pelan bilik sains

Upload: fatimahskha

Post on 19-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PINTU 1Pemadam apiMEJA GURUPELAN BILIK SAINS

LCD PROJEKTOR

MEJA MURIDMEJA MURID

KABINETKABINETPintu 2K A B I N E TMEJA MURIDMEJA MURIDMEJA MURIDMEJA MURIDMEJA MURIDMEJA MURID

JUSTIFIKASI BILIK SAINS1.0PENGENALANMakmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah. Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains merupakan ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktivitihands-onmenggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran sains berjalan dengan efektif saya telah merancang pelan bilik sains sekolah rendah. Aktiviti di bilik sains juga dapat mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif. Walau bagaimanapun dalam bilik sains terdapat benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid dan juga guru. Oleh yang demikian kedudukan perabot, bahan dan peralatan dalam bilik sains perlulah dirancang dengan sebaik mungkin. Bilik sains juga seharusnya berada di tingkat bawah.

Kedudukan Meja Guru dan MuridMeja guru akan diletakkan di hadapan sekali supaya sapat dilihat oleh semua murid. Memandangkan bilik sains lebih luas daripada kelas biasa maka meja guru perlulah ditinggikan kedudukannya daripada meja murid supaya guru dapat melihat dan memantau aktiviti murid-murid dengan dengan lebih baik. Bilangan meja murid sebanyak lapan buah kerana bilangan murid dalam lingkungan 30 hingga 35 orang satu kelas. Setiap muird akan dianggotai oleh 4 orang murid. Bilangan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kumpulan. Murid berada dalam keadaan menghadap guru supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar.

KabinetKabinet bertujuan untuk menyimpan bahan atau peralatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Barang yang agak mahal seperti jam randik, stetoskop, kanta pembesar, magnet dan sebagainya perlu disimpan dalam kabinet untuk mengelakkan dari kecurian. Kabinet diletakkan di sudut kiri, kanan dan juga belakang. Di atas kabinet pula akan dipamerkan peralatan seperti globe, model gigi, dan model organ-organ dalaman manusia. Bahan yang dihasilkan murid seperti folio dan aktiviti eksperimen seperti model paru-paru manusia juga boleh dipamerkan di atas kabinet. Murid juga akan rasa dihargai apabila hasil kerja mereka dipamerkan untuk tontonan murid-murid lain.

Pemadam ApiPerkara yang perlu dititik beratkan dalam bilik sains ialah keselamatan. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Memandangkan dalam bilik sains terdapat bahan-bahan yang mudah terbakar seperti penunu bunsen maka adalah wajib meletakkan satu pemadam api. Pemadam perlulah diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh semua pengguna bilik sains. Oleh itu adalah sesuai sekiranya diletakkan di hadapan bilik sains.