pelakuan jenayah harta benda di kawasan...

16
Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017 http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 104 PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN HOTSPOT DI SABAH: SATU PENEMUAN Ahmad Tarmizi Abd Rahman 1 , Nor-Ina Kanyo 2 , Norizan Hj. Mohd. Nor 3 , Norhuda Salleh 4 , Norita Anak Jubit 5 , Siti An-Nur Arsyi Lajimin 5 , Norcikeyonn Samuni 5 Email: [email protected] ABSTRAK Masalah pelakuan jenayah bukan merupakan isu baru untuk diketengahkan, namun kadar peningkatannya telah menimbulkan kebimbangan kebanyakan pihak khususnya kepada bahan liputan media massa dan para ahli akademik pelbagai disiplin ilmu. Peningkatan fenomena pelakuan jenayah ini adalah seiring dengan kepesatan pembangunan sesebuah bandar. Perkara ini telah menimbulkan persoalan ke atas ketidakberkesanan pembenterasan masalah ini di peringkat penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun masalah ini adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak. Kurangnya pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah dari kebanyakan disiplin ilmu khususnya bidang geografi antara penyumbang utama kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah di peringkat akar umbi. Hal ini kerana, hanya bidang geografi sahaja yang menekankan penelitian ke atas sesuatu permasalahan secara ruangan dan bukan ruangan. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan hasil penyelidikan ke atas masalah pelakuan jenayah harta benda di Sabah bagi tempoh dua dekad iaitu 1990-2013 berasaskan pendekatan disiplin geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kutipan data kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data persepsi pelakuan jenayah di kawasan hotspot kepada 1500 orang responde. Selain itu, kaedah temubual mendalam (Indepth Interview) dan tinjauan pakar (expert Survey) dilaksanakan bersama pihak PDRM bagi mendapatkan bahan-bahan laporan statistik jenayah di Sabah. Berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa Bandaraya Kota Kinabalu mencatatkan kadar jenayah harta benda paling tinggi berbanding di Daerah Penampang, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Bagi memudahkan konteks perbincangan kertas kerja ini, pelakuan jenayah di Sabah ditelitikan dari aspek pola pelakuan jenayah dan pelbagai dimensi trend jenayah di lima daerah hotspot pelakuan jenayah di Sabah. Kata kunci: Pelakuan Jenayah, Pola Pelakuan Jenayah, Trend Jenayah, Jenayah Harta Benda, Sabah. _____________________________ 1 Pensyarah Program Pendarasan Islam, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2 Pensyarah Kanan Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 3 Pensyarah/ Felo Jabatan Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM 4 Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 5 Pelajar Sarjana Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS

Upload: duongminh

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 104

PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN HOTSPOT DI SABAH:

SATU PENEMUAN

Ahmad Tarmizi Abd Rahman1, Nor-Ina Kanyo2, Norizan Hj. Mohd. Nor3, Norhuda Salleh4, Norita Anak Jubit5, Siti An-Nur Arsyi Lajimin5, Norcikeyonn Samuni5

Email: [email protected]

ABSTRAK

Masalah pelakuan jenayah bukan merupakan isu baru untuk diketengahkan, namun kadar peningkatannya telah menimbulkan kebimbangan kebanyakan pihak khususnya kepada bahan liputan media massa dan para ahli akademik pelbagai disiplin ilmu. Peningkatan fenomena pelakuan jenayah ini adalah seiring dengan kepesatan pembangunan sesebuah bandar. Perkara ini telah menimbulkan persoalan ke atas ketidakberkesanan pembenterasan masalah ini di peringkat penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun masalah ini adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak. Kurangnya pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah dari kebanyakan disiplin ilmu khususnya bidang geografi antara penyumbang utama kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah di peringkat akar umbi. Hal ini kerana, hanya bidang geografi sahaja yang menekankan penelitian ke atas sesuatu permasalahan secara ruangan dan bukan ruangan. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan hasil penyelidikan ke atas masalah pelakuan jenayah harta benda di Sabah bagi tempoh dua dekad iaitu 1990-2013 berasaskan pendekatan disiplin geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kutipan data kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data persepsi pelakuan jenayah di kawasan hotspot kepada 1500 orang responde. Selain itu, kaedah temubual mendalam (Indepth Interview) dan tinjauan pakar (expert Survey) dilaksanakan bersama pihak PDRM bagi mendapatkan bahan-bahan laporan statistik jenayah di Sabah. Berdasarkan kepada dapatan kajian menunjukkan bahawa Bandaraya Kota Kinabalu mencatatkan kadar jenayah harta benda paling tinggi berbanding di Daerah Penampang, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Bagi memudahkan konteks perbincangan kertas kerja ini, pelakuan jenayah di Sabah ditelitikan dari aspek pola pelakuan jenayah dan pelbagai dimensi trend jenayah di lima daerah hotspot pelakuan jenayah di Sabah. Kata kunci: Pelakuan Jenayah, Pola Pelakuan Jenayah, Trend Jenayah,

Jenayah Harta Benda, Sabah. _____________________________

1Pensyarah Program Pendarasan Islam, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2Pensyarah Kanan Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 3 Pensyarah/ Felo Jabatan Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

4Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 5 Pelajar Sarjana Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS

