sop - pelan tindakan pengungsian bangunan ketika

28
SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA POLITEKNIK MELAKA 1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) SOP ini disediakan bertujuan untuk : 1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan PMK. 1.2 Warga PMK dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana 1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut perancangan untuk menyelamatkan diri 1.4 Pemindahan keluar warga PMK daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas. 2.0 DIBANGUNKAN OLEH 2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Jadual 1 2.2 Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH) – rujuk Jadual 2 3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP 3.1 Pegawai Keselamatan Jabatan 3.2 AJK Keselamatan Pengurusan Jabatan / Unit 3.3 AJK Keselamatan Pelaksana OSH Jabatan / Unit 1

Upload: phunglien

Post on 28-Jan-2017

394 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN /

BENCANA POLITEKNIK MELAKA

1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

SOP ini disediakan bertujuan untuk :

1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan PMK.

1.2 Warga PMK dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana

1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut perancangan untuk menyelamatkan diri

1.4 Pemindahan keluar warga PMK daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas.

2.0 DIBANGUNKAN OLEH

2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Jadual 12.2 Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH) – rujuk Jadual 2

3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP

3.1 Pegawai Keselamatan Jabatan3.2 AJK Keselamatan Pengurusan Jabatan / Unit3.3 AJK Keselamatan Pelaksana OSH Jabatan / Unit 3.4 Ketua Unit dan Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS)3.5 Pengawal Keselamatan3.6 Pensyarah3.7 Staf Sokongan3.8 Pelajar dan3.9 Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan PMK

4.0 PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan di mana-mana lokasi atau bangunan PMK.

1

Page 2: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

5.0 RINGKASAN PROSEDUR

Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu diambil dengan segera iaitu :

5.1 Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual

5.2 Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil

5.3 Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pegawai Keselamatan Jabatan / Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) / Pengawal Keselamatan

5.4 Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pasukan Quick Respose Team secara adhoc

5.5 Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa

5.6 Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat

5.7 Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas

5.8 Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan pantas

5.9 Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Quick Respose Team / Pengawal Keselamatan

5.10 Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Quick Response Team (QRT) / Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan / bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi

6.0 PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN

Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan.

6.1 Tindakan Menyelamatkan Diri

Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga PMK dan orang awam / pelawat hendaklah :

i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan anda serta cabutkan plug

ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN PMKiii. Jangan berlari, tolak-menolak dan panikiv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggalv. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Quick

Response Team (QRT)vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Dataran

Politeknik Melaka (Assembly Point)

2

Page 3: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 06-2838481/82, 06-2311315 atau dail TALIAN KECEMASAN 999

viii. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/KEBAKARAN PMK dengan teliti (rujuk Jadual 4)

6.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/Pasukan Quick Respose Team (Pasukan QRT)

i. Bunyikan wisel berulang kali (jika alarm automatik tidak berbunyi) gunakan PA sistem jika perlu

ii. Matikan semua punca elektrik dan cabut plugiii. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam

keselamatan diri, sila jalankan usaha memadam.iv. Jika didapati kebakaran telah merebak dan ada penghuni di bangunan

tersebut, beri arahan untuk mengosongkan bangunan.v. Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/ pelawat keluar bangunan

melalui pintu kecemasan (jika releven) dan tutup pintu rintangan api selepas keluar.

vi. Berkumpul di ICP (Incident Command Post) untuk menerima arahan daripada Ketua Pasukan QRT bertempat di depan Pejabat Pentadbiran.

vii. Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/pelawat berkumpul di tempat berkumpul (Assembly Point) dan pastikan keadaan terkawal.

viii. Buat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak sekiranya ada yang masih tertinggal dalam bangunan bagi kumpulan di bawah kawalan masing-masing.

ix. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja.

x. Hubungi Pegawal Keselamatan bertugas di pondok kawalan untuk bantuan. Jika perlu, terus hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

xi. Sedia untuk bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.

xii. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital terdekat (mengikut keadaan).

