pelan tindakan pengungsian bangunan · pdf filejk keselamatan pengurusan pmk . 2 sop - pelan...

Download PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN · PDF filejk keselamatan pengurusan pmk . 2 sop - pelan tindakan pengungsian bangunan ketika kecemasan/bencana ... pelan kecemasan/ kebakaran pmk

If you can't read please download the document

Upload: hoangdat

Post on 06-Feb-2018

344 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

  • 1 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

    PELAN TINDAKAN

    PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN /

    BENCANA

    POLITEKNIK MELAKA (PMK) 2013

    (VERSI 2)

    DISEDIAKAN OLEH:

    JK KESELAMATAN PENGURUSAN PMK

  • 2 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

    PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN /

    BENCANA POLITEKNIK MELAKA

    1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) SOP ini disediakan bertujuan untuk : 1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan

    selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan PMK.

    1.2 Warga PMK dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana

    1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut

    perancangan untuk menyelamatkan diri 1.4 Pemindahan keluar warga PMK daripada bangunan dapat dilakukan dengan

    teratur dan pantas.

    2.0 DIBANGUNKAN OLEH 2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Jadual 1 2.2 Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH) rujuk Jadual 2

    3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP 3.1 Pegawai Keselamatan Jabatan 3.2 AJK Keselamatan Pengurusan Jabatan / Unit 3.3 AJK Keselamatan Pelaksana OSH Jabatan / Unit 3.4 Ketua Unit dan Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) 3.5 Pengawal Keselamatan 3.6 Pensyarah 3.7 Staf Sokongan 3.8 Pelajar dan 3.9 Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan PMK

    4.0 PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

  • 3 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan di mana-mana lokasi atau bangunan PMK.

    5.0 RINGKASAN PROSEDUR

    Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu diambil dengan segera iaitu : 5.1 Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual

    5.2 Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil

    5.3 Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pegawai Keselamatan Jabatan

    / Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) / Pengawal Keselamatan

    5.4 Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pasukan Quick Respose Team secara adhoc

    5.5 Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa 5.6 Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat 5.7 Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas 5.8 Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan pantas 5.9 Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan

    Jabatan / Pasukan Quick Respose Team / Pengawal Keselamatan 5.10 Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Quick Response Team (QRT) /

    Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan / bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi

    6.0 PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN

    Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan. 6.1 Tindakan Menyelamatkan Diri

    Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga PMK dan orang awam / pelawat hendaklah : i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik

    berdekatan anda serta cabutkan plug ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN PMK iii. Jangan berlari, tolak-menolak dan panik iv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal

  • 4 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    v. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Quick Response Team (QRT)

    vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Dataran Politeknik Melaka (Assembly Point)

    vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 06-2838481/82, 06-2311315 atau dail TALIAN KECEMASAN 999

    viii. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/KEBAKARAN PMK dengan teliti (rujuk Jadual 4)

    6.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/Pasukan Quick Respose Team (Pasukan QRT) i. Bunyikan wisel berulang kali (jika alarm automatik tidak berbunyi)

    gunakan PA sistem jika perlu ii. Matikan semua punca elektrik dan cabut plug iii. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam

    keselamatan diri, sila jalankan usaha memadam. iv. Jika didapati kebakaran telah merebak dan ada penghuni di bangunan

    tersebut, beri arahan untuk mengosongkan bangunan. v. Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/ pelawat keluar bangunan

    melalui pintu kecemasan (jika releven) dan tutup pintu rintangan api selepas keluar.

    vi. Berkumpul di ICP (Incident Command Post) untuk menerima arahan daripada Ketua Pasukan QRT bertempat di depan Pejabat Pentadbiran.

    vii. Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/pelawat berkumpul di tempat berkumpul (Assembly Point) dan pastikan keadaan terkawal.

    viii. Buat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak sekiranya ada yang masih tertinggal dalam bangunan bagi kumpulan di bawah kawalan masing-masing.

    ix. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja.

    x. Hubungi Pegawal Keselamatan bertugas di pondok kawalan untuk bantuan. Jika perlu, terus hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    xi. Sedia untuk bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.

    xii. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital terdekat (mengikut keadaan).

    6.3 Tindakan Pengawal Keselamatan

    i Ketika berlaku kecemasan/ bencana pihak kawalan keselamatan perlu memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan PMK

    ii. Ketiga-tiga pondok kawalan perlu di kawal rapi oleh Pengawal Keselamatan (pintu hadapan, sisi dan belakang) dan perlu mencegah

  • 5 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    sesiapa sahaja yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan bangunan.

    iii. Pengawal Keselamatan perlu membantu Pasukan Quick Respose Team jika bantuan diperlukan

    6.4 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

    i. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

    Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

    1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.

    2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.

    3. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat)

    4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

    ii. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

    Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:

    1. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api.

    2. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)

    3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan

    4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk

    5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan

    6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tiada jalan lain lagi.

  • 6 SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

    6.5 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

    Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan. Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat adalah seperti berikut :

    1. Pemegang kunci induk keseluruhan PMK adalah dipegang oleh Pegawai yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan dan unit di PMK. Setiap pengguna perlu mengisi Buku Rekod Kunci PMK jika terdapat keperluan sahaja.

    2. Pemegang kunci asal untuk setiap fasiliti lain di jabatan/unit, bilik kuliah, bengkel dan bilik seminar adalah dipegang oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit sendiri.

    3. Walaubagaimanapun untuk tujuan penggunaan harian semasa kelas; kunci bilik kuliah, bengkel dan bilik seminar perlu di ambil daripada kotak kunci di Bilik Penyarah Utama mengikut warna jabatan masing-masing.

    4. Kunci-kunci grill untuk memasuki bilik-bilik kuliah adalah dipegang oleh Pembantu Am Pejabat dan dibuka pada waktu pagi sekitar jam 7.30 pagi dan ditutup pada waktu ptg sekitar jam 6.30 ptg mengikut jadual mas