Page 2: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 105

PENDAHULUAN Kertas kerja ini cuba untuk menjelaskan peningkatan kepada pelakuan jenayah harta benda di lima daerah hotspot di Sabah. Lima daerah hotspot yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah di Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan dan semua daerah yang disenaraikan adalah merupakan kawasan bandar yang sedang pesat membangun samada dari aspek infrastruktur, fasiliti dan juga sosial. Pelakuan jenayah sering tertumpu di kawasan bandar kerana ciri-ciri geografi kawasan seperti profil demografi, sosial, ekonomi dan ekologi pembangunan menyumbang kepada peningkatannya. Namun demikian, kurang pengkajian dan penulisan ilmiah dijalankan dalam meneliti permasalahan ini (Tang, 2009; Baharom dan Muzafar, 2009). Kekurangan sumber ilmiah juga menyukarkan pengkajian pelakuan jenayah dijalankan dengan lebih menyeluruh. Statistik indeks jenayah negara diunjurkan terus meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk (Sidhu, 2006). Dari statistik ini menunjukkan keamanan, keselamatan dan kualiti hidup boleh terjejas kerana faktor di atas. Ketiga-tiga perkara ini merupakan indikator aspek keselamatan dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) (rujuk IKHM, 2002; 2004; Malaysia, 1996; 2001; 2006; Norhaslina, 2006; Jamaludin, 2007, Saifuddin, 2010). Peningkatan jenayah bermaksud wujudnya permasalahan sosial yang boleh dianggap sebagai perkara yang menjejaskan imej negara. Peningkatan jenayah mendapat perhatian serius menyebabkan kerajaan komited mengambil pelbagai pendekatan berterusan sehingga menjadikan aspek jenayah sebagai perkara yang penting dalam agenda pembangunan negara (Malaysia,2011;2006;2001;1996). SENARIO PELAKUAN JENAYAH DI MALAYSIA Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia termasuk Malaysia. Pelbagai pihak menunjukkan kejayaan pencapaian dan kedudukan jenayah negara di peringkat antarabangsa. International Criminal Police Organization (INTERPOL) melaporkan bahawa Malaysia mencatatkan kejayaan yang tinggi dalam menyelesaikan kes jenayah iaitu antara 30-35 peratus (2004), 48 peratus (2005) dan 50 peratus (2006) berbanding ketetapan INTERPOL hanya 19 atau 20 peratus. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) menyatakan bahawa PDRM merupakan antara pasukan polis terbaik dalam kalangan negara membangun di seluruh dunia (Berita Harian, 12 Februari 2008). Selain daripada itu, United Nations melaporkan Malaysia antara negara yang terselamat daripada 163 negara kajian pencegahan jenayah dan dadah pada tahun 2005-2007 (New Straits Times, 21 November 2010). World Justice Project Rules of Law Index juga melaporkan Malaysia merupakan antara negara paling selamat dalam kelompok 19 negara berpendapatan sederhana tinggi, iaitu selamat berbanding Amerika dan Britain (Berita Harian, 3 April 2012; Laporan Tahunan GTP, 2011). Menurut Indeks Keamanan Global atau Global Peace Index (GPI) pada 2011 yang dikeluarkan oleh Institute Economic for Peace (IEP) bagi mengukur keamanan antara negara dan wilayah dunia, menunjukkan bahawa Malaysia buat julung kalinya meraih gelaran “negara paling selamat”dan “paling aman” pada peringkat global daripada 153 negara (IEP, 2011). Dalam hal ini, Malaysia berada dalam kedudukan ke-17 paling selamat dan aman di dunia pada 2017 berbanding kedudukan ke-19 pada 2011. Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan negara pertama paling selamat dan aman di rantau Asia Tenggara dan ke-4 paling selamat di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia (Berita Harian, 3 April 2012; Laporan Tahunan GTP, 2011). Menurut laporan Forum Daya Saing Ekonomi Global atau World Economic Forum (WEF) 2011, juga meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-63 berbanding ke-93 pada tahun 2010 dan 2011 dalam aspek keselamatan

Page 3: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 106

dan keamanan (Berita Harian, 7 Mac 2012; 3 April 2012). Selain daripada itu juga, kajian persepsi tahap kepuasan rakyat Malaysia terhadap PDRM, 70.5 peratus masyarakat awam di Malaysia berpuashati dengan pencapaian PDRM pada Disember 2011 berbanding 56.6 peratus pada Januari 2011. Kajian pengurangan kebimbangan jenayah oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menunjukkan data persepsi kebimbangan jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus pada tahun 2011 (GTP, 2011; Berita Harian, 3 April 2012).

Walaupun pelbagai pihak melaporkan tentang kejayaan PDRM dalam aspek penyelesaian kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum cukup untuk meyakinkan masyarakat terhadap senario permasalahan jenayah. Hal ini kerana, merujuk kepada indeks jenayah negara bagi tempoh 1980-2008 menunjukkan peningkatan yang ketara dan sebahagian besarnya iaitu 85 peratus disumbangkan oleh jenayah harta benda (Mohd Reduan, 1990; Sidhu 2005; 2006; Muzafar dan Eng, 2006; Muzafar dan Law, 2007; Baharom dan Muzafar, 2009; Muzafar dan Baharom, 2009; Tang, 2009; PDRM, 2004; 2007; 2008; Nor-Ina, 2006; Nor-Ina dan Norizan, 2007a,b; 2008a,b; 2009; 2010). Merujuk kepada Laporan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM), kadar jenayah di negara ini adalah tinggi (IKHM, 2002) dan bagi tempoh 1990-2004, menunjukkan peningkatan kecuali komponen keselamatan awam dan alam sekitar iaitu masing-masing sebanyak -21.5 dan -0.3 (Rancangan Malaysia Ke-9; IKHM, 2004). Sebanyak 85 peratus pelakuan jenayah yang dilaporkan dalam negara ini adalah sebahagian besarnya disumbangkan oleh jenayah harta benda berbanding jenayah kekerasan yang hanya meliputi 15 peratus bagi tempoh 1980 hingga 2008.

Sungguhpun lebih 85 peratus jenayah di negara ini melibatkan jenayah harta benda, namun beberapa bulan kebelakangan ini negara digemparkan dengan peningkatan kes jenayah keganasan tembakan bunuh yang berlaku secara berleluasa sehinggga menimbulkan peningkatan perasaan tidak selamat dan kebimbangan yang tinggi dalam kalangan masyarakat daripada pelbagai peringkat secara keseluruhannya tanpa mengira tempat dan status. Kecanggihan sains dan teknologi menjadi pemangkin kepada peningkatan permasalahan ini ditambah dengan peningkatan populasi negara seramai 28 juta orang dengan nisbah anggota polis 1:250 orang dan sebilangan besarnya iaitu 112, 583 orang terlibat dalam tugas pentadbiran (Harian Ekspress, 15 ogos 2013).