6.3 Tindakan Pengawal Keselamatan

i Ketika berlaku kecemasan/ bencana pihak kawalan keselamatan perlu memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan PMK

ii. Ketiga-tiga pondok kawalan perlu di kawal rapi oleh Pengawal Keselamatan (pintu hadapan, sisi dan belakang) dan perlu mencegah sesiapa sahaja yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan bangunan.

iii. Pengawal Keselamatan perlu membantu Pasukan Quick Respose Team jika bantuan diperlukan

3

Page 4: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

6.4 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

i. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.

2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.

3. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat)

4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

ii. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:

1. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api.

2. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)

3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan

4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk

5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan

6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tiada jalan lain lagi.

4

Page 5: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

6.5 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan. Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat adalah seperti berikut :

1. Pemegang kunci induk keseluruhan PMK adalah dipegang oleh Pegawai yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan dan unit di PMK. Setiap pengguna perlu mengisi Buku Rekod Kunci PMK jika terdapat keperluan sahaja.

2. Pemegang kunci asal untuk setiap fasiliti lain di jabatan/unit, bilik kuliah, bengkel dan bilik seminar adalah dipegang oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit sendiri.

3. Walaubagaimanapun untuk tujuan penggunaan harian semasa kelas; kunci bilik kuliah, bengkel dan bilik seminar perlu di ambil daripada kotak kunci di Bilik Penyarah Utama mengikut warna jabatan masing-masing.

4. Kunci-kunci grill untuk memasuki bilik-bilik kuliah adalah dipegang oleh Pembantu Am Pejabat dan dibuka pada waktu pagi sekitar jam 7.30 pagi dan ditutup pada waktu ptg sekitar jam 6.30 ptg mengikut jadual masing-masing. Keselamatan bilik-bilik kuliah adalah di bawah tanggungjawab Pembantu Am Pejabat ini.

5. Kunci-kunci grill Aras Bawah adalah dipegang oleh Pengawal Keselamatan PMK dan dibuka pada waktu pagi sekitar jam 7.00 pagi dan ditutup pada waktu petang sekitar jam 7.00 ptg. Keselamatan laluan ke bilik kuliah adalah di bawah tanggungjawab Pengawal Keselamatan bertugas sehingga keesokan harinya.

6. Penggunaan bilik kuliah, bengkel, bilik seminar dan fasiliti lain di luar waktu pejabat perlu mengisi Borang Kebenaran Memasuki Premis Di Luar Waktu Pejabat yang perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan. Sesalinan borang ini perlu diserah kepada Pengawal Keselamatan PMK.

7. Setiap jenis kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran dan adalah DILARANG sama sekali dibuat ‘PENDUA’.

6.6 Panduan Keselamatan Bagi Kawasan Parkir Kenderaan dan Kawasan Pili Bomba

Bagi memudahkan tindakan segera diambil oleh semua pihak, berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi bagi menjamin tiada halangan berlaku semasa sebarang kecemasan/bencana :i. Dilarang meletak kenderaan secara BERLAPIS (Double Parking) di

perkarangan PMK pada setiap masa. ii. Meletak kenderaan secara BERUNDUR adalah amat digalakkaniii. Dilarang meletakkan motosikal di mana-mana kaki lima bangunan

PMKiv. Dilarang meletakkan kenderaan di dalam petak kuning pili bomba.v. Laluan belakang bangunan tidak boleh diletakkan kenderaan untuk

memberi laluan sekiranya berlaku kecemasan

5

Page 6: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

7.0 TAKRIF

Takrif adalah istilah khusus untuk menjelaskan beberapa perkara yang perlu diingati dan difahami oleh setiap warga PMK serta anggota yang terlibat semasa diancam bencana:

7.1 ICP (Incident Command Post) : Tempat berkumpul sementara di hadapan Pejabat Pentadbiran

7.2 Assembly Point : tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang selamat daripada lokasi kebakaran/bencana iaitu di Dataran Politeknik Melaka. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/ KEBAKARAN PMK.

