pelan pembangunan kerjaya

8
36 Mula bertugas sebagai guru permulaan di sekolah pertama.Pe ningkatan tahap Setelah 5 tahun bertugas, mohon ditukarkan ke sekolah di negeri Sabah. Peningkatan tahap profesionalisme daripada DG44 Setelah 4 tahun bertugas di Sabah, mohon melanjutkan pengajian ke peringkat master dan memohon untuk mendapatkan Setelah 19 tahun bertugas di sekolah, memohon untuk bertugas sebagai pensyarah di IPG Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah sebagai guru biasa, memohon untuk menjawat jawatan sebagai Guru Meneruskan khidmat sebagai pensyarah di IPG mahupun di Matrikulasi Setelah 3 tahun menjadi pensyarah, memohon untuk menjawat jawatan sebagai Ketua

Upload: a-rusdiansyah-didi

Post on 16-Dec-2015

102 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

36 tahun

Mula bertugas sebagai guru permulaan di sekolah pertama.Peningkatan tahap profesionalisme daripada DG41 kepada DG44Setelah 4 tahun bertugas di Sabah, mohon melanjutkan pengajian ke peringkat master dan memohon untuk mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Setelah 19 tahun bertugas di sekolah, memohon untuk bertugas sebagai pensyarah di IPG atau MatrikulasiMeneruskan khidmat sebagai pensyarah di IPG mahupun di Matrikulasi sehingga bersara.

Setelah 3 tahun menjadi pensyarah, memohon untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang

Setelah 5 tahun bertugas, mohon ditukarkan ke sekolah di negeri Sabah. Peningkatan tahap profesionalisme daripada DG44 kepada DG48.

Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah sebagai guru biasa, memohon untuk menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah.

PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA DIRISetiap manusia menginginkan perkembangan dalam diri masing-masing sama ada dari aspek lahiriah mahupun spiritual menurut agama dan kepercayaan masing-masing. Apatah lagi dari segi pembangunan kerjaya dalam hidup pasti setiap orang yang memiliki kerjaya memiliki impian atau target yang ingin dicapai. Alhamdulillah, setelah menjalani latihan perguruan selama 5 tahun setengah akhirnya saya akan bergelar sebagai guru permulaan pada tahun hadapan. Sudah tentu saya turut memasang impian dan target yang ingin saya capai sepanjang menjawat jawatan sebagai pendidik dalam bidang pendidikan. Pelan pembangunan diri ini saya justifikasikan secara berfasa mengikut tempoh masa berkhidmat selama 36 tahun bermula tahun hadapan sehinggalah usia saya mencapai umur 60 tahun. Pelan pembangunan kerjaya diri saya akan melalui dua fasa iaitu fasa peningkatan profesionalisme dan fasa pementoran. Bagi fasa peningkatan profesionalisme saya menjangkakan tempoh masa selama 30 tahun berkhidmat bermula daripada peringkat guru biasa sehinggalah kepada peringkat pensyarah. Bagi fasa pementoran pula saya jangkakan tempoh masa selama 18 tahun setelah menjawat jawatan sebagai pensyarah di institusi awam mahupun swasta.