Menyedari kepada senario pelakuan jenayah yang akan mengundang kepada kewujudan permasalahan sosial lain dan melambangkan kepincangan serta imej negara, kerajaan tidak berputus asa malah terus berusaha dan komited mengambil pendekatan secara berterusan sebagai langkah menanganinya bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhannya (Malaysia, 1996; 2001; 2006). Selain daripada itu, bagi memacu pertumbuhan sosio-ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi pada masa akan datang, negara perlu kompetatif dalam persekitaran yang kondusif bagi menjana Pelaburan Terus Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) dan meningkatkan sektor pelancongan negara sebagaimana yang terkandung dalam 12 bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, NKEAs) yang berpotensi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), permasalahan jenayah juga terus diberi perhatian sehingga menjadikan aspek jenayah dalam agenda rancangan pembangunan negara dan antara salah satu elemen dalam kerangka pembentukan National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara yang merupakan antara bidang yang dikenalpasti, diberi keutamaan dan penekanan oleh negara bagi mencapai matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berprinsipkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Dalam peningkatan jenayah, pelbagai pendekatan dan usaha dijalankan dalam menanganinya, namun kadar jenayah negara masih kurang berkesan ditangani pada

Page 4: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 107

keseluruhannya dan segelintir masyarakat menuding jari kepada pihak berkuasa polis diatas kegagalan dan ketidakberkesanan pencegahan jenayah yang dilakukan.

SENARIO PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN HOTSPOT DI SABAH

Jenayah harta benda didefinisikan sebagai aktiviti haram yang melibatkan pemindahan atau pemusnahan harta termasuklah wang, kereta, barang kemas, kasut, ubat atau lain-lain bentuk kekayaan. Terdapat dua bentuk jenayah harta benda iaitu melibatkan kekerasan, ancaman dan juga tanpa melibatkan kekerasan (Richard Wright et. al, 2010). Kadar jenayah harta benda di daerah Tawau menunjukkan peningkatan kepada 135 kes sejak 1 Januari 2017 hingga 7 Februari berbanding 122 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus menjelaskan bahawa jenayah yang menyumbang serius kepada peningkatan itu terdiri daripada kes curi dan pecah rumah dengan kadar jenayah meningkat sebanyak 13 kes atau 10.7 peratus. Tambahan beliau, selain PDRM, masyarakat juga perlu prihatin dengan memantau keselamatan kejiranan masing-masing untuk mengurangkan jenayah harta benda. Dalam pada itu, dari sudut penyiasatan untuk indeks jenayah, terdapat 71 kes berjaya diselesaikan melibatkan 135 kertas siasatan telah dilengkapkan sehingga pertuduhan dibuat bersamaan dengan 50 peratus pertuduhan dan ianya merupakan satu pencapaian yang baik. (Bernama, 8 Februari 2017). Pihak polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak 25 kes jenayah harta benda dan rompak berikutan tertangkapnya 11 suspek dalam enam kes berasingan sepanjang bulan Jun 2017. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain menjelaskan bahawa ianya melibatkan rampasan sebanyak 29 unit barangan, tujuh motosikal dan dua buah lori. Jenayah harta benda pula membabitkan kes curi motosikal, kereta, lori dan pecah rumah. Suspek yang terlibat terdiri daripada 11 lelaki berusia antara 21 dan 43 tahun dan kesemua mereka positif menggunakan dadah jenis syabu. Tambahan beliau, kejayaan tangkapan ini merupakan hasil kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada polis. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa jalinan kerjasama antara pihak polis dan masyarakat mampu untuk menumpaskan kegiatan pelakuan jenayah harta benda yang berlaku di kawasan sekitar.

Dalam pada masa yang sama, salah satu kes membabitkan tangkapan sekumpulan lima lelaki yang terdiri dari empat warga asing dan seorang tempatan yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal, lori dan pecah rumah di sekitar daerah Sandakan termasuk sebuah masjid di Kampung Bakau. Sebanyak 17 barang kes dirampas daripada sindiket ini termasuk empat buah motosikal dan sebuah lori. Dalam kes berasingan pula, pihak polis juga telah berjaya menumpaskan satu kegiatan judi bola sepak Euro 2016 dengan tertangkapnya tiga lelaki berusia antara 28 dan 51 tahun dalam serbuan di sebuah premis makanan di Blok 42 Jalan Coastal dan melibatkan rampasan wang tunai bernilai RM3,729, mata wang Peso 1,780, dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba. (Bernama, 30 Jun 2016). Melihat kepada senario pelakuan jenayah yang berlaku di Tawau dan Sandakan seperti yang dilaporkan dalam media akhbar semasa telah membawa kepada perbincangan yang lebih mendalam kepada pelakuan jenayah harta benda berdasarkan persepsi responden di lima buah daerah hotspot di Sabah. Perbincangan kertas kerja ini dilanjutkan dengan meneliti trend jenayah di Negeri Sabah antara tahun 1990 hingga 2013 dan melihat kepada perbandinga trend jenayah harta benda di lima buah daerah hotspot di sabah antara tahun (2005-2013).

Page 5: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 108

METODOLOGI KAJIAN Penulisan kertas kerja ini menggunakan jenis data primer dan sekunder. Hasil tinjauan pakar dan juga teknik temubual mendalam yang dijalankan bersama PDRM dan penelitian terhadap sumber laporan yang dikeluarkan oleh PDRM telah membawa kepada penghasilan analisis trend dalam paparan peta seperti yang ditunjukkan dalam bahagian berikutnya. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data persepsi terhadap pelakuan jenayah di kawasan hotspot di Sabah kepada 1500 orang responden yang mewakili lima kawasan hotspot jenayah yang disenaraikan. Perbincangan kertas kerja ini dilanjutkan dengan meneliti trend jenayah di Negeri Sabah antara tahun 1990 hingga 2013. Kajain ini menggunakan pendekatan penelitian semula kepada 'Teori Social Disorganization' dan ‘Teori Anomie’ yang dijalankan di bandar-bandar utama di Sabah iaitu Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Penyelidikan ini dijalankan di negeri Sabah khususnya di lima bandar utama di Sabah iaitu Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Pemilihan negeri Sabah sebagai negeri kajian adalah berasaskan faktor kurangnya pengkajian ilmiah berkaitan jenayah di Malaysia dan Sabah Khususnya. Negeri Sabah dipilih sebagai kajian kes untuk penelitian semula ke atas Teori Social Disorganization dan Teori Anomie dan hubungkaitnya dengan ciri-ciri geografi di Sabah. Kriteria utama pemilihan lima kawasan di Sabah adalah atas faktor berikut;

1. Kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan ‘panas’ dan penyumbang utama kepada peningkatan stastistik indeks jenayah di Sabah (Borneo Post, 4 Oktober 2011; Berita Harian, 5 September 2013).