7.3 Call Point : Loceng Penggera Kebakaran

7.4 Pasukan Quick Respose Team (Pasukan QRT) : merupakan satu Jawatankuasa Adhoc yang dibentuk oleh Pegawai Keselamatan Jabatan ketika kecemasan/ bencana

7.5 Notis Kebakaran :

Makluman Jenis bunyi penggera kebakaran Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba, dan Kaedah melawan kebakaran

7.6 Nada Bunyi Loceng Penggera :

7.7 Jenis-jenis kelengkapan/ peralatan bencana yang terdapat di PMK :

Bil Jenis

1. Sistem Penggera Manual

2. Peralatan Melawan Kebakaran

Alat Melawan Kebakaran Manual:

Alat Pemadam Api Mudah-Alih Pili Bomba Gelung Hos

6

Bunyi Loceng Berpanjangan

Apabila mendengar loceng penggera berbunyi berpanjangan, ataupun arahan melalui P.A sistem, tindakan segera mengosongkan bangunan perlu dimulakan.

Pasukan Quick Respose Team perlu memulakan arahan bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ menyelamat.

Page 7: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

8.0 KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 AJK Keselamatan Induk dan Pelaksana OSH di Jabatan/Unit perlu diberi pendedahan dan kursus/latihan mengenai Kawalan Keselamatan dan pendedahan tentang aspek menghadapi bencana seperti melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran.

8.2 Pegawal Keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil.

8.3 Pihak penyelenggara bangunan yang dipilih perlu mempunyai kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.

9.0 PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

CATATAN/ SENARAI

SEMAK

1. Memaklumkan dengan segera kepada Pegawai Keselamatan Jabatan tentang kecemasan/ bencana yang berlaku untuk tindakan diperingkat Jabatan

Warga PMK yang berhampiran kawasan bencana

2. Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pasukan Quick Response Team secara adhoc

Pegawai Keselamatan Jabatan/Pasukan QRT

3. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berserta maklumat seperti berikut:

Maklumat ringkas pengadu Lokasi bencana Peringkat bencana Maklumat ringkas berkaitan bencana /maklumat mangsa yang tercedera

Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT

4. Memastikan loceng penggera yang berbunyi berterusan (sebagai isyarat mengosongkan bangunan).

Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT Warga PMK

5. Bergerak ke ICP (Incident Command Post) dengan segera untuk menerima arahan daripada Ketua Pasukan QRT bertempat di hadapan Pejabat Pentadbiran

Pasukan Quick Response Team

6. Bergerak dengan segera ke tempat berkumpul (Assembly Point) mengikut

Warga PMK

7

Page 8: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

Pelan Laluan Kecemasan di Dataran Politeknik Melaka.

7. Mengaturkan dan memastikan proses pengungsian bangunan berlaku di setiap aras dan blok

Pegawai Keselamatan Jabatan/Pasukan Quick Response Team/Warga PMK

8. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara berikut diberi perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul (bergantung kepada situasi) :

i. Wang tunai dan dokumen-dokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan

ii. Tutup semua peralatan komputer atau matikan suis elektrik

Warga PMK

9. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari

Warga PMK

10. Bertenang dan tinggalkan tempat itu dengan secepat mungkin.

Warga PMK

11. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.

Warga PMK

12. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potong-memotong.

Warga PMK

13. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian

Warga PMK/ Pasukan QRT

14. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran.

Warga PMK dan Pasukan QRT

15. Menyemak senarai kakitangan yang berkumpul.

Pasukan QRT/KJ/KU

16. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Keselamatan Jabatan

Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT

17. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang tercedera

Pasukan Kesihatan/ Pasukan QRT

18. Bersedia bertindak membantu pihak bomba jika diperlukan misalnya bantuan

Pasukan QRT

8

Page 9: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik

10.0 CADANGAN KURSUS DAN LATIHAN

10.1 Semua warga PMK dicadangkan untuk menjalani latihan secara berkala. Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran/Bencana• Tindakan Apabila Mendengar Bunyi Penggera• Cara Menghubungi Perkhidmatan Bomba Dengan Betul• Lokasi Dan Cara Mengguna Peralatan• Laluan Menyelamatkan Diri• Tempat Berkumpul• Mengambil Kedatangan

10.2 Latihan (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 MINIT selepas loceng penggera berbunyi.

10.3 Kakitangan perlu diberikan kursus dan latihan asas supaya sentiasa sentiasa bersedia jika berlaku bencana. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali.

10.4 Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk menggunakannya.

Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar

Bagi keselamatan, laporkan kepada Pegawai Berkenaan jika anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan.

a) Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang

b) Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi

c) Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang

11.0 PENJAGAAN KAWASAN BANGUNAN

9

Page 10: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

11.1 Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur

11.2 Bersihkan dan buang sampah sarap

11.3 Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar

10

Page 11: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

JADUAL 1

JAWATANKUASA KESELAMATAN PENGURUSAN POLITEKNIK MELAKA BAGI TAHUN 2013

BIL JABATAN/ UNIT NAMA NO.TEL NO. PEJABAT

1.Pengerusi

Puan Hjh. Rashidah Binti Mustapha

013-630480806-337 6004

2.Timbalan Pengarah Encik Mohd Ariffin Bin Aman

012-916213606-3376249

3. Setiausaha Puan Siti Ramlah Binti Ahmad 017-6394232 06-3376009

4. KJKM Tuan Hj. Ahmad Bin Tulka 016-9050370 06-3376129

5.KJKA

Cik Fatimahwati Binti Abd Hamid

019-408883006-3376015

6. KJP Puan Hilmun Binti Mohamad 019-9176227 06-3376195

7. KJKE Encik Abdul Rahim Bin Jalaludin 012-5059151 06-3376013

8. KJPA Puan Marina Binti Abu Bakar 019-6564881 06-3376017

9. KJMSK Puan Anidah Binti Buang 013-6849051 06-3376078

10. KJHEPP Puan Ati Arini Binti Salim 019-6836334 06-3376118

11. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

(Wakil Unit)Encik Mohd Farizzal Bin Dolah

Muhamad

012-7929591 06-3376131

11

Page 12: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

JAWATANKUASA KESELAMATAN PENGURUSAN PMK

MATLAMAT UNIT

Mempertingkatkan kualiti keselamatan di PMK Mempertingkatkan aktiviti pemantauan hal-hal keselamatan di PMK

meningkatkan kualiti audit keselamatan di PMK (Dalaman atau Luaran) Memastikan keadaan keselamatan PMK berada dalam keadaan terkawal dan baik.

OBJEKTIF

Membuat pemantauan hal-hal keselamatan secara lebih bersepadu Mengelakkan berlakunya gangguan hal-hal keselamatan Menjayakan aktiviti/program keselamatan di PMK Memudahkan proses audit keselamatan dalaman atau luaran (berkesan dan sistematik)

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Antara tugas dan tanggungjawab Ahli JK Keselamatan Pengurusan di PMK adalah :

1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa KeselamatanPengurusan PMK sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan dan hasil mesyuarat hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan PMK.

2. Membentangkan isu-isu berkaitan dengan hal-hal keselamatan yang berada di bawah seliaan Ketua Jabatan / Ketua Unit.

3. Membincangkan sebarang maklumat keselamatan mengikut agenda berikut:a. Status pelaksanaan Kontrak Keselamatan di PMKb. Status pelaksanaan hal-hal keselamatan pejabat dan persekitarannyac. Status keselamatan fasiliti gunasama dan khusus termasuk peralatan di PMK

d. Masalah-masalah lain berkaitan dengan keselamatan PMK

4. Menjalankan program Pengungsian Bangunan (Fire Drill) sekurang-kurangnya 1 kali setahun

12

Page 13: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

5. Mewujudkan , mengagihkan dan mengemaskini Pelan Laluan Kecemasan di luar dan dalam bangunan PMK

6. Mengetuai pasukan QRT – “Quick Response Team” pada waktu kecemasan / bencana di PMK

7. Memastikan pelaksanaan SOP-Pelan Pengungsian Bangunan Ketika Kecemasan / Bencana diikuti oleh semua staf di jabatan / unit

8. Melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini melibatkan hal-hal keselamatan di jabatan/ unit

9. Menguruskan pelantikan Pegawai Keselamatan Pengurusan Jabatan / Unit.

KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN PENGURUSAN PMK

Fungsi JK Keselamatan Pengurusan PMK adalah untuk merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek keselamatan di Jabatan / Unit, PMK

Keanggotaan JK Keselamatan (Induk) PMK adalah seperti berikut:-

Pengerusi : Pengarah (PMK)Timbalan Pengerusi : Pegawai Keselamatan Jabatan (Timbalan Pengarah- Peringkat PMK)Setiausaha : Pn. Siti Ramlah Binti AhmadAhli-Ahli JK : Semua Ketua Jabatan (Mewakili Jabatan)

Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Mewakili Unit)

13

Page 14: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

JADUAL 2

JAWATANKUASA KESELAMATAN (PELAKSANA OSH)POLITEKNIK MELAKA BAGI TAHUN 2013

BIL JABATAN /UNIT NAMA NO. TELNO.