Fasa peningkatan profesionalismePada fasa peningkatan profesionalisme ini saya mensasarkan tempoh masa selama 25 tahun bermula saya bekerja sebagai seorang guru hinggalah saya mencapai suatu tahap yang saya inginkan iaitu menjadi seorang pensyarah. Fasa peningkatan profesionalisme ini juga merupakan fasa untuk saya mengutip segala pengalaman sepanjang saya berkhidmat untuk saya gunakan semasa fasa pementoran nanti. Permulaan kerjaya ialah apabila saya mula ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan. Kerjaya saya sebagai seorang guru mengambil masa yang agak lama namun pelan atau perancangan ini dapat dicapai sekiranya saya mengikuti laluan kerjaya saya. Menurut saya, saya lebih cenderung untuk ditempatkan di sekolah di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Pengalaman belajar di tempat orang selama hampir 5 tahun setengah masih belum memadai untuk saya menimba sebanyak mungkin pengalaman baru untuk saya gunakan apabila saya pulang semula ke tempat asal. Pada pandangan saya, pengalaman mengajar di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia sangat berbeza berbanding mengajar di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Saya mensasarkan tempoh masa selama 5 tahun pertama di awal kerjaya saya sebagai guru permulaan untuk ditempatkan di negeri orang berbanding di negeri sendiri. Sepanjang tempoh 5 tahun tersebut saya cuba untuk memperbaiki amalan pengajaran saya dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman baru agar saya dapat membantu anak-anak di Sabah dan Sarawak. Setiap negeri memberi pengalaman yang berbeza maka saya lebih memilih untuk ditempatkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak. Tempoh masa 5 tahun sudah memadai bagi saya untuk mencari pengalaman namun hal ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan pihak atasan dan suratan rezeki. Maka, saya tidak keberatan sekiranya saya masih mengajar sebagai guru di negeri orang melebihi tempoh masa yang saya jangkakan. Saya turut mensasarkan tahap profesionalisme saya yang bermula sebagai guru berstatus DG41 dapat saya tingkatkan kepada DG44. Saya yakin jika saya masih mengekalkan nilai keguruan yang ada pada diri dan semangat untuk memajukan diri saya mampu mencapai apa yang saya sasarkan. Setelah tempoh masa 5 tahun berkhidmat di negeri orang, saya bercadang untuk pulang semula ke negeri asal kelahiran saya untuk mencurahkan bakti sebagai guru. Tempoh masa 5 tahun atau lebih sudah cukup buat saya untuk mengutip pengalaman dan seterusnya sudah sampai masanya untuk saya pulang. Saya bercadang untuk mengajar di negeri Sabah tempat asal kelahiran saya dan saya tidak memilih untuk pulang ke daerah Tawau terlebih dahulu. Saya lebih memilih untuk ke daerah-daerah lain di Sabah mahupun daerah pedalaman untuk saya mencari lebih banyak pengalaman khususnya pengalaman mengajar anak-anak murid orang asli Sabah. Pengalaman ini belum tentu dapat diperolehi oleh mana-mana guru. Melalui pengalaman yang diceritakan oleh abang-abang dan kakak-kakak senior sebelum ini, mereka merasakan pengalaman mendidik dan mengajar di daerah pedalaman sangat menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Pengalaman hidup berburu, mengayuh sampan bersama anak-anak murid dan mengajar murid-murid pedalaman merupakan ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Hal seperti inilah yang saya cari sepanjang saya bergelar sebagai seorang guru. Setelah 2 tahun berkhidmat di daerah pedalaman, barulah saya memohon untuk berpindah ke daerah Tawau. Saya mensasarkan tempoh masa selama 2 tahun berkhidmat di daerah pedalaman kerana menurut saya tempoh masa 2 tahun sudah mencukupi buat saya mencari pengalaman. Seterusnya, saya akan mencurahkan bakti saya sebagai guru di daerah Tawau. Sepanjang tempoh saya berada di Sabah, saya juga bercadang untuk meningkatkan tahap profesionalisme saya daripada status DG44 kepada DG48. Bagi saya, matlamat untuk memajukan diri belum berakhir dan masih berterusan walaupun berada di pedalaman. Oleh sebab itu saya masih meneruskan hasrat saya untuk meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya saya.Setelah 4 tahun berkhidmat sebagai guru di negeri Sabah, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat master. Hasrat ini merupakan impian saya sejak menapakkan diri di Institut Pendidikan Guru. Hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master pada awalnya setelah tamat pengajian di peringkat ijazah. Namun, pada pengamatan saya, apalah ertinya saya menerima sekalung ijazah dan menelaah ilmu di bidang perguruan selama 5 tahun setengah jika tidak mengamalkannya di sekolah. Maka, saya mengambil keputusan untuk berada di sekolah terlebih dahulu setelah menamatkan pelajaran di peringkat ijazah beberapa tahun sebelum melanjutkan pelajaran. Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang pedagogi matematik berbanding subjek teras matematik. Sepanjang melanjutkan pelajaran saya berharap agar saya dapat memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana hasrat saya adalah untuk menjadi penerima anugerah APC sepanjang tempoh saya berkhidmat. Sudah tentu untuk menerima anugerah sebegitu memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai guru. Namun, saya yakin dengan kemampuan yang ada pada diri saya dan pada pandangan saya, tempoh masa berkhidmat selama 9 tahun lebih memadai dan sesuai untuk saya memohon bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).Setelah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai guru dan menimba pengalaman di sekolah yang berbeza, saya bercadang untuk memohon menjawat jawatan penting dalam organisasi sekolah. Pengalaman yang pelbagai menjadi aset penting buat saya untuk menjawat jawatan penting di sekolah khususnya menjadi Penolong Kanan. Menurut pengamatan saya, saya lebih cenderung untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Hal ini kerana sikap saya yang lebih sukakan cabaran dan aktiviti luar menjadikan jawatan berkenaan sangat sesuai dengan diri saya. Menjawat jawatan penting dalam organisasi sekolah sudah semestinya dipenuhi dengan bebanan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun saya percaya dengan nilai kerjasama dalam satu pasukan dan sikap tolak ansur kepada orang bawahan. Maka, saya percaya saya mampu mendepani cabaran sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Saya juga menyimpan hasrat untuk menjawat jawatan sebagai Guru Besar di sebuah sekolah di negeri Sabah. Hasrat ini mulai saya karang semenjak saya mendengar sebuah kisah berkenaan dengan corak kepimpinan seorang bekas Guru Besar di sebuah sekolah di negeri Kelantan. Corak kepimpinan beliau yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah menjadikan beliau seorang yang tegas dalam memimpin guru-guru beliau dan juga murid di sekolah berkenaan. Namun, di sebalik ketegasan sebenarnya terkandung nilai ketakwaan kepada Sang Khaliq. Bermula dari saat itu, saya percaya bahawa pemimpin yang bertakwa akan memimpin orang-orang di bawahnya menuju takwa. Inilah inspirasi saya sepanjang saya berada di Institut Pendidikan Guru. Saya ingin mengamalkan corak kepimpinan seperti beliau. Saya ingin menjadi pemimpin seperti beliau. Pemimpin yang tika ada disanjung tinggi, tika pergi dikenang budi. In syaa Allah.Setelah hampir 19 tahun mencurahkan bakti sebagai guru di sekolah, barulah saya memohon untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) mahupun Matrikulasi. Dengan pengalaman yang saya ada selama 19 tahun berkhidmat, dengan status saya sebagai pemegang kelayakan master dan kepakaran saya terhadap bidang yang saya ceburi saya yakin dengan keputusan saya untuk meneruskan hala tuju kerjaya saya daripada seorang guru, seorang Guru Penolong Kanan kepada pensyarah. Saya lebih cenderung untuk menjadi pensyarah di IPG kerana ruang lingkup saya dalam bidang pendidikan sangat dekat dengan situasi di IPG. Keinginan saya adalah saya akan meneruskan apa yang saya hasratkan mengenai corak kepimpinan saya semasa perancangan saya untuk menjawat jawatan Guru Besar. Tugas pensyarah yang berperanan dalam melatih bakal guru akan saya manfaatkan sebaik mungkin kerana di sinilah saya dilahirkan. Saya akan cuba mencurahkan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang saya perolehi kepada pelajar saya agar mereka dapat mengambil sedikit pengajaran daripada kisah perjalanan hidup saya. Saya tidak memerlukan pelajar saya memperoleh keputusan dekan, cukup sekadar mereka mampu menjadi bakal guru yang melihat anak murid sebagai seorang insan dan bukannya murid. Setelah bergelar pensyarah hampir 3 tahun, saya akan meneruskan perjalanan kerjaya saya daripada pensyarah biasa kepada pensyarah yang memegang jawatan sebagai Ketua Bidang. Sudah tentunya ketua di dalam bidang kepakaran saya iaitu matematik. Mungkin saja, inilah pengakhiran bagi saya meningkatkan tahap profesionalisme saya. Saya tidak mahu berangan di siang hari. Tugas sebagai seorang pensyarah sangat sukar ditambah pula tugas seorang ketua bidang. Namun, saya akan cuba menerima tugas ini sebagai cabaran buat saya. Sepanjang menjawat jawatan sebagai pensyarah, saya tidak akan menghentikan niat saya untuk mengembangkan ilmu pengetahuan saya mahupun tahap profesionalisme saya sebagai pendidik. Saya akan cuba mengikuti kursus yang dianjurkan bagi memenuhi keperluan saya sebagai seorang guru mahupun pensyarah. Menjadi ketua bidang bukanlah impian atau target yang saya letakkan semasa memikirkan laluan kerjaya saya namun rasanya agak berbaloi jika saya dapat meneruskan laluan kerjaya saya sehingga ke tahap itu.