2. Laporan Berita Harian, 5 September 2013, bahawa statistik jenayah di Sabah dapat diatasi dengan pengurangan jenayah di lima kawasan tersebut

3. Kawasan tersebut mencatatkan pembangunan pesat di Sabah (Laporan Sabah,

2011)

4. Kawasan penumpuan utama penduduk yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan pelakuan jenayah (Laporan Sabah, 2011).

Penelitian kesesuaian dan kerelevanan teori diteliti dari segi fenomena pelakuan jenayah yang meliputi aspek trend, pola dan ciri pelakuan jenayah. Trend pengkajian jenayah bagi penyelidikan ini adalah bagi tempoh 1990 hingga 2010. Tempoh masa 20 tahun adalah amat sesuai bagi meneliti perubahan kadar pelakuan jenayah negeri Sabah secara ruangan bagi dihubungkaitkan dengan ekologi pembangunan wilayah di lima kawasan kajian yang dinyatakan. Hal ini bersesuaian dengan asas Teori Social Disorganization yang menjelaskan kadar jenayah adalah berbeza dan meningkat mengikut konteks ekologi pembangunan sesuatu wilayah bandar. Bagi penelitian Pola pelakuan jenayah dalam konteks kajian ini, ianya diteliti dari segi jenis jenayah dan taburan pelakuan jenayah harta benda – seperti jenayah pecah rumah, curi motosikal dan curi ragut. Bagi jenis jenayah kekerasan adalah melibatkan kes bunuh, samun dan rogol. Pengenalpastian jenis jenayah adalah penting bagi membolehkan pengkelasan jenis taburan jenayah mengikut konteks ruang wilayah kajian. Ciri pelakuan jenayah bagi kajian ini diteliti dari segi kekerapan pelakuan jenayah mengikut hari, waktu dan tempat dan kekerapan berlakunya pelakuan jenayah dan jenis jenayah. Kesemua ciri- ciri jenayah ini diteliti mengikut setiap kategori jenis jenayah mengikut kawasan kajian yang dikaji. Penelitian ini membolehkan fenomena pelakuan jenayah di

Page 6: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 109

Sabah dikenalpasti dengan lebih menyeluruh secara ruangan dan disesuaikan mengikut konteks teori yang dikaji. Bahagian awal penulisan dijelaskan bahawa terdapat tiga (3) objektif utama kajian. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian dibahagikan kepada tiga (3) kaedah pengumpulan data penyelidikan iaitu seperti Jadual 1.1 Jadual 1.2 pula menunjukkan pembahagian sampel bagi setiap lokasi kajian.

Jadual 1: Objektif dan Kaedah Pengumpulan Data

Jadual 2: Pembahagian Sampel Mengikut Kawasan Kajian

Objektif Kaedah Pengumpulan Data

1. Mengenalpasti Kesesuaian dan Kerelevanan Teori Social Disorganization dan Teori Anomie dalam Menjelaskan Fenomena Pelakuan Jenayah di Bandar-bandar Utama di Sabah

Mengumpul data dan maklumat sekunder berkaitan 'Teori Social Disorganization', Teori Anomie serta fenomena pelakuan jenayah melalui tinjauan literatur, análisis dokumen, kajian perpustakaan, laporan dan dokumen berkaitan jenayah.

2. Meneliti Fenomena Pelakuan Jenayah di Bandar-bandar Utama di Sabah (trend, pola dan ciri)

Mengumpul data primer melalui ‘expert survey’ kepada pihak pengurusan tertinggi PDRM dan soal selidik kepada 1500 penduduk secara rawak di kawasan kajian melalui pemerhatian dan penyertaan kendiri.

3.Menambahbaik Teori dalam Menjelaskan Fenomena Pelakuan Jenayah di Bandar-bandar Utama di Sabah

Menganalisis serta interpretasi data fenomena pelakuan jenayah dan teori yang dikaji.

Kawasan Bilangan Sampel (orang)

1. Bandaraya Kota Kinabalu 300

2. Penampang 300

3. Sandakan 300

4. Tawau 300

5. Lahad Datu 300

Jumlah Responden 1500 orang

Page 7: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 110

PENEMUAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang trend jenayah negeri Sabah (1990-2013) perbandingan trend jenayah harta benda lima daerah di Sabah (2005-2013) dan juga persepsi kekerapan pelakuan jenayah harta benda di Sabah.

(i)TREND JENAYAH NEGERI SABAH (1990-2013)

Peta 1: Trend Jenayah Negeri Sabah Bagi Tempoh 1990-2013 Sumber: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2014 Berdasarkan penelitian statistik Laporan PDRM Kontinjen Sabah (2014), trend jenayah indeks Sabah bagi tempoh 1990-2013, menunjukkan peningkatan sebanyak 4 kali iaitu bagi tempoh (1990-1991), (1993-1995), (1997-1998) dan (2004-2008). Bagi aspek pengurangan Trend jenayah indeks di Sabah, ianya menunjukkan penurunan trend jenayah hanya bagi tiga tempoh masa iaitu tahun (1996), (1999-2003) dan (2009-2013). Bagi tempoh (1990-1991) menunjukkan peningkatan kes sebanyak 500 kes atau 20.2 peratus manakala pada tahun berikutnya jenayah adalah statik. Dalam tempoh (1993-1995) jenayah indeks di Sabah didapati telah meningkat semula dengan bilangan kes bertambah sebanyak 636 atau 15.7 peratus dan merupakan peningkatan tertinggi. Namun demikian, jenayah indeks di Sabah telah mengalami penurunan pada tahun 1996 dengan pengurangan kes berjumlah sebanyak 713 kes atau 15.2 peratus. Masalah kegawatan ekonomi di Malaysia sekitar 1997 juga telah menyebabkan jenayah di Sabah meningkat sebanyak 2417 kes atau 45.2 peratus dalam tempoh (1997-1998). Usaha komited pihak kerajaan dalam memulihkan keadaan ekonomi dan pengawalan jenayah di Malaysia termasuk Sabah telah bejaya mengurangkan kadar jenayah di Sabah dalam tempoh lima tahun berikutnya iaitu (1999-2003) dengan jumlah kes berkurang sebanyak 2347 kes atau 33.2 peratus. Statistik jenayah di Sabah menunjukkan peningkatan yang agak ketara dalam tempoh (2004-2008) dengan jumlah kes bertambah sebanyak 2887 kes atau 46.8 peratus. Pertambahan kes dalam tempoh tersebut merupakan jumlah tertinggi berbanding peningkatan pada tahun yang sebelumnya. Atas usaha pihak kerajaan, PDRM, kerjasama agensi dan juga masyarakat dalam membendung jenayah, kadar jenayah telah berjaya

