuk pengajaran dan pembelajaran baharu; tadbir urus responsif dan

mampan; pendekatan penyelidikan gunaan dan inovasi baharu; dan bakat yang

didorong teknologi. Di atas segalanya, TVET 4.0 menyediakan generasi pelajar yang

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi sentiasa relevan dengan

keperluan semasa.

Page 6: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

(Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti)

12. Umum mengetahui bahawa politeknik dan kolej komuniti terdiri daripada 130

buah institusi dan mempunyai 121,000 orang pelajar yang sedang melanjutkan

pengajian dalam 147 program pengajian melalui pengajaran oleh 10,665 orang tenaga

pengajar. Selain itu, lebih 250,000 peserta daripada segenap lapisan anggota komuniti

dan pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang

berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara.

13. Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan sudahpun mengetahui mengenai usaha

Kementerian menggabungkan seliaan politeknik dan kolej komuniti di bawah satu

Jabatan tunggal. Selain daripada menyokong agenda mengarus perdana TVET dalam

Rancangan Malaysia ke-11 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan

Tinggi), Jabatan ini menyediakan wadah bagi mendepani cabaran permintaan industri

dan teknologi global serta menyediakan asas bagi pembentukan sebuah generasi

Transformasi Nasional 2050.

14. Sebagai satu Jabatan, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti, 2018 –

2025 telah digubalkan. Our envisioned future ialah, menjelang tahun 2025, politeknik

dan kolej komuniti disasarkan menjadi institusi TVET tersohor di rantau ASEAN dengan

melaksanakan pendidikan dan latihan yang berpandukan keperluan pihak industri dan

komuniti. Visi ini dicapai melalui :

a. penyediaan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf

secara meluas;

b. pemerkasaan komuniti menerusi pembudayaan pembelajaran sepanjang

hayat;

c. penghasilan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan

Page 7: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

d. perkongsian pintar yang dimanfaatkan sepenuhnya bersama pihak-pihak

berkepentingan.

15. Lima Teras Strategik dan 20 Objektif Strategik ditentukan bagi mencapai

beberapa sasaran Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang dilaksanakan dalam dua

fasa sehingga tahun 2025. Dengan nilai-nilai teras seperti kreativiti dan inovatif,

integriti, tangkas dan profesionalisme yang didukung bersama setiap warga di politeknik

dan kolej komuniti, pelan strategik ini menjadi pemacu perubahan supaya politeknik dan

kolej komuniti kekal melahirkan employable TVET graduates, melaksanakan program

yang relevan dan responsif; dan melahirkan warga sejagat (global citizens) ke arah

pembentukan keluarga, komuniti dan negara yang harmoni dan makmur.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

(Memastikan Graduan TVET Berkualiti melalui Redesigning TVET)

16. Graduan merupakan “produk” utama politeknik dan kolej komuniti. Kadar

kebolehpasaran pelajar kita telah mencapai tahap yang amat membanggakan iaitu

melebihi 90 peratus. Pelbagai usaha kita laksanakan bagi memastikan graduan

berkebolehan untuk bekerja, mempunyai ciri keusahawanan dan berwatak seimbang.

Antara yang telah dilaksanakan adalah untuk menawarkan program responsif dan

relevan kepada keperluan industri seperti menggunakan pendekatan Work-Based

Learning, menerapkan pensijilan industri dalam pengajian, melaksanakan program

CEO@Faculty di Politeknik dan Kolej Komuniti, melaksanakan program pensyarah

pelawat industri, memantapkan pendidikan keusahawanan, memulakan pelaksanaan

iCGPA dan menggunakan Massive Open Online Course (MOOC).

17. MOOC, sebagai contoh, yang dilaksanakan politeknik sejak tahun 2015 dengan

tujuan membudayakan pembelajaran teradun (blended learning) dan flip classroom

dengan menggunakan ruang Technology-Enabled Collaborative Classroom (TeCC).

Dengan pendekatan pembelajaran ini, 30 hingga 80 peratus kandungan kursus

Page 8: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

mengguna pakai pembelajaran atas talian sama ada untuk menyokong atau mengganti

pembelajaran bersemuka. Aplikasi CIDOS dijadikan sebagai platform bagi

pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di politeknik dan akan diperluaskan di kolej

komuniti.

18. Pada tahun 2017, 35 MOOC dilaksanakan berbanding 19 MOOC pada tahun

2016. MOOC juga telah membantu peningkatan pengambilan pelajar sebanyak 2.72

peratus kepada 35,744 pelajar pada tahun 2017. Pada masa ini, 13.85 peratus pelajar

menggunakan MOOC Politeknik yang melibatkan 53 kursus. Seperti yang telah

diumumkan Yang Berhormat Menteri semalam, pihak Kementerian menyasarkan 40

peratus pelajar politeknik menggunakan MOOC melalui penawaran 70 kursus mulai

tahun 2018. Saya menyarankan agar kolej komuniti juga boleh mula membangunkan

MOOC pada tahun 2018.

19. Politeknik juga telah membangunkan The TVET Generation homepage, melalui

platform openlearning.com, untuk memperkenalkan pelajar Semester 1 kepada modul

TVET and industry. Seterusnya modul-modul lain akan ditawarkan bagi membantu

pelajar menghayati dan terus teruja menjadi generasi TVET yang efektif.