PEJABAT

1 PengerusiEncik Mohd Ariffin Bin

Aman 012- 916213606-3376249

2Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Encik Mohd Farizzal Bin Dolah Muhamad 012-792 9591 06-3376000

3Jabatan Kejuruteraan

Awam Encik Hassan Bin Ismail 019-357127406-3376131

4Ketua Pasukan Quick Respose Team (QRT)

Tn Hj Mohamad Salleh Bin Abdullah 013-6225861

06-3376079

5Jabatan Kejuruteraan

Elektrik Cik Badariah Binti Hussein 012-332604606-3376131

6Jabatan Kejuruteraan

MekanikalEncik Abdul Rashid Bin

Talib 012-720600406-3376000

7 Jabatan PerdaganganEncik Shahrulnizam Bin

Bakar 012-539987506-3376052

8Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

Encik Mohd Subhan Bin Rohani 012-9149533 06-3376080

9 Jabatan Pengajian AmEncik Mohd Nazim Bin

Zakaria 019-970051006-3376031

10

Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan

KebudayaanEncik Mohd Firdaus Bin

Mazlan 017-372135606-3376031

11Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Puan. Dewi Binti Abu 013-6720217 06-3376058

12Unit Perhubungan dan

Latihan Industri Puan. Faridah Binti Lot 012-641205406-3376131

13 Unit PerpustakaanEncik Muhamad Hafiz Bin

Umar 012-614739306-3376019

14Unit

Peperiksaan/Setiausaha Puan Siti Hajar Binti Hussain 012-240514006-3376142

15Unit Pembangunan dan

SenggaraanPuan Teh Kamalia Binti

Hasan 019-626771406-3376116

14

Page 15: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

16 Unit Kualiti Puan Hazlina Binti Hasan 012-3407614 06-3376131

17Unit Alumni &

Pengesahan GraduanPuan Norwadiah Binti Mohd

Andai 012-2235280 06-3376052

18Unit Teknologi

Maklumat Khairul Azry Bin Mohamad 017-610671906-3376022

19 Unit InovasiEncik Amizan Yahya Bin

Jamil 013-252360606-3376068

20Unit Kaunseling dan

KerjayaPuan. Reni Suriani Binti

Hashim 012-666527906-3376163

21Unit Pentadbiran dan

Kewangan Puan. Hjh Kasmah Binti Abu 013-630313206-3376034

22Unit Multimedia &

SumberEncik Mohd Farid Bin Wahi

Annuar 017-360691906-3376072

23Unit Latihan &

Pendidikan Lanjutan Encik Mohd Saiful Bin Senin 012-630641606-3376042

24 Bilik Pensyarah Puan Fuziah Binti Ahmad 012-2657268 06-3376131

15

Page 16: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

JAWATANKUASA KESELAMATAN (PELAKSANA OSH) PMK

MATLAMAT UNIT

Mempertingkatkan kualiti Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di PMK Mempertingkatkan aktiviti pemantauan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan

di PMK

OBJEKTIF

Membuat pemantauan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih bersepadu

Mengelakkan berlakunya gangguan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Antara tugas dan tanggungjawab Ahli JK Keselamatan (Pelaksana OSH) di PMK adalah :

1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan (Pelaksana OSH) PMK sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan dan hasil mesyuarat hendaklah dilaporkan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan

2. Membentangkan isu-isu berkaitan dengan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berada di bawah seliaan Ketua Jabatan/Ketua Unit