Fasa pementoranSaya menjangkakan saya akan melalui fasa pementoran ini seawall tempoh perkhidmatan saya mencapai tempoh masa 25 tahun. Pada fasa pementoran ini, saya menjangkakan saya sudah pun mencapai status perkhidmatan sebagai pensyarah khususnya ketua bidang, saya sudah menerima anugerah APC dan mencapai status kepakaran DG48. Dalam tempoh masa 11 tahun ini saya masih lagi berkhidmat sebagai pensyarah. Namun, saya bercadang di samping saya berkhidmat sebagai pensyarah saya ingin menjadi seorang pakar motivasi. Saya sememangnya meminati bidang tugas seorang pakar motivasi dan saya akan menggunakan segala pengalaman yang saya ada untuk saya kongsikan kepada orang lain. Saya mahu segala pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya bergelar seorang guru saya kongsikan kepada orang lain agar dapat dijadikan inspirasi bagi orang lain yang mendengar. Impian saya sebelum bersara dari bidang pendidikan, saya berharap dapat menghasilkan sebuah modul perkembangan diri bagi kegunaan orang ramai khususnya bakal-bakal guru yang masih menuntut di IPG. Bukan itu saja, saya juga berharap sepanjang pengalaman saya sebagai seorang guru dapat saya nukilkan melalui penulisan novel mengenai travelog seorang guru yang menerima pelbagai pengalaman sepanjang dirinya berkhidmat.