Page 8: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 111

dikurangkan sebanyak 2568 kes atau 29.3 peratus kes dalam tempoh (2009-2013). Namun, penurunan jenayah indeks dalam tempoh ini tidak dapat mengatasi jumlah kes yang meningkat dalam tempoh (2004-2008) dan mengalami penurunan sebanyak tiga kali iaitu dalam tempoh (1996), (1999-2003) dan (2009-2013). Namun, penurunan jenayah indeks dalam tempoh ini tidak dapat mengatasi jumlah kes yang meningkat dalam tempoh (2004-2008). Justeru itu, pengawalan jenayah memerlukan perancangan pencegahan jenayah yang lebih strategik dari masa ke semasa dan setiap langkah pencegahan jenayah harus diubahsuai serta selari mengikut kesesuaian persekitaran dan konteks masa, memandangkan masalah peningkatan kos sara hidup masyarakat pada masa kini sangat memberi tekanan kepada setiap lapisan masyarakat di Sabah khususnya dan merupakan antara faktor pelakuan jenayah (Nor-Ina dan Norizan, 2007). Dari segi perbandingan kategori jenayah di Sabah, hasil penyelidikan mendapati bahawa pelakuan jenyah harta benda adalah lebih dominan berlaku berbanding jenayah kekerasan iaitu masing-masing sebanyak 81.2% (113244 kes) dan 18.8% (26,202 kes) daripada sejumlah 139,446 kes bagi tempoh 1990-2013. Peta 2: Trend Jenayah Kekerasan Dan Jenayah Harta Benda di Sabah Bagi Tempoh 1990-2013 Sumber: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2014 Trend jenayah harta benda di Sabah mengalami peningkatan sebanyak empat kali dalam tempoh (1990-1995), (1997-1998), (2004) dan (2006-2008) dan mengalami penurunan sebanyak empat kali dalam tempoh (1996), (1999-2003), (2005) dan (2009-2013). Hasil analisis menunjukkan jenayah harta benda di Sabah meningkat sebanyak 2015 kes atau 101.4 peratus dalam tempoh (1990-1995). Pada tahun (1996) jenayah harta benda telah menuun sebanyak 655 atau 16.3 peratus kes. Jumlah penurunan jenayah didapati masih kurang dalam tempoh tersebut. Bagi tempoh dua tahun berikutnya iaitu (1999-1998) jenayah harta benda menunjukkan peningkatan yang paling tinggi dengan jumlah kes bertambah sebanyak 2289 kes atau 52.3 peratus. Peningkatan kes yang tinggi dalam tempoh tersebut adalah disebabkan pengaruh kemelesetan ekonomi dan ramai dalam kalangan pekerja diberhentikan sehingga menyumbang kepada pelakuan jenayah. Namun demikian jenayah harta benda telah menunjukkan penurunan dalam tempoh seterusnya

Page 9: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 112

iaitu (1999-2003) dengan jumlah pengurangan sebanyak 2030 kes atau 33.0 peratus. Daripada jumlah tersebut, dapat diketahui bahawa penurunan jenayah masih tidak dapat mengatasi jumlah peningkatan kes pada tahun sebelumnya iaitu (1999-1998). Pada tahun 2004 jenayah di Sabah didapati meningkat semula dengan pertambahan kes sebanyak 1163 kes atau 28.2 peratus dan kemudian menunjukkan penurunan dalam tempoh 2005 iaitu sebanyak 415 kes atau 7.8 peratus. Analisis jenayah harta benda di Sabah telah bertambah sebanyak 1802 kes atau 34.4 peratus pada tahun (2006-2008) dan telah berkurangan dalam tempoh (2009-2013) sebanyak 1962 kes atau 29 peratus. Penurunan jenayah harta benda ini menunjukkan usaha pihak kerajaan yang begitu komited dalam mengurangkan jenayah harta benda di Sabah kerana penurunan dalam tempoh penghujung tahun dapat mengatasi jumlah kes pada tahun sebelumnya. Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan meneliti perbandingan trend jenayah harta benda di lima daerah hotspot di Sabah antara tahun (2005-2013). (ii) PERBANDINGAN TREND JENAYAH HARTA BENDA LIMA DAERAH DI SABAH (2005-2013)

Peta 3: Trend Jenayah Harta Benda Bagi Tempoh 2005-2013 Sumber: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2014

Hasil penelitian ke atas trend jenayah harta benda di Sabah mengikut lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, keputusan menunjukkan bahawa Kota Kinabalu mencatat kadar trend yang paling tinggi berbanding daerah-daerah lain di Sabah. Trend jenayah harta benda kedua tertinggi pula diikuti kawasan Tawau, ketiga Penampang, keempat Sandakan dan yang terendah ialah Lahad Datu. Berdasarkan Peta 3, trend jenayah harta benda di Kota Kinabalu berlaku dalam dua fasa iaitu meningkat dan fasa kedua menurun. Dalam fasa pertama iaitu bagi tempoh empat tahun iaitu (2005-2008), trend jenayah harta benda telah menunjukkan peningkatan berterusan sebanyak 878 kes atau 43.6. Namun demikian, jenayah harta benda di Kota Kinabalu didapati telah menurun dalam fasa kedua iaitu (2009-2013) dengan jumlah penurunan sebanyak 1340 kes atau 49.9 peratus.