20. Selain itu, penggunaan teknologi realiti maya (virtual reality – VR) telah

aplikasikan dalam kursus general inspection and maintenance of distribution substation

bagi program Kejuruteraan Elektrik dan kursus automotive workshop service

management bagi program kejuruteraan mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah dan

kursus fish indentification bagi program Sijil Pelancongan Rekreasi Air di Kolej Komuniti

Semporna. Pelaksanaan MOOC dan penggunaan teknologi VR seterusnya diperluas

dalam pembelajaran beberapa kursus lagi seiring dengan pembelajaran Abad ke-21.

Pertandingan MOOCMASTER yang diraikan dalam Majlis eDOLA setiap tahun, akan

diteruskan bagi mengiktiraf tenaga pengajar yang bertungkus lumus membangun dan

melaksanakan MOOC khususnya dalam usaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran

dan pengajaran.

Page 9: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

21. Selanjutnya, selari dengan konsep Redesigning TVET, kita terus menambahbaik

proses pengajaran dan pembelajaran seiring pendekatan pembelajaran Abad ke 21

daripada aspek reka bentuk kurikulum, instruksional dan pentaksiran. Kita merancang

peningkatan bilangan penawaran program hybrid antara disiplin, memperkenalkan

modul PSH berkredit, meningkatkan kandungan Internet of Things, data science, virtual

and augmented reality, gamification, dan keselamatan siber dalam pengajian serta

menambahbaik kaedah dan pendekatan pengajaran melalui CDIO (Conceive-Design-

Implement-Operate), TeCCgogy dan experiential learning. Pendekatan ini disuai padan

dalam konsep Teaching and Learning 4.0 yang dirancang dalam Pelan Strategik

Politeknik dan Kolej Komuniti, 2018 – 2025.

22. Teaching and Learning 4.0 akan diperkukuhkan selari dengan usaha

meningkatkan ekosistem untuk pembelajaran dan pentaksiran Bahasa Pengajian

Tinggi. Malaysia English Assessment (MEA) akan mengubah pengalaman pelajar

dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan menyepadukan pembelajaran formal dan

tidak formal dan pentaksirannya akan memastikan lulusan kita mencapai tahap

penguasaan sejajar Common European Framework of Reference (CEFR) for

Language. Yang Berhormat Menteri sendiri menyarankan graduan politeknik mencapai

tahap B1 memandangkan perkara ini telah diberi perhatian serius oleh pimpinan

tertinggi negara. Justeru saya meminta Bahagian Kurikulum dan Bahagian Akademik

menyediakan pelan tindakan 2018 ke arah pelaksanaan MEA di bawah aktiviti

pemerkasaan Bahasa Inggeris di politeknik dan kolej komuniti.

23. Kita telah dimaklumkan semalam bahawa inisiatif Integrated Cumulative Grade

Point Average atau iCGPA telah dilaksanakan di 20 universiti awam, 18 politeknik dan

15 kolej komuniti melalui 559 program pengajian melibatkan 80,000 pelajar. Ia telah

diiktiraf sebagai kaedah pentaksiran komprehensif yang mampu melahirkan graduan

holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Lanjutan itu, Yang Berhormat Menteri

semalam telah mengarahkan supaya semua institusi mewujudkan satu sistem e-

Portfolio dengan menyepadukannya dengan system iCGPA. e-Portfolio merupakan

system portfolio berbentuk digital supaya pelajar boleh menyerlahkan pencapaian

Page 10: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

mereka bagi membantu majikan mengenal pasti bakat-bakat bersesuaian untuk mengisi

kekosongan di syarikat mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

24. Adalah tidak lengkap sekiranya pembangunan kecemerlangan pelajar dibuat

dengan memberi pengisian intelektual dan kemahiran semata-mata. Ia perlu

disempurnakan dengan komponen pembangunan pelajar daripada aspek sahsiah,

kepimpinan dan pemupukan bakat. Pelaksanaan aktiviti pelajar mesti bersifat tambah

nilai (value-add) dan menyumbang ke arah melengkapkan atribut individu unggul

seperti kompeten, tangkas, berdaya tahan, inovatif, berfikiran kritikal, berdaya

usahawan, berkemampuan menyelesai masalah, berpandangan global dan menghayati

pembelajaran berterusan.

25. Mengimbas kembali pencapaian pada tahun 2017, kita berbangga bahawa

pelajar politeknik dan kolej komuniti telah menempa pelbagai kejayaan dalam

penyertaan pertandingan berkaitan bidang kemahiran dan sukan di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh, Ma’rufah Jailan dari Politeknik

Ibrahim Sultan telah mewakili negara dalam World Skills Competition Abu Dhabi 2017

dan dianugerahkan Medallion of Excellence pada bulan Oktober lalu. Selain itu, Badrul

Hisham Azlan pelajar Kolej Komuniti Rompin mendapat emas dalam 11th Freestyle Fruit

Carving Show Piece Contest di Nagoya Japan, dan dalam beberapa kategori acara

berlainan di International Thailand Ultimate Chef Challenge, Aminuddin Azhari dari

Kolej Komuniti Chenderoh berjaya merangkul pingat perak, Mohamamad Anas Izwan

Nazri dan Syafiq Muzamir Shahrol Hair dari Politeknik Sultan Idris Shah memenangi

gangsa; begitu juga Muhammad Hafizuddin Hassan dari Kolej Komuniti Bukit Beruang

merangkul pingat gangsa dalam 11th Indonesian Salon Culinaire 2017.