3. Membincangkan sebarang maklumat keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut agenda berikut : (a) Status pelaksanaan aktiviti/program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PMK(b) Melaporkan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Spot The Hazard) di

pejabat dan persekitarannya setiap kali mesyuarat(a) Masalah-masalah lain berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di

PMK

4. Melaksanakan Program OSH@POLY melibatkan staf dan pelajar di PMK

5. Mewujudkan, mengagihkan dan mengemaskini Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di PMK

16

Page 17: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

6. Mewujudkan, mengagihkan dan mengemaskini SOP – Pelan Pengungsian Bangunan Ketika Kecemasan/Bencana untuk setiap jabatan/unit

7. Menguruskan perlantikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Jabatan dan Unit

KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN (PELAKSANA OSH) PMK

Fungsi JK Keselamatan (Pelaksana OSH) PMK adalah untuk merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Jabatan/Unit PMK.

Pengerusi : Pegawai Keselamatan Jabatan (Timbalan Pengarah)

Penolong Pengerusi : Encik Mohd Farizzal Bin Dolah Muhamad (Pegawai OSH PMK)

Setiausaha : Puan Siti Hajar Binti Hussain

Ahli-ahli AJK : Semua AJK Pelaksana OSH JabatanSemua AJK Pelaksana OSH Unit

JADUAL 3

NOMBOR TALIAN KECEMASAN SEKITAR PMK

BIL NAMA JABATAN KAWASAN NO. PEJABAT

1 Jabatan Bomba dan Penyelamat

Melaka

Jalan Kubu

Ayer Keroh

Bukit Katil

06-283 8481/82

06-231 9134/35

06-231 1315

2 Polis Diraja Malaysia (PDRM)

(Ketua Balai : Insp. Ahmad Hambali B. Bakar

Balai Polis Malim

06-335 2222

013-381 0275

3 Hospital Melaka 06-282 2344

17

Page 18: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

4 Klinik Kesihatan Tengkera Melaka (Lorong Pandan)

06-336 0170

NOMBOR TALIAN PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN

BIL NAMA JAWATAN NO. TELEFON

1. Mat Nayan Bin Saad Pengawal Keselamatan

014-323 2524

2. Abd Rahman Bin Buang Pengawal Keselamatan

017-624 2653

3. Muhammad Yusuf Bin Sham Bokhari Pengawal Keselamatan

017-300 1260

4. Saman Bin Salim Pengawal Keselamatan

017-633 6120

5. Abu Bakar Bin Ahmad Pengawal Keselamatan

017-373 6979

6. Roslan Bin Mohamed Pengawal Keselamatan

012-9800 640

7. Mohd Rejab Bin Mahmud Pengawal Keselamatan

012-640 3598

8. Muhamad Bin Babok Pengawal Keselamatan

013-692 5985

9. Aziz Bin Kasim Pengawal Keselamatan

012-975 4904

18

Page 19: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

JADUAL 4

PELAN LALUAN KECEMASAN / KEBAKARAN PMK

19

Page 20: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN POLITEKNIK MELAKA

Politeknik Melaka menyedari pentingnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat untuk staf dan pelajar. Oleh itu, Politeknik Melaka bertanggungjawab mengambil langkah yang munasabah bagi mengelak dan mengurangkan bahaya demi menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan warganya berpandukan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Melaka :

i) Menyediakan sumber, sIstem dan latihan yang mencukupi untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan staf, pelajar, kontraktor, pembekal dan orang awam.

ii) Memastikan kemudahan yang direkabentuk, dibina dan teknologi yang digunakan serta perkhidmatan yang disediakan menepati keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang.

iii) Memastikan prosedur dan rancangan kontigensi disedia dan diamalkan bagi menghadapi keadaan kerja yang normal dan semasa kecemasan.

iv) Mengkaji semula polisi, rancangan dan program dari masa ke semasa sebagai sebahagian daripada proses peningkatan berterusan.

v) Staf, pelajar, kontraktor, pembekal dan orang awam wajib melibatkan diri secara aktif dan mematuhi polisi ini sepanjang masa.

RASHIDAH BINTI MUSTAPA PENGARAH POLITEKNIK MELAKA

20

Page 21: SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA

SOP - PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN/BENCANA

21