Page 10: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 113

Di Tawau, statistik jenayah harta benda menunjukkan trend yang tidak sekata. Bagi tempoh (2005-2006) trend jenayah harta benda di Tawau telah menurun sebanyak 85 kes atau 14.3 peratus. Pada tahun (2007-2008) jenayah harta benda telah meningkat dengan pertambahan kes sebanyak 281 kes atau 36.9 peratus. Walaubagaimanapun, penelitian ke atas data jenayah harta benda mendapati kes jenayah telah berkurang pada tahun 2009 dengan jumlah pengurangan sebanyak 249 kes atau 23.8 peratus. Dalam tempoh 2010, jenayah harta benda di Tawau telah meningkat semula sebanyak 80 kes atau 10.8 peratus. Bagi tempoh berikutnya, jenayah harta benda di Tawau telah menurun sebanyak 140 kes atau 16.0 peratus dan meningkat semula pada tahun 2012 dengan pertambahan kes sebanyak 51 kes atau 6.9 peratus. Hasil penelitian juga mendapati jenayah harta benda di Tawau menurun pada tahun 2013 iaitu sebanyak 48 kes atau 6.1 peratus.

Statistik jenayah harta benda di Penampang pula mendapati pergerakan trend berlaku dalam empat fasa iaiti dalam fasa pertama (2005-2008) jenayah harta benda telah meningkat dengan jumlah kes bertambah sebanyak 210 kes atau 48.2 peratus. Pada fasa kedua iaitu (2009) jenayah harta benda di Penampang adalah statik dengan mencatat angka sebanyak 645 kes seperti tahun 2008. Namun pada fasa ketiga iaitu (2010) jenayah harta benda telah meningkat semula sebanyak 13 kes atau 2.0 peratus. Bagi fasa yang keempat iaitu dalam tempoh (2011-2013) trend jenayah harta benda di Penampang telah berkurang sebanyak 6 kes atau 1.0 peratus.

Penelitian ke atas trend jenayah harta benda di Sandakan mendapati jenayah di kawasan tersebut berlaku dalam lima fasa. Berdasarkan Rajah 266 dan Jadual 2.2 jenayah harta benda di Sandakan mengalami peningkatan dalam tempoh dua tahun iaitu (2005-2006) dengan peningkatan kes sebanyak 13 kes atau 3.1 peratus. Namun demikian, kadar jenayah harta benda di Sandakan telah menurun pada fasa kedua iaitu (2007) dengan jumlah penurunan sebanyak 99 kes atau 23.1 peratus. Dalam fasa ketiga iaitu (2008-2009) jenayah harta benda di Sandakan didapati meningkat sebanyak 101 kes atau 18.7 peratus. Statistik jenayah harta benda telah menurun semula pada fasa keempat iaitu (2010-2011) dengan pengurangan sebanyak 14 kes atau 2.5 peratus. Dalam fasa kelima bagi tempoh (2012-2013) data menunjukkan trend jenayah harta benda di Sandakan meningkat semula sebanyak 118 kes atau 17.6 peratus. Pengkajian ke atas corak pelakuan jenayah harta benda di Lahad Datu, mendapati jenayah harta benda telah meningkat sepanjang tempoh (2005-2009) dengan penambahan sebanyak 322 kes atau 155.5 peratus. Bagi tempoh empat tahun berikutnya iaitu (2010-2013) jenayah harta benda di Lahad Datu telah berkurang sebanyak 140 kes atau 27.0 peratus.

Bahagian seterusnya menjelaskan secara terperinci pelakuan jenayah harta benda di kawasan hotspot di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Penampang. Kajian penyelidikan ini dijalankan menggunakan instrument borang soal selidik dengan melibatkan seramai 1379 orang responden di lima daerah hotspot. Dalam bahagian ini, perbincangan memfokuskan kepada persepsi kekerapan pelakuan jenayah harta benda di Sabah.

(iii) PERSEPSI KEKERAPAN PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI SABAH

Bahagian awal dalam pola pelakuan jenayah terlebih dahulu mengetengahkan kekerapan pelakuan jenayah di Sabah bagi melihat gambaran corak pelakuan jenayah dengan lebih jelas. Kekerapan pelakuan jenayah harta benda di Sabah diteliti mengikut lokasi. Data dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 3.

Page 11: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 114

Jadual 3: Persepsi Kekerapan Pelakuan Jenayah Harta Benda di Sabah

Persepsi Bilangan Peratus

(%)

Tidak kerap 622 50.3

Kerap 615 49.7

Jumlah 1237 100

Sumber: Kajian Lapangan, 2015 Jumlah Responden: 1237 orang Jumlah Responden yang tidak menjawab: 263 orang* Hasil kajian mendapati sejumlah besar responden menyatakan bahawa jenayah harta benda tidak kerap berlaku di Sabah dengan jumlah responden seramai 622 orang atau 50.3 peratus berbanding yang menyatakan kerap iaitu seramai 615 orang atau 49.7 peratus. Bagi membolehkan kajian tentang kekerapan pelakuan jenayah harta benda diteliti dengan lebih mendalam, bahagian ini mengetengahkan pula tahap persepsi responden terhadap kekerapan pelakuan jenayah harta benda di Sabah mengikut lokasi seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Persepsi Kekerapan Pelakuan Jenayah Harta Benda di Sabah Mengikut Lokasi

Lokasi

Persepsi

Jumlah Kerap Tidak kerap

Bil (%) Bil (%)

Tawau 187 30.4 94 15.1 281(22.7%)

Lahad Datu 140 22.7 51 8.1 191(15.4%)

Penampang 133 21.6 128 20.5 261(21.0%)

Kota Kinabalu 108 17.5 129 20.7 237(19.1%)

Sandakan 47 7.6 220 35.3 267(21.5%)

Jumlah 615

(49.7%) 100

622 (50.2%)

100 1237

(100%)