26. Pasukan robotik Politeknik Malaysia juga mengekalkan rekod kecemerlangan

mereka dengan membawa pulang 16 pingat dalam 22nd FIRA RoboWorld Cup 2017

yang berlangsung di Taiwan. Empat pingat emas, tujuh pingat perak dan lima pingat

Page 11: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

gangsa dalam pelbagai kategori pertandingan menunjukkan kemampuan pelajar kita

mengaplikasikan kemahiran bidang programming, artificial intelligence dan vision

system yang mereka telah pelajari semasa pengajian.

27. Dalam pertandingan sukan pula, kita menghargai penglibatan pelajar, antaranya

S. Gopinathan dari Politeknik Ibrahim Sultan yang memenangi 2 pingat emas dalam

Kejohanan Asian Karate Championship India 2017. Seterusnya, beberapa lagi pelajar-

pelajar yang bertanding di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 seperti Ashran Hamsani

yang merangkul pingat emas, Iskandar Zulkarnain dan Syafiq Ibrahim yang

memperolehi pingat perak serta Cindy John Pasan, Nor Farahana Aziz dan Muhammad

Zul Asyraf Zulkifli yang mendapat gangsa, masing-masing dalam acara hoki,

taekwondo, pencak silat, ragbi dan bola sepak kategori cerebral palsy.

Syabas !!! Kita ucapkan kepada wira-wira sukan kerana mengharumkan nama

politeknik dan kolej komuniti di persada antarabangsa.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

28. As the biggest TVET provider in Malaysia, kita yakin pelaburan kepada pelajar

dengan peruntukan yang disalurkan secara efisien melalui gandingan program

akademik dan pembangunan diri secara komprehensif mampu mengoptimumkan

potensi diri dan menggilap bakat pelajar-pelajar menjadi graduan holistik yang

berperanan sebagai ahli masyarakat global.

29. Selain itu, kita juga harus menanam sikap agar pelajar kita sentiasa bersedia

untuk melaksanakan pembelajaran berterusan. Kesediaan untuk terus belajar dalam

kalangan graduan merupakan budaya amat penting kerana pengalaman pembelajaran

yang diperolehi di satu-satu institusi sahaja tidak mencukupi. Seseorang perlu terus

menimba ilmu dan kemahiran baharu terutamanya dalam menghadapi pasaran

pekerjaan masa depan.

Page 12: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

30. Kemunculan Gig economy sebagai sektor tidak rasmi ekonomi negara

menyuburkan pertumbuhan syarikat kecil dan kelompok usahawan dalam bidang

perkhidmatan dan teknologi dan mereka memerlukan pekerja berkemahiran spesifik

yang sanggup bekerja secara freelance atau dalam kontrak jangka masa pendek.

Kalau dulu kita bayangkan pekerjaan seperti “mak andam”, jurufoto perkahwinan dan

bidan kampung sebagai contoh pekerjaan tersebut, tetapi pemerolehan kerja melalui

digital platforms yang boleh diakses melalui aplikasi telefon bimbit dan komputer telah

membuka banyak peluang untuk lulusan kita yang berbakat, berinovatif dan mempunyai

kemahiran teknologi tinggi menyertai alam pekerjaan dengan pendapatan lumayan.

31. Untuk melengkapkan pembangunan Holistik pelajar, inisiatif LURE iaitu Learn,

Unlearn, Relearn and Entrepreneurship telah dilaksanakan kepada semua pelajar

melalui kerangka Job Creater. Ianya bertujuan memperkasakan ekosistem

keusahawanan di semua IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti. Bagi tahun 2018,

selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan KPT, kita menyasarkan 80% pelajar

mendapat pendedahan pendidikan keusahawan, 9% mendaftar perniagaan semasa

pengajian dan 3.5% graduan memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

32. Graduan kita telah menerima penghargaan apabila mereka terpilih sebagai ikon

TVET semasa pelancaran Majlis TVET Malaysia oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri pada 27 September 2017. Encik Silvestone Junit, seorang graduan Diploma

Pemasaran dari Politeknik Kota Kinabalu Sabah pada 2011 kini sedang mengurus

syarikat perusahaan pelancongan dengan pendapatan melebihi RM 30,000 sebulan.

Manakala Encik Amir Hamzah Abu Hassan yang memiliki sijil dari Kolej Komuniti Bukit

Beruang, berjaya menjalankan perniagaan penyenggaraan kenderaan mewah

berjenama BMW, Mini Cooper dan Mercedes.

33. Kita juga berbangga dengan pencapaian Encik Muhammad Naqib Ramlan

graduan sijil dari Kolej Komuniti Kuala Langat yang berjaya menjalankan beberapa

perniagaan dan sekarang ini, menggaji sehingga 280 orang pekerja. Manakala Encik

Nik Nasarudin Husain, seorang graduan Diploma Penyenggaraan Pesawat, kini

Page 13: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

membawa pulang pendapatan melebihi RM20,000 sebulan yang mana beliau bertugas

sebagai NDT Inspector di sebuah syarikat kejuruteraan besar dari negara Jepun.

34. Sebagai kelompok alumni yang perihatin, beberapa graduan telah menyumbang

kembali kepada pembangunan pelajar kita. Sebagai contoh, Puan Nur Fathiyah Omar,

lulusan sijil dari Kolej Komuniti Lahad Datu yang telah membimbing pelajar dan

masyarakat setempat dalam bidang keusahawanan. Beliau sendiri telah menerima

pelbagai pengiktirafan seperti penerima Geran Tunas Belia Bumiputera dan Geran

DIDR Sabah, di samping pernah menjadi finalis program TUBERS 3.0 SME Corp.

J.(selingan) Mari kita lihat sedutan perkongsian pengalaman Puan Nur Fathiyah Omar

seterusnyaJ.

35. Begitulah antara individu-individu yang kita telah salurkan kepada program-

program TVET di politeknik dan kolej komuniti. Mereka telah melalui perjalanan

pembelajaran dan pembangunan diri di politeknik dan kolej komuniti agar potensi

mereka dapat dicungkil dan diserlahkan. Kini, alhamdulillah, mereka menjadi insan

yang berjaya serta kembali untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

(Memantapkan Perkongsian Industri dan Komuniti)

36. Pihak industri dan komuniti merupakan rakan strategik dalam inisiatif

pembangunan pelajar kita, sama ada mereka menyokong aktiviti pembelajaran,

peningkatan kemahiran dan inovasi atau membuka peluang pekerjaan kepada lulusan

kita. Tanpa mereka, pelaksanaan program berkaitan industri dan komuniti seperti

program Latihan Industri Pelajar, Work-Based Learning, CEO Faculty, Sangkutan

Industri Pensyarah, Teaching Factory, Industry-In-Campus, Rumah Komuniti atau

MyPolyHome dan banyak lagi program kolaborasi dan kerjasama; tidak dapat

dijalankan. Ia juga mengukuhkan ekosistem kerjasama lingkaran empat pihak atau

quadruple helix yang menghubungkan akademia, industri, kerajaan dan masyarakat

Page 14: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

dalam usaha kita terutamanya untuk membantu peningkatan produktiviti syarikat-

syarikat kecil dan sederhana.

37. Kita juga mempunyai program kerjasama dengan MMC Corporation,

PETRONAS, Trans Resources Corporation, Ali Baba Group, Konsortium Syarikat

Automotif Malaysia, Les Copaque dan rangkaian 18 buah hotel 5 bintang di Langkawi

antaranya, melibatkan skop seperti penempatan latihan pelajar, sangkutan pensyarah,

penempatan reskilling dan upskilling pekerja dan komuniti, penubuhan pusat latihan

dan akademia, aktiviti perpindahan teknologi dan perkongsian kepakaran serta

penyelidikan bersama.

38. Tahun 2018 ialah tahun pelaksanaan Program Year of Industry@PolyCC. Untuk

itu, kita akan memperkasakan aktiviti kolaborasi dengan pihak industri melalui beberapa

program signature seperti berikut:

a. First Year Industry Experience atau FYIe;

b. Academia-Industry Centre;

c. Professional Industry Certification;

d. CEO@Faculty;

e. Work-Based Learning; dan

f. Teaching Factory

39. Program First Year Industri Experience (FYIe) merupakan suatu usaha untuk

memberi pendedahan kemahiran industri pelajar mulai tahun pertama. Program rintis

bermula tahun 2018 selari dengan program pembangunan talent kumpulan tenaga kerja

kolar biru khusus dalam pengurusan pelabuhan seperti dicadangkan oleh pihak

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, sebuah anak syarikat MMC Corporation Berhad.

Saya menyaran agar program ini diperluaskan pelaksanaannya kepada beberapa lagi

program pengajian yang lain.

Page 15: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

40. Manakala, beberapa Pusat Akademia-Industri di Politeknik telah ditubuhkan

dengan kerjasama beberapa syarikat. Sebagai contoh, Trans Resources Corporation

Sdn. Bhd. (TRC) Edu Center dan Politeknik Ungku Omar menubuhkan pusat akademia-

industri bagi menyokong pelaksanaan program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

Awam dengan menggunakan pendekatan WBL. Selain itu, MMC Corporation Berhad

melalui Polytechnic Education Centre menyumbang peralatan dan menawarkan tempat

bagi menjalani Latihan Industri kepada pelajar politeknik di beberapa anak syarikat

MMC.

41. Seterusnya, program Professional/Industry Certification (PIC) yang merupakan

program pensijilan industri dan kelayakan profesional bagi melengkapkan kemahiran

tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti seiring dengan teknologi terkini.

Sehingga ini, sejumlah 218 tenaga pengajar melalui 20 program telah memperolehi

pensijilan antaranya Certified Fiber Optic Technologist, Halal Assurance Management

System, Aplikasi Microsoft Project Dalam Industri Pembinaan, Profesional Certification

In Data Science dan Building Information Modelling. Program PIC akan diperluaskan

kepada lebih ramai tenaga pengajar bagi meningkatkan kerelevanan pengajaran di

institusi.

42. Sehingga tahun 2017, 27 orang tokoh industri telah menyertai Program

CeoFaculty@politeknik bersama dengan pihak industri. Program ini bertujuan untuk

meningkatkan perkongsian pengetahuan, kepakaran dalam bidang masing-masing di

antara wakil industri dan politeknik bagi melahirkan graduan yang relevan serta

membantu meningkatkan jaringan kolaborasi antara industri dengan politeknik bagi hal-

hal berkaitan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, latihan, penilaian dan

penyelidikan. Program Ceo@Faculty akan diteruskan di politeknik dan diperluaskan ke

kolej komuniti pada tahun 2018 seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri

semalam.

43. Pendekatan Work-Based Learning diperkenalkan secara meluas dan semakin

mendapat tempat dalam bidang TVET di semua peringkat pengajian. Work-Based

Page 16: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

Learning merupakan satu pendekatan berstruktur yang menyediakan pelajar dengan

pengalaman kerja sebenar melalui program imersif yang dibimbing oleh pengamal

industri yang menyumbang kepada kebolehpasaran graduan. Work-Based Learning

melibatkan tiga pihak utama iaitu pelajar, institusi dan industri dalam aktiviti

pembelajaran dan pengajaran dalam persekitaran industri. Sehingga ini, 7 Program

Sarjana Muda, 5 Diploma dan 1 Diploma Eksekutif yang menggunakan pendekatan

secara Work-Based Learning di politeknik manakala semua program diploma di kolej

komuniti ditawarkan melalui pendekatan Work-Based Learning. Program Work-Based

Learning akan terus diperluaskan terutamanya dalam penawaran bidang baharu yang

diperlukan pihak industri.

44. Satu lagi manfaat yang telah kita peroleh daripada perkongsian dengan pihak

industri ialah pelaksanaan Teaching Factory. Konsep Teaching Factory merupakan

adaptasi pendekatan Teaching Hospital yang menghubungkan pendidikan dan latihan

kepada dunia pekerjaan sebenar. Seperti yang kita ketahui, amalan industri cepat

berubah. Justeru terdapat keperluan untuk menganjak amalan industri seperti di kilang

kepada persekitaran pembelajaran dan sebaliknya, membawa amalan pembelajaran

kepada persekitaran kilang. Kini, menggunakan ICT, Teaching Factory menyepadukan

amalan perkilangan di industri melalui teknologi digital dan peralatan kilang digunakan

sebagai platform pembelajaran dan pengajaran. Teaching Factory mengurangkan

jurang pengetahuan industri-akademia, melaksanakan pembaharuan dalam pengajaran

dan memanfaatkan pengetahuan baharu melalui amalan industri serta menyokong

pertumbuhan industri secara berterusan.

45. Sebagai contoh, Politeknik Melaka merealisasikan pelaksanaan konsep

Teaching Factory dalam bidang Industrialised Building System (IBS) melalui kerjasama

dengan GPIBS Sdn Bhd, Ronasniaga Sdn Bhd dan Ajiya Sdn Bhd yang menyumbang

mesin dan peralatan serta latihan oleh Innovacia Sdn Bhd dan Ascension Sdn Bhd.

Pihak industri pula memanfaat makmal Pusat Teknologi IBS Politeknik Melaka

bersama-sama pelajar bagi peningkatan kepakaran dan kemahiran pekerja mereka.

Page 17: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

46. Manakala, Kolej Komuniti Selayang melaksanakan program Inspired Kitchen

(IK@CC Selayang) yang telah membuka sayapnya di premis Kementerian Pendidikan

Tinggi. Program ini wujud sebagai platform untuk melatih pelajar program asas kulinari

yang juga disertai pelajar kelainan upaya bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan

interaksi dengan masyarakat. IK@CC Selayang membolehkan authentic learning dan

immersive learning berlaku, seterusnya membina keyakinan dan jati diri pelajar serta

menyerlahkan potensi mereka untuk menyertai aktiviti keusahawanan kelak. Saya

mencadangkan Kolej Komuniti Selayang mengembangkan usaha ini untuk

memasarkan produk minuman mereka seterusnya secara atas talian.

47. Saya dimaklumkan beberapa institusi lain seperti Politeknik Ungku Omar,

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan

Haji Ahmad Shah, Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Manjung sudahpun

melaksanakan konsep Teaching Factory. Saya menyarankan agar perlaksanaan

konsep Teaching Factory diperluas dan diperkasakan di semua institusi lain.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

48. Seperti yang kita semua sedia maklum, politeknik dan kolej komuniti

mempelopori konsep My Beautiful New Home (MyBNHome) yang diumumkan Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2017.

49. Rumah Komuniti yang dipelopori kolej komuniti, dan MyPolyHome yang diterajui

politeknik, merupakan inisiatif Kementerian bermula pada tahun 2016, untuk membantu

golongan miskin (B40) memiliki rumah sendiri. Rumah bersaiz 600 kaki persegi dan

bernilai sekitar RM 20,000 dibina oleh pelajar di bawah pengawasan pensyarah

menggunakan teknik pembinaan pratuang Industrialised Building System (IBS).

Sehingga ini, 40 buah rumah telah berjaya disiapkan di seluruh negara.

50. Seterusnya, pada awal tahun 2017, pelajar politeknik dan kolej komuniti telah

merintis pembinaan 50 unit MyBNHome di Batu 10, Kampung Lekir Manjung, Perak.

Page 18: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

Rumah yang berkeluasan 750 kaki persegi disiapkan dalam masa 3 bulan. Projek ini

menggunakan konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan

Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kerajaan-Kerajaan Negeri,

Bank Simpanan Nasional dan syarikat pembekal teknologi IBS. Kini, 50 unit lagi

MyBNHome telah disiapkan di Mukim Lipat Kajang, Jasin Melaka. JJ(selingan) Mari

kita lihat pengkisahan pelaksanaan MYBNHome

51. Apa yang menarik mengenai kedua-dua projek ini adalah kerja reka bentuk dan

kajian untuk menambahbaik teknologi pembinaan dilaksanakan sendiri oleh pensyarah

kita di politeknik dan kolej komuniti. Pelajar-pelajar kita pula mendapat hands-on skills

dalam teknik pembinaan baharu sekali gus membolehkan perpindahan teknologi

daripada pihak industri. Ahli masyarakat pula menerima manfaat hasil daripada

pembinaan yang murah dan cepat untuk disiapkan. Kita dimaklumkan projek

MyBNHome akan diteruskan mengikut kesediaan pihak Kerajaan Negeri yang

menyediakan tapak yang bersesuaian. Pada masa ini, negeri Pahang, Kedah,

Terengganu dan Negeri Sembilan telah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan

kita. Kita di politeknik dan kolej komuniti, bersedia bila-bila masa untuk merealisasikan

hasrat ini.

52. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, bersetuju dengan saya

bahawa masyarakat sudah mula mempercayai kemampuan dan kemahiran pelajar kita

apabila politeknik dan kolej komuniti dipilih menjayakan program Touch Points Cabinet

Away Day 2017. Program ini merupakan projek berimpak tinggi untuk rakyat dalam

bentuk khidmat sosial masyarakat dengan melaksanakan kerja baik pulih kediaman

terutamanya mereka dalam kalangan kelompok miskin tegar dan untuk kemudahan

awam yang lain. Kedua-dua politeknik dan kolej komuniti menerima peruntukan bernilai

RM 7.5 juta dan dengan jumlah tersebut, 10,000 sukarelawan yang terdiri daripada

pelajar dan kakitangan telah melaksanakan kerja pembinaan dan baik pulih kecil di

1,533 buah rumah, 14 masjid dan 6 pusat tahfidz. Antara kerja kemahiran yang

diaplikasikan oleh pelajar ialah kerja-kerja seperti teknologi pendawaian, perpaipan,

bumbung dan kemasan lantai.

Page 19: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

53. Untuk makluman semua, program Touch Points Cabinet Away Day 2017

dilaksanakan dengan kerjasama pihak Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN, Jawatankuasa

Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ketua-Ketua kampung dan masyarakat

setempat. Maklum balas positif dan ucapan terima kasih yang dizahirkan oleh mereka

yang menerima manfaat amat melegakan kita, kerana sekurang-kurangnya bakti kita

untuk membantu memenuhi keperluan asas rumah dan meringankan beban yang

dihadapi, diiktiraf oleh mereka. Saya mewakili semua warga pengurusan di Jabatan

mengucapkan syabas dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

yang terlibat menjayakan program ini. Terima kasih tuan-tuan. Inilah seperti yang

dihasratkan dalam salah satu objektif strategik kita iaitu “memastikan sumbangan

signifikan kepada negara dan komuniti”.

(Memperkaya Bakat)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

54. Tahun 2017 menyaksikan beberapa pencapaian cemerlang warga dalam

beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh,

warga politeknik dan kolej komuniti menerima 20 pingat emas dalam pertandingan

inovasi antarabangsa seperti Geneva International Exhibition of Invention, Seoul

International Invention Fair, Kuala Lumpur International Invention, Innovation &

Technology Exhibition dan lain-lain. Dua warga kolej komuniti juga telah berjaya

bertanding sehingga ke peringkat akhir dalam Tokyo Modest Fashion Show: Generation

M Design Award, Tokyo 2017. Contoh kejayaan tersebut di atas, merupakan antara

individu-individu berbakat yang membuktikan warga kita tidak kurang hebatnya di

pentas pertandingan peringkat antarabangsa.

55. Tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti terdiri daripada kalangan Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Tinggi (PPPT). Selain daripada melaksanakan tugas teras

PPPT dengan cemerlang, kita menggalakkan semua PPPT mengejar kecemerlangan

dalam apa jua bidang kepakaran dan kemahiran mereka. Skim PPPT mengiktiraf bakat

Page 20: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

tersebut dan ianya diambil kira sebagai salah satu kriteria dalam kenaikan pangkat

tenaga pengajar.

56. Namun begitu pembangunan bakat dalam Skim PPPT menitikberatkan

kemaslahatan organisasi mengatasi kepentingan individu. Oleh itu, Skim PPPT

menekankan pembangunan bakat yang holistik berteraskan pembelajaran berterusan

dan pembangunan komponen kompetensi merangkumi kepimpinan dan pengurusan,

pendidikan, profesionalisme, komunikasi, kompetensi khusus dalam bidang kerja,

tanggungjawab dan urusan organisasi serta ketrampilan diri yang mencakupi aspek

fizikal, mental dan spiritual.

57. Justeru dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti, 2018 – 2025, kita

merancang untuk melaksanakan program pembangunan bakat yang komprehensif.

Antara beberapa inisiatif baharu yang dirancang adalah seperti merekrut tenaga

pengajar baru daripada kalangan mereka yang berpengalaman industri, mencapai

sasaran 50 peratus tenaga pengajar mempunyai pengalaman industri menjelang tahun

2020, meningkatkan bilangan tenaga pengajar dengan pensijilan industri dan kelayakan

profesional; dan meningkatkan gred kenaikan pangkat kategori I sehingga ke gred

Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa

satu usaha penambahbaikan skim sedang dirancang untuk memperkukuhkan bakat

insan PPPT agar sejajar dengan ciri “profesional efektif” yang kita dihasratkan.

(Melestari Institusi Kondusif)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

58. Pada masa ini, 36 politeknik dan 94 kolej komuniti sedang beroperasi di seluruh

negara. Pihak Kementerian merancang untuk membina 19 kampus lagi yang terdiri

daripada politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan dalam tahun ini. Ini termasuk

kampus politeknik yang ditukar fungsi daripada Institut Pendidikan Guru dan sebilangan

kolej komuniti yang ditubuhkan secara cawangan. Dengan bilangan institusi yang lebih

Page 21: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

banyak ini, penyeliaan tadbir urus institusi perlu diperkemaskan lagi. Justeru, Pelan

Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti, 2018 – 2025 melalui teras strategik “melestari

institusi kondusif” merancang memperkenalkan beberapa inisiatif, antaranya

pelaksanaan lean management, budaya kerja positif, campus-wide digitally connected

dan usaha-usaha ke arah pencapaian kemampanan kewangan, mengoptimum

keberkesanan kos dan keakuran kewangan (financial compliance).

59. Satu kaedah untuk mengukur kecemerlangan institusi kita adalah untuk

membuat perbandingan dengan institusi seumpamanya di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, penandarasan melalui Asia Pacific Accreditation and Certification

Commission (APACC) menunjukkan sembilan daripada empat belas institusi TVET

dalam rantau Asia Pasifik yang mendapat tahap emas adalah daripada kalangan

Politeknik Malaysia. Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (POLIMAS)

merupakan Politeknik Malaysia ke-sembilan mendapat anugerah tersebut pada bulan

Disember 2017. Syabas dan tahniah diucapkan !!!

60. Seterusnya, Politeknik Nilai merupakan Politeknik Malaysia ketiga selepas

Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah diiktiraf sebagai

Pusat Latihan Bertauliah dari The Chartered Institute of Logistics and Transport dan

Kolej Komuniti Kepala Batas dijadikan Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid and Elektrik

(EEV) dengan Institute of Motor Industry United Kingdom. Manakala, Politeknik Ungku

Omar menjadi salah satu institusi yang menjalankan program Watchkeeping

Certification for Seafarers sejak tahun 2008, dan kini melaksanakan Electro-Technical

Officer Certification dengan kerjasama Technology Depository Agency. Kedua-dua

program ini diiktiraf International Maritime Organisation.

61. Secara ringkasnya, inisiatif pengantarabangsaan merupakan pendekatan yang

mesti ambil untuk institusi kita berada sebaris dengan institusi TVET di luar negara.

Kita menaruh harapan bahawa program kerjasama melalui Learning Express dengan

Singapore Polytechnic, program SEA TVET dengan institusi TVET Thailand dan

Indonesia, kerjasama dengan Shenzhen Polytechnic dan kolaborasi dalam bidang

renewable energy dengan Schneider Electrics akan memberi kesan positif kepada

Page 22: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

pelestarian institusi yang kondusif yang meningkatkan reputasi politeknik dan kolej

komuniti di peringkat antarabangsa.

(Mengarusperdanakan inovasi)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

62. Dalam mendepani era Industry 4.0, politeknik dan kolej komuniti perlu memberi

tumpuan kepada usaha inovasi. Kejayaan kita melaksanakan projek Public Private

Research Network (PPRN) menunjukkan kita sebenarnya berupaya untuk

melaksanakan inovasi. Ini setanding dengan ITE Singapore dan politeknik-politeknik di

Singapura yang diberi insentif oleh Kerajaan untuk membantu syarikat kecil dan

sederhana melaksanakan inovasi proses pengilangan bagi meningkatkan produktiviti

pengeluaran.

63. PPRN merupakan contoh penyelidikan gunaan bersifat demand-driven dan

berkonsepkan lingkaran quadruple helix melibatkan academia, industri, kerajaan dan

masyarakat. Secara keseluruhannya, Politeknik telah melaksanakan 81 projek Public

Private Research Network (PPRN) dengan nilai geran sejumlah RM 2.6 juta. Dalam

acara Global Entrepreneurship Community Summit pada Disember lalu, Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mendapat Anugerah PPRN kategori The Best

Solution Provider. Mereka juga menerima hadiah wang sejumlah RM 50,000 yang

disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Anugerah ini di atas

kejayaan mereka menyiapkan 15 projek dalam tempoh masa singkat dengan kos yang

rendah. Secara umumnya, PPRN merupakan usaha politeknik dan kolej komuniti bagi

melaksanakan agenda merakyatkan inovasi dan kemahiran.

64. Ternyata bahawa budaya penyelidikan yang dipupuk sekian lama dalam

kalangan tenaga pengajar kita melalui beberapa program bina upaya penyelidikan dan

juga melalui insentif kriteria kecemerlangan Skim Pendidikan Pengajian Tinggi berjaya

mencungkil potensi warga kita dalam penyelidikan dan inovasi. Saya sarankan semua

Page 23: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

warga merebut peluang bagi melaksanakan projek-projek inovasi sama ada melalui

projek PPRN, usahasama bersama universiti dan institut penyelidikan atau melalui

projek-projek geran sepadan (matching grant). Malahan, dalam konteks ini, peranan

politeknik dan kolej komuniti adalah untuk memasyarakatkan penyelidikan. Usaha

inovasi ini perlu dibudayakan agar industri dan masyarakat akan mendapat manfaat

daripada kehadiran politeknik dan kolej komuniti.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

65. Sejak penubuhannya pada tahun 1969, politeknik sememangnya merupakan

sebuah organisasi yang sentiasa melakukan pembaharuan. Politeknik telah

menginstitusikan pelaksanaan latihan industri dalam semua program pengajian.

Politeknik bersama kolej komuniti juga merupakan organisasi yang pertama

melaksanakan program Sangkutan Industri Pensyarah, program Work-Based Learning,

program pelawat industri dan beberapa lagi inisiatif berinovatif yang berpacukan

industri. Justeru, kita perlu berani melaksanakan inisiatif baharu seperti

memperkenalkan modul PSH berkredit, memperkenalkan program baharu selaras

dengan perkembangan IR 4.0 dan meningkatkan bilangan program menggunakan

pendekatan pembelajaran digital.

66. Kita perlu mengekalkan momentum inovasi ini, kerana saya percaya bahawa kita

berada pada titik hujung (tipping point) fasa baru revolusi digital. Dan saya benar-benar

percaya bahawa inovasi kekal menjadi penting dalam era baru ini.

67. Steve Case, salah satu seorang pelopor INTERNET dan pengasas bersama

AOL, berpendapat bahawa terdapat tiga gelombang besar dalam teknologi digital:

Gelombang Pertama membina INTERNET. Gelombang Kedua ialah revolusi bergerak

dan penciptaan ekonomi berasaskan aplikasi.

68. Sekarang kita berada dalam peralihan ke Gelombang Ketiga. Ini terbukti apabila

teknologi digital dan INTERNET meninggalkan infrastruktur tradisional, dan berpindah

Page 24: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

ke sektor kesihatan, tenaga, pengangkutan dan kewangan yang dikawal selia. Ini

merupakan dunia Internet of Things dan Data Raya (Big Data)

69. Jika telahan Steve Case betul, maka politeknik dan kolej komuniti perlu menjadi

lebih inovatif; pada peringkat ini, inovasi sektor industri akan lebih bergantung kepada

inovasi dalam sektor TVET. Teknologi baru yang merealisasikan gelombang ketiga

akan berlandaskan komponen teknologi dan sains yang kuat. Lihat saja bitcoin dan

blockchain yang mempunyai teras utama dalam bidang ilmu matematik dan kriptografi.

Tengok saja kereta elektrik, disambungkan menjadi kereta autonomous, yang

bergantung kepada kesatuan lancar perisian dan perkakasan.

70. Justeru, perubahan terancang melalui Pelan Strategik Politeknik dan Kolej

Komuniti, 2018 – 2025 menjadi sandaran untuk kita terus bergerak ke depan dan

memberi sumbangan signifikan kepada negara dan komuniti. Jadi marilah kita bersama

dalam perjalanan ini untuk membawa politeknik dan kolej komuniti menerajui TVET

negara.

(PENUTUP)

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

71. Kita yakin masa depan politeknik dan kolej komuniti akan terus menyinar.

Peningkatan bilangan institusi menjadi bukti kepercayaan Kerajaan agar politeknik dan

kolej komuniti akan terus menerajui TVET negara.

72. Perjalanan ini bermula di sini, tuan-tuan dan puan-puan, sebagai pelaksana

utama akan merealisasikan keyakinan TVET sebagai pemacu perubahan kepada

pembangunan negara. Oleh itu, seluruh warga menjadi sandaran mendepani cabaran,

mengatasi kepentingan diri demi memenuhi keperluan pelajar, ibu bapa dan juga pihak

industri.

Page 25: AMANAT KETUA PENGARAH TAHUN BARU 2018 pekerja industri mengikuti pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat yang berlangsung saban minggu di semua institusi kita seluruh negara

73. Sama-samalah kita menjalankan amanah ini dengan penuh ihsan menggunakan

kebijaksanaan sejagat.

74. Sebelum saya mengakhiri amanat ini, terima kasih saya ucapkan ke atas

kehadiran semua dalam perhimpunan pagi ini. Terima kasih Politeknik Nilai Negeri

Sembilan kerana sudi menjadi tuan rumah untuk pagi ini.

75. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH Subahanawata’ala agar segala yang

kita rancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Pelaksanaannya pula perlu

dengan penuh integriti dan etika agar kita akan mendapat keberkatanNya jua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih. SOARING UPWARDS !