Sumber: Kajian Lapangan, 2015 Jumlah Responden: 1379 orang Jumlah Responden yang tidak menjawab: 142 orang* Petunjuk:

Berdasarkan Jadual 4, persepsi kekerapan pelakuan jenayah harta benda di Sabah melibatkan responden di daerah Lahad Datu adalah rendah, manakala sebilangan besar responden di Tawau menyatakan jenayah harta benda kerap berlaku dan hanya 94 atau 15.1 peratus menyatakan tidak kerap. Di Lahad Datu pula majoriti responden di kawasan

Daerah Kota

Kinabalu Penampan

g Sandaka

n Lahad Datu

Tawau

Responden 300 orang 300 orang 273 orang 212 orang 294 orang

Page 12: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 115

tersebut menyatakan jenayah harta benda adalah kerap iaitu 140 responden atau 22.7 peratus dan 51 responden atau 8.1 peratus menyatakan tidak kerap. Bagi konteks Penampang, sejumlah 133 (21.6) peratus menyatakan jenayah kerap berlaku berbanding yang menyatakan tidak kerap iaitu 128 (20.5) peratus. Di Kota Kinabalu seramai 108 (17.5) peratus menyatakan jenayah harta benda kerap berlaku dan 129 (20.7) peratus menyatakan tidak kerap sama seperti di Sandakan pula sebilangan besar responden menyatakan jenayah harta benda tidak kerap berlaku iaitu seramai 220 (35.3) peratus. Daripada dapatan ini jelas bahawa kebanyakan responden di Tawau, Lahad Datu dan Penampang menyatakan jenayah harta benda kerap berlaku berbanding di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan. mengikut lokasi adalah berbeza. Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa jenayah harta benda merupakan jenayah yang lebih dominan berlaku di Sabah kerana ianya mendatangkan lebih banyak keuntungan kepada pelaku jenayah. Berdasarkan Laporan PDRM Kontinjen Sabah (2014), jenayah harta benda di Sabah berlaku sebanyak 81.2 peratus manakala jenayah kekerasan pula berjumlah 18.8 peratus dalam tempoh 24 tahun iaitu dari tahun (1990-2013). Ini bertepatan dengan dapatan data lapangan iaitu sebanyak 83.2 peratus responden di Sabah menyatakan jenayah harta benda berlaku lebih kerap berbanding jenayah kekerasan iaitu 10.9 peratus.

KESIMPULAN Berdasarkan kepada perbincangan terhadap hasil perbincangan kajian penyelidikan terhadap pelakuan jenayah di lima daerah hotspot di Sabah menunjukkan bahawa jenayah harta benda berlaku lebih dominan di Sabah berbanding jenayah kekerasan. Melalui analisis trend pelakuan jenayah di Sabah antara tahun 1990 hingga 2013 juga menunjukkan bahawa kadar jenayah menunjukkan pola menurun. Hal ini disebabkan oleh tindakan pembanterasan jenayah yang dilaksanakan oleh pihak PDRM melalui pelbagai inisiatif dan program pelaksanaan. Kadar pelakuan jenayah di negara ini juga mampu dikurangkan sekiranya kerjasama di antara PDRM dan masyarakat dapat diperkukuh dari peringkat akar umbi untuk membantu pelakuan jenayah di daerah hotspot di Sabah dapat dikawal sehingga kawasan yang terlibat dapat dikeluarkan dari kawasan hotspot sebagai kawasan jenayah terkawal menjelang era Transformasi Negara 2050.

Page 13: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 116

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT-KPM) kerana telah membiayai projek “Penelitian Semula Teori Sosial Disorganization dan Teori Anomie Dalam Konteks Pengalaman Jenayah di Sabah, Malaysia” di bawah pembiayaan dana Skim Geran Penyelidikan Fundemental (FRGS) Fasa 2/2013 dengan kod rujukan KPT-FRGS/2/2013/SS06/UMS/02/1 [Kod SAGA: FRG0348-SS-2/2013]. Penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Norizan Md Noor, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi dan Puan Norhuda Salleh selaku ahli projek serta Pembantu Penyelidik Cik Norita Anak Jubit yang membantu kejayaan projek.

Terima kasih juga kepada mantan Ketua Polis Negeri Sabah iaitu DCP Dato’ Hamza Taib dan DCP Dato’ Jalaludin Abdul Rahman yang telah memberi kelulusan bagi pelaksanaan kajian. Penghargaan juga kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah (KJSJ) iaitu SAC Datuk Salehhudin Abdul Rahman atas kerjasama. Penghargaan juga kepada Ketua-ketua Polis Daerah yang terlibat iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Terima kasih juga kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dan pejabat bendahari UMS yang telah membantu melicinkan pengurusan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada semua responden dari lima kawasan hotspot yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini.

RUJUKAN (2006). Crime Levels and Trends in the Next Decade. Journal of the Kuala Lumpur Royal

Malaysia Police College, No.5: 1-13 (2007). Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Kontinjen Negeri

Pulau Pinang (2008). Unit Risikan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Balik Pulau Daerah Barat Daya, Negeri Pulau

Pinang (2007b). Jenayah dan Perbandaran: Satu Kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Geografi 2007 Universiti Perguruan Sultan Idris, “Dunia Tanpa Sempadan”, Anjuran Jabatan Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Persatuan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 10-11 September 2007.

(2009). Pelakuan Jenayah Harta Benda di Daerah Timur Laut Pulau Pinang: Trend dan

Punca. Dlm. Mohd Fauzi, Y.(2009), Malaysia: Tranformasi dan Perubahan Sosial. Selangor Darul Ehsan: Arah Publication. m/s 131-147.

(2008a). Pelakuan Jenayah dari Perspektif Geografi: Satu Kajian kes di Daerah Timur Laut

Pulau Pinang. Dlm. Hamirdin, l., Amer, S.G., Abdul Rahman, R., dan Rosmadi, F.(2008). Isu-isu Geografi Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Geografi Universiti Malaya. m/s 214-233.

(2008b). Property Crime in Penang Island: A Case Study of Timur Laut Districts.

International Conference on Social, Development and Environmental Studies “Global Change and Transforming Spaces”, Organised by School of Social, Development and

Page 14: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 117

Environmental Studies (PPSPP), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, Danau Golf Club UKM, Bangi, 18-19 November 2008.

(2010). Jenayah dan Perbandaran: Satu Kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dlm.

Yazid, S., Fauziah, C.L., dan Mazdi, M. (2010). Isu-isu Semasa Alam Sekitar Manusia di Malaysia. Perak Darul Rizduan: UPSI. m/s 43-60

Reformasi Polis Pilihan Terbaik:Wong. Baharom, A.H. dan Muzafar Shah, H. (2009). Crime and Income Inequality: The Case of

Malaysia. Journal of Politics and Law, Vol.2 (1): 55-70. Berita Harian (12 Februari 2008). PDRM Buru Jenayah Sifar: Peruntukan RM6b Pastikan

Keselamatan Negara Terjamin. Berita Harian (3 April 2012). Selepas 3 Tahun Jadi PM: Najib Tepati Janji. Berita Harian (5 September 2013). 5 Kawasan Panas Dipantau Cegah Jenayah Berita Harian (7 Mac 2012). 19 Paling Aman di Dunia. Bernama (08 Februari 2017). Kadar Jenayah Harta Benda di Tawau Meningkat. Bernama (30 Jun 2016). Polis Sandakan Selesaikan 25 Kes Jenayah Harta Benda dan

Rompak. Hagan, F. E. (2002) Introduction to Criminology: Theories, Methods, and Criminal

Behaviour, 5th ed. United States: Wardsworth Thomson Learning. Harian Ekspress (15 ogos 2013). Kerajaan Perlu Proaktif Pastikan Keselamatan. Institute for Economics and Peace (IEP). [Diakses pada 2 Ogos 2011].Diperoleh daripada

World Wide Web: http://en.wikipedia.org/wiki/Global_Peace_Index. Jamaludin, M. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat di

Malaysia: Kajian Kes Alor Star Kedah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah di Sabah Bagi Tempoh 1990-2013 di

Sabah. Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda Mengikut Jenis di Kota

Kinabalu 2005-2013 . Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda Mengikut Jenis di Tawau

2005-2013. Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda Mengikut Jenis di

Sandakan 2005-2013 . Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda Mengikut Jenis di

Penampang 2005-2013. Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Page 15: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 118

Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda Mengikut Jenis di Lahad Datu 2005-2013. Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Laporan PDRM Kontinjen Sabah. 2014. Trend Jenayah Harta Benda 1990-2013 di Sabah.

Jabatan Siasatan Jenayah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Laporan Tahunan GTP (2011). Jabatan Perdana Menteri. [Diakses pada 7 September

2012]. Diperoleh daripada World Wide Web: http_blis.bernama.com_DisplayFileServlet_path=6_7839.pdf

Mohd Reduan, A. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, Punca dan Penyelesaian. Kuala

Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Muzafar Shah, H dan Baharom, A.H. (2009). Crime And Economic Conditions in Malaysia:

An ARDL Bounds Testing Approach. Journal of Social Economic, Vol.36 (11): 1071-1081.

Muzafar Shah, H dan Eng, Y.K. (2006). Crime and the Underground Economy in Malaysia:

Are they related? The Journal of Global Business, Vol.2 (1):138-154. Muzafar Shah, H dan Law, S.H. (2007). Crime and Financial Economic Variables in Malaysia:

Evidence From a Vector Error Correction Model. Journal of Social and Economic Policy, Vol.4 (2): 263-276.

New Straits Times (21 November 2010). Is Your House ‘Ready’ When the Bad Guys Come ? Norhaslina, H.(2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia: Ke Arah Kualiti Hidup Mapan.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur. Nor-Ina, K dan Norizan, M.N (2007a). Pelakuan Jenayah dari Perspektif Geografi: Satu

Kajian Kes di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dibentangkan di Persidangan Geografi 2007 Universiti Malaya, “Memperkasakan Geografi di Malaysia: Isu dan Cabaran, Anjuran Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Hotel Armada, Petaling Jaya Kuala Lumpur, 21-22 Ogos 2007.

Nor-Ina,K.(2006).Pelakuan Jenayah dan Kaitannya dengan Kepesatan Perbandaran: Satu

Kajian Kes di Negeri Pulau Pinang. Tesis Sarjana. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

Polis Diraja Malaysia.(2004). Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri

Pulau Pinang. Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur: Cetakan Kerajaan. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur. Cetakan Kerajaan. Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Cetakan Kerajaan. Saifuddin, A. (2010). Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). [Diakses pada 29 Oktober

2010]. Diperoleh daripada World Wide Web: http://www.saifuddinabdullah.com.my/images_articles/buku_TKRA-1.pdf.

Page 16: PELAKUAN JENAYAH HARTA BENDA DI KAWASAN …jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf · kes jenayah dan kecemerlangan di peringkat antarabangsa, namun ianya belum

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-3-6.pdf 119

Schmalleger, F.(2002). Criminology Today: An Integrative Introduction, 3rd Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Sidhu, A.S (2005). The Rise of Crime in Malaysia: An Academic and Statistical Analysis.

Journal of the Kuala Lumpur Royal Malaysia Police College, No.4:1-28. Siegel, L. J. (2002). Criminology the Core. USA: Wadsworth Thomson Learning. Tang, C.F. (2009). The Linkages among Inflation, Unemployment and Crime Rates in

Malaysia. International Journal of Economic and Managemant, 3 (1):50-61. Unit Perancang Ekonomi. (2002). Indeks Kualiti Hidup Malaysia, 2002 [Diakses pada 29 April

2004]. Diperoleh daripada World Wide Web: http://www.epu.jpm.my/BI/publi/mqli2002/sec2.pdf.

Unit Perancang Ekonomi. (2004). Indeks Kualiti Hidup Malaysia, 2002 [Diakses pada 26 Julai

2007]. Diperoleh daripada World Wide Web: http://www.epu.jpm.my/BI/publi/mqli2004/sec2.pdf.

Wright, Richard, S Jacques. 2010. Criminology As Social Control: Discriminatory Research

and Its Role In The Reproduction of Social Inequalities. Crime, Law and Social Change. 53 (4